Sunday, June 08, 2008

Mohd Kamal Fikri Bin Musa


PUSAT KHIDMAT AHLI PARLIMEN KAWASAN KUALA KEDAH
No.5, Tingkat Atas Kompleks Perniagaan MBAS Peremba, 05050 Alor Setar, Kedah.

YB Kamal,


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

73 comments:

pak ya said...

Assalamualaikum YB...hehehehe..

pak ya said...

YB, diharap YB memberi maklum balas secepat mungkin.saya telah beberapa kali memberitahu secara lisan dan saya faham Yb mempunyai masalah untuk berhubung kerana pencapaian kepada internet adalah menghadapi sedikit masalah,..diharap prof faham masalah kawan saya ini.....
sekian terima kasih

Anonymous said...

assalammualaikum prof..
maaf kerana menghilangkan diri. he
tapi saya tak hilang cuma untuk dptkn kmdhan cc ni susah skt. ok prof di sini saya nak laporkan apa yang telah saya jalani sepanjang saya menjalani proses latihan industri disi..

Anonymous said...

2 haribulan 6 tahun 2008

Saya mohd kamal fikri musa telah ditempatkan di pusat khidmat komuniti parlimen kuala kedah. Disini saya ingin melaporkan tugas yang telah diamanahkan kepada saya selaku pelajar praktikel pertama di pusat tersebut kepada prof.

Waktu pejabat bagi Pusat Khidmat Komuniti Rakyat Parlimen Kuala Kedah ialah bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 ptg. Manakala cuti umumnya pula ialah pada hari ahad sahaja. manakal sabtu ialah setengah hari

Hari pertama iaitu pada 2 hb 6.
.
Pada hari pertama jam 9 pagi saya telah lapor diri pada Yang Berhormat Hj Ahmad bin Kasim dan semua staf. Pada masa yang sama juga saya dikehendaki menurut serta di dalam mesyuarat bersama YB dan Semua Staff di situ. Di dalam sesi mesyarat tersebut saya juga turut dikehendaki memperkenalkan diri dengan lebih formal lagi. Strsnya YB juga turut menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan bidang pengajian saya dan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh saya sebagai seorg student.

Seterusnya di dalam mesyuarat tersebut juga YB turut memberikan projek khusus kepada saya dan juga staff yang lain. Diantara projek yang telah diberikan kepada saya ialah berkenaan dengan Struktur Gerak Kerja Parlimen Kuala Kedah. Saya dikehendaki membuat :-
1) Carta Unit Urus Setia di Soft Board.
2) Membuat senarai atau jadual khas berkenaan dengan masalah masyarakat
3) Membuat format dan sistem borang aduan awam
4) Membuat jadual dan mengemaskini segala aktiviti Pusat Khidmat Komuniti ini dan Ahli Parlimen.

Pada sebelah petang saya dikehendaki membuat satu ruang khas untuk sudut bacaan awam yang mana koleksi-koleksi bahan seperti Aturan Mesyuarat, Soalan-soalan Perbahasan, Statut, Laporan Tahunan Agensi Kerajaan dan bahan bacaan umum yang lain mengikut siri dan jilid.

Anonymous said...

3 hb 6 thn 2008

9 pg hingga 11 pagi.
Penerangan berkenaan tugas yang perlu dilakukan hari ini oleh pengurus pusat khidmat.
Tugas-tugas yang diberikan ialah mencari maklumat berkenaan :-
1) Jabatan-jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab di dalam aspek pembangunan kawasan meliputi pembangunan ekonomi dan sosial.
2) Membuat jadual kerja untuk proses pencarian maklumat.
3) Berbincang mengenai bancian kemudahan utiliti yang di minta oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia.

11 pg hingaa 12 tgh
Duduk berbincang mengenai kerja2 yg hendak dilaksanakan.

2.30 ptg hingga 4.30 ptg
Saya membuat lakaran untuk susun atur pejabat ini.
Lakaran yang dibuat adalah meliputi susun atur meja, kerusi, rak buku, ruang tamu yang akan digunakan.

Anonymous said...

4 hb 6 2008

9 pg hingga 10 pagi
Berbincang dengan pengurus pejabat berkenaan dengan maklumat yang di minta oleh YB. Pengurus meminta saya pergi ke pejabat Dewan Undangan Negeri Kawasan Kubang Rotan atas arahan YB disebabkan pejabat ADUN mempunyai kerja yang banyak.

11 pg 1 ptg.
Saya berada di pejabat ADUN. Saya diminta oleh YB disitu untuk mengisi kad-kad jemputan kepada jabatan kerajaan di sekitar daerah Kota Star. Saya telah mengisi alamat dan nama-nama di dalam kad tersebut.

2.30 ptg hingga 4 ptg.
Saya telah di arahkan oleh YB untuk membuat pengkelasan surat-surat rayuan, permohonan, sokongan dan tindakan yang dikemukakan oleh org awam mengikut jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat. Hal ini adalah untuk memudahkan YB menghantar kepada jbtn-jbtn yang berkenaan untuk diambil tindakan. Kebanyakkan aduan yang diterima adalah berkenaan dengan permohonan bantuan kewangan dan perumahan.

4.30 ptg hingga 5.30 ptg
Saya telah disuruh untuk membuat beberapa surat rasmi yang akan dihantar kepada Mjls Bandaraya Alor Star dan SUK Negeri. Surat-surat tersebut adalah untuk meminta bantuan dan sokongan bagi pihak org awam yang mempunyai maslh seperti permohonan perumahan kos rendah dan berkenaan masalah2 jalan taman dan sistem perparitan.

Anonymous said...

10 pg hgga 12 lbh
Saya diarahkan pergi ke kawasan kubang rotan untuk mengambil gambar-gambar serta maklumat mengenai penduduk2 yg susah. Tugas itu juga dibantu oleh pengurus pjbt.

2 ptg sampai 5.30
Saya diminta pergi keadun lagi untuk membantu berkenaan hal2 laporan awam. Saya diminta untuk menulis surat kepada Majlis Bandaraya Alor Star. Sebanyak 6 surat bagi 5 kes dikendalikan oleh saya dengan tunjuk ajar YB. Disamping itu saya juga turut membuat fail2 baru bagi pelbagai kes.

Sekian saja…………

Anonymous said...

6 hb 6

10 pg hingga 12 tgh hari

Saya di minta untuk keluar mencari barang2 pejabat di sekitar Alor star.

Antara barang2 yang caya cari ialah Stam pad, date cop, perfume, ink printer dan alat tulis tambahan.. untuk pengetahuan pjbt bercuti pada hari sabtu dan ahad serta saya di benarkan pulang awal pada hari tersebut..

Anonymous said...

9 HB 6

9 Pg hingga 11

saya terima panggilan dari pengurus pjbt yang meminta saya membuat profil bancian kemiskinan. Setelah siap saya telah emailkan kepada YB. Sebanyak sebelas buah profil keluarga miskin telah siap di susun untuk tindakan susulan.

2 ptg hingga 6 ptg.

Saya diminta oleh YB dun untuk dtg ke pjbtnya untuk menolong beliau mbuat surat2 sokongan, aduan, permohonan yang masih belum siap. Disamping itu saya turut membuat fail2 baru untuk kegunaan pejabatnya.

