Thursday, May 15, 2008

SILA SAHKAN PENYELIAAN RASMI ANDA

Kepada mereka yang telah disahkan oleh Pusat Praktikum yang namanya adalah dibawah penyeliaan saya secara RASMI dalam portal dimohon memaklumkan kepada saya dalam ruangan 'comments' di sini. Mereka yang belum disahkan secara RASMI atau BERTUKAR kepada penyelia yang lain, tidak perlu memaklumkan kepada saya buat masa ini. Terimakasih.

Monday, May 05, 2008

BAGAIMANA MENJALANKAN KAJIAN SEMASA PRAKTIKUM ?

Apakah bentuk laporan praktikum ?



Anda perlu menjalankan penyelidikan bersifat Kajian Kes. Metodologi yang digunakan ialah participation observation. Kajian kes bermaksud kajian yang mendalam mengenai sesuatu lokasi, isu, tema atau persoalan kajian yang khusus. Participation observation bermaksud pengkaji berada bersama dengan subjek kajian dan merekodkan semua data tertentu dalam sesuatu tempoh.



Apakah yang hendak dikaji ?



Tema kajian anda ialah INOVASI PENGURUSAN. Anda perlu melihat bagaimanakah pihak pengurusan organisasi melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan secara kreatif dan inovatif untuk menambahkan kecekapan pengurusan untuk memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan organisasi.



Bagaimana hendak memulakan kajian ini ?



Anda perlu melaksanakan kajian ini berasaskan masa iaitu dalam masa 3 bulan, anda telah melakukan perkara-perkara berikut;



Bulan Pertama : 1. Menulis latarbelakang syarikat. 2. Menulis tentang latarbelakang jabatan anda ditempatkan.



Bulan Kedua : Menulis mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran jabatan anda .Contohnya anda ditempatkan di Bahagian Urusan Tanah di sebuah Pejabat Daerah, maka catatkanlah proses permohonan tanah, proses pertukaran hakmilik tanah dsbnya. Jika anda ditempatkan di Marketing Department, maka tulislah apakah strategi marketing, sasaran pelanggan dan cara-cara untuk urusan periklanan dsbnya.



Bulan Ketiga : Membuat analisa anda mengenai masalah, cadangan, komen sejauhmanakah berkesannya operasi pengurusan dan pentadbiran. Juga anda menjalankan temuduga dengan pegawai dan pelanggan tentang masalah dan ketidakpuasan hati mengenai syarikat. Berikanlah cadangan anda untuk menambahbaikkan proses dan urusan pentadbiran syarikat.



Apa yang anda perlu lakukan setiap bulan ?



Setiap hujung bulan anda perlu emailkan saya tulisan anda. Bulan pertama iaitu hujung bulan Jun anda telahpun menulis mengenai latarbelakang syarikat dan menghantar kepada saya untuk disemak. Bahagian ini anda boleh memecahkan menjadi 2 bab iaitu latarbelakang syarikat dan latarbelakang department tempat anda ditempatkan. Terpulang kepada kreativiti anda untuk mencipta setiap bab dengan topik yang menarik. JANGAN tulis laporan praktikum di akhir bulan ketiga atau keempat. PASTIKAN setiap bulan anda telahpun siap menulis setiap bahagian yang dinyatakan tadi.



SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA DALAM BLOG INI UNTUK MENDAPAT PENJELASAN LANJUT.

SELAMAT DATANG PELAJAR PRAKTIKUM BDM

Blog ini khusus untuk pelajar penyeliaan praktikum Prof Madya Dr Abd Halim bertujuan untuk mendapat bimbingan, panduan dan maklumbalas mengenai aktiviti praktikum yang dijalankan oleh pelajar program Pengurusan Pembangunan di seluruh negara.
Sila catat nama, matrik, organisasi dan lokasi praktikum anda dalam ruangan comments untuk tujuan rekod pentadbiran. Jangan lupa catatkan juga alamat email dan nombor handphone