Sunday, June 01, 2008

Zakaria Bin Abdul Rajak


HOMELAND REALTY SDN BHD
43, Jalan Shahab 6,Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah
Pak Ya,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

126 comments:

pak ya said...

2 Jun 2008

9.00pg
Hari pertama saya melapor diri di Pejabat Homeland Realty Sdn Bhd. Alamat di slip praktikum merupakan pejabat lama. Pejabat Homeland kini beroperasi di Jalan Istana, Bandar Darul Aman.
Penyelia Organisasi saya ialah Pengarah Syarikat iaitu Encik Ahmad Zaki yang lebih senang dipanggil Cikgu Zaki.

10.30pg
Saya diberi sedikit penerangan mengenai tugas-tugas yang sesuai berdasarkan bidang yang saya ambil iaitu pengurusan pembangunan. Disamping itu saya menyerahkan segala dokumen yang berkaitan seperti borang lapor diri, jadual kehadiran dan sebagainya kepada penyelia organisasi.

11.30pg
saya bersama rakan saya diberikan tugas iaitu berkenaan dengan perancangan projek yang bakal dilaksanakan. Tugasnya ialah 'follow up' berkenaan dengan tiga perkara yang belum mendapat keputusan lagi iaitu:
i. pembangunan tanah di mukim Tajar yang belum mendapat kelulusan pejabat tanah kerana kesilapan mengenai syarat nyata tanah.
ii. pemilik tanah di mukim derga yang mengenakan kaveat ke atas tanahnya dan tidak boleh dilaksanakan apa-apa pembangunan sehingga tuan tanah menarik balik kaveat tersebut.
iii. pembangunan tanah di mukim bukit pinang yang tidak mendapat kelulusan lagi kerana pemilik tanah yang menghilangkan geran tanahnya sehingga geran baru dapat dibuat.

ketiga-tiga perkara tersebut telah ditugaskan kepada saya untuk di 'follow up' bersama dengan Kak Shimah yang bekerja di Taulan Rasul & Co. iaitu pejabat guaman dan syariah di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
walaubagaimanapun, ketiga-tiga perkara tersebut akan dibuat esok hari di pejabat tanah kerana Kak Shimah belum dapat menyelesaikan pada hari ini.

2.00ptg
saya diarahkan pergi ke Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar untuk mendapatkan maklumat atau prosedur mengenai kebenaran merancang.

3.00ptg
saya juga pergi ke pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa untuk mendapatkan perkara yang sama untuk lebih lanjut lagi.

4.30ptg
selepas selesai tugas tersebut saya tidak perlu balik ke pejabat dan boleh terus balik ke rumah atas arahan Cikgu Zaki.

sekian untuk hari ini....

pak ya said...

pembetulan laporan yang pertama:
Kak Shimah merupakan pekerja di Etika Ukur Consultant iaitu juru ukur tanah berlesen. kekeliruan berlaku kerana pejabat Guaman Taulan Rasul Berkongsi dengan pejabat Etika Ukur Consultant.

pak ya said...

3 Jun 2008

Hari ini saya tidak perlu datang ke pejabat kerana Cikgu Zaki 'out station' dan dia mengarahkan saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi semalam bersama dengan Syarikat Juru ukur.

12.30 tngah hari
Saya datang terus ke pejabat Etika Ukur untuk berjumpa dengan Kak Shimah. Saya datang Tengah hari kerana atas arahan Kak Shimah.

2.00 ptg
Saya dan Rakan saya bersama dengan Kak Shimah pergi ke pejabat Tanah untuk menghantar permohonan kebenaran merancang di Mukim Tajar yang belum mendapat kelulusan pejabat Tanah. Setelah disemak Oleh pegawai di Pejabat Tanah mendapati beberapa perkara masih belum lengkap contohnya seperti Surat kaveat dari Bank, tiada cop pejabat tanah dalam surat peguam dan sebagainya. Oleh sebab itu permohonan kebenaran merancang tidak dapat diluluskan lagi dan ini perlu dilaporkan kepada Cikgu Zaki.

seterusnya, permohonan
merancang di Mukim Bukit Pinang mungkin akan diluluskan setelah siap geran baru bagi menggantikan geran lama yang hilang.

walaubagaimanapun, berkenaan dengan permohonan merancang di mukim derga masih tidak dapat dibuat kerana ia melibatkan individu yang belum lagi membatalkan kaveat ke atas tanah miliknya.

4.30 ptg
setelah selesai tugas, saya balik dan bersedia untuk melaporkan segala keputusan kepada Cikgu Zaki pada keesokan harinya.
sekian untuk hari ini.....

pak ya said...

4 Jun 2008

9.00pg
Seperti biasa saya datang ke pejabat dan 'update' apa-apa yang patut untuk dilaporkan kepada Cikgu Zaki.

10.00pg
melaporkan segala keputusan tugasan yang diberikan semalam kepada Cikgu Zaki di bilik Pengarah Eksekutif Homeland Realty Sdn Bhd.

11.30pg
pemberian tugas-tugas baru iaitu berkenaan dengan 'follow up' tentang permohonan kebenaran merancang di Lot 6355 mukim Naga.
Faks Surat ke Pejabat Juruukur untuk mendapat maklum balas.
Tugasan yang lain pula terpaksa dilaksanakan keesokan hari kerana pegawai perancang di pejabat majlis Daerah Kubang Pasu masih bercuti.
Tugasannya ialah merujuk satu plan pembangunan tanah kepada pegawai perancang di Majlis Daerah Kubang Pasu sama ada kawasan tersebut (Lot 982, Mukim Tinggi Daerah) boleh dijalankan apa-apa projek pembangunan atau tidak.

2.30ptg
memeriksa fail-fail yang berkaitan dengan plan projek pembangunan untuk disemak oleh Pengarah Eksekutif.

5.00ptg
Sekian untuk Hari ini dan bersambung keesokan harinya.......

Anonymous said...

Teruskan menulis Pak Ya, tapi elok juga save kan apa yg pak ya tulis dalam hard disk untuk back up kalau berlaku gangguan laman blog ini.

pak ya said...

5 Jun 2008

9.00pg
seperti biasa datang ke pejabat...

9.30pg
Seperti yang telah diarahkan semalam saya bersama rakan saya pergi ke Pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu untuk 'Follow up' berkenaan permohonan kebenaran merancang pembangunan bagi Mukim Naga dan Mukim Bukit Tinggi.
Bagi Mukim Bukit Tinggi merupakan satu plan projek yang bakal dilaksanakan dan perlu untuk dinilai oleh Pegawai Bahagian Perancangan Majlis Daerah Kubang Pasu sama ada boleh dibuat sebarang bentuk pembangunan ataupun tidak.
Walaubagaimanapun kami cuma berjumpa dengan Orang lain di Bahagian Perancangan dan dia mengesyorkan supaya berjumpa dengan En Nasir iaitu Pegawai Bahagian Perancangan di mana beliau lebih arif lagi.
Oleh sebab itu Tugasan tersebut belum mendapat keputusan lagi.
Bagi permohonan kebenaran merancang Mukim Naga pula belum dapat diluluskan oleh Majlis Daerah Kubang Pasu kerana terdapat sebahagian perkara yang tidak lengkap.

10.30pg
Balik semula ke pejabat dan melaporkan setiap perkembangan kepada Pengarah Eksekutif Homeland Realty Sdn Bhd.
Seterusnya beliau menyarankan supaya saya meneruskan setiap kerja yang perlu dibuat sama ada di dalam ataupun di luar pejabat.

2.00ptg
Saya pergi ke Bank Islam Alor Setar untuk Bersama-sama pegawai juru ukur untuk mendapatkan surat kaveat (Surat Kebenaran Gadaian) bagi Lot 2851 Mukim Tajar yang belum lagi selesai.
walaubagaimanapun, surat tersebut tidak dapat diserahkan kerana Bank Islam Cawangan Alor Setar terpaksa memohon kebenaran daripada Ibu Pejabat di Pulau Pinang. Oleh itu permohonan surat tersebut tertangguh....

sekian untuk hari ini..........

pak ya said...

8 Jun 2008

9.00pg
datang ke pejabat seperti hari yang sebelumnya.

10.00pg
Pergi ke pejabat Majlis Daerah Kubang Pasu untuk bertemu pegawai bahagian perancang iaitu En Nasir.
Pertemuan bertujuan untuk meminta pandangan beliau dan menyemak sama ada plan projek pembangunan yang bakal dilaksanakan iaitu lot 982, Mukim Bukit Tinggi dan Lot 6355, Mukim Sg Laka boleh dilaksanakan apa-apa pembangunan ataupun sebaliknya.
Setelah disemak dalam sistem, kawasan tersebut boleh dibangunkan dan beberapa komen diberi terhadap plan yang ditunjukkan.
berjumpa dengan pegawai di bahagian One Stop Centre(OSC)MDKP untuk mendapatkan senarai semak mengenai permohonan kebenaran merancang projek pembangunan.

11.30pg
kembali semula ke pejabat Homeland Realty Sdn Bhd.
menyemak semula berkenaan apa yang telah dilaksanakan di pejabat MDKP itu tadi.

2.00ptg
kembali ke pejabat semula.

3.30ptg
Melaporkan segala yang telah dilaksanakan di MDKP kepada Pengarah.
menyusun/menyemak fail-fail yang berkaitan.

5.00ptg
balik dari bertugas dan sekian untuk hari ini..........

pak ya said...

9 Jun 2008

9.00pg
datang seperti biasa ke pejabat.
menyemak berkenaan tugas-tugas yang telah dilaksanakan semalam.

10.30pg
Hari ini Bos saya(Cikgu Zaki) mengarahkan saya membuat sedikit kira-kira. ianya berkenaan dengan harga rumah dan kesesuaian dengan keluasan tapak rumah tersebut serta jenisnya.
di samping itu mendapatkan tunjuk ajar dari staf di bahagian
pemasaran.
Bos juga mengarahkan saya untuk mencari senarai nama sekolah-sekolah di daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar untuk tujuan promosi.
fokus utama promosi adalah guru-guru yang masih belum memiliki rumah sendiri.

12.30
keluar rehat(makan tengahari)

2.00ptg
Masuk semula ke pejabat untuk membuat kira-kira bagi tujuan promosi.

3.00ptg
pergi ke pejabat bahagian pemasaran(pejabat bahagian pemasaran berada di bangunan yang berlainan).
Menyemak dan mengisi jadual yang belum lengkap mengenai maklumat pembeli rumah, jumlah bayaran serta maklumat lain yang berkaitan.

4.00ptg
terdapat aduan pembeli mengenai kerosakan siling rumahnya.
pergi ke lot 80 untuk mengambil gambar kerosakan tersebut.

4.30ptg
mendengar taklimat daripada Bos berkenaan promosi untuk hari esok....

sekian............

pak ya said...

saya hampir terlupa menulis berkenaan dengan staf-staf di organisasi ini...Di Homeland Realty terdapat 3 orang pengarah(maklumat lanjut dalam profile organisasi yang akan saya submit nanti). tetapi hanya seorang sahaja pengarah yang terdapat di sini iaitu Encik Ahmad Zaki bin Bakar dan bertindak sebagai pengarah eksekutif syarikat. Beliau adalah penyelia praktikum saya bagi pihak organisasi.
seterusnya ialah pengurus operasi iaitu Encik Wan Kharizan.
Staf-staf lain ialah Husna sebagai staf bahagian pentadbiran, Kak maria dan Zam sebagai akauntan manakala Wanda dan kak Ina di bahagian pemasaran.
saya baru sahaja berinteraksi dengan staf-staf ini pada minggu ini kerana minggu lepas saya banyak melaksanakan kerja di luar pejabat di samping kalau di pejabatpun saya hanya banyak meluangkan masa di bilik mesyuarat dan bilik pengarah.
didapati mereka ramah dan mesra di samping ringan membantu saya dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

Anonymous said...

hai zakaria...macam mana dengan praktikal u?ok?

pak ya said...

10 Jun 2008

Pada hari ini saya tidak melakukan kerja di pejabat tetapi sepanjang hari saya berada di luar iaitu mengedarkan brosur/pamplet mengenai rumah2 yang dijual ke sekolah2 sekitar daerah kubang pasu.

pengedaran brosur/pamplet dilakukan dengan cara memberikan sejumlah brosur tersebut kepada kerani sekolah dan mohon pertolongan mereka untuk mengedarkannya kepada guru-guru. di samping itu, kerani tersebut juga mendapat sedikit cenderahati dari pihak syarikat di atas pertolongan mereka itu.

pak ya said...

