Sunday, June 08, 2008

Maizatul Wahidar Binti Mohd Roslan


BELATI WANGSA (M) SDN BHD
No. 20, Jalan Dr. Nazrin Shah30250 Ipoh, Perak
Maizatul,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'

43 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum prof halim......
terlebih dahulu saya nak memohon ampun kerana terlambat menghantar laporan. kesukaran untuk mencari CC di sini menyebabkan saya tidak dapat menghantar laporan saya dengan lebih awal. ini kerana saya masih baru di sini. ini pun saya terpaksa mencuri sedikit masa di pejabat untuk menghantar laporan. sebelum ini saya tidak berpeluang langsung untuk berbuat demikian. mintak maaf banyak-banyak prof.........

Anonymous said...

Maizatul,

1. Ampun diterima.
2. Tulis dulu kat mana-mana kertas, bila dapat peluang buka internet,salin semula apa yg dilakukan setiap hari.
3. Teruskan bercerita agar dapat memberi gambaran kepada saya mengenai kajian yg sesuai untuk dilakukan.

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak prof......
saya akan cuba menghantar laporan dari semasa ke semasa.

Penerangan awal tentang saya di sini....
saya telah ditempatkan di Jabatan Pentadbiran & Hal Ehwal Korporat.
antara bidang tugas yang dirangka & dicadangkan kepada saya adalah seperti berikut:
a) Perundangan Syarikat
b) Membantu merekodkan p'belanjaan
Perubatan utk ibu pjbt & pjbt
kawasan
c) M'yemk & m'rkod Punch- card
d) latihan / kursus
e) merekod aset pjbat
f) membantu krj2 p'tdbran
g) membantu krj2 sumber manusia

Di syarikat ini, penyelia yang bertanggungjawab terhadap sgl tugs yang diberi ialah En. Badrudin (Penolong Pengurus). saya telah diletakkan di bwh pemerhatian beliau. setiap hari saya di suruh untuk membuat laporan kepadanya. tujuannya adalah spy beliau boleh guide sy di sini.

Selain itu, saya turut menerima arahan tugas daripada Pn. Ros (Eksekutif HEK) dan En. Megat (Eksekutif Sumber Manusia).

Anonymous said...

Prof......
mengenai laporan yang akan dihantar nnt. saya tidak pasti samaada nak memilih jabatan saya ditempatkan sebagai skop kajian. ini kerana berdasarkan pemerhatian tidak ada aspek kajian yang menarik untuk di kaji.

jikalau saya memilih untuk mengkaji jabatan lain...
adakah saya perlu menghantar latar belakang kedua-dua jabatan (termasuk jabatan saya ditempatkan) pada bulan pertama???

namun begitu, saya juga masih belum pasti. saya akan cuba meminta pandangan BOS saya mengenainya. dia mungkin dapat membantu kerana lebih arif mengenai perjalanan syarikat ini. lagipun BOS saya merupakan seorang yang mudah untuk di bawa berbincang...... saya akan cuba.
apa2 apa pun saya juga mahu meminta pndgn daripada prof.....

satu lagi....
maaf prof saya tidak dapat submit comment saya menggunakan nama sendiri coz saya terlupa password saya.

Anonymous said...

Untuk lebih selamat elok tulis latarbelakang kedua-dua jabatan. Nanti bulan depan kita decide yang mana satu untuk difokuskan.

TAK ADA APA YANG MENARIK UNTUK DIKAJI ??? Rajin rajinlah menceritkan kepada saya apa tugas yang dibuat setiap hari. Mungkin saya akan dapat gambaran apa yang menarik untuk dikaji.

Elok buka dan baca ruangan rakan-rakan lain dalam blog ini untuk mencari idea apa yang menarik nak dikaji. Baca juga jawapan-jawapan saya kepada mereka ttg apa yang dikatakan menarik untuk dikaji

Tak perlu password. Click Name/URL dan lepas tu, tulis nama. Jangan click Anonymous

Anonymous said...

hai ida..
semoga berjaya buat ko juga..

prof madya dr abd halim ahmad said...

Hai Ida,

Mengapa lama tak menulis ? Tak pergi kedai CC ke ?

Anonymous said...

sorry prof......
saya tak sempat nak menulis. Cuma curi-curi wktu pejbat je untuk hntr laporan. minta prof blh faham. lgpun sy x jmp pn lg cc kat cn.

tp prof jgn risau lepas 3 @ 4 ari ni saya akan selalu htrkan laporan sebab sy dah mskkan internet dlm laptop. cuma saya pelu installkan bberpa software spy dapat gn internet ni.

