Sunday, June 08, 2008

Mariatul Atiqah Binti Mohd Akhir


Hospital Taiping
Jalan Taming Sari34000 Taiping, Perak.
Doktor Atiqah,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'

99 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum prof,
Terima kasih kerana buat column saya. Mulai hari ini saya akan menceritakan aktiviti-aktiviti dan pengalaman baru saya membuat praktikum di Hospital Taiping :)

Anonymous said...

2/6/2008

Sama seperti rakan-rakan saya yang lain, hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan praktikum. Saya telah sampai ke bahagian pentadbiran lebih kurang 7.40 pagi.

Keadaan pada pagi tersebut agak sibuk. Hal ini kerana para pekerja agak tergesa-gesa menghadiri perhimpunan pagi. Mengikut salah seorang staff di sana, perhimpunan tersebut merupakan perhimpunan pertama buat mereka.

Setelah para pekerja kembali ke unit pentadbiran dan keadaan kembali terkawal, saya membuat pendaftaran dan lapor diri di kuanter. saya diberikan taklimat sedikit mengenai hospital kedua terbesar di perak ini dan juga tentang unit-unit di dalam pentadbiran. Saya juga di berikan surat penempatan elektif(praktikum)rasmi dari hospital,kad matrik pekerja elektif, dan kad perakan waktu (punch card).Saya juga di maklumkan bahawa akan menjalani penempatan di beberapa unit antaranya:

1)Unit SumberManusia 2/6/08-30/6/08
2)Unit Kewangan 1/7/08-18/7/08
3)Unit Pentadbiran 21/7/08-15/8/08
4)Unit Latihan 18/8/08-7/9/08
5)Unit Rekod 8/9/08-2/10/08

Saya telah berjumpa dengan timbalan pengarah pengurusan iaitu Encik Emran Lebai Osman dan Penolong Pegawai Tadbir iaitu Puan Marina Mohamed Shaarani. Saya memperkenalkan diri dan juga memberitahu sedikit sebanyak tentang BDM kepada mereka.
Seterusnya saya di perkenalkan kepada semua warga kerja di unit-unit dalam pentadbiran. Pada pendapat saya secara keseluruhannya, kedatangan saya di alu-alukan dengan suasana yang amat mesra oleh semua kakitangan.

Seperti yang dinyatakan sebelumnya, saya di tempatkan dibahagian unit sumber manusia. Tugasan yang pertama telah di berikan oleh Puan Faridah Noor Yoep Ahmad. Saya di beri tugas untuk memeriksa dan menyemak maklumat "penyata perubahan mengenai pendapatan seorang pegawai" samada data penyata tersebut sama dengan data sebenar dan membantu mengecop penyata terbabit sehingga habis waktu bekerja jam 5 petang.

Prof,
Itulah pengalaman pertama semasa hari pertama mendaftar diri.

Assalamualaikum.(",)

Anonymous said...

3/6/2008

Pada hari yang kedua pula, di unit yang sama saya telah membantu menyelesaikan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi maklumat Pegawai Perubatan Siswazah UD41.

Untuk pengetahuan prof, setiap pekerja disini akan di berikan buku perkhidmatan awam. Setiap apa yang berlaku kepada pekerja tersebut, unit sumber akan mencatatkannya. Misalnya, kenaikan gaji dan pangkat, anugerah-anugerah mahupun hukuman pergantungan kerja kepada pekerja terbabit.

Setiap pekerja di unit ini akan dibahagi-bahagikan setiap jenis jawatan. Contohnya bagi Puan Rosnani atau makcik Nani(Untuk saya panggil), beliau akan menjaga hal sumber semua pekerja yang berjawatan Doktor Pakar, Doktor Perubatan dan Pegawai Sains. Manakala bagi Puan Peong Poh Chin atau Aunty Peong, beliau akan menjaga hal pekerja yang berjawatan Jururawat Masyarakat, Pembantu Tadbir, Penyelia Jururawat dan sebagainya.

Pada pendapat saya, pentadbiran di unit ini amat tersusun kerana terdapat pembahagian jawatan-jawatan yang akan dipegang oleh setiap ahli unit sumber. Hal ini tentunya akan mengelakkan pertindihan pengurusan.

Saya kemudian di dedahkan dengan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kerana secara kebetulannya anugerah ini sedang diproses di unit ini. Secara umumnya, anugerah ini terbuka kepada seluruh warga kerja hospital dan tidak dikhususkan kepada bahagian pentadbiran sahaja.
Saya banyak bertanya kepada staf dan ada membuat sedikit catatan mengenai APC. Mungkin akan berguna pada masa depan sebagai rujukan.

Sekian..(",)

Anonymous said...

4/6/07

Pada hari ini saya membantu menyelesaikan kerja-kerja pentadbiran seperti mengisi maklumat-maklumat bagi jururawat. Saya juga didedahkan oleh Cik Rajiah atau Kak ji mengenai proses-proses penyelarasan tangga gaji bagi jururawat yang dulunya menjawat jawatan Gred 3 Kepada Gred 12. Kak Ji juga menerangkan kriteria-kriteria yang diperlukan untuk seseorang jururawat meningkat kan gred jawatan dan bagaimana unit sumber memproses hal ini.

Oleh kerana keadaan pejabat yang lengang kerana ramai staf yang bercuti sempena cuti sekolah, saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan diri kepada Encik Jacob Raju a/l Jayadurai, Penolong pengarah (pembangunan dan kewangan). Saya juga turut berbincang dengan beliau mengenai skop praktikum yang dibuat fakulti agar boleh diadaptasikan di pentadbiran hospital semasa sy berada di sini. Selain itu, saya juga turut bertanya mengenai inovasi pengurusan hospital, penekanan gaya dan prosedur kerja bagi unit pentadbiran,perbezaan pengurusan swasta dan kerajaan dan kualiti perkhidmatan yang diinginkan oleh organisasi ini.

Sekian... :)

Anonymous said...

ralat: Tarikh untuk hari ketiga ialah 4/6/08 bukan 4/6/07 .Minta maaf.

Anonymous said...

5/6/08

Pada hari ini, keadaan pejabat agak lengang. Hal ini mungkin disebabkan ramai staf yang mengambil cuti untuk beriadah bersama ahli keluarga masing -masing bersempena cuti sekolah.Disamping itu juga ada beberapa staf yang menghadiri kursus-kursus tertentu.

Seperti biasa, saya membantu mengisi maklumat-maklumat perjawatan. Saya telah di tunjukkan fail meja yang sebenar dan cara fail meja itu dipraktikkan bagi unit sumber ini. Itu sahaja yang saya pelajari untuk hari ini.

Sekian..

Anonymous said...

Bagus catatan Dr Atiqah. Soal pentadbiran kat mana-mana tempatpun adalah sama iaitu urus gaji, urus kenaikan pangkat dan sebagainya. Jadi kalau praktikum dalam hospital pun sama juga. Ambillah peluang keemasan ini untuk Atiqah belajar amali cara mengurus dalam pelbagai aspek. Buat catatan,kumpul maklumat dan boleh tulis serba sedikit semua lokasi yang telah ditentukan. Sambil sambil tu Dr Atiqah dah boleh berfikir nak fokus aspek mana yang menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam inovasi pengurusan.

Anonymous said...

Assalamualaikum prof..(",)v

Alhamdulillah dan Terima kasih kerana berpuas hati dengan cara sy menyampaikan laporan harian..sy akan berusaha balajar apa yang sepatutnya...insyaAllah!

@>---S.O.A.L.A.N---<@

Dari komen2 yg prof beri pada rakan-rakan yang lain, apa yang sy faham pada bulan jun ini prof hanya mahu latar belakang syarikat dan latar belakang jabatan yang ditempatkan mengikut kreativiti sendiri.Soalan saya;

1)Adakah saya tidak perlu buat laporan bab 1 seperti format yang diajar pada bengkel penulisan FPAU yang lalu dan hanya perlu buat apa yang prof inginkan sahaja atau buat kedua-duanya?

2)Seperti yang saya maklumkan, ketika ini saya ditempatkan di unit sumber manusia dan belum ke unit2 lain. Jadi, saya belum tahu fungsi sebenar bagi unit2 lain. Apa yang perlu saya lakukan untuk sempurnakan laporan bagi latar belakang jabatan/unit sebelum dihantar Jun ini?

3)Setelah berada di sana dan melihat sendiri stuktur pentadbiran hospital, saya bercadang untuk memfokuskan kajian saya mengenai inovasi pengurusan yang telah dilaksanakan di lima-lima unit pentadbiran ini .Saya juga ingin mengkaji inovasi pengurusan secara elektronik. Mungkin dari segi e-perkhidmatan dan e-kesihatan kepada pelanggan ataupun pekerja hospital itu sendiri...

Apa komen prof?

Sekian terima kasih (",)

Anonymous said...

6/6/08

Hari ini adalah sama seperti hari sebelumya. Tetapi pada hari ini sy telah ke unit kewangan kerana kekurangan tempat duduk. Untuk pengetahuan prof, ruang di pentadbiran hospital amat keci dan terhad manakala jumlah staf tetap sentiasa meningkat..oleh hal demikian sudah tentulah sebagai staf baru dan hanya elektif pastilah saya terpaksa beralah. Saya tiada tempat duduk tetap :(.Dan sepanjang saya berada di sana, tempat saya sentiasa berubah-ubah dan saya hanya menumpang meja jika ada staff yang m.c atau e.l.

Walaupun di unit kewangan, sy masih membuat kerja2 unit sumber manusia seperti kerja mengisi maklumat, mengecop dan sebagainya seperti yang diminta.

Namun begitu, sy juga turut di beri penerangan asas oleh Pn khamisah atau kak misah yang merupakan pembantu tadbir kewangan, mengenai baucar bayaran.Secara asasnya,fungsi baucar ini adalah untuk mencatat dan merekod setiap perbelanjaan yang dibuat.Perkara ini juga dicatat untuk keperluan masa hadapan.Itu sahaja yang saya buat pada hari ini.

Sekian..(",)

Anonymous said...

