Sunday, June 08, 2008

Syafawati Binti Muhamad


PEJABAT DAERAH DAN TANAH KERIAN
Jalan Padang34200 Parit Buntar, Perak.
Syafa,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

89 comments:

secretname said...

salam prof n semua..

hari ni br sy berkesempatan nak tulis dlm blog ni..

hari pertama..
jam 8.30 pg sy pergi ke pej daerah dan tanah utk melapor diri brsama 3org rakan uum yg lain..seorang bdm, sorang HR n sorang lg BPM.jadi km 2 perempuan 2 lelaki.

km diberi dipisahkan pada pg itu oleh pembantu en Kais. sy dan seorng lg di tempatkan d Pembangunan Luar bandar(PLB). 2org lg d tempatkan d bahagian tanah.

msk je kat PLB km dibawa bjumpa dgn en Syamsul iaitu ADO di PLB. Km d terangkan serba sedikit dgn aktiviti PLB.slps itu km dibawa oleh abg man iaitu PAR utk d perkenalkan dgn semua staff.

ptg itu km d bawa oleh ADO dan pemb teknik ke kuala gula utk berjumpa dgn kontraktor class D dan kementerian pelancongan yg turut sama melihak tapak projek.

km dijamu dgn mknan yg lazat.untung betul ikut bos2 ni.ptg tu km blk lambat.pukul 7 br smpai rmh..what a tired day

secretname said...

hari kedua,

sy tgh pecut pada pg tu sbb da terlambat.jarak dr rmh ke ofis 20 minit tp klu rempit 10 minit je. sy terlewat 2minit..huhuhu.

ari ni mmg xde kje lgsg dan hari yg paling membosankan.nasib baik ade member same.jadi x lah bosan sgt.

km slalu klua breakfast berempat..biasa la baru lg

secretname said...

hari ketiga,
p x d beri.
xde ape2 yg menarik..sgt membosankan.mintak kerja tapi tak d beri.ape boleh buat.

ops sory klu sy guna bahasa sms.sy lebih selesa guna bhs ni.klu x d benarkan sila beritahu ye prof.

hari ketiga sy klua minum bersama rakan2 dan mkn tghari pon berempat. apa yg km buat semua berempat maklumlah x mesra lg ngan staff di sana.

utk pgtahuan semua ade 4org pelajar praktikal di PLB. 3 budak poli dan sorang budak uum. ms ni sy cuma mesra dgn bdk2 praktikal lelaki sbb dorang suka mengusik.

tak ade kerja pada hari ini cuma membuat report bab 1 dan menulis laporan harian

secretname said...

hari keempat,

hari ni pg2 lg pemb teknik en Faharil Zaaba dan Kak izan techican telah membawa km utk bertemu kontraktor2 yg berminat uk membina pusat sumber desa d selinsing. ramai juga kontraktor yg berminat.

km diberi tugas utk daftar kontraktor2 yg datang. selepas itu km msk ke blk mesyuarat penghulu di situ utk mendengar penerangan en Zaaba ttg projek tersebut.

slps itu km membawa kontraktor2 ke tapak projek. slps itu km melawat ke jambatan baru yg disiapkan utk nelayan di selinsing seterusnya pergi ke pejabat2 penghulu di mukim beriah, semanggol, selingsing da bebrapa lg yg sy x ingat.

lps blk ke ofis tiada lg kerja yg menanti.

cuma 1je yg memeningkan kepala sy. ADO yg lg sorang beritahu sy baju kurung msti dipakai sedangkan pemb teknik dan kak izan telah memberi green light utk sy memakai seluar ke pej sbb km akan selalu turun site. macam mana nk panjat bgnan klu pakai baju kurung. pelik betul la..pening pon ade.

secretname said...

hari kelima (jumaat),

hari yg paling best sbb singkat waktu kerja.
sy diberi peluang utk menolong tud2 praktikal mengemaskini borang2 kontraktor.
sembang dan main game then masa utk pulang dah tiba
xsabar rasanya nak merehatkan bdn stlh 5hari bkerja

prof madya dr abd halim ahmad said...

Syafa,

Elok tulis bahasa yang betul. Semua yang ditulis ini akan digunakan sebagai data kajian kes. Data kajian kes bersifat penceritaan yang terperinci. Jangan lupa untuk save kat pen drive supaya selamat daripada kerosakan server.

secretname said...

baik prof..sy akan tulis dengan bahasa baku. saya dah lihat banyak masalah di sini. nanti saya akan masukkan dalam kajian saya. oh ye prof. tajuk saya macam ni boleh tak?
Inovasi Pengurusan : Kajian di bahagian Pembangunan Luar bandar

boleh tak? atau prof ada tajuk lain untuk saya?lg satu saya nak hantar bab pertama semua tajuk atau hanya latar belakang? saya dah siapkan sedekit semua tajuk bab 1 tapi belum cukup lagi.

Anonymous said...

1. tajuk OK untuk sementara waktu.
2. hantar latar dulu

secretname said...

wokwh bos..arahan diterima

secretname said...

9/6/08-isnin

1.hari ini saya diberi tugas untuk mengecop dokumen/borang pilihanraya ketua kampung yang akan diadakan mggu hadapan
2. saya menyemak dan mengemaskini dokumen @ fail projek.
3. menyemak data2 projek

hari ni saya dapat pelajari banyak benda berkaitan projek yang PLB dpt.
hari ni jugak saya letih sgt sbb tgn da jadi mcm orang kerja kilang..cop paper sampai beribu-ribu

secretname said...

10/6/08-selasa

masih di PLB.tidak ada keluar site hari ni. saya makin mesra dgn staff. saya telah berjumpa dengan bos iaitu en Nasser dan CC pn.salasiah untuk memperkenalkan diri kerana en naseer ada kelas sepanjang mggu lps kerana beliau sedang menyambung PHD dan CC telah bercuti melancong smggu.

1.masih mengecop borang2 filepilihanraya
2. mengemaskini fail2 yang tidak lengkap
3. mempelajari cara2 untuk fotostet

hari ni saya dapat pelajari cara mem'fotostet' kertas. gembira pun ada sbb selama ni tak pernah guna. lepas tu saya dapat mempelajari cara2 mengemaskini fail kerana lps ini saya yang akan mnegambil alih tugas bdk2 praktikal yang lain.

secretname said...

11/6/08-rabu

hari ni saya telah
1. tolong fotostet dokumen
2. menulis laporan praktikal
3. menaip perkataan-perkataan untuk pilihanraya ketua kampung nanti seperti (tolong diam, sila ikut arahan dll lain)
4. mempelajari prosidur di kaunter hadapan

hari ni saya dapat membantu staff meringankan tugas mereka dan kontraktor agak ramai hari ini kerana tarikh tutup pembelian borang projek semakin hampir.

secretname said...

12/6/08-khamis

hari ini PLB mengadakan jamuan perpisahan untuk pelajar2 praktikal yang telah lama berkhidmat di situ.
lps ni hanya tinggal 2orang praktikal di PLB sebelum bdk praktikal lain masuk pada bln 7 ni. dorang ni sangat mesra tak kira lelaki atau perempuan.

1. hanya bersembang dengan staff dan pelajar praktikal yang lain'
2. last minit diberi tugas untuk menaip senarai yang menerima bantuan kerana kurang $500 sebulan pendapatan sperti nama, alamat, no ic dll dalam excel

secretname said...

13/6/08-jumaat

1.menulis borang inden
2.pergi ke majlis tahlil arwah isteri pengusaha kantin di kantin ofis
3.membantu staff membuat kerja menggunakan word
4.melayari internet memcari maklumat berkaitan report.

hari ni semua org beramah mesra dgn pelajar praktikal yg menjalani praktikal terakhir mereka. km mengambil gambar beramai2 sblm tamat waktu kerja. suasana di sini sungguh damai sehingga 1 peristiwa sedih berlaku.sy kena rahsiakan benda tu dr pengetahuan umum.cuma yg boleh saya katakan pilihla penbyelia organisasi dgn hati2 kerana kita tidak tahu apa yang akan kita dapat pada hari terakhir praktikal kita nti.
next week mggu bz ofis sbb pilihanraya ketua kg nk bermula...c ya

Anonymous said...

thanx syafa..
teremosi sgt aritu. mayb dlm 1st month ni akan jd prob kt kite..
teringat kt kwn2 uum. gud luck syafa

secretname said...

ok amy..kwn mesti tlg kwn kan?tu yg kite wat..klu de prob bgtau la ye.gd luck too

secretname said...

16/6/08-isnin

pagi sy punch kad awal pagi 7.50.setiap hari lebih kurang masa yang sama. selepas bersembang 10minit dgn staff di pejabat saya dan kawan2 pