Sunday, June 01, 2008

Zulhilmi Bin Yahya Arif


PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI PERAK
Wisma Wan MohamedJln Panglima Bkt Gantang WahabPeti Surat 21730904 Ipoh, Perak
Zul,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'

79 comments:

Anonymous said...

2 JUN 2008:

8 am: Saya telah tiba di bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Pendaftaran dibuat ditingkat 4 pada bahagian Sumber Tenaga Manusia, segala dokumen seperti borang perjanjian pekerja sementara diisi dan penjelasan dalam menjalani aktiviti praktikum mula dilakukan oleh Encik Sazali yang bertugas sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan hal ehwal antara pihak PKNP dan segala aktiviti praktikum. Dokumen berkenaan lapor diri diserahkan kepada beliau dan saya telah di tempatkan di tingkat 1 bahagian Projek Pembangunan Wilayah Selatan dibawah anak syarikat PKNP iaitu Jua Juara Sdn Bhd.

8.45 am: Saya telah ditempatkan di tingkat 1, sessi perkenalan dengan staff yang terdiri daripda kerani dan pegawai, walaupun begitu penyelia yang bertanggungjawab dalam urusan praktikum saya bercuti dan mula bertugas pada 3 hb Jun. Tugas masih belum lagi diberikan kerana hampir kebanyakan projek yang dijalankan sudah selesai dan sessi perkenalan sahaja yang berlaku pada hari ini.

1.00: Berhenti berehat sehingga pukul 2 petang.

5.00: Dibenarkan pulang kerumah

Anonymous said...

3 JUN 2008:

8 am: Saya telah diberikan 'Punch Card' sama seperti pekerja yang lain untuk merekod kedatangan harian. Pada hari ini saya telah diperkenalkan dengan pengarah yang bertanggungjawab dalam urusan harian Jua Juara Sdn Bhd iaitu En Musanif bin Haji Md Nen. Beliau telah menerangkan serba-serbi tentang perjalanan syarikat dan skop yang ingin diberikan kepada saya ialah mengenai hal ehwal tribunal tuntutan pengguna terhadap urusan berkaitan hak antara pembeli dan pihak syarikat sebagai penjual dalam urusan hartanah dan jual beli.
Penyelia yang bertanggungjawab dalam memberikan tugasan khas kepada saya ialah Cik Norzaireen sepanjang sessi praktikum saya di Jua Juara.
Skop bahagian yang telah diperkenalkan kepada saya pada hari ini ialah mngenai tentang hal guaman dan cara dalam perbentangan kepada klien yang sepatutnya.
Saya juga telah diberikan beberapa contoh kes yang digunakan dalam dalam menjadi contoh pembelaan yang digunakan untuk membela syarikat dalam kes perbicaraan yang berlangsung di mahkamah.

5.00 ptg: Dibenarkan pulang

Anonymous said...

4 jun 2008:

8 am: Kehadiran saya ke PKNP adalah seperti biasa setelah punch card saya terus ke meja yang telah disediakan. Pada hari ini tiada tugas khusus yang diberikan memandangkan bahwa penyelia saya cik Norzaireen bermesyuarat. Hari ini saya hanya mengadap komputer untuk menaip laporan yang diminta oleh Prof Halim. Saya melawati laman web PKNP dan mengakses fail mengenai sejarah penubuhan syarikat dan kepentingan anak syarikat Jua Juara di bawah Maju Perak Holding yang jua antara anak syarikat yang bekepentingan terhadap PKNP.

12.00 pm: Saya berbincang dengan En Musanif dan beliau telah memberikan cadangan bahawa laporan yang akan saya berikankan kepada Prof Halim di berikan turut di buat salinan kepda pihak beliau untuk simpanan kelak. Tajuk yang dipersetujui oleh kami ialah berdasarkan kepda tajuk yang diberikan oleh Prof Halim iaitu inovasi dalam pengurusan di Jua Juara.

1.15 ptg: Selesai perbincangan dengan En Musanif, saya berehat sehingga jam 2.

2.00 ptg: meneruskan pencarian tentang maklumat syarikat dalam web yang disediakan.

5.00 ptg: dibenarkan pulang

Anonymous said...

5 JUN 2008

8.00 am: Saya telah hadir pada hari biasa, pada hari ini saya telah ditugaskan untuk mencari simpanan fail diantara hal tribunal pembeli dan pihak Jua Juara Sdn Bhd (JJSB). Saya ditugaskan untuk mengasingkan beberapa fail yang bercampur aduk diantara fail yang tiada tuntutan tribunal. Kawasan tribunal antara pembeli di bahagian Bidor, Changkat Lada dan Slim River. Terdapat 15 tuntutan tribunal dan kes Mahkamah di kawasan Bidor yang perlu di periksa semula, 56 kes mengikut catatan yang tersedia dalam laporan yang perlu diperiksa semula oleh saya dan bebearapa staff yang melibatkan kawasn changkat lada dan 3 kes tercatat dalam laporan yang perlu diperiksa semula melibatkan kawasan pembeli di Slim River.

1.00 ptg: Berehat

2.00 ptg: Teruskan kerja mencari rekod pembeli dan pihak JJSB yang diletakkan di rak fail yang tersedia. Kerja diteruskan sehingga pukul 5.00

5.00 Ptg: Pulang ke rumah

Anonymous said...

Bagus catatan Zul, teruskan menulis

Anonymous said...

6 Jun 2008:

8 am: Kehadiran saya di Jua Juara Sdn Bhd (JJSB) seperti biasa, setelah punch card saya mengambil tempat yang disediakan. Hari ini masih tiada lagi tugas khusus yang diberikan setelah berbincang dengan penyelia saya Cik Rozaireen, beliau telah memberitahu bahawa saya hanya perlu meneruskan tugas saya dalam menulis laporan harian seperti biasa. Saya terus mencari maklumat utama tentang PKNP dan JJSB untuk mengkaji latar belakang perbadanan dan anak syarikat.

12.1: Saya bersiap2 untuk rehat dan memandangkan bahawa hari ini Jumaat saya dan staff lain dibenarkan berehat awal untuk makan dan bersiap bersolat Jumaat.

2.45: Saya masuk semula ke JJSB. Saya terus menemui En Megat Ghazali, salah seorang pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan projek di wilayah perak selatan melibatkan kawasan yang terbaru di bahagian Silibin, Ulu Kinta, Slim River, Chendrong Balai, Bidor, Ulu Bernam, Changkat Rubia Tapah dan Changkat Lada. En Megat Ghazali telah menerangkan secara tereperinci mengenai prosedur yang perlu di lakukan termasuklah proses penyediaan pelan susunatur, pelan pinta ukur, cerakinan iaitu salah satu proses dalam memberikan data yang lengkap dalam hal lot dan tanah kepada juruukur, proses penyediaan kelulusan, pencarian kontraktor dan prosedur antara pihak pembeli, kontraktor dan pihak Kerajaan Tempatan dan pihak JJSB dalam urusan dan prosedur terutamnya hal tribunal dan hak yang perlu diikuti oleh semua pihak.

5.00: Setelah mencari maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan laporan, saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

9 Jun 2008

8am: Setelah mendaftarkan diri dengan punch card, saya terus ke meja untuk mencari maklumat mengenai organisasi, pada pukul 10.30 pagi saya di berikan tugasan untuk menaip data-data mengenai kawasan di Bidor dan Changkat Lada berkenaan LAD @ Tuntutan Tribunal antara pihak JJSB dan pembeli. Kebanyakan kes ini adalah berkenaan dengan kes lewat dalam menyiapkan sesuatu projek yang melibatkan pembinaan rumah kos rendah yang masih belum siap lagi dan pihak JJSB perlu berurusan sendiri dengan pembeli samaada untuk selesaikan kes diluar mahkamah, bawa kes ke mahkamah dengan menyediakan bukti2 yang perlu dikemukakan dalam membela diri di mahkamah apabila di hadapkan ke mahkamah oleh pihak pembeli. Saya ditugaskan mencatat dan mencetak nama pembeli dan bilangan kes yan sudah dan belun selesai untuk dijadikan sebagai rujukan kelak

5.00 dibenarkan pulang...

Anonymous said...

asssalamualaikum, prof

saya nak tanya skit, dah masuk hari ke3 saya xde keje start dari 10hb sampai 13hb skang, saya cuma siapkan laporan je... xpe ke camtu? yang laporan ttg latar belakang syarikat (PKNP) nak type dalam btk format APA ke? ke bebas?

Anonymous said...

1.Format APA.
2.kalau tak diberi kerja,cuba banyak bertanya cara-cara dia orang buat kerja untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Jangan duduk diam,tunjukkan anda seorang yang proaktif dan bukannya pasif, asyik tunggu arahan diberi kerja. Praktikum juga bermakna ada ditempatkan dalam suasana kerja,ambil lah peluang untuk belajar suasana kerja.Praktikum bukannya mendapat kerja.

Anonymous said...

ok prof, terima kasih, saya akan cuba sesuaikan diri di JJSB. Sebenarnya saya amat beruntung pasal staff disini semuanya mesra alam jee.. tak sombong dan sedia membantu saya yang memerlukan data untuk membuat laporan, sebenarnya pegawai yang menjadi penyelia saya disini ada beritahu yang saya datang pada masa projek banyak sudah selesai, sekarang tinggal proses untuk mendapatkan projek yang terbaru, mungkin esok saya akan ikut staff ke tapak projek... apa-apa hal saya akan mula banyak bertanya kepada staff...

Anonymous said...

10 Jun 2008:

Setelah punch card, seperti biasa saya mengambil tempat yang disediakan, pada hari ini tiada tugas bagi saya. Saya meneruskan pencarian maklumat mengenai latar belakang JJSB yang berkaitan dengan laporan saya.
Saya meneruskan pencarian melalui portal PKNP yang disediakan dalam bahasa inggeris, pada hari ini saya hanya menyiapkan sedikit sebanyak mengenai maklumat PKNP kedalam laporan, ,setelah bertanya kepada pegawai penyelia, dia memberitahu yang tiada kerja bagi saya, saya kemudian menterjemahkan maklumat mengenai PKNP ke dalam bahasa Malaysia untuk tujuan laporan kelak.

pada pukul lima saya dibenarkan pulang ke rumah....

Anonymous said...

11 Jun 2008:

Pada hari ini, hari kedua saya tidak melakukan kerja kerana tiada kerja yang diberikan, kebanyakan staff yang ada pula mengambil masa yang terluang untuk bersembang dan minum.. saya pada hari ini hanya meneruskan tugas setelah bertanyakan kepada pegawai Cik Rozaireen bahawa dia membenarkan saya terus menyiapkan laporan kerana kebanyakan staff sudah memang tiada kerja...

saya terus menyiapkan laporan dan berbual sedikit sebanyak dengan pekerja untuk lebih memahami suasana bekerja.. sehingga pukul 5 saya dibenarkan pulang kerumah..

Anonymous said...

12 Jun 2008

Saya datang pada masa yang biasa, pukul 8 pagi saya ke tempat yang disediakan, menulis dan mencatat beberapa catatan yang perlu diisi dalam laporan.
Berjumpa dengan Cik Rozaireen bertanyakan mengenai fungsi LAD (Liquidated Actual Damages)/ Gantirugi Kelewatan Penyerahan Kunci kepada pembeli. LAD berfungsi untuk menjaga hak dan kepentingan pembeli serta pemaju berdasarkan terma-terma yang terdapat didalam surat perjanjian jual beli.
Saya diberikan beberapa kes yang berkaitan mengenai contoh-contoh kes yang terdapat terhadap urusan pembeli dengan JJSB..

pada pukul 5 saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

13/6/2008

Saya punch card pada pukul 8 pagi, terus mengambil tempat yang disediakan. Saya terus mencatatkan beberapa maklumat kedalam laopran. Kemudian saya berjumpa dengan staff lain bagi mendapatkan maklumat projek yang paling terbaru yang dilakukan oleh JJSB.
Terdapat beberapa maklumat mengenai tatcara yang perlu dipatuhi dalam menjalankan proses LAD. Cik Rozaireen memberikan saya beberapa cara dan langkah untuk melakukan LAD oleh staf di JJSB. Beliau memberikan saya contoh draf yang perlu dilalui semasa proses LAD dan hasil yang diperolehi semasa proses LAD ini berjalan di syarikat..

Selepas berehat pada jan 12.15 hingga 2.45 ptg untuk solat jumaat, saya pun meneruskan kerja di JJSB iaitu mencari maklumat mengenai JJSB. Pada pukul 5 petang saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

16/6/2008

Hari ini hari pertama dalam minggu yang ketiga saya menjalankan praktikum di JJSB. Pada hari ini saya berjumpa dengan kerani bertugas iaitu
En. Rizal yang telah menghubungi pembeli di kawasan Slim River, Bidor dan Klebang mengenai tuntutan yang dikemukan oleh pembeli boleh di terima apabila cek pembayaran telah di keluarkan oleh JJSB untuk dibayar kepada pembeli. Terdapat kira-kira 10 orang pembeli yang sudah diluluskan tuntutan yang dibuat oleh mereka dalam LAD.

Kemudian pada jam 11.00pagi saya berjumpa dengan Puan Shahariah bt Adam salah seorang kerani yang bertanggungjawab dalam menyimpan data-data terhadap kutipan siberhutang projek yang melibatkan kawasan di Kg Sg Kelawar, Mukim Ulu , Bernam Timur, Daerah Batang Padang, Changkat Lada, Mukim Pasir Salak, Daerah Perak Tengah, Mukim Slim Daerah Batang PAdang, Bidor, Mukim Pasir Salak di kawasan Wilayah Perak Selatan. Kesemua tempat tersebut dilihat masih berhutang antara pihak pemaju (JJSB) dan pembeli samaada dalam bentuk lot ataupun perumahan.

Pada pukul 5, saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

salam prof,

tajuk laporan dalam bab 1 mengenai latar belakang organisasi, saya di tempatkan di Jua Juara sdn bhd anak syarikat kepada PKNP, saya kini hampir 80% siap laporan. Dalam JJSB sepatutnya saya di tugaskan mambantu proses LAD / Gantirugi kelewatan penyerahan kunci rumah kepada pembeli, JJSB sekarng antara fungsinya ialah menjadi pemaju yang menjual rumah kepada pembeli... Sekarang ni proses ni melibatkan proses Tribunal Mahkamah, prof nak saya masukkan sekali ke proses LAD dalam bab 1 ni? sebab proses nya agak panjag sket..

Anonymous said...

17/06/2008

8.00am: Saya tiba ke PKNP dan punch card seperti biasa dan mengambil tempat seperti biasa. Pada hari ini saya telah diberikan untuk menyalin salinan beberapa kes melibatkan tribunal antara pembeli dan JJSB. Beberapa salinan yang telah disimpan oleh JJSB. Terdapat beberapa kes yang masih lagi belum selesai walaupun sehingga bertahun melibatkan antara JJSB dan pembeli.

Terdapat beberapa kes dan saya telah menyalin satu kes antara En Mohd Zahari sebagai pembeli dan JJSB sebagai pemaju. Saya telah menyalin contoh kes tersebut yang terdiri daripada salinan penyerahan kunci oleh JJSB kepada pembeli, salinan tuntutan gantirugi, salinan borang pembelaan daripada JJSB dan salinan Borang 1 iaitu untuk pernyataan tuntutan, borang 2 iaitu penyataan pembelaan dan tuntutan balas dan borang 4 iaitu notis pendengaran dalam tribunal tuntutan pembeli rumah. Kes tersebut bermula pada tahun 2006 dan masih lagi tertangguh sehingga kini. Saya diminta mencatatkan beberapa maklumat yang berkaitan dengan kes ini.

pada pukul 5 petang saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

18/6/2008

Seperti biasa saya tiba ke JJSB pada pukul 8.ooam, pada hari ini Cik Rozaireen iaitu pegawai yang menyelia saya di JJSB menyuruh agar saya mengikut kerani dibahagian projek yang melibatkan kawasan di Teluk Intan dan Changkat Lada iaitu Encik Shahrin bersama pihak syarikat FN Communication sebagai kontraktor iaitu En Woo Seow Kee. Kami bertolak dari JJSB pada pukul 8.45am dan tiba di Kampung Banjar, Mukim Durian Sebatang Teluk Intan pada pukul 10.50am, disana kami telah meninjau tapak projek seluas 1.61 ekar yang terletak di persimpangan jalan raya, projek yang dicadangkan ialah Pembangunan Pusat Perkhidmatan Kecil (Kedai Desa).

Manakala dibahagian Changkat Lada pula projek yang terlibat ialah projek perumahan kos sederhana yang melibatkan kawasan seluas 93.31 ekar yang melibatkan projek pembinaan kawasan pembinaan 19 unit kedai desa, 184 unit rumah bekembar kos sederhana, 300 rumah berkembar kos rendah, 412 rumah teres kos rendah, 3 unit bagi pembinaan dibawah seliaan TNB Bhd, 1 unit Rezab Tangki Najis, 1 unit Dewan Orang Ramai, 3 unit bagi pembinaan Surau/ Sekolah Agama Rakyat, 7unit kawasan lapang/buffer/Padang Permainan, 1 unit Detention Pond.

Kemudian, kami pergi ke Pejabat Pengurusan dalam projek pembinaan kawasan yang terletak di Changkat Lada bagi meneruskan urusan En Woo Seow Kee bagi projek di Changkat Lada..

Pada pukul 1.15 kami tiba semula ke JJSB.. Pada pukul 5 saya dibenarkan pulang..

Anonymous said...

a'kum..zul no phone hg hilang..bg no hg...sory

secretname said...

salam.awk ahmad dusuki @ zul ? saya pon blom hntr report lg..rasa nya kita kena tulis bhgn yg major br bhgn yg kita tempatkan..sy try siapkan dan hntr dkt prof...klu lulus nti zul tgk la ye..

Anonymous said...

NTI BILA PROF DA LULUSKAN SY HNTR KAT AWK YE..SY PON TAKUT TSILAP..BKN KDKUT YE..SYAFA

Anonymous said...

tahniah u better than me..sy tgk perbaiki bab 1..

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

3

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

19/6/2008

Seperti biasa saya tiba ke JJSB pada pukul 8am, pada hari ini saya bertemu dengan kerani yang bertugasa dalam bahagian LAD apabila beliau telah membahagikan beberapa nama pembeli kepada beberapa bahagian yang melibatkan pembeli yang menuntut gantirugi (LAD) secara:

1) tuntutan melalui tribunal yang dilakukan oleh JJSB sendiri melalui badan yang dipertanggungjawabkan.

2) tuntutan pembeli melalui rundingan secara bersama dan pembeli setuju atas pemberian yang diberikan oleh pihak JJSB melalui pemberian saguhati atau ex-grasia dengan nilai tertentu

3) tuntutan gantirugi oleh pembeli kepada JJSB melalui proses tribunal mahkamah.

Setelah itu, bilangan nama pembelli yang melibatkan kawasan di Changkat Lada, Bidor dan Klebang yang pada kebiasaannya projek pembinaan lot rumah rendah yang siap pada tarikh yang lewat daripada yang sepatutnya. bilangan pembeli yang menuntut LAD di wakilkan kepada beberapa warna untuk memudahkan kerja pada masa akan datang untuk menentukan berapa kes yang sudah selesai ataupun yang masih dalam proses dan kes yang tertangguh.

bagi pengkelasasn waran kes iaitu warna hijau menunjukkan kepada kes tuntutan tribunal melalui pewakilan peguam. biru menunjukkan kepada tuntutan yang dibuat secar apersendirian oleh pembeli, merah bagi kes semakan kehakiman, hitam melalui tuntutan mahkamah majistreet dan oren mewakili kes yang melibatkan kepada penyelesaian bayaran melalui ex-grasia.

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

20/6/2008

Seperti biasa pada pukul 8am, ,saya tiba ke JJSB dan berjumpa dengan Juruteknik Projek Perancangan Projek Tugas Am dan LAD, En Mohd Shahrin yang sebelum ini telah membawa saya melawat ke tapak projek pembinaan Kedai Desa di Kampung Banjar Mukim Durian Sebatang, Teluk Intan. Projek ini telah melibatkan kerjasama antara JJSB perancang dan pemaju dan Fn Communication Sdn Bhd sebagai kontraktor yang bekerjasama dengan JJSB. Kawasan projek yang melibatkan keluasan 1.61 ekar dan baru sahaja dalam proses perancangan.

Saya telah diperjelaskan oleh En Mohd Shahrin bahawa terdapat beberapa fail yang perlu dikaji dalam proses dikawasan ini iaitu peranan beberapa Jabatan Kerajaan dalam memberikan kelulusan sesuatu projek itu berjalan. Sebagai contohnya peranan TNB dalam membekalkan tenaga elaktrik dan pemasangan tiang dan pendawaian elektrik dalam projek yang dijalankan, peranan JPS,JPP,JPS,JKR,LAP,PBPT, JMG (Kajibumi) dan JAS terhadap perancangan projek. Kebanyakan proses pembinaan projek dikawasan tersebut mendapat kelulusan daripada badan kerajaan yang berkaitan.

pada pekul 5prg, saya dibenarkan balik ke rumah.

Anonymous said...

bro..bla nk lepak ni..dh sbln dok sni xpernah jmpa..mike dok mane

Anonymous said...

23/6/2008

8am: Seperti biasa saya tiba ke JJSB. Saya berjumpa dengan kerani bertugas dan cuba memahami kerja yang dilakukannya, pada hari ini dia telah mencatatkan beberapa nama pembeli yang terdiri daripada pembeli di bahagian Klebang Prima Ipoh, Changkat Lada, Bidor dan Slim River. Bagi kawasan di Changkat Lada, terdapat 3 buah projek yang melibatkan rumah teres kos rendah, rumah bekemabr kos rendah, ,rumah bekembar kos sederhana. Manakala bagi Klebang Prima ialah perumahan kos rendah bagi kawasan slim river pula melibatkan projek perumahan teres kos rendah. Kebanyakan daripada projek ini melibatkan proses LAD apabila proses penyerahan kunci telah diserahkan kepada pembeli namun pembeli tidak berpuashati
apabila rumah atau kedai yang dibeli oleh mereka siap lambat daripada tarikh yang ditetapkan. Proses LAD ini telah dibahagikan kepada beberapa peringkat untuk memudahkan urusan rujukan oleh staf pada masa akan datang. Kes-kes yang berkaitan dengan LAD di kelaskan kepada beberapa warna iaitu warna hijau mewakili tuntutan kes tuntutan tribunal melalui peguam, biru ialah tuntutan secara persendirian oleh pembeli, merah bagi kes yang melibatkan semakan kehakiman, hitam menunjukkan tuntutan oleh pembeli melalui mahkamah majistreet dan warna oren mewakili bayaran yang telah dibuat secara ex-grasia iaitu saguhati oleh JJSB secara rundingan bersama pembeli.

Anonymous said...

24/6/2008

Saya tiba ke PKNP pada pukul 8.04am, saya telah ditugaskan oleh Pengarah iaitu En Musanif untuk membantu Juruteknik iaitu En Mohd Shahrin merekod bilangan surat dan menampal beberapa bilangan memo mengenai beberapa jenis surat rasmi antara pihak JJSB dengan jabatan kerajaan dan pihak kontraktor yang bekerjasama dalam membangunkan kawasan projek perumahan di kawasan Rumah Kedai Kampung Gajah. Saya ditugaskan untuk mencatat bilangan kes dan rekod yang telah digunakan sebagai rujukan JJSB dan pihak yang terlibat. Antara pihak yang terlibat ialah Majlis Daerah Perak Tengah, ,Syarikat Juruukur Abadai dan Jabatan Juruukur Tanah yang berfungsi mengikut peranan masing-masing yang telah ditetapkan. Selesai dengan kerja yang diberi, saya telah ke tingkat 7 bahagian korporat dan berjumpa dengan pegawai bertugas di bahagian korporat tersebut dan beliau telah menjelaskan bahawa terdapat beberapa enakmen dalam penubuhan PKNP dan beberapa penubuhan anak syarikat yang menjalankan fungsi masing-masing dalam membangunkan syarikat PKNP dan membangunkan Perak terutamanya di kawasan yang telah ditetapkan melalui kerjasama antara kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan kerajaan persekutuan.

Pada hari ini juga terdapat majlis sambutan hari lahir beberapa staf, saya ditugaskan untuk membaca doa bagi pembukaan majlis dan doa makan. Majlis telah bermula pada pukul 3 petang sehingga jam 5 petang dan saya dibenarkan pulang.

Anonymous said...

25/6/2008

Saya tiba agak lewat ke JJSB dan kad punch saya sudah banyak mencatatkan kehadiran lewat saya, saya berjumpa dengan pegawai di bahagian projek Cik Rozaireen dan bertanyakan tugas yang dilakukan oleh beliau. Beliau telah mengatakan bahawa beliau telah diberikan tugasan dalam menyusun beberapa nama pembeli yang melibatkan jumlah seramai 31 orang yang menuntut gantirugi melalui mahkamah secara sistem tribunal. Saya difahamkan bahawa projek lot rumak kos sederhana memang tidak membawa keuntungan yang besar terhadap JJSB dan matlamat utama JJSB untuk meneruskan projek sebagai pemaju adalah dengan matlamat utama untuk memberikan bantuan perumahan kepada rakyat yang berpendapatan minima RM1500 sebulan dan tidak mampu memiliki rumah kos sederhana pada kebiasaannya. Beliau juga menerangkan bahawa situasi pada masa sekarang yang melibatkan kenaikan harga minyak dan simen serta barangan dalam pembuatan rumah seperti besi iaitu kira-kira RM4000 setan telah mendorong kepada kerugian syarikat JJSB kerana jumlah modal yang perlu dikeluarkan adalah jauh lebih banyak daripada keuntungan yang diterima.


pada pukul 5 saya dibenarkan pulang..

Anonymous said...

26/6/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 8.09 am pada hari ini saya berjumpa dengan kerani yang bertugas iaitu Puan Norhayati dan Puan Shahariah untuk memahami jens-jenis tugasan yang dilakukan oleh mereka di JJSB. Kedua-dua mereka telah ditugaskan untuk menjadi pembantu terhadap pegawai projek dan staf yang lain. Mereka berdua telah menjalankan tugasan dalam melaksanakan urusan dokumentasi dan kutipan seperti dalam aktiviti yang dicatatkan. Beliau bertanggungjawab dalam bidang kerja yang berkaitan dengan bidang susulan, memo, pengurusan, penyerahan kunci kepada pembeli, penyediaan laporan, dan lain-lain tugasan yang telah diberikan. Saya telah diberikan contoh draf yang berkaitan dengan kerja staf untuk memahami jenis tugasan yang dilakukan dengan lebih terperinci dan memahami dengan lebih mendalam mengenai tugasan dan fungsi staf yang berkenaan.

Melalui draf tersebut juga saya difahamkan bahawa panduan utama dalam urusan melibatkan hal perumahan yang merangkumi cara pengiklanan dan penawaran yang dilakukan dalam urusan yang melibatkan hal jual beli dan penawaran dan menandatangani surat penjanjian jual beli (SPJ), surat pinjaman kerajaan, permohonan pinjaman bank, surat berkenaan MB, pembayaran wang guaman danterma serrta klausa berkaitan urusan jualbeli.

Pukul 5 ptg, saya pulang kerumah.

Anonymous said...

27/6/2008

saya tiba ke JJSB pada hari ini ialah pada pukul 8.11am, pada hari ini pengarah iaitu En Musanif telah memberikan saya beberapa tugas iaitu untuk membuat muka hadapan bagi laporan kes-kes Mahkamah LAD yang melibatkan beberapa kes projek yang hanya melibatkan pembeli lot kawasan pembangunan lot kos rendah di jabatan PKNP terutamanya di kawasan Perak Selatan. Untuk membuat muka hadapan laporan tersebut, saya melukis semula logo syarikat MajuPerak Holding yang dilihat sebagai mentor kepada JJSB untuk dijadikan sebagai logo hadapan muka laporan.

Anonymous said...

30/6/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 8am, pada hari ini kira-kira pada pukul 10am, menyambut hari perpindahan bagi pengarah iaitu En Musanif bahawa beliau telah dipindahkan ke Jabatan Bahagian Korporat. Terdapat majlis dan jamuan kecil yang diadakan oleh staf JJSB bagi menyambut hari perpindahan beliau. Setelah selesai, saya melakukan beberapa kerja iaitu mencetak beberapa helai muka hadapan bagi laporan LAD dan keputusan Mahkamah yang melibatkan pembeli dan JJSB sebagai pemaju yang diminta oleh En Musanif sebelum beliau berpindah jabatan. Setelah selesai mencetak saya ke bahagian Perkhidmatan Awam (PR) untuk 'binding' bahagian tepi laporadan kemudian saya menyerahkan laporan tersebut ke En Musanif.

Kemudian saya juga berttemu dengan En Mohd Shahrin, ,beliau bertanggungjawab dalam menyediakan pengurusan dalam perancangan projek di Chendrong Balai apabil;a terdapat perancangan pembinaan lot rumah kedai sebanyak 6 unit, saya diterangkan mengenai kawasan terlibat dan perancangan yang dilakukan melalui kerjasama antara JJSB dan pihak kerajaan dan kontraktor.

Anonymous said...

salam,bro..slalu tengahari lepak mana?

Anonymous said...

woi..hg kna langgar ka..hg ok ka..jom kta p cri kete 2 ptg ni..xpun mai no plet mto hg..hahahaha

amri said...

saklam zul...

ko ok ke sal xcden ari2?
kome mcm byk je keje kat sana mesti bestkan...

eh..law ko dapat apa sem lepas????

Anonymous said...

1/7/2008

Saya tiba ke JJSB seperti biasa iaitu pada pukul 8.00am, setibanya ke JJSB saya terus ke meja untuk mendapatkan beberapa maklumat untuk memperbaiki laporan bab 1 saya. Saya telah merujuk kepada beberapa contoh taklimat syarikat JJSB mengenai beberapa projek yang dilihat dalam perancangan, sedang dibina dan sudah selesai dibangunkan dikawasan pembangunan projek yang merangkumi keluasan yang besar dan sesetengah daripadanya melibatkan nilao kos yang tinggi dan masa yang lama untuk disiapkan Kemudian saya berjumpa dengan Cik Rozaireen untuk mengetahui mengenai pengurusan projek PKNP yang melibatkan kawasan Chenderong Balai Fasa II, saya mengkaji mengenai penyediaan pelan cadangan tukar nyata dari penyediaan projek bagi jenis rumah kedai sehingga ke kediaman untuk pembangunan diatas lot 7337. Memandangkan hari ini sudah masuk hari yang kedua saya perlu mencari maklumat dengan lebih banyak keranan ingin menyiapakan laporan yang kedua saya nanti

pukul 5pm saya pulang kerumah

Anonymous said...