9/6/08

Hari ini adalah hari Isnin tetapi tiada perhimpunan pagi seperti minggu sebelumya. Hal ini mngkin kerana perhimpunan pagi hanya dijalankan pada isnin mingu pertama di setiap bulan. Oleh itu, keadaan di pejabat seperti biasa.

Seperti biasa, saya membuat kerja-kerja perkeranian seperti sebelum ini.Namun, dari apa yang saya amati sepanjang membuat aktiviti perkeranian, setiap pengesahan bagi sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh unit sumber ini perlu disahkan oleh Suruhanjaya perkhidmatan Awam kemudiannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan yang terakhir adalah Jabatan Kesihatan Negeri. Ini adalah perkara baru bagi saya.

Oleh kerana pada sebelah petang, segala kerja saya telah selesai. Saya hanya bertanya kepada staf di unit ini mengenai Surat Pekeliling Rekod Peribadi Perisyhtiharan harta bagi penjawat di Hospital Taiping yang secara kebetulannya berada diatas meja. Saya diberi penerangan mengenai pekeliling tersebut. Seperti biasa, saya juga ada membuat catitan mengenai perkara ini. Itu sahaja buat hari ini.

Sekian, Terima kasih. (",)

Anonymous said...

10/6/08

Pada hari ini, saya hanya membuat kerja-kerja perkeranian dari awal pagi hingga waktu petang.

Namun begitu, keadaan pejabat agak sibuk. Hal ini disebabkan stuktur pencen telah berubah. Iaitu skim bersara umur 56 tahun telah di tingkatkan kepada 58 tahun. Hampir kesemua staf di unit sumber sibuk menerangkan prosedur2 yang berkenaan kepada warga kerja Hospital termasuklah dari kalangan pegawai keselamatan, jururawat, doktor, pakar dietetik dan sebagainya yang datang untuk bertanya pindaan umur bersara ini.

Keadaan yang sibuk ini tidak membenarkan saya bertanya lebih lanjut mengenai apa yang berlaku dan proses2 mengenai pindaan umur bersara ini. Jadi saya K.I.V dulu..mungkin esok saya akan dapat faham dan tau apa yang terjadi pada hari ini. Itu saja...

Sekian!. (",)

prof madya dr abd halim ahmad said...

Jawapan.

Soalan 1. Tak perlu ikut format yang lain. Ikut arahan dari saya melalui blog ini sahaja.

soalan 2 : tulis dulu latarbelakang unit yg diketahui, unit yang lain ditulis kemudian hari.

soalan 3 : elok juga fokus mengenai E . Kaji apa yg dibuat, apa masalah,apa keberkesanan, apa kesan kpd pelanggan.

Anonymous said...

Assalamualaikum prof..

Terima kasih atas komenn dan komitmen prof..(",).Saya akan jadikan ia sebagai panduan!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

11/6/08
********
Pada hari ini, saya masih membuat kerja-kerja perkeranian seperti biasa. Saya membantu Puan Faridah menyemak data-data doktor-doktor yang baru mendaftar di Hospital.Hal ini amat menarik! (",)

Pada waktu pagi, suasana ofis agak sibuk seperti semalam.Saya juga membantu Kak Ji mengecop data untuk ditandatangani oleh Puan Marina. Apabila sudah rehat jam 2 p.m, keadaan agak lengang.. Saya mengambil peluang untuk bertanya kepada Kak Ji tentang pindaan umur persaraan. Kak Ji telah memberi saya salinan pekeliling yang berkaitan untuk keterangan lanjut mengenai perkara ini. Jadi Prof, setakat ni saya rasa saya faham dengan perubahan opsyen pelanjutan umur persaraan wajib kepada 58 tahun. Mungkin akan berguna untuk masa depan. Siapa tau kan prof!!.Itu sahaja untuk hari ini..

Sekian...Terima Kasih!!

Anonymous said...

ya ya..kan kan...

Anonymous said...

12/6/08
*********

Assalamualaikum Prof..

hari ini saya buat perkara yang sama iaitu kerja perkeranian..(Merekod, mengecop, menanda dan menyemak data. Saya juga ada mencari fail dan buku rekod...dan juga telah pakar dalam hal fotokopi :P ). Kerja-kerja ini telah saya buat sehingga waktu rehat..

selepas jam 2, tiada kerja lagi untuk saya. Jadi saya mengambil peluang untuk mencari maklumat tambahan dan membuat kerja-kerja laporan.Itu sahaja pada hari ini..

Sekian Terima Kasih.. (",)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

--<@ S.O.A.L.A.N @>---

1) Prof, saya dah hantar draf, dapat tak? saya hantar kat email yang prof bagi pada Ayu dekat shoutbox tu...TQ

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anonymous said...

Belum buka email lagi...jumaat sabtu hari cuti....akses internet agak lambat dari rumah berbanding ofis

Anonymous said...

13/6/2008
************

Assalamualaikum, Prof...

Hari ini hari Jumaat..seperti biasa, saya menolong Kak Ji membuat kerja-kerja perkeranian sehingga rehat pada jam 12.15...

Waktu rehat hari ini agak panjang sehingga 2.45. Semua staff lelaki pergi solat Jumaat. Saya makan tengah hari dengan Mak cik Dah, Aunty Peong dan Kak Zira.. Semasa makan, Aunty Peong menyarankan saya supaya belajar sistem HRMIS dari kak Zira dan Kak Rina. Katanya, setiap unit sumber manusia di mana-mana Jabatan Awam memang ada sistem ini. Jadi katanya, saya perlu ambil kesempatan belajar, mana tahu nanti dapat kerja di sektor awam bahagian sumber manusia ini..--->Saya akan ambil perhatian tentang sistem ini sepanjang saya di unit ini..

Apabila habis rehat, Makcik Nani menghadapi masalah untuk download peta taiping dan borang dari website Majlis Perubatan Malaysia..beliau meminta bantuan dan saya membantu..Seronok rasanya apabila di minta bantuan, rasa kehadiran saya di sana diperlukan (",)v..

Seterusnya,tiada kerja lagi..Saya mengambil kesempatan untuk mencari maklumat.. saya ke bilik file untuk meminta Fail MS ISO 9001: 2000..Bilik fail agak besar..Namun sistem penyimpanan amat baik..Setiap fail akan dikodkan dan dilabelkan almari penyimpanannya sekejap saja saya sudah menjumpai fail yang saya mahu..

Saya membaca fail tersebut secara rawak..Hal ini kerana, masa sudah suntuk dan hampir jam 5. Saya akan sambung membaca lagi pada hari isnin ini...Dan paling penting, esok cuti!!Masa untuk berehat setelah 5 hari kerja..heheheh(",)

Itu sahaja untuk hari Jumaat ini...
Sekian, Terima kasih

prof madya dr abd halim ahmad said...

Catatan yang menarik perhatian saya ialah ....

"Semasa makan, Aunty Peong menyarankan saya supaya belajar sistem HRMIS dari kak Zira dan Kak Rina. Katanya, setiap unit sumber manusia di mana-mana Jabatan Awam memang ada sistem ini. Jadi katanya, saya perlu ambil kesempatan belajar, mana tahu nanti dapat kerja di sektor awam bahagian sumber manusia ini."

Jangan lepaskan peluang ini, doktor atiqah

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Terimakasih Atiqah untuk maklumat blog ni..

Thnx for the every things....

Gd luck Dr.Atiqah

Anonymous said...

Assalamualaikum...

--<@ M.E.S.E.J @>--

Kepada prof-->Terima kasih atas saranan prof. Saya akan highlightkan perkara ini.(",)v

Kepada Rudie-->Sama-sama. Itulah fungsi kawan. Apa2 info jangan lupa share ye!

Kepada kawan-kawan yang lain-->kalau semua nak tau..HRMIS tu sistem pengekodan yang menggunakan internet dan kmputer. Bukan secara manual seperti sistem fail. Setiap data bagi pekerja hospital akan direkod di sistem tersebut. Data pulak tidak diletakkan secara menyeluruh tetapi di kod. Misalnya, untuk data gaji..gaji pegawai perubatan di kodkan sebagai T1 P6 dan bukan RM 2489.39. Begitu juga dengan hal-hal yang lain. Setiap data ini di kodkan dan perlu tepat kerana akan dihantar di peringkat jabatan kesihatan negeri dan kementerian kesihatan. Selain itu, sistem ini agak sulit..sebab untuk akses website tu perlukan beberapa id dan pasword.. Itu saja yang saya tau..bagaimana pengekodan dan cara memproses sistem saya masih belum tahu...InsyaAllah di lain hari saya belajar dan akan berkongsi dengan anda semua..(",)v

Anonymous said...

16/6/08
*********

Pada hari ini, pejabat agak sunyi..di unit sumber hanya ada lima orang saja yang hadir termasuk saya. Hal ini kerana ramai yang pergi menghadiri kursus selama 3 hari bermula 16-18/6/08. Tambahan pula ada yang bercuti dan ada yang menduduki peperiksaan PTK di Ipoh.

Untuk pengetahuan prof, inilah hari pertama saya tak buat kerja perkeranian kerana ramai staff ke kursus tersebut.

Namun,saya telah membantu CC Margeena untuk buat surat kepada Jabatan Imigresen untuk memohon extra visa atas pelanjutan tarikh perkhidmatan beberapa doktor dari India di Hospital Taiping.

Seperti biasa, setiap minggu pada hari isnin, saya akan berjumpa Pn Marina untuk beliau menandatangani buku log saya. Saya juga mengambil kesempatan daripada beliau untuk membenarkan saya melihat-lihat fail-fail yang saya perlukan di bilik fail. Segalanya berjalan lancar!! :)

Hari ini juga, staf yang membuat sistem HRMIS juga tidak hadir. Jadi tak dapatlah saya melihat proses-proses yang seterusnya.

Oleh kerana pada waktu petang suasana pejabat agak lengang dan saya tidak diberikan sebarang kerja lagi, saya pun melakukan tugas-tugas peribadi seperti mengakses maklumat dan melengkapkan laporan...
Itu saja untuk hari ini...Terima kasih..

Sekian..

Anonymous said...

17/6/08

Assalamualaikum prof,

Perjalanan saya pada hari ini adalah seperti biasa..Saya masuk di unit sumber pada jam 7.45 pagi dan keluar pada jam 5.05 petang..

Oleh kerana masih ramai lagi staf yang menghadiri kursus, saya membantu staf yang ada untuk menyelesaikan tugas mereka. Misalnya, saya menaip surat untuk ahli farmasi, membuat beberapa fotokopi, menolong makcik nani mengakses maklumat dari website kementerian kesihatan dan sebagainya..

Oleh disebabkan saya merupakan staf baru, saya diajar bagaimana untuk menjawab panggilan telefon secara betul oleh makcik nani.Menurut makcik nani, adalah penting untuk seseorang itu mempunyai gaya komunikasi yang baik di dalam telefon. Hal ini kerana, ia akan mengambarkan sifat pekerja didalam sesebuah organisasi. Malah dengan adanya komunikasi yang baik, semua urusan akan berjalan lancar..
Itu saja untuk hari ini ...


Sekian Terima kasih!!!

Anonymous said...

18/6/08
*********
Assalamualaikum Prof,

Pada hari ini, boleh dikatakan hari yang paling banyaaaaaaaaak kerja untuk saya. Pada awal pagi saya menolong Makcik Nani mencari borang cuti dan slip cuti pengarah, Dr. Narimah dan naib pengarah Hospital Datin Dr Maziah untuk setahun yang lepas iaitu 2007.. Pheww...penat juga membelek-belek kepingan kertas yang bertimbun tu. Selepas tu saya merekod cuti-cuti bagi kedua-dua penjawat awam tersebut didalam buku laporan masing-masing.

Selain itu juga saya diminta oleh Kak Yati untuk mengajarnya membuat pelan untuk ke rumah seorang warga kerja hospital yang telah kemalangan. Saya seterusnya membantu beliau menyiapkan pelan disamping memperkenalkan perisian Google.earth kepadanya. Apa yang menarik.. boleh dikatakan semua pekerja di pejabat tertarik dengan perisian ini..semuanya nak tengok bumbung rumah masing-masing..heheheh

Pada petangnya, saya menolong cik Yati lagi menyemak sijil-sijil yang dikeluarkan kepada peserta kursus motivasi di hospital Taiping...Itu sahaja...

Sekian, Terima Kasih (",)v

Anonymous said...

19/6/08
*********
Assalamualaikum Prof...

Hari ini pun sama seperti semalam..kerja saya semakin bertambah. Awal pagi lagi En. Jacob panggil saya ke biliknya. Pada awalnya, kecut perut juga saya rasa..risau juga kalau-kalau saya ada membuat kesalahan atau beliau tidak berpuas hati dengan hasil kerja saya selama ini. Rupa-rupanya, En. Jacob mahu saya melukis graf dalam Microsoft Word sahaja...huh!! lega rasanya..hilang rasa senak perut saya tadi..Saya pun terus buat graf yang disuruh tadi. Saya melukis graf sehingga rehat tengah hari, hal ini kerana boleh dikatakan banyak juga graf yang perlu di lukis..hampir dua puluh lebih beserta data-datanya.

Setelah rehat tengah hari..saya masuk pejabat lebih kurang jam 2 dan terus solat zohor..selepas itu Kak Lilly mengajak saya membuat penambahbaikan website hospital Taiping. Katanya sebagai pelajar baru keluar dari Universiti tentunya banyak idea baru dan pengetahuan mengenai pembikinan website..Erm..Secara ikhlasnya Prof, saya langsung tak tahu bagaimana nak buat website ne..apalagi..gelabah la saya..Tapi nasib baik lah kak Lilly tak meletakkan tanggungjawab ini kepada saya 100%. Kak Lilly yang mengedit sistem dan saya hanya memberikan beberapa pendapat yang umum sahaja. Kerja ini dibuat sehingga jam 5.

huhuhu...pengajaran yang saya dapat hari ini ialah persiapkanlah diri sendiri dengan semua perkara walaupun perkara itu tidak diajar di dewan kuliah. Hal ini kerana apa yang kita belajar tidak semestinya dipraktik semasa di alam pekerjaan..di alam pekerjaan ini semua benda di tanya walaupun bukan nya bidang yang kita pelajari...(",)v

Itu saja untuk hari ini..
SekiaN, Terima Kasih...

Anonymous said...

20/6/08
**********

Assalamualaikum prof,

Hari ini keadaan kembali seperti sedia kala.. saya kembali membuat kerja-kerja perkeranian. Selain itu saya juga membuat rekod cuti pegawai-pegawai pergigian dan psikologi...Saya buat kerja-kerja sebegini dari pagi sehingga petang...Walaubagaimanapun, saya sempat melihat-lihat buku pengaturcaraan website..susah juga nak faham..sebab itu bukan bidang yang dipelajari...Itu sahaja yang di lakukan pada hari ini..

Sekian, Terima Kasih

Anonymous said...

--<@ S.O.A.L.A.N @>--

Prof dapat tak laporan bab 1 saya? hantar di email prof bukan di zshare.
Harap dapat beri komen...TQ

Anonymous said...

--<# T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H #>--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebab prof telah membaca, menyemak dan menerima laporan saya..saya akan teruskan ke bab 2..semoga saya berjaya!!(",)v

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anonymous said...

Thnx Atiqah..

Saya da selamat send proposal saya..
Skarang saya tengan buat tugasan untuk bulan ni..

Gd luck.... :)

Anonymous said...

Hello Atiqa...
Dah nak masuk bulan ke dua praktikal..
So cmne keadaan disana?

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Mintak maaf ya..seminggu saya tak report ape saya buat..beezee as a bee..(macam lah saya ne pengarah hospital tu)..heheheh..apa-apa pun ini laporan saya untuk minggu ini...minggu terakhir untuk unit sumber...sebab 1 Jun ne , hari selasa..saya dah ke unit kewangan...walaupun dua unit ini bersebelahan..tapi mungkin bidang tugasa adalah berbeza..mungkin kot..(",)v.. nanti kita tengok..heheheh...

23/6/08
*********

Hari ini adalah hari isnin..malas betul nak ke tempat kerja..maklumlah dua hari bercuti. Pagi itu, saya punch kad jam 7.53 a.m..pagi ni lambat sikit sebab abah saya hantar :)..selalu saya tumpang sorang kakak kerja di bahagian Lab..

Awal paginya..saya membantu Makcik Dah membuat kerja-kerja perkeranian..banyak juga kerja yang tertangguh...seperti biasa saya disuruh merekod, mengecop dan tandatangani apa yang saya rekod..merasa jugak lah tandatangan buku LP doktor ("o)

Selepas itu..Makcik Nani meminta bantuan saya berkaitan komputernya..Speaker dan scanner ada masalah..rupa-rupanya wayar speaker yang dipasang adalah salah..manakala scanner pula tidak di update..Secara keseluruhan bagi masalah ini, saya rasa setiap staff diberikan komputer yang baik..malah lebih baik dari komputer makmal serindit..tapi..kebanyakan staf disini terdiri daripada golongan veteren..diorang tak begitu peka dengan alat-alat pemasangan komputer yang asas..begitu juga hal dengan sistem perisian..hanya tahu microsoft word,excel,publisher..erm..susah juga kalau masalah ini berterusan...

Pada petangnya saya membantu kak lilly membuat laman web..sekadar memberi idea..itu sahaja untuk hari ini...

Sekian Terima kasih..

Anonymous said...

24/6/08
**********

Hari ini kerja saya agak sikit..pada awal paginya..saya membantu Kak Ji berkaitan dengan masalah komputer..pada sebelah petang pula saya menolong kak Nik menyusun fail dan bil kewangan..mengikut kod..dari januari 2007 hingga mei 2008..sebenarnya, fail dan bil tu agak banyak..pening kepala tengok kertas menimbun-nimbun..sakit juga lah tangan saya menebuk lubang kertas..tapi itulah kali pertama saya melihat puncher yang besar..huhuu...tapi pada masa yang sama..saya ada terfikir..kalau lah setiap rekod kewangan tu di buat secara komputer atau internet..macam bendahari uum tu buat..kan lebih senang..bayar dan rekod..tidak perlu guna kertas banyak-banyak..pihak pembayar senang..pihak pengurusan jugak senang..tak perlu susah payah nak tebuk-tebuk lubang...tak membazir..tak penuh almari..erm,membebel pula saya..tapi itulah sebenarnya pendapat saya secara ikhlas..hehehe..itu sahaja yang dibuat pada hari ini..

Sekian Terima Kasih _m(",)m_

Anonymous said...

25/6/08
*********

Assalamualikum prof,

Hari ini saya banyak membantu melaksanakan kerja-kerja perkeranian..saya juga memeriksa fail meja supaya dapat mengetahui fungsi sebenar unit ini. Saya mungkin tidak akan diberi tugas sebenar kerana saya orang baru dan masih praktikal..tapi sekurang-kurangnya saya mesti ambil tahu berkaitan dengan apa yang mereka laksanakan dalam unit ini..Disamping itu saya juga di kehendaki membant mencari maklumat di internet..itu sahaja..

Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

26/6/08
*********

Hari khamis berjalan Seperti biasa saya akan membuat kerja-kerja perkeranian. Kali ini saya merekod daftar kursus pegawai farmasi.

Selepas itu, En. Jacob mengarahkan saya memeriksa majalah buletin hospital Taiping yang bakal keluar pada tahun ini. Saya memeriksa ejaan, tatabahasa dan mencadangkan beberapa penambahbaikan..

Pada petang nya, saya berjumpa dengan Puan Marina untuk melihat dokumen tertentu dan melihat fail operasi. Disamping itu saya juga meminta kebenaran untuk mengambil gambar bagi bahagian tertentu di hospital...Malangnya, beliau tidak membenarkan..Saya hanya boleh ambil gambar dari unit promosi..tetapi jika saya tidak berpuas hati dengan gambar2 di unit promosi itu, saya boleh membuat surat meminta kebenaran untuk mengambil gambar..erm..rumitnya..setelah berjumpa dengan puan Marina..saya teus berjumpa dengan Kak Jah di unit promosi..Malangnya beliau tidak memberi kerjasama yang sebaiknya..

