Sunday, June 08, 2008

Nurfazlia Binti Ahmad Noor

PEJABAT RISDA DAERAH HULU PERAK
PT 8694, Jalan Intan33300 Grik, Perak.

Nurfazlia,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

129 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum prof?
Di RISDA sy ditempatkan di semua bahagian berdasarkan jadual yang telah diberikan:
1.Bulan 1-bahagian pengembangan
2.Bulan 2-bahagian pentadbiran
3.Bulan 3-koperasi
4.Bulan 4-tanam semula
-jd sy perlu tulis disemua bahagian atau sy perlu memilih 1 bahagian sahaja didlm sistem pengurusan?apa pendapat prof?

Anonymous said...

minggu lepas:
di bahagian pengembangan, minggu lepas sy telah mengikuti myuarat berkenaan dengan ternakan ikan air tawar di lenggong.ia dibwah koperasi lenggong. di dalam msyrat tersebut sy telah mengambil minit msyarat berhubung dengan pembentangan projek serta sesi soal jwb peserta.
di dalam msyrt tersebut, ia menjelaskan berhubung dengan perlaksanaan program di bwh koperasi,membayaran dividen kepada para peserta serta perlantikan ajk pelaksana..

Anonymous said...

prof?sila beri tunjuk ajar kepada sy kerana di dalam RISDA terdapat banyak projek n program di bawah setiap unit yg perlu sy tahu....selama seminggu sy di RISDA bnyak perkara yg sy pelajari di dlm aktiviti2 yg dijlnkan...tetapi tdk secara keseluruhan kerana bln nie sy berada di unit pengembangan krn ada 3 unit lg yg perlu sy tahu secara mendalam...

Anonymous said...

Nurfazlia, nak tulis semua pun boleh, nak fokus satu bahagianpun boleh. Kalau banyak sangat,fokus serba sedikit.

Gunakan kebijaksanaan dan kreativiti yang Nur ada. Dalam alam pekerjaan tak semua kerja perlu ditunjukkan satu persatu oleh Bos. Bos harap pekerja sendiri memberi justifikasi mengapa sesuatu cara itu adalah cara yang terbaik. Terpulang kepada Nur untuk beritahu kepada saya cara apa yang terbaik untuk menulis.

Anonymous said...

terima kasih prof, dari masa ke semasa sy akan bg maklumat mengenai bahagian2 yang difikirkn menarik untk dikaji...buat masa sekarang sy sedang mencari maklumat berhbg dengan unit yg terlibat..

Anonymous said...

assalamualaikum prof?
09062008-isnin
sy tiba di pejabat pd pukul 8 pg dan penyediakan laporan di dalam buku log.keadaan dipejabat agak lengang cz kebanyakan staf keluar untuk urusan lain. sepanjang sehari sy banyak mencari maklumat tentang unit tanam semula.
apa yang sy dapat melalui penbacaan, sy dpt mengetahui tentang kelayakan untk memohon bantuan tanam semula, kaedah pendekatan tanam semula iaitu terdiri daripada tanam secara berkelompok, secara komesial dan individu. selain itu, kadar bantuan jg diberikan mengikut jenis tanaman yang ditaman, teknik penanaman benih getah polibeg, pembenihan getah muda dan pokok matang serta teknik inovasi di dalam mengawal ketebalan kulit totehan iaitu sejenis alat yang dinamakan "roltanda"

Anonymous said...

prof? Pg nie sy diberitahu bahawa keesokan harinya sy akan ditugaskan di bahagian koperasi iaitu dalam 4 km dari pejabat RISDA..sy kurang pasti berapa lama sy akan berada di koperasi cz sy tak dimaklumkan sepenuhnya lg.kalu ada perkembangan selanjutnya sy akan bgtahu prof.tq

Anonymous said...

teruskan membuat catatan apa yang fazlia tahu tentang setiap bahagian yang ditempatkan tu, nanti kita sama-sama fikir apa benda yang menarik untuk dikaji. elok juga nurfazlia mencadangkan apa apa yang menarik untuk dikaji

Anonymous said...

assalamualaikum prof?
pg nie pukul 8 pg sy lapor diri di koperasi pekebun kecil dengan pngurus koperasi En Mazlan..sy diterangkan tentang serba sedikit tentang koperasi, ttp buat masa nie koperasi tidak membuat apa2 projek yang penting..sy diberitahu bhwa sy di koop sehingga hjg bln 8..tp prof sy kurang pasti dengan tajuk yg akan sy tumpukan?terlalu banyak.lg pun tak sampai 2 minggu sy di pejabat RISDA..sila beri pendapat prof?

Anonymous said...

Pilihlah mana mana bahagian yang menarik

Anonymous said...

OK,Terima Kasih Prof...kalu ada ape2 sy bagitahu prof..

Anonymous said...

assalamualaikum prof?
boleh tak kalu sy letak gambar di dalam program yang telah dibuat oleh RISDA di dalam latar belakang?

prof madya dr abd halim ahmad said...

no problem

Anonymous said...

prof? di dalam RISDA terdapat pelbagai unit, kalu sy hendak membuat kajian berdasarkan tanaman semula ok tak? ini kerana di dalam tanam semula, sy mendapati bahawa terdapat inovasi di dalam pengurusan tanam semula. contohnya dalam mendapatkan bantuan tanam semula, borang permohonan, penyelenggaraan baja, benih, racun dan teknik2 inovasi di dalam proses penorehan getah dan pengurusan ladang,ini bg membantu kepada golongan pekebun kecil utk menghasilkan keluaran yang lebih produktif..apa pendapat prof?

prof madya dr abd halim ahmad said...

Cadangan yang sungguh baik. Apa yang penting menepati tajuk inovasi iaitu satu pembaharuan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada kebiasaan. Amalan yang lama dibuang,dibaikki,ditambahbaik dan diciptakan sesuatu yang baru. Akhirnya menghasilkan produktiviti atau sistem atau perkhidmatan yang baik kepada pelanggan.Pilihlah apa-apa sahaja aspek asalkan ada unsur tema inovasi pengurusan. Sila tulis perkara ini untuk bulan kedua (Julai)

Anonymous said...

TERIMA KASIH PROF...ada apa2 masalah sy akan rujuk kepada prof...

Anonymous said...

assalamualaikum prof?
prof, di dalam penulisan laporan, sy lebih kepada penanaman semula, tp prof, sy masih dikoperasi RISDA dan utk dapatkan maklumat agak sukar, dan sy tak tahu sampai bila di sini...mcmane prof?

Anonymous said...

prof, sy nak tanye berapa page max di dalam latar belakang?

Anonymous said...

Entahlah,saya pun tak tahu sebab yang memilih penanaman semula diri sendiri...mungkin diri sendiri dapat mencari jalan penyelesaiannya.

Mukasurat ? pandai-pandai lah menghitung sendiri supaya sesuai dengan banyak bab lagi yang akan ditulis

Anonymous said...

ok,thankz prof..sy akan usahakan.....insya-Allah

Anonymous said...

salam...
prof, mcm mane nak kecil kan saiz laporan, besar sngat file sy..

Anonymous said...

Caranya ialah cipta file baru yg ada mungkin setiap satu file hanya ada 20 mukasurat. Yang muka surat 21 create new file sampailah semua dapat masuk. Jadi namakan file itu nurfazlia1.doc nurfazlia2.doc nurfazlia3.doc.....

Anonymous said...

Sy dah cuba hantar, tapi tak boleh bace.

Anonymous said...

dah dah cuba hantar banyak kali,dan saya dah kecil kan folder, tapi sy masih dapat msg file...

Anonymous said...

bukan kecilkan folder,nampaknya hurfazlia tak reti main email ni. elok tanya rakan atau staf yg lain

Anonymous said...

Prof, sy dah hantar laporan sy,sy harap prof bagi komen jika ada penambahan atau kesilapan di dalam laporan sy..tq, sy sedang menunggu maklumbalas dari prof...

Anonymous said...

ok baru diterima,mengapa tiada files kecil. boleh hantar pun...

Anonymous said...

Nurfazlia,

Terlalu RASMI, tiada unsur cerita dari tulisan hurfazlia sendiri.

Tiada huraian diri sendiri, semuanya diambil dari sumber lain

Tidak dinyatakan sumber mana,tak ada rujukan

Ada pengenalan tapi tiada kesimpulan

Tulisan tergantung,tiada fokus apa yang nak dicerita

Tak jelas apa tema yg nak diceritakan,masuk segala macam projek dan aktiviti risda, tanpa memberitahu pembaca apa tujuannya

Banyak kesalahan menggunakan Bahasa Malaysia. Ada yang dimulakan dengan perkataan..Seperti diketahui bahawa industri getah....(siapa cik gu bahasa melayu yang ajar nurfazlia mulakan ayat begitu) Dan banyak lagi ayat-ayat yang rasmi,tak ceria, tak menarik, tak ada huraian dari dalam diri nurfazlia sendiri

Anonymous said...

buat pengetahuan prof,sy di RISDA Hanya 1 minggu sahaja....selepas itu sy terus dI hantar ke koperasi, so mcm mana sy nak menceritakan apa yang sy alami di RISDA..HUHU

Anonymous said...

Satu minggu macam macam boleh cerita. Satu minggu tak ada kaitan dgn kelemahan bahasa malaysia. Satu minggu pun boleh ingat bertahun-tahun sesuatu peristiwa.

Satu minggu bukan penyebab. Penyebab utama ialah tak menggunakan kefahaman sendiri untuk menghurai semua topik topik tu.

Anonymous said...

ok...sy faham.TQ

Anonymous said...

Salam...sy akan cuba buat pembetulan di dalam laporan sy dan insya-Allah sy akan hantar esok...terima kasih kerana bagi nasihat yang berguna kepada sy..sy akan perbetulkan masalah yang sy alami...sy juga mohon maaf kerana jarang menghantar laporan harian,sy akan cuba hantar secepat yang mungkin kerana semua perkara yang berlaku semasa praktikum sy telah tulis di dalam buku log..terima kasih kasih prof...

Anonymous said...

assalamualaikum prof, macam mana dengan laporan sy prof, prof dah baca??sy harap prof dapat beri komen kepada sy kerana jika ada pembetulan lagi sy boleh perbetulkan semula laporan 2...

Anonymous said...

4/6/2008
Tempat: bagahian pentadbiran dan kewangan di pejabat RISDA Daerah Hulu Perak

Aktiviti:
Tiba di pejabat seperti biasa iaitu pada pukul 8 pagi. Mencari bahan untuk menyiapkan laporan kajian. Sy diberi tugas untuk menyenaraikan nama bagi kursus-kursus yang dijalani oleh peserta-peserta RISDA. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalani adalah kursus perusahaan kuih basah dingin beku, kursus pembuatan makanan, kuih muih tradisional, kursus kemahiran pastri/bakeri dan westen food, kursus pembuatan makanan moden, pastri cookies dan kursus pembuatan andaman. Semua kursus dijalankan pada tahun 2007. kemudian pada sebelah petang, sy dan rakan-rakan praktikum yang lain dipanggil untuk bertemu dengan PRD RISDA iaitu Tuan Abdul Halim b. Hj Ramli. Beliau memberi penerangan serba sedikit tentang menyediaan tugasan diakhir sem seperti menyediakan slid sebanyak 50 slid untuk dibentang dihadapan pegawai-pegawai RISDA. Beliau juga menetapkan jadual yang perlu kami jalankan sepanjang berada di RISDA. Keadaan dipejabat RISDA agak sibuk dengan urusan-urusan disetiap bahagian serta mesyuarat di luar.

Anonymous said...

5/6/2008

Pada pukul 8 pagi sy tiba dipejabat, sy lihat kebanyakan pekerja di RISDA sangat pentingkan masa... staf akan tiba dipejabat pada awal pagi sebelum pukul 8 pagi. Pada pagi nie, sy ditukarkan di unit pengembangan dan peningkatan ekonomi, di unit ini kebanyakkannya menguruskan tentang program-program yang melibatkan peserta. antara program yang di ikuti adalah seperti ternakan kambing, lembu, tanaman buah-buahan dan sebagainya. Pada pukul 10 pg, sy bersama dengan pegawai bahagian pengembangan iaitu En Shahril pergi ke Lenggong untuk penghadiri mesyuarat tentang projek tenakan ikan air dalam sangkar. Projek ini dilaksanakan oleh koperasi pekebun kecil Lenggong. Mesyuarat tersebut diadakan di rumah rehat Lenggong. Di dalam mesyuarat tersebut, sy ditugaskan untuk meyediakan minit mesyuarat tentang perjalanan mesyuarat tersebut dan disitu sy dapat mempelajari cara-cara untuk menyediakan minit mesyuarat.

10.30 pg: ucapan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada PRD iaitu En Abd Halim serta bacaan doa dan sesi memperkenalkan kakitangan RISDA disamping ahli-ahli yang hadir. Di dalam ucapannya, setiap peserta yang hadir hendaklah memberikan cadangan tentang bagaimana untuk menguruskan projek tersebut, berapa jumlah pengagihan bagaimana hendak menguruskan projek tersebut dan berapa jumlah agihan deviden. Peserta yang terlibat di dalam projek tersebut adalah seramai 25 orang dan sekarang jumlah tersebut berkurangan kerana ada dikalangan ahli yang meninggal dunia akibat sakit tua.
10.45: Perbentangan laporan projek telah dibentangkan oleh PPR En Jasuli B. Ibrahim iaitu bekas pengurus kpk Lenggong. Beliau membentangkan perjalanan projek dari bermulanya penubuhan projek tersebut hinggalah pada hari ini. Projek tersebut dijalankan di tasik raban. Antara pihak yang terlibat adalah RISDA, Koperasi dan peserta. Projek tersebut mendapat peruntukkan sebanyak RM 250.00.00 dengan jumlah jualan ikan sebanyak RM 36,672.00 dan projek tersebut disediakn sebanyak 52 petak atau sangkar. Antara ikan yang diternak adalah seperti ikan talipiar, ikan baung dan ikan patin. Beliau menerangkan tentang penyediaan stok makanan yang akan diberikan kepada ikan-ikan tersebut sepert stok makanan penggemuk.
11.15: soal jawab berlangsung, kebanyakakan peserta menanyakan deviden yang akan diperolehi oleh setiap peserta dan berdasarkan persetujuan bersama, pihak koperasi RISDA telah mengagihkan pembahagian deviden kepada peserta projek tersebut sebanyak RM 500 setiap seorang. Agihan keuntungan tersebut berdasrkan agihan keuntungan yang diperolehi iaitu 60%, 20% dan 20%.
11.20: perlantikan ajk baru bagi projek tersebut dan wakil ajk dilantik mengikut kawasan-kawasan yang terlibat.
12.00: majlis bersurai dengan jamuan makan tengahari. Di dalam mesyuarat tersebut sebanyak 3 orang ahli tidak dapat menghadirkan diri disebabkan uzur.

Anonymous said...

6/6/2008

Sampai di pejabat RISDA pada pukul 8 pg. Pada hari ini sy menghadiri kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Nazri B. Mohd Nor dengan ceramah berkenaan sejarah palestin. Kuliah tersebut di adakan setiap hari jumaat pada pukul 8 pg hingga pukul 9.30 pagi. Kuliah tersebut disampaikan dengan sesi perbentangan slid kekejaman di pelestin. Melihat gambar-gambar penyeksaan umat islam di pukul, ditembak, diseksa oleh orang kafir. Di akhir kuliah tersebut diadakan soal jawab oleh kakitangan RISDA. Kemudian sy menyecop borang-borang permohonan bantuan program peningkatan produktiviti getah secara individu. Bantuan tersebut terdiri daripada bantuan baja. Permohonan tersebut akan difailkan dan selepas proses permohonan tersebut selesai, maka pembahagian bantuan akan diberikan kepada pekebun kecil yang layak menerima bantuan tersebut.

Anonymous said...

9/6/2008

Pada pukul 8 pg sy masuk ke pejabat seperti biasa dan menulis laporan praktikum. Pada hari ini sy masih berada di unit pengembangan dan peningktan ekonomi dan kebnyakan staf tiada di pejabat kerana bercuti dan urusan diluar pejabat. Pada hari ini juga sy tak ada kerja dan sy mengambil masa yang ada mencari maklumat untuk menyiapkan laporan sy. Sy lebih melihat kepada pengurusan tanaman semula. Melalui pembacaan yang dilakukans sy mengetahui tentang kelayakkan memohon bantuan tanaman semula, kaedah pendekatan tanaman semula, kadar bantuan yang diberikan mengikut jenis tanaman. Teknik penanaman benih getah polibeg, penyediaan lubang tanaman, teknik pembajaan getah muda dan pokok matang serta teknik inovasi di dalam mengawal ketebalan kulit torehan iaiatu sejenis alat yang dinamankan ’roltanda’.

Anonymous said...

11/6/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Pada hari ini sy dihantar oleh pihak RISDA ke Koperasi Pekebun Kecil Berhad. Di sini sy bertemu dengan pengurus KPK iaitu En Mazlan. Beliau menceritakan serba sedikit tentang latar belakang kpk dan projek-projek yang pernah dijalankan. Dahulunya kpk telah mendapat tender yang besar dan membawa keuntungan kepada peserta2. antara projek2 yang dijalankan adalah dari segi pembekalan baja kepada pihak RISDA, menyediakan barangan basah kepada sekolah teknik dan sekolah menengah selama 2 bulan. Kemudian, sy ditugaskan untuk menyusun surat-surat penambahan syer mengikut kampung-kanpung yang telah ditetapkan. Di dalam surat tersebut, dinyatakan tentang menambahan syer daripada pekebun kecil iaitu maksimum sebanyak RM 100. Ini penting di dalam pengurusan sistem data2 ahli koperasi pekebun kecil. Di dalam mengemaskini data tersebut, ahli perlu melampirkan salinan kad pengenalan untuk mempercepatkan urusan mesyuarat agong tahunan.

Anonymous said...

12/6/2008

Tiba dipejabat koperasi pada pukul 8 pg dan sambung kerja yang tertangguh pada hari rabu. Pada kali nie sy menyusun serta mengasingkan surat-surat penambahan syer ahli mengikut ketua di setiap kawasan yang telah ditetapkan. Antaranya seperti kawasan gerik utara, selatan dan pengkalan hulu yang merangkumi semua kampung yang terlibat. Perlantikan ketua di setiap kampung akan memudahkan pembahagian maklumat serta pengurusan dari segi perjalanan aktiviti. Kemudian di sebelah petangnya, sy dan rakan praktikum yang lain mencari maklumat tentang kes yang melibatkan pembelian tanah di Ulu Kenas. Masalah tanah tersebut masih belum selesai dan perlu mencari bukti yang dapat menyokong permohonan untuk mendapatkan balik tanah tersebut. Banyak fail-fail lama dibuka dan pada masa yang sama sy dapat mengetahui serba sedikit tentang koperasi.

Anonymous said...

13/6/2008

Seperti biasa tiba di koperasi pada pukul 8 pagi. Sy diberitahu oleh pengurus RISDA En Mazlan tentang borang LO iaitu serbuk harga daripada pihak-pihak yang berurusan dengan koperasi. Selepas itu saya bersama-sama dengan rakan yang lain pergi ke sebuah syarikat yang mempunyai hubung kait dengan RISDA dan KPK iaitu RISDA Plantation untuk membincang tentang peracangan kes tanah di Ulu Kenas. RISDA Plantatin adalah sebuah syarikat yang menguruskan tentang perladangan dan pembekalan baja. Semua perkara yang berkaitan dengan baja dan perladangan akan dirujuk kepada RISDA Plantation. Staf yang bekerja di situ hanya terdiri daripada 2 orang kerani dan pengurus dan kebanyakkan pekerja di situ adalah lelaki. Sy di RISDA Plantation hanya sebantar kerana En Mazlan ada urusan lain selepas itu. Kemudian sy membaca laporan-laporan prestasi KPK iaitu melihat kepada bekalan-bekalan yang dikeluarkan, kebanyakkan keuntungan starikat berdasarkan projek pembekalan bahan makanan mentah islam di Sek Men Teknik Gerik, tetapi tender tersebut telah tamat dan pada masa sekarang koperasi hanya menyelenggara projek AET RISDA iaitu projek ternakan kamping di Kampung Padang dan projek AET yang lain. Sy juga mengira akaun keuntungan KPK pada bulan ini untuk dikemaskini. Keuntungan kpk berdasarkan tender2 projek dan aset2 KPK iaitu blok bangunan, bangunan kedai dan kebanyakkankan dimiliki oleh KPK.

Anonymous said...

16/6/2008

Tiba di koperasi pada pukul 8 pagi. Selepas menyediakan laporan kewangan keuntungan, prestasi program pada bulan Mei 2007/2008, sy menyusun laporan tersebut berdasarkan keutamaan.selepas print, laporan tersebut perlu difaxkan ke SMK (Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Pejabat RISDA Negari). Sy juga mengira resit2 perbelanjaan yang telah dibelanjakan dan dimasukkan ke dalam fail yang telah disediakan. Kemudian sy di ajar oleh kerani di situ iaitu Fiza dalam menggunakan sistem A-Plus. Sistem tersebut digunakan untuk menyenaraikan semua ahli-ahli koperasi mengikut kampung-kampung. Ahli koperasi terdiri daripada 4 ribu lebih senarai ahli. Sistem tersebut akan memudahkan pengurusan kerana ia telah mengasingkan jumlah ahli mengikut kampung, jadi jika peserta ingin menyemak syer mereka, ia akan memudahkan sistem pencarian maklumat tersebut. Selepas diajar, sy telah print surat2 pengesahan saham ahli setakat 01/01/2008 untuk diberikan kepada pemegang saham dan juga diasingkan mengikut kampung. Kebanyakkan kerja di sini adalah untuk urusan mesyuarat agong yg akan diadakan pada bulan 8 nie. Setelah selesai, sy menaip senarai nama, alamat lot2 tanah di Ulu Kenas untuk dibuat satu carta peta tanah kawasan tersebut, ini memudahkan penelitian berkenaan tanah di Ulu Kenas. Tanah tersebut terdiri daripada 13 lot tanah iaitu sebanyak 35 hektar. Kemudian disebelah petangnya, pengurus dan kerani tiada di pejabat kerana pergi ke KL atas urusan mesyuarat Narsco Trading & Supplies Sdn. Bhd. pada petang tersebut juga, ada seorang ahli datang untuk mengetahui tentang jumlah syer dan pada masa yang sama beliau menanyakan tentang pertukaran nama syer koperasi. Kami telah memberitahu agar datang semula pada hari isnin kerana kerani dan pengurus tiada. Tetapi dia telah memberitahu bahawa dia telah datang 2 tahun yg lalu untuk pertukaran nama tetapi berdasarkan sistem A-Plus masih tiada perubahan terhadap nama tersebut. Kami mendapati bahawa kerani di situ tidak membuat pembetulan nama ke atas bapa mertuanya. Untuk maklumat, sy meminta salinan ic beliau untuk memudahkan urusan selepas kerani balik semula ke pejabat.

Anonymous said...

17/6/2008

Pada hari ini, datang seperti biasa ke pejabat pada pukul 8 pg. Pada hari ini, keadaan dipejabat sunyi kerana kerani dan pengurus masih mesyuarat di KL. Semua kerja yang ditinggalkan oleh kerani telah kami sediakan. Pada hari ini juga, ramai pekebun kecil yang datang untuk urusan dengan pengurus tetapi pengurus tiada di pejabat. Tiada kerja yg perlu dilakukan pada hari ini.

Anonymous said...

18/6/2008

Tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi, selepas membaca surat khabar sy di suruh oleh setiusaha koperasi untuk potostat geran-geran tanah di Ulu Kenas. Kebanyakkan geran tersebut masih tertera nama pemilik sebenar, pada hal kpk telah membeli tanah tersebut, ini yg memberi masalah kepada koperasi kerana tanah tersebut tidak ditukar nama. Bukan itu sahaja, sy juga potostat lakaran tanah bersama dengan lot tanah serta nama pemiliknya untuk memudahkan urusan. Keadaan di pejabat agak ceria dan tidak terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan.

Anonymous said...

19/6/2008

Tiba dipejabat seperti biasa, pada pg ini, sy dan rakan2 praktikum yang lain mengemas pejabat dengan menyusun fail-fail dan surat-surat serta rak-rak buku. Ini penting untuk memberikan keselesaan dan keceriaan diruangan bilik mesyuarat dan pejabat khasnya. Selain itu, sy juga menggunakan sistem A-Plus untuk mencari senarai nama2 ahli yang masih perlu di print mengikut kampung yang telah ditetapkan. Sistem ini juga cepat dan berkesan di dalam pengurusan peserta2 pemegang syer. Masih di dalam pengurusan mesyuarat agong koperasi dan sy juga menanyakan kepada kerani di sini, bagaimana sistem semaian dijalankan dan Fiza telah menerangkan bahawa semaian dijalankan dengan menggunakan biji getah dan menggunaan teknik pembajaan yang sesuai, selepas itu, ia akan dihantar ke RISDA untuk diagihkan kepada pekebun kecil.

Anonymous said...

20/6/2007

Datang ke pejabat sperti biasa pada pukul 8 pg. Keadaan di pejabat tidak terlalu sibuk kerana tiada pekebun2 kecil yg datang. Kemudian sy diarah untuk membuat sedikit kajian tentang kadar peruntukkan yang telah disedikan oleh koperasi di dalam bajet untuk aktiviti perladangan. Antara perkara yang dititik beratkan adalah berhubung dengan upah buruh, perjalanan pengangkutan keluar dan masuk barangan hasil, kos pembajaan 3 kali setahun, kos penyediaan rumpai dam kawalan penyakit selama 3 kali setahun, selenggara ladang sekali setahun dan kontijensi sebanyak 5 % daripada jumlah bajed yang telah ditetapkan. Berdasarkan kepada jumlah upah gaji pekerja ladang pula adalah berbeza kerana jumlah bayaran gaji setiap bulan berdasarkan kepada jumlah hasil yang diperolehi, jika jumlah hasil pada bulan Jan banyak, jadi jumlah pekerja yang diperlukan adalah ramai dan ia akan meningkatkan jumlah perbelanjaan gaji kepada para pekerja ladang. Bajed yang dibuat hendaklah melihat kepada keadaan yang berlaku. kemudian, seorang pelanggan terlah datang ke kpk untuk meminta sumbangan daripada pihak koperasi kerana anaknya telah diterima masuk ke UUM dalam jurusan sains pemutusan san sy telah bertanyakan hal tersebut kepada pengurus dan beliau telah memberitahu bahawa segala urusan yang berkaitan dengan sumbangan perlu melihat kepada jumlah keuntungan yang diperolehi oleh kpk.

Anonymous said...

23/6/2008

Sampai di pejabat seperti biasa, pada pg ini, Sy telah membuat sistem failing terhadap baucer2 mengikut tahun iaitu tahun 2007/2008 dan berdasarkan bulan. sy mendapati sistem fail di sini agak tidak terurus kerana baucer tidak disusun dengan kemas. Kemudian di sebelah ptgnya, pengurus koperasi En Mazlan meminta sy dan rakan yang lain untuk mencari maklumat berkenaan pengeluaran wang syarikat pada tahun 2002 di buku cek Bank CIMB dan Bank MBB. Ini diperlukan di dalam pengurusan tanah di Ulu Kenas yang masih belum selesai. Kemudian, sy mengira jumlah syer2 semasa ahli dan dimasukkan ke dalam fail yang telah ditetapkan. Pada hari ini, tugas sy di koperasi hanya mencari dokumen2 penting untuk tahun 2002 sehingga sy dan rakan2 yang lain kerja lebih masa dan pulang pada pukul 6 ptg.

Anonymous said...

24/6/2008

Sampai di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi selepas menulis senarai kehadiran di buku yang telah disediakan. Pengurusan bagi kehadiran pekerja di sini menggunakan buku kerana staf di sini tidak ramai hanya 3 orang sahaja iaitu pengurus, kerani dan kerani akaun. Pada pagi ini sy menyusun fail2 dan diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah di perolehi serta mengira jumlah syer pekebun kecil untuk mengetahui jumlah keseluruhan syer yang ada. Ini membolehkan koperasi mengetahui jumlah keseluruhan syer untuk dibuat laporan bulanan terhadap pembahagian syer saham ahli.

Anonymous said...

25/6/2008

Sampai di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi selepas menulis senarai kehadiran di buku yang telah disediakan. Pada pg ini, MT Koperasi datang daripada pengkalan hulu untuk melihat projek2 yang diuruskan oleh KPK Gerik. Dalam masa yang sama, sy telah membuat surat penangguhan projek prasarana RISDA TSK disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan untuk meneruskan projek berkenaan dengan tanaman semula kelompok. Kemudian, sy telah menfailkan surat2 fax dan surat2 penyata akaun ke tempat yang disediakan. Kemudian menyepos surat ke CIMB. Pada sebelah petangnya, disebabkan tidak ada kerja yang perlu diselesaikan, sy bersama dengan kerani, pengurus, dan rakan2 praktikum mengadakan sesi bergambar bersama dengan pengurus kpk iaitu En Mazlan untuk dijadikan kenangan. Sebelum balik , sy mencari laporan-laporan mesyuarat agong tahunan pada tahun2 yang terdahulu iaitu mesyuarat agong kali ke 10 hingga yang ke 22. Ini penting untuk melihat dari segi penyediaan laporan tahunan tersebut dan apakah yang perlu diperbaiki di dalam penulisan laporan untuk kelihatan lebih menarik pada mesyuarat agong kali ke 23 pada bulan 8 ini. Pada ptg itu juga, sy bersama dengan kerani dan rakan2 yang lain pergi ke KFC Gerik kerana Bos berbesar hati untuk belanja kami semua makan KFC....alhamdulillah...

Anonymous said...

26/6/2008

Sampai di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pg. Pada pg ini sy telah diberitahu oleh Bos bahawa sy dan rakan2 yang lain akan pergi ke RISDA Plantation Cawangan Kuala Kangsar bahagian Niagatani. Tujuan pergi ke sana kerana hendak membincangkan tentang masalah tanah di Ulu Kenas. Sebelum pergi ke sana, sy telah menyediakan segala dokument2 yang berkaitan dengan urusan tanah seperti geran tanah, bayaran bajed pengusahaan ladang di sana, pelan lokasi tanah dan surat2 yang berkaitan. Niagatani ni lebih fokus kepada aktiviti perladangan kelapa sawit. Keluasan tanah di Ulu Kenas tersebut adalah sebanyak 35 hektar bersamaan dengan 13 lot tanah yang masing2 tertulis senarai nama pemilik2nya. Kebanyakkan pokok kelapa sawit tersebut berusia kira2 15 hingga 20 tahun. Kami telah bertemu dengan Penyelia di situ iaitu En Hasbi B. Mohd Yusoff. Menurut En Hasbi bahawa pihak mereka ingin melihat keadaan tanah tersebut terlebih dahulu sebelum sebarang proses hendak dijalankan. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, kami tidak dapat pergi ke ladang kelapa sawit tersebut untuk melihat sendiri keadaan tanah itu. Tidak banyak maklumat yang kami dapat di sana kerana penyelia tersebut ingin melihat dahulu tanah tersebut sebelum sebarang keputusan dibuat. Kami juga bertemu dengan rakan2 bos untuk mendapatkan baki geran tanah yang belum kami perolehi untuk dibuat rujukan bagi pihak koperasi Gerik.

Anonymous said...

27/6/2008

Sampai di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi selepas menulis senarai kehadiran di buku yang telah disediakan. Pada hari ini kerani bercuti dan segala urusan akan dibuat berdasarkan tunjuk ajar daripada bos, banyak sy pelajari....sy juga mengecop jumlah bayaran daripada projek pembekalan baja dan membuat penambahan dan pembaharuan lesen kelas F Bumiputera di laman web E-Perolehan di Kementerian Kewangan Malaysia. Pembaharuan tersebut boleh dibuat selepas 3 bulan selepas tarikh tamat tempoh lesen tersebut. Pembaharuan lesen F ini penting agar segala projek dan tender mudah diperolehi dengan segera. Pada masa yang sama, sy telah menyusun fail berkenaan dengan fail2 baucer dan fail keluar masuk surat dan membuat tajuk disetiap fail2 tersebut. Ini penting dalam proses pencarian maklumat2 dan ia akan nampak lebih kemas dan tersusun. Pada sebelah petang pula, sy telah menaip berkenaan dengan akaun projek2 pada tahu 2008 iaitu yang berkenaan dengan membajaan, penuaian dan sebagainya. Kerja di kpk akan sy sambung pada hari isnin nanti.

Anonymous said...

salam prof, mcm mene dengan laporan pertama sy prof....

Anonymous said...

OK baru lulus dengan CEMERLANG. Teruskan pusingan kedua

Anonymous said...

terima kasih prof...asgment ke dua nie nak buat mcmana prof?sy nak ceritakan inovasi shaja ke?maksud sy perubahan yang dijalankan dalam organisasi sebelum dan selepas pembaharuan....

Anonymous said...

baca semula tulisan saya apa yg perlu buat Bulan Kedua

Anonymous said...

30/6/2008

Tiba di pejabat Koperasi pada pukul 8 pagi, selepas menulis senarai kehadiran di dalam buku yang telah disediakan, sy membaca borang tender yang telah dibeli oleh kerani koperasi. Tender tersebut berkaitan dengan membekal makanan islam Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong. Kemudian, sy bertanya kepada En Mazlan tentang proses untuk mendapatkan tender dan beliau telah menerangkan bahawa sebelum mengisi borang tersebut, kita hendaklah membeli borang tender di Pejabat Mara dengan harga yang telah ditetapkan dan perlu menghadiri taklimat tender. Taklimat tender tersebut dipanggil lawatan tapak. Lawatan tapak akan diadakan di tempat yang telah ditetapkan. Tujuan lawatan tapak diadakan adalah untuk melihat persekitaran kawasan, keadaan lokasi dan sebagainya. Selain itu, kita perlu menyediakan profil organisasi, serbuk harga, modal pusingan, aliran peneluaran, surat sokongan, pengalaman syarikat dan sebagainya. Borang permohonan tender hendaklah dihantar sebelum pukul 12.00 tengahari pada tarikh akhir penghantaran tender tersebut. Selalunya penender akan mendapat jawapan sama ada berjaya atau tidak selepas 4 hingga 6 bulan penghantaran borang. Kemudian pada sebelah petangnya, sy telah potostat borang tender tersebut sebanyak 3 salinan iaitu untuk diberikan kepada pihak2 yang terbabit dan disimpan oleh kpk sebagai rujukan jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Anonymous said...

1/7/2008

Tiba di pejabat kpk pada pukul 8 pg. Pada pg ini, sy ditugaskan untuk melihat senarai nama pemegang syer kpk yang tidak aktif. Sy juga menyemak sama ada pemegang syer tersebut mempunyai alamat, jumlah syer terdapat di dalam akaun betul/tidak dan memastikan bahawa mereka masih aktif/tidak di dalam kpk. Sy mendapati kebanyakkan ahli telah meninggal dunia dan saham tersebut telah ditukar hak milik atau dijual kepada pemegang saham yang lain. jumlah syer yang paling banyak setakat hari ini adalah RM10,000 dan yang paling kurang sebanyak RM3.90. Pada hari ini juga, ada pelanggan yang datang utk menukar nama dan penambah jumlah saham di dalam akaun. Pada sebelah petang pula, sy dengan pengurus En Mazlan dan rakan praktikum mengisi borang tender MRSM Lenggong sehinggalah pada pukul 5.00 ptg. Kemudian, sy diberitahu oleh En Mazlan bahawa sy dan rakan praktikum yang lain diberi kebenaran untuk mengikuti kursus In-Situ pada keesokan harinya. Kursus tersebut berkenaan dengan ukur lilit pokok getah.

Anonymous said...

sory prof sy lambat hantar laporan cz komputer di kpk sedang diformat baru...

Anonymous said...

prof, sy dah bace pertanyaan kawan2 yg lain, jd laporan ke 2 nie, sy perlu menceritakan ape aspek inovasi yang dijalankan oleh organisasi lah ye...sy kena ceritakan apa yang perlu dibincangkan, apa masalah2 yang dihadapai dan perbetulkan maslah tersebut dengan inovasi yang dijalankan lah?mcm 2 ke prof?

Anonymous said...

prof, di koperasi sy melihat bahawa, mereka menggunakan satu sistem di dalam pengurusan saham ahli, sistem dipanggil PESAKA Plus iaitu sistem perakaunan ahli dan saham koperasi pekebun kecil,sy juga bertanya kepada kerani di sini bahawa sebelum ini, mereka menggunakan secara menual iaitu semua nama ahli dimasukkan ke dalam buku dan proses ini mengukarkan kpk kerana kebanyakkan ahli yang datang berusia dan mereka tidak ingat no ahli dan pihak kpk terpaksa menyemak satu persatu nama ahli. dengan adanya sisitem PESAKA Plus ini, bukan shaja dapat mempercepatkan proses tetapi iai juga memudahkan kpk untuk berurusan.INI DIKATAKAN INOVASI KAN PROF?

Anonymous said...

2/8/2008
Semalam sy berpeluang bersama2 dengan ppr RISDA masuk ke ladang getah tanaman semula, sebelum pergi ke ladang, kami diberi penerangan tentang panduan dan kaedah mengesan dan memantau tumbedaran pokok getah oleh PRD , kaedah itu dinamakan ukur lilit...kemudian, sy dan ppr pergi ke ladang dengan menaiki van RISDA..sampai disana kira2 pukul 10pagi dan diberi sedikit penerangan lg berkenaan dengan ukur lilit tersebut..kami diberi satu tong cat berwarna merah untuk di cat ke pokok getah. pengiraan pokok untuk di cat pula ialah 10% daripada jumlah pokok secara keseluruhan...kaedah ini dijalankan 18 bulan selepas pokok di tanam.sebelum ini pekebun kecil tidak menggunakan kaedah ini, ini memberi maslah kerana mereka sukar untuk menentukan tumbesaran pokok tersebut..dengan adanya kaedah ini, tumbesaran pokok dapat dikaji 6 bulan sekali di bahagian yang ditandakan dengan cat...ia memudahkan kepada pekebun kecil..INI JUGA DIKATAKAN INOVASI KE PROF?
________________________
sebelum lawatan juga, sy juga mendapati satu lagi inovasi iaitu di dalam mengira tumbesaran pokok...selalunya kaedah ini menggunakan borang kajian. di dalam kandungan borang tersebut tertulis jumlah lilitan tarikh lawatan...menurut PRD sistem tersebut akan menyukarkan pihak ppr yang melawat ke kawasan kajian kerana mereka terpaksa menulis setiap kali mengadakan lawatan, jd PRD telah mengubah sistem tersebut dengan menyediakan jadual anggaran dari pihak RISDA dan tertulis tarikh2 lawatan. apabila ppr datang melawat mereka tidak perlu untuk mengisi borang tersebut, dan mereka just tulis di tempat yang disediakn dan dimasukkan ke dalam komputer...sistem borang tidak perlu digunakaN........

Anonymous said...

terlupa...melalui penglihatan sy, dahulunya sistem kaunter di RISDA tidak diperbaharuai, dan pada masa sekarang, sistem kaunter di RISDA telah menampakkan perubahan dengan adanya tv, tempat menunggu dan keadaan kaunter juga agak menarik untuk menyambut pelanggan yang hadir..sy nak tanya, perubahan struktur kaunter di RISDA juga dikatakan INOVASI ke prof?

Anonymous said...

mcm mane prof ok ke?

Anonymous said...

assalamualaikum dan selamat pagi prof...mcm mane prof ok tak?

Anonymous said...

semua yg ditulis oleh nurfazlia adalah betul tiada yg lain melainkan semuanya betul. sila hantar deraf ttg apa yg nak ditulis

Anonymous said...

ok thankz prof...sy akan antar minggu nie..Tp prof setakat skrang, yg 2 shaja yang sy dapat ttg inovasi di RISDA...

Anonymous said...

salam...
prof mcmane dengan draf sy?ok ke?

Anonymous said...

Salam prof..prof dah tengok draf sy?mcmane ok tak?

Anonymous said...

salam..prof dah bace draf sy?mcmane ok tak?

Anonymous said...

prof mcmane dengan draf sy?prof dah bace ke?

Anonymous said...

salam prof, sy telah hantar darf dah 2 minggu..prof dah bace...

Anonymous said...

salam...prof maaf cz lame sy tak tulis laporan ..di koperasi skrg sibuk sikit kerana pd 28/8 nie akan diadakan msyuarat agong kali ke 23..banyak persiapan perlu dilakukan,sepanjag bulan ini sy ditugaskan untuk mengemaskini saham tak penuh dan penuh dikalangan ahli..semua dilakukan dengan penggunakan sistem PESAKA A-PLUS...kemaskini saham dilakukan dengan menyemak satu persatu no ahli bagi memastikan mereka masih aktif..selepas selesai kemaskini surat jemputn ke mesyuarat akan diedarkan kepada semua ahli saham...

Anonymous said...

salam prof..mcm ne dengan draf sy prof?tolong lah jwb prof...

Anonymous said...

SALAM..TERIMA KASIH PROF...SAYA AKAN TUNGGU SOAL SELIDIK DARIPADA PROF..JADI BLN 3 NIE KITA PERLU MELIHAT KEPUASAN PELANGGAN LAH YE...OKEHHH...memandangkan saya sekarang bz dengan mesyuarat agong yg akan diadakah pada 28 nie..jadi saya boleh menggunakan peluang untuk interview ahli-ahli saham koperasi pekebun kecil...TQ

Anonymous said...

salam prof...boleh tak prof terangkan lebig lanjut tentang bab 3 ini..saya masih kurang faham.....

Anonymous said...

3/7/2008

Tiba di pejabat koperasi pekebun kecil pada pukul 8 pg. Pada hari ini kerani akaun telah kembali ke pejabat setelah cuti bersalin. Saya ditugaskan untuk mengisi borang tender membekal makanan bermasak di MRSM Lenggong untuk dihantar ke Pejabat MARA Negeri di Ipoh. Pengisian borang tersebut melibatkan maklumat-maklumat syarikat dan aktiviti-aktiviti syarikat di dalam menguruskan tender. Kami telah mengisi borang sebanyak 3 salinan yang telah difotostat pada hari isnin. Sepanjang hari ini, sy hanya mengisi borang tender sahaja.

Anonymous said...

14/7/2008

Pada hari ini tiba dipejabat pada pukul 8 pagi. Seperti biasa saya bersama dengan kawan saya masih menyemak buku saham di samping mencatat berkenaan dengan saham-saham ahli yang bermasalah iaitu yang tiada alamat tetap, tidak tukar nama, saham tidak penuh, pertukaran alamat dan sebagainya. Semua masalah-masalah in perlu dicatatkan agar ia memudahkan penyimpanan rekod di dalam sistem. Pada hari ini, saya hanya membuat kerja ini sahaja

Anonymous said...

15/7/2008

Pada hari ini tiba dipejabat pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis kehadiran di dalam buku log, saya menyambung kerja yang masih tertunggak iaitu menyemak buku ahli saham untuk memastikan tiada masalah yang berlaku. Kebanyakkan ahli saham yang bernombor dalam lingkungan 4 ribu, kebanyakkannya adalah bersaham penuh. Maka tiada masalah yang timbul pada nombor ahli itu dan perlu diselesaikan dengan segera. Pada hari ini, saya diberitahu oleh En Mazlan bahawa, pada keesokkan harinya, saya perlu menghadirkan diri di dalam mesyuarat bersama dengan ALK di Pejabat RISDA. Menyuarat ini bertujuan untuk membentangkan minit mesyuarat dan membincangkan isu-isu yang berbangkit. Pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

16/7/2008

Tiba di pejabat koperasi seperti biasa pada pukul 8 pg. Pada hari ini, saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain di arah oleh En Mazlan untuk menghadiri mesyuarat di Pejabat RISDA yang melibatkan semua Ahli Lembaga Koperasi (ALK) untuk membincangkan mengenai perkara-perkara berbangkit, masalah-masalah koperasi dan sebagainya. Di dalam mesyuarat tersebut kata putus diperolehi agar keputusan dapat dicapai di atas persetujuan bersama dengan ALK yang lain. Antara isu yang banyak diperbincangkan adalah mengenai dengan Kes Tanah Ulu Kenas yang masih belum selesai. Mesyuarat tersebut berakhir dengan bacaan doa yang diketuia oleh pengerusi majlis. Mesyuarat berakhir pada pukul 12 tengahari. Selepas itu, saya bersama dengan staf dan pelajar praktikum yang lain pulang ke pejabat dan meneruskan tugas seperti biasa. Pada sebelah petang pula, saya telah menyemak semua senarai saham tidak penuh dengan menggunakan sistem PESAKA A-PLUS. Apa yang perlu dilakukan adalah menyemak satu persatu senarai no ahli saham tidak penuh iaitu seramai 4 ribu lebih ahli. Dalam semakan tersebut, terdapat juga sesetengah ahli yang salah jumlah saham dan ada juga yang tidak mempunyai alamat yang lengkap serta sebagainya. Penyemakkan tersebut dibuat sehingga pukul 5 petang.

Anonymous said...

17/7/2008

Pada hari ini, selepas menulis kehadiran di dalam buku log, saya terus menyiapkan senarai semakkan no ahli saham yang tidak penuh yang belum selesai. Kerja tersebut perlu dilakukan 2 orang bagi mempercepatkan urusan menyemakkan. Apabila telah selesai menyemak senarai ahli yang tidak penuh, Fiza akan mengajar kami cara-cara untuk membuat senarai saham penuh pula. Bagi senarai saham penuh pula, segala senarai nama kampung perlu diasingkan dengan menggunakan kod kampung yang telah ditetapkan di dalam sistem PESAKA A-PLUS. Urusan ini dibuat untuk memudahkan urusan membahagian kampung agar tidak berlaku pertindihan. Pada sebelah petang pula, ada seorang pelanggan datang untuk berhenti daripada menjadi ahli koperasi kerana mereka merasakan koperasi tidak memberi pulangan keuntungan kepada ahlinya sepanjang beliau terlibat di dalam saham ini. Maka dengan itu, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti daripada menjadi ahli. Kemudian saya telah menyediakan surat perberhentian ahli, membuat salinan kad pengenalan dan no telefon.

Anonymous said...

18/7/2008

Pada hari ini tiba dipejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya dan telah membuat kerja seperti biasa iaitu mengedit senarai ahli saham tidak penuh serta mengasingkan senarai nama ahli. Kerja ini dilakukan sehingga petang dengan menggunakan sistem PESAKA A-PLUS.

Anonymous said...

21/7/2008

Pada hari ini, tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada pagi ini saya telah menyemak senarai saham ahli di dalam sistem PESAKA A-PLUS satu persatu sehingga petang. Pada pukul 4 ptg, saya pergi ke salah satu syarikat di bawah koperasi iaitu kedai Hadayu. Kedai tersebut terletak di bangunan koperasi. Kedai ini menjalankan perniagaan frosen dan membekal makanan bermasak dan bahan mentah. Di sana saya disuruh untuk membersih stor yang mengandungi barang-barang dapur seperti periuk, kuali dan sebagainya. Barang-barang ini digunakan semasa koperasi mendapat tender membekal makanan bermasak di Sek Teknik Gerik dan Sek Men Keb Sultan Idris Shah Gerik. Semua barang tersebut hendaklah dibersihkan kerana pihak kopersi hendak menyewa bangunan tersebut kepada orang lain. ini merupakn langkah bijak yang dibuat oleh koperasi kerana dengan menyewa bangunan tersebut, sedikit sebanyak dapat meningkatkan keuntungan syarikat. Saya di sana sehinggan pukul 6 petang. Pada sebelah malamnya, saya bersama dengan kerani dan pelajar praktikum telah pergi ke kedai Hadayu untuk melihat keadaan barang tersebut kerana kuatir barang di kedai itu akan hilang memandangkan keadaan pintu kedai telah rosak.

Anonymous said...

22/7/2008

Pada hari ini saya tiba di pejabat pada pukul 8 pg. Pada hari ini saya pergi ke kedai Hadayu untuk melihat keadaan di sana. Menurut kerani, kita perlu mencari tukang besi untuk membetulkan pintu yang telah rosak. Setelah mendapatkan tukang besi tersebut, saya pulang ke rumah untuk menukar pakaian kerana menurut kerani kami perlu membersihkan kedai tersebut dengan segera. Kemudian, pada pukul 2 petang, saya bersama dengan staf2 keperasi membersihkan kedai tersebut. Sebelum itu, saya bersama dengan rakan saya dan En Mazlan pergi ke salah satu mengedar baja untuk koperasi iaitu Narsco. Kami ke sana untuk mengambil LO kerana menurut En Mazlan, koperasi telah mendapat tender membekal baja. Di Narsco terdapat pelbagai jenis baja rumpai, baja untuk menambahkan susu getah yang dinamakan vitex dan sebagainya. Kami di Narsca cuma sebentar sahaja. Selepas itu, kami kembali ke kedai Hadayu yang terletak di bangunan koperasi. Setelah selesai kerja pembersihan, saya pulang ke rumah pada pukul 6 petang.

Anonymous said...

23/7/2008

Pada hari ini tiba di pejabat seperti biasa. Pada hari ini saya tidak banyak kerja yang perlu dibuat. Pada hari ini juga saya hanya disuruh oleh setiausaha koperasi iaitu Hj Tahrim menyediakan caver laporan beliau. Ada juga pelanggan yang datang untuk menambah saham ahli. Kebanyakkan pelanggan yang datang hanya untuk menambah saham, penghantar surat pengesahan saham ahli serta ingin memberhenti daripada menjadi ahli. Semua urusan perlu disertakan dengan salinan IC dan surat untuk pengesahan pihak koperasi.

Anonymous said...

29/7/2008

Pada hari ini saya tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya telah disuruh oleh kerani iaitu Fiza untuk menyediakan kad jemputan untuk Mesyuarat Agong Kali Ke 23 di Dewan Serbeguna Gerik pada 28 Ogos 2008. Saya menyediakan kad tersebut dengan menggunakan Microsoft Office Publicher. Kad jemputan tersebut akan diberikan kepada semua ALK KPK, Tuan Pegawai RISDA Daerah, Tuan Pengarah RISDA Negeri, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SMK) dan mereka-mereka yang terlibat. Kemudian, pada sebelah petangnya, saya telah pergi ke kedai yang menjual alatan-alatan tulis untuk membeli kertas untuk membuat kad jemputan tersebut. Selepas itu, Fiza memesan kepada kami untuk mengingatkan beliau tentang temuduganya dengan Pihak KWSP pada keesokkan harinya.

Anonymous said...

30/7/2008

Pada hari ini saya tiba di pejabat agak awal iaitu pada pukul 7.30 pagi. Setelah mengisi kehadiran di dalam buku log, saya telah mengedit kad ucapan yang dibuat semalam kerana kerani ingin menukar warna pada kad tersebut. Pada masa yang sama bendahari kopersai iaitu Tuan Hj. Saaharani atau dengan panggilan Pak Su telah datang ke koperasi untuk menandatangani borang-borang pembaharuan lesen kelas F untuk dihantar ke Kementerian Kewangan. Selepas itu, keadaan di pejabat agak sunyi kerani kerani telah pergi ke KWSP atas urusan syarikat. Pada sebelah petangnya, saya telah photostat surat mesyuarat di Ipoh untuk diberikan kepada Puan Siti Zubidah dan pada masa yang sama saya juga telah print semua kad jemputan mengikut senarai yang telah disediakn oleh kerani. Setelah selesai, saya terus pergi ke kedai membeli rebon untuk diletakkan di kad tersebut. Sebelum pulang, kami bersama dengan pengurus iaitu En Mazlan telah membincangkan mengenai perkara-perkara yang perlu disiapkan sebelum mesyuarat agong diadakan. Antara perkara yang perlu dibuat adalah menyiapkan minit mesyuarat, print semua surat-surat kepada ahli, dan perkara-perkara yang lain.

Anonymous said...

31/7/2008

Pada hari ini datang ke pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini banyak perkara yamg perlu disiapkan semperna dengan mesyuarat agong yang akan di adakan pada 28/8/2008 di Dewan Serbaguna Gerik. Antara perkara yang perlu disediakan adalah surat mesyuarat kepada ahli-ahli. Disebabkan masalah pada komputar yang digunakan untuk keyin data dimasuki virus, maka kami terpaksa keyin data mengenai saham ahli semula. Dalam pada itu, banyak perkara yang saya pelajari di dalam keyin data dengan menggunakan sistem PESAKA A-PLUS. Pada hari ini kami telah print sebanyak 150 surat. Disamping itu, saya telah menyediakan semua senarai alamat-alamat ALK, Pengarah RISDA Negeri, Pegawai RISDA Daerah, Suruhajaya Koperasi Malaysia Cawangan Hulu Perak yang bertempat di Lenggong. Semua senarai tersebut akan dijemput di dalam Mesyuarat Agong kali 23 tersebut. Selepas surat di print, tugas saya yang seterusnya adalah melipat surat-surat tersebut. Pada sebelah petang juga saya telah menyambung kerja melipat surat-surat yang hendak dihantar ke semua ahli saham koperasi.

Anonymous said...

1/8/2008

Pada hari ini saya tiba dipejabat seperti biasa. Setelah selesai menulis nama pada senarai kehadiran, saya menyambung kerja yang tertangguh iaitu menyediakan surat-surat serta print semua surat2. pada hari ini surat telah diprint sebanyak 400 keping mengikut no ahli. Di samping print, kita juga perlu edit senarai kampung dengan betul di dalam sistem A-PLUS agar tidak berlaku masalah. Senarai kamping tersebut mengikut kod-kod yang telah disediakan. Jika tidak terdapat senarai kampung di dalam sistem tersebut, kita perlu menyediakan kod baru bagi kampung itu. Hari ini kerja saya hanya melipat surat-surat disamping menandakan surat tersebut dengan warna. Proses ini dibuat dengan menggunakan 4 jenis warna pada surat iaitu bagi bilangan ahli 1 hingga 447, kita perlu menandakan dengan warna kuning. Setakat ini saya hanya melipat surat sehingga no ahli 447 sahaja. Jenis warna untuk no ahli yang seterusnya akan ditentukan oleh kerani disitu. Proses ini dibuat agar urusan pada mesyuarat agong nanti berjalan dengan lancar. Ini juga dapat memudahkan kepada ahli-ahli saham. Ini kerana kebanyakkan ahli saham koperasi berusia, dengan adanya kaedah meletakkan warna pada surat tersebut, ia akan memudahkan urusan semasa pendaftaran ahli pada hari mesyuarat agong. Kerja-kerja melipat surat akan disambung pada minggu hadapan.

Anonymous said...

4/8/2008

Tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya menyambung kerja melipat surat-surat yang perlu dihantar kepada ahli-ahli saham koperasi pekebun kecil. pada hari ini juga jumlah surat yang telah di print adalah surat-surat yang bernombor antara 148 hingga 1005. Surat tersebut telah ditanda dengan warna pink. Proses tersebut dijalankan hingga ke petang. Menurut kerani iaitu Fiza, saya dan kawan saya telah diberitahu pada malam ini, kami perlu kerja lebih masa. Kerja ini melibatkan proses melipat surat dan meletakkan setem di surat tersebut. Saya pulang ke rumah pada pukul 11.00 malam.

Anonymous said...

5/8/2008

Pada hari ini seperti biasa saya masih membuat kerja yang sama iaitu melipat surat dan meletakkan setem. Surat-surat yang telah diprint pada hari ini adalah antara nombor 1006 hingga 1620 ahli. Bagi surat ini pula, saya meletakkan warna biru. Proses ini dijalankan hingga petang. Pada hari ini, kami telah menerima kedatangan pembekal koperasi dari Ipoh iaitu Perniagaan Samsudin Ramli Sdn. Bhd. Perniagaan ini membekal kad-kad nama, buku resit, membuat percetakkan kalendar, kad raya dan sebagainya. Tujuan mereka datang adalah kerana pihak koperasi telah menempah barang-barang daripada Perniagaan Samsudin Ramli seperti kalendar koperasi, buku resit, cetakkan sampul surat dan letterhead. Pada masa yang sama, mereka telah membawa barangan yang telah ditempah kecuali kalendar yang masih dalam proses kerana mereka perlu design terlebih dahulu dan mereka telah meminta gambar-gambar daripada pihak koperasi untuk memudahkan urusan menyiapkan kalendar tersebut.

Anonymous said...

6/8/2008

Pada hari ini, seperti biasa saya masih melipat surat-surat ahli. Pada hari ini surat yang telah di print adalah daripada 1621 hingga 2660. Surat ini telah ditanda dengan menggunakan warna hijau. Kemudian, proses print di sambung pada sebelah petang iaitu dari 2661 hingga 4605 ahli. Surat ini pula ditanda dengan menggunakan warna ungu. Selepas itu, saya juga disuruh oleh kerani untuk menyediakan surat bagi projek prasarana oleh syarikat Sazudin. Setelah selesai, saya menyambung kerja melipat dan menampal setem pada surat. Sebelum balik, saya bersama dengan kerani pergi ke Pejabat Pos Daerah Gerik untuk membeli setem yang masih tidak mencukupi. Kami telah membeli sebanyak 600 keping setem yang berharga RM0.50 sen. Pada sebelah petang, saya meyambung kembali kerja yang masih tertangguh iaitu melipat dan menampal setem pada surat sehingga pukul 5 petang.

Anonymous said...

7/8/2008

Pada hari ini seperti biasa saya datang ke pejabat pada pukul 8 pagi. Selepas menulis nama di senarai kehadiran, saya menghabiskan melipat surat yang masih berbaki dalam 100 keping surat dan pada hari ini koperasi telah menerima seorang pelajar praktikum yang dihantar oleh pihak RISDA untuk membantu pihak koperasi di dalam menyiapkan urusan berkaitan dengan mesyuarat agong. Pelajar tersebut adalah pelajar daripada Politeknik Engku Omar, Ipoh jurusan Sijil Pengurusan Perniagaan. Setelah selesai urusan melipat dan menampal setem pada surat, saya telah membantu Kak Yati bagi menyiapkan profil syarikat untuk diberikan kepada ahli di dalam mesyuarat agong. Di samping itu, En Mazlan telah menunjukkan kepada saya contoh banner mesyuarat agong yang lepas untuk di edit bagi membuat banner mesyuarat agong pada kali ke 23 ini. Pada sebelah petang pula, tidak banyak kerja yang perlu saya lakukan, saya hanya menerima arahan untuk menyediakan senarai nama untuk menjaga kaunter pada mesyuarat agong nanti. Pada mesyuarat agong kali ini, kami telah menyediakan lima buah kuanter iaitu kuanter 1 (warna kuning), kuanter 2 (warna pink), kuanter 3 (warna biru), kuanter 4 (warna hijau), dan kuanter 5 (warna ungu). Disetiap kuanter memerlukan 2 orang kakitangan untuk menjaga urusan pendaftaran mengikut nombor ahli yang telah ditetapkan. Pulang pada pukul 5.15 petang.

Anonymous said...

8/7/2008

Tiba dipejabat pada pukul 8 pagi. Seperti biasa, saya telah menulis nama di dalam buku log dan membaca surat khabar. Kemudian saya membantu kerani akaun iaitu Kak G mengasingkan baucer-baucer mengikut bulan dan bank. Antara baucer yang disusun ini adalah mulai tahun 2006, 2007 dan 2008. kesemua baucer ini perlu diasingkan mengikut bulan dan diletakkan di dalam fail. Ini adalah bertujuan bagi memudahkan urusan berkaitan dengan baucer pada masa akan datang. Di samping itu, saya disuruh untuk print 4 lagi kad jemputan untuk diberikan kepada pihak-pihak yang berkaitan. Pada hari ini, itu sahaja kerja yang saya lakukan.

Anonymous said...

11/8/2008

Tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Selepas selesai menulis nama di dalam buku log, seperti biasa saya telah menyambung kerja menyusun baucer yang masih tidak dikemaskini. Kemudian, saya telah membuat lebal pada fail mengikut bulan yang telah di asingkan sebelum ini. Setelah selesai menyediakan surat kepada semua ahli saham penuh, pihak koperasi harus menyediakan buku minit mesyuarat pula. Proses penyediaan buku tersebut masih di dalam proses menyusun muka surat mengikut keutamaan di dalam mesyuarat tersebut. antaranya adalah berhubung dengan senarai Ahli Lembaga Koperasi, senarai kewangan dan sebagainya.

Anonymous said...

13/8/2008

Pada hari ini, saya tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Selepas selesai menulis di dalam buku kehadiran, saya telah membuat surat berkaitan dengan tanah kerajaan. Surat tersebut hendaklah dihantar ke jabatan-jabatan kerajaan iaitu seperi Jabatan Pengairan Dan Saliran, Jurutera Daerah, JKR, Jabatan Alam Sekitar, Geosains Ipoh dan sebagainya. Semua surat tersebut hendaklah dihantar ke jabatan-jabatan tersebut untuk mendapatkan maklum balas yang sewajarnya berkenaan dengan tanah itu. Pada masa yang sama, saya telah print letterhead sebanyak 100 keping untuk simpanan koperasi. Kemudian, saya telah photostat invois bulan 7 untuk dibuat simpanan pihak koperasi dan difailkan dalam fail invois. Kebanyakkan invois ini adalah dari pejabat RISDA iaitu yang berkaitan dengan bekalan baja.

Anonymous said...

14/8/2008

Tiba dipejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini keadaan di pejabat agak lengang kerana kerani-kerani ada urusan di luar. Sepanjang masa yang ada, saya banyak menghabiskan masa mencari maklumat untuk dimuatkan di dalam laporan kajian saya. Pada sebelah petangnya, ada seorang pelangan telah datang untuk menambah jumlah saham sebanyak RM30 untuk mengaktifkan akaunnya. Kemudian Kak G iaitu kerani akaun telah mengeluarkan surat jemputan kepada pelangan tersebut untuk menghadirkan diri ke mesyuarat agong pada 28 Ogos ini di Dewan Serbaguna Gerik.

Anonymous said...

15/8/2008

Tiba di pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain pergi ke RISDA untuk mengikuti mesyuarat semperna dengan program maraton bersama dengan kakitangan RISDA. Sebelum ke RISDA, saya pergi ke bank CIMB bersama dengan kerani untuk membuat cash bank sebanyak RM3000 kepada En Azhar. Selepas uti, saya terus ke RISDA untuk mengikuti mesyuarat tersebut. . Di dalam mesyuarat ini, kami diberi taklimat oleh En Roslan tentang ajk pelaksana yang akan membantu di dalam proses pelaksanaan. Oleh hal yang demikian, saya bersama dengan pelajar praktikum diarah untuk menjaga di bahagian garisan penamat serta mencatat masa penamat. Di samping itu, antara peserta yang terlibat dalam maraton tersebut adalah kakitangan RISDA Negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis. Kesemuanya adalah negeri-negeri di bahagian utara. Bagi kakitanga RISDA pula diarah untuk menjaga di chek point-cek point yang telah ditetapkan. Setiap cek point akan dibekalkan dengan tali dan air bagi memudahkan peserta mengumpul mata untuk dibawa ke garisan penamat. Mesyuarat tersebut berakhir pada pukul 10.30 pagi. Pada sebelah petang pula, saya telah menaip senarai nama ahli penuh, di mana surat yang telah diposkan kepada mereka telah dikembalikan semula. Kebanyakkan surat yang telah dikembalikan semula ini disebabkan oleh senarai alamat ahli yang tidak lengkap serta ahli tersebut telah meiningggal dunia dan tidak dapat dikesan waris-warisnya. Senarai ahli yang telah

Anonymous said...

sambungan.............
direturn adalah sebanyak 90 orang. Disebabkan masa yang tidak mengizinkan, saya telah membawa balik semua surat-surat yang telah dikembalikan untuk di keyin di dalam komputer.

Anonymous said...

18/8/2008

Tiba di Pejabat seperti biasa pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis nama di dalam buku log, saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain telah pergi ke Pejabat RISDA kerana ada mesyuarat khas bersama dengan ALK. Di dalam mesyuarat tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan menentukan elaun kedatangan ahli, menetapkan pengurusi majlis bagi mesyuarat agong, menentukan dan memutuskan lembaga yang digugurkan, usul, memutuskan mengenai tindakkan terhadap ahli saham penuh yang meninggal dunia dan tidak dapat dikesan, belanjawan bagi mesyuarat agong, dan menetukan menu jamuan. Bukan itu sahaja, ALK juga telah memutuskan untuk memberi saguhati kepada kakitangan koperasi semperna dengan Hari Raya Puasa dan membincangkan mengenai lawatan ALK ke Jakarta, Indonesia. Selepas semua perkara telah mendapat persetujuan daripada ALK, maka mesyuarat khas ini telah ditangguhkan pada mesyuarat yang seterusnya. Mesyuarat telah tamat pada pukul 11.30 pagi. Pada sebelah petang pula, saya di minta untuk menyemak sekali lagi nama-nama ahli saham. Ini kerana, terdapat lagi ahli yang tidak dikemaskini. Kami terpaksa print semua penyata-penyata yang masih tidak di update. Perkara ini berlaku kerana pengurusan terdahulu tidak mengemaskini senarai nama ahli dengan baik. Ini akan memberi masalah kepada pengurusan yang terkini di dalam menyemak semula satu persatu nama ahli mengikut nombor ahli. Saya pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

19/8/2008

Tiba di Pejabat pada pulul 8 pagi. Selepas selesai menulis nama di dalam buku log, saya terus menyemak buku nombor 5 iaitu no. ahli antara 100 hingga 200. sambil menyemak satu persatu, kami mendapati bahawa ada juga nama ahli yang bertindih antara satu dengan yang lain. Oleh hal yang demikian, kami terpaksa menyemak semula nama ahli sehingga mendapatkan punca yang menyebabkan pertindihan itu berlaku. Selain itu, ada juga ahli yang tidak sama jumlah sahamnya dengan sistem. Ini juga menimbulkan masalah kepada pengurusan tersebut. Kami terpaksa mengira balik jumlah saham yang telah terkumpul. Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan segera, maka ia akan menimbulkan masalah apabila mesyuarat agong nanti. Perkara inilah yang menjadi keutamaan yang perlu diambil perhatian. Proses menyemak ahli saham sehingga pukul 5 petang.

Anonymous said...

20/8/2008

Tiba di Pejabat pada pukul 8 pagi dan terus menulis nama di dalam buku log. Di sebabkan urusan untuk membuat buku minit belum selesai, saya bersama dengan Kak Yati menyediakan teks ucapan Pengurusi KPK iaitu Tn. Hj. Abu Hassan Saari. Bayak yang perlu dimasukkan di dalam ucapan tersebut, iaitu seperti perancangan masa depan, keadaan kewangan KPK sebelum ini dan sebagainya. Urusan tersebut telah mendapat tunjuk ajar daripada Pengurus KPK iaitu En Mazlan kerana beliau lebih mengetahui mengenai masalah yang dihadapai KPK. Sebelah petang pula, saya membantu Kak Yati untuk membuat laporan mengenai isu tanah Ulu Kenas untuk diberikan kepada Pengurus. Di samping itu, saya diminta untuk menyediakan surat jemputan beserta dengan kad jemputan untuk diberikan kepada Pejabat Pentadbiran Agama Islam dan Adat Melayu Daerah Gerik. Setelah selesai, saya membantu Fiza untuk membuat buku minit mesyuarat. Pada hari ini saya pulang lewat kerana Pengurus meminta bantuan saya untuk membawanya ke rumah bekas Pengurusi KPK terdahulu untuk mendapatkan tandatangan bagi isu tanah di Ulu Kenas. Saya pulang ke rumah pada pukul 6.30 petang.

Anonymous said...

21/8/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis kehadiran di dalam buku log, saya menggunakan masa yang ada untuk membaca surat khabar. Selepas itu, saya membuat cover bagi buku minit mesyuarat dan mengedit laporan yang telah dibuat oleh Pengurus mengenai Isu Tanah di Ulu Kenas. Kemuadian, saya bersama dengan pelajar praktikum dan kerani pergi ke rumah Pengurusi KPK iaitu Th Hj. Abu Hassan Saari untuk mendapatkan tandatangan bagi menyiapkan buku minit Mesyuarat Agong kali ke 23. Pulang ke pejabat pada pukul 4 petang. Selepas itu, saya disuruh untuk membuat teks nama bagi mesyuarat tersebut. Teks nama yang perlu dibuat merangkumi semua AKL dan urus setia bagi mesyuarat tersebut.

Anonymous said...

salam....
prof..bile nak bagi borang soal selidik?

Anonymous said...

salam prof..saya nk tanye, kadang-kadang saya tsempat nak tulis dalam buku log, tp saya hanya taip di dalam komptr dan tampal di dalam buku log, boleh tak saya buat mcm 2 prof?

Anonymous said...

25/8/2008

Tiba di pejabat seperti biasa iaitu pada pukul 8 pagi, selepas menulis nama di dalam buku log, saya telah print nama kad yang telah dibuat pada minggu lepas untuk di leminit. Kemudian, saya telah menyediakan sijil kepada ALK yang akan digugurkan di dalam Mesyuarat Agong Kali Ke 23 pada 28 Ogos ini. Antara senarai nama yang telah digugurkan adalah Pengerusi KPK iaitu Tuan Haji Abu Hassan Saari, En Suhaimi dan En Yahya. Pada sebelah petang pula, saya telah pergi ke Pejabat Agama Islam untuk membincangkan mengenai penyerahan zakat pada hari mesyuarat agong tersebut. Selepas berurusan di Pejabat Agama, saya bersama dengan pengurus pergi ke kedai menjual cenderahati untuk membeli hadiah untuk PRD dan Pengarah RISDA Negeri iaiti En Zainal yang akan merasmikan mesyuarat agong pada kali ini. Setelah membeli hadiah, kami terus pergi menempah makanan untuk mesyuarat agong. Antara menu makanan yang disediakan oleh pihak koperasi adalah nasi lemak dan kuih-muih. Selepas semua perkara selesai, kami terus pulang ke pejabat pada pukul 7 malam. Selepas solat magrib, saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain mengira duit kehadiran yang akan diberi kepada pekebun kecil yang hadir di dalam mesyuarat tersebut. Proses pengiraan tersebut berakhir pada pukul 10 malam.

Anonymous said...

26/8/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis nama di dalam buku log, saya telah menyusun nombor yang akan digunakan sebagai kehadiran ahli ke mesyuarat agong pada hari khamis ini. Penyusunan nombor tersebut adalah mengikut kepada warna yang telah dibuat iaitu warna kuning, pink, hijau, biru dan ungu. Kemudian, seorang pelanggan KPK datang untuk menyemak jumlah sahamnya serta menanyakan mengenai mesyuarat agong. Pada sebelah petangnya pula, saya bersama dengan staf KPK telah pergi ke Hadayu untuk mengambil barang-barang keperluan untuk memasak nasi lemak. Antara barang yang diperlukan adalah seperti periuk, kuali, senduk, jab air, pinggan, cawan, penapis dan sebagainya. Semua barang-barang tersebut akan di bawa ke Kampung Perah bagi kegunaan memasak. Pulang ke rumah pada pukul 6 petang.

Anonymous said...

27/8/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi, setelah selesai menulus nama di dalam buku log saya bersama-sama dengan staf KPK pergi ke kedai untuk membeli barangan keperluan membuat hamper. Pada mulanya, kami telah pergi ke kedai barangan runcit untuk membeli biskut, air dan sebagainya. Kemudian, kami pergi membeli barangan keperluan untuk di gunakan bagi mesyuarat agong pada keesokkan harinya. Setelah selesai membeli barang dan makan tengahari, kami terus pulang ke pejabat untuk membungkus hamper. Hamper tersebut digunakan untuk aktiviti cabutan nombor bertuah. Kami telah menyediakan sebanyak 10 buah hamper untuk diberikan kepada pekebun kecil yang bertuah pada hari mesyuarat agong nanti. Pada sebelah petangnya pula, saya bersama dengan staf dan pelajar praktikum yang lain pergi ke Dewan Serbaguna Gerik untuk melihat persiapan yang telah dibuat di sana. Apabila tibanya di sana, saya telah mendapati meja yang digunakan untuk mendaftaran telah di sediakan oleh En staf-star RISDA yang datang membantu. Kemudian, kami telah di arah untuk membuat nombor bertuah sekali lagi kerana Pengurus tidak berpuas hati dengan nombor yang telah kami sediakan. Kami teris bergegas ke pejabat untuk menyiapakannya dan pulang pada pukul 6.30 petang.

Anonymous said...

28/8/2008

Tiba di Dewan Serbaguna Gerik pada pukul 7 pagi kerana pada hari ini KPK mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali ke-23. Cuaca pada pagi ini sungguh baik dan kehadiran orang ramai mendapat sambutan yang baik. Pada hari ini, seperti biasa saya telah ditugaskan menjaga kaunter pertama yang berwarna kuning. Selain mencatat kehadiran, saya ditugaskan memberikan elaun kehadiran kepada orang ramai iaitu sebanyak RM 30 seorang. Kemudian, saya telah diminta oleh Fiza untuk menjaga di bahagian makanan pula kerana pada masa yang sama, makanan yang ditempah telah tiba. Tugas yang perlu dilakukan adalah menyusun makanan di atas meja yang telah disediakan. Saya bersama dengan Kak Yati menguruskan di bahagian makanan bagi lelaki. Setelah selesai, saya telah membantu yang lain di bahagian persiapan VIP. Kemudian, saya telah mengambil buku minit untuk diberikan kepada ahli yang masih tidak mempunyai buku tersebut. Setelah selesai sesi pertama, para jemputan dijemput menjamu sarapan pagi yang telah disediakan. Pada pukul 11, semua hadirin dijemput masuk ke dalam dewan untuk agenda yang seterusnya. Setelah selesai, sesi soal jawab dijalankan untuk mendapatkan pandangan serta komen daripada orang ramai berhubung dengan KPK dan proses perlantikan Ahli Lembaga Koperasi yang baru. Setelah sesi soal jawab selesai, majlis diselitkan dengan cabutan nombor bertuah. Tujuannya adalah untuk memeriahkan majlis pada pagi tersebut dan majlis selesai pada pukul 1 tengahari. Saya bersama-sama dengan staf yang lain mengemas segala barang-barang yang digunakan pada mesyuarat tersebut. Alhamdulilah segala persiapan berjalan dengan lancar. Pulang pada pukul 2.30 petang.

Anonymous said...

29/8/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Pada hari ini, kebanyakkan staf tidak hadir kerana bercuti dan pada hari ini juga saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain tidak mempunyai kerja yang perlu dilakukan. Selepas itu, saya di minta oleh Fiza untuk mengira baki wang elaun kehadiran yang digunakan pada Mesyuarat Agong tersebut. Pada masa yang sama ramai juga pelangan yang datang untuk meminta dividen yang akan diberikan oleh pihak koperasi, tetapi atas perkara yang tidak dapat dielakkan serta ketiadaan Pengurus pada hari tersebut, maka dividen tidak dapat diberikan. Segala perkara yang berkaitan dengan pemberian dividen akan diberikan pada hari selasa kerana pada hari isnin kami bercuti. Pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

2/9/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Selepas selesai menulis nama di dalam buku log, saya diminta untuk menyemak jumlah kehadiran ahli saham pada mesyuarat agong yang lepas. Selain itu, kami juga di minta untuk mengira jumlah wang yang telah dikeluarkan pada hari tersebut. Di samping itu juga, pada masa yang sama ramai juga pelanggan yang datang untuk mengambil dividen tidak kira tua atau yang muda. Ada juga ahli yang ingin menambah saham. Selepas itu, saya di minta oleh kerani akaun iaitu Kak G untuk menukar wang di bank bagi memudahkan urusan pemberian dividen sementara menunggu En Mazlan menukar wang yang selebihnya. Pada sebelah petang pula, semakin ramai ahli yang datang untuk menuntut dividen mereka. Pada bulan puasa, saya pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

3/9/2008

Tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Selepas menulis nama di dalam buku log, saya terus membantu kerani untuk mengagihkan jumlah dividen kepada ahli yang hadir. Saya di minta untuk membuat resit bagi dividen yang dikeluarkan. Selain itu, saya juga telah mengemaskini senarai nama ahli, iaitu dengan memasukkan no kad pengenalan baru serta memasukkan alamat yang baru kerana sebelum ini ada juga ahli yang tidak mempunyai no rumah. Semua data akan di masukkan ke dalam Sistem PESAKA A-PLUS. Dengan adanya no alamat yang betul, maka pada mesyuarat agong yang akan datang, urusan menghantar surat tidak akan mengalami masalah. Pada sebelah petangnya, selain melayan pelanggan yang datang untuk mengambil dividen, saya tidak mempunyai kerja yang perlu dilakukan. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

4/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Selepas menulis nama di dalam buku log, saya telah membantu kerani menguruskan mengenai pemberian dividen. Pada hari ini, kehadiran pelanggan agak ramai bagi mengambil dividen. Dividen yang diberikan oleh pihak KPK adalah sebanyak 5 peratus. Ada juga di kalangan ahli saham ingin menambah saham. Menurut kerani bahawa pemberian saham dividen akan diberi tempoh sebanyak 1 bulan sahaja dan jika pelanggan tidak menuntut jumlah dividen tersebut, secara automatik dividen pelanggan akan dimasukkan ke dalam akaun mereka. Selain menguruskan mengenai pemberian dividen, saya juga membantu pengurus di dalam proses penempahan tiket kapal terbang ke Jakarta, Indonesia. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