11 Jun 2008

pada hari ini tugas saya sama seperti semalam tetapi lokasi yang lain iaitu di sekolah-sekolah sekitar Alor Setar.

untuk menambah sedikit laporan hari ini, pemasaran merupakan salah satu proses dalam setiap projek pembangunan perumahan. pemasaran boleh dilakukan setelah setiap projek yang hendak dilaksanakan telah diluluskan. ianya boleh dibuat sama ada semasa proses pembinaan sedang berjalan, telah siap ataupun dalam pra pembinaan lagi.

penghantaran bosur/pamplet ke sekolah-sekolah kerana ia merupakan salah satu strategi pemasaran bagi syarikat ini. fokus utama pelanggan adalah terdiri daripada kalangan guru-guru yang belum lagi memiliki rumah ataupun inginkan rumah yang lebih selesa.

sekian untuk hari ini...........

pak ya said...

assalamualaikum prof,
setelah hampir 2 minggu saya di syarikat ini tetapi saya tidak dapat nak fokus sesuatu perkara terutamanya apa sebenarnya tugas saya. ini disebabkan saya lebih kerap berada di luar pejabat untuk melakukan tugas yang diarahkan dan saya bernasib baik kerana wang minyak kereta ditanggung oleh syarikat. saya juga tidak menafikan bahawa ada banyak lagi masa tetapi saya rasa sukar untuk melihat apa masalah tentang organisasi yang saya nak kaji untuk laporan praktikum kalau saya berterusan begini. harap prof boleh bagi sedikit pendapat untuk lebih membuka minda saya. terima kasih prof....

pak ya said...

12 Jun 2008

Hari ini saya datang lewat ke pejabat kerana pergi ke Public Bank untuk menyerahkan borang dan cek KWSP syarikat. Bank buka pukul 9.30 pagi dan kebetulan saya pergi ke pejabat melalui Bandar Jitra. Oleh itu peranan saya diperlukan oleh staf tersebut setelah mendapat persetujuan majikan.

10.00pg
saya datang ke pejabat. memberikan resit balik sebagai bukti pembayaran di Bank kepada kerani.
kemudian duduk di kaunter pejabat untuk membantu serba sedikit kerja staf lain.

12.00pg
pergi ke pejabat pemasaran untuk mengambil peralatan promosi(brosur/pamplet).

12.30
keluar makan tengahari.

2.00ptg
tidak masuk ke pejabat tetapi terus pergi ke sekolah-sekolah sekitar Jitra untuk mengedarkan brosur/pamplet. hanya 5 buah sekolah(Air Hitam hingga ke Gunung Keriang) yang disinggahi pada hari ini kerana sekolah lain telah disinggahi pada hari yang sebelumnya.

4.00ptg
Balik semula ke pejabat setelah selesai tugas.
membantu staf lain seperti menyemak resit-resit pembayaran tunai/cek syarikat(pembayaran gaji,claim dan lain2 lagi).

5.30ptg
Balik......

Anonymous said...

pada 12 hb pakya dtg ke office saya untuk menulat prof.. he
pakya komisyen untuk sebuah rumah berapa?

nanti ada projek papa jgn lupa rojer2

Anonymous said...

salam..pakya..

wah..mantap laporan pakya..ada idea xtra bleh ar tukar2..:)

Anonymous said...

Setuju dgn ana, laporan pak ya mantop. Apa perlu dirisaukan ? Teruskan menulis nanti bulan depan kita bincang apa nak dikaji

pak ya said...

terima kasih prof,,terima kasih anna...hehehehehe.(dgn prsaan malu-malu)

pak ya said...

15 Jun 2008

9.00pg
Saya tidak pernah datang lewat ke pejabat sepanjang 2 minggu ini.biasanya tepat jam 9 pagi.

10.00pg
panggilan dari pengarah supaya datang ke biliknya. Pemberian tugas baru oleh pengarah iaitu mencari maklumat berkenaan dengan harga rumah semasa bagi pemaju perumahan yang lain.
Saya dan kawan saya ditugaskan untuk 'survey' semua pemaju perumahan di Jitra untuk mendapatkan maklumat berkenaan projek yang dijalankan, keluasan lot, keluasan bangunan, Harga Jualan, status projek dan sebagainya termasuk kenaikan harga jualan jika ada.
Antara pemaju perumahan yang dikunjungi ialah seperti Darul Aman Realty Sdn Bhd, Nepta Development Sdn Bhd, Epic Valley Sdn Bhd, Lean Keng Sdn Bhd, Angle Properties Sdn Bhd dan seumpamanya.
Maklumat ini bertujuan untuk membuat perbandingan harga bagi setiap jenis rumah yang dibina dan kenaikan harga disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

oleh sebab itu, tugasan ini dilakukan sepanjang hari dan saya tidak berada di pejabat hingga ke petangnya....

pak ya said...

16 Jun 2008

9.00pg
Saya datang ke pejabat tepat pada masanya.

Saya masuk bersama staf-staf lain dan terus duduk di meja kaunter.saya terus menyemak kembali berkenaan sedikit kerja rumah yang diberi oleh pengarah.

Untuk pengetahuan prof,pengarah telah menhubungi saya melalui telefon supaya menyemak kembali maklumat harga rumah pemaju yang lain dan mencari formula yang mereka gunakan untuk mendapat sesuatu nilai tersebut.
sepanjang malam saya sungguh pening membuat kira-kira tersebut dan akhirnya saya telah menemui jawapannya.

11.00pg
saya dipanggil untuk bermesyuarat bersama dengan staf bahagian pemasaran iaitu Kak Ina dan Wanda.
Dalam mesyuarat tersebut pengarah telah membincangkan beberapa perkara seperti promosi rumah, harga rumah, nilai tanah, projek yang akan datang dan sebagainya.


mengenai promosi yang saya dan kawan saya telah jalankan selama 3 hari minggu lepas, staf pemasaran mengatakan promosi tersebut telah menunjukkan kesan yang positif di mana kehadiran pengunjung iaitu bakal pembeli rumah meningkat dan terdapat 3 orang yang telah menyatakan persetujuan atau komformasi untuk membeli rumah. oleh itu kemungkinan esok saya mungkin akan meneruskan lagi promosi tersebut.

Dalam mesyuarat tersebut juga, saya telah mempelajari perkara pelbagai yang baru seperti penentuan harga rumah, nilai tanah, keluasan bangunan dan sebagainya.

Di samping itu juga, dalam mesyuarat tersebut pengarah juga membangkitkan mengenai pemasangan baner di setiap tiang jalan masuk ke Desa Tanjung yang menghadapi masalah kerana hilang sama ada diambil orang ataupun ditanggalkan oleh pihak Majlis Daerah.
Oleh itu pihak syarikat telah menempah beberapa baner baru untuk digantung. kekurangan baner merupakan salah satu sebab orang ramai tidak tahu mengenai projek perumahan yang dijalankan.

12.30
setelah tamat mesyuarat saya telah ditugaskan untuk mengambil gambar setiap buah rumah yang terdapat di desa Tanjung tersebut.

2.00ptg
kembali ke pejabat. kerja mengambil gambar rumah belum selesai lagi.

2.30ptg
Saya pergi ke Syarikat AC First di Jitra(Kelubi) untuk membeli Jubin kerana terdapat sebuah rumah yang sedang dalam pembinaan telah kehabisan jubin.
Di samping itu juga terdapat juga barang lain yang perlu dibeli iaitu serbuk simen warna dan paku.

4.30ptg
menyambung kembali mengambil gambar rumah.

5.30ptg
Balik...............

Anonymous said...

Saya cadangkan Pak Ya telah mula mencatat strategi-strategi syarikat untuk meningkatkan jualan rumah. Mengkaji aspek promosi, kaji aspek nilai tambah berbanding pesaing yang lain. Yang penting apakah inovasi baru dalam strategi syarikat.Adakah syarikat mengikut permainan pesaing? Apakah syarikat tidak mencari cara baru yang berbeza dengan pesaing. Teknik Blue Ocean adalah yang terkini bagaimana cara untuk bersaing dalam perniagaan. Cuba browse dlm internet apa itu Blue Ocean dan cuba Pak Ya perkenalkan strategi ini dalam syraikat.

Anonymous said...

ala pkya..btul la tu.bkn senang nk dapat pujian cmtu.hehe..so klau prof bg ilmu kt pk ya tu.jgn lupa kongsi ngan ana ek.huhu..

pak ya said...

17 Jun 2008

Datang ke pejabat seperti biasa jam 9 pagi. Seterusnya saya kembali menyambung tugas semalam yang belum habis lagi iaitu mengambil gambar setiap lot rumah sama ada bagunan rumah sudah siap atau belum.

selepas itu saya terus melakukan kerja pemindahan gambar ke dalam pc tetapi malangnya memori kad rosak.
segala gambar yang diambil hilang begitu sahaja.

11.30pg
kecewa sedikit dan terus membuat kerja lain iaitu membantu kerani mengira duit gaji untuk diberikan kepada pekerja binaan.

12.30
keluar makan dan membawa sekali printer pejabat yang rosak untuk dibaiki di kedai.

2.00ptg
masuk semula ke pejabat.
perjumpaan dengan pengarah untuk berbincang mengenai promosi rumah yang akan dilakukan sekali lagi.
promosi akan dijalankan seperti yang telah dibuat iaitu mengedarkan brosur ke lebih banyak lagi sekolah.

4.00ptg
pergi ke kedai di Tanah Merah untuk membeli memori kad kamera yang baru, pembaca memori kad, dan menempah cenderahati untuk tujuan promosi.

5.30ptg
balik......

pak ya said...

9.00 pg
Datang ke pejabat dan terus manyambung kerja-kerja yang terbengkalai semalam iaitu mengambil gambar semua rumah dan lot di Desa Tanjung.
Hari ini saya sibuk sedikit kerana banyak kerja yang perlu dibuat.
antara kerjanya ialah faks surat, menaip surat rasmi dan sebagainya.

11.30pg
memasang tali pada baner yang besar untuk dipamerkan di simpang masuk Jalan Istana. setelah diikat dan ditebuk lubang, baner diserahkan kepada pekerja binaan untuk digantung di simpang tersebut.

12.30
pada hari ini bos belanja kami makan dan tidak perlu keluar kerana banyak kerja yang perlu disiapkan. saya diarahkan untuk mengambil gambar proses pembuatan bata seni yang dibuat oleh syarikat sendiri.
saya diarahkan mengambil gambar bermula dari proses mulanya bata itu dicanai dan dibuat hinggalah siapnya sebuah rumah.
gambar-gambar ini kemudian dicetak dan saya tidak tahu untuk tujuan apa dan saya hanya menjalankan tugas yang diberikan.

4.30ptg
cuci gambar dan mengambil cenderahati di kedai cenderahati untuk tujuan promosi.
untuk makluman prof, kerja promosi ditangguhkan dulu pada hari ini kerana masa banyak diambil untuk melaksanakan kerja yang diarahkan oleh pengarah.

5.30ptg..
sepatutnya saya ada mesyuarat pada pukul 6 petang dengan pengarah tetapi atas alasan bos tidak sempat maka mesyuarat ditangguhkan.
balik.......

pak ya said...

19 Jun 2008

Gambar setiap lot dan rumah yang saya ambil akan dihantar ke Longtitude..Tujuannya saya tak dapat pastikan lagi.

Tugas saya sampai sahaja ke pejabat ialah menghantar semua gambar-gambar tersebut melalui emel ke Longtitude.

selepas itu, tugas saya hari ini ialah menyambung semula kerja pemasaran iaitu menghantar brosur ke setiap sekolah.

saya memulakan perjalanan dari Sg Korok dan melalui kawasan Air Hitam di Jerlun sehingga sampai ke Kodiang dan terus ke Changlun.

terdapat 15 buah sekolah sepanjang jalan tersebut termasuk Matikulasi di Changlun.

pak ya said...

21 Jun 2008

Hari ini walaupun cuti tetapi saya diarahkan untuk datang ke ofis.

Tugas saya ialah duduk di Rumah Tetamu(pejabat pemasaran) untuk melayan setiap tetamu(pelanggan) yang datang berkunjung untuk melihat rumah dan melihat harganya....

pak ya said...

22 Jun 2008

Pada hari ini saya datang ke pejabat seperti biasa dan mendengar kerani syarikat(Cik husna) memberi penerangan mengenai tugas-tugas kepada staf yang baru seperti Zam dan Maria. Ini kerana Cik Husna akan menamatkan tugas pada minggu ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma.

Pengarah tiada di pejabat hari ini dan beliau menelefon saya supaya meneruskan kerja-kerja pemasaran seperti biasa iaitu menghantar brosur di setiap sekolah.

Kemudia saya pergi ke kedai untuk mengambil cenderahati yang telah ditempah tempoh hari dan meneruskan perjalanan bersama kawan saya.

Hari ini saya meneruskan pengedaran brosur ke sekolah-sekolah yang bermula dari Kepala Batas, Hutan Kampung, Langgar, Pokok Sena dan kembali ke Bukit Penang. sebanyak 13 Buah sekolah yang telah saya edarkan brosur pada hari ini.

kerjasama dari pihak sekolah adalah baik dan mereka(Termasuk kerani, pengawal keselamatan, guru termasuk guru besar atau pengetua) menerima brosur yang kami edarkan walaupun kerja-kerja berkaitan penjualan atau sebarang bentuk promosi tidak dibenarkan dibuat di kawasan sekolah.

Setelah selesai tugas di luar, pada sebelah petangnya kembali ke pejabat dan membantu staf lain menampal nombor pada fail, menyusun fail dan menkelaskan fail-fail supaya staf yang baru dapat melakukan kerja dengan lebih licin...


sekian untuk hari ini...

pak ya said...

23 Jun 2008

Pada pagi ini saya diarahkan oleh pengarah untuk melawat satu tapak projek di Mukim Bukit Pinang.
Tugas saya ialah mengambil gambar kerja-kerja merata dan mengangkut tanah, kawasan sekeliling dan lot yang berdekatan.

11.30pg
selesai tugas tersebut saya kembali ke pejabat untuk memindahkan gambar ke dalam komputer pejabat.
kemudian saya masuk ke bilik pengarah untuk melaporkan apa yang saya buat dan menyerahkan hasil kerja kepada pengarah. kemudian pengarah meneliti gambar yang telah diambil serta memilihnya untuk dicetak.

12.30
keluar rehat dan makan tengahari.mengambil printer yang telah dibaiki di kedai dan menyerahkan gambar untuk dicuci di kedai.

2.00ptg
duduk di pejabat seperti biasa dan membantu kerani mengemaskini bil-bil serta resit-resit yang berkaitan.

3.00
berbincang dengan pengarah berkenaan promosi yang telah dibuat di sekolah-sekolah.
berkenaan dengan strategi lautan biru, saya belum lagi memahami beyul-betul apakah konsepnya dan sebab itu saya belum berani membincangkannya lagi dengan pengarah.

4.00ptg
keluar untuk membayar bil celcom dan mengambil gambar yang telah dicuci di kedai.

4.30ptg
membantu kerani sekali lagi dalam mengemaskini bil-bil serta resit-resit yang berkaitan untuk disimpan di dalam fail.

5.30ptg
balik........

Anonymous said...

salam..
report tu aku bahagikan kepada dua bahagian latar belakang organisasi dan jabatan sebb aku praktikal kat pejabat daerah dan tanah. maklumat yang aku aku dapat aku wat dengan ayat sendiri bt macan esei di samping letakkan gambar.carta organisasi pun aku huraikan.

Anonymous said...

salam
klu ang ditempatkan kat semua bahagian ang pilih je salah satu.tapi klu maklumat sikit ang buat la semua.prof kan bagi kebebasan utk kt wat report mengikut kreteviti.so aku rase tak salh kalu ang letak salah satu bahgian atau buat semua.k,gd luck

pak ya said...

24 Jun 2008

Pada hari ini bos saya lambat datang ke pejabat kerana ada kematian di kawasan tempat tinggalnya. jadi dia telah menghubungi saya supaya membuat apa-apa kerja yang patut dan pada hari ini juga ada meeting dengan pihak perunding dan Peguam Syarikat.

jadi pada pagi ini saya pun menolong kerani dalam menguruskan fail-fail syarikat serta mengemaskini bil serta resit yang berkaitan.

selepas itu saya pergi ke pejabat tanah untuk menjelaskan bayaran cukai tanah. balik dari pejabat tanah saya singgah di tempat membuat kunci untuk membuat salinan kunci pejabat dan bilik pengarah untuk Cik Maria dan Zam(Staf akaun).

jam 1 saya keluar rehat dan pergi ke kedai gambar untuk mencetak satu lagi salinan gambar projek di mukim bukit Pinang.

pada jam dua petang bos saya telah mengarahkan saya untuk mengambil gambar lot-lot yang masih kosong di Desa Tanjung. begitu juga dengan rumah yang masih dalam pembinaan.
tetapi kerja itu tidak boleh dilakukan atas faktor cuaca tidak mengizinkan.
saya meneruskan kerja-kerja menyemak dan mengemaskini bil-serta resit-resit yang berkaitan untuk disimpan di dalam fail.

fail-fail ini perlu dikemaskini kerana kerani pejabat(Cik Husna) akan menamatkan tugasnya untuk menyambung pengajian. ditambah pula dengan staf-staf baru seperti zam dan Maria supaya mereka tidak keliru atau sukar menjalankan kerja apa ketiadaannya nanti.

itu sahaja untuk hari ini........

pak ya said...

25 Jun 2008

Saya datang ke pejabat seperti hari-hari yang sebelumnya. seperti biasa siapa yang datang awal kene buka lampu pejabat, on komputer dan penyaman udara dan sebagainya.

selepas itu saya mengambil kamera di bilik bos dan menyambung tugas yang terbengkalai semalam iaitu mengambil gambar lot-lot yang masih belum dibina apa-apa bentuk bangunan di atasnya. gambar itu nanti akan digunakan sebagai rujukan untuk melihat tapak yang mana akan dibuat bangunan terlebih dahulu mengikut pembeli.

gambar-gambar tersebut akan dicetak di dalam kertas secara kecil-kecil saiznya.

pada jam 12 tengahari saya diarahkan untuk meeting bersama-sama dengan staf bahagian pemasaran dan bos.

agenda mesyuarat hari ini:

berkenaan promosi iaitu sejauhmana keberkesanan setelah pergi ke sekolah-sekolah.
staf pemasaran mengatakan bahawa perkembangan adalah positif di mana jumlah pengunjung yang datang semakin meningkat dan majoriti mereka adalah di kalangan guru-guru. selain itu jumlah pembeli yang telah disahkan juga bertambah kepada lapan orang sejak bermulanya promosi dijalankan dua minggu yang lepas. oleh itu, bos menyarankan kerja-kerja promosi aknan digiatkan lagi dan mungkin akan diteruskan di jabatan-jabatan kerajaan dan IPTA serta IPTS.

agenda yang seterusnya pula ialah berkenaan dengan kenaikan harga rumah yang tidak dapat dibendung akibat kenaikan kos seperti bahan binaan seperti simen, besi dan sebagainya. kenaikan yang dibincangkan ialah di antara 10% hingga 15%. ini merujuk kepada pemaju yang lain setelah bos saya berbincang dengan mereka.

berkenaan dengan tawaran harga rumah pula, terdapat dua kaedah yang disediakan kepada pembeli iaitu kaedah A dan Kaedah B. kaedah A ialah pembeli membayar deposit sebanyak 10% daripada harga rumah. walaupn mahal tetapi terdapat kelebihan di mana rumah dapat disiapkan dengan lebih cepat, mendapat diskaun dan diberikan rebet tunai atau hadiah tetapi masih dibincangkan. kaedah B pula ialah pembayaran deposit sebanyak RM1000.walaupun murah tetapi mempunyai beberapa kekurangan iaitu rumah lambat disiapkan, tiada diskaun dan hadiah percuma.
walaubagaimanapun, berkenaan dengan kaedah A di mana bos saya mencadangkan supaya pembeli yang membayar depost 10% daripada harga rumah akan mendapat rebet tunai apabila kelulusan telah disahkan oleh pihak pembiaya tidak dipersetujui oleh pengurus operasi. ini pihak pembeli mungkin tidak bersetuju kerana terpaksa membayar mahal untuk deposit dan munkin pembeli mahukan wang segera lebih elok daripada menunggu loan disahkan. selain itu terlalu nampak syarikat nakkan duit dahulu untuk menjalankan pembinaan awal. tetapi bos kata kaedah ini membolehkan situasi menang-menang di mana pihak syarikat mendapat duit dengan mudah tanpa menunggu lama untuk mendapat claim dan pembeli dapat mendiami rumah mereka lebih cepat.

mesyuarat ini diteruskan hingga jam 3 petang dan kami tidak keluar untuk makan tengahari. keputusan mesyuarat tidak dapat dipastikan lagi kerana bos ada urusan lain di luar. walaubagaimanapun, saya bersama pengurus operasi serta staf bahagian pemasaran terus berbincang bagaimana menggalakkan pembeli untuk membayar 10% daripada harga rumah. lebih elok memberi hadiah daripada memberi rebet tunai kerana cara ini kurang efektif..

makanan tengahari kami pun ditanggung oleh pihak syarikat dan kami makan di pejabat sahaja.

selepas itu saya ditugaskan untuk melihat kerja-kerja pembaikan rumah di beberapa lot desa tanjung seperti lot 73, 34, 43, 30 dan 61 untuk dilaporkan setakat mana perkembangan kerja-kerja tersebut.

jam 5.30 petang saya pun balik bersama staf-staf yang lain........

pak ya said...

berkenaan dengan laporan pertama yang telah dibaiki adakah saya kene buat balik prof?...hehehe

Anonymous said...

kalau sudi buatlah,kalau tak sudi,apalah daya saya

pak ya said...

26 Jun 2008

datang sahaja ke pejabat pada saya sibuk sedikit untuk 'burn' gambar-gambar lot dan rumah dalam bentuk CD. CD gambar-gambar ini akan diberikan kepada pihak Longtitude. sebelum terlupa saya baru sahaja mendapat tahu bahawa pihak Longtitude merupakan konsultan yang bertindak memeriksa dan meluluskan setiap bangunan yang telah dibina.

setelah selesai kerja tersebut saya keluar ke Jitra untuk membeli cat seperti yang diarahkan oleh bos. saya keluar bersama husna dan maria. di samping itu juga saya mengambil kesempatan menghantar brosur ke Institut Perguruan Darul Aman(IPDA).

setelah membeli cat saya meneruskan perjalanan ke Alor Setar tetapi ini bukan urusan pejabat. kami terus ke alor setar memandangkan kami keluar pada masa rehat iaitu jam 12.30 tengahari.

kami kembali semula ke pejabat pada jam 2 petang. sampai di pejabat saya ditugaskan untuk mencari plan-plan rumah untuk dipotostat dan diberikan kepada kontraktor binaan. dalam hal ini saya pening sedikit kerana terdapat plan yang telah diubahsuai sedikit oleh pembeli dan saya terpaksa mencari plan yang terkini mengikut lot. di samping itu saya terpaksa menelefon pemilik rumah untuk meminta pengesahan berkenaan ubahsuai tersebut supaya tidak berlaku kesilapan kemudian hari oleh kontraktor.

petang ini saya sibuk mencari plan-plan rumah yang diminta. setelah selesai semuanya saya pun berehat sekejap memandangkan jam sudah menunjukkan hampir 5.30 petang.

balik.......sekian

pak ya said...

28 Jun 2008

hari ini hari sabtu,saya tetap bekerja walaupun cuti kerana pelanggan akan datang pada waktu cuti. jadi saya datang ke pejabat dan duduk di rumah tetamu untuk melayan pelanggan yang mungkin hendak membeli rumah. tetapi masa dilonggarkan sedikit iaitu saya datang ke pejabat pada jam 10.30 pg..seperti biasa tengahari makanan disediakan.

bermacam soalan diajukan kepada saya iaitu mengenai pembiayaan rumah, keluasan lot, harga, guaman dan dan banyak lagi. ada yang dapat dijawab dan yang tidak dapat dijawab saya memberikan no telefon staf di bahagian pemasaran.
selain itu browser juga disediakan kepada pengunjung yang datang. setelah memastikan tiada pelanggan yang akan datang saya pun balik.

saya balik awal sedikit pada hari ini iaitu jam 4.30 petang.

pak ya said...

29 Jun 2008

Pada pagi ini kami semua dipanggil oleh cikgu(Bos)..ini kerana cikgu akan pergi ke Kuala Lumpur atas beberapa urusan dalam beberapa hari. oleh itu cikgu telah memberi beberapa tugas dan pesanan kepada kami semua.

dalam meeting ringkas tersebut cikgu telah menyebut beberapa perkara antaranya ialah memastikan staf yang baru (Zam dan Maria) belajar segala urusan yang perlu dilakukan di pejabat daripada Husna kerana husna hanya beada di pejabat dalam minggu ini sahaja.

berkenaan pemasaran, cikgu telah memberikan beberapa tugas kepada saya iaitu mendapatkan permit iklan daripada majlis daerah kubang pasu,mengarahkan pekerja untuk menggantung streamer di setiap tiang telefon jalan masuk ke desa tanjung, menerima dan menulis aduan pelanggan dan sebagainya.

selain itu cikgu juga mengarahkan supaya kami dapat memastikan rumah tetamu sentiasa bersih dan melayan setiap tetamu yang ada.

selepas meeting ringkas itu saya terus pergi ke majlis daerah kubang pasu untuk mendapatkan permit menggantung iklan. iklan lama sebenarnya sudah ada tetapi banyak telah hilang sama ada dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ataupun dibuang oleh pihak majlis.

balik dari pejabat majlis saya pergi ke kedai untuk membeli beberapa barang seperti mentol lampu di rumah tetamu, plastik untuk membungkus bata, tali untuk menggantung streamer dan sebagainya.

selepas berehat tengahari, saya dan rakan saya pergi ke rumah tetamu untuk menukar mentol yang rosak.

untuk pengetahuan semua, rumah tetamu merupakan pejabat pemasaran di samping sebagai rumah contoh supaya pelanggan dapat melihat sendiri rupa rumah tersebut, ruang dalaman, kemasan dan sebagainya. rumah tetamu merupakan rumah yang berkonsep terbuka dan layan diri. tetamu atau pengunjung yang datang boleh masuk bila-bila masa dan boleh melihat sendiri di dalam rumah tersebut di samping disediakan segala maklumat berkenaan dengan rumah seperti harga, jenis rumah, keluasan lot dan bangunan dan seumpamanya.

saya balik semula ke pejabat pentadbiran untuk mencari fail lot 98,99,100 dan 111. saya membuat semula salinan plan lantai, dinding dan bumbung untuk diberikan kepada kontraktor.
dalam plan-plan lot tersebut, terdapat beberapa plan yang telah diubahsuai mengikut citarasa pelanggan. untuk kes yang begini saya terpaksa menelefon tuan punya lot untuk memastikan plan yang diubahsuai itu betul.
saya pergi sendiri ke tapak projek untuk memastikan binaan yang dibuat mengikut plan yang betul.

selepas itu saya mencatit beberapa barang yang diperlukan untuk pembinaan yang tidak cukup untuk dilaporkan kepada cikgu...

hari ini saya sibuk sedikit dan balik pada jam 6.30 petang........

pak ya said...