Setelah gagal meminta gambar dari kak jah, saya berjumpa en.faizul untuk menemubual dengannya berkaitan dengan inovasi pengurusan. Beliau hanya memberi input yang agak sedikit kerana masih baru diunit sumber ini..

Nampaknya hari ni saya tak berapa "ong" ...pencarian gambar saya gagal..(sebab Kak Jah asyik suruh saya tunggu!!->geram juga saya sebab puan marina sendiri dah bagi kebenaran untuk tengok gambar di unit promosi :(... ) .

Dapatan maklumat inovasi juga sedikit..erm..percubaan pencarian maklumat yang kurang berjaya pada hari ini....

Itu saja yang dapat di lakukan pada hari ini..

Sekian, terima kasih!!

Anonymous said...

27/6/08

Hari jumaat kembali!!!(",)seronoknya..heheh sebab esok dah cuti..Hari ni ramai staff yang tidak hadir. suasana pejabat agak lengang. Pagi itu, Puan Marina memberi saya fail manual kerja. Katanya, walaupun saya masih pelajar dan tidak diberi kerja yang penting..namun saya harus tahu apa yang di laksanakan di bahagian pentadbiran..jadi saya pun ambil kesempatan untuk membaca fail itu sepenuhnya. Lagipun hari ini tiada kerja yang diberian kepada saya..

Semasa membaca, terdapat seorang doktor pakar sakit puan datang berjumpa makcik Nani..dari perbualan mereka yang saya dengar, pakar tersebut mahu bersara pilihan. Beliau telah ditawarkan jawatan yang lebih baik dan gaji yang lebih lumayan..Disini saya dapat simpulkan, memang benarlah isu kurang tenaga mahir di hospital kerajaan akibat tawaran dari hospital swasta..hal ini kerana sebelum-sebelum ini pun, ramai juga pegawai perubatan yang meminta cuti empat bulan tanpa gaji bagi bekerja di institusi perubatan swasta atau meminta bersara pilihan pada umur yang masih muda..antara umur 30 hingga 4o tahun...erm,rugi jugalah kalau hospital taiping kehilangan pakar sakit puan ini...itu pendapat saya lah..("o)

Jadi, itu sahajalah laporan saya pada hari jumaat ini..

Sekian, terima kasih!!

Anonymous said...

I.N.O.V.A.S.I P.E.N.G.U.R.U.S.A.N
**********************************

Menurut daripada temubual saya dengan beberapa staf, inovasi yang telah dibuat oleh pentadbiran Hospital Taiping adalah memperbaiki sistem pembayaran atau tunggakan bayaran dari pesakit yang discaj dari wad kepada sistem pembayaran yang efektif dengan menggunakan sistem pembayaran Clearance slip.

Sebelum sistem ini dijalankan, pihak hospital taiping menghadapi masalah dalam menuntut pembayaran perkhidmatan. Hal ini mungkin disebabkan pesakit yang keluar dari wad terlupa, ingin pulang cepat, tiada wang, tiada waris untuk menguruskan ataupun sikap yang lepas tangan bagi sesetangah individu. Hal ini membebankan hospital kerana sebelum ini banyak penangguhan pembayaran dan akhirnya membawa kepada pelupusan pembayaran.

Selepas itu, bagi memberi inovasi kepada sistem pembayaran ini, pihak hospital telah menjalankan satu projek KMK. Satu kumpulan telah mengkaji masalah ini dan mencadangkan pembayaran Clearence slip ini. Oleh kerana sistem ini amat baik dan realistik, cadangan kumpulan ini diberi perhatian dan di praktiskan sehingga ke hari ini.

Clearence slip ini adalah slip yang akan diberi kepada pesakit. Apabila pesakit yang discaj dari wad dimestikan datang ke kuanter hasil yang berdekatan untuk serah kepingan caj, borang masuk wad dan clearence slip. Clearence slip itu akan di cop dan ditandatangan oleh pembantu tadbir dan diserah kembali pada peskit untuk diserah kepada paramedic yang akan memberi ubat-ubatan. Jika ada clearence slip ini, barulah pesakit boleh balik rumah. Mahu tidak mahu, setiap pesakit perlu berurusan dengan pihak kuanter dan membuat pembayaran jika mahu keluar wad. Dengan adanya sistem ini, pastinya masalah pembayaran dapat diatasi.

Selain itu, sistem ini membawa kepada penjimatan, menggalakan pembayaran bil secara segera, meningkatkan hasil kutipan dan mengurangkan tunggakan hasil hospital...

Clearence slip ini adalah satu bentuk inovasi di hospital Taiping..

Apa pendapat prof dengan inovasi ini jika di masukkan di dalam report bulan dua??

Anonymous said...

0.P.E.R.A.S.I P.E.N.G.U.R.U.S.A.N
*************************************

Operasi pengurusan bagi jabatan saya ditempatkan iaitu pentadbiran mengurus hal-hal pengurusan. Operasi pengurusan yang dibuat di bahagian pentadbiran adalah seperti pengurusan fail, pengurusan surat mesyuarat, pengurusan pengesahan dalam jawatan, pengurusan pemangkuan jawatan, pengurusan hal-hal pencen, pengurusan kenaikan pangkat, pengurusan penilaian prestasi dan pergerakkan gaji, mengendalikan sebut harga, baucer dan kelompok, menguruskan hal kewangan, perpustakaan dan lain-lain lagi.

Misalnya, pada hari Rabu yang lalu, seorang penolong akauntan, cik Rahimah telah melaporkan diri. Kebetulannya saya di unit sumber. Saya didedahkan dengan prosedur perlantikan pegawai baru seperti berikut. Pada awalnya, makcik Dah menerima surat perlantikan baru yang dibawa oleh cik rahimah, selepas itu beliau menyemak surat tawaran. Selepas itu, fail peribadi itu akan dibuka dan disertai dengan surat penerimaan jawatan, surat akuan sumpah, surat akuan doktor. Kemudiannya cik rahimah dibawa berjumpa dengan pengarah hospital untuk sesi perkenalan dengan pihak atasan.Proses ini berlarutan dengan menyediakan surat laporan kepada kementerian bahawa pegawai ini telah melaporkan diri di hospital taiping pada hari yang ditetapkan. Ini adalah prosedur perlantikan pegawai baru...operasi pengurusan bagi bahagian pentadbiran..

Prof,

Pada pendapat saya, untuk menulis bab bulan 2 mengenai operasi pentadbiran sebegini saya rasa tiada masalah.Saya masih boleh tahu flow pengurusan tetapi untuk menulis bab bulan 3 saya rasa sedikit masalah.

Bagi kes cik rahimah, proses perlantikan jawatan baru sangat tersusun..lebih rumit apabila saya tidak terbabit sangat dengan operasi pengurusan yang dibuat. Tambahan pula, setiap operasi yang dijalankan adalah sangat sistematik dan digunapakai setiap hospital kerana operasinya telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.

Hospital Taiping merupakan satu organisasi yang besar..hampir setiap operasi di buat dengan teliti..besar kemungkinan operasi pentadbirannya tiada masalah..Masalahnya laporan bulan tiga ini memerlukan saya mengaitkan perkara-perkara seperti masalah cadangan dan komen terhadap operasi pengurusan dan pentadbiran..Macammana prof ? apa yang saya perlu buat?

Anonymous said...

--<@ S.O.A.L.A.N @>--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1) Dari pembacaan saya dari page kawan-kawan lain, prof ada menyebut tentang borang soal selidik. Adakah perlu buat soal selidik?

2)Format borang selidik tu bagaimana..prof tetapkan atau ikut kreativiti sendiri?

3)Apabila ada borang soal selidik, perlu kepada analisis data, perlu guna SPSS. Jadi, bagi format laporan untuk bulan feb ni lebih kepada format laporan yang dibincang dalam bengkel FPAU ke?

4)Macam situasi saya, lebih banyak berinteraksi dengan staff pentadbiran dan bukan pelanggan hospital iaitu pesakit..kalau saya buat soal selidik..saya lebih kepada kajian kepada staff kerana lebih bersama mereka dan bukan berteraskan pelangan..adakah prof terima kalau saya jadikan staf pentadbiran sebagai responden kajian?

5)Maaf prof..saya banyak tanya, saya masih keliru nak buat draf..perlu bincang inovasi2 dan operasi2 pengurusan yg dibuat hospital sajakah ataupun terus buat kajian dengan guna soal selidik.

6)Kajian ini menekankan konsep Participation observation, jadi saya sebagai pengkaji yang berada bersama dengan subjek kajian perlu merekodkan semua data tertentu dalam sesuatu tempoh.Jadi, bagaimana format untuk rekod data?.Kalau temubual tu, bagaimana nak dibuktikan..adakah perlu di sertakan dengan guna pita rekod?atau guna soal selidik?atau bagaimana?

7)Seperti yang saya ceritakan pada bahagian I.N.O.V.A.S.I P.E.N.G.U.R.U.S.A.N, hospital ini mewujudkan KMK..adakah saya boleh menyelitkan KMK itu sebagai satu daripada langkah untuk menjana inovasi?maksud saya ....dari tiada inisiatif kepada adanya inisiatif mewujudkan kmk untuk membuat kajian inovasi di hospital..

8)Hospital Taiping banyak menyediakan kursus-kursus, kem motivasi, seminar dan latihan-latihan tertentu untuk meningkat kan prestasi warga kerja. Misalnya dari tiada kemahiran atau tiada ilmu kepada adanya ilmu dan kemahiran..

soalan saya, adakah saya boleh mengaitkan usaha hospital Taiping membuat kursus-kursus, kem motivasi, seminar dan latihan-latihan tertentu ini sebagai satu inovasi bagi penambahbaikan untuk menyediakan staf yang lebih baik dari sebelumnya..bagaimana prof??

9) Boleh tak prof terangkan secara mendalam lagi berkenaan dengan task bulan dua ni mengikut situasi saya di hospital ini.Apa yang prof nak saya highlightkan..

Sekali lagi, saya minta maaf kerana banyak soalan..harap tak menyusahkan prof..segala komitmen dan jawapan yang prof akan beri nanti saya dahulukan dengan ucapan beribu-ribu terima kasih..