Anonymous said...

10 hb 6

9 pg hingga 10.
Saya dan staff lain menyusun kerusi meja untuk majlis mesyuarat penamaan JKK kawasan Kuala Kedah. Di samping itu saya turut menyediakan bahan2 untuk mesyuarat itu.

12 tgh hr hingga 2 ptg
Saya pergi ke ADUN untuk menyambung tugas2 semalam. Kes yang selesai saya siapkan untuk dihantar ke pihak yang berkenaan untuk tindakkan ialah kes berkenaan dengan LKIM Kuala Kedah. Saya juga turut mencari bahan untuk rujukan kes di internet.

3.30 ptg hingga 5 ptg
Saya di parlimen ditugaskan untuk membuat surat dan mengedit artikel yang ditulis oleh YB Ahmad Kasim untuk di hantar ke Warta Darulaman.

Anonymous said...

11 haribulan 6 2008

9 pagi hingga 11 tgh hari.

Saya membuat kerja2 pejabat seperti membuat system fail, menulis surat untuk jabatan kerajaan negeri kedah, dan menyemak pengaduan2 awam untuk dibincangkan langkah penyelesaiannya.

2 ptg hingga 4 ptg

Saya diarahkan keluar untuk mencari barang2 untuk kegunaan pejabat yang masih tiada. Proses mengubah suai pejabat itu dilakukan dari masa kesemasa.

4 ptg hingga 6 ptg

Saya pergi ke ADUN Kubang Rotan untuk membantu di dalam pengurusan surat menyurat dan system fail. Saya di minta mengajar kerani pejabat tersebut di dalam perkara berkenaan surat menyurat, system fail dan perkara2 yang perlu..

pada sebelah malamnya saya turut di ajak oleh YB untuk pergi kesungai petani untuk melihat bagaimana beliau memberi ucapan dan ceramah di situ

Anonymous said...

12 hb 6 2008

10 pg hingga 2 ptg
Saya diarah untuk mengikut Yang Berhormat Pergi ke Bengkel Perbincangan di Hotel Sri Malaysia Alor Star di dalam membincangkan isu dan permasalahan serta tuntutan pesawah di dalam menghadapi kenaikan harga minyak dan beras..

Di samping tugas saya untuk memerhati perjalanan perbincangan dan menimba pengalaman tersebut saya juga turut menjadi jurumedia bagi Pusat Khidmat Komuniti tersebut di dalam membuat laporan dan bahan bacaan.

Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh wartawan2 tempatan bagi mengetahui permasalah pesawah dan tuntutan2 mereka di dalam era kenaikan harga minyak dan beras ini.

4 ptg hingga 5 ptg

Saya ditugaskan mencari bahan2 berkenaan dengan dasar pertanian dan pembangunan wilayah koridor di Malaysia untuk membantu YB dalam membahaskan isu2 tersebut di Parlimen.
.

Anonymous said...

13 jun 2008

9 pagi hgga 11 tgh hr

yb dtg ke pejabat untuk melihat laporan2 dan surat2 yang di selesaikan oleh saya. pada masa yang sama juga segala bahan isu semasa yang saya cari beliau berpuas hati. di samping itu kami juga turut membincangkan berkenaan isu2 berkaitan dengn aduan2 awam dan mslh2 sekitr.

yb juga suruh saya membuat kertas seminar berkenaan perbincangan dengan pesawah di hotel seri malaysia semalam untuk dijadikan koleksi dan rujukan pejabat..

pada sebelah ptg kerja saya hanya tertumpu kepada usaha memperbaharui laporan2 harian dan ada juga tugas2 sampingan yang lain

Anonymous said...

sekian dulu laporan dari oleh saya dari pejabat parlimen kuala kedah @ pusat khidmat komuniti kuala kedah..

saya amat berbesar hati dan sebarang maklum balas dari pihak prof amat di harapkan..

yang benar

mohd kamal fikri musa

Anonymous said...

tiada komen YB, teruskan menulis

Anonymous said...

assalammualaikum..

saya kamal ingin meneruskan laporan.

14 jun 2008

seperti biasa 9 pg saya start melihat fail2 kes awam dan kerja2 yantg perlu dilakukan. memandangkan waktu kerja hari ini hanya separuh hari dan esok saya bercuti jadi saya hanya menyiapkan beberapa kerja seperti membuat lakaran kertas kerja untuk satu program sukan belia yang akan dianjurkan dan mengedit peta2 kawasan dun untuk dijadikan petunjuk kawasan.

seterusnya pada pukul 1 saya pulang...

kerja saya disitu akan bersambung pada hari isnin sekian sahahaja..

Anonymous said...

prof lagi satu saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk saya masukkan laporan2 bergambar ke dalam ruangan ini.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Gambar tak boleh dimasukkan melalui ruangan komen. Kalau nak hantar gunakan attachment dalam email saya,kalau sesuai, saya boleh siarkan.

pak ya said...

YB ni nk bgi gbar dia tanam ubi keledek kut....hehehehe

Anonymous said...

oo ok2 prof kalau mcm tu trn kash..he

Anonymous said...

ok prof ini loporan saya seterusnya..

16 hb 2008

9 pg seperti biasa saya masuk pejabat. Pada pagi ini peralatan pjabat seperti kelengkapan kmputer fax baru masuk. Say telah menusun tempat untuk peralatan2 tersebut.

11pg terdapat seorg awam dtang mengadu masalah berkenaan dengan pengambilan tanah. Saya ditugaskan untuk mengambil keterangn memandangkan yb dan pengurus tiada. Selepas aduan dibuat saya telah membuat rujukan kes kepada yb dan tunggu arahan untuk tndkkn susulan

2 ptg saya telah membuat salinan2 surat2 untuk memasukkan kedalam fail dan saya juga turut membuat kertas kerja untuk sukan belia bersama pengurus pjbt.

4ptg saya menyusun peta2 untuk membuat carta di pejabat tersebut

Anonymous said...

17 Haribulan 6 2008

Seperti biasa pada pagi ini saya datng dengan motosikal kriss berwarna biru. Memandangkan harga minyak sudah naik jadi urusan saya dengan moto tersebut hanyalah untuk pergi dan balik dari Pusat Khidmat sahaja............
Pada pagi ini saya telah di suruh oleh YB melalui satu panggilan telefon yang meminta saya membuat profil berkenaan dengan jalan di perkampungan kuala kedah. Pada masa yang sama juga saya di suruh membuat surat kepada Pengarah Tabung Haji berkenaan dengan rayuan yang dibuat oleh seorang pengadu. Apabila tamatnya panggilan tersebut lebih kurang 5 minit selepas itu saya pun terus membuat profil berkenaan dengan jalan di sebuah perkampungan di kuala kedah.

Profil yang saya buat adalah meliputi keterangan ringkas berkenaan dengan kawasan tersebut dan saya juga turut memasukkan gambar2 berkaitan dengan jalan yang rosak dan tidak berturap. Lebih kurang sejam saya telah menyiapkan profil tersebut dan memprint out nya. Selepas itu saya pun turut membuat surat rasmi kepada pengarah tabung haji negeri kedah berkenaan dengan rayuan seorg pengadu dimana beliau sudah empat kali atau 4 tahun meminta untuk pergi ke mekah bagi menunaikan haji tapi masih tidak berjaya.