Anonymous said...

sepanjang minggu pertama.....
ni antara tugas yang saya lakukan.
pertama:
menguruskan fail-fail berkenaan iaitu fail cuti, penyata perubatan, invoice klinik panel, keselamatan dan kursus. oleh itu, segala urusan merekod dokumen-dokumen ke dalam fail berkenaan adalah di bawah tanggungjawab saya.

sepanjang berada di sini saya kerap diberi tugas bekaitan dengan keselamatan. segala surat-surat di bwh fail ini alkan ditaip oleh saya. boleh dikatakan sehingga hari ini, tugas utama saya di sini adalah menaip segala surat-surat yg berkaitan. selalunya segala surat-surat yang ditaip perlu di ulang taip untuk 2 salinan iaitu satu untuk ditunjukkan kepada pengurus operasi dan satu lagi untuk syarikat yang terlibat. antara contoh surat ialah mengenai perlantikan syarikat keselamatan di tapak projek, lanjutan tempoh perkhidmatan keselamatan bagi syarikat-syarikat yang terlibat. surat tuntutan kehilangan bateri dan barang dan sebagainya. malah surat yang dibuat ini sering dilakukan banyak pembetulan kerana formatnya perlu betul-betul memenuhi permintaan BOS saya.

kadang-kadang sedikit bosan kerana saya perlu menegok benda yang sama berulang-ulang kali. sedikit menguji kesabaran tp saya pikir positive. mst ada tujuan yang baik kannnnnnnn........

Anonymous said...

selain itu.....
saya juga diajar untuk mengira kelayakan cuti staf. oleh itu, staf-staf yang ingin memohon cuti akan memberi borang kepada saya untuk dikira.
sya turut diajar untuk mengira kos khidmat kawalan keselamatan. ini kerana segala invoice yang bekaitan perlu disemak oleh saya terlebih dahulu samaada terdapat kesalahan atau tidak sebelum ditandatangani. tetapi sehingga hari ini saya masih bluurrrrr..... selalunya saya akan terus merujuk kepada BOS sy aje. sangat sukar untuk difahami.

Setakat ni dulu prof. saya nak g rehat jap. nnt laporan lain akan menyusul kemudian. banyak keje lagi lepas ni....... huhuhuhu.

Anonymous said...

Laporan seterusnya pada minggu ke 2
masih melakukan tugas yang sama.
menaip surat-surat yang berkaitan, merekod dokumen-dokumen yang berkaitan ke dalam fail, mengira kelayakan cuti, menyemak invois dan sebagainya.

Anonymous said...

masuk minggu ke tiga...
beban kerja semakin banyak tetapi semakin banyak juga ilmu yang dapat dipelajari. tugas yang diberikan pada minggu ni juga sudah berbeza. dalam minggu ini saya banyak diberi tugas oleh pihak atasan untuk berurusan dengan pihak luar. dalam sehari banyak pnggilan telefon dibuat untuk mendapatkan maklumat yang diingini oleh pihak atasan. sebagai contoh menghubungi 10 pejabat kawasan untuk mendapatkan nama-nama mereka yang ingin memperbaharui kad CIDB. saya juga diminta untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci mengenai penggunaan nationwide yang dilihat telah meningkatkan pembiayaan syarikat di pejabat kawasan. selain itu, saya turut diminta untuk mendapatkan penjelasan mengenai penilaiaan pelajar praktikum pada pengurus kawasan di Alor Setar dan menelefon pensyarah KUIHTO tentang urusan pelajar praktikum di pejabat kawasan gerik dan banyak lagi. urusan dengan pihak luar membolehkan saya lebih memahami mengenai bagaimana proses sesuatu pengurusan dilakukan.

selain itu, saya turut diminta untuk menelefon pihak REAM untuk menguruskan pendaftaran untuk beberapa staf yang terlibat. bukan sahaja menguruskan pendaftaran tetapi segala surat yang berkaitan akan dibuat oleh saya. tugas berurusan dengan pihak luar membolehkan saya lebih memahami tentang proses sesuatu pengurusan itu dilaksanakan kerana tempat saya bekerja ini adalah ibu pejabat bagi lebih kurang 10 buah pejabat kawasan yang mana segala urusan di pejbt2 terbabit akan melalui ibu pejabat ini.