Sekian Terima Kasih (",)v

Anonymous said...

Oleh kerana soalan terlalu banyak dan melampaui tempoh masa bulan ke tiga, maka jawapan pendek dari saya ialah BETUL apa yang ditulis oleh atiqah, semuanya INOVASI. Bab soalselidik kemudiankan dulu, bab catatan data ialah apa yg sedang dicatat sekarang ni ialah data kualitatif. Data kuantitatif boleh diperolehi melalui soalselidik di kalangan staf.

Anonymous said...

wsalam

wei atiah...aku pun baru duk pulun draf kedua ni.masih mencai maklumat.aku dah ttry send tapi tak tau knp tak leh.idak pun ang download dalam internet ada gak ang tulis magic photo editor..n dream light photo editor..cayuk..cayuk..hehe

Anonymous said...

T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terima kasih atas respon prof. Saya andaikan untuk bulan 2 ne TIDAK menggunakan borang soal selidik ye prof!

Mintak mahap le kalo soalan saya melampau2 sampai ke bulan 3.. bukan apa, saya risau bile baca flow tugasan..sebab antara task bulan 2 dan bulan 3 ne ada connection...kalau saya tak tanya awal2 mungkin ada masalah nanti...

Jadi,Saya sangat2 berharap kalo prof jawab sume soalan saya..saya harap tak menyusahkan prof ye!!

Selamat menyambut pelajar baru prof..semoga uum especially BDM lebih hangat dari biasa.. (",) v

Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

evrthng ok..
klu MPT, ptukaran akan blaku hampir stiap minggu & dsitu la saya akan mempelajari bnda yang baru....

Seperti biasa semua kakitangan bahagian yang saya telah bertugas akan kenal saya coz saya kan peramah....heheheheeee...

faham2 la kan mcm saya dlm kuliah.... Rajin bertanya n kuat buat kecoh (Joke)...

1st report saya da hantar n tnga tgu maklum balas dari prof je...

hope smua ny akan baik2 saja.. Amin

Anonymous said...

Assalamualaikum...

la la la la la..la la..

hurm..
i wonder, when my prof will answer my Questionsss...("o)v

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof....

Atiqah in da house...heheheh...(",)v
minggu ne sekali lagi saya report aktiviti seminggu terus...harap prof tak kisah..

30/6/08

Ini adalah hari yang terakhir saya di unit sumber..hari ini saya juga banyak membuat kerja-kerja perkeranian...saya juga didedahkan dengan apa itu akreaditasi di hospital taiping...

Pada petangnya, saya berjumpa dengan Puan Su..Penolong akauntan n32 dan juga ketua bagi unit kewangan.Orangnya baik, lembut dan nampak berkarisma. Saya berbual-bual dengan beliau dan memberi surat-surat yang berkaitan yang perlu diberikan...Harapan saya semoga semuanya berjalan lancar...Itu saja..

Sekian , Terima Kasih!!

Anonymous said...

1/7/08

Assalamualaikum...ini adalah hari pertama saya di unit kewangan..saya datang seperti biasa jam 7.50 lebih kurang..sebenarnya dari segi lokasi tak banyak berubah.. sebabnya..unit sumber dan unit kewangan ni hanya sebelah menyebelah...

Unit ini, saya duduk disebelah En. Jamaluddin atau en.Din. Beliau adalah pembantu tadbir n17 bahagian buku vote..dalam cube tu ada pn Tn Kyoo wat dan kak Zaiti...

Saya membaca akta perbendaharaan, prosedur kerja unit kewangan dan membuat perkiraan iaitu mengira tuntutan kerja lebih masa...Disini rasanya lebih banyak bermain angka.sebab dari kertas-kertas yang berselerak kat meja-meja staf tu..kebanyakkan baucar bayaran..itu saja buat hari ini..

Sekiaaaan...

Anonymous said...

2/7/08

Assalamualaikum prof..

Pada paginya saya berpeluang untuk membaca waran peruntukkan 2008 oleh kementerian kesihatan kepada hospital Taiping..woooowww..banyak betol...(tapi saya tak boleh la cerita kat sini detail...sebab saya dah janji dengan puan su tak boleh cerita fasal peruntukkan kat public)tapi apa yang pasti..banyak la..kalau la saya diberi duit sebanyak tu..huhuhu..seumur hidup boleh pergi melancong seluruh dunia..hehehe..En. Din menerangkan saya tentang peruntukkan itu..perbezaan tahunan dan prospek pemberian mengikut tahap keperluan...pendekkan kata, saya tengok waran tu sampai rehat jam 10..

Selepas itu saya diberikn fail meja dan buku vot untuk dilihat2...saya juga didedahkan bagaimana sistem vot berkomputer beroperasi...kalau dulu buku vot dibuat secara manual..tetapi sekarang telah dibuat secara sistem berkomputer...lebh cekap, cepat dan tepat...hurm..ini boleh dikira sebagai inovasi jugak prof tak..dari kaedah lama kepada kaedah baru...huhuhuhu

Petangnya,saya membantu kak Tan menyusun baucar bayaran..huh!!bertimbun-timbun...sabar jar je la...jam 5 saya pun balik...itu saja untuk hari ini..

Sekian, terima kasih...

Anonymous said...

3/4/08

Hari ketiga di unit kewangan...hari ini saya memantu Kak Zaiti print baucar bayaran..baucar-baucar itu perlu di pring mengikut kod. Saya juga telah pandai menggunakan sistem eSPKB iaitu sistem pengurusan berkomputer...setiap baucar akan di kod dan automatik dihantar ke JKN dan KKM..setiap sta dibahaian ini akan dibekalkan dengan satu kad. Setiap kali akses kepada page yg lain pasword akan diminta. Hal ini kerana, ia berurusan dengan wang..perlulah berhati-hati..setiap akses akan dikawal dan direkod..jika ada sesuatu kesalahan dalam mengira atau membuat sesuatu, orang yang mengakses akan dikenalpasti dan diambil tatatertib..huhuhu..takut juga saya guna kad laluan kak zAiti ni..mana tau kalau-kalau tersalah..tak fasal-fasal dia kena..huhuhu..

erm, itu saja yang dibuat oleh saya pada hari ini...Adios!!(",) v

Sekian Terima Kasih!!

Anonymous said...

4/7/08

Hari ini pejabat agak lengang, ramai staf di unit ini ke Ipoh untuk mengambil cek dari JKN Ipoh. Saya membaca senarai semak elaun tambahan dan membuat kerja sendiri. Kebanyakkan dari staf amat sibuk kerana diawal bulan ini mereka harus menyemak kembali penyata kira-kira yang telah dibuat pada bulan sebelumnya..Itu sahaja untuk hari ini..

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

~~<@ P.E.N.G.A.L.A.M.A.N @>~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Di kesempatan ini saya ingin menceritakan tentang suasana tempat kerja saya setelah sebulan berpraktikum. Secara keseluruhannya, bagi unit sumber, kewangan, latihan dan pentadbiran, rata-rata stafnya sudah mengenali saya disana. Hal ini kerana lokasi di setiap unit adalah bersebelahan sahaja.

Secara positifnya, staf-staf disini amat baik terutamanya dibahagian unit sumber.. seronok dapat kenal makcik Nani, aunty Peong, Faizul, Pakcik Kamarul, kak ji, kak zai,kak zira dan kak zah..mereka sumenye peramah dan dapat memberikan kerjasama yang baik. Pada pendapat saya unit inilah yang paling happening..Apa yang saya dapat belajar ialah semua pekerja harus ada komunikasi yang baik supaya orang selesa bekerja sama dengan kita yang sterusnya dapat meningkatkan mutu kerja. Mereka juga berbincang sesama sendiri jika ada ada kemusykilan terhadap pekeliling yang baru keluar dan saling membantu antara satu sama lain..Apa yang saya harap..suatu hari nanti saya juga akan dapat rakan-rakan ofis yang sebegini. Baik,mudah mesra dan tidak memandang rendah kepada golongan baru...

Secara keseluruhannya di unit-unit ini..Saya juga dapat melihat bagaimana pergolakkan suasana politik pejabat..misalnya bagaimana orang lama sukar menerima perkara baru yang diusulkan oleh orang baru..bagaimana staf tidak jujur..misalnya pada waktu kerja, dia melengah-lengahkan kerja tapi bila orang dah nak balik baru tergesa-gesa dan akhirnya claim O.T....lagi..bagaimana gosip-gosip pejabat tersebar..hahahaa...seronok betul tengok gelagat pekerja-pekerja..

Tetapi saya juga pernah dikritik...misalnya ada staf yang memandang rendah terhadap kos BDM kerana katanya tidak mencabar..ada pula yang mahu sambung belajar ijazah dan meminta pendapat saya..tapi bila dah diberi pendapat..dia pulak yang mengkritik pendapat saya..huhuhuhu..dan ada sesetengah tu asyik perhatikan apa-apa saja yang saya buat..macamkan saya ni apa ja...huhhuhu..tak selesa betol..

Tapi bila memikirkan saya ni elektif je..terasa sedar diri la plak..erm..tak boleh nak kata apa la..diam je..buat-buat tak dengar dan tak nampak..janji empat bulan ini praktikal saya jalan..huhuuhu..

itu le je la yang saya boleh simpulkan dari pemerhatian saya mengenai suasana dan sikap para pekerja disini..ada yang baik tu, baiklah..ada yang `kureng` tu..`kureng`la...huhuhuu..Harapan saya..biarlah semuanya ok dan takde masalah sampailah di hari terakhir berpraktikum...InsyaAllah...

_m_(",)m_
Sekian Terima Kasih...

Anonymous said...

~~<@ S.O.A.L.A.N @>~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prof, dapat tak lagi draf bulan 2, kalo tak dpt sy resentlagi..kalo dapat macammana ye??...boleh diterima??

Anonymous said...

salam tiqa tlg aku.Aku tgh keliru nie...

Anonymous said...

ulasan pengalaman yang baik. Buat ulasan lagi selepas bulan ke2 pula.

deraf ? nanti saya cari dan baca...

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Huhuhuhu..tanx prof..if u say so, it is my pleasure to do same things for the 2nd month..(",)v...InsyaAllah..

Anonymous said...

07/07/08

Hari ini ada perhimpunan pagi..Semua staf selain dari bahagian pentadbiran pergi ke tapak perhimpunan.(Saya rasa tak semua..kalo semua turun perhimpunan siapa pulak nak jaga pesakit..)Tapi ape yang pasti..hampir semua yang hadir beruniform putih..tetiba ja saya terflashback kenangan zaman muda dolu-dolu..pergi ke perhimpunan pagi sekolah..hehehe...
(",)v..dah tua rupanya heheheh

Intipati dari perhimpunan itu ialah, apa yang berlaku kepada hospital Taiping pada bulan sebelumnya..Misalnya bulan jun lepas..hospital ini menerima lebih 28 anggota baru yang terdiri dari pelbagai bahagian. Selain itu, apa yang menarik perhatian saya ialah ucapan dari Jusa Perubatan..Dr Lash..beliau menekankan soal alam sekitar..bagaimana mahu menjaga alam sekitar..Antara tips yang diberikan adalah tidak menggunakan polisterin..saya rasa, baru-baru ni pon saya terdengar yang UUM dah tak benarkan cafe campus pakai polisterin..erm..oleh itu prof dan rakan-rakan sekalian..jomlah kita boikot sama itu polisterin walau dimana kita berada..ceewahh!!hehehe

Selepas perhimpunan bersurai, semua kembali seperti biasa..Pada awal paginya saya tidak diberi sebarang kerja..Tapi pada petangnye saya belajar bagaimana nak key in data dari Baucar bayaran dalam buku vot berkomputer dari en.din. susah la prof.. ala-ala akaun..kalo silap key in satu angka pon..semua akan salah..huhuhuhu..jadi, itu sahaja yang saya buat sepanjang hari..Hari ini saya tak berjumpa dengan Puan Marina..sebab saya tengok dia macam sibuk..takut nganggu Puan..Maklumla nak minta tandatangan buku log ni biar la dia tak sibuk..baru senang nak bincang-bincang apa-apa yang patut..Jadi..Tunggu la esok je saya jumpa Puan..Itu sahaja Prof untuk hari ini...

Sekian, Terima Kasih..

Anonymous said...

Prof..nanti bagitau fasal draf ye..TQ

Anonymous said...

Assalamualaikum prof....

Erm, prof tak cek lagi ke draf saya tu...erm..lamanya nak bg keputusan..

heheheeh kalo ikut orang tua dulu-dulu ne..kalo diam maknanya setuju..huhuhu..cane ek??

Anonymous said...

8/7/08

Pada hari ini saya melihat bagaimana penyelerasan rekod-rekod kewangan dan juga menyemak baucar-baucar jurnal...

Anonymous said...

assalamualaikum Tqa...
untuk pngetahuan Tqa, rermohonan Rudie telah pun diluluskan untuk pengkhususan kerja di MPT dan masa yang tinggal Rudie cuma ditempatkan di Pembangunan Luar Bandar dan Bahagian Kejuruteraan

Anonymous said...

salam org kpg...

macamner ngan draf kedua ang.dah siap ker?ang dah antar ke lum..heheh

Anonymous said...

9/07/08

Assalamualaikum prof,

Pada hari ini saya hanya melihat en. Jamaludin memasukkan waran peruntukan mengikut kod-kod tertentu di dalam sistem eSPKB dan buku vot berkomputer..

Tiada kerja yang spesifik untuk saya...huhuhuhu..jadi selebihnya saya membuat kerja sendiri...cari bahan dan layari internet....Itu sahaja..
Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

10/07/08

Hari ini hari khamis..seperti biasa..masuk ke pejabat jam 7.50 pagi..

Seterusnya saya melihat dan membaca waran peruntukan..kemudia membantu En Jamaludinn memasukkan waran peruntukan di dalam eSPKB...Saya rasa saya tak berpeluang untuk mengguna sistem tersebut..huhuhu..kebanyakan dari staf disini kurang berminat untuk mengajar saya dengan sistem ini...semuanya takot saya terbuat silap kot..huhuhu...

Pada petangnya..saya juga membantu en jamaludin mencetak salinan waran...itu sahaja untk hari ini...

SekiaN Terima Kasih..

Anonymous said...

11/07/08

Assalamualaikum prof..

Hari ini cuaca mendung seharian...kalo prof nak tahu..sekarang kat Taiping ne musim hujan..so.no wonder la org kate taiping ne..raining town..huhuhuh..dipendekkan cerita saya pergi kerja ari ne kena hujan....huhuhu..basah sket la..

walaubagaimanapun, saya tetap datang tepat pada masanya..hari ini saya melihat apa itu Pesanan Kerajaa dan Sistem Bayaran Pukal..

Pada petangnya, Puan Nik menerangkan kepada saya tentang tugasnya yang berkaitan denagan menyemak semula tuntutan dari anggota yang terlibat..Itu saja untuk hari ini...

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

14/7/08

Assalamualaikum Prof..

Pada hari ini tiada banyak tugasan yang diberikan kepada saya.. saya membaca waran peruntukan 2007 dan 2008.. saya juga membaca tatacara pergerakan dokumen eSPKB...selebihnya saya membuat kerja sendiri...

Anonymous said...

15/07/08

Assalamualaikum prof..

Pada hari ini saya ditugaskan untuk menyusun Baucar Bayaran yang telah disiapkan ke dalam mengikut bilangan baucar. Selain itu, saya membantu Puan Zaiti mencetak baucar Elaun Lebih Masa..Saya juga dibenarkan untuk membaca penyelarasan Kod Peruntukan...Itu sahaja pada hari ini...
Terima Kasih..

Anonymous said...

16/07/08

Hari ini merupakan hari yang paling membosankan.. Tiada kerja langsung untuk saya..Pada hari ini saya keluar pejabat untuk meninjau-ninjau keadaan kawasan Hospital..Saya telah perfi ke kuanter mengambil ubat di farmasi...Setelah membuat pemerhatian di kuanter tersebut..saya berpendapat sistem kuanter agak baik..pesakit tidak perlu menunggu lama..keutamaan juga diberi kepada warga emas kerana terdapat kuanter yang khusus untuk golongan itu sahaja...Kemudian saya ke wad-wad yang berhampiran dan juga ke taman teraputik..secara keseluruhannya kawasan --kawasan ini terkawal dan bersih..semua pesakit iaitu pelanggan di hospital ini rasanya dibawah kawalan pada hari itu..

Jadi itu sahaja yang saya buat pada hari rabu ini..Sekian Terima kasih

Anonymous said...

17/7/08

Assalamualaikum..

Pada haari ini saya melihat prosedur pesanan kerajaan dibuat.. Saya juga membaca arahan perbendaharaan..saya juga di ajar bagaimana Elaun kerja lebih masa di hitung...iatu sahaja...
Sekian Terima Kasin...

Anonymous said...

18/07/08

Hari ini adalah hari jumaat..hari ini juga merupakan hari yang terakhir saya disini...di unit kewangan..
Pada hari ini saya membantu en. Jamaludin memasukkan data ke dalam buku vot, membaca baucar bayaran dan melihat bagaimana proses pembelian barang-barang yang diminta oleh warga kerja.. Pembelian ini merupakan pembelian berskala besar.. misalnya pembelian kereta untuk diguna pakai oleh pegawai yang berjawatan Jusa di hospital ini..Itu sahaja..Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

21/7/08

Assalamualaikum prof...

Hari ini sudah bertukar ke unit pentadbiran..Sebenarnya, unit ini digabungkan dengan unit latihan.. Unit ini ada beberapa orang staff. Ada cc Jaafar, Pn Rubitah, Cik Norlia, cik Hazila, cik Roshidah dan en. Bunyamin. Tugas utama bagi unit ini adalah menguruskan bahagian Pentadbiran. Menurut cc Jaafar terdapat perbezaan disini antara unit pentadbiran dan pengurusan. Pengurusan adalah gabungan semua unit-unit, manakala unit pentadbiran adalah unit tunggal yang mengurus tadbir..huhuhu...

Pada hari pertama ini, saya membantu kak Ruby menulis minit fail, melihat fail meja bagi kerani surat menyurat serta mendaftar masuk surat-surat yang diterima...itu sahaja..

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

22/7/08

Assalamualaikum...
Pada hari ini, awal paginya saya telah membantu cik Rina menulis minit penempatan elektif bagi luar negara iaitu dari Rusia dan Ukraine..

Pada petangnya pula saya telah membaca fail anugerah inovasi perkhidmatan dan fail khidmat balas aduan pelanggan. Itu saja prof...

Anonymous said...

23/7/08

Assalamualaikum..
Hari ini hari ketiga saya di unit ini..saya telah membuat fax, membuat fail-fail baru untuk mengantikan fail-fail yang telah ditutup, melekatkan stiker fail, dan merekod fail-fail baru dan membaca fail anugerah kualiti Perdana Menteri..

Sekian saja...

Anonymous said...

24/7/08

Assalamualaikum prof,

Pada hari ini saya telah mendaftar surat-surat yang dihantar ke hospital. Hampir seratus la jugak.. penat merekodnya..intipati dalam surat termasuklah pemohonan melawat dari sekola-sekolah yang berhampiran, penghamtaran buku, hal ehwal pentadbiran dan sebagainya..

Selepas waktu rehat pula saya membaca fail anugerah kualiti Perdana Menteri dan belajar membuat minit...

Itu saja..sekian Terima kasih..

Anonymous said...

25/7/08

Hari ini adalah hari jumaat. Tidak banyak kerja yang boleh dilakkan.. saya hanya membaca fail anugerah inovasi perkhidmaan awam, membantu membuka surat dan merekodnya dan mengikut cc Jaafar ke bahagian rekod untuk melihat bagaimana bahagian rekod menyusun atur fail..Kalau prof nak tahu..bilik tu macam psb, banyak betul fail...failpesakit la...so saya tak boleh le nak cerita lebih-lebih kerana awal-awal lagi cc sudah warning bahawa setiap fail adalah sulit...huhuhuhu..layan kan ajer..

Itu sahaja yang saya buat..Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

28/07/08

Assalamualaikum...

minggu ini adalah minggu yang terakhir saya disini..unit pentadbiran..selapas itu akan berpindah ke unit latihan.. sebenarnya kedudukan lokasi tempat tidak berubah..cum pada minggu hadapan ketua saya bukan cc jaaafar lagi..tapi orang lain..jadi mingu terakhir ni, mestilah tunjuk rajin sikit..heheheh...hari ini saya masih membaca fail inovasi pengurusan perkhidmatan awam lagi..selepas itu saya belajar untuk merekod cek-cek yang dihantar ke hospital taiping...Prof walaupun saya bersemangat nak tolong tapi disebabkan takde keje untuk saya apa boleh buatkan...pada petangnya saya buat kerja sendiri lah...itu saja untuk kali ini...Terima kasih.

Anonymous said...

29/7/08

Assalamualaikum..

Hari ini saya telah membantu Pn Rubitah untuk mendaftar surat yang dihantar kepada hospital Taiping..Begitulah keadaanya apabila duduk di unit ini..hampir setiap pagi ada banyak surat yang diterima..Selepas membantu dan menyibuk-nyibuk dengan kak ruby tentang surat saya membaca fail perjawatan..nak juga tahu kelayakan dan jawatan apa untuk hal ehwal pentadbiran..mana tau boleh terus kerja lepas praktikum ne...hehehe..

Pada petang selepas makan tengah hari saya dan kak shidah dikehendakki ke bilik matron atau ketua jururawat untuk stapler buku bagi jururawat yang akan menjalani kursus kejururawatan.Prof, kiteorang stapler buku tu punyalah banyak...hampir 800 naskah..sakit tangan saya..huhuhu..sabar-sabar jelah ek? saya stapler buku tu sampai habis waktu bekerja...Sekian Terima Kasih...

Anonymous said...

30/7/08

Assalamualaikum,

Prof, hari ini tidak banyak tugasan yang perlu saya buat. saya banyak membaca hal-hal pentadbiran seperti laporan tahunan, membaca fail perjawatan dan melihat senarai-senarai latihan yang diterima oleh warga kerja hospital..itu sahaja..sekian terima kasih..

Anonymous said...

31/7/08

Hari ini hari khamis, seperti biasa setiap khamis mesti ada jamuan..lupa pula saya nak beritahu..sepanjang saya berada di hospital Taiping ne..hampir setiap minggu pasti ada yang open table..huhuhuh..buat jamuan la maknenye tu..sekejap2 ada mihun, nasi ayam, nasi beriani dan macam-macam la..huhuhu..yang bestnya semua orang bersungguh-sunguh ajak saya...agaknya orang tau budak praktikum kat organisasi kerajaan ni tak dapat elaun..huhuhuhu..sudah la tembam lepas ne makin tembam la..

Selepas selesai jamuan, sya membantu kak Linda mengisi borang latihan.setiap latihan dihadiri hampir 60-100 orang. Dalam sebulan tu ada lebih 10 kursus latihan.. Maklumat tersebut seperti nama angota, jenis kursus, tempat kursus dan sebagainya..borang itu namanya borang penilaian keberkesanan kursus dalam dan luar negara..saya rasa ini kerja yang tertangguh..cuba bayangkan tarikh anggota kursus adalan awal bulan empat 2008..sekarang baru nak diselesaikan...emphh...layan kan aje la..itu sahaja untuk hari ini...

Anonymous said...

1/08/08

Assalamualaikum prof...

Hari ini adalah hari jumaat..saya menyambung kerja hari semalam sehingga petang..hampir 200 borang dah ditulis...itu sahaja ..Terima Kasih..

Anonymous said...

--<@ P.E.M.B.E.RI.T.A.H.U.A.N @>--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prof, penempatan unit saya telah di tambah iaitu unit hasil dan aset..ini adalah jadual penempatan saya yang terbaru...

Unit Sumber 2/06/08-30/06/08
Unit Kewangan 1/07/08-18/07/08
Unit Pentadbiran 21/07/08-1/08/08
Unit Latihan 4/08/08-15/0/08
Unit Rekod 18/08/08-29/08/08
Unit Hasil 1/09/08-19/09/08
Unit Aset 22/09/08- 30/09/08

Sekian Terima Kasih..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Anonymous said...

salam owg kampung..
hihhi aku pun tengah blurr.tak tau nak buatper..aku tak fham maksud kajian kepusan pelanggan.kea wat soal selidik ker...pening rrr

Anonymous said...

--<@ S.O.A.L.A.N@>--
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prof...kalo ikut keadaan saya ne manade pelanggan..walaupun pesakit tu pelanggan..tapi takkan sy nak pegi interview n bg soal selidik kat pesakit...kang tak fasal2 saya kena side kick ngan pesakit tu..saya pula yang jadi pesakit ...hohoho..

Saya nak cadangkan pelanggan tu terdiri dari pelanggan dalaman..misalnya kakitangan2 pentadbiran dan juga kakitangan perubatan..boleh tak?

Anonymous said...

4/08/08

Assalamualaikum prof..

Hari ini saya bertukar unit lagi. Dari unit pentadbiran ke unit latihan. Dari apa yang saya tahu, unit ini baru diwujudkan dari tahun 2004. Unit ini bertujuan untuk menguruskan hal ehwal latihan, kursus-kursus, seminar dan kempen-kempen yang menjurus kepada pembinaan modal insan. Unit ini di ketuai oleh Pn Melinda atau kak Linda dan dibantu oleh cik azarina atau saya panggil kak rina. Staf bagi unit ini adalah sangat sedikit..dua orang sahaja tetapi perlu menjaga hal ehwal kursus bagi semua warga kerja bagi mencapai matlamat menghadiri kursus atau latihan selama tujuh hari bagi setiap anggota Hospital Taiping..

Secara ringkasnya, pada hari ini saya telah membantu unit ini membuat fotokopi borang penilaian. Kemudian saya akan menulis nama pengawai, jawata, program, gred, nama kursus , anjuran kursus, tarikh kursus dan tempat kursus di dalam borang laporan Penilaian Keberkesanan Kursus KKM.
Hari ini saya menulis untuk tiga kursus iaiatu Kursus Dalam Perkhidmatan 28/03/08, Kursus Budaya Korporat 1/4/08 dan kursus Basic surgical suture pada 26-27/04/08...Ketiga-tiga kursus ini telah dihadiri hampir tiga ratus orang..ini bermakna saya telah mengisi hampir tiga ratus borang..penatnya..

Itu sahaja untuk hari ini..(",)v

Anonymous said...

5/8/08

Assalamualaikum prof,

Hari ini saya seorang di unit ini..kak Linda dan Kak rina di Dewan CME mengendalikan kursus..tapi saya tak lah duduk bilik tu sorang-sorang. saya ditemani oleh staf pentadbiran..tapi saya still ada kerja yang nak dibuat iaitu kerja yang sama seperti semalam iaitu memfotostet borang dan menulis nama pegawai, jawatan, program, gred, nama kursus, anjuran kursus, tarikh kursus, tempat kursus di dalam borang penilaian keberkesanan kursus KKM. Hari ini saya mengisi seratus enam puluh tiga borang..antara kursus yang sy buat ialah kursus keselamatan 19/3/08 dan kursus kuanter dan telefon yang berkualiti 16-18 /6/08...

Itu saja untuk hari ini...

Anonymous said...

08/08/08

Assalamualaikum..

Hari ini saya melakukan perkara yang sama seperti hari sebelumnye...tetapi hari ini kuantiti peserta adalah berkurangan..saya hanya menulis seratus dua puluh borang bagi kursus cpr caourse, kursus mx of pt & intrepretation of lab result, kursus NRP dan kursus dalam perkhidmatan..semuanya dibuat pada bulan enam...

itu sahaja untuk hari ini...

Anonymous said...

11/08/08

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari isnin. Saya datang ke pejabat pada 7.50 pagi. Hari ini kerja saya adalah sama seperti minggu lepas iaitu membantu fotostet borang-borang penilaian kursus yang perlu diisi.

Sama seperti minggu lepas saya menulis nama pegawai, jawatan, program, gred, nama kursus, anjuran kursus, tempat kursus di dalam borang yang di fotostet sebentar tadi.. Antara kursus yang diisi oleh saya ialah kursus komputer, pengurusan stress dan kursus dalam perkhidmatan.

Disebabkan dapat kerja yang sama sahaja dalam tempoh di unit latihan , saya mula menemubual kak linda yang menguruskan unit ini berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi dan prosedur kerja yang dilaksanakannya.

Mungkin memahami kehendak saya untuk mempelajari perkara baru dalam tempoh yang singkat , kak linda berjanji akan mengajar saya tentang e-latihan pada minggu ini..

Itu sahaja..sekian terima kasih..

Anonymous said...

12/8/08

Hari ini kedua-dua staf di unit ini tiada kerana menyelenggara kursus etika di dewan CME.Saya tidak berkesempatan untuk membantu mereka di sana kerana kursus dilakukan secara mengejut.Jadi, seperti biasa, saya membantu mengisi borang penilaian untuk kursus dalam perkhidmatan dan kursus komputer..hampir seratus sebelas orang telah menghadiri kursus-kursus tersebut..

Itu saja..sekian Terimakasih.. (",)

Anonymous said...

13/08/08

Assalamualaikum...

Hari ini seya telah memfotestet borang-borang yang berkenaan..Tetapi hari ini saya tidak mengisi borang tersebut..:P hal ini kerana sudah tiada kursus yang perlu dinilai setakat ini..

Hari ini juga kak Rina mengajar saya tentang e-latihan..e-latihan ini satu sistem pengemaskinian maklumat warga kerja yang menghadiri kursus dan latihan. sebelum ini, maklumat -maklumat pekerja yang menghadiri kursus dan latihan dibuat secara manual..dengan adanya sistem ini, unit latihan dapat detect siapa yang belum cukup tujuh hari menghadiri kursus..