5/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Selepas menulis nama di dalam buku log, saya diminta untuk menyemak senarai nama ahli saham yang hadir untuk memastikan pembahagian wang kehadiran mesyuarat agong diberikan kepada semua ahli. Kemudian, saya menyediakan senarai nama bagi ahli yang hadir di dalam mesyuarat tersebut tetapi tidak mengambil wang kehadiran. Catatan ini penting bagi memastikan bahawa pihak KPK mengetahui mengenai perkara tersebut untuk tindakan lanjut. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

8/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Selepas menulis nama didalam buku log. Saya diminta oleh pengurus untuk mengasingkan nama-nama bagi permohonan khairat kematian dan derma siswa. Pengasingan tersebut dilakukan mengikut tahun permohonan dan kematian. Antara tahun yang telah diasingkan adalah tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008. Kebanyakkan masalah yang timbul adalah permohonan yang dipohon tidak sama dengan tarikh kematian. Contohnya En A telah memohon pada tahun 2008 dan tetapai En B telah meninggal dunia pada tahun 2006. Perkara inilah yang menjadi masalah kepada pengurusan KPK bagi memastikan pembahagian khairat sekata. Setelah selesai, saya membantu di dalam pembahagian dividen ahli. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

9/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis nama di dalam buku log, saya diminta oleh kerani iaitu Fiza untuk mengedit minit mesyuarat ALK untuk dibuat report bagi mesyuarat ALK pada 10/09/2008 di Pejabat RISDA. Kemudian, saya menyediakan resit untuk penambahan saham ahli kerana ada seorang pelanggan ingin menambahkan sahamnya serta isteri di dalam akaun. Di samping itu, ada juga urusan pembahagian dividen serta persediaan mesyuarat ALK pada keesokkan harinya. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

10/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Setelah menulis nama di dalam buku log, saya menyediakan perkara-perkara penting yang perlu dibawa ke pejabat RISDA bagi mesyuarat ALK serta sesi undian Ahli Lembaga yang baru. Sebelum pergi ke Pejabat RISDA, saya diberi penerangan mengenai sesi pengundian dijalankan. Mesyuarat ALK dimulakan dengan bacaan doa oleh Tn. Hj Taharim dan ucapan daripada Tn. Hj. Mad Kahar selaku pengerusi sementara. Kemudian sesi undian dilakukan dan keputusan undian diketahui selepas itu. Antara keputusannya adalah Pengerusi: Puan Hjh Siti Zubidah Binti Sarih, Setiausaha: Tn. Hj Taharim dan Bendahari: En Shaarani. Di samping itu, turut hadir di dalam mesyuarat tersebut adalah PRD iaitu En Abdul Halim Bin Ramli. Selain daripada itu, di dalam mesyuarat tersebut jga dibincangkan mengenai perkara-perkara berbangkit dan perancangan masa depan di dalam membangunkan KPK Gerik. Mesyuarat tamat pada pukul 12.00 tengahari. Selepas mesyuarat ALK, saya bersama dengan pengurus, kerani dan ALK pergi ke Jabatan Imigresen untuk membuat pasport bagi aktiviti lawatan sambil belajar ke Jakarta.

Anonymous said...

11/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis nama di dalam buku log, saya diminta untuk mengasingkan nama ahli saham yang membuat permohonan yang terkini dan tarikh meninggal dunia pada tahun permohonan dibuat bagi khairat kematian. Ini kerana, di dalam mesyuarat ALK telah diputuskan bahawa pembahagian derma bagi khairat kematian hanya diberikan kepada ahli saham yang meninggal dunia pada tahun 2008 sahaja. Maka pengasingan tersebut perlu diasingkan agar iai tidak berlaku masalah. Sebelah petangnya, saya hanya membantu di dalam pembahagian dividen kepada ahli. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

12/9/2008

Tiba dipejabat KPK pada pukul 8 pagi. Setelah selesai menulis nama di dalam buku log, saya bersama dengan Kak Yati menyemak nama permohonan bagi derma siswa dan khairat kematian iaitu sama ada ahli tersebut bersaham penuh atau tidak. Pada hari ini juga, pensyarah selaku penyelia lawatan telah datang ke pejabat RISDA. Saya bersama dengan Ayu diminta untuk pergi ke sana untuk berjumpa serta berbincang mengenai perjalanan praktikum saya di RISDA dan KPK. Pada sebelah petangnya, sebelum pulang saya dipanggil oleh En Mazlan, Pengurus KPK untuk sesi perjumpaan buat kali terakhirnya.

Anonymous said...

15/9/2008

Tiba di Pejabat RISDA pada pukul 7.50 pagi. Pada hari ini saya ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan. Kemudian saya diminta oleh En Mohd Wan Husni untuk membuat/mengira iventori disetiap ruang/bahagian di RISDA. Pada hari ini, saya telah mengira iventori di bilik PKA, bilik komputer, bilik Pegawai RISDA Daerah dan di bilik serbaguna. Pada sebelah petangnya, saya tidak banyak kerja yang perlu dilakukan dan pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

16/9/2008

Tiba di pejabat RISDA pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya telah menyambung tugas mengira iventori di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan RISDA. Melalui pengiraan tersebut, saya mendapati kebanyakkan iventori atau eset tidak mempunyai nombor rujukan. Antaranya seperti kipas angin, mesen taip, printer, rak buku dan kerusi. Pada sebelah petangnya, saya melayari internet untuk mencari bahan bagi menyiapkan report. Pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

17/9/2008

CUTI NUZUL QURAN

Anonymous said...

18/9/2008

Tiba di Pejabar RISDA pada pukul 8 pagi. Kemudian saya telah menaip senarai item dengan menggunakan exel. Antara bahagian-bahagian yang telah dibuat adalah bilik komputer, bilik PKA, bilik PRD dan di Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan. Di bahagian ini pula dipecahkan kepada 2 iaitu bahagian pengembangan, bahagian pentadbiran dan akaun. Pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

19/9/2008

Tiba di Pejabat RISDA pada pukul 8 pagi. Pada hari ini setiap jumaat, RISDA mengadakan kuliah agama. Sementara menunggu ustaz untuk memberikan ceramah. Saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain diminta untuk melipat surat bayaran bantuan tanam semula yang akan diberikan kepada pekebun kecil. Kemudian saya terus ke bilik gerakkan untuk mendengar ceramah. Ceramah pada kali ini bertajuk `Penawar Bagi Hati’. Selepas itu, saya menyambung melipat surat bantuan tersebut sehingga selesai. Pulang pada pukul 5 petang.

Anonymous said...

22/9/2008

Tiba di Pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya kembali ke KPK untuk menyiapkan pengasingan nama ahli saham. Sebelum itu, saya bersama dengan pelajar praktikum yang lain mengasingkan borang permohonan khairat kematian dan derma siswa. Pengasingan tersebut dibuat pada tahun 2008 sahaja. Jika borang tersebut dihantar pada tahun sebelumnya, pembahagian derma tidak akan diberikan. Pada sebelah petangnya pula, saya telah mengemaskini PESAKA A-PLUS dengan memasukkkan NO IC baru ahli. Selain itu, ada juga pelanggan yang hadir untuk menuntut dividen dan ada yang datang untuk menambah saham. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

23/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya diminta oleh kerani KPK, Fiza untuk mengemaskini buku saham no 3. Kebanyakkan syer saham ahli mempunyai masalah pertindihan nama, contohnya nama seorang ahli mempunyai 2 no ahli. Ini yang memberi maslah kepada pihak pengurusan KPK untuk mengemaskini. Kami terpaksa memeriksa kembali buku-buku yang seterusnya untuk memastikan tiada pertindihan berlaku. Pada sebelah petangnya, saya menyambung kembali tugas-tugas mengemaskini saham ahli hingga pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

24/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya diminta oleh Pengurus KPK Gerik iaitu En Mazlan untuk mengira jumlah wang untuk dibayar kepada Jabatan Pertanian, pengurusan lawatan kakitangan ke Jakarta dan sebagainya. Di samping itu, saya bersama dengan rakan saya iaitu Ayu menyiapkan slide untuk perbentangan pada hari selesa minggu hadapan. Slide tersebut banyak menumpukan kepada perjalanan aktiviti yang dijalankan sepanjang menjalankan praktikum. Pada sebelah petangnya, saya diminta untuk mengasingkan saham ahli yang bersaham tidak penuh tetapi melebihi RM 70 ke atas. Pengasingan ini dibuat untuk diberikan kepada ahli untuk menambahkan saham mereka. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

25/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya telah meyambung kerja mengasingkan saham ahli tidak penuh RM70 ke atas. Pengasingan tersebut dibuat dengan meletakkan no ahli, alamat, no kad pengenalan dan jumlah saham. Kemudian,saya telah print penyata tersebut. Antara jumlah saham RM70 ke atas adalah sebanyak 130 orang. Pengasingan tersebut dilakukan sehingga petang. Setelah selesai, saya telah print senarai tersebut untuk diberikan kepada Pengurus. Tujuan pengasingan tersebut dibuat adalah untuk diberikan kepada PRD. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

26/9/2008

Tiba di pejabar KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini, saya diminta oleh kerani, Fiza untuk mengemaskini senarai nama ahli saham yang tidak mengambil dividen. Jika ahli saham yang tidak mengambil dividen pada tempuh yang telah ditetapkan, secara automatik, dividen tersebut akan dimasukkan ke dalam saham ahli masing-masing. Pada sebelah petangnya, saya juga diminta untuk mengira baki wang yang telah dikeluarkan untuk tujuan mesyuarat oleh KPK. Baki wang tersebut akan dimasukkan kembali ke dalam bank untuk tujuan yang lain. Kemudian, saya telah menyambung kembali penyediaan slide untuk perbentangan sehingga selesai. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

29/9/2008

Tiba di pejabat KPK pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya diminta oleh Pengurus untuk mengira jumlah baki wang pengeluaran bagi mesyuarat agong. Kemudian saya mengemaskini buku log dan laporan kajian saya dengan mencari maklumat berkaitan dengan laporan dan tajuk yang dikaji. Pada hari ini, tidak banyak kerja yang dilakukan di samping mengira jumlah pemberian/pengeluaran wang kehadiran bagi setiap kuanter yang telah ditetapkan. Apabila pengurusan pengeluaran wang dilakukan, segala rekod dan laporan dapat dijadikan bukti. Ini penting agar belanjawan yang telah dibuat dapat dikemaskini dengan sebaiknya. Pulang pada pukul 4.30 petang.

Anonymous said...

30/9/2008

Tiba di pejabat RISDA pada pukul 8 pagi. Pada hari ini saya dan rakan praktikum mengadakan perbentangan di hadapan staf dan penyelia praktikum iaitu En Mohd Wan Husni. Kemudian, di adakah sesi soal jawab dan pemberian cenderahati daripada pihak RISDA Daerah Gerik Berhad. Di dalam sesi perbentangan tersebut, kami banyak menyentuh kepada aktiviti-aktivit yang dijalankan sepanjang menjalani praktikum di RISDA dan Koperasi Pekebun Kecil Daerah Gerik Berhad.