Sunday, June 01, 2008

Rudiyansah Bin Thamrin

Majlis Perbandaran Tawau
Peti Surat 41291007 Tawau, Sabah

Rudi,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'

73 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.. Saya Rudiyansah Bin Thamrin (68662). Pelajar praktikum di bawah seliaan Prof.. saya minta maaf atas keterlambatan saya melapor diri dengan Prof kerana saya baru sahaja tau tentang blok ni daripada Atiqah iaitu pelajar praktikum Prof

Anonymous said...

Untuk Pengetahuan Prof. saya telah melapor diri di Majlis Perbandaran Tawau pada 02JUN dah telah mula bertugas keesokan harinya.. Dan jadual kerja saya dapat pada 03JUN. Saya ditugaskan diseluruh jabatan dalam Majlis Perbandaran Tawau dan pertukan jabatan pada setiap minggu.

Anonymous said...

Assalamulaikum Rudie...

Welcome to this blog...selamat berpraktikum n good luck!!(",)

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..
Jadual saya kat Majlis Perbandaran Tawau tidak kekal dan hampir setiap minggu kna tukar ke jabatan yang lain...
Alasan mereka cuma nak bagi saya rasa semua jabatan walaupun jabatan tersebut tidak berkaitan.....
Tapi saya tak kisah....
Namun hal tersebut akan menyukarkan saya dalam mengumpul maklumat dan menyukarkan untuk saya mnguasai kemahiran di setiap organisasi..

Saya nak minta pendapat Prof..
sekian terima kasih

prof madya dr abd halim ahmad said...

Kumpul setakat mana yang terdaya. Yang penting semuanya dicatat dalam blog ini seperti atiqah buat catatan. Catatan seperti sebuah cerita pendek adalah yang menarik. Teruskan menulis

Anonymous said...

Terima kasih Prof...
Saya akan kumpulkan semua bahan dan akan sentiasa memberikan laporan dari semasa ke semasa

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.
Berikut merupakan Jadual
Penempatan Latihan saya di
Majlis Perbandaran Tawau

02/06/2008-06/06/2008
Pejabat Am

09/06/2008-20/06/2008
Unit Fail

23/06/2008-27/06/2008
Bahagian Harta Benda

01/07/2008-07/07/2008
Bahagian Undang-Undang

08/07/2008-11/07/2008
Bahagian Penguatkuasa

14/07/2008-18/07/2008
Unit Perlesenan

21/07/2008-25/07/2008
Bahagian Perbendaharaan

28/07/2008-01/08/2008
Bahagian Perhubungan Awam

04/08/2008-22/08/2008
Bahagian Pembangunan Luar Bandar

25/08/2008-29/08/2008
Unit Letrik

01/09/2008-05/09/2008
Unit setinggan

08/09/2008-30/09/2008
Bahagian Kejuruteraan

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..


Ini merupakan pengalaman hari kedua saya di Majlis Perbandaran Tawau...
(salinan dari buku log)

Pada minggu pertama saya di tugaskan di Pejabat Am Bahagian Pentadbiran...
Suasana pejabat agak sibuk dengan aktiviti
1. Penilaian semula bagi pergerakan gaji kakitangan Majlis Perbandaran Tawau.
2. Penilaian prestasi pekerja.
3. Pengesahan kakitangan.

Keadaan pejabat agak sesak. Keadaan pejabat yang kondusif dan suasana kerja yang baik diantara kakitangan. Namun kekurangan fasiliti pejabat seperti komputer membuatkan kakitangan berkongsi komputer.

Dalam Pejabat Am saya ditugaskan untuk menaip surat pengesahan kakitangan dan juga membuat salinan dokumen..

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.
sepanjang minggu pertama saya di bahagian Pejabat Am Majlis Perbandaran Tawau melakukan hampir perkara yang sama sahaja dan layanan yang baik diantara kakitangan terhadap saya juga baik serta suasana kerja yang kondusif dapat terjalin

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Masuk Minggu Ke-2(09/06/2008)

Saya telah dipindahkan le unit fail.
Pada hari pertama saya telah melapor diri ke unit fail dan telah pun memulakan tugas saya serta merta di unit fail..

Tugas Unit Fail:
Membuat satu sistem klasifikasi perkara yang teratur dan sistematik untuk kumpulan rekod-rekod "housekeeping"(rekod pentadbiran dan penyelenggaraan). Penyusunan fail mengikut pembahagian/pengelasan perkara yang telah ditetapkan..