Anonymous said...

untuk pengetahuan prof....
dalam minggu ini jabatan saya ditempatkan sedang mencari syarikat keselamatan untuk menjaga mesin-mesin di 2 tapak projk yang terlibat. saya juga telah sama-sama terlibat dalam menguruskan hal tersebut. dari apa yang dibuat ini adalah antara proses yang terlibat.

pertama, saya telah diminta untuk menfaks pelan-pelan lokasi kepada beberapa buah syarikat keselamatan untuk mendapatkan sebut harga.selepas faks saya diminta untuk berurusan secara lisan untuk mendapatkan sebutharga dan diminta untuk memberi harga tawaran pihak syarikat. akan tetapi tugas berkenaan telah dilakukan oleh staf yang lain kerana saya bimbang tidak dapat melaksanakan tugas terbabit dengan baik. selepas itu saya diminta untuk menghubungi syarikat berkenaan untuk meminta diberikan keputusan dengan segera.

smasa tugas ini dilakukan saya telah dapat mendengar luahan hati seorang pengurus syarikat yang berurusan tentang ketidakpuasan hatinya kepada syarikat tempat saya bekerja. menurut katanya, syarikat ini sering berurusan pada saat-saat akhir dan menggesa supaya keputusan diberikan dengan cepat. ini akan memberikan masalah kepada mereka kerana proses untuk mencari pengawal keselamatan memerlukan masa. pihak mereka perlu betul-betul mencari orang yang sesuai supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini. ini kerana jika terdapat sebarang kehilangan dan kerosakan mesin, adalah menjadi tanggungjawab syarikat mereka sepenuhnya. hal ini adalah benar kerana minggu lalu sya telah diminta untuk membuat tuntutan kerugian kepada sebuah syarikat kerana telah menyebabkan kehilangan beberapa mesin di tapak projek.

kedua, selepas semua sebutharga diterima. pihak atasan akan berbincang untuk memilih syarikat keselamatan yang betul-betul memenuhi permintaan. selepas itu, pemberitahuan secra lisan akan dilakukan.

Ketiga, saya disuruh untuk membuat surat pelantikan dengan beberapa syarat yang sudah dipersetujui dan terus difaks kepada syarikat terbabit untuk ditandatangani. salinan yang original juga perlu dihantar bagi mengelakkan berlakunnya sebarang masalah.

seterusnya tanggungjawab sudah beralih kepada syarikat yang dilantik. akan tetapi sykt ini masih melantik seseorang untuk memantau keadaan disana jika terdapat sebarang masalah yang mungkin berlaku. sebagai contoh disebabkan keputusan yang diambil secara on the spot, pihak syarikat keselamatan yang dilantik tidak dapat nak menyediakan orang yang betul-betul dikehendaki sehingga terpaksa meminjam pengawal lain. apabila hal ini diketahui oleh pihak atasan saya, dia menyuruh saya menghubungi syarikat berkenaan untuk mendapatkan penjelasan dan meminta supaya dihantar pengawal syarikat itu sendiri.

Anonymous said...

prof......
dari apa yang saya tulis diatas mengenai proses mendapatkan pengawal keselamatan, boleh atau tidak saya gunakannya sebagai aspek kajian dalam laporan saya??????? atau sya perlu mencari aspek yang lebih menarik untuk dikaji.
saya memohon pandangn prof.....

Anonymous said...

menarik juga...sila perhalusi dan mendalami aspek tersebut

Anonymous said...

ok prof.....
sy akan cuba dapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai proses-proses yang terlibat dalam aspek berkenaan.

Anonymous said...

tugas ari ini dan beberapa hari yang lalu...
saya sibuk menguruskan satu mesyuarat berkenaan dengan pembantu pentadbiran.
buat pengetahuan prof mesyuarat berkenaan akan dilakukan di Langkawi. ini antara tugas-tugas yang dilakukan oleh saya:

pertama: menaip agenda mesyuarat dan topik perbincangan bagi semua jabatan yang terlibat. antara jabatan-jabatan yang terlibat ialah Jabatan Hal Ehwal Korporat, Jabatan Kewangan, Unit IT, Unit Mekanikal, Bahagian Kontrak Dan Perolehan dan Unit QA QC.

Kedua: Menaip senarai-senarai staf yang terlibat dalam mesyuarat.