2/7/2008

Pada hari ini saya telah meminta cuti daripada Puan Maznah kerana ada urusan keluarga yang perlu diuruskan. Saya diberikan cuti dan diminta mengisi borang cuti kecemasan.

Anonymous said...

3/07/2008

Saya tiba ke JJSB agak lewat sedikit hingga beberapa kali kad punch saya berwarna merah, saya akan mencuba untuk hadir awal pada masa akan datang. En Shahrin telah meminta saya agar melihat komputernya yang corupt. Berbekalkan ilmu yang sedikit daripada pengalaman saya bertanya dengan kawan-kawan diUniversiti dan pengalaman mengexplore pc sendiri saya cuba servis dahulu pc en mohd shahrin kalau-kalau boleh di perbaiki. Pada hari ini, saya cuba mengaplikasikan ilmu berkenaan dengan IT yang saya tahu. Pada mulanya saya cuba untuk membersihkan segala habuk-habuk yang ada dalam pc en Mohd Shahrin, kemudian saya cuba mencabut ram yang berkapasiti 64 MB sahaja (kecil sangat) dan mencuci bahagian ram dengan pemadam dengan tujuan untuk untuk menghilangkan habuk di bahagian pencucuh ram di soket. Kemudian saya cuba memindahkan segala bentuk data yang ada dalam hardisk en mohd shahrin (2GB= memang kecil) ke pc saya. saya cuba berkongsi maklumat kedalam pc saya dengan berkongsi plot hardisk saya dengan hardisk en mohd shahrin. Setelah memindahkan kesemua data yang penting kedalam komputer saya, saya pun membersihkan juga pc saya dan pada hari ini saya hanya mengadap pc saya dan pc en mohd shahrin sahaja untuk di servis. Saya akan sambung kerja dangan format pc en moh shahrin pada keesokan harinya.....

pukul 5 saya pun pulang.....

amri said...

mana ad la bro...
tak boleh wat keja yg tak betul..nt BPR follow...hehehe... aku pun sb law jatuh pointer...hahaha...tuyla rajin sgt g kelas...

Anonymous said...

4/7/2008

Pada hari ini saya tiba pada pukul 8.10am, agak lewat sedikit, setibanya saya pada hari ini saya terus ke meja En Mohd Shahrin untuk format komputer beliau. Windows beliau sudah corupt dan perlu diformat. Memandangkan perisian dan motherboard komputer beliau pada tahun 1998, cara pengendalian dan format adalah berbeza dengan pc pada masa sekarang yang rata-rata menggunakan perisian windows xp dan vista. Pada hari ini juga, saya telah belajar ilmu baru iaitu cara memformat pc dengan menggunakan perisian win 1998. Hard disk komputer en Mod Shahrin saya tukarkan dengan hard disk simpanan JJSB yang ada pada CPU yang terletak di stor yang sudah tidak digunakan yang berkapasiti lebih besar iaitu (40GB) dan saya turut mengambil RAM simpanan iaitu 256 MB untuk proses upgrade kan lagi PC Encik Mohd Shahrin. Saya meruskan kerja dan berhenti seketika untuk solat jumaat dan menyambung kerja sehingga pukul 6lebih....

Anonymous said...

7/7/2008

8am: tiba ke JJSB dan saya telah berpindah tempat duduk dengan Puan Suzana, kerani bertugas dan ditempatkan di meja baru. Kemudian saya telah bertemu dengan En mohd Shahrin yang sedang berbincang dengan En Woo bahawa dia sedang dalam proses pembinaan sebuah surau kecil bagi kegunaan masyarakat di kawasan Taman Meru di Ipoh. Mereka berbincang mengenai pelan pembinaan dan dan cara perletakan kawasan yang sesuai dengan tapak pembinaan projek yang dibina. Saya difahamkan juga bahawa pembinaan projek ini melibatkan kos sebanyak RM 300,000 dan dijangka akan siap dibina sekiranya mendapat kelulusan dalam masa setahun. Projek ini juga merupakan projek persendirian daripada ide En Mohd Shahrin sendiri..

Pada pukul 5pm saya pun pulang.....

Anonymous said...

8/7/2008

Seperti biasa saya hadir ke JJSB pada pukul 8.00am, hari ini situasi pejabat agak lenggang kerana hari ini merupakan kempen menderma darah yang dianjurkan oleh PKNP. Pada awal pagi kebanyakan staf biasanya memulakan hari kerja dengan makan di cafe yang disediakan dengan alasan untuk makan sarapan pagi. Hari ini tiada kerja yang saya lakukan kerana kebanyakan staf hanya melakukan tugasan masing-masing dan ada kebanyakan staf yang menderma darah, ,walaubagaimanapun hajat hati saya memang mahu menderma tetapi ketika ini saya sedang mengambil ubat antibiotik dan menyebabkan saya tidak layak untuk menderma darah.

Pegawai yang meneyelia saya, ,Cik Rozaireen telah menemui saya dan memeberitahu bahawa pada 10hb 7 2008 saya dan dia akan bergerak ke Mahkamah Majistreet Batu Gajah untuk mendengar kes tribunal yang melibatkan tuntutan pembeli kepada JJSB akibat kelewatan menyiapkan rumah. Kami akan mewakili JJSB dan beberapa Jabatan yang terlibat ke Mahkamah tersebut untuk meminta penangguhan kes dan memohon untuk tempoh penangguhan yang lebih lama kerana kes projek tersebut mempunyai pelbagai sebab dan alasan yang kukuh mengapa penagguhan berlaku..

Pada pukul 5 saya pun pulang...

Anonymous said...

salam>>zul, ko n moto ko dh ok ke..ak solat kt masjid kuala pari arini..lau nk repair pe2 dtg umh aku kt tebing tinggi k..area2 lorong lahat kt medan kidd..arios

Anonymous said...

9/7/2008

Saya tiba ke JJSB agak lewat sedikit pada hari ini, say acuba untuk mencari kembali fail dan data yang telah hilang yang telah saya cuba back-up semasa memformat P.C Encik Mohd Shahrin saya telah terpadam pula file yang sudah saya siap save kedalam pc saya, ,namun saya gagal menemuui file yang telah disavekan ke dalam komputer saya walaupun saya sudah menggunakan perisian yang boleh mencari balik data-data yang hilang namun file yang saya cari sudah corrupt dan tidak boleh digunakan lagi. Hal ini berlaku mungkin kerana file yang kebanyakannya daripada microsoft word pada tahun 1997 dan sudah terlalu lama dan mungkin komputer saya tidak dapat membaca lagi format file tersebut. Kemudian saya berjumpa dengan kerani yang bertanggunngjawab dalam urusan LAD iaitu Encik Mohd Hizad, beliau telah meminta bantuan saya untuk mencatatkan beberapa kes yang melibatkan pembeli yang menunutut LAD, buat masa ini yang saya perhatikan kes yang agak banyak dibuat oleh JJSB kini ialah kes melibatkan tuntutan LAD oleh pembeli iaitu tuntutan gantirugi atas kelewatan menyiapkan projek antara JJSB dan pembeli. En Hizad telah meminta agar saya mencatatkan nama pembeli di kawasan Changkat Lada,Klebang Ipoh dan di Slim River. Kes tersebut kebanyakan lagi masih dalam proses permohonan daripada pembeli kepada JJSB dan saya hanya membantu mencatatkan nama pembeli ke dalam lampiran surat untuk dijadiakan sebagai semakan kelak..

Anonymous said...

10/7/2008

Saya tiba ke JJSB lebih kurang pada pukul 8 am, hari ini saya telah ditugaskan oleh Pegawai Projek iaitu penyelia bagi praktikum saya di JJSB, Cik Rozaireen untuk mengikuti beliau ke Mahkamah Majistreet bagi mendengar cara dan panduan yang dilakukan oleh syarikat JJSB bagi menangani kes tribunal yang melibatkan pembeli dan JJSB. Lebih kurang pada pukul 8.20 am saya dan Cik Rozaireen berdua menaiki kereta syarikat JJSB dan saya memandu kereta tersebut bertolak ke Mahkamah Batu Gajah dan kami tiba ke Batu Gajah pada pukul 9am. Kes ini telah melibatkan pembeli di kawasan Changkat Lada, Klebang Ipoh dan beberapa kawasan Perak Selatan lain dimana terdapat beberapa pembeli dikawasan yang terbabit tidak berpuashati dengan tarikh siap bagi rumah kos rendah yang mereka persetujui bersama dengan JJSB semasa pejanjian jualbeli berlaku. JJSB terpaksa berjumpa dengan Hakim Mahkamah Majistreet di Batu Gajah tersebut untuk memberikan bukti dan alasan kukuh mengapa berlaku penangguhan serta kami daripada JJSB juga memohon tarikh yang lebih lanjut daripada Mahkamah untuk menyiapkan sepenuhnya projek dikawasan yang terlibat. Lebih kurang pada pukul 9.40 am, kes penangguhan tersebut dilihat selesai setelah Cik Rozaireen berbincang dengan Hakim dan meminta penangguhan tempoh yang lebih lama lagi.

Kemudian kami bertolak ke JJSB dan sebelum itu, saya dan Cik Rozaireen singgah ke kedai makan di Pusing, Perak (kawasan yang terletak hampir dengan Batu Gajah) untuk bersarapan pagi.

Kira-kira jam 10.30 am pula kami telah tiba ke JJSB... dan saya kemudian diminta oleh Juruteknik Projek iaitu Encik mohd Shahrin untuk menginstal perisian Microsoft Windows 97 kedalam komputer beliau, namun gagal kerana saya tidak ada perisian tersebut kerana sudah terlalu lama
dan cd bagi perisian tersebut amat sukar ditemui dan perisian Microsoft Office 2000 pul atidak dapat dibaca oleh PC Encik Mohd Shahrin kerana sudah outdated. Kemudian beliau mengajak saya ke Tingkat 6 bahagian Teknologi Maklumat untuk meminta perisian window 97 kepada petugas yang ada namun petugas tersebut tidak kelihatan dipejabat beliau dan saya serta En Mohd Shahrin bercadng bertemu dengannya pada keesokan harinya sahaja...

Lebih kurang pukul 5 petang saya pun pulang ke rumah...

Anonymous said...

11/7/2008

Seperti biasa saya tiba ke JJSB lebih kurang pukul 8am, pada hari ini saya telah bertemu dengan Pegawa Projek kedua iaitu Encik Megat Ghazali, saya berjumpa dengan beliau kerana saya telah berjanji dengan bekas pengarah JJSB yang kini ditempatkan dibahagian korporat tingkat 7 iaitu Encik Musanif, bahawa saya akan mempelajari cara-cara membuat tugasan Jadual Projek Pembangunan bersama dengan En Megat Ghazali. En Megat Ghazali telah memberikan penerangan yang agak terperinci dan panjang lebar mengenai cara-cara membuat jadual projek menggunakan perisian Microsoft Office Project. Dalam perisian tersebut saya telah diberikan tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan title, tarikh dan data-data yang penting yang dapat digunakan untuk memberitahu maklumat terperinci mengenai susunatur perjalanan projek kepada Pegawai Projek yang lain contohnya.
Dengan hanya merujuk kepada hasil graf yang dilakukan dengan menggunakan perisian Microsft
Project tersebut, staf dan pegawai dan pengarah dapat mengetahui tentang perjalanan projek yang ingin diterangkan. Berdasarkan penerangan dan pemahaman yang dapat saya perolehi daripada ilmu yang ditunjuk ajar oleh En Megat Ghazali tersebut, saya juga diberikan panduan oleh En Megat bahawa jadual yang dibina oleh Perisian ini dapat juga membantu saya menyiapkan laporan yang diminta oleh Prof Halim denagn lebih tersusun...

Kemudian saya berjumpa dengan Penyelia Kerani iaitu Puan Maznah bahawa terdapat perubahan nama dalam carta organisasi di JJSB terutama pada nama Pegarah JJSB iaitu En Musanif kepada En Jaafar.
Kemudian saya menggunakan komputer saya untuk mencari perisian Microsoft Office 97 untuk digunakan kedalam PC En Mohd Shahrin.....

Anonymous said...

14/7/2008

Pada hari ini saya terpaksa mengambil cuti sakit kerana di perut saya telah timbul bisul, oleh itu saya pun memohon M.C daripada hospital Batu Gajah untuk diserahkan kepada Puan Maznah pada keesokan harinya....

Anonymous said...

15/7/2008

7.43am, saya tiba ke JJSB dan kemudian saya telah menyerahkan M.C kepada Puan Maznah. Kemudian saya diminta oleh En Mohd Shahrin untuk memasukkan (instal) perisian Microsoft Window 97 yang saya janjikan pada minggu lepas, walaubagaimanapun akibat sudah terlalu lama peisian di PC en mohd shahrin tidak dapat membaca 'setup' yang ada dalam hard disk yang saya telah pindahkan data tersebut kedalam hard disk komputer beliau...

Kemudian En Mohd Hizad telah meminta saya membantu beliau mencatat beberapa nama pembeli yang sudah menerima bayaran pampasan @ ex-grasia daripada JJSB akibat daripada jumlah ruamh yang tidak dapat disiapkan pada waktu yang diipersetujui bersama. Terdapat 9 pembeli daripada Bidor dan 5 pembeli daripada Slim River yang sudah menerima bayaran daripada JJSB. Kebanyakan pembeli telah bersetuju dengan bayaran walaupun tawaran yang diberikan oleh JJSB adalah lebih rendah daripada tuntutan pembayaran daripada pembeli sendiri. Hal ini disebabkan oleh pembeli yang tidak mahu menunggu lam dan tidak mahu memanjangkan tuntutan sehingga ke peringkat Mahkamah. Saya telah ditugaskan mencatatkan nama pembeli kedalam buku catatan dengan menandakan nama pembeli yang sudah menerima pempasan dengan menggunakan pen highlight yang bewarna oren serta menjumlahkan nam pembeli dengan catatan pembeli yang lama. Kemudian fail-fail yang digunakan oleh JJSB sebagai rujukan ditandakan dibahagian bucu fail dengan warna oren juga dengan tujuan bahwa fail pembeli yang ditandakan dengan warna oren di bucu fail menunjukkan bahawa kes sudah selesai dengan perjanjian ex-grasia (pemberian saguhati dengan jumlah tertentu) antara pembeli dan JJSB.

Pada jam kira-kira 3 petang, saya dan seluruh staf di JJSB mengadakan majlis jamuan perpisahan bagi Cik Nurul (pembantu akaun) kepada En Mior Shaifuddin iaitu Pembantu Pengurus Kewangan. Cik Nurul telah bekerja selama 2 bulan menggantikan Puan Ayu yang bercuti bersalin. Saya juga telah diminta membacakan doa pembuka majlis... Sehingga jam 5 petang saya pun pulang...

Anonymous said...

16/7/2008

Hari ini saya cuba untuk install(memasukkan fail dan data perisian) sekali lagi perisian Microsoft Office 97 ke komputer En Mohd Shahrin namun gagal lagi kerana masalah technical support windows.
Kemudian melalui lampiran perjalanan projek yang saya terima daripada En Megat Gahzali sebelum ini, saya cuba memahami dengan lebih terperinci mengenai susunatur perjalanan organisasi dan urustadbir JJSB secara lebih terperinci lagi kepada saya. Beliau menerangkan bahawa setiap fungsi yang perlu dibuat dalam perancangan, pelaksanaan dan pembangunan projek yang melibatkan pihak PKNP/JJSB dengan kontraktor, pihak arkitek yang dilantik dan pihak jabatan berkanun yang terlibat sama dalam menjayakan projek pembangunan seperti TNB. Beliau turut memberikan penerangan kepada saya mengenai cara-cara yang perlu dibuat dalam sistem perancangan syarikat kepada saya pada hari ini...

Anonymous said...

17/7/2008

Pada hari ini, saya tiba ke JJSB pada pukul 7.50 am,agak awal kerana saya telah bertolak dari rumah awal. Tiada kerja khusus bagi saya hari ini oleh itu saya terus menyiapkan beberapa laporan yang penting yang perlu saya lakukan yang telah tertangguh sejak daripada semalam. Pada hari ini, saya telah diterangkan mengenai fungsi perancangan JJSB dalam pembangunan projek serta kaedah yang digunakan dalam sistem pembangunan projek. Kaedah yang saya pelajari pada hari ini ialah mengenai cara dan fungsi serta kaedah kepada arkitek dan pihak perunding dalam membuat nombor plat bagi kawasan yang ingin dibangunkan. Saya meminta penjelasan daripada En Megat Ghazali mengenai makna proses cerakinan iaitu proses untuk mencari kawasan yang sesuai untuk dimajukan dalam projek pembangunan.

Anonymous said...

18/7/2008

Saya tiba ke JJSB lebih kurang pada pukul 8am, kemudian saya terus membuka PC dan mencari beberapa maklumat yang penting yang ada dalam internet. Pada hari ini tiada kerja yang khusus bagi saya lagi. Pegawai Projek Cik Rozaireen pula bermesyuarat dengan En Jaafar sehingga lebih kurang lewat jam 11 tgh. Kemudian saya bersiap-siap untuk bersolat Jumaat pada pukul 12.30, saya makan di cafe dahulu, selesai solat jam 2.30 saya tiba ke JJSB dan meneruskan pencarian maklumat di internet.....

Anonymous said...

salam prof,

berdasarkan panduan emran tu, saya dapati tiada masalah yang berlaku dalam JJSB sepanjang proses perancangan,pembangunan dan proses pentadbiran... jadi saya bercadang untuk bagi tajuk = inovasi dalam menjimatkan kos pentadbiran kerana kini banyak urusan yang melibatkan pembayaran LAD = gantirugi kelewatan proses penyiapan rumah yang dijanjikan bersama pemaju dan pembeli... disitu banyak melibatkan kos kerana JJSB sendiri yang perlu membayar gantirugi kepad pembeli...

Anonymous said...

21/7/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.59am, seperti biasa saya tiba saya terus ke meja yag disediakan menghidupkan komputer dan melayari internet serta melawati laman portal Prof Madya Abd Halim untuk melihat peristiwa semasa sertta membaca beberapa komen yang duisampaikan oleh sahabat yang lain. Memanga sudah menjdai adat bagi kakitangan kerajaan pada awal pagi banyak dihabiskan untuk sarapan pagi sehingga jam kira-kira pukul 9am barulah kakitangan dan staf memulakan tugasan. Walaubagaimanapun, bukan semua staf pergi makan ke kantin di tingkat bawah PKNP tetapi ada juga yang keluar ke bangunan kerajaan yang bersebelahan PKNP seprti di bahagian kiri PKNP ada kantin Mahkamah, sebelah kanan ialah kantin Perpustakaan yang turut menyediakan makanan sarapan pagi. Ada juga staf yang hanya membungkus makanan dan makan di pejabat sahaja. Pendek kata, bekerja di jabatan kerajaan lebih banyak relaks dan tiada tekanan daripada pihak atasan kerana kerja kadangkala tidak terlalu banyak berbeza sekali dengan keadaan swasta yang banyak menumpukan kepada hasil kerja dan kualiti masa yang dijaga baik.

Hari ini juga saya telah diberitahu oleh pegawai saya Cik Rozaireen bahawa beliau bercadang untuk membawa saya untuk melawat ke tapak projek JJSB yang terletak di kawasan Ulu Kinta.. Walaubagaimanapun, saya tidak tahu bila tarikh tetap untuk melawat tempat tersebut..

Sekian sahaja catatan saya pada hari ini..

Anonymous said...

22/7/2008

Saya telah tiba ke JJSB pada pukul 7.56am, setibanya saya seperti biasa saya akan membuka komputer dan menaip beberapa maklumat kedalam laporan kedua saya. Pada pagi ini Encik Mohd Hizad telah meminta bantuan saya agar menyalin salinan buku perjanjian jual beli antara JJSB dan pembeli. Terdapat 8 buah buku kes yang perlu untuk saya salin melalui mesin photostat di JJSB. Kebanyakan buku melibatkan kes pembeli dikawasan Klebang Ipoh yang telah membeli rumah kos rendah dengan JJSB. Kesemua 8 pembeli tersebut telah meminta gantirugi daripada JJSB kerana telah gagal menyiapkan rumah tersebut pada tarikh yang telah dijanjikan bersama. Encik Mohd Hizad telah bertanggungjawab dalam urusan LAD dan kebanyakan pembeli mengambil langkah untuk berbincang dan berunding dengan pihak JJSB agar masalah dalam tuntutan dapat diselesaikan segera tanpa melibatkan campurtangan mahkamah kerana masa yang lama akan berlaku sekiranya melibatkan mahkamah

sekian laporan

Anonymous said...

23/7/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.53am, masih tiada lagi kerja bagi saya pada hari ini. Oleh itu saya pun menghabiskan masa dengan menaip laporan memandangkan tarikh hantar adalah kira-kira 6 hari sahaja yang tinggal. Kemudian saya telah diminta untuk membantu kerani iaitu Encik Hizad dengan memphotostat 10 lampiran buku Perjanjian Jual Beli yang menerangkan mengenai syarat-syarat serta klausa yang perlu difahami dan dipatuhi oleh pembeli dan JJSB sendiri. Dalam buku lampiran itu juga, ada menerangkan mengenai keluasan tapak yang dijual, jenis lakaran rumah no plot serta bahagian peta dan kawasan lakaran yang diduduki oleh pembeli. DAlam hal ini, pembeli daripada kesemua 10 orang tersebut telah membeli rumah di kawasan yang sama seperti semalam iaitu di kawasan Klebang dan kes tersebut adalah dalam bentuk tribunal yang akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk diperbicangkan dengan lebih lanjut diman apihak pembeli dan pihak JJSB sendiri akan diwakil oleh peguam masing-masing untuk mempertahankan hak masing-masing dan memberikan alasan dan hujah mengapa berlakunya masalah kelewatan daripada pihak JJSB dan pembeli pula akan berhujah mengapa mereka pula menuntut tuntutan keatas kelewatan JJSB menyiapkan premis yang mereka ingin beli... Kedua-dua bleah pihak akan memberikan hujah untuk mempertahankan tuntutan mereka di mahkamah sehingga kes dilihat selesai dan dapat menyelesaikan masalah yang terjadi.

Kerja saya pada hari ini hanyalah membantu kerani iaitu En Moh Hizad untuk menyalin salinan pembeli agar siap sepenuhnya dan dapat digunakan oleh JJSB sebagai rujukan kelak.

Anonymous said...

25/7/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 7.56 am, hari ini memandangkan pegawai saya bercuti maka saya pun menyiapkan kerja laporan saya serba sedikit. En Mohd Hizad telah meminta saya agar menyalin 12 pembeli rumah kos rendah di kawasan Klebang, Ipoh. Dalam kes tersebut telah mencatatkan beberapa pembeli yang dilihat tidak berpuashati dengan tawaran yang telah diberikan oleh JJSB dan kes yang terlibat ini melibatkan tribunal mahkamaha untuk diselesaikan. Apabila selesai, saya terus menyambung kerja saya untuk menyiapkan laporan yang akan dihantar kelak.

Anonymous said...

28/7/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.53am, tiba sahaja ke JJSB saya terus on kan komputer dan menyambung kerja saya yang tertangguh pada minggu lepas iaitu memphotostatkan buku lampiran Perjanjian JualBeli antara 12 pembeli di kawasan Klebang dengan JJSB. Pada hari ini hanya tinggal 4 sahaja pembeli yang perlu saya photostat iaitu sambungan kerja saya pada minggu lepas. Setelah selesai kerja pada pukul 9am, saya telah mengkaji salah satu daripada pembeli yang menuntut LAD daripada JJSB. Dalam kes tersebut, pembeli yang terdiri daripada Yuhanis bt Mustafha Al Bakri dan Mohd Nor Mat Yusof yang diwakili oleh peguam Tetuan Meor, Jalidah & Co. yang telah menerangkan mengenai prinsip akta dan undang-unadang yang dimiliki oleh pembeli dan hak yang ada pada mereka, peranan klausa atau peraturan yang ada dalam buku lampiran tersebut yang digunakan sebagai skema rujukan syart-syarat serta tuntutan munasabah daripada pembeli diatas kelewatan pemaju untuk menyiapkan premis yang telah dipersetujui bersama. Dalam buku tersebut telah menerangkan mengenai hal dan kepentingan pembeli yang mempunyai hak dan peranan penting dalam menerima kembali hak mereka sebagai pembeli sekiranya premis yang mereka janjikan bersama untuk dimejukan oleh pemaju lambat disiapkan, dan pihak pemaju juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri apabila timbul masalah seperti ini. Sebagai contohnya masalah lambat untuk menyiapkan premis adalah kerana jumalh duit dan dana untuk menyiapkan premis adalah tidak mencukupi ditambah pula dengan kebergantungan pemaju yang hanya mengharapkan pembayaran daripada pembeli barulah proses pembangunan premis berjalan, sekiranya pembeli lambat membayar duit, maka premis yang dibeli juga adalah alanmbat siap...JJSB biasanya hanya akan membayar ex-grasia atau saguhati apabila mendapat kata persetujuan bersama dengan pembeli..

Anonymous said...

29/7/2008

Hari ini saya tiba agak lewat ke JJSB. Saya dapati masih tiada kerja bagi saya pada hari ini. Kemudian saya berjumpa dengan pegawai projek encik megat ghazali nbagi mengetahui data serta maklumat semasa mengenai projek bagi JJSB sebagai panduan saya dalam laporan kedua yang kan saya hantar sepatutnya pada esok hari. Encik Megat Ghazali telah menerangkan secara terperinci mengenai susunatur perjalanan projek pembangunan yang sedang dilakukan oelh JJSB, beliau telah menerangkan mengenai jenis projek pembangunan, spesifikasi projek dan kedudukan projek yang dimiliki oleh JJSB. Kawasan yang menjadi contoh rujukan ialah di Klebang Ipoh. Beliau menerangkan mengenai hasil yang diterima pemaju (JJSB) akan dibahagikan dahulu kepada pihak konsultan sebelum menerima hasil keuntungan bersih.

Kemudian saya telah membantu Encik Mohd Hizad melekatkan kepingan sticker dalam fail pembeli yang sudah menerima pembayaran daripada JJSB yang bertujuan untuk dijadikan sebagai rujukan oleh JJSB yang merekodkan bahawa pembeli sudah menerima pembayaran daripada JJSB. Kemudian saya telah berjumpa dengan Penolong Pengurus Kewangan, Encik Mior Saifudddin untuk mengetahui peranan bahagian kewangan terhadap bajet syarikat JJSB, cara memproses wang dalam hal perbelanjaan, cara kos dan keuntungan yang diterima oleh JJSB dan masalah yang timbul dalam kaedah pengurusan modal menggunakan sistem yang ada pada masa kini yang melibatkan kaedah penyimpanan rekod yang tidak efektif berbanding kaedah sebelumnya.

Anonymous said...

30/7/2008

Pada hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.55am, saya telah menghabiskan hampir setengah hari untuk menyiapkan laporan kedua saya memandangkan bahawa tarikh tamat tempoh untuk menghantar laporan kedua saya ialah pada hari ini. Sebelum menghantar laporan, saya berjumpa dengan Pegawai Projek iaitu Encik Megat Ghazali untuk mengetahui beberapa singkatan yang digunakan dalam lampiran projek yang saya rujuk sebagai contohnya nama penuh dalam proses proses Sijil Pengesahan Layak Menduduki (OC) yang dibuat. Beliau juga memberikan saya beberapa salinan gambar projek yang melibatkan 10 unit kedai 1 1/2 tingkat dikawasan Klebang Jaya yang digunakan untuk lampiran laporan saya. Setelah itu, saya telah memasukkan perisian microsoft open office kedalam PC Encik Mohd Shahrin dan PC beliau dapat berfungsi dengan baik dan saya turut memindahkan data-data yang berkaitan dengan fail perisian kedalam PC Encik Mohd Shahrin...

Sekian Laporan Pada Hari Ini....

Anonymous said...

31/7/2008

Saya tiba ke JJSB kira-kira pukul 8.00am, hari ini Encik Mohd Shahrin meminta saya agar melihat keadaan pc beliau yang tidak dapat memproses dan mencetak daripada mesin printer, keadaan ini berlaku disebabkan komputer beliau tidak dapat mengesan soket jenis USB, lalu saya tukarkan input socket USB beliau dengan menggunakan cable socket yang memang ada pada printer beliau, sebelum instal printer jenis epson c75 kedalam komputer beliau saya perlu akses internet dan cari dahulu driver bagi printer jenis tersebut, memandangkan saya tahu sedikit sebanyak mengenai perisian komputer ini, maka pada pendapat saya tak salah untuk saya membantu staf lain di JJSB yang bermasalah dalam perisian komputer dan ia boleh juga dijadikan sebagai salah satu kaedah dalam pelajaran praktikal saya di JJSB.

Anonymous said...

1/8/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB kira-kira pada pukul 8.00am, hari ini merupakan bulan kedua saya berada di JJSB. Pada hari ini saya telah berjumpa dengan pelajar-pelajar praktikal dalam bahagian ICT lagi, kali ini mereka pula akan melakukan proses mencari LAN bagi komputer Juruteknik Projek, Tuan Sayed. Komputer beliau dilihat bermasalah daripada segi untuk mendapatkan internet daripada kabel yang dicucuk dibahagian soket. Saya telah mempelajari cara untuk mencari talian internet bagi komputer Tuan Sayed melalui kaedah perkongsian LAN daripada pelajar praktikal yang lain tersebut.

Anonymous said...

4/8/2008

Saya tiba ke JJSB agak lewat pada hari ini iaitu pada pukul 8.03am, ,namun itu tak menjadi masalah kerana saya hanya pelajar praktikum dan pengarah encik jaafar tidak terlalu tegas dalam urusan berkaitan dengan pelajar praktikum. Pada hari ini saya telah membantu Encik Mohd Hizad untuk menanda fail pembeli yang sudah menerima pembayaran ex-grasia daripada JJSB. Terdapat 8 pembeli yang sudah menerima bayaran mengikut rekod yang terbaru. 5 pembeli membuat pinjaman melalui bank dan 3 pembeli melalui pinjaman kerajaan. kelapan-lapan pembeli tersebut telah membeli rumah kos rendah di kawasan Klebang, Ipoh. 2 pembeli telah menggunakan khidmat peguam Tetuan Iskandar dan seorang lagi mewakili dirinya sendiri di tribunal mahkamah. 3 pembeli tersebut telah menggunakan cara tuntutan tribunal ke Mahkamah untuk mendapatkan grasia daripada JJSB.

Setelah itu, saya juga telah mencatatkan rekod bagi kes rekod bagi kes projek di kawasan yang melibatkan 9 kes yang dilihat telah selesai yang mana 8 projek bagi projek rumah teres kos rendah dan 1 projek bagi rumah teres kos sederhana. bagi kawasan changkat Lada terdapat 4 kes pembeli yang menuntut gantirugi bagi projek perumahan berkembatr kos sederhana, 9 kes bagi premis lot bekembar kos rendah Changkat Lada dan 4 kes bagi tuntutan LAD oleh pembeli bagi premis LAD teres kos rendah Changkat Lada. Setelah selesai kes yang berkaitan, saya juga telah menanda file dibahagian kes yang selesai dengan warna oren, kemudian kes yang sudah selesai ditambahkan dengan dengan jumlah kes sebelum yang sudah pun selesai kedalam buku laporan bayaran pampasan (LAD) Perumahan kos rendah (WS) Tenaga Danawa Sdn Bhd. Tenaga Danawa dan JJSB nerupakan anak syarikat yang bergabung bersama untuk membangunkan kawasan Perak Selatan disamping peranan PKNP untuk memastikan kedua-dua syarikat ini dapat berfungsi dengan baik...


sekian laporan pada hari ini...

Anonymous said...

5/8/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.50am, pada hari ini memandangkan tiada tugasan yang khusus bagi saya maka saya pun menolong Encik Mohd Shahrin untuk mendapatkan perisian driver bagi spesifikasi modem di dalam komputer beliau, komputer beliau sudah ada modem (ethernet socket) namun hanya driver sahaja yang tiada maka komputer En Mohd Shahrin tidak dapat melayari internet. Oleh kerana itu, saya telah melayari internet dan mencari spesifikasi perisian yang bersesuaian dengan no siri modem jenis Davicom. Setelah mencari beberapa kali di internet akhirnya saya telah berjaya memuat turun perisian driver bagi modem komputer Encik Mohd Shahrin namun saya memerlukan CD Windows 98 sebagai tambahan untuk memasukkan data-data kedalam komputer Encik MOhd Shahrin. Oleh kerana itu, saya hanya bercadang untuk memasukkan sahaja perisian berkenaan dengan driver modem tersebut pada keesokan harinya. Pada hari ini juga, saya telah berkenalan dengan pelajar praktikal yang belajar di MMU dan di ILP, Ipoh yang kedua-dua mereka belajar di dalam bidang IT dan saya telah mempelajari cara-cara dalam mendapatkan talian internet dengan lebih berkesan.. Pada hari ini saya hanya memfokuskan untuk mendapatkan talian internet di komputer Encik Mohd Shahrin...


Sekian laporan pada hari ini...

Anonymous said...

6/8/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 7.38am, kemudian saya membantu untuk menservis komputer Encik Mohd Shahrin, hari ini saya telah berjaya driver bagi software modem jenis davicom yang saya dapati daripada internat, segala perisian dan pengendalian telah saya buat sehinggalah komputer encik mohd shahrin boleh mengakses internet dan pada hari ini aktiviti yang saya lakukan ialah;

1) memasukkan perisian driver kedalam komputer Encik Mohd Shahrin untuk membolehkan CPU komputer beliau membaca jenis modem yang telah dimasukkan kedalam slot.

2) membaiki sistem komputer En Mohd shahrin iaitu Operation System (OS) beliau (Windows 1998) yang bermasalah dengan menginstall balik OS yang baru.

3) Servis dan mengemaskini harware yang ada.

Setelah selesai memberikan servis dan baik pulih, komputer Encik Mohd Shahrin dapat berfungsi dengan baik dan juga dapat menerima khidmat internet setelah sekian lama tidak dapat menerima internet...

Sekian laporan saya yang berrtugas sebagai formen hari ini...

Anonymous said...

7/8/2008

Saya tiba ke JJSB hari ini apada pukul 7.51am, setibanya sahaja seperti biasa hari saya akan menghidupkan komputer serta mencari dan mengakses maklumat yang terkini mengenai hal praktikum didalam blogger Prof Abd Halim. Pada pagi ini juga telah berlangsung mesyuarat antara staff dan pngarah JJSB iaitu Encik Jaafar mengenai hal semasa kutipan hasil dikawasan Tanjug Hussein, Manjoi. Perbincangan yang berlaku adalah fokus terhadap jumlah semasa yang sedang dikutip oleh setiap staff yang berkaitan mengenai kutipan semasa yang telah dikutip besertta dengan perancangan strategik akan datang. Kemudian saya telah membantu Encik Mohd Hizad untuk membuat jadual dikawasan Klebang, Changkat Lada dan Bemban, Batu Gajah. Setiap melibatkan 11, 8 dan 3 kes yang berkaitan dengan tuntutan pembeli diatas kelewatan JJSB untuk menyiapkan premis yang dijual pada masa yang telah dipersetujui bersama (LAD).

Sekian laporan hari ini

Anonymous said...

8/8/2008

Hari ini saya tiba ke JJSB pada pukul 8am, awal pagi seperti biasa tiada tugasan yang perlu saya lakukan kerana kebanyakan daripada staf sedang bermesyuarat dengan Pengarah JJSB, encik Jaafar. Pada hari ini saya hanya melayari internet untuk memasuki blog ini untuk mendapatkan maklumat semasa mengenai laporan pelajar praktikum yang lain. Selepas selesai solat jumaat pada pukul 2.45pm, saya kembali ke pejabat dan membantu Cik Rozaireen dan En Mohd Hizad untuk menyalin 5 keping salinan surat kepada Mahkamah Ipoh bagi kes Tribunal yang melibatkan 2 pembeli di Klebang dan 3 pembeli di kawasan Changkat Lada. Isi kandungan surat tersebut telah menjelaskan mengenai 3 jenis salinan bagi setiap 5 fail pembeli tersebut dan dalam surat yang ditandatangani oleh Pengarah JJSB pula menerangkan mengenai permohonan syarikat JJSB sendiri untuk mendapatkan penangguhan daripada Mahkamah Tribunal untuk melanjutkan masa pembayaran gantirugi (LAD) kepada pembeli dan sebab yang jelas mengapa penangguhan tersebut dibuat oleh JJSB. Pada kebiasaannya sebab utama berlaku penangguhan ialah daripada segi modal yang tidak mencukupi untuk melaksanakan perjalanan projek kerana sesuatu perjalanan pembangunan projek tersebut adalah berasaskan daripada bayaran pembeli, dan sekiranya pembeli lambat atau tidak membayar wang pada masa yang ditetapkan, maka masa untuk menyiapkan juga adalah lambat.

Itu sahaja laporan saya pada hari ini.....

Anonymous said...

11/8/2008

Saya tiba ke JJSB sebelum pukul 8am, hari ini seperti pada hari yang biasa awal pagi, tiada tugasan yang khusus bagi saya jadi saya membuka komputer dan juga masuk kedalam portal blog Prof Abdul Halim disamping itu juga saya telah mengakses internet untukmendapatkan file-file serta software yang menarik di internet. Pada pukul 10.30am, saya telah membantu Encik Mohd Hizad memasukkan 2 keping salinan perjanjian yang telah ditandatangani oleh Pengarah iaitu Encik Jaafar yang mana kandungan surat tersebut telah menerangkan mengenai tuntutan tribunal oleh pembeli rumah dan salinan permohonan dalam penangguhan untuk memfailkan Borang 2 dan notis pendengaran (borang 4) ke dalam fail pembeli di 3 kawasan Changkat Lada dan 2 kawasan di Klebang, Ipoh. Kesemua 5 pembeli telah menuntut gantirugi bagi kes kelewatan pihak pemaju untuk menyiapkan premis pada masa yang telah dipersetujui bersama. Walaubagaimanapun pihak daripada JJSB telah meminta penangguhan kerana mempunyai masalah sendiri akibat daripada kelewatan yang telah berlaku dan pihak JJSB mempunyai alasan sendiri untuk menangguh serta memohon pihak Mahkamah untuk menurunkan jumlah tuntutan yang mereka minta. Pada hari ini kebanyakan staf dilihat tidak sibuk dan saya hanya melayari internet untuk mencari maklumat dalam blog praktikum prof abdul halim , kemudian encik mohd hizad telah meminta saya agar membuat senarai bagi bilangan pembeli di kawasan Klebang yang melibatkan kes tuntutan gantiugi yang masih belum selesai.....

itu sahaja tugasan saya pada hari ini...

Anonymous said...

12/8/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 7.50am, kira-kira pukul 9.15am saya telah membantu Encik Mohd Hizad yang tidak hadir kerana latihan kawad sempena hari kemerdekaan, beliau telah meminta saya agar membuat senarai kes tribunal mahkamah di Kuala Lumpur di kawasan projek Klebang. Kes ini bermula pada tahun 2007 dan masih lagi belum selesai sepenuhnya. Kes ini telah melibatkan 29 pembeli di kawasan Klebnag. Dalam setiap fail pembeli mempunyai perjanjian antara pembeli dan penjual (JJSB). Contohnya bagi kes yang melibatkan pembeli iaitu Encik Wahi Anuar bin Zainal Abidin yang membeli rumah kos rendah pada harga RM 31,500. Beliau telah membeli rumah dengan membayar wang pendahuluan iaitu RM500 dan siap sepenuhnya pada tahun 2006. Oleh kerana itu, pembeli tersebut telah meminta gantirugi sebanyak RM 8,653.15 kerana pihak pemaju telah lewat dalam menyiapkan premis pada tarikh sepatutnya iaitu 16/8/2008 iaitu lewat selam 3 tahun. Encik Wahi Anuar bin Zainal Abidin telah diwakili oleh peguam iaitu Encik Syed Fadzil, Liew Kar Tuan & Co. Walaubagaimanapun pihak JJSB telah menetapkan nila RM 1394.38 dan mengemukakan bukti dan alasan mengapa kawasan projek yang dibuat lambat disiapkan...