Bahagian Unit Fail memberikan saya tugas seperti berikut:
1. Membuat catitan semua surat dan dokumen kakitangan ke dalam bentuk folio.
2. Menyusun Folio.
3. Membuat Salinan Dokumen..

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Dalam minggu kedua saya melakukan tugas yang sama..
Keadaan pejabat menjadi semakin sibuk dari semasa ke semasa dan saya telah dapat menyesuaikan diri dengan suasana pejabat dan suasana tugas di Unit Fail.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Teruskan menulis Rudie, saya membacanya selalu...

Anonymous said...

Masuk minggu ketiga..

Minggu ni saya masih di unit fail dan tugas yang di berikan kepada saya tetap sama..
Saya semakin menguasai tugas yang diberikan...

Prof,
Saya nak tanya tentang laporan yang perlu submit ujung bulan ni..
Saya ditempatkan di Majlis Perbandaran Tawau dan segala maklumat mengenai latar belakang organisasi hanya boleh didapati di laman web Majlis Perbandaran..
Maklumat lain tiada disimpan di dalam pejabat..
Oleh yang demikian, apa yang menjadi masalah ialah untukmendapatkan latar belakang setiap bahagian yang Majlis Perbandaran Tawau berikan kepada saya. Maklumlah saya ditempatkan hampir kesemua jabatan..

Saya meminta jaga baik Prof untuk memberikan pandangan serta garispanduan tentang masalah saya..
Sekian dan terima kasih

Anonymous said...

Tulislah serba sedikit semua bahagian. Kalau ambil dalam internet jangan copy and paste sebab itu plagiat namanya. Tulis ayat sendiri. Juga tulis pemerhatian sendiri urusan pentadbiran di lokasi yang telah ditempatkan.Kalau ada maklumat detail,jadikan sebagai LAMPIRAN.

selamat menulis

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Terima Kasih Prof.
Hari masuk hari ke dua dalam minggu ke tiga. Ketua Unit Fail dan seorang pekerja dalam unit fail terlibat dalam satu Taklimat Sistem Maklumat Anggota Perkhidmatan Awam di Kota Kinabalu..
Keadaan pejabat menjadi semakin sibuk dan kerja kakitangan yang mengikuti Taklimat Anggota Perkhidmatan Awam di Kota Kinabalu diambil alih oleh kakitangan syarikat yang lain..

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Prof hari ini saya telah hantar proposal untuk latar belakang organisasi ke email prof.
Diharap prof dapat memberikan maklumbalas mengenai proposal itu agar saya boleh memperbaikinya...
Sekian terima kasih

Anonymous said...

Masih tak sampai laporan rudie. Jangan guna zshare, gunakanlah email dgn click attachment.

Mengapa rudie tak pandai guna attachment dlm email ????

Anonymous said...

Assalamualaikum prof
saya da send prof.
abdhalim@uum.edu.my

da banyak kalai saya cuba prof

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.
Masuk minggu ke-4.

Pada awal pagi saya telahpun melapor diri dengan ketua jabatan harta benda iaitu encik Joseph Pang.

Saya telahpun dimaklumkan berkenaan latar belakang dan aktiviti bahagian harta benda.

Aktiviti jabatan harta benda meliputi pengurusan harta benda milik Majlis Perbandaran Tawau. Pengurusan adalah meliputi bangunan-bangunan milik Majlis Perbandaran Tawau seperti
- Dewan Masayarakat Tawau
- Rumah-rumah Projek Perumahan
Rakyat(PPR).
- Tanah lapang termasuk kaki lima
dan tempat meletak kenderaan
- Bangunan pasar besar Tawau
- Pengurusan stadium Tawau
- Inventori harta-harta milik
Majlis Perbandaran Tawau
- Menguruskan insuran serta cukai
jalan kenderaan milik Majlis
Perbandaran Tawau

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Rudie..attach prob?
pki mail yahoo...klik compose..type add prof..tajuk awk...then clik attach file..pastu die kua attach files..awk browse doc awk..tunggu sampai die selesaikan proses attaching files then click sent..selesai....
huhuhu..itu je cr sy tau..

g00d luck mate!!!

Anonymous said...

Rudie,

saya masih belum terima laporan anda. masih belum tahu buat attachment ?

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Saya da tau buat attachment dan saya akan hantar secepat yang mungkin prof.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Sepanjang minggu keempat ini, banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan hampir setiap hari saya dipanggil ke bahagian pembangunan luar bandar untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka berkenaan perisian Auto CAD 2007 seperti yang saya telah pelajari di UUM.
Untuk pengetahuan Prof, kerja-kerja melukis pelan di Majlis Perbandaran Tawau adalah manual dan mereka meminta saya untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Untuk pengetahuan prof, saya baru sahaja attach laporan pertama saya p email prof.

Harini adalah hari terakhir dalam minggu keempat saya praktikal di Majlis Perbandaran Tawau. Keadaan pejabat pada pagi ini sedikit lengang kerana mesyuarat.

Anonymous said...

a'kum die..ak kt sni ok je..mcmne hg kt sna..suma ok ka..report dh spai mana..ak baru nk mula wat..adala skit2

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Saya telah pun attach laporan pertama Latar Belakang Majlis Perbandaran Tawau p email prof semalam

Anonymous said...

Assalamualaikum..

hi rudie...
ape kabo tawau?
heheheh..
saya dekat sini alhamdulillah..semuanya ok..

penerimaan staff ok..staf sumenye baik..kebanyakkannya dah veteren2..
saya antara yang termuda kat situ..ok la..

kerja pon ok..saya lebih banyak buat kerja-kerja perkeranian..tapi saya ne kaki nyebok + kaki kepoh..saya buat-buat tanya ape2 yg patut..maklumla..kitakan orang baru..saya anggap..derang tak brape nak bagi kerja yang serius sbb freshie lagi..erm..tapi,kalo tak nyebok2..tak kepoh2..derang mesti tato nak dedahkan kita ape2..hehehe

bulan tujuh ne saya ke unit kewangan pulak..pray 4 me mate!!hehehe..semoga saya akan banyak didedahkan lagi dengan ape2 perkara yang patut..hehehe..

banyak bebel lak..(",)v..
awak plak ape citer? dah masuk bulan 2 ne..report ari tu ok?harap okla ye..saya still keliru-keruli nak bt draf neh..pape idea..share lah!!..huhuuhu

Take care n gud luck!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof...

Masuk minggu ke-5.

Pada awal pagi saya telah pun melapor diri dengan ketua Jabatan Undang-Undang iaitu puan Norhayati Binti Amat.

Setelah itu keadaan pejabat lengang kerana semua kakitangan dari setiap jabatan MPT mengikuti takliamat berkenaan opsyen pencen kakitagan awamn ke-58 tahun...

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Petang tadi saya telah didedahkan tentang aktiviti Bahagian Undang-Undang iaitu meliputi:-

-perjanjian-perjanjian yang melibatkan Majlis Perbandaran Tawau (Projek Perumahan Rakyat bersepadu, Usahasama, Kontrak Penswastaan, Penyewaan Gerai dan Pasar, cukai pintu dan saman cukai pintu).

-menguruskan laporan disiplin kakitangan.

-menguruskan laporan orang awam seperti gangguan persekitaran kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Tawau.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Untuk pengetahuan Prof,
saya baru sahaja attach laporan latar belakang Majlis Perbandaran Tawau yang telah diperbaiki p email Prof..

Hari ni masuk hari ke-3 dalam minggu ke-5 saya praktikum di MPT.
Sepanjang di bahagian undang-undang iaitu minggu ini, kerja-kerja di bahagian undang-undang agak meletihkan...
Selain saya dilatih dengan latihan pengurasan kerja di bahagian ini, saya juga ditugaskan sabagai budak penghantar surat di seluruh jabatan..
Walaupun begitu, saya masih lagi mampu untuk menguruskan semua kerja pejabat tapi setiap hari apabila saya balik ke rumah saya akan keletihan dan kadang kala terus 'landing' sampai keesokan harinya...

Kerja di bahagian Undang-undang sangat mencabar dan mungkin ini merupakan pendedahan langkah awal ke alam realiti pekerjaan yang sebenarnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof...

Masuk minggu ke-6..
Pada minggu ini saya bertugas di bahagian penguatkuasa.

