Sunday, June 08, 2008

Noor Hafiza Binti Ja'afar


RIMBA RATA SDN BHD
DG3 Ground Floor & MezzanineBlok D Plaza PerkelilingJalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur, W. Persekutuan.

Fiza,


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

16 comments:

Anonymous said...

0179086810 sila tulis catatan setiap hari seperti rakan-rakan yang lain

Anonymous said...

sori prof,sy pn baru tau tntg blog prof ni,sy ade kat rimba rata sdn bhd..sy nak wat report dr hari first sy kat sni..2/6 sy start daftar n wat schedule of sanitary fitting analysis untuk supplier bg projek SMK Teluk Bayu,Kuala Kedah..3/6 sy wat list of unpaid bills bg IPD Gombak yg mana perlu disenaraikan mengikut item seperti invois,delivery order,purchase order dan sbgnya.kat dalam ni juga ade name sume creditors..4/6 sy siapkan list of unpaid bill bg IPDG dan print out utk disemak oleh akauntan.pastu sy perlu update record of company bg pastikan nama company yg masih wujud..5/6 sy setelkan draf letter utk company Kimgres dan hntr ke konsultan untuk dapatkan kelulusan bg sampel bahan binaan n wat list of unpaid bills for SMK Teluk Bayu.6/6 sy perlu wat list of office claim yg mana sy perlu asingkan terlebih dulu sume resit bg managing director n director mengikut tarikh (pas to present) dan masukkan sume data untuk resit perbelanjaan tersebut.tujuan claim ini adalah untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan..9/6 sy sambung wat list of office claim..10/6 sy selesaikan list of office claim..11/6 sy selesaikan sume keje yng berkaitan dgn list of office claim dan print ount untuk disemak oleh akauntan.pastu sy diberikan tugas utk wat request quotation utk dptkan nama supplier n harga bg plywood flush door utk projek SMk Teluk Bayu,sblm tu sy perlu wat schedule of flush door utk difakskan bersama-sama dgn surat cover.tujuan request quotation di wat adalah bertujuan utk dptkan senarai harga drpd sume supplier sblm wat analisis utk dptkan hrga yg terbaik..12/6 sy setelkan fakskan sume request quotation and attachment kpd suppliers dan seterusnya wat follow up dgn sume suppliers dan tunggu mereka utk reply tntg quotation tersebut

Anonymous said...

hafiza

jangan tulis bahasa SMS, tulis elok elok sebab akan digunakan dalam laporan praktikum sebagai data kajian kes

Anonymous said...

salam prof,rasanya dah lama tak buka blog pror ni,bukannya apa cuma tak sempat sebab saya elalul balik malam..hari ni saya nak tulis balik apa yang telah berlaku sepanjang saya menjalankan praktikum di sini..

2 Jun 2008
hari ni merupakan hari pertama saya menjejakkan kaki ke syarikat ini dan saya merupakan orang yang paling awal datang ke pejabat,mungkin sbb tak tahu pejabat pukul berapa kot.tak lama kemudian pengarah syarikat rimba rata sdn bhd tersebut pun sampai.setelah pintu dibuka,saya bersama-sama dengan seorang pelajar uum yang sama-sama praktikum di ajar cara untuk punch card,setelah itu kami berdua diberikan sedikit penerangan tentang latar belakang projek yang sedang dijalankan oleh syarikat tersebut pada masa sekarang ini.semasa penerangan,pengarah tersebut iaitu puan nurzuliana ataupun lebih mesra dipanggil puan julie menerangkan bahawa syarikat tersebut sedang menjalankan projek membuat sekolah baru iaitu SMK Teluk Bayu di Kedah di bawah kementerian pelajaran malaysia dan juga mengubahsuai dan memperbaiki ibu pejabat polis daerah gombak di bawah kementerian keselamatan dalam negeri.puan julie juga turut menerangkan tentang pihak-pihak yang terlibat dalam kedua-dua projek tersebut seperti nama pembekal,arkitek dan konsultan,subkontraktor dan sebagainya.setelah selesai,saya ada membuat permintaan untuk pergi ke tapak projek untuk melihat projek yang sedang dijalankan dan jika tidak ada apa-apa halangan puan julie akan membawa kami ke sana..

setelah itu saya ditempatkan di bahagian atas bersama-sama dengan seorang pekerja yang ada di situ iaitu kak noraini selaku quantity surveyor di situ

untuk hari pertama ini saya tak tahu nak buat apa dan puan julie juga tak tahu nak berikan kerja apa untuk kami.pembantu puan julie iaitu kak zuraidah selaku akauntan di situ ada memberikan kami beberapa fail yang berkaitan dengan analysis price based.kak zu cuma suruh kami tengok-tengok bagaimana harga setiap bahan tersebut akan diteliti sebelum sebarang pembelian dibuat..

lepas makan tengahhari,kak zu ada berikan saya kerja iaitu membuat senarai 'bills of quantity' untuk dapatkan sebut harga bagi bahan sanitary fitting dan kerja iu saya selesaikan dengan menggunakan excel

untuk hari pertama ini,saya balik lewat lebih kurang pukul 8.30 malam sebab ada kerja yang perlu diselesaikan..selesailah hari pertama saya di sini

Anonymous said...