Petangnya, saya menghantar borang maminta maklumat pekerja di bilik matron..terdapat hal yang `ala-ala konflik` berlaku ...heheheh...di unit latihan saya mendengar rungutan dari ahlinya tentang pekerja2 di unit-unit lain yang tidak memberi kerjasama mengisi borang maklumat tersebut..sepatutnya mereka sudah hantar borang tersebut pada bulan februari..tetapi sehingga bulan ogos borang tidak dipulangkan walaupun sudah beberapa kali diberi peringatan...namun setelah ke bilik matron..saya pula mendengar rungutan dari pihaknya tentang ketidakpuasan sikap ahli unit latihan yang tidak beretika dalam cara meminta maklumat...hohohho..kedua-dua belah pihak yang sedang berkonflik dan tengah `hot` sesama sendiri ini meminta pandangan saya dan mahu saya bersetuju dengan setiap pendangan yang mereka kemukakan sendiri..(masing-masing nak kata tindakan mereka betul) huhhuhuhu..apa boleh saya buat?? saya hanya bagi pendapat sendiri dan juga dengar pendapat kedua-dua pihak...apapun, menarik betul tengok konflik staf ne..hehehe

itu sahaja untuk hari ini..v(",)v

Anonymous said...

12/08/08

Assalamualaikum prof...

Hari ini tiada perkara menarik seperti semalam berlaku..saya hanya memfotostet borang dan mengisi maklumat yang berkaitan dalam borang penilaian kursus..Saya juga membuat e-latihan..

Itu sahaja untuk hari ni..

Anonymous said...

13/08/08

Assalamualaikum..

Hari ini saya membantu memfotostet borang dan mengisi maklumat seperti hari-hari sebelum ini..saya juga membuat e-latihan dan juga menghantar borang maklumat staf kepada ketua unit patalogi dan tabung darah..

itu sahaja..sekian terima kasih..

Anonymous said...

14/08/08

Assalamualaikum..

Hari ini saya membantu cik Rina menyusun maklumat dan mengisi e-latihan..saya juga membaca fail maklumbalas pelanggan...

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

15/08/08

Assalamualaikum prof..

Hari ini hari terakhir saya di unit ini..saya membantu cik Rina mengisi maklumat e-latihan.. saya juga membantu pn Rubitah merekod surat..saya juga membantu membalut hamper..

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

18/08/08

Assalamalaikum..

Prof, hari ini saya telah pergi melapor diri ke unit rekod pada jam 8.15 pagi..saya diperkenalkan oleh cc sharif kepada semua ahli unit ini..Unit rekod ini di tingkat bawah..unit ini ada tiga bilik. Bilik a untuk hal daftar, bilik b untuk simpanan maklumat pesakit dan bilik c untuk cerapan dan rekod keluar masuk pesakit..saya ditempatkan di bilik c.

Pada hari ini saya telah membuat kerja-kerja seperti mengasingkan borang Bed Head Ticket(BHT) mengikut unit perubatan seperti medikal, surgikal, maternity dan lain-lain mengikut tarikh lima gingga dua belas ogos tahun ini.

Saya juga mengasingkan kes-kes discaj keluar hospital yang berpunca dari sihat dan balik keruman, AOR, mati dan balik tanpa kebenaran..

Itu sahaja...Sekian Terima Kasih

Anonymous said...

19/08/08

Assalamualaikum,

Hari ini saya membuat kerja seperti semalam..mengasingkan BHT pada 13-14 ogos 2008..saya juga mengasingkan borang discaj, mengisi maklumat borang ke dalam sistem komputer HMIS BHT. sistem yang sama seperti HRMIS,eSPKB dan e-latihan..Saya juga melihat cara penyusunan fail pesakit di bilik rekod B. Fail disini sangat banyak. Boleh dikatakan keseluruhan fail memenuhi bilik ini. Namun ia telah disusun dengan baik dan rapi mengikut empat nombor ic terakhir..boleh dikatakan cara fail disini lebih tersusun berbanding di bilik fail..:)

Itu sahaja...sekian Terima Kasih

Anonymous said...

20/08/08

Assalamualaikum...

hari ini saya telah membuat rekod berkomputer mengenai maklumat asal pesakit yang pertama kali keluar wad. Selain itu, saya juga membantu menyemak fail pesakit yang dipinjam oleh pegawai perubatan yang masih tidak dipulangkan..

Saya rasa, unit ini merekod data pesakit dan unit ini berfungsi bagaikan perpustakaan..fail di pinjam perlu direkod..fail dipulang perlu direkod..fail yang tidak dipulangkan sehingga tempoh yang ditetapkan akan diberikan amaran untuk pulangkan...heheheh...macam pustakawan pulak rasanya _m_(",)m_
Itu sahaja.....

Sekian Terima Kasih...

Anonymous said...

21/08/08

Assalamualaikum..

Hari ini saya mengasingkan borang BHT DARI 15-16 OGOS 2008. Saya juga mengasingkan maklumat discaj..Kerja sedikit je untuk hari ini..

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

22/08/08

Assalamualaikum..

Pada hari ini saya memasukkan data BHT di dalam HMIS BHT..saya juga membantu mencari fail di bilik rekod B.

Sekian Terima Kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum prof, hari ini saya akan melengkapkan bahagian penulisan blog ini..

Anonymous said...

25/08/08

Bertempat di unit rekod saya telah menyusun discharge summary, membuatrekod berkomputer maklumat asal pesakit dan mencari fail

26/08/08

Hari ini saya telah menyusun discaj summary, mengasingkan kes-kes pesakit yang telah discaj keluar wad dan menyemak fail pesakit yang dipinjam oleh pegawai perubatan samada telah membuat pemulangan fail atau tidak.

27/08/08

Hari ini saya masih menyusun discharge summary, mengasingkan borang BHT dan memeriksa maklumat pesakit yang direkod didalam Microsoft Acces

28/08/08

Seperti biasa menyusun discharge summary dan memeriksa maklumat pesakit yang direkod dalam Microsoft Acces

29/08/08

Hari terakhir disini saya memeriksa maklumat pesakit yang direkod, menyusun discharge summary dan membuat rekod maklumat BHT

Anonymous said...

2/9/08

Hari ini saya bertukar ke unit hasil.
Saya telah membaca fail meja Puan Shaharatul Huda, membuat daftar caj hospital dan diberi pendedahan bagaimana melayan pelangan yang ingin berurusan di kuanter.

3/9/08

Saya merekod nombor pendataran bil caj pesakit, membantu menjaga kuanter dan membaca fail meja En. Ramu.

4/9/08

Saya menulis reminder atau surat peringatan bagi pesakit yang belum menjelaskan bil rawatan. Saya juga membantu menjaga kuanter dan menulis daftar pesakit.

5/9/08

Hari ini saya menulis reminder pesakit yang belum menjelaskan bil. Membantu menjaga kuanter, menulis daftar pesakit, merekod cuti staf dan melihat bagaimana Encik Yaaziz melayani pesakit dan pelanggan yang ingin berurusan dengannya kerana tidak mampu membayar caj bil rawatan.

8/09/08

Saya ke kuanter Hasil Wad C2. Seperti biasa saya menulis reminder, membantu menjaga kuanter dan menulis daftar pesakit

9/09/08

Saya menulis reminder pesakit yang belum menjelaskan bil, membantu menjaga kuanter dan merekod bil caj pesakit

10/09/08

Seperti biasa hari saya menulis reminder pesakit, menulis daftar pesakit dan membantu menjaga kuanter.

11/09/08

Saya menulis reminder pesakit, memeriksa resit bayaran klinik dental, mengecop resit bayaran klinik dental dan merekod nombor pendaftaran bil caj pesakit.

12/09/08

Saya menulis daftar pesakit, membantu memeriksa resit bayaran, merekod nombor pendaftaran pesakit, membaca fail insiden hasil dan saya juga didedahkan bagaimana mahu menjadi pegawai yang baik seperti mahu berurusan dengan pelanggan yang kurang berkemampuan membayar bil rawatan.

15/09/08

Seperti biasa saya mendaftar bil pesakit, membantu menjaga kuanter dan menulis reminder pesakit.

16/09/08

Saya memeriksa resit bayaran dan merekod nombor pendaftaran pesakit. Saya juga diberi penerangan berkaitan prosedur pengutipan wang.

17/09/08

Saya membantu menjaga kuanter, menulis daftar pesakit dan mempelajari cara dan etika berkomunikasi dengan pelanggan secara betul.

18/09/08

Hari ini saya mencari fail mengikut kod hasil, menulis daftar pesakit, mengira jumlah hasil wad dan merekod cuti staff

19/09/08
Hari ini saya menulis daftar pesakit, mengira jumlah hasil wad, mencari fail mengikut kod hasil dan berbincang dengan En. Yaaziz mengenai unit hasil.

Anonymous said...

20/09/08

Hari ini saya tidak hadir ke pejabat kerana ingin menguruskan hak kad pengenalan yang hilang

Anonymous said...

23/09/08

Hari ini saya telah bertukar ke unit aset. Saya diberi penerangan oleh Encik Shahaumi mengenai unit ini. Saya membaca Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerjaan dan diberi peluang untuk membuat pengrusan harta modal

24/09/08

Hari ini saya membuat daftar harta modal dan memasukkan maklumat di komputer. Penyelia Praktikum telah datang hari ini...m(",)v_

25/09/08

Saya membuat daftarharta modal, memasukkan maklumat kedalam komputer dan mengemaskinikan data.

26/09/08

Saya diberi peluang melihat aset-aset milik hospital Taiping, saya membantu membuat daftar inventori dan melihat laporan penilaian tahunan pemilijan aset

29/09/08

Hari terakhir saya disini. Sepatutnya saya ada satu hari lagi iaitu 30/09/08 tetapi diberi kelepasan oleh puan Marina untuuk bercuti.Hari ini saya melihat bagaimana penyelenggaraan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira-kira aset dibuat.Saya juga membantu membuat Daftar Inventori.
Hari terakhit ini saya bersalaman dengan semua orang, mengucapkan terimakasih dan memohon kemaafan jika berlaku sebarang salah laku saya sebagai pelajar elektif sepanjang saya berada disini...Alamdulillah Latihan Ilmiah telah tamat..(",)v