Selepas selesai kerja2 saya,sayapun membuat salinan2 surat untuk disimpan……

Tiba2 seorang wanita dan remaja perempuan masuk dan ingin mengadu masalah.. segala keterangan saya ambil dan berbincang dengannya.. masalah yang dihadapi mereka ialah adik kepada wanita berkenaan kehilangn MYKAD. Namun begitu jumlah denda yang dikenakan adlah tinggi untuk membuat semula.. oleh itu dia berharap YB dapat membantu agar meringankan denda tersebut. Memandangkan YB Hanya beberapa kali sahaja berada di pejabat dalam seminggu jadi saya pun menyuruh agar beliau meninggalkan segala surat polis report untuk memudahkan saya membuat surat sokongan. Selepas itu merekapun pulang kerumah.

Selepas keterangan diambil saya terus membuat surat sokongan untuk kes MYKAD Td. Apabila sudah siap sayapn mnggu YB masuk kpjbt.

Selepas tgah hari kira2 jam 2 ptg saya menerima satu aduan dimana terdapat kebakaran di kuala kedah. Saya pn menelefon pengurus pjbt dan terus pergi kesana untuk melihat. Namun begitu alangkah terkejutnya saya dan pengurus kerana kami dapati bukan rumah yang terbakar, tetapi wayar elektrik berhampirn sek rndh yang terbkr. Tanpa membuang masa kamipun membuat pggilan kpd TNB kerana menurut seorg pkcik tersbut pggilan dan report sdh dibuat namun tindakan susulan mash tiada. Memandangkan berada di tepi jln maka kamipun menaikkan notis bahaya di sekitar kawasan tersebut. Selepas itu kamipun pulang kepjbt dan membuat paggln kpd TNB sekali lg dan mereka sedang dalam perjlnn.

Lebih kurang jam 3 stgh YB masuk kepejbt untuk melihat aduan yang terkini. Selepas surat2 ditandatangani olehnya diapun mengajak saya pergi ke pejabat MADA wilayah 4 di kota sarg semut. Saya dan YB pun bergegas kesana kerana menurut beliau, beliau perlu berjumpa dgn sesorg. Sesampainya disana kami trs pergi bejmpa dgn pengurus MADA encik Cn’ng. Pada masa yang sama juga wakil daripenduduk kmpg yang jalan tidak berturap dan rosak di kuala kedah turut hadir. Perbincangan kami degn pengurus MADA wilayah itu adalah berkenaan dengan permohonan pembaikan jalan2 serta titi yang berada di bawah kawasan selian MADA. Setelah perbincangan tersebut berlangsung maka kami mendapati bahwa MADA tersebut akan bekerjasama untuk membaiki keadaan infrastruktur tersebut kerana mereka hanya tunggu perntukan sahaja. Kemungkinan pada bulan 9 atau 10 ini mungkn projek pembaikan akan dilaksanakan. Setelah selesai perbincangan tersebut maka wakil penduduk tersebut berpuas hati kerana kesediaan YB membantu hingga keperingkat ini. Setelah selesai kes ini maka saya dan YB Pun pulang......... tugas saya bersama YB hanyalah untuk membantu mengambil apa2 maklumat yg penting dan melihat proses penyelesaian mslh yang di lakukan... apabila sampai ke pejabat saya pun trs kemas dan pulang ke kediaman sementara yang di sewa........

Anonymous said...

Pada 18 haribulan 6 2008

Setelah siap saya memakai baju sayapun terus menghidupkan enjin motosikal kesayangan saya untuk pergi ke Pusat Khidmat. Setelah sampai saya dapati kerani pejabat baru sahaja membuka pintu office. Sayapun naikke pejabat dan terus membaca paper sementara memulakan kerja. Seperti biasa YB tiada di pejabat dan mungkin beliau hanya masuk untuk beberapa ketika sahaja.

Selesai saya membaca paper saya terus pergi ke pc untuk melihat surat2 yang belum selesai. Sedang saya melihat surat2 tersebut YB pun masuk kepjbt. Dia telah menyuruh saya membuat satu surat untuk memohon perumahan rakyat termiskin di kawasan kuala kedah. Setelah itu saya juga telah diminta oleh beliau untuk membuat profil berkenaan aduan kerosakan tandas dan pelantar di jeti K.kedah. selepas keletihan dan kelaparan sayapun turun untuk pergi lunch bersama seorg kawan..


selepas siap menjamu selera saya terus melihat kembali kerja2 yg belum disiapkan lagi.. selepas selesai saya membuat profil2 berkenaan saya pun membaca sebuah buku yang di tulis oleh YB AHMAD KASIM.. Memandangkan kerja sudah selesai sayapun membuat kerja sendiri..

sedang saya merehatkan diri dan minda datang seorg lagi pakcik yang ingin mbuat laporan berkenaan dengan masalah penjaja.. setelah siap laporan ,masalah diambil saya pun membuat beberapa rujukan untuk kes tersebut.. memandang saya berasa begitu malas hari ini saya pun turun ke cc untuk menghantar laporan ini............
sekian saja..

Anonymous said...

prof berkenaan dengan tajuk mungkin saya akan membuat kajian berkenaan dengan "PENGURUSAN INOVASI DI DALAM MEYELESAIKAN MASALAH AWAM"

macam mana prof?

Anonymous said...

cuba try la

Anonymous said...

19 jun

Seperti biasa pukul 9 saya sampai dipejabat.. pagi itu saya hanya menyambung kerja2 semalam seperti membuat kertas kerja untuk meminta bantuan kepada saluran2 yang berkenaan. Sedang saya membuat kerja2 berikut datang lagi 2 orang kakak yang ingin bertanyakan tentang bantuan membaiki rumah dan bantuan rawatan penyakit. Memandangkan pada pagi itu pengurus saya tiada di office saya pun mengambil keterangan2 yang sepatutnya. Pada masa yang sama juga saya turut memberitahu mengenai peranan kami sebagai pusat khidmat komuniti kepada beliau. Hal ini kerana kebanyakkn masyarakat menyangkakan sebarang projek yang hendak dibuat pihak kamilah yang membuat keputusan dan memberi peruntukan.

Selepas mengambil keterangan dan maklumat yang sepatutnya daripada mereka sayapun memberi tahu bahawa pihak kami akan membantu sedaya upaya.

Pada sebelah petang selepas pengurus saya datang kepejabat sayapun melaporkan aduan kepada beliau. Seterus selepas aduan diteliti oleh kami, kami membuat keputusan untuk pergi kerumah kakak2 tadi pada keesokkan hari. Setelah aduan diberikan kepada pengurus sayapun menyambung menbuat kerja2 yang tertangguh..

Sehingga petang saya hanya membuat paper work dan menyusn kes…..
Kemudian sayapun pulang

Anonymous said...

20 jun 2008

Pagi ini sungguh indah dan tenang.. saya samapi kepejabat sedikit terlewat kerana saya pergi sarapan dahulu. Namun ianya tidak menjadi masalah kerana masa pejabat sayapun tidak menentu pulangnya. Kadang2 terlewat apabila kerja banyak.

Pada pagi yang tenang ini saya ditugaskan untuk menyiapkan beberapa paper work untuk beberapa kes yang di minta segera oleh yb.. pagi ini terus jadi tak tenang kerana yb nak paper work itu dgn kadar segera kerana selepas jumaat dia akan pergi perjumpa dgn pihak2 yang berkenaan.. saya pun terus menyiapkan kerje tersebut dengan cepat….

Selepas jumaat lebih kurg pukul 3 saya dengan pengurus telah pergi kekuala kedah untuk mengambil gambar2 rumah kakak2 yang datang meminta bantuan semalan. Sesampainya kami di sana saya telah diarahkan untuk bertanyakan maklumat2 tambahan berkenaan dengan keluarga mereka dari segi kehidupan harian seperti tempat tinggal, pendapatan, pendidikan anak2 dan kesihatan. Seterlah berpuas hati sayapun mengambil gambar2 keadaan sekitar rumah dan keluarga mereka.. setelah selesai maklumat diambil kamipun pulang kepejabat dan terus balik…..

Anonymous said...

21 jun

Hari ini merupakan hari sabtu.. saya bekerja hanya separuh hari..
Setibanya saya di pejabat yb mesej saya supaya saya siapkan paperwork untuk kes2 semalam.. setelah itu dia akan datang mengambilnya untuk diberikan pada pihak yang berkenaan..

Memandangkan kerja itu dah siap jadi hari ini saya tidak banyak kerja. Sehingga tengah hari saya hanya update fail2 pengurusan di pejabat.

Anonymous said...

23 jun 2008

Setelah tidak puas bercuti saya pun datang bekerja seperti biasa pada hari ini.. minggu ini yb tiada di kedah kerana pergi ke parlimen.

Oleh itu tugas dipejabat hanya di lakukan oleh saya serta 3 orang lagi staff termasuk pengurus saya.. pada sebelah pagi saya hanya diminta untuk melihat kes2 yang belum diambil tindakkan. Selepas itu pada sebelah petang saya dikehendaki pergi ke kediaman Menteri Besar Kedah bersama pengurus saya untuk menghadiri majlis perasmian e-sinar oleh YAB Ustaz Azizan.. sehingga petang saya hanya melihat dan mendengar penerangan2 yang diberikan mengenai e-sinar.. hal ini adalah untuk memudahkan saya memberi pengtahuan kepada rakyt2 termiskin di kawasan parlimen kuala kedah nanti..

Anonymous said...

sory bro..lma x msj..aku rsa ok kt kemas ni..lgpun ak diberi tugas yg aku leh wt n aku pun suka wt..sok ak ditugaskan untuk jadi juri masakan plak..aku pun xtau la mcmne nk bg markah kt depa..huhu..nti hg bg la idea kt aku k..

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

assalamualaikum, pekabo yob keke.. tmpt praktikum ada ok ke? selamat2

Anonymous said...

Assalamualaikum YB..huhu..mcmne praktikum..ada blk ipoh ka..lau ada blk msj r aku..mau mintak skit peruntukan..huang2

Anonymous said...

24 hbln 6 2008

Pada sebelah pagi wakil2 daripada DUN Kubang Rotan, DUN Pengkalan Kundor dan DUN Anak Bukit Telah dtg ke PEKA untuk berjumpa dengan pengurus. Mereka dating untuk berbincang mengenai calon MKK ataupun Majlis Ketua Kampung. Perbincangan mereka belangsung sehingga ketengah hari.

Hal yang menyebabkan perbincangn mengenai MKK ini adalah disebabkan perebutan jawatn oleh Pas dengan membuang ahli2 Keadilan dari calon. Melalui pemerhatian saya kedu-dua parti ini masih lagi tidak matang dalam memerintah negeri. Ini kerana boleh dikatakn setiap parti yang menang tidak akan terlepas daripada masalah perebutan jawatan.

Pada sebelah petang saya telah pergi ke pejabat DUN Kubang rotan untuk membawa pengadu yang ingin memohon tandan tangan dan cop dari YB. Memandangkan YB diparlimen jadi saya telah membawa pengadu ke Pejabat Wakil Rakyat.

Anonymous said...

25 hbln 6 2008

Jam 9 pagi saya masuk ke office

Pagi ini saya terpaksa mnunggu penduduk dari kuala kedah yang ingin dating membuat aduan. Hal ini telah diberitahu oleh pengurus kepada saya. Memandangkan beliau tidak dapat datg pada sebelah pagi jadi saya terpaksa melayan dan mengmbil aduan tersebut.

Lebih kurang jam sebelas seorang makcik yang ingin menngadu masalah td telah sampai. Beliau menetap di tambak bunga, menurut beliau beliau tidak berpuas hati kerana beliau dibayar gaji yang terlalu rendah diatas pekerjaan yang beliau lakukan. Beliau merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak. Beliau bekerja dengan iks yg dimiliki kakaknya, mnrt beliau kakaknya mberitahu org ramai yang gajinya setiap kilo gorengan yang dibuat dibayar 30 ringgt. Sebaliknya beliau sbnrnya hanya dibayar 3 kupang sahaja. Ini membuatkan beliau dan pekerja lain tidak puas hati kerana kerja sebagai tukang goreng dan pintal kuih dan makanan trodisinal itu terlalu rumit dan berisiko sehingga beliau di suruh dktor berhnti kerja. Ttp beliau tpksa kerja krana tiada wang untuk sara hdp beliau.

Aduan yang dibuat oleh beliau terlalu emosional dan bersungguh-sungguh. Sayapun terpaksa menenangkan beliau. Setelah lbh kurang 3 jam dia pun beredar dengan penuh harapan. Saya telah membuat penyusunan terhadap maklumat- beliau dan saya akan rujuk kes ini ,ke pengurus,

Sebelah petang kerja saya hanyalah menunggu di pejabat sahaja kerana tiada kerja luar yang hendak dilakukan lagi..

Anonymous said...

26 hbln 6 2008

jam 9 saya masuk dan terus berjumpa pengurus berkenaan dengan hal semalam. Setelah berbincang kami telah mengambil keputusan untuk berjumpa YB terlebih dahulu kerana kes ini membabitkan peruntukan IKS oleh MADA untuk pndduk di situ.

Pada tgh hari wakil peka dari pengkalan kudor telah datang meminta kami agar ketempat beliau untuk mengmbil meklumat berkenaan dengan 2 buah rumah pndduk miskn. Setalh kami berbincang dengan Pak non wakil dari pegkln kundor itu kami membuat keputusan untuk pergi ke sana pada hari jumaat pagi.

Pada petg kami telah didatangi oleh seorang cina yang ingin memohon bantuan untuk memastikan beliau mendapat sokongan memperolehi ptptn untuk anak beliau. Setalah berbincang saya telah membawa beliau ke pejabat YB nasir untuk mendapatkan surat sokongan dan tandatangan dari beliau. Setelah selesai sayapun duduk berbincang dengan YB Nasir berkenaan dengan aduan-aduan yang beliau terima. Beliau memberitahu kebanyakkan aduan hanyalah ingin bantuan kewangan sahaja. Tiada satupun yang ini bantuan modal perniagaan ke, bantuan untuk mendapatkan latihan kemahiran dan yang dapat membantu mereka untuk memajukan diri. Setelah bersembang dengan beliau lebih kurang sejam saya pun pulang kepjbt.

Anonymous said...

27 hbln 6 2008

Pada pg jumaat ini kami terpaksa bekerja kerana kebiasaannya pada hari cuti banyak aduan yang kami terima. Namun begitu memandangkan kami kena pergi ke pengkalan kundor untuk melawat 2 buah keluarga miskin maka pagi ini kami bertolak seawall jam 9 pagi kesana. Setelah sampai kesana kami disambut oleh Pak non wakil dari PEKA di pengkalan kundor.

Permulaannya dia membawa kami kesebuah rumah keluarga miskin yang tinggal dirumah yang uzur dan teruk. Setelah maklumat dan gambar kami amabil kamipun pergi kerumah kedua di dalam kampong tersebut. Rumah tersebut juga didiami oleh warga tua yang tiada anak. Mereka ini hanyalagh ingin memohon bantuan perumahan sahaja.

Setelah selesai segala maklumat diambil saya pun pulang kepejabat.

Pada sebelah petang saya hanya menyusun segala aduan untuk diproses dan tunggu untuk di bawa kemesyuarat bersama YB.

Anonymous said...

30 hbln 6 2008

pada pagi ini saya masuk kepejabat lewat kerana bersarapan di pasar tani.. memandangkan YB masih di parlimen jadi kerja saya bersama pekerja PEKA yang lain hanya lebih tertumpu kepada mengambil dan membuat tindakan susulan terhadap kes2 aduan sahaja.

Pada hari ini tiada sebarang laporan di terima. Jagi saya hanya membuat kerja sendiri sehingga petang.

Anonymous said...

1 hb 7 2008

Lagi sehari genab sebulan saya menjalani latihan kerja di PEKA.
Seperti biasa saya datang kepejabat pd sblh pg. memandangkan sekarang ini isu berkenaan dengan Penasihat Keadilan semakin hangat jadi terdapat juga beberapa kenalan YB datang kesini untuk mengetahui perkembangan semasa.

Kerja pada minggu ini mungkin kurang disebabkan persidangan parlimen mash belum selesai. Saya seperti biasa jika tiada apa yang hendak dibuat saya akan membuat kerja sendiri..

Anonymous said...

2 haribulan 6 tahun 2008

Saya mohd kamal fikri musa telah ditempatkan di pusat khidmat komuniti parlimen kuala kedah. Disini saya ingin melaporkan tugas yang telah diamanahkan kepada saya selaku pelajar praktikel pertama di pusat tersebut kepada prof.

Waktu pejabat bagi Pusat Khidmat Komuniti Rakyat Parlimen Kuala Kedah ialah bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 ptg. Manakala cuti umumnya pula ialah pada hari ahad sahaja.

Hari pertama iaitu pada 2 hb 6.
.
Pada hari pertama jam 9 pagi saya telah lapor diri pada Yang Berhormat Hj Ahmad bin Kasim dan semua staf. Pada masa yang sama juga saya dikehendaki menurut serta di dalam mesyuarat bersama YB dan Semua Staff di situ. Di dalam sesi mesyarat tersebut saya juga turut dikehendaki memperkenalkan diri dengan lebih formal lagi. Strsnya YB juga turut menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan bidang pengajian saya dan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh saya sebagai seorg student.

Seterusnya di dalam mesyuarat tersebut juga YB turut memberikan projek khusus kepada saya dan juga staff yang lain. Diantara projek yang telah diberikan kepada saya ialah berkenaan dengan Struktur Gerak Kerja Parlimen Kuala Kedah. Saya dikehendaki membuat :-
1) Carta Unit Urus Setia di Soft Board.
2) Membuat senarai atau jadual khas berkenaan dengan masalah masyarakat
3) Membuat format dan sistem borang aduan awam
4) Membuat jadual dan mengemaskini segala aktiviti Pusat Khidmat Komuniti ini dan Ahli Parlimen.

Pada sebelah petang saya dikehendaki membuat satu ruang khas untuk sudut bacaan awam yang mana koleksi-koleksi bahan seperti Aturan Mesyuarat, Soalan-soalan Perbahasan, Statut, Laporan Tahunan Agensi Kerajaan dan bahan bacaan umum yang lain mengikut siri dan jilid.

Anonymous said...

3 hb 6 thn 2008

9 pg hingga 11 pagi.
Penerangan berkenaan tugas yang perlu dilakukan hari ini oleh pengurus pusat khidmat.
Tugas-tugas yang diberikan ialah mencari maklumat berkenaan :-
1) Jabatan-jabatan kerajaan negeri yang bertanggungjawab di dalam aspek pembangunan kawasan meliputi pembangunan ekonomi dan sosial.
2) Membuat jadual kerja untuk proses pencarian maklumat.
3) Berbincang mengenai bancian kemudahan utiliti yang di minta oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia.

11 pg hingaa 12 tgh
Duduk berbincang mengenai kerja2 yg hendak dilaksanakan.

2.30 ptg hingga 4.30 ptg
Saya membuat lakaran untuk susun atur pejabat ini.
Lakaran yang dibuat adalah meliputi susun atur meja, kerusi, rak buku, ruang tamu yang akan digunakan.

Anonymous said...

3 JULAI 2008

Pada pagi ini saya telah siap untuk pergi ke kawasan Kuala Sala Terlebih dahulu. Di situ telah dikenal pasti sebanyak 5 buah rumah. Namun nanti kami akan menkaji balik kerana peruntukan ini hanyalah untuk 15 keluarga jadi kami akan memastikan bahawa yang benar2 susah sahaja akan menerimanya.

Setelah pengurus sampai saya dan seorang lagi pekerja dan wakil pengkalan kundurpu bertolak kesana. Di sana kami telah dibawa oleh seorg pnduduk disitu. Setelah kami pergi mengambilnya maka boleh disimpulkan disini 3 keluarga dari 5 keluarga yang kami pergi sahaja yang betul2 susah dan perlukan segera.

Hari semakin petang kami terpaksa mengharungi ujan apabila tiba2 ujan turn dengan lebat. Ada antara rumah yg sememangnya teruk apabila waktu ujan dimana air masuk kerumah dan atap berlubang2.

Setelah petang kami pun pulang. Memandangkan jarak antara rumah ke rumah amat jauh di perkampungan nelayan maka ianya memakan masa.

Anonymous said...

5 JULAI 2008

Memandangkan hari ini separuh hari jadi kami hanya melakukan kerja2 dipejabat seperti membuat kertas kerja untuk bantuan PROKHAS. Pada pagi ini YB Hanya masuk kepejabat untuk melihat setiap aduan dan mengambilnya. Beliau pada bulan ini selama 4 minggu terpaksa menghadiri parlimen. Setelah tengah kami pun balik…

Anonymous said...

7 JULAI 2008

Pukul 9 lebih saya masuk pjbt kerana ujan lebat di pagi hari. Pada pagi ini YB masuk pjbt kerana ingin mengambil report yang tlh dibuat untuk mencari penaja.

Pada sebelah petang saya pergi kesebuah rumah orang miskin yang mana lelakinya lumpuh. Tujuan saya kerumah tersebut untuk mengambil ic untuk membantu mereka meminta peruntukan yang ada. Setelah selesai menemuramah sayapun pulang kepejabat.

amri said...

salam YB..