Pada hari pertama,
Awal pagi saya pergi ke bahagian penguatkuasa untuk lapor diri namun ketua bahagian bercuti.
Pada hari pertama saya telah pun mula bertugas. Sambutan semua kakitangan adalah baik dan saya telah didedahkan sedikit sebanyak berkenaan bahagian ini.

amri said...

salam bro...

kau mcmana kat sana...???
aku blur kat sini sb keja pun kurng ...hahaha...apala nasib..

Anonymous said...

Assalamualaikum prof,

saya nak tanya mengenai tugasan kedua.

berkenaan dengan operasi jabatan yang saya di tempatkan.
Buat masa ni saya baru ditempatkan di 6 bahagian daripada 9 bahagian secara keseluruhannya..
Jadi yang menjadi masalah,saya blum dapat menyempurnakan kesemua operasi jabatan dan untuk pengetahuan prof, setiap jabatan mempunyai banyak pembahagian tugas contohya bahagian harta benda...
Aktiviti jabatan harta benda meliputi pengurusan harta benda milik Majlis Perbandaran Tawau. Pengurusan adalah meliputi bangunan-bangunan milik Majlis Perbandaran Tawau seperti
- Dewan Masayarakat Tawau
- Rumah-rumah Projek Perumahan
Rakyat(PPR).
- Tanah lapang termasuk kaki lima
dan tempat meletak kenderaan
- Bangunan pasar besar Tawau
- Pengurusan stadium Tawau
- Inventori harta-harta milik
Majlis Perbandaran Tawau
- Menguruskan insuran serta cukai
jalan kenderaan milik Majlis
Perbandaran Tawau...
Yang menjadi masalah disini ialah adalah perlu saya menulis prosedur setiap satu daripada setiap tugas dalam jabatan....
Maklum balas prof sangat la diharapkan..

Anonymous said...

Assalamuaikum Prof…
Saya minta maaf kerana lewat hantar comment dengan prof…
Yang sebenarnya broadban dsini ada masalah dan stiap kali saya nak online saya akan p cyber cafĂ©…
Dan saya juga kurang mengikuti perkembangan terbaru blog iniiaitu saya masuk ke blog yang lama iaitu
Blogpraktikum.blogspot.com
Dalam blog tersebut saya tidak dapat buka apa-apa dan mujurla Atiqa yang memberikan saya maklumat terbaru melalui telefon setelah dkat 2 minggu saya cuba masuk blog yang lama…
Namun begitu saya juga ada membuat catatan laporan sepanjang saya tidak menghantar laporan terus p blog prof….

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof, berikut merupakan catatan saya ketika berada di unit penguatkuasa…
Sambungan daripada laporan pada hari pertama di bahagian penguatkuasa..
Rangka kerja bahagian penguatkuasa meliputi menguatkuasakan peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah digariskan oleh PBT dan PBN dari semasa ke semasa iaitu meliputi 5 bahagian iaitu:-
i. Unit Kawalan Bandar
ii. Unit Anti Litter
iii. Pentadbiran
iv. Unit Rantai Kereta
v. Unit Pemusnah
Keadaan pejabat agaksibuk pada waktu pagi dengan operasi dan menguruskan barang tangkapan.

Anonymous said...

Laporan Hari Kedua di Unit Penguatkuasa

Pada hari ini saya telah pun melapor diri kepada Timbalan Setiausaha Operasi (TSUO)iaitu encik Ghani dan saya telah pun disambut dengan baik..
Pada pukul 10pagi, saya telah dipanggil untuk menyertai operasi besama TSUO ke Taman Cyntia dan Taman Amber Park untuk membuat pemeriksaan dan memberikan notis dalam operasi.
Pada ini keadaan pejabat agak sibuk sepanjang hari….

Anonymous said...

Laporan hari ke-3 dan ke-4 di bahagian Penguatkuasa

Pada hari tersebut, terdapat beberapa kakitangan bahagian penguatkuasa yang mengambil kerja lebih masa untuk memantau penguatkuasaan Bandar selepas pukul 5 petang.

Dalam hari tersebut juga, bahagian Pentadbiran telah mendapat satu surat daripada kementerian yang meminta bahagian penguatkuasa untuk membuat target bagi setiap saman yang dibuat untuk tempoh berakhir satu bulan.

Terdapat banyak barang telah dirampas oleh bahagian penguatkuasa dalam operasi mereka.