30 Jun 2008

pada pagi ini saya datang awal ke pejabat iaitu seawal jam 8 pagi. ini kerana saya terpaksa mengarah 2 orang pekerja myanmar di bawah syarikat untuk menggantung streamer di tiang-tiang telefon sepanjang jalan masuk ke kawasan perumahan desa tanjung yang menempatkan juga rumah tetamu dan pejabat Homeland Realy Sdn Bhd.

saya diarahkan supaya memantau setiap kerja yang mereka lakukan kerana masalah komunikasi dan saya terpaksa mengarahkan satu persatu kepada mereka.

setelah siap kerja tersebut kira-kira jam 10 pagi, saya duduk di pejabat dan menyiapkan sedikit kerja iaitu mengemaskini reset-reset yang berkaitan dengan pembelian bahan binaan.

walaupun bos tiada di pejabat, tetapi beliau telah memberikan beberapa tugas kepada semua staf.

setelah siap kerja tersebut, saya menyiapkan surat berkenaan aduan siling jatuh di lot80 yang telah diadukan oleh tuan rumah. surat tersebut dibuat kerana aduan tersebut tidak diterima disebabkan kerosakan tersebut bukan tanggungan syarikat lagi seperti yang termaktub dalam perjanjian jual beli seperti yang telah dipersetujui.

selepas berehat tengahari, jam 2 saya duduk di pejabat. saya duduk sambil melayari internet sehingga ada tugas yang seterusnya iaitu membeli beberapa alatan untuk plaster dinding yang telah rosak. saya pergi ke kedai pembekal untuk membeli peralatan tersebut.

selepas itu saya pergi ke tapak binaan iaitu lot 100,99 dan 98 untuk memantau kerja yang sedang dilaksanakan. beberapa bahan tidak mencukupi seperti besi 2 hun, paku simen, paku biasa, dawai dan sebagainya. saya mencatit semua peralatan tersebut dan balik ke pejabat. selepas itu saya menelefon pihak pembekal untuk menghantar bahan-bahan yang dipesan tadi dengan seberapa segera kerana sangat diperlukan.

tepat jam 5.30 petang saya pun balik..........

pak ya said...

yang ni comment saya dikira jugak ke prof...heheheh

Anonymous said...

Dikira juga sebab sekurang-kurang membuktikan kita masih hidup dan mampu mengikuti blog.

Kriteria bulan Julai ditambah kriteria lain yg belum dipastikan lagi,bukan sekadar jumlah comments sahaja

pak ya said...

1 Julai 2008

telah sebulan saya praktikal di Homeland Realty Sdn Bhd.
Pada pagi ini saya kembali mengarahkan pekerja myanmar(Tam Lai) untuk menggantung baner seperti yang dibuat semalam. saya terpaksa mengarahkan mereka membuat kerja pada waktu pagi kerana mereka ada kerja lain yang perlu disiapkan iaitu dalam pembinaan rumah. hari ini saya terpaksa menyambung kerja semalam.

masuk ke ofis saya tiada apa yang hendak dibuat kerana kerja yang bos arahkan banyak telah disiapkan semalam. hari ini bos masih lagi belum balik dari Kuala Lumpur.

walaubagaimanapun, saya ni jenis yang suka berjalan-jalan dari duduk tiada kerja di dalam ofis. saya pergi ke tapak pembinaan untuk melihat kerja yang mereka laksanakan dan membantu apa yang patut iaitu melihat barang keperluan yang mungkin tidak mencukupi. tapi Alhamdulillah, semua lengkap dan pekerja binaan tiada masalah.
mereka juga merujuk plan dengan saya dan saya terpaksa berulang alik ke ofis untuk mendapat kepastian.

petang ini pun tiada apa yang hendak dibuat di ofis. saya pergi ke pejabat pemasaran dan ada satu tugas yang diberikan iaitu melihat dan mengambil gambar kecacatan rumah di lot 43 untuk urusan pembaikan. lot 43 merupakn rumah yang telah dipindah milik kepada pembeli yang lain dan perlu dibaiki untuk kepuasan pelanggan.

jam 5.30petang saya pun balik. sekian untuk hari ini.....

Anonymous said...

salam prof..sejak akhir-akhir ini kerja saya banyak di bahagian penyeliaan projek prof. jadi,saya jarang berada di bahagian pemasaran..

Anonymous said...

teruskan dibahagian itu...

Anonymous said...

tq prof...tp saya akan lihat dahulu kecenderungan lebih kat mana minggu ni

pak ya said...

2 Julai 2008

hari ini seperti biasa datang awal ke pejabat.tugas saya pagi ini menyemak fail-fail lot sama ada plan rumah itu diubahsuai atau tidak. bagi plan-plan yang diubahsuai perlu dihubungi pembeli tersebut untuk mengesahkannya. plan-plan tersebut akan disalin kepada beberapa salinan untuk diberikan kepada kontraktor.

jam 11 pagi, pihak syarikat juru ukur datang ke pejabat iaitu kak shimah. dia datang untuk membincangkan mengenai tanah di lot 6355 bukit naga. terdapat beberapa halangan yang menyebabkan kawasan tersebut tidak dapat dibuat projek setelah dirujuk dengan JPBD, JPS dan Pejabat Tanah. pihak JPBD menghendaki satu plan baru dan plan lama perlu ditukar untuk menunjukkan lot kawasan lapang dan jalan dengan lebih jelas. lukisan yang menunjukkan rumah berkembar perlu ditukar mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
pihak JPS pula menghendaki plan yang lengkap tentang saliran sama ada seliran semulajadi atau buatan. di samping itu plan kontur juga perlu disertakan untuk mengetahui keadaan muka bumi kawasan tersebut.
bagi pejabat tanah pula, terdapat dua pemilik berasingan dalam lot tersebut. pemilik yang pertama tiada masalah tetapi pemilik yang kedua masih lagi menggunakan geran hak milik sementara. oleh sebab itu, tanah lot tersebut tidak boleh dibuat projek sehingga kedua-dua lot tersebut memiliki taraf pemilikan tetap.
setelah berbincang,bos mengarahkan supaya projek tersebut ditangguhkan buat sementara waktu untuk dia berbincang dengan lembaga pengarah yang lain.
dalam pada itu juga, kak kami juga berbincang mengenai mukim bukit pinang yang masih dalam proses menimbun dan meratakan tanah. oleh itu, esok pihak juru ukur akan turun ke tapak untuk melihat kawasan tersebut.
saya diarahkan untuk mencari fail-fail yang mengandungi plan-plan yang berkaitan untuk dibincangkan dengan pihak juru ukur.

pada tengahari itu, kami semua makan di restoran iaitu makan perpisahan kepada husna iaitu kerani yang akan melanjutkan pelajaran dan dibiayai oleh bos.

balik dari makan saya terus ke pejabat dan mengemas fail-fail di bilik bos. sebelum makan tadi bos telah berpesan untuk mencari fail yang bernama 'sewerage'. saya pening mencari fail tersebut kerana tiada dalam senarai.akhirnya atas usaha yang bersungguh-sungguh saya menemui fail tersebut yang diletakkan dalam fail yang lain.

selepas itu, saya mengambil fail lot 99 dan 119 untuk dibuat salinan di pejabat pentadbiran. fail tersebut merupakan fail pembeli yang baru sahaja membeli rumah dan perlu dibuat salinan untuk tujuan pentadbiran...

tepat jam 5.30 petang saya pun balik bersama staf yang lain......

pak ya said...

3 Julai 2008

pada pagi ini seperti biasa sebelum jam 9 datang awal ke pejabat. bos sudah sampai dahulu.
selepas itu saya diarahkan untuk membuat jadual kira-kira berkenaan dengan kerja menolak dan mengangkut tanah di mukim bukit pinang.
kira-kira tersebut melibatkan penyewaan lori mengikut trip dan hari bekerja.
kira-kira tersebut akan ditulis dalam bentuk jadual dan laporan untuk disemak oleh pengurus operasi iaitu Encik Wan.

selesai tugas tersebut saya masuk ke bilik bos untuk mencari plan-paln lot yang akan dibincangkan bersama antara bos dan pihak peguam iaitu Encik Razif.
Saya tidak tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut tetapi duduk sahaja di pejabat untuk membantu apabila dipanggil.

pada sebelah petangnya treler mengangkut simen datang untuk menhantar bekalan simen. walaubagaimanapun menghadapi masalah sedikit kerana treler tersebut tidak dapat masuk kerana jalan yang dilalui tidak muat.treler tersebut berpatah balik untuk dan simen akan diangkut dengan lori yang lebih kecil.

selepas itu bos mengarahkan saya untuk print gambar rumah yang dibina menggunakan bata seni. gambar rumah tersebut akan diletakkan di dalam fail bersama brosur. benda tersebut aya tidak pasti untuk tujuan apa dan bos juga mengarahkan saya untuk mengambil 2 ketul bata yang elok untuk dibungkus. mungkin untuk dibawa ke syarikat lain agaknya bagi tujuan promosi.

selepas itu tiada kerja lagi yang dibuat sehinggalah tamat waktu bertugas.....

pak ya said...

6 Julai 2008

hari ini datang ke pejabat tetapi lewat sedikit iaitu pada jam 9.03am.hari ini juga bos tiada di pejabat dan berada di luar yang tidak pasti lokasinya.bos memang begitu, beliau tidak mahu diambil tahu ke mana lokasinya kecuali dia sendiri yang memberitahu.

pada pagi ini dia telah menghantar sms untuk mencari fail-fail lot pembeli rumah yang lama untuk dikemaskini rekodnya. fail-fail tersebut diletakkan secara tidak tersusun dan sukar untuk dicari. saya terpaksa berulang alik dari pejabat pemasaran dan pejabat pentadbiran kerana sesetengah fail tersebut berada di sana.

setelah mendapat semua fail-fail tersebut saya menyerahkannya kepada sataf akaun untuk disemak dan dikemaskini.

dalam pada itu juga, monitor terbakar dan menyebabkan staf akaun tidak boleh menjalankan kerja. nasib baik pengurus operasi sampai (En Wan Kharizal) dan saya memberitahu dia. dia memberikan cash kepada saya dan menyuruh saya mencari monitor terpakai. saya terus bergegas ke bandar jitra untuk mencarinya. mujurlah ada iaitu dalam harga RM120.
di samping saya keluar, saya juga pergi ke kedai hardware untuk membeli paku kerana pekerja kehabisan paku untuk membuat rumah.

seperti biasa jam 1 keluar makan.

pada jam 2 petang saya tiada apa hendak dibuat. saya pun membuat kerja sendiri iaitu pergi ke tapak projek untuk melihat perkembangan rumah yang sedang dibina. duduk di pejabat walaupun nyaman tetapi saya jenis yang tidak boleh duduk diam.

pada petangnya lagi, saya balik seperti biasa iaitu jam 5.30pm...

pak ya said...

7 Julai 2008

seperti hari-hari biasa datang ke pejabat tepat jam 9pagi. selepas duduk sekejap di pejabat saya telah menerima panggilan telefon dari bos supaya mengambil plan lot 100 dan bawa ke tapak pembinaan. saya bergegas mencari plan di dalam fail dan terus pergi ke tapak pembinaan. bos melihat plan tersebut dan menyuruh saya meneliti bahagian yang mana diubah mengikut permintaan pelanggan. mengikut plan tersebut, ukurannya dah betul tetapi mempunyai masalah untuk memasang pintu tandas kerana lari sedikit dari plan asal. oleh itu, pintu tandas terpaksa dialihkan supaya sesuai dengan pengubahsuaian yang dilakukan.

selepas itu bos menyuruh saya mengambil plan 'sewerage' untuk melihat plan saliran dan pembentungan dan lubang yang telah digali. lubang utama tersebut sedikit lari dari plan asal dan betul-betul terletak di atas jalan. oleh itu bos mengarahkan pekerjanya mengukurr semula dan adjust semula lubang tersebut mengikut kesesuaian.

selepas itu saya balik semula ke pejabat. di pejabat saya duduk di depan komputer dan melayari internet sehingga waktu rehat.

pada jam 2 petang, selepas waktu rehat, saya telah menerima pesanan sms bos supaya saya membuat satu album berkenaan rumah. oleh itu saya diarahkan supaya mencetak beberapa keping gambar rumah yang cantik untuk diletakkan di dalam album dalam saiz A4. gambar-gambar tersebut mengikut kata bos akan dilihat oleh VIP esok. saya pun tidak pasti siapakah VIP tersebut. saya pergi ke Bandar Darul Aman untuk membeli album gambar, fail dan barang yang patut seperti kopi dan sebagainya.
selepas selesai mencetak gambar, saya pun meletakkannya di dalam album dan menyusunnya.
sehingga jam 5.30 saya pun balik....

pak ya said...

8 Julai 2008

datang awal ke ofis dan seperti biasa membuka penyaman udara, komputer dan sebagainya. pada pagi ini saya sibuk menyiapkan album gambar yang menunjukkan gambar rumah, peta, senibina dan sebagainya. mengikut kata bos, ada tetamu VIP yang akan datang pada hari ini untuk melihat rumah. oleh sebab itu saya perlu menyiapkan album tersebut sebagai tatapan tetamu.

setelah siap saya menunjukkan kepada bos untuk disemak. terdapat sedikit pembetulan dan saya terpaksa membaikinya lagi. di samping itu ada surat dari juru ukur yang di faks kepada saya mengenai surat dari majlis daerah kubang pasu yang menyatakan bahawa permohonan projek lot 6355 mukim naga jika tidak disediakan dokumen seperti yang diminta(rujuk laporan 2 Julai 2008) dalam tempoh 14 hari dari surat maka permohonan tersebut akan terbatal. saya menyerahkan surat tersebut kepada bos dan dia terus menghubungi pejabat juruukur.

selepas itu saya menyambung balik tugas saya iaitu membaiki album gambar yang dibuat itu tadi.

selepas berehat makan tengahari, bos menelefon saya supaya menunaikan cek di Bank Islam Alor Star. saya mengambil cek dari kak maria dan terus pergi ke alor setar. cek yang ditunaikan tersebut bernilai RM 9,520.00. wang tersebut akan digunakan untuk membayar kontraktor yang menjalankan kerja-kerja menolak tanah di mukim bukit pinang.

saya mengambil masa yang lama di bank Islam kerana terpaksa menunggu giliran. orang ramai di situ. selesai menunaikan cek tersebut saya terus balik ke pejabat dengan pantas.

sampai di pejabat jam sudah menunjukkan pukul 5.15 petang. tiba-tiba latop bos menghadapi masalah dan saya cuba membetulkannya. oleh itu saya balik lewat sedikit iaitu jam 6 petang....

pak ya said...

9 Julai 2008

pagi ini belum ada kerja yang hendak dibuat..selepas pukul 10 pagi bos memanggil saya untuk datang ke biliknya..bos memberikan tugas....

tugas saya ialah pergi ke Alor Star..

1.saya kena pergi ke Pejabat Tanah di Jitra dahulu..tujuannya ialah mengambil surat kebenaran untuk mendapatkan geran tanah di pejabat Tanah dan Galian(PTG).

2.kemudian pergi ke Alor Setar ke Pejabat PTG dan membawa surat tersebut bersama-sama dengan resit bukti pembayaran proses pertukaran tanah oleh pejabat peguam Razif Jamil & Co.
tujuan utama ialah untuk mendapatkan geran lot 48 Desa Tanjung setelah kaveat persendirian ditarik balik oleh tuan tanah..
walaubagaimanapun, geran tidak dapat diserahkan kerana masih dalam proses penyiapan oleh PTG.....

3.kemudian saya membawa dokumen berkaitan urusan akaun syarikat kepada pihak Longtitude (Consultant). saya menyerahkannya begitu sahaja dan terus beredar...

4. selepas makan tengahari saya pergi ke pejabat Bukit Tembaga Coperation di Shahab Perdana yang merupakan pejabat lama Homeland Realty Sdn Bhd.

setelah selesai kesemua tugas tersebut, saya pun balik semula ke pejabat dal sampai di pejabat dalam pukul 3.30 petang..

setelah sampai di pejabat, saya duduk berehat dan kemudia bos menelefon saya supaya memberikan album gambar rumah kepadanya. sewaktu itu bos saya berada di luar.. saya membawa album tersebut dan kami bertemu di depan masjid Kepala Batas...tujuan apa saya tidak pasti...kemungkinan bos saya ingim mempromosikannya kepada kawan beliau... pada petang saya hanya duduk di pejabat sehingga balik pada jam 5.30...seharian kerja saya banyak di luar pejabat....

sekian....

pak ya said...

tambahan...

saya pergi ke PTG untuk membayar penarikan balik Kaveat yang dibuat oleh tuan tanah dengan bukti resit yang saya bawa....bayaran yang dikenakan ialah RM150.00.

saya pergi ke pejabat Bukit Tembaga Coperation untuk mengambil; surat sahaja....

pak ya said...

10 Julai 2008

Datang awal ke pejabat seperti biasa..pagi ini saya ditugaskan oleh bos untuk menanda sempadan bagi lot-lot tanah di dalam peta. Nombor-nombor lot diberi dan saya menanda lot-lot tersebut di atas empat keping peta yang besar..kira penat gak lah....sakit mata tngok nombor yang banyak sangat..
Pukul 11 pgi meeting. Dalam meeting itu menyentuh tentang promosi iaitu pemasangan streamer..setelah banyak streamer dipasang, hanya 5 sahaja yang memiliki lesen oleh Majlis daerah..bos risau streamer yang lain itu akan dibuang oleh pihak majlis berikutan pihak majlis sedang sibuk membersihkan sepanjang jalan masuk ke singgahsana Duli Yang maha mulia Tuanku Yang diPertuan Agong yang dimaklumkan balik pada 15 Julai ini..Oleh itu, untuk mengelakkan streamer dibuang begitu sahaja, keputusan yang diambil ialah menampal stiker ‘Daulat Tuanku’ di semua streamer tersebut...hehehe
Agenda yang seterusnya ialah mengenai perkembangan promosi. Promosi menepati sasaran di mana ramai yang berkunjung tetapi tidak menepati sasaran jualan di mana pengunjung hanya mengunjung sahaja tetapi tidak membeli....oleh itu, pemasaran perlu bertindak lebih agresif lagi..berikutan harga barang dan bahan api yang semakin meningkat, kemungkinan saiz lot akan dikecilkan bagi mengurangkan kerugian..
Dalam pada itu, bos juga menceritakan pengalaman di Bangkok baru-baru ini di sebuah syarikat perumahan. Bos menceritakan tentang layanan yang diberikan oleh penyambut tetamu yang begitu ramah dan mesra melayan tetamu yang datang seolah-olah orang yang datang itu pembeli rumah..oleh itu, mungkin kaedah tersebut boleh diaplikasikan di sini di mana tetamu akan disediakan minuman dan disambut dengan mesra..
Selain itu, bahan binaan rumah juga diambil kira di mana rumah yang dibina itu juga dibuat dengan bata seni..sama seperti yang dibuat oleh syarikat...pihak di bangkok menganggap mereka sahaja yang membuat rumah dengan bata tersebut dan bos hanya tersenyum...
Ini merupakan satu inovasi yang diperkenalkan oleh bos...
Selepas itu, bos membuat satu capaian di mana setiap bulan perlu ada purata 2 pelanggan membeli rumah...target utama ialah 4 pembeli dalam sebulan..
Selain itu, terdapat 2 pembeli rumah yang seolah-olah tidak serius untuk membeli kerana mereka melewatkan diri untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Oleh sebab kelewatan itu, disebabkan kenaikan kos binaan, harga rumah mereka terpaksa dinaikkan 10%..
Dalam mesyuarat itu juga bos mengarahkan saya untuk menghubungi urusetia Ekspo Rakyat sempena sambutan Jubli Emas nanti untuk bertanya tempat bagi tujuan promosi...
Promosi juag akan diteruskan tetapi kini mungkin akan dibuat di agensi-agensi swasta seperti kilang dan sebagainya..pendekatan kali ini ialah menggantung streamer di kantin atau kafe..
Mesyuarat tamat pada jam 2.30 petang..seterusnya kami makan yang ditanggung oleh syarikat.
Jam 3 petang, pihak Longtitude datang..mereka mesyuarat lagi tetapi saya tidak menyertainya..selepas itu ada tugas untuk saya iaitu membuat pembetulan mengenai satu dokumen yang akan dibentangkan kepada pihak bank.. dokumen tersebut ialah berkenaan urutan peristiwa bergambar dari awal projek diambil alih oleh syarikat sehingga sekarang. Saya dtugaskan untuk menyiapkan tugasan tersebut..staf bahagian akaun pula menyiapkan bahagian akaun..
Saya membuat kerja tersebut sehingga lewat petang iaitu pukul 7. Tugas belum selesai lagi dan saya akan menyambungnya pada waktu malam. Oleh itus saya balik ke rumah dahulu.
Pada malamnya. Selepas maghrib saya pergi semula ke pajabat untuk menyiapkan tugas tersebut..tugas tersebut berjaya disiapkan pada jam 10.30 malam..ini kerana dokumen tersebut diperlukan pada ahad ini dan perlu siap dicetak. Oleh kerana saya nak pergi Kuala Lumpur esok jadi saya terpaksa menyiapkannya malam ini...
Sekian...

pak ya said...

13 Julai 2008
Seperti biasa saya datang awal ke pejabat..awal –awal lagi bos sudag panggil dan memberikan tugas..pada mulanya dia mengarahkan saya untuk menerangkan peta yang telah saya tanda kepada dia. Tetapi saya memberitahu dia berkenaan promosi di Ekspo Rakyat yang akan berlangsung tidak lama lagi..
Sebelum itu saya telah menghubungi pihak urusetia dan mereka bersetuju menyediakan gerai dengan kadar yang berpatutan..selepas itu, bos menyuruh saya follow up berkenaan itu sahaja dan tidak jadi membuat kerja peta itu tadi.
Selepas itu saya terus berurusan dengan pihak urusetia ekspo tersebut melalui telefon dan emel.
Selepas berehat tengahari, saya membuat kerja lain iaitu menyiapkan dokumen yang akan dibentangkan kepada pihak Maybank. Tidak semua tetapi ada sesetengah bahagian iaitu bahagian gambar..bahagian gambar tersebut akan dikumpul dan dibuat cantik-cantik dan disusun supaya mudah untuk didokumenkan bersama dengan akaun dan sebagainya..
Lewat petang terdapat aduan dari seorang penduduk taman desa tanjung berkenaan paip pecah di hadapan rumahnya iaitu lot 76. Saya terus memeriksanya dan terus menghub ungi pihak yang terlibat untuk membeikinya..
Selepas itu saya pergi membeli peralatan yang tidak mencukupi iaitu bahan untuk binaan rumah seperti paku,dawai dan sebagainya...saya belik lewat sedikit iaitu pada jam 6.12 petang.

pak ya said...

14 Julai 2008
Pgi ini seperti biasa saya di pejabat..menyambung kerja semalam iaitu cheklist berkenaan laporan yang akan dibentangkan kepada pihak maybank. Selepas itu follow up lagi berkenaan dengan ekspo rakyat jubli emas yang bakal berlangsung di mana bos saya berminat untuk membuat promosi.
Jam 12.00 kami mula mesyuarat ringkas iaitu lsetiap staf melaporkan perkembangan terkini tugas mereka. Selain itu bos menyarankan supaya meneruskan tugas yang diberi kerana dia akan pergi ke KL bersama pengurus operasi.
Selepas berehat tengahari saya ditugaskan untuk menyenaraikan semua lot dalam lingkungan kawasan bertanda dalam satu peta yang besar iaitu satu kawasan di terengganu. Lot-lot tersebut merupakan tanah terbiar yang akan dimajukan sebagai kawasan penanaman padi oleh bos saya bersama dengan syarikat yang lain..Cikgu Zaki juga merupakan pengarah dalam syarikat lain.
Saya melakukan kerja tersebut sampai lewat petang dan ditangguhkan sehingga dibawa balik ke rumah......

pak ya said...

salam prof...saya risau dah,,ingat blog ni tak boleh bukak dah...saya selalu keluar prof,,sebab tu jarang online...ble online tngok2 blog x bleh bukak...nasib baik siew wan bagitau..tq siew wan

pak ya said...

16 Julai 2008
Semalam merupakan hari cuti umum bagi negeri Kedah sempena sambutan 50 Tahun Jubli Emas..oleh itu kami pun turut sama bercuti.
Pada hari ini kami bekerja seperti biasa. Bos tiada di pejabat dan masih lagi di Kuala Lumpur. Jadi awal-awal pagi lagi dia sms dengan saya supaya meneruskan tugas untuk ekspo rakyat nanti. Saya diminta membuat persediaan berkenaan tapak gerai dan barang-barang yang diperlukan.
Deposit masih lagi di tangan saya dan belum lagi dibayar kerana mungkin petang ini saya akan berurusan dengan urusetia tapak ekspo tersebut.
Pada hari ini saya berbincang sedikit dengan staf pemasaran iaitu kak ina dengan wanda berkenaan apa yang akan dibuat semasa ekspo nanti..
Antara persediaan yang dibuat ialah streamer,brosur,gambar-gambar rumah dan mungkain akan dibuat satu persembahan video..jadi saya diminta membuat satu video tantang perumahan desa tanjung ini.
Selepas makan tengahari, saya hanya duduk di pejabat dan membuat sedikit kerja iaitu menyediakan satu visual dengan menggunakan movie maker.saya membuat kerja tersebut sampai petang......

pak ya said...

17 Julai 2008

pagi ni macam xde kerja je...jadi saya dok online je lah...di samping 2 saya chating dengan kak ina berkenaan proses2 dalam bahagian pemasaran(pembelian rumah)...disebabkan pejabat di bangunan yang berasingan, jadi Yahoo mesengger lah penghubung kami...

Anonymous said...

pak ya...
so confuse ah....u buat apa inovasi ah

pak ya said...

sambungan 17 Julai...
tengahari tersebut saya meeting ringkas bersama kak ina berkenaan promosi di ekspo tanpa penglibatan bos...kami berbincang mengeni jadual bertugas di tapak ekspo,persiapan,pakaian dan sebagainya....

selepas berehat tengahari, saya pergi ke tapak projek untuk melihatperkembangan binaan yang sedang dalam penyiapan..

pak ya said...