Ketiga: saya juga diminta untuk mencari hotel di Langkawi untuk tujuan mesyurat terbabit dan untuk penginapan semua staf. oleh itu, saya cuba mendapatkan maklumat di Internet tentng hotel-hotel yang sering menganjurkan meeting2 besar. saya juga telah mendapatkan maklumat di Majlis Tindakan Pelancongan Langkawi untuk mendapatkan nombor telefon hotel-hotel yang berkaitan. seterusnya, pada hari ini saya menelefon hotel-hotel terbabit untuk meminta diberikan senarai sebut harga bagi meeting package.

lain-lain yang berkaitan akan menyusul selepas ini kerana saya telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala-gala yang berkaitan dengan mesyuarat terbabit.

Anonymous said...

prof mengenai latar belakang syarikat.
syarikat saya ni merupakan sebuah anak syarikat kepada Johawaki Sdn. Bhd, jadi sya ada masukkan secara ringkas maklumat mengenai Syarikat Johawaki ni. soalan saya boleh ke x???

laporan pertama masih dalam proses.
tetapi di jamin akan di hantar pada wkt yang tepat.

Anonymous said...

boleh apa salahnya

Anonymous said...

Saya dah terima mukasurat 42, masih ada lagikah files yg akan diemail ?

Anonymous said...

dah x der prof....smuanya ader 46 ms termasuk rujukan

mintak maap prof klau pjg sgt.

Anonymous said...

tugas untuk pg ni...

1) pembetulan senarai nm pembantu pentadbiran yang akan ke langkawi

2) taip senarai kenderaan yang akan dibawa dan pembahagian staff yg akan menaiki kereta. diminta untuk mencari budget berkenaan tol dan minyak dari Ipoh ke Kuala Perlis.

3)menaip senarai pemohon kat CIDB.

4)faks agenda mesyuarat ke Centry Hotel langkawi untuk mendptkan quoatition. tp pihak sn br je tel, kt package mesyuarat x ditawarkan. just utuk penginpn. tp kalau dpt kondo tu mmg boleh saf budget. sy dah pn bgtau kat majikan psl hotel tu dan sy tgk majikan mcm berminat jer. tup tup, td ditawarkan. malunye nk bgtau blik. wuahwuahwuah...

Anonymous said...

salam ida..
gudluck n caiyok2 kt ko..hehehe

Anonymous said...

salam prof... cam na ngan laporan pertama sy. dari ari tu lg sy tny. tp prof blom bg lg keputusannya. x ok ker prof???

Anonymous said...

tugas ari ni dan semalam....
msih lg berkisar pada tugas yang sama. tugas semalam....
menaip beberapa surat seperti:
a) Lanjutan tempoh kontrak untuk seorang staf yang bekerja sebagai pembantu tadbir

b) Pengesahan no pendaftaran majikan untuk PERKESO bagi tujuan projek laluan motor di Kolej Bukit Kachi uum.

c) Perlantikan sebagai pemangku setiausaha untuk seorang staff di pejabat kawsn Taiping kerana setiausaha terbabit telah mengambil cuti tanpa gaji (Cuti Bersalin).

d)memo pinjaman perumahan untuk diberikan kepada bahagian akauan bagi tujuan pembayaran

Anonymous said...

tugas pada hari ini...
menaip surat seperti berikut:

a) surat lanjutan kontrak untuk seorang staff di pejabat kawasan Alor Star.

b) melakukan pembetulan mengenai surat cadangan pengambilan kakitangan baru sebanyak lebih kurang 5x.

c) menaip offer letter untuk seorang kakitangan baru.

tugas-tugas lain selain menaip ialah mengemaskini segala invois syarikat keselamatan yang masih belum selesai. menelefon pejabat kawasan kangar untuk meminta surat pengesahan untuk kali kedua.sangat leceh. dah lama minta tp x bg2 jgk. sebab tu banyak invois yang masih boleh dibuat pembayaran. selagi ibupejabat tidak menerima surat pengesahan dari pejabat kawasan, selagi itulah tandatangan dari majikan tidak boleh diambil. dan kesannya pembayaran dibulan 4 dan 5 masih belum dibuat.