Untuk itu sahaja kerja saya pada hari ini....

Anonymous said...

13/8/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 7.50am, pada hari ini tiada tugasan yang saya lakukan dan pegawai penyelia saya Cik Rozaireen pula telah bermesyuarat dengan Pengurus Besar JJSB, Encik Jaafar. Saya juga telah membantu staff yang ada untuk menjawab beberapa penggilan daripada pelanggan dan daripada syarikat luar. Saya juga telah diminta untuk ke tingkat satu di bahagian syarikat Tenaga Danawa untuk mengambil beberapa payung sempena menyanmut hari kemerdekaan. Pada hari ini juga, saya telah membantu beberapa staff untuk melakukan beberapa tugasan yang ringan di pejabat. Bagi masa-masa lapang dan tiada tugasan, saya telah menaip beberapa maklumat dalam praktikum saya. Sebelum ini Encik Megat Ghazali telah memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk mengenai penggunaan perisian Microsoft Project yang dilihat penting sebagai salah satu cara dalam membuat jadual dalam peracangan projek JJSB. Beliau telah menerangkan mengenai proses membina jadual yang terdiri daripada proses untuk meletakkan tajuk tertentu, rujukan tarikh serta tempoh masa bagi pembinaan bagi sesuatu projek. Beliau telah memberikan tunjuk ajar secara jelas mengenai tahap yang perlu dilakukan dalam contoh projek yang sebelum ini telah berjaya...

Pada pukul 5.00 petang, saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

14/8/2008

Saya tiba ke JJSb pada pukul 8.00am, awal pagi tiada tugasan bagi saya, saya hanya melayari internet dan pada pukul 2.30 petang, saya telah berbual dengan bekas Pemangku Pengurus Besar JJSB, Encik Musanif. Beliau telah memberikan beberapa cadangan dan idea kepada saya mengenai cara pentadbiran yang asas yang seringkali digunakan oleh setiap staff dalam JJSB. Beliau telah menerangkan kepada saya supaya mempelajari beberapa teknik penting dalam pengurusan organisasi iaitu cara pemfailan, cara pengurusan mesyuarat dan cara pengurusan memo serta format dan skema yang perlu saya ketahui dalam proses yang terlibat. Belaiu turut mencadangkan kepada saya agar turt sama serta dalam aktiviti yang berjalan dalam organisasi JJSB disampingmeminta tunjuk ajar daripda Cik Rozaireen dan Encik Megat Ghazali sebagai pegawai bertugas.

Dalam hal ini juga, saya telah mempelajari cara yang berkesan dalam pengurusan organisasi syarikat JJSB secara tidak langsung tentang bagaimana proses perjalanan syarikat kerajaan secara amnya...

pada pukul 5.00 petang saya pun pulang ke rumah...

Anonymous said...

15/8/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 8.00am, awal pagi tiada tugasan yang dapat saya lakukan kerana tugasan adalah kurang, awal pagi kelihatan semua staf sedang sibuk untuk menyiapkan majlis jamuan perpisahan bagi Puan Maznah yang akan berpindah ke bahagian Syarikat Maju Perak Holding tingkat 1 di PKNPk. Saya ditugaskna untuk membacakan doa bagi majlis dan kemudian saya telah membantu untuk membaiki komputer Encik Megat Ghazali kerana sistem operasi komputer beliau yang agak lambat dan perlahan, saya telah ke tingkat 6 untuk meminjam CD windows bagi tujuan untuk membaiki komputer Encik Megat Ghazali. Pada hari ini sehingga jam 5 petang hanya ini sahaja tugasan yang saya lakukan...

Anonymous said...

18/8/2008

Sya telah tiba ke JJSB pada pukul 8.00am, awal pagi saya hanya membuka komputer untuk mengakses maklumat dan mencari beberapa perisian yang berguna kepada komputer di pejabat JJSB. Masih tiada tugasan yang khusus bagi saya pad pukul 1.00 petang, saya telah melakukan beberapa pemerhatian dan kajian dalam kaedah utama untuk melakukan jadual dan proses pemfailan di mana kaedah utam yang perlu dilakukan ialah cara dan peranan bagaimana untuk merujuk kepada pemprosesan fail, membina nomnor rujukan fail serta kaedah untuk ,menghantar surat berasaskan rujukan fail kepada pihak luar atau pihak dalaman PKNPk sendiri.....

Anonymous said...

19/8/2008

Saya tiba ke JJSB pada pukul 7.59am, tiada tugasan bagi saya jadi saya hanya cuba untuk membantu memindahkan gambar yang ditangkap oleh Encik Megat Ghazali ke dalam komputer saya.. Gambar yang telah ditangkap tersebut adalah gambar mengenai projek di kawasan Klebang Ipoh yang melibatkan 10 unit kedai yang dibina dan dalam proses sebanyak 90 % untuk disiapkan. Gambar-gambar tersebut kemudian dipindahkan kedalam perisian Microsoft Word untuk dijadikan sebagai lampiran yang akan digunakan oleh Encik Megat Ghazali dalam pembentangan beliau terhadap laporan semasa bermesyuarat dengan Encik Jaafar pada masa akan datang yang berguna untuk saya membuat hadual perancangan projek. Dalam jadual tersebut, beliau telah menekankan aspek dan teknik yang penting dalam mencatatkan proses perjalanan syarikat yang mendatang....

Anonymous said...

20/8/2008

Pada hari ini saya telah tiba ke JJSB pada pukul 7.59am, awal pagi saya tidak melakukan apa-apa tugasan yang banyak. pad apukul 10.30am, saya telah mengikut Encik Megat Gahazali ke kawasan projek di Tengku Hussein yang terletak di Manjoi yang melibatkan pembinaan 13 buah kedai lot rendah iaitu proses sebanyak 35 %, namun hanya 8 sahaja yang sedang dalam proses pembinaan dimana selebihnya mempunyai masalah dengan pembinaan bengkel di atas tanah kerajaan tanpa permit dan hal tersebut akan menyebabkan projek pembinaan turut terjejas. Kemudian kami melawat tapak projek pembinaan di kawasan Kledang yang melibatkan 10 unit kedai jenis 1 1/2 tingkat dimana pembinaan kedai tersebut adalah bertujuan untuk membantu golongan bumiputera untuk menceburkan diri dalam perniagaan... kami telah meneliti masalah iaitu pembinaan paip yang tidak konsisten... dan pembinaan tersebut turut mengundang kepada masalah dalaman bangunan sendiri...

Anonymous said...

25/8/2008

Pukul 8.00am say atiba ke JJSB, hari ini kerani JJSB telah meminta bantuan saya untuk memasukkan data pembeli ke dalam fail laporan pembeli iaitu fail LAD syarikat JJSB dimana kebanyakan pembeli di kawasan yang terlibat ialah di Perak Selatan yang merangkumi kawasan Bidor, Changkat Lada, Klebang dan Ipoh. Pembeli di kawasan tersebut kebanyakan sudah menerima bayaran pampasan daripda pihak JJSB dan pembeli yang sudah menerima bayaran akan ditandai dengan warna pen 'highlight' oren dan bilangan pembeli yang sudah menyelesaikan pampasan dengan pihak JJSB akan dicatat dibahagian akhir jadual pembeli...

Pada pukul 5.oopm saya dibenarkan pulang...

Anonymous said...

26/8/2008

Saya tiba ke JJSB apda pukul 8.00am, pada hari ini saya telah mengikuti Encik Megat Ghazali melawat tapak projek yang terletak di Tengku Hussein, Manjoi dan di Kleabnag, Ipoh... Di kawasan Tengku Hussein, Manjoi saya telah melihat bahawa perjalan pembinaan projek masih lagi bergerak perlahan. Hanya terdapat tapak projek yang dibina dan terdapat lebih kurang 3 daripada 13 projek yang dibina mempunyai struktur tiang dan kebanyakan baki lagi belum siap sepenuhnya.5 projek lagi masih tergendala disebabkan oleh kerana di ganggu oleh penempatan haram bengkel di atas tanah PKPNk... Sebelu ini Encik Megat Ghazali telah mencadangkan agar memindahkan kawasan bengkel tersebut dengan persetujuan pemilik bengkel di kawasan lebih strategik namun masih lambat lagi tindakan yang diambil olah pemilik kedai tersebut...Say dan Encik Megat Ghazali telah melawat tapak proejek di Klebang di mana keseluruhan projek kini hampir 95% siap. Proses pemasangan bekalan elektrik dan air serta kumbahan najis sedang dibuat. Kini hanya tinggal proses pembinaan longkang dan jalan yang perlu dibina oleh kontraktor. Say ajuga telah turt serta dalam perbincangan antara Encik Megat dan pihak kontraktor dalam pembinaan kawasan projek tersebut...

Anonymous said...

27/8/2008

Seperti biasa saya tiba ke JJSB pada pukul 8.00am, awal pagi tiada tugasan bagi saya kerana kebanyakan daripada staf PKNP sedang menyaksikan raptai perbarisan hari kemerdekaan, dalam raptai tersebut terdapat beberapa jabatan kerajaan yang sedang menyertai perbarisan. Setelah selesai menyaksikan latihan perbarisan, saya telah membuat satu contoh jadual berpandukan kepada pembinaan projek premis yang lepas. Jadual tersebut telah memfokuskan kepada pembinaan projek berdasarkan point tertentu dan beberapa tahap. Kemudian saya telah membantu Encik Mohd Hizad untuk mencetak surat daripda memo yang digunakan oleh pihak JJSB dalam proses mahkamah kelak...

zulhilmi said...

Salam,

Apa khabar prof... alhamdulillah saya sudah bekerja tetap, berkahwin, anak seorang..
apa agaknya cerita kawan2 yg lain ye..

Unknown said...



Syukur Alhamdulillah......Tahniah Zul, semoga Allah merahmati kehidupan anda sekeluarga.