Bagaimanakah keadaan YB di sana?
harap bail-baik belaka..
untuk makluman YB kami prktkl xdapt elaun so blh ke YB sumbang sikit dan tuk kami nie...hahaha...

Anonymous said...

8 JULAI 2008

Pagi ini hujan turun dengan lebat lagi. Namun saya dapat pergi kepjbt tepat pada waktunya. Di pejabat saya memulakan kerja saya dengan mengisi boring PROSTAR dan membuat loporan berkenaan dengan keluarga2 yang diambil untuk bantuan memperbaiki rumah. Setelah siap sayapun memberikan kepada pengurus pejabat untuk dia submit ke email PROSTAR.

Pada sebelah petang saya pergi ke pejabat zakat untuk membawa seorang makcik yang kesusahan. Makcik tersebut tidak tahu untuk pergi memohon zajat kerana beliau tinggal dalam keadaan yang serba daif. Selesai sahaja saya membawa makcik tesebut pada pukul 5 saya balik ke rumh.

9 julai

Seperti biasa saya setiap pagi akan melihat kerja2 yang ada. Pada hari ini saya dikehendaki pergi kerumah orang lumpuh. Dimana di rumah tersebut tinggal seorang makcik dan pakcik manakala anak2 mereka tidak pernah balik kerumah. Saya pergi atas aduan orang ramai dan kami pun mengambil segala maklumat yang perlu untuk diberikan bantuan. Setelah selesai sahaja kami pergi melawat saya pun balik. Pada sebelah ptg kerja saya hanyalah membuat dan mengkaji aduan2 untuk dikelaskan mengikut bantuan yang sewajarnya.

Anonymous said...

11 julai

Pada hari ini saya telah menerima kedatangan dua orang makcik yang kesempitan hidup. Mereka dating untuk memohon bantuan agar dapat diberikan bekalan makanan. Setelah kami meneliti setiap keterangan yang diamabil saya telah mencadangkan agar makcik ini diberikan bantuan Ramadan. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk membeli barang harian di sebabkan kehidupan yang daif serta anak yang susah.

Anonymous said...

Hari ni kerja tiada memandangkan half day sahaja jadi saya hanya kemas2 pejabat sehingga ke tgh hari.

14 julai. Pada hari ini saya telah datang kepejabat untuk membuat surat2 berkenaan dengan permohonan perumahan rakyat termiskin. Saya telah membuat surat balas untuk bahagian perumahan bagi memaklumkan bahawa terdapat beberapa calon yang layak untuk memiliki rumah tersebut. Hari juga saya bekerja setgh hari memandangkan esok ada sambutan jubli emas jadi saya telah pergi ke mentalon untuk menghadiri taklimat perjalanan majlis untuk esok.

16 julai

pada pagi ini hujan turun dengan lebatnya. Kami telah didatangi oleh sepasang suami isteri yang memohon bantuan kewangan bagi memperbaharui passport. Memandangkan isterinya mualaf yang tinggal disini. Kami telah mengambil keterangan dan maklumat beliau. Pengurus kami telah membawa mereka pergi kepusat zakat untuk merujuk kes ini disana.

Pada petang ini saya telah membuat surat untuk memaklumkan kepada beberapa orang pemohon yang memohon perumahan kos rendah agar pergi mendaftarkan diri bagi senarai pemohon di bahagian perumahan di wisma darulaman.

Anonymous said...

17
Hari ini saya datang awal ke pejabat krana pada hari ini YB masuk ke pejabat. Memandangkan beliau sudah tiada perbahasan di parlimen jadi masa beliau mungkin banyak di pejabat. Pada hari ini saya telah pergi ke telekom untuk membuat perjumpaan berkenaan degn system telefon pjbt.
Pada sebelah patang saya hanya membuat bahan-bahan untuk report bulanan PEKA. Bahan-bahan yang saya perlu buat ialah laporan berkenaan dengan aduan awam sepanjang bulan jun dan julai ini. Pada petg ini saya hanya membuat berkenaan dengan permohonan kewangan dan bekalan harian sahaja kerana ianya semua akan di masukkan dalam agihan bantuan Ramadan nanti.
18
Pada hari kami telah di datangi oleh seorang pakcik dan anaknya yang ingin memohon bantuan untuk mengurangkan cukai pintu yang telah lama tertunggak disebabkan beliau tidak pernah sampai surat. Untuk kes ini kami telah rujuk kepada YB untuk beliau pergi berbincang sendiri dengn pbandaran agar dikurangkan denda.
Pada petangnya saya menyambung kerja2 semalam dengan membuat report bantuan Ramadan untuk dijadikan rujukan PEKA.
19
Hari half day saya bekerja. Pada hari ini saya hanya pergi melawat ke rumah masyarakat cina yang kematian. Di situ kami berbual dan bertanyakan khabar mereka. Turut serta bersama kami ialah YB sendiri.
21
Pada hari ini saya seawall pagi telah kemas pejabat.dimana sampah2 telah dibuang dan habuk2 telah disapu. Setelah habis mengemas saya menyambung kerja2 saya dengan membuat report. Di sebelah petang saya telah membuat surat2 untuk adun2 kawasan kuala kedah berkenaan dengan mesyuarat dengan YB untuk membincangkan isu-isu kawasan Kuala Kedah.

Anonymous said...

17 hb 7
Hari ini saya datang awal ke pejabat krana pada hari ini YB masuk ke pejabat. Memandangkan beliau sudah tiada perbahasan di parlimen jadi masa beliau mungkin banyak di pejabat. Pada hari ini saya telah pergi ke telekom untuk membuat perjumpaan berkenaan degn system telefon pjbt.
Pada sebelah patang saya hanya membuat bahan-bahan untuk report bulanan PEKA. Bahan-bahan yang saya perlu buat ialah laporan berkenaan dengan aduan awam sepanjang bulan jun dan julai ini. Pada petg ini saya hanya membuat berkenaan dengan permohonan kewangan dan bekalan harian sahaja kerana ianya semua akan di masukkan dalam agihan bantuan Ramadan nanti.
18 hb 7
Pada hari kami telah di datangi oleh seorang pakcik dan anaknya yang ingin memohon bantuan untuk mengurangkan cukai pintu yang telah lama tertunggak disebabkan beliau tidak pernah sampai surat. Untuk kes ini kami telah rujuk kepada YB untuk beliau pergi berbincang sendiri dengn pbandaran agar dikurangkan denda.
Pada petangnya saya menyambung kerja2 semalam dengan membuat report bantuan Ramadan untuk dijadikan rujukan PEKA.
19 hb 7
Hari half day saya bekerja. Pada hari ini saya hanya pergi melawat ke rumah masyarakat cina yang kematian. Di situ kami berbual dan bertanyakan khabar mereka. Turut serta bersama kami ialah YB sendiri.
21 hb 7
Pada hari ini saya seawall pagi telah kemas pejabat.dimana sampah2 telah dibuang dan habuk2 telah disapu. Setelah habis mengemas saya menyambung kerja2 saya dengan membuat report. Di sebelah petang saya telah membuat surat2 untuk adun2 kawasan kuala kedah berkenaan dengan mesyuarat dengan YB untuk membincangkan isu-isu kawasan Kuala Kedah.

pak ya said...

apsal aku punye slalu problem aaaa...tensen..nk anta komen pun payah..aku anta kt hang je lah

pak ya said...

bleh...ada satu lagi tapak reban ayam owg xnak tempah...hahaha

Anonymous said...