Anonymous said...

prof....
cam na ngan tajuk ke 2 laporan saya. sya masih blom dapat mencari tajuk yang betul-betul sesuai.

mengenai apsek pemilihan pengawal keselamatan yang saya terangkan sebelum ni. sy x pasti adakah tajuk tu betul2 memenuhi kehendak tajuk. adakah tajuk berkenaan betul2 dapat dikaitkan dengan inovasi pengurusan.

berdasarkan maklumat yang diperolehi, aspek ni hanya mengunakan cara pengurusan yang mudah je. x ade sebarang bentuk inovasi yang dilakukan untuk tujuan ini. just lakukan proses dapatkan syarikat keselamatan yang sesuai, dah pilih, syarikat terbabit akan jaga mesin-mesin di tapak projek, habis kerja buat pembayaran melalui invois yang diberikan oleh mereka. kadang-kadang berlaku masalah sebab cara pembayaran antara syarikat belatiwangsa ngan syarikat keselamatan tu x sama. syarikat peruntukan sejumlah wang ni tp kadang-kadang syarikat keselamatan tu akan minta pembayaran lebih. itu semua berlaku sebab cara pembayaran x sama dan tersilap menghitung ari bekerja. selalunya syarikat tempat sy bekerja ni akan minta diorang perbetulkan.

selain itu, kalau berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap mesin, syarikat akan minta ganti rugi. ganti rugi tu termasuklah mengira jumlah susut nilai, jumlah nilai semasa dan jumlah sebenar mesin-mesin tersebut. lepas tu diorang akan beri jumlah sebenar kerugian dan bukan sahaja minta diberi ganti rugi tetapi turut meminta surat penjelasan daripada syarikat keselamatan terbabit.

inilah maklumat terperinci yg saya perolehi lepas prof suruh saya perhalusi dan mendalami lagi aspek ni. dari apa yg saya ceritakan saya x nmpak sebarang bentuk inovasi pengurusan dalam aspek ni.

apa pendapat prof?????

Anonymous said...

prof....
cam na ngan tajuk ke 2 laporan saya. sya masih blom dapat mencari tajuk yang betul-betul sesuai.

mengenai apsek pemilihan pengawal keselamatan yang saya terangkan sebelum ni. sy x pasti adakah tajuk tu betul2 memenuhi kehendak tajuk. adakah tajuk berkenaan betul2 dapat dikaitkan dengan inovasi pengurusan.

berdasarkan maklumat yang diperolehi, aspek ni hanya mengunakan cara pengurusan yang mudah je. x ade sebarang bentuk inovasi yang dilakukan untuk tujuan ini. just lakukan proses dapatkan syarikat keselamatan yang sesuai, dah pilih, syarikat terbabit akan jaga mesin-mesin di tapak projek, habis kerja buat pembayaran melalui invois yang diberikan oleh mereka. kadang-kadang berlaku masalah sebab cara pembayaran antara syarikat belatiwangsa ngan syarikat keselamatan tu x sama. syarikat peruntukan sejumlah wang ni tp kadang-kadang syarikat keselamatan tu akan minta pembayaran lebih. itu semua berlaku sebab cara pembayaran x sama dan tersilap menghitung ari bekerja. selalunya syarikat tempat sy bekerja ni akan minta diorang perbetulkan.

selain itu, kalau berlaku sebarang kehilangan atau kerosakan terhadap mesin, syarikat akan minta ganti rugi. ganti rugi tu termasuklah mengira jumlah susut nilai, jumlah nilai semasa dan jumlah sebenar mesin-mesin tersebut. lepas tu diorang akan beri jumlah sebenar kerugian dan bukan sahaja minta diberi ganti rugi tetapi turut meminta surat penjelasan daripada syarikat keselamatan terbabit.

inilah maklumat terperinci yg saya perolehi lepas prof suruh saya perhalusi dan mendalami lagi aspek ni. dari apa yg saya ceritakan saya x nmpak sebarang bentuk inovasi pengurusan dalam aspek ni.

apa pendapat prof?????

Anonymous said...

prof....
saya ada juga bertanya kepada beberapa staf mengenai inovasi pengurusan yang boleh dikaji disitu. ada seorang staf ni mengesyorkan saya untuk mengkaji sistem failling kat situ. sistem faiilling ni bukan je handle semua fail di ibupejabat tetapi di 10 buah pejabat kawasan yang lain. menurutnya ada setengah sistem yang boleh dilihat oleh semua staf dan ada juga sistem fail yang hanya boleh dilihat oleh jabatan-jabatan tertentu sahaja...

soalan sy bolek ker saya mengkaji sistem ini dan menarik ker sistem ini untuk dikaji????? saya mohon pendapat prof. TQ

Anonymous said...

prof...
saya dah baca hajarul aswadnye comment. saya dah faham sikit.
maknenye, jika sesuatu pengurusan tu x der inovasi pengurusan, kita leh cari sendiri apa inovasi yang boleh dibuat. kalau sesuatu pengurusan tu ader masalah mesti ada inovasi yang boleh dibuat terhadap aspek berikut untuk menjadikan sesuatu pengurusan tu jadi lebih baik.

cam tu ker prof????. kiranye dalam aspek pemilihan pengawal keselamatan yang saya terangkan tu, saya boleh kemukan inovasi tertentu untuk membantu menyelesaikan masalah. contohnya selaraskan pengiraan pembayaran untuk semua syarikat keselamatan agar sama dengan cara pengiraan syarikat supaya tidak timbul lagi masalah pembayaran. betul x prof???? cam ni ker....

Anonymous said...

ari ini pegi keje cam biasa....
pkl 8.30 ader mesyuarat jabatan hal ehwal korporat. selalunya mesyurat ni diadakan setiap minggu pagi rabu. mesyuarat tamat pukul 10.00.

selepas tu, sy diminta untuk menggantikan tugas akak penyambut tetamu sbb akak ni dah dinaikkan pangkat jd pembantu tadbir. so ari ini dia minta saya ganti tempat sbb nak blajer serba sedikit tentang tugas yang akan dilakukan nnt.

dalam pkl 12.00, saya sambung buat kerja balik. saya membantu en. megat untuk merekodkan beberapa dokumen ke dalam fail seperti temuduga, KWSP, tabung kebajikan dan sebagainye

selepas rehat saya menaip surat tentang cadangan pengambilan pemandu baru di bukit kachi uum, sintok. tugas lain yang dilakukan ialah fotostst beberapa dokumen yang diberikan oleh puan ros. kemudian merekod lagi beberapa dokumen ke dalam fail berkaitang. ambil masa lm juga sbb proses nak cari fail sgt rumit. kadang-kadang fail yang dicari x jumpa sbb tak tau sapa yang amik.

hari ini saya balik lmbt ckit sbb puan Ros minta bantu dia dlm proses pengiraan kerja lebih masa untuk pembayaran gaji. pukul 7 baru balik rumah

Anonymous said...

maaf prof dlm bebrapa hari ini x wat laporan.
sya baru baik dari demam panas. 2 hari dapat mc.balik je pejabat kerja bertimbun-timbun kena buat. sampai sekarang saya masih x dapat nak cari maklumat berkenaan dengan laporan kedua. malah tajuk pun masih tercari-cari. saya dah makin risau ni prof....masalahnya sekarang saya x ada peluang langsung nak cari maklumat. dah tanya pada beberapa staf department tapi diorang pun x tau nak suggest aper....cam na ni prof????

Anonymous said...

tugasan semalam....
macam biasa, awal pagi meeting deparment. lepas tu sambung kerja dengan menaip surat-surat perlantikan untuk 3 orang kakitangan baru. selain itu, turut menaip surat cadangan untuk en razif bagi pengambilan kakitangan baru di Pejabat Kawsan sitiawan.

lepas rehat, print semua surat yang dibuat sebanyak dua copy. filling dokumen..... seterusnya taip surat untuk pembayaran dibeberapa agensi seperti:
1) bank rakyat
2) pinjaman perumahan
3) zakat di penang, kedah dan perak
4) tabung haji
5) lembaga hasil dalam negeri
6) JKR quartes
7) bebrapa individu yang terlibat.
kesemua surat akan dihantar ke jabatan akauan untuk proses pengeluaran cek. selain itu turut menggantikan kak yati di tempat penyambut tetamu bagi menjawab panggilan masuk

Anonymous said...

tugas untuk ari ini. masuk je pejabat menaip surat cadangan perlantikan kakitangan kontrak sebagai kakitangan tetap. pastu buat pembetulan untuk bebrapa kesalahan bagi surat perlantikan yang dibuat semalam. terpaksa print balik kesemua surat. seterusnya filling dokumen....update nama kakitangan baru kedalam komputer.

lepas rehat, key in no KWSP dan tarikh kemsukan pekerja yang terlibat dengan sukan kerja raya ke dalam komputer. selain itu menaip bebrapa pembetulan untuk surat cadangan pekerja tetap yang dibuat pagi tadi. mmelakukan pembetulan sebanyak 3 kali.

Anonymous said...

tugas untuk ari ini. masuk je pejabat menaip surat cadangan perlantikan kakitangan kontrak sebagai kakitangan tetap. pastu buat pembetulan untuk bebrapa kesalahan bagi surat perlantikan yang dibuat semalam. terpaksa print balik kesemua surat. seterusnya filling dokumen....update nama kakitangan baru kedalam komputer.

lepas rehat, key in no KWSP dan tarikh kemsukan pekerja yang terlibat dengan sukan kerja raya ke dalam komputer. selain itu menaip bebrapa pembetulan untuk surat cadangan pekerja tetap yang dibuat pagi tadi. mmelakukan pembetulan sebanyak 3 kali.

Anonymous said...

tugasan ari ni...
masuk je, diminta untuk buat satu surat perlantikan untuk seorang kakitangan baru yang berjawatan penyelia rendah am....
pastu wat filing document ke dalam fail zakat, pinjaman perumahan, memo dan sbgnya. fotostat beberapa dokumen diperlukan seperti borang peribadi kakitangan, borang kesihatan, borang maklumat terkini kakitangan.semuanya difotostst dengan 5 salinan. turut fotostat cek-cek elauan untuk budak praktikum untuk dimasukkan ke dalam fail kursus. pastu turut menyemak invois klinik-klinik panel untuk mendapat pengesahan budget.

selepas rehat, cari fail pinjaman perumahan 2007 di dalam stor untuk update resit-resit sepanjang tahun 2007 ke dalam satu fail. selain itu, turut mengira kelayakan cuti untuk staff yang ingin mengambil cuti. seterusnya, menyiapkan analisa perbandingan mengenai syarikat konsesi. telefon kebeberapa syarikat yang terlibat untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti bilgn staf tetap, kontrak dan pakej. meneruskan menaip surat permohonan bantuan untuk kakitagn yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. kakitgn tersebut meminta bantuan dari segi kewangan. seterusnya faks borang cuti ke pejabat kawasan langkawi. sya turut diminta untuk membantu puan ros dalam proses mengira overtime kakitgn. tugas lain ialah mengemaskini segala fail peribadi kakitangan-kakitanagan yang baru masuk bekerja.

Anonymous said...

tugas semalam...
datang pejabat cam biasa. mula tugas dengan filing dokumen ke dalam fail. fotostat beberapa dokumen yang diperlukan oleh en megat dan pn ros. selain itu menaip memo surat untuk pinjaman perumahan pada bulan julai. membuat pembetulan mengenai surat pemohonan bantuan untuk melanjutkan pelajaran seorang staf. selepas itu, ambil peluang untuk mencari maklumat berkaitan dengan laporan kedua.

selepas rehat..... terus cari maklumat mengenai laporan kedua. pastu filing dokumen. fotostat resit-resit pinjaman perumahan sepanjang tahun 2007 untuk dikemaskinikan ke dalam satu fail. seterusnya update ke dalam fail.

Anonymous said...

tugasan ari ini.....
cam biasa, tiap-tiap hari rabu ada meting deparment. hari ini meting tamat lambat sebab ada byk isu-isu berbangkit. contohnya pasal displin kakitgn, masalah peralatan pejbt, masalah pejabat kawasan, keadaan semasa syarikat dan byk lagi. meeting abis dalam pkl 11. pastu sambung kj dengan mengira kelayakan cuti beberapa orang staf. pastu dipertanggungjawabkan untuk mengutip duit daripada staf department untuk membeli buahtangan bagi melawat salah seorang staf yang dimasukan ke hospital. filing dokumen....

selepas rehat, diberikan tugasan luar. diminta oleh majikan untuk servey beberapa tempat kem bina negara di daerah gopeng untuk tujuan mengadakan satu kursus bagi kkitgn yang berjawatan pembantu tadbir dan penyelia pada bulan 8 nnt. sempat pergi dua tempat iaitu di gunung tempurung dan Chalet Gopeng untuk meminta quatation dan melihat keadaan sekeliling. pukul 5.30 sampai ofis n terus punh card balik......

Anonymous said...

ari khamis minggu ini....
pada awal pagi, diminta oleh en din untuk mengemas dan membersihkan stor. saya dengan seorang lagi pljr praktikum yang baru masuk diminta spy membersihkan bilik stor pada setiap pagi selama 1 jam dan pada watu petg setengah jam. selepas mengemaskan stor berehat sekejap kat pentry. pastu smbg tugasan harian. mula-mula mengisi borang kelayakan cuti untuk En Din, En Megat dan Pn Ros. seterusnya mencari borang cuti yang diperlukan oleh en rihan iaitu pengurus kawasan Sitiawan dalam fail. selepas itu, telefon sitiawan untuk mengetahui tentang status fak di sana, di sampnig itu, ambil kesempatan bertanya tentang borang cuti en rihan yang tidak dijumpai dan bertanya tentang status lesen GDL en jamal. kemudian diminta oleh pembantu tadbir disana untuk menelefon taiping kerana borang cuti selalunya diemailkan kepada pejabat kawasan taiping sebelum difax ke ibu pejabat. selepas itu, sambung menaip surat pelantikan en jamal sebagai ketua PRA.

selepas rehat, sambung kj dengan menaip surat pelantikan en khalib sebagai operator grader. kerja-kerja sampingan filing dokumen ke dalam fail2 yg berkaitan seperti fail penyenggaran pejabat, fail peribadi kakitgn, fail pelantikan dan sebagainya fotostst, mengganti penyambut tetamu....

Anonymous said...

ari ini, jumaat....
awal2 pagi bersih dan kemaskan stor selama 2 1/2 jam. pastu rehat kat pantry....sambung kj dengan menaip surat perlantikan en khalib. pastu ambil sedikit masa untuk mencari maklumat mengenai laporan kedua.

selepas rehat, menolong pn ros untuk menyiapkan slip gaji. bantu memotong slip2 gji kakitgn. seterusnya menyemak invois klinik panel dr mahadzhir dan merekod bil perubatan bulan julai untuk pejabat kawasan kangar kedalam fail. selain itu, filing dokumen

Anonymous said...

maaf prof....
dah lama x update ruangan saya ni. saya pn x sempat nak siapkan laporan ke 3 selain x tahu benda pa nak dibuat.

selama 2 minggu yang lepas, majikan memberi peluang kepada saya untuk mengikuti team audit ke semua pejabat kawasan. saya dihantar dengan tujuan untuk mengutip pengalaman dan mempelajari mengenai bagaimana proses audit dilakukan

selama 2 minggu saya berpeluang ke 10 pejabat kawasan bermula dari pejabat kawasan gerik, tapah, alor star, langkawi, kangar, pulau pinang, kulim dan yang terakhir sitiawan. macam2 benda yang saya dapat pelajari hasil dari mengikuti team audit syarikat ini terutama dari segi proses filling.
audit ini juga membantu saya untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci mengenai sistem failing yang dipraktikkan di dalam syarikat ini.

Anonymous said...

serba sedikit mengenai aktiviti audit yang dilakukan.....

seramai 6 orang staf yang berjawatan eksekutif (setiap seorang mewakili jabatan masing-masing) telah dihantar untuk mengaudit atau menyemak segala fail yang digunakan di pejabat kawasan. semua fail yang berkaitan dengan akauan, operasi, pentadbiran akan disemak oleh staf yang dihantar. tujuannya adalah untuk memastikan keseragaman / penyelarasan sistem fail di setiap pejabat kawasan adalah sama dengan failing index yang dikeluarkan di HQ.

hasil dari proses audit ni, pelbagai masalah yang telah dikenalpasti disetiap pejabat kawasan. selain itu, proses audit bukan hanya menumpukan kepada aspek fail tetapi turut tertumpu kepada aspek lain sebagai contoh, kenderaan, stor, aset pejabat, persekitaran pejabat dan lain-lain lagi. segala kesalahan yang dikenalpasti akan diberitahu dan diarahkan untuk diperbaiki melalui penutupan mesyurat selepas berakhirnya proses adit.

Anonymous said...

02/09/2008, bulan terakhir.......

datang ofis cam biase. tapi ari merah lagi. memulakan tugas dengan membuat surat cadangan perlantikan untuk beberapa kakitangan baru bagi ditunjukan kepada ketua pegawai operasi. selepas itu, menaip surat perlantikan bagi kakitangan baru. dibuat dengan beberapa pembetulan. terdapat lebih kurang 7 helai surat yang diprint balik. da je yang x kena dengan surat dibuat.

lepas rehat, wat filing untuk beberapa dokumen. selepas itu, diarahkan untuk buat sistem penjadual keselamatan pada hari raya untuk semua Pejabat Kawasan.
rasa2 nye samapai balik kot buat jadual ni. sebab banyak yang kena buat.

selesaiiiiiii