Untuk pengetahuan prof juga, saya telah dipanggil untuk mengikuti latihan bola tampar bersama kakitangan MPT. Hal tersebut kerana Organisasi MPT ingin mengadakan sukan dalam Organisasi mereka.
Dan saya telah pun mengikuti latihan bola tampar bersama mereka pada malam hari ke-tiga dalam minggu ke-5 saya di MPT

Anonymous said...

Laporan Hari Ke-5 bahagian Penguatkuasa.

Keadaan pejabat agak tenang sepanjang hari dan terdapat beberapa panggilan orang awam melalui telefon yang membuat aduan tentang salah parking…
Satu jamuan telah dibuat oleh kakitangan bahagian Penguatkuast untukmengenang jasa seorang kakitangan yang mendapat tawaran untuk bekerja sebagai inspector polis dan berhenti daripada kerja di Majlis Perbandaran Tawau…
Terlihat disini, setiap kakitangan di bahagian penguatkuasa mempunyai hubungan yang erat dan suasana diantara mereka yang harmoni…

Hari ini saya balik diminta untuk menyertai pasukan bola sepak MPT dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan bola sepak guru-guru..

Anonymous said...

Assalamialaikum Prof…

Hari ini merupakan hari yang pertama dalam minggu ke-7
Pada waktu pagi saya telah pun melapor diri di Unit Perlesan dan saya telah pun disambut baik oleh ketua pegawai perlesenan..
Saya ditempatkan di bahagian kaunter perlesenan dan tugas saya adalah seperti berikut
i) pengurusan permohonan baru/pembaharuan lesen operasi
ii) meliputi pengurusan permohonan lesen berjaja/gerai pasar dan pengurusan permohonan pembaharuan lesen gerai berjaja.

Anonymous said...

Laporan hari ke-2 dalam minggu ke-7 saya di MPT (Unit Perlesenan)

Untuk pengetahuan Prof,
Pada hari ini bahagian kaunter agak lengang sepanjang hari. Keadaan ini adalah disebabkan cuaca pada hari ini kurang baik iaitu hamper sepanjang hari hujan lebat. Oleh yang demikian, cuaca sebegini tidak memungkinkan untuk orang awam berurusan dengan kaunter unit perlesenan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,
Laporan hari ke-3 saya di Unit Perlesenan..
Pagi ini keadaan kaunter agak sibuk dengan kehadiran pihak awam dan untuk pengetahuan prof, pada petang ini saya diminta untuk menyertai MPT dalam perlawanan persahabatan bola sepak.
Pada waktu malam pula, saya dipanggil untuk mengikuti latihan bola tampar bersama MPT.

Anonymous said...

Prof, saya ingin meminta izin prof agar membenarkan saya agar memohon kepada penyelia saya di MPT untuk menetapkan saya di Bahagian Pembangunan Luar Bandar sehingga tarikh akhir praktikum.
Hal ini adalah kerana saya ingin pengkhususan dalam unit agar dapat memudahkan saya dalam menguasai sesebuah keja di setiap jabatan dan Bahagian Pembangunan Luar Bandar juga merupakan bahagian yang mempunyai hubung kait dengan bidang saya.

Penempatan yang sering berganti setiap minggu akan menyukarkan saya untuk menguasai setiap bahagian dan belum sempat saya menguasai kerja sesebuah bahagian, saya telah pun bertukar ke bahagian lain..

Saya berharap agar saya akan ditempatkan di satu bahagian sahaja sehingga saya menamatkan praktikum saya..

Sekian dan terima kasih. Maklum bakas daripada prof amatlah diharapkan…

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Pada minggu ke-7 iaitu hari ketiga, saya telah pun berjumpa dengan penyelia saya d MPT iaitu Puan Maria Mukeri untuk meminta izin agar saya dapat ditempatkan di bahagian yang berkaitan Pembangunan..
Permohonan saya telah diluluskan dan saya telah pun meminta jasa baik beliau untuk menukar jadual saya ke bahagian pembangunan bandar dan luar bandar dan juga ke bahagian kejuruteraan.
Hal ini adalah kerana, saya ingin mempraktikkan apa yang telah saya pelajari di UUM, pendek kata saya ingin pengkhususan dan meminta tempoh yang lama sedikit dalam belajar di bahagian yang saya di tempatkan kerana sebelum ini cuma seminggu di setiap jabatan. Oleh yang demikian, saya tidak dapat menguasai kesemua proses kerja disetiap jabatan yang saya ditempatkan.