1 hb 8
Di pagi ini selepas aku menghabiskan sebatang rokok do hadapan moto aku yang bernilai pada. Aku seperti biasa. Meneruskan perjalananku ke PEKA dari rumah ku sewa ini..
Sesampainya ku di PEKA, Ku melihat sampah bertaburan di pejbat. Lalu aku menyapunya di awal waktu sebelum aku meneruskan rutin aku di pjbt
Selesainya kusapu, akupn di beritahu oleh pmbantu pntdbiran bahawa YB akan masuk pada hari ini untuk melihat perkembangan tugasn kami semua. Tepat pukul 10 YB telah masuk dengan membawa diari beliau.
Sesi mesyuarat bermula. Dimana YB telah brtnya akan tugasan aku. Beliau menyuruh aku membuat report serta jadual untuk beliau di waktu bulan Ramadan yang akan menjelang.
Tugas2 aku seperti mencari senarai masjid2 dan surau di kawasn parlimen kuala kedah hamper selesai. Di samping itu tugas kedua aku dahulu mencari senarai pasar malam di kawasan parlimen beliau juga telah hamper siap.
Pada ptg tlh dtg seorang pakcik ingin memohon bantuan lagi. Seperti biasa harapan orang jangan di mainkan. Lalu akupn mengmbil ktrangan dan butiran beliau selengkapnya untuk aku dapat membuat tindakan selanjutnya,
2 hb 8
Hari ini kerja ku hanya menyusun meja dan mengemas pjbt. Kerana pada ptg hari aka nada mensyuarat oleh ahli pkr. Jd hari ini aku dbnarkan pulang awal ke rumah.
4 hb8
Pada pagi ini ada dua orang pengadu datang mengadu nasib yang mereka dari keadaan yang susah dan memerlukan bantuan. Seperti kebiasan aku mengambil maklumat mereka dan meletakkan kes ini dalam proses tindakan. Selepas itu aku menyambung kerja2 aku di internet dengan mencari maklumat2 untuk yb seperti bilangan dan nama masjid serta surau dan senarai pasar malam di kawasan kuala kedah.
Setalah hampir seharian aku mencari bahan dan membuat report bulanan akupun menjadi malas keranan panas akibat keadaan pejabat yang masih lagi tidak teratur. Akupun bersiap untuk pulang.
5 hb 8
Pada pg ini aku di sruh aleh pengurus untuk pergi mengambil perabot di kelinik ahli pkr, kerana dr tersebut mewakafkan kepada PEKA. Sebanyak 3 bentuk perabut telah di ambil dan di bawa naik. Pada hari ini datang seorang pakcik untuk memohon agar di buatkan laluan air dihadapan rumah beliau.
Pada sebelah petang saya membuat report dan surat memohon sumbangan untuk di emailkan kepada yb. Setelah selesai saya hanya berehat dan menuggu untuk pulang kerumah

Anonymous said...

6 hb 8
Pada pagi ini seperti sediakala aku datang dengan motosikal. Sebelum memulakan kerja aku terlebih dahulu bersarapan.
Pada hari ini aku di arahkan untuk pergi ke kota sarang samut untuk melihat orang yang kurang bernasib baik.
Pukul 11 kami bertolak kesanan untuk pergi ke rumah ketua kampong berbangsa cina di sana dan turt berjumpa juga dengan wakil PEKA dari adun pengkalan kundur. Setelah sampai kamia di sana kami telah bertemu degn encik ong yg merupakan ketua kmpg disitu. Kami telah diajak beliau kerumah seorg cina yang susah. Cina tersebut sagat daif kehidupan beliau. Kami pergi melihat rumah beliau dimana beliau hanya tiggal bersama eorg anak prmpan. Kedua2 beranank tersbt hnya menunpang di blkg rumah seorang cina yang member mereka keizinN.sdh 2 tahun mrk tgal disitu. Dsmping itu dua brnak tersbt mempunyai mslh kstan. Yang mybbkn mrk susah dan sukar untuk hdp sprit biasa. Stlh data dan mklumat diambl kami pun pergi kermh cina yang lain.
Bagi kluarga ini hanya ada 2 anak lelaki dan sorg ibu yang mnggung mrk. Suami aunti tsbt telah mati di dalam satu kmlangan. Anak beliau seorg merupakan golongan kurang upaya, mereka hanya mnumpang di rumh saudara yang mana rumh itu hanya tggu masa untuk dirobohkan krna terlibat dalam satu projek pmbangunan prmhan disitu. Memandang beliau seorng ibu maka beliau amat risau krn nasib mreka blm tahu untungnya. Kami seperti biasa mengambil maklmt2 berkenaan untuk di lhat tindakan yng swjr nya blh diambil.
Setelah itu kami sekali lagi pergi ke kedai untuk meminum dan bersembang mengenai masalah skrg. Di kadai tersebut uncle ong tlg blnja kami dan di situ juga msh ada seorg tua cina yang mmpunyai mslh mngenai tnh. Kami telah memberikan paduan dan jalan kepada beliau untuk kami membantu beliau. Setelah maklumat diambil dan kami abs makan kami terus ke rumah sorg perempuan tua melayu yang tinggal di pondok yang hmpr rebah di atas bumi. Kehdpan perempuan itu ada lah susah dan ini berpunca daripada anak dan keluarga beliau yang menipu dan tidak menjaga beliau. Sewktu muda beliau ini mempunyai harta dan akhirnya beliau ditipu adik brdk dan anak sndiri krn kebaikan beliau. Sungguh sedih kehidupan yang dilalui beliau sebatg kara. Dan untungnya masih ada jiran yang bersimpati dan menjaga beliau dari segi bkln air dan api serta mknan sedaya termampu. Kami membuat keptsn untuk datang berbncag lagi mengenai tindakan yang akan diambl utnuk beliau.
Dan alhir sekali di ptg hari kami menuju kermh terakhir dimana keluarga tersebut mempunyai tiga beranak. Sisuami sakit dan kurang upaya akibat ditimpa kemalangan tahun lpas, yang tinggal hanya si isteri yang setia mencari nafkah untuk mereka 2 beranak dimana seorag anak masih sek. Dan seorang anak prmpuan lagi masih dalam latihan polis di Melaka, di samping rezeki mnjual keropok di tepi jalan dari alaun anak nya yang bakal menjadi perajurit Negara juga turut di gunakan untuk menyambung hidup..emm setelah habis segala kerja kami.. maka kami pun pulang dengan seribu pertnyaan mengenai bantuan yang boleh dan termampu kami berikan..

Anonymous said...