20 Julai 2008

Hari ni saya sibuk untuk urusan ekspo di mana bos ingin melihat persediaan yang telah dibuat.

antara persediaan yang telah dibuat ialah tag nama untuk bertugas di tapak ekspo, streamer, senarai barang2 yang akan dibawa dan sebagainya.
pada jam 11 pagi kami mesyuarat dengan bos untuk mengetahui lanjut perkembangan tersebut.
dalam mesyuarat tersebut saya telah memberi satu cadangan iaitu membawa bata di tapak ekspo untuk disusun membuat dinding yang rendah. saya mencadangkan bata kerana bata merupakan satu trademark bagi rumah yang dibina oleh homeland.
ia juga merupakan satu-satunya di bahagian utara ini menggunakan bata seni(facing brick) yang dibuat oleh syarikat sendiri.
bos menerima cadangan tersebut dengan baik.
di samping itu juga, terdapat pertandingan gerai tercantik dan sayrikat juga boleh turut serta.
promosi di tapak ekspo akan bermula pada 23 Julai 2008 hingga 1 Ogos 2008. oleh itu bos berharap di samping mendapat pembeli semasa ekspo berlangsung juga akan mempromosikan nama homeland di seluruh kedah.

selepas berehat tengahari, saya membuat design untuk menyusun bata tersebut di atas kertas. selain itu saya juga membuat satu video/gambar bergerak berkenaan produk homeland yang mungkin akan ditayang di gerai ekspo nanti dengan LCD projektor.

bagaimanapun, kerja tersebut tidak dapat disiapkan terus dan terpaksa dibawa balik ke rumah untuk disiapkan..

Anonymous said...

pak ya..
selamat pagi, saya juga membuat promosi ,dan mengenai sedikit urusan pejabat loh...
tapi macam sedikit loh...

pak ya said...

21 Julai 2008

seperti biasa saya duduk di depan komputer di pejabat. menyemak bil-bil atau resit yang ada(membantu kerani).

jam 11 pagi, meeting lagi berkenaan persiapan untuk ke tapak ekspo. meeting seperti biasa bertanya peratus persediaan yang telah dibuat untuk tujuan promosi rumah.

jam 1 tengahari selepas tamat meeting mengikut bos pergi ke alor setar. bersama saya lagi ialah En Wan(pengurus operasi), zam dan fuad. tujuan ke alor setar ialah pergi ke pejabat tanah dan galian dan melihat tapak ekspo di mana lokasi khemah kami.

saya pun mengatur pertemuan bos saya dengan sekreteriat bahagian tapak ekspo iaitu En Ayob. bos nampaknya sangat berpuas hati dengan lokasi khemah iaitu betul2 di hadapan pintu masuk utama stadium.

selepas itu, dalam perjalanan balik kami singgah di 'showhouse' sebelah istana anak bukit alor setar. tujuan ialah melihat rumah yang dipamerkan iaitu rumah teres 2 setengah tingkat. nilainya ialah antara rm600,000.

selepas balik, di pejabat saya menyambung kerja2 yang belum siap lagi iaitu membuat design streamer yang baru untuk diletakkan di tapak ekspo nanti..

Anonymous said...

ya.i pun pening ..pak ya
dah sampai mana pak ya buat ....

pak ya said...

22 Julai 2008

pagi ini seperti biasa datang awal ke pejabat. tugas di pejabat kurang di mana saya lebih menumpukan tugas di luar pejabat iaitu promosi di ekspo rakyat.

saya bertanggungjawab menguruskan berkenaan tapak gerai atau khemah jualan kami. oleh itu saya sentiasa berurusan dengan encik Ayob(Bhagian tapak ekspo).

barang-barang keperluan sudah diangkut ke tapak ekspo lewat petang semalam. jadi hari ini ialah tugas untuk memasang peralatan tersebut iaitu bata.

pukul 4 petang saya bergerak ke tapak ekspo di Alor Setar. khemah kami terbahagi kepada 2 bahagian. jadi kami menyewa sebelah khemah sahaja.
atas idea saya, bata telahpun disusun mengikut plan yang dirancang. nampak unik sekali khemah kami kerana terdapat binaannya di dalamnya. walaubagaimanapun, disebabkan baner belum digantung dan orang-orang yang lalu-lalang singgah dan bertanya adakah kami menjual bata.
tetapi kami memangpun menjual bata juga tetapi bukan sebiji-sebiji..ia dijual secara pakej termasuk membinanya...

bata seni merupakan trademark homeland realty dan merupakan satu-satunya di bahagian utara ini..

Anonymous said...

oh pak ya..
good luck and take care loh....apa aspek pemasaran pak ya....

pak ya said...

23 Julai 2008
Pagi ini saya tidak pergi ke pejabat tetapi terus ke khemah kami di tapak ekspo. Kerja saya ialah menyusun membuat persediaan iaitu memasang baner, menyusun meja dan kerusi, menyusun atur streamer dan sebagainya. Selain itu, menyediakan borang-borang yang diperlukan untuk pelanggan yang ingin menempah rumah.
Setelah siap, saya balik ke pejabat pada tengaharinya. Di khemah tapak ekspo sudah ada staf lain dan kami akan duduk di khemah mengikut shif. Saya shif malam.
Di pejabat, saya mengemaskini bil-bil tunai untuk tujuan claim. Selepas itu saya pergi ke public bank untuk menyerahkan cek KWSP pekerja di desa tanjung. Selepas itu saya ke bank islam untuk mendeposit wang ke akaun transit syarikat sebanyak rm10 000. Selepas selesai kerja tersebut saya balik ke rumah kerana malam nanti saya akan ke khemah kami di tapak ekspo.
Jam 5.30 petang saya saya pergi ke alor setar di tapak ekspo. Tapak ekspo terletak di perkarangan stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti. Saya mengambil alih rakan staf yang lain untuk shif malam.
Sepanjang saya duduk di kaunter di khemah, pengunjung tidak putus-putus datang untuk melihat gambar rumah yang kami pamerkan. Di samping itu, khemah kami yang mempunyai binaan bata di dalamnya juga menarik perhatian mereka. Dalam saya melayan pengunjung, dalam ramai-ramai nampaknya ada dalam 5 orang yang nampaknya berminat. Walaubagaimanapun, masa saya menyuruh mereka mengisi borang tempahan, mereka ingin berfikir dahulu. Jadi saya pun menyerahkan bisnes kad saya kepada mereka. Ini baru hari pertama, jadi saya rasa promosi ini positif. Dalam banyak-banyak gerai khemah, terdapat juga syarikat perumahan lain seperti Bina Darul Aman Realty dan satu lagi saya tak berapa nak ingat namanya.
Pada jam 11 malam saya pun menutup gerai dan mengemas barang2.

pak ya said...

24 Julai 2008

saya bertugas di tapak ekspo pada hari ini.tugas saya ialah melayan pengunjung yang datang ke gerai untuk melihat gambar-gambar rumah yang kami tawarkan.

pada hari ini terdapat 4 orang pelanggan yang telah menempah untuk membeli rumah. mereka tertarik dengan banglo tersebut kerana harganya yang berpatutan dan konsep yang menarik dan terkini. selain itu, harganya adalah sebaris dengan harga rumah berkembar dan teres 2 tingkat.

terdapat juga pengunjung yang terasa menyesal kerana membeli rumah awal dan tidak tahu bahawa syarikat ini ada menawarkan banglo dengan harga yang berpatutan.

saya bertugas sehingga malam iaitu sampai pukul 11 malam...

pak ya said...

25 Julai 2008

saya tiada cuti minggu ini dan kena sentiasa berada di tapak ekspo..pada hari cuti inilah paling ramai pengunjung datang...

kalau prof datang ke ekspo datang lah berkunjung ke gerai homeland realty di depan sekali pintu masuk...hehehe

pak ya said...

26 Julai 2008

seperti biasa berada di khemah ekspo..x da cuti.....

pak ya said...

27 Julai 2008

masih lagi di tapak ekspo....bertugas melayan tetamu yang datang berkunjung...setakat hari ini terdapat 2 individu yang memang mengesahkan untuk membeli banglo dan membayar deposit.

di samping itu terdapat 3 lagi hanya menempah dan belum membayar deposit....

Anonymous said...

pakya aku nak tempah satu. tapi nanti aku dah keje aku bayar deposit. amcam ok tak..

pak ya said...

28 Julai 2008

masih lagi di tapak ekspo...lama sungguh ekspo ni berlangsung........penat

pak ya said...

29 Julai 2008

lama sungguh ekspo ni...langsung tidak pergi ke pejabat,,,,

pak ya said...

30 Julai 2008

kat ekspo lagi...hari ni saya bertugas sampai malam...ramai juga yang berkunjung...mereka ingin menempah tetapi hendak melihat tapak dulu...

pak ya said...

31 Julai 2008

hari ini merupakan hari ke 2 terakhir bagi ekspo di stadium suka menanti empena sambutan 50 Tahun Jubli Emas...
tetapi hari ini kurang orang yang datang berkunjung ke gerai...

pak ya said...

1 Ogos 2008

hari ini merupakan hari terakhir ekspo rakyat yang berlangsung di perkarangan stadium suka menanti..setelah 10 hari berkampung di situ dan inilah merupakan hari yang terakhir....

hari last ini saya bertugas sepanjang hari sampai penutup...Alhamdulillah,,,last2 mini ada 2 orang setelah mendengar penjelasan saya dan mereka bersetuju untuk menempah rumah.....

pak ya said...

2 Ogos 2008

hari ini saya menghantar barang2 selepas ekspo ke pejabat kerana semalam saya balik lewat dan x dan nak p pejabat..
jadi hari ini saya datang ke pejabat...bos pun ada di pejabat pada hari sabtu..
selepas itu kami meeting sedikit berkenaan dengan promosi yang dijalankan di ekspo dan masalah2 berbangkit...
selepas itu saya balik...

pak ya said...

3 Ogos 2008

Pagi ini seperti biasa di pejabat setelah 10 hari berkampung di ekspo rakyat di perkarangan stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar.

di pejabat saya duduk seperti biasa dan membuat kerja2 yang sepatutnya iaitu menyemak semula bil2 yang perbelanjaan semasa ekspo berlangsung.

pada tengaharinya saya meeting bersama dengan pihak Longtitude..meeting tersebut ialah berkenaan dengan rayuan yang telah dibuat terhadap pihak Maybank untuk mengurangkan jumlah hutang pihak syarikat akibat pemaju lama yang yang menyebabkan projek terbengkalai...Hutangnya ialah sebanyak 2.4 juta dan hendak dikurangkan kepada 1.5 juta sahaja...
oleh itu, beberapa dokumen perlu disediakan dengan kerjasama pihak Longtitude...

meeting tamat pada jam 3 petang..selepas meeting saya keluar makan bersam dengan bos...

pada petangnya tiada kerja hendak dibuat jadi saya duduk sahaja sambil melayari internet..

pak ya said...

4 Ogos 2008

pagi ini saya tiada apa yang hendak dibuat dan duduk online sahaja...

selepas makan tengahari saya mengedit satu dokumen/surat kepada pihak maybank bagi dibentangkan di dalam mesyuarat pukul 3 nanti..

jam 3.30 saya meeting bersama dengan pihak Longtitude iaitu menyambung perbincangan mengenai surat rayuan kepada Maybank yang tertangguh semalam..

pak ya said...

5 Ogos 2008

pagi ini saya terpaksa datang awal ke ofis iaitu sebelum jam 8pg...saya terpaksa berbuat begitu kerana untuk menyiapkan surat rayuan semalam yang perlu ditandatangani oleh pengarah dan diserahkan kepada pihak Longtitude secepat mungkin.....

selepas siap mengedit dan terus mencetak surat tersebut lalu diserahkan kepada pengarah untuk ditandatangani..

kemudian saya terus pergi ke Alor setar...di alor setar tugas saya ialah menyerahkan surat tersebut di pejabat longtitude kerana mereka hendak mengirim surat tersebut bersama dengan dokumen yang berkaitan secepat mungkin...

selepas menyerahkan surat tersebut saya pergi ke pejabat tanah dan galian (PTG) untuk mengambil geran lot 33 tetapi malangnya geran tersebut tidak siap lagi...

kemudian pula saya terus ke bank Islam untuk menunaikan cek bernilai RM3000... selepas itu saya balik semula ke pejabat...

di pejabat saya duduk sekejap dan bos menyuruh saya naik...
bos memberikan satu tugas yang agak mencabar kepada saya...

tugasnya ialah membuat satu kertas kerja (rancangan perniagaan) untuk memngembangkan lagi pengeluaran bata yang dibuat oleh syarikat..selama ini syarikat hanya mengeluarkan bata untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak dikomersialkan...

pak ya said...

6 Ogos 2006

hari ini bos tiada di pejabat...jadi saya menyambung kerja semalam iaitu membuat rangka rancangan perniagaan bata.. dalam pada itu juga saya mengarahkan pekerja Myanmar untuk membetulkan baner yang tercabut tali di depan simpang..

tengahari bos menelefon supaya saya emelkan draf itu kepada seseorang yang identitinya saya pun tidak mengenali...

oleh itu, hari ini saya hanya duduk melayari internet sahaja....

pak ya said...

7 Ogos 2008

hari ini datang ke pejabat seperti biasa...kerja yang bos tinggal ialah membuat RP...jadi saya menyambung balik kerja itu dan membuat setakat mana yang saya mampu..

jam 11 saya menelefon PTG untuk bertanyakan geran lot 33 yang belum lagi siap...PTG menyuruh saya follow up minggu depan kerana geran tersebut tak sampai lagi...

di samping itu saya duduk di rumah tetamu melayan tetamu yang datang untuk melihat rumah...

pak ya said...

10 Ogos 2008

hari ini datang ke pejabat seperti biasa...bos saya asyik busy je sejak akhir-akhir ini...

kebanyakan tugas hanya diberitahu melalui telefon..contohnya pada hari ini saya disuruh membuat jadual berkenaan progres setiap rumah yang sedang dalam pembinaan..progress tersebut akan menentukan sebanyak mana tuntutan oleh sub con.

kerja saya selain itu juga adalah menyambung semula kerja membuat RP iaitu proposal untuk mengembangkan perniagaan bata syarikat..

Anonymous said...

pak ya

salam, pak ya. adakah pak ya sudah membuat soalan soal selidik.

pak ya said...

11 Ogos 2006

pagi ini saya datang ke pejabat seperti biasa..terus on komputer dan membuat semula pembetulan berkenaan perancangan kira-kira untuk projek bata..

saya juga berurusan dengan pejabat tanah iaitu follow up geran tanah lot 33 yang masih lagi tak siap-siap...setelah dihubungi masih lagi tak siap..

kemudian saya pergi ke lot88 untuk melihat kemajuan pembinaan iaitu sekarang setakat bumbung.. selain itu tuan rumah lot 88 juga datang dan bersama saya..
disebabkan plan rumah tersebut terdapat pengubahsuaian, maka tuan rumah tersebut tidak berpuas hati kerana pembinaan yang dibuat tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan...antaranya ialah pintu utama yang terlalu besar(8" x 10") sepatutnya (6" x 10")..begitu juga dengan tingkap terlalu tinggi dari lantai..

oleh sebab itu, saya terpaksa menghubungi sub con iaitu Pak Abu untuk menerangkan keadaan plan yang sebenar mengikut kehendak tuan rumah...

selepas makan tengahari, saya menyerahkan kira-kira perancangan projek bata tersebut kepada bos untuk disemak...sekali lagi saya kena membuat balik kerana ada lagi penambahan yang dilakukan....

Anonymous said...

ok,thanks. pak ya.

Organisasi Chong Sang Onn Sdn Bhd mengamalkan aspek gaya pengurusan yang baik dan strategik dalam projek pembangunan hartanah. Organisasi melakukan kemajuan yang memuaskan dalam mencapai matlamat organisasi.



pak ya..saya nak tanya sedikit bahasa. iaitu,

syarikat Chong Sang Onn Sdn Bhd mengamalkan aspek gaya pengurusan yang baik dan strategik dalam projek pembangunan hartanah. syarikat melakukan kemajuan yang memuaskan dalam mencapai matlamat organisasi.


yang atas betul atau yang bawah, terdapat sedikit keliru

Anonymous said...

ntah la...tp lebih baik OOI guna syarikat je lah...

Anonymous said...

thanks ..pak ya

pak ya said...

12 Ogos 2008

hari ini kami berbincang mengenai pemasangan paip2 di banglo-banglo yang sedang dalam pembinaan bersama bos, sub con iaitu Fuad Plumber. sebelum ini, kerja perpaipan diberikan kepada Mus Plumber dah kini terpaksa diganti oleh Fuad Plumber atas sebab2 tertentu...

selepas itu kami berjalan melawat tapak untuk melihat kerja-kerja perpaipan yang lepas dan banglo yang akan dipasang paip..

dalam pada itu juga bos saya berbincang mengenai kos dan jumlah tuntutan yang perlu dibayar kepada Fuad Plumber..

pada tengahari itu, saya menelefon semula pejabat tanah untuk bertanyakan geran lot 33 tersebut..akhirnya geran tersebut telah siap dan sedia untuk diambil.selepas itu saya menelefon pejabat peguam iaitu Razif Jamil & Partner..saya pun pergi ke pajabat tanah di Alor Setar untuk mengambil geran tersebut. selepas itu saya pergi ke pejabat homeland lama di shahab perdana untuk mengambil surat surat yang dihantar di situ.

geran yang dibawa balik tersebut akan disimpan sementara menunggu untuk dipos ke Kuala Lumpur bagi mendapat tuntutan..sementara itu juga kami terpaksa menunggu surat iringan yang akan dikirim oleh pejabat peguam...

pak ya said...

13 Ogos 2008

pagi ini saya duduk di bahagian Marketing sebab Kak Ina sms saya supaya menggantikan dia sekejap kerana dia ada urusan pada pagi ini...terdapat seorang pelanggan yang datang pada pagi ini...

selepas wanda berhenti kerana menerima tawaran kerja dari Bank Islam maka kak ina keseorangan di situ..
selepas kak ina datang saya balik ke pejabat biasa kerana bos memanggil..bos menyuruh saya pergi ke Bukit Kayu Hitam untuk beberapa tugas.pertama menukar wang Thailand sebanyak 100,000 bath untuk ditukar kepada RM. selepas itu mengambil seseorang iaitu Ustaz Ismail dari Patani yang menunggu di Bukit Kayu Hitam.

setelah sampai di pejabat, saya terus ke Alor Setar untuk Bank-in wang tersebut di bank Islam. selepas itu saya ke pustaka darussalam untuk mengambil beberapa barang...
hari ini kebanyakan masa saya berada di luar pejabat....

pak ya said...

14 Ogos 2008

Hari ini saya sibuk menguruskan berkenaan pembaharuan permit iklan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)..walaupun dan register tetapi menghadapi sedikit masalah untuk key-in maklumat di laman web tersebut..
saya beberapa kali menelefon pegawai terbabit untuk mendaftar permit tersebut tetapi tidak berjaya walaupun langkahnya telah diberitahu..
sebelum ini, pendaftaran permit iklan dilakukan secara manual iaitu mengisi borang dan pos ke KPKT..oleh itu segala data ada disimpan di sana(KPKT).
jadi,permit iklan syarikat hampir tamat dan setelah dihubungi mereka menyuruh memperbaharui secara online..berbeza dengan dulu, pendaftaran dilakukan secara manual.
masalahnye, apabila pendaftaran dilakukan secara online,beerti kita mendaftar baru..setelah dimasukkan nombor dan pasword atau sebagainya, proses pembaharuan masih tidak dapat dilakukan...permohonan permit tersebut masih tidak berjaya sampai ke petang walaupun beberapa kali menghu bungi pihak terbabit...
inilah salah satu daripada inovasi...tetapi inovasi ini menyukarkan kerja sedikit dan pengguna menghadapi masalah untuk membuat pendaftaran kecuali bagi syarikat yang baru dan terus menggunakan aplikasi ini....

pak ya said...

17 Ogos 2008

Hari ini juga saya duduk di pejabat pemasaran...tiada pelanggan datang dan saya berulang-alik ke pejabat pentadbiran...cuma waktu tengahari ada seorang pembeli rumah membuat aduan tentang kerosakan bumbung rumah menyebabkan kebococoran pada siling rumah...selepas itu saya memberitahu kepada zam(penyelia projek) tentang aduan tersebut di lot 67. seterusnya saya tiada apa yang dibuat dan duduk sahaja di pejabat dan melayari internet..
tentang permohonan pembaharuan permit iklan secara online tersebut tidak dapat dilakukan lagi kerana terpaksa menghubungi pusat(KPKT). tambahan pula hari minngu dan mereka bercuti pada hari ini...

pak ya said...

18 Ogos 2008

Pagi ini seperti biasa saya duduk di pejabat pemasaran...hari ini saya hendak menyambung tugas yang masih lagi terbengkalai iaitu mengemaskini pendaftaran portal syarikat dengan pihak e-Government..saya masih gagal untuk mendaftar syarikat secara online untuk tujuan memperbaharui permit jualan dan iklan syarikat di KPKT..
pada mulanya saya menelefon pihak KPKT dan menanyakan tentang masalah tersebut.tetapiu, urusan portal bukan urusan mereka dan pihak KPKT menyuruh saya menghubungi pihak MAMPU bagi menyelesaikan masalah tersebut.
saya pun menelefon pihak MAMPU. setelah memberitahu pihak MAMPU, maka mereka pun mengaktifkan akaun portal syarikat kembali..akaun tidak diaktifkan kerana terdapat 3 pendaftaran telah dibuat sebelum ini.pendaftaran portal hanya boleh dilakukan sekali sahaja..jadi, setelah keputusan dibuat maka syarikat terus menggunakan kata laluan yang lama.
selesai kes tersebut saya terus memasuki portal untuk mengemaskini borang berkenaan dengan pembaharuan permit iklan dan jualan...
banyak maklumat yang tidak dapat saya isi dan terpaksa berbincang dengan Encik Wan(Pengurus Operasi) dan Kak Ina(Eksekutif Kanan Pemasaran).
oleh sebab itu, kerja tersebut ditangguh sekali lagi untuk dibincangkan terutamanya berkenaan harga rumah kerana harga rumah banyak kali berubah dan semakin naik..
petang itu saya membuat balik plan tataletak yang dipamerkan di bilik mesyuarat kerana keadaan yang agak lama dan sudah ketinggalan..

Anonymous said...

pak ya..
apa khabar,apa yang pak ya buat dalam laporan dalam bab3. thanks

pak ya said...

19 Ogos 2008

pagi ini saya masih lagi membuat kerja berkenaan pembaharuan permit iklan secara on-line yang masih belum dapat diselesaikan...
antara masalahnya ialah perlu melengkapkan lagi secara lebih terperinci berkenaan profil syarikat menyebabkan saya terpaksa berbincang dengan pengurus operasi...
selain itu saya terpaksa menyemak dokumen2 yang berkaitan iaitu dokumen berkenaan dengan permit iklan yang lama di dalam fail.masalah ini berlaku kerana inilah kali pertama syarikat membuat permohonan pembaharuan permit secara on-line dan selama ini secara manual sahaja..
terdapat juga masalah lain iaitu server busylah dan macam2 lagi...
selain itu, tugas saya juga ialah membuat satu lagi plan tataletak untuk ditampal di dinding,,plan tersebut penting untuk menunjukkan status lot dan banglo terkini sama ada telah dijual ataupun belum. selain itu, saya juga dikehendaki mengemas dan menyusunatur bilik mesyuarat kerana esok ada mesyuarat penting dengan pihak Maybank dari Kuala Lumpur...
pada petangnya pula saya menyambung balik kerja berkenaan permit iklan tersebut...setelah selesai makan permit tersebut berjaya di submit dan menunggu pengesahan untuk dicetak..

Anonymous said...

pak ya

thanks, saya juga tak tau nak buat apa. hari nak hantar tugasan juga semakin sampai. pak ya, kalau busy baik lah, kita dapat belajar lebih banyak pengetahuan. mana, saya pun tiada tugas khas, seperti biasa kerja tugas pekeraian sahaja. hari ini penyelia uum akan melawat saya. rasa takut nya.

pak ya said...

20 Ogos 2008

pagi ini saya datang ke pejabat seperti biasa...pada pagi ini juga akan berlangsung pertemuan penting di antara pihak Maybank dengan Pengarah dan pengurus operasi Homeland berkenaan dengan rayuan pembayaran hutang disebabkan projek yang terbengkalai oleh pihak pemaju yang lama iaitu Desa DarulAman Sdn Bhd.

saya tidak menyertai meeting tersebut kerana saya terpaksa melayan pelanggan yang datang untuk melihat rumah.
selepas tangahari, saya ada perbincangan dengan tuan lot 99 berkenaan dengan pengubahsuaian plan rumah.
masalahnya, rumah lot 99 telah pun dibangunkan sehingga progres penyiapan dinding...jadi, sebarang pindaan yang dibuat akan melibatkan kos yang sangat tinggi...oleh itu, saya mencadangkan supaya pindaan yang lama sudah memadai.
selepas itu saya berbincang dengan bos dan dia menyuruh saya faks lakaran plan tersebut kepada pihak Arkitek(Arkitek Zul).

Anonymous said...

pak ya...

isi bab3 dalam pak ya tulis dalam massage ...prof yang memberitahu ke...thanks

pak ya said...

21 Ogos 2008

berada di pejabat seperti biasa...hari ini saya menguruskan tentang permit iklan yang masih belum selesai...lagipun pengurus operasi tiada di pejabat jadi urusan ini terganggu sedikit dan masih tidak dapat dibuat.
oleh itu saya membuat kerja lain..bos menyuruh saya bertanya tentang ekspo rakyat yang akan berlangsung di jitra tidak lama lagi..saya pun menelefon pihak urusetia penganjur dan bertanya tentang ekspo tersebut..jadi mereka telah faks segala maklumat dan borang penyertaan kepada kami.
selain itu, saya duduk di depan komputer dan membuat apa yang patut iaitu memeriksa emel syarikat dan sebagainya.

pak ya said...

sambungan 21 Ogos

Pelanggan datang di rumah tetamu untuk melihat rumah...saya pun melayan pelanggan dan memberi penerangan mengenai senarai lot, harga dan jenis banglo....jadi pelanggan itu pun bersetuju untuk menempah sebuah banglo di lot 120 dan banglo jenis Feyra.

pak ya said...

24 Ogos 2008

seperti hari2 biasa..tiada apa yang baru..cuma terdapat 1 ekspo rakyat yang akan diadakan 28 ogos ini...jadi saya pun follow up dengan urusetia ekspo tersebut..
pada mulanya saya mewakili syarikat telah bersetuju untuk menempah gerai no 88..dan borang tempahan telah di faks tetapi duit belum lagi dibayar..
pada tengaharinya pula tiba2 bos memberitahu bahawa syarikat tidak jadi untuk menyertai ekspo atas beberapa alasan tertentu...

pak ya said...

25 Ogos 2008

Datang ke pejabat seperti hari2 sebelumnya...pada waktu pagi tiada kerja yang hendak dibuat..bos pun tiada di pejabat..
jam 11 pagi saya pergi ke Bank Islam Alor Star untuk deposit cek kepada KTK Enterprise.

selepas selesai kerja di Bank pergi ke pejabat Homeland di Sahab Perdana untuk mengambil surat2 pejabat.

seterusnya saya ke Bank Islam Jitra untuk cash cek untuk gaji pekerja...

pak ya said...

26 Ogos 2008

Hari ini saya duduk di pejabat marketing...tugas saya ialah follow up pelanggan yang telah booking rumah secara bertulis dan belum membeyar deposit..respon yang diterima negatif di mana pelanggan meminta tempoh lagi untuk membayar deposit...

selepas itu saya duduk melayari internet....

pada petangnya pula saya duduk di pejabat biasa dan membantu kerani dalam mengemaskini bil2 dan resit2 yang berkaitan....

pak ya said...

27 Ogos 2008

Di pejabat seperti biasa...saya mengemaskini satu cadangan projek bata yang di buat tempoh hari untuk dikemaskini lagi...

tengahari saya keluar ke Alor Setar..

selepas rehat tengahari saya duduk di pejabat pemasaran untuk mencari bahan membuat brosur contoh untuk tujuan pembaharuan permit iklan dan jualan.

selain itu saya follow up beberapa orang pelanggan yang telah menempah rumah melalui telefon untuk komformasi..

Anonymous said...

pak ya

adakah pak ya
masukkan kepuasan pelanggan dalam bab3

pak ya said...

28 Ogos 2008

hari ini saya mengemaskini dokumen berkenaan projek bata untuk diberi kepada bos dan akan dibincangkan dengan seorang individu yang saya tidak kenali iaitu en. zulkifli daud.

selepas itu tugas saya ialahmengemaskini fail pembeli-pembeli rumah untuk diupdate..tugas ini terlalu banyak dan tidak dapat disiapkan hari ini...

pak ya said...

2 September 2008

hari ini setelah 4 hari bercuti masuk ke pejabat seperti biasa....agak banyak tugas pada hari ini..pada jam 9.30 kami terus meeting berkenaan dengan akaun syarikat di mana pengstrukturan cara membuat atau memfailkan bil2 yang datang dan untuk membuat pembayaran,,,
akaun-akaun ini hanya melibatkan syarikat dengan kontraktor, kontraktor dengan subcon sahaja serta kontraktor dengan pembekal...
proses pengstrukturan baru ini akan menampakkan lebih ketelusan kepada pihak yang terbabit..

selepas meeting saya terus menguruskan permit iklan kepada kementerian perumahan dan kerajaan tempatan yang masih lagi belum siap atas sebab pengurus oprasi yang lama tidak masuk pejabat...
jadi hari ini saya kerja teruk sedikit dan membuat contoh cadangan iklan yang baru untuk disubmit bersama borang permohonan pembaharuan iklan...

pak ya said...

3 September 2008

hari ini saya terus berada di pejabat pemasaran di mana perlu menyiapkan brosur iklan bagi tujuan pembaharuan permit iklan untuk kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.

walaupun brosur telah siap dan sedia dicetak tetapi terdapat berbagai maklumat lagi yang tidak lengkap seperti laporan juruaudit dan senarai list harga lama untuk rumah yang dijual.
oleh itu, permit ini sekali lagi belum dapat disubmit secara manual tetapi selesai disubmit melalui online dulu.
selepas itu saya ke Alor Setar. saya pergi ke pejabat peguam iaitu peguam ......... tujuan adalah untuk mencari fail-fail lama pembeli rumah untuk tujuan semakan. fail -fail lama tersebut adalah pembeli semasa sebelum pengambilalihan projek desa tanjung ini daripada Desa Darul Aman Realty. saya seharian di Alor Setar dan mencari fail tersebut memakan masa yang lama dan ada fail yang telah musnah sama sekali....

pak ya said...

4 September 2008

Hari ini saya masih lagi menyambung kerja untuk memperbahariu permit iklan jualan KPKT...terdapat dokumen yang tidak lengkap lagi seperti baki lot atau jumlah harga lot yang masih belum dijual serta laporan juruaudit.

selepas itu bos memanggil saya untuk mencari fail tg bendahara mukim derga. dalam fail tersebut terdapat dokumen tuan tanah memasukkan kaveat ke atas tanah tersebut menyebabkan projek pembangunan tidak dapat dilaksanakan. wlaubagaimanapun fail tersebut masih gagal ditenui dan sudah terlalu lama. jadi saya menelefon peguam Razif Jamil untuk bertanyakan tindakan yang seterusnya.

pada petang ini saya sangat sibuk iaitu menyusun brosur dan dikepilkan bersama gambar serta plan rumah. tujuannya tidak pasti lagi kerana saya hanya menolong kawan saya.....

Anonymous said...

pakya lepas ni kita kena buat apa pulak untuk report kita???

pak ya said...

7 september 2008

semalam saya pun datang ke pejabat pada hari sabtu untuk menggantikan kak ina di pejabat pemasaran. tugas seperti biasa ialah melayan tetamu yang datang untuk melihat rumah...
pada hari ini, antara tugas saya ialah diarahkan oleh bos untuk mencari fail lot 513 mukim derga yang masih gagal dikesan di dalam biliknya...
selepas itu saya pergi ke tempat pembekal bahan2 binaan untuk mengambil bahan2 tersebut di Pekan Tunjang. bahan 2 seperti paku, salur air, dan lain2.
pada petangnya saya berbincang dengan bos berkenaan projek bata. dia mengarahkan saya supaya mengemaskini balik apa yang telah dibuat dengan sebaiknya..

pak ya said...

8 September 2008

hari ini saya menyambung kerja yang ditugaskan semalam iaitu membuat kertas projek untuk rancangan bata.
saya terpaksa merujuk beberapa fail yang berkaitan dengan bata tersebut..
seperti yang telah saya ceritakan sebelum ini di mana syarikat memang membuat dan memproses bata tetapi bukan untuk dijual. hanya untuk kegunaan projek perumahan desa tanjung sahaja.
saya hanya fokus terhadap kerja tersebut sahaja pada hari ini...

pak ya said...

9 September 2008

hari ini seperti biasa di pejabat..pada hari ini juga saya mula mengedarkan soal selidik saya tentang kepuasan pelanggan di desa tanjung ini..soal selidik ini akan diesarkan kepada pelanggan yang sudah membeli rumah dan pelanggan yang baru datang untuk melihat rumah di sini...

saya hanya meninggalkan set soal selidik tersebut di rumah tetamu.
di pejabat saya menyambung kerja berkenaan projek bata. proposal tersebut akan diserahkan kepada bos bila-bila masa...
jadi saya terus membuatnya...

Anonymous said...

PAK YA

apa khabar, saya nak tanya sedikit, pak ya dapat kepuasan pelanggan - graf- melalui run by spss keh. thanks.

Anonymous said...

ok. thanks.

pak ya said...

10 September 2008

pada hari ini saya tidak ke pejabat tetapi terus pergi ke Sungai Petani..di S.Petani saya ditugaskan untuk ke Pejabat Peguam iaitu Razif Jamil & Partner(RJP).
di pejabat tersebut saya dan kawan saya ditugaskan untuk mencari resit2 serta baucer2 pada tahun-tahun yang lepas iaitu 2005,2005 dan 2006.
di pejabat RJP saya dan kawan saya dibantu oleh kak NIna iaitu staf di situ. banyak fail-fail yang berkaitan dengan Homeland dan Malqura diselongkar dan direkodkan.rekod2 tersebut difaks ke pejabat homeland semula.
rekod2 tersebut penting untuk tujuan pengauditan......
selesai tugas kami terus balik ke Rumah masing2 dan tidak kembali ke pejabat kerana sudah lewat petang.

pak ya said...

11 September 2008

Pada hari ini saya berada di pejabat seperti biasa. pada awal paginya saya menyambung kerja projek bata yang masih belum siap.
pada jam 10.45 bos memanggil datang ke biliknya.
di situ saya mengambil fail projek mukim derga. selepas itu saya pergi ke Alor Star untuk menghantar satu dokumen dari pihak Jurunilai Bersekutu lepas. salinan tersebut dihantar semula kepada kepada pihak jurunilai untuk dibincangkan semula. saya pun tidak tahu mengapa projek di situ tertangguh dan akan disambung semula.
selepas itu saya pergi ke kedai Northen Asia untuk membuat salinan satu plan untuk fail2 pembeli rumah.
selesai kerja tersebut saya pergi ke kedai pembekal bumbung untuk menghantar cek.
selepas itu saya terus balik ke pejabat. di pejabat saya mnyerahkan plan tersebut ke[pada kak ina.
kemudia, bos mnyuruh saya pergi ke syarikat pembekal hardware iaitu Beng Gee untuk mengambil klip/besi atap....

pak ya said...

14 September 2008

pagi saya ada di pejabat..pada jam 11.40 saya keluar ke alor star untuk pergi ke pejabat Hisham & Co untuk mengambil fail2 atau baucer2 yang berkaitan dengan homeland..
dokumen2 ini merupakan dokumen lama iaitu pada tahun 2006.
dokumen ini diminta oleh pengurus operasi.
selepas itu saya pergi ke masjid Tambak Bunga untuk berjumpa Tuan Hj Osman..di situ saya mengambil satu lagi dokumen yang diminta oleh bos saya...
selepas itu saya balik ke pejabat....

pak ya said...

15 September 2008

hari ini saya duduk di pejabat sahaja...antara kerja yang dibuat ialah membantu kerani mengemaskini bil2 dan resit2 yang berkaitan dengan syarikat,,,juga terdapat fail baucer2 lama iaitu tahun 2006 juga perlu dikemaskini....

Anonymous said...

salam prof,,,
nk tnye sikit bleh...format report ni sama mcm kwn2 yg lain ke??
yg kene buat ada ulasan karya, analisis data kajian dan sebagainya..adakah mcm itu prof,,,time kasih..

Anonymous said...

16 September 2008

pada hari ini, seperti biasa datang ke pejabat dan membuat kerja2 yang berkaitan entang pengkeranian...membantu dalam mengemaskini resit2 serta bil2 syarikat dengan pihak pembekal serta sub con...

pak ya said...

17 September 2007

seperti biasa di pejabat jika tiada kerja membantu kerani unuk mengemaskini bil2 dan resit2 yang berakaitan. bil2 tersebut adalah datang dari pihak kontraktor, sub con serta pembekal.

di samping itu sesekali pergi ke rumah tetamu(pejabat pemasaran). pada bulan puasa ini didapati jarang orang datang untuk melihat rumah tidak seperti sebelumnya..

pak ya said...

18 September 2008

seperti biasa di pejabat.photostat plan layout banglo jenis Iqma dan diberikan kepada kontraktor.
selepas itu, duduk di pejabat dan membantu kerani mengemaskini bil2 dan resit2 syarikat untuk direkodkan.

pak ya said...

21 September 2008

hari ini di pejabat macam biase. Kak Ina cuti jadi saya duduk di pejabat pemasaran dan kadang2 saya duduk di pejabat pentadbiran.
jam 10 pagi ada seorang pelanggan datang untuk melihat rumahnya di lot 97.
dia bercadang untuk membuat sedikit pindaan iaitu merobohkan dinding bilik untuk mendapatkan ruang yang lebih luas.
jadi saya membawa mereka ke tapak projek dan melihat sendiri rumah tersebut.
perkara terseb ut akan dibincangkan dengan bos memandangkan bos tiada di pejabat pada hari ini...
petangnya saya duduk di pejabat dan melakukan kerja2 pengkeranian sedikit..

pak ya said...

22,23,24 dan 25 September 2008

minggu ini merupakan minggu terakhir saya di sini. Oleh itu, tiada kerja khusus yang hendak dibuat.
tugas-tugas ialah membuat persiapan untuk menghabiskan praktikum untuk minggu akhir.
selain itu, saya juga sekali-sekala menjalankan kerja di bahagian pemasaran iaitu melayan pelanggan yang datang untuk melihat rumah di rumah tetamu.
dalam pada itu juga menyiapkan kerja-kerja yang telah diarahkan iaitu menyiapkan draf rancangan projek bata untuk syarikat.
pada 25 september, perjumpaan untuk kali terakhir sesi praktikum bersama pengarah dan staf-staf yang lain.

jasa ekspedisi said...

mampir nich dari Jaksel...
saya suka blog anda
salam