Permohonan saya telah pun diluluskan oleh puan Maria Mukeri dan jadual saya telah diubah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Untuk pengetahuan Prof,
Saya telah pun membuat 6 proses kerja bagi jabatan yang saya telah ditempatkan..

Tetapi, terdapat dua jabatan lagi yang belum saya ditempatkan. Oleh demikian, saya belum lagi mengetahui bagaimana proses kerja jabatan berkenaan. Yang menjadi masalah ialah, bagaimana saya ingin menulis laporan yang perlu dihantar pada hujung bulan ini kerana kekurangan 2 jabatan lagi...

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.
Laporan hari ke-4 saya di unit perlesenan..

Bahagian kaunter agak sibuk pada waktu pagi dan mula lengang pada waktu petang...
Pengurusan lesen adalah langkah yang bijak dalam melangani perniagaan bergerak tanpa menikut prosedur yang telah ditetapkan oleh PBT..
Pada waktu petang, saya telah dipanggiluntuk mengikuti perlawanan pesahabatan iaitu bola sepak dalam jabatan yang diadakan di stadium perbandaran Tawau.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..
Laporan hari terakhir saya di Unit Fail.

Keadaan pejabat lengang pada waktu pagi.
Setelah solat jumaat iaitu pada waktu petang, keadaan pejabat menjadi semakin sibuk dengan kehadiran orang awam yang datang berurusan di kaunter perlesenan..

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.
19 Julai 2008 (Sabtu)
Pihak MPT telah mempelawa saya untuk mengikuti latihan rumah sukan iaitu bola tampar pada sebelah pagi.
Sukan berkenaan adalah bertujuan untukmengeratkan lagi hubungan antara jabatan dalam organisasi MPT disamping mewujudkan satu hubungan yang harmoni diantara kakitangan MPT

Anonymous said...

AssalamulaikumProf..
Harini adalah hari pertama saya dalamjabatan Pembangunan Luar Bandar.
Pada waktu pagi saya telah pun masuk ke jabatan Pembangunan Luar Bandar dan telah pun berjumpa dengan pegawai disini.

Pegawai tersebut menyuruh saya untuk berjumpa dengan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran TAwau untuk melapor diri dan kemudiannya saya pergi berjumpa dengan ketua jabatan Pembangunan Pembangunan Lura Bandaruntuk melapor diri buat kali ke-2

Anonymous said...

Tugasan jabatan Pembangunan Luar Bandar adalah meliputi
- meningkatkan lagi perkhidmatan sektor-sektor perancangan dengan lebih teratur dan sistematik
-membuat perancangan bagi meningkatkan sosio ekonomi penduduk luar bandar.
-menyediakan kemudahan asas dan membangunkan kawasan luar bandar.

amri said...

aku sekrg kt cawangan pencegahan n marin Lumut...staf kat sini suma ok lar...wah ko bz tul...aku xde keja kat sini sb sini lbh kearah pguatkuasa...kdg2 b o s a n gak xde keja

Anonymous said...

assalamualaikum Prof...

Keadaan pejabat sepanjang minggu ini agak sibuk ditambah lagi dengan kehadiran ketua menteri dalam lawatan projek-projek pembangunan luar bandar iaitu 24 Julai 2008.

Keadaan pejabat adalah teratu dan terkawal.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Pada 25 Julai, saya sekali lagi dijemput untuk menyertai perlawanan persahabatan bola sepak antara MPT menentang Persatuan Belia Tawau...
Saya telah mewakili MPT.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof...

26 Julai saya telah pun menghantar laporan bulan ke-2 saya...

Pada malam ini saya teloah dijemput untuk mengikuti perlawanan persahabatan bola tampar antara MPT dengan JKR...

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Harini adalah hari kedua saya dalam Bahagian Pembangunan Luar Bandar..
Saya semakin dapat menyesuaikan diri saya di bahagian ini.

Kerjasama diantara kakitangan sangat baik dan suasana kerja yang selesa membantu dalam pengurusan pejabat yang berkesan

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..
Saya ingin mengusulkan tajuk kajian saya iaitu "Pengurusan Kualiti Menyeluruh di MPT".
Saya ingin melihat sejauhmana keberkesanan pengurusan kualiti di MPT dalam mencapai kepuasan dan kehendak pelanggan.

Anonymous said...

Assalamualikum Prof...