15 hb 8
9 pg---------Pagi saya di ajak yb pergi ke Tandop. Kerana menghadiri perjmpaan dialog dengan peniaga2 pasal malam dan peniaga2 kecil. Berlangsung di pasar tani tandop. Acara itu di hadiri jg oleh 2 ahli majlis dan sorg pegawai undag2 majlis.
Isu dibgkit peniaga bkenaan dgn ktdk adilan mbas dlm menyuruh penjaja ttp dan merobohkan gerai. Swktu jbli mas hnya di spanjang jalan tandop mnujuke psat bndar saja kn.. jln merging, shahad dan lain tdk kn tndkn.
Sediakan tmpat penjaja yang sesuai dan bkn tmpt baru yang memng tidak ada nilai.
Phk mbas tak menyelengarakan pasar tani. Longkang n parit tsmbat..
Dan lain2 lagi.
10 pg---------- saya dgn yb ke permatang pauh untuk mengikut beliau member khutbah jumaat di sana..
3 ptg---------- kami pergi ke surau politeknik kerana yb ada mesyuarat di situ. Beliau di jmput hadir untuk menjadi moderater..
5 ptg blik

Anonymous said...

18 hb 8
Pagi ni saya membuat surat sumbangan. Hari ni kerja tidak bnyak.
11 pg saya menerima aduan awam dari sorg pkcik untuk meminta surat sokongan yb untuk permit teksi.
2ptg saya hanya membuat kerja sendiri

Anonymous said...

19 hb 8
Pagi ini saya ada perbincangan dgn pgurus mengenai bantuan Ramadan yang akan dlakukan.
Belum mendapat sumbangan yang sewajarnya. Kerana baru digerakkan.
Saya juga turut membuat surat rasmi untuk beliau..
2 ptg
Saya mengambil aduan daripada 2 org pakcik. Mereka dtg untuk meminta bantuan Ramadan..
Mereka susah keranan gaji hanya 450 sbln dan slh seorg dr mereka lumpuh tgn.
Mereka meminta ehsan jika ada bantuan sewajarnya. Maklumat diambil seperti biasa.

Anonymous said...

19 hb 8
9 pagi ---------- saya pada pagi ini tidak mempunyai kerja sangat. Saya hanya membuat boring aduan dan kemas kini data.
11 pagi----------- saya di datangi 2 orang pakcik yang ingin memohon bantuan. Seorang daripada lelaki tersebut limpuh tgn dan beliau sukar untuk bkerja. Mnkala sorg lagi tidak mempunyai pndapatan ttp kerana bkerja sbgai pengawal. Saya mengambil aduan dan maklumat mereka berdua sperti biasa.
1 tgh hr---------- rehat
2 ptg ----------- saya ptg ini membuat kerja2 praktikel sahaja.

Anonymous said...

20 hb
9 pagi---------- pada pagi ini saya di datangi seorang cina yang ingin meminta surat sokongan dari yb. Beliau ingin memohon sumbangan.. saya memberitahu beliau untuk datang pada esok pagi kerana yb tiada hari ini.
11------------ saya membuat surat untuk cina tadi.. surat sokongan daripada bagi pihak yb…
Setalah siap ssaya membuat diari harian saya..
1 tgh hr----------rht
2 ptg------------ saya menyambung kerja-kerja saya kembali. Tiada aduan di terima

Anonymous said...

21 hb
9 pg ---------- saya menerima kedatangan cina semalam yang ingin mengambil surat sokongan yang telah siap..
10 pg --------- saya mencari bahan2 parlimen di internet untuk dijadikan bahan bacaan umum
1 tgh hari ------------- rht
2 ptg ------------ saya menyambung kerja2 saya kembali.
3.30 ptg------- saya di datangi oleh 4 orang makcik yang ingin memohon bantuan Ramadan. Mereka mempunyai masalah tersendiri.
Ada 2 daripa mereka merupakan ibu tunggal.
Saya seperti biasa melayan mereka dan mengambil keterangan2 serta maklumat yang berkaitan agar mudah untuk diambil tindakan nanti..
5 ptg---- balik

Anonymous said...

salam kamal, camne ko buat soal selidik ar? aku de buat tapi takut xbtul la pulak, ,bleh tak kirim cth kat emel aku: dzulhillme@ahoo.com. k jasamu kukenang....

Anonymous said...

22/8/08

pd sblh pagi saya hanya melakukan kerja2 menaip senarai nama ahli PEKA.
Saya menggunakan microsoft aces

Anonymous said...

23/8/08

pada hari ini kerja dipejabat tidak ada. jadi saya hanya membuat kerja2 sndiri sahaja.

hari separuh haru kerja

Anonymous said...

25/8/08

setelah bercuti. hari ini saya menerima satu aduan awam dari sepasang suami isteri. mereka mempunyai masalah anak sakit dan tidak mampu untuk merawat. keterangan di ambil secara detail seperti.

pada petang saya mengemas kini aduan awam yang terdahulu.

Anonymous said...

26/8

pada hari ini kerja tiada, saya hanya membuat kerja praktikum. disamping itu sepanjang hari ni juga terdapat wakil2 PEKA datang untuk mengetahui maklumat berkenaan dengan pilihanraya kecil permatang pauh...

Anonymous said...

27/8/08

pada pagi ini saya didatangi wakil2 PEKA yang pergi ke permatang pauh untuk bertugas. mereka ingin memohon klim untuk kos pengangkutan ke sana.
saya hanya mengambil maklumat2 mereka dan akan merujuk kes ini kepada YB.
pada sebelah seorang pakcik dari kuala kedah datang memohon bantuan untuk bulan ramadan ini.. seperti biasa sya mengambil maklumat2 beliau untuk tindakan lanjut.

Anonymous said...

28/8

pada hari ini saya membuat kerja pejabat seperti biasa mnyusun fail. mengemaskini aduan dan kemas pejabat.

pada sebelah petang saya mengambil aduan awam yang dibuat oleh 4 org makcik yang datang dari kubang rotan. mereka ingin memohon bantuan untuk bulan ramadan.

Anonymous said...

29 hingga 1 hb 9 2008

SAYA CUTI MERDEKA DAN AWAL RAMADAN

Anonymous said...

2 HB 9

pada pagi ini saya menerima satu aduan daripada seorag uncle cina yang ingin memohon surat sokongan dari YB untuk beliau membuat derma untuk perubatan anak beliau.. saya menyuruh beliau pulang dan menunggu pagilan dari kami. kerana YB tiada dan surat akan dibuat

Anonymous said...

3/9/08

pada pagi ini saya membuat senarai aduan awam untuk diambil tindakan. disamping itu saya juga membuat surat sokongn untuk cina tersebut.
pada sebelah petang saya ada mesyuarat dengan YB dan saya meminta beliau menandatangani surat sokongan tadi. kami membincangkan perkembangan terkini PEKA. Saya juga menerima tugasan membuat senarai ahli PEKA di Kuala Kedah

Anonymous said...

4 / 9 / 08

pada pg ini uncle kemarin datang untuk mengambil surat beliau. saya menyembang dengan beliau berkenaan sakit anaknya.
sebelah tgh hari saya pergi ke rumah kedai di masjid zahid untuk mengmbil meja yang disedekahkan kepada PEKA.

Anonymous said...

prof assalammualaikum.. prof saya hendak bertanya bagaimana kalau saya nak buat berkenaan dengan inovasi dalam pentadbiran PEKA... tempat saya praktikel..

Anonymous said...

prof saya betul2 mahukan pendapat prof sbb masa sudah suntuk untuk menghantar report akhirr..

Anonymous said...

TERIMA KASIH PROF aminnn..