3 Jun 2008
hari kedua saya di sini..untuk hari ni saya dapat kerja baru iaitu membuat 'list of unpaid bills' untuk projek IPD Gombak.nampak macam susah jugak sbb tak pernah buat jd saya cuba buat seperti yang telah di ajarkan oleh kak zu..saya hanya perlu masukkan data mengikut format yang telah disediakan.antara perkara yang perlu dimasukkan dalam bill tersebut adalah senarai nama pembekal atau creditor,no resit invois,no resit bg delivery order bagi bahan yang telah dihantar dan juga no rujukan bagi purchase order (po) iaitu surat pembelian bahan binaan bagi projek IPDG..data perlu dimasukkan mengikut tarikh iaitu dari past ke present..data mudah untuk dimasukkan kerana fail tersebut adalah tersusun mengikut abjad yang mana syarikat atau pembekal yang bermula dengan huruf A ia akan diletakkan di dalam satu bahagian..

lama jugalah untuk nak selesaikan kesemua bil itu sebab bilangannya yang banyak..

hari ini saya tak sempat untuk siapkan kerja tersebut dan saya balik pun dah pukul 8.00 malam

prof madya dr abd halim ahmad said...

Fiza,

Cerita baru tiga hari 3Jun, rakan lain dah bercerita 3 minggu

teruskan bercerita

Anonymous said...

mana laporan,tak dapat lagi

Anonymous said...

PERINGATAN TERAKHIR :mana laporan pertama bulan jun ? saya masih belum menerimanya

Anonymous said...

salam prof, maaf sebab dah lama sangat saya tak buka blog ni..hujung bulan lepas saya dah hantar laporan pertama saya guna emel uum saya ke emel uum prof..macammana ni, tapi mungkin jyga le salah saya sebab dah lama tak semak akibat kekurangan kemudahan internet sebelum ini..saya minta maaf sangat prof, bukan niat saya nak susahkan prof..balik nanti saya akan hantar semula laporan saya yang pertama.sekali lagi saya minta maaf sesangat ye prof

Anonymous said...

prof,
semalam saya dah hantar laporan yang kedua dan saya nak tanya samada prof ada terima ataupun tidak..saya harap prof dapat semak dan segala kesilapan saya akan cuba perbaiki dengan sebaik mungkin..dan untuk laporan pertama saya minta maaf prof..terima kasih prof

Anonymous said...

31/7
patut le hari ini hati saya rasa tak tenang sangat..rupa-rupanya laporan pertama saya ada masalah.hari ini tak banyak kerja yang saya buat, cuma lebih kepada membantu pihak purchasing department untuk selesaikan berkenaan dengan pembelian barang, lagipun hari ini bos tak ada di pejabat sebab pergi ke tapak projek di kedah. saya juga ada membuat label tepi untuk fail sebut harga..tujuannya untuk memberi keseragaman kepada semua sistem pemfailan..bos tak datang pejabat hari ni, jadi saya ingatkan nak balik lebih awal untuk hantar laporan pertama saya

Anonymous said...

30/7
semalam saya balik awal sebab nak hantar laporan kedua untuk prof..semalam pun saya hanya membantu pihak purchasing department untuk buat 'request for payment form' untuk membuat bayaran kepada syarikat super nice sdn bhd..pagi semalam saya menolong pekerja bahagian account untuk selesaikan 'individual file' bagi semua sebut harga pembekal yang telah disahkan..semalam baru siap sampai peringkat payment voucher..ada lagi beberapa perkara yang perlu diselasaikan sebelum fail tersebut siap sepenuhnya.

Anonymous said...

29/7
tarikh ni saya buat labelling untuk fail 'quotation, purchase order, requisition control list, request for payment'. syarikat ini dalam usaha untuk meningkatkan kualitinya bagi mendapatkan ISO, jadi banyak perkara yang perlu dilakukan supaya pengurusannya lebih seragam..pada pagi tu, macam biasa saya akan membantu pekerja account menyiapkan individual file untuk sebut harga bahan yang syarikat beli daripada pembekal atau lebih mudah dipanggil 'affirmed'quotation'. lewat petang pula, saya harus menyiapkan surat bos untuk dihantar ke pejabat kementerian keselamatan dalam negeri berkenaan dengan perkara meminta tempoh lanjutan bagi projek membaiki ibu pejabat polis daerah gombak..surat tersebut perlu disiapkan kerana awal pagi esoknya perlu diserahkan kepada bos untuk ditandatangani.

Anonymous said...

28/7
pada tarikh ni saya turut membantu pekerja bahagian acount dalam proses untuk menyiapkan tugas mereka dalam menyiapkan susunan fail sebut harga pembekal tersebut,,kerja ini memang memakan masa yang agak lama untuk disiapkan sebab terlalu banyak komponen yang perlu dimasukkan. dalam fail tersebut terdapat lapan bahagian yang perlu diselesaikan bagi dua projek iaitu projek di ibu pejabat polis daerah gombak dan juga SMK Teluk Bayu..pada hari tersebut, proses pemfailan tersebut telah siap sehingga peringkat penyusunan resit delivery order (DO).hari itu saya balik lewat sedikit sebab perlu siapkan checklist untuk fail purchase order, requisition dan sebagainya

Anonymous said...

sikitnya catatan fiza....walaupun dah hampir 4 bulan praktikum

fiza93 said...

DIsini saya ingin menekan kan sebagai anak hak keatas bapa saya apa bila di beri sub-con pada 2008-2010 tak silap saya di kedah...bapa sya hanya mampu mencari tuan haji aziz bin ahmad yang dijalan kan di alamat saudari katakan..tapi apa bila ditanya tentang duit yang di kerjakan tuan haji aziz ahmad telah mehilang diri...sebagai bapa hanya mampu menunggu sampai sekarang...2013...tetapi no fon beliau tidak dapat hubungi dan no yang dinyatakan dalam web pon jauh beza sekali dengan alamt KL dan itu hanyalah no tel dari kedah...Bapa Saya kerugian RM28,000..ingin menuntut semula....jika saudari tahu mengenai tuan haji aziz bin ahmad sila laporkan kepada saya...bukti semua da ditangan bapa sya yang berkerja bawah dia sebagai kelindan jentera besar.....sekain terima kasih...harap maklumat dapat disampaikan kepada belia...