Harini adalah hari ke-3 minggu ke-2saya di bahagian pembangunan luar bandar..

Untuk pengetahuan Prof,
Keadaan pejabat hari ini sangat sibuk dengan kehadiran ramai pelanggan yang berurusan di sini terutamanya untuk mendapatkan pengesahan daripada Timb. Presiden

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof.

Pada hari Jumaat iaitu 01 August, saya telah dipanggil untuk mengikuti lawatan bersama wakil rakyat Sebatik, Jabatan Pembangunan Sabah dan Timbalan Presiden MPT untuk pergi melihat tapak projek pembangunan di sebatik..

Perjalanan tersebut juga disertai oleh 2 bot MARITIM dan sebuah bot Kementerian. Perjalanan mengambil masa selama 20minit dengan kelajuan bot iaitu sejumlah 500hp iaitu menggunakan 2buah enjin 250hp setiap bot..

Tinjaun yang dilakukan di tapak projek adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan perjalanan projek.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof

Saya minta maaf kerana dalam mgu ni saya jarang menghantar comment.
Hal ini adalah disebabkan talian internet ada masalah dan saya terpaksa mengumpul laporan dan dihantar pada ujung minggu..

Pada 2hb yang lalu, pihak MPT telah menganjurkan pesta sukan antara jabatan dalam MPT. Antara kejuaraan yang dipertandingkan ialah badminton, bola tampar dan bola sepak.

Anonymous said...

Prof,
Laporan 04 ogos 2008

Pada hari tersebut saya telah pun ditugaskan untuk menaip draf kerja bahagian pembangunan luar bandar dan membuat salinan dokumen.

Pada hari tersebut juga keadaan pejabat agak sesak disebabkan kehadiran beberapan individu yang ingin mendapatkan pengesahan daripada Timb.Presiden tetapi Timb.Presiden tiada di daerah Tawau kerana menghadiri mesyuarat di Kota Kinabalu selama 3hari.

Anonymous said...

Prof

Laporan untuk 5 Ogos 2008

Pada hari tersebut,pihak MPT telah pun mengemaskini dan menaik taraf sistem kehadiran pekerja iaitu dengan meletakkan sistem kehadiran menggunakan cap jari di dalam bangunan MPT dan meletakkan satu di pejabat Timbalan Presiden MPT. Untuk pengetahuan Prof, pejabat tersebut termasuk dalam pejabat bahagian Pembangunan Luar Bandar.

Sistem tersebut dapat melicinkan lagi jentera pentadbiran dan dapat menjimatkan masa

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Laporan 06 Ogos 2008..

Pada hari tersebut saya telah ditugaskan untuk membantu pegawai tadbir Bahagian Pembangunan Luar Bandar untuk membuat minit mesyuarat.

Pada hari tersebut, keadaan pejabat agak tenang.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Rudie..awak fix satu tempat ek..tahniah diucapkan...hehehe..hasrat dah tercapai...huhuhu..skang saya lak kene tambah lagi dua unit..unit hasil dengan aset..pergh...hehehe..maknanye saya ada tujuh unit kena pergi..doakan saya yer..umph..ttg bab 3 ne sya pon clueless..tak tau buat ape pun..so cane nak share ngan awak..sorry ek..try ricky maklumat berkaitan..mcm maklumat maklumbalas pelanggan ke, tanye orang2 kat situ ke n so on..sy pon tgh blur ne..okies babai ...n gud luck my mate!!

Anonymous said...

11 Ogos 2008

Assalamualaikum Prof..

Prof pada 11 Ogos 2008 saya telah pun ditugaskan untuk memasukkan dan mengemaskini data-data projek tahun 2008 ke dalam komputer.

Sistem rekod data-data projek yang sistematik dapat membantu dalam mengemaskini dan menyemak data-data projek yang dikehendaki bila-bila masa apabila diperlukan.

Anonymous said...

12 Ogos 2008

Untuk pengetahuan Prof, pada hari tersebut saya telah ditugaskan untuk membuat salinan dokumen pejabat dan mengedarkan senarai agihan mesyuarat persediaan perasmian Rumah Anak Yatim yang baru ingin dibina di Tawau.

Anonymous said...

13 Ogos 2008

Assalamualaikum Prof.

Pada hari tersebut saya telah pun ditugaskan untuk membantu staf di pejabat dalam menyiapkan laporan projek dan menghantar dokumen pemantauan dan pelaksanaan projek ke bahagian kejuruteraan..

Pada hari tersebut juga, keadaan pejabat agak sibuk berikutan dengan persediaan MPT dalam perasmian bulan kemerdekaan.

Anonymous said...

14 Ogos 2008..

Assalamualaikum Prof.

Pada 14 Ogos, saya sekali lagi di bawa untuk mengikuti lawatan tapak projek baik pulih jalan di Kampung Sungai Hj Matahir.

Lawatan tapak dibuat adalah untuk melihat keadaan tapak samada sesuai ataupun tidak untuk dibaik pulih.

Perjalanan mengambil masa selama 30minit dari Bangunan MPT.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof...

18 Ogos 2008, iaitu pada waktu pagi saya telah pun mengaturkan satu temu janji diantara Dr Asmat(COB) penyelia UUM dengan Pn. Maria (penyelia majikan MPT)

Setelah mengaturkan temu janji, saya telah pun menjemput Dr Asmat dari King Park Hotel dan membawa beliau berjumpa dengan penyelia majikan saya Pn. Maria(MPT)..

Setelah itu, saya telah pun meminta izin daripada penyelia Majikan saya untuk membenarkan saya menghantar Dr.Asmat kesemua tempat-tempat penyelian Dr. Asmat.

Setelah selesai, saya menghantar Dr.Asmat pulang ke hotel sebelum saya balik ke pejabat.

Anonymous said...

19 Ogos 2008.

Pada waktu pagi, sekali lagi saya meminta izin daripada Pn. Maria untuk membenarkan saya menghantar Dr.Asmat ke lapangan terbang pada waktu petang dan permohonan tersebut diluluskan.

Pada waktu pagi juga saya ditugaskan untuk membantu kakitangtan pejabat dalam memfailkan dokumen pejabat..

Hari tersebut saya balik awal iaitu 3.40 untuk menghantar Dr.Asmat ke lapangan terbang...

Secara keseluruhannya, pihak MPT telah menyambut baik kehadiran Dr.Asmat didalam lawatan beliau ke MPT...

Anonymous said...

20 Ogos 2008

Pada hari tersebut saya telah pun memasukkan data-data(Folio) ke dalam buku rekod pengeluaran surat menyurat pejabat Timb.Presiden/Pej.Pembangunan Luar Bandar..

Sistem rekod ini membantu dalam proses kerja yang sistematik dan teratur.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

Terlebih dahulu saya meminta maaf kerana lama tidak menghantar comment ke dalam blog kerana saya agak sibuk dengan memnuat laporan dan kerja pejabat...

Untuk pengetahuan Prof, saya telah pun menghantar laporan untuk bab 3 pa 30hb ogos yang lalu.


Laporan 02/09/2008
Pada minggu ini dan minggu seterusnya saya akan ditugaskan di Bahagian Kejuruteraan Dan Bangunan.

Pada waktu pagi, saya telah pun masuk ke pejabat dan melapor diri kepada ketua jabatan iaitu Mr. Tai Yun Wu. Sewaktu melapor diri, saya telah pun disambut dengan baik.

Keadaan pejabat agak sibuk sepanjang hari dengan kehadiran pelanggan yang berurusan di pejabat.

Anonymous said...

Laporan 03/09/2008

Pada hari tersebut saya membantu kakitangan pejabat dalam menyemak dan mencatit pelan bangunan yang dihantar oleh konsultan lalu menghantar pelan bangunan tersebut kepada Presiden MPT untuk dibawa mesyuarat.

Suasana pejabat sangat selesa dengan penyusunan kabinet pejabat yang teratur dan kemas. (Pada hari ini, ketua jabatan iaitu Jurutera Perbandaran pergi ke Kota Kinabalu untuk menghadiri mesyuarat)

Anonymous said...

rudie nape ko ni ngada2 sangat.. ko ingat dengan membodek tu boleh kaya n berjaya ke.. huhuhu

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof..

30 September.
Saya telah menamatkan praktikal saya di MPT..

Segala urusan praktikal serta dokumen praktikal yang diperlukan dalam praktikal telah pun dikembalikan kepada saya daripada penyelia majikan saya...

MPT mengucapkan sekalung terima kasih kepada UUM atas kerjasama yang diberikan.

Terima kasih atas tunjuk ajar yang prof berikan selama ini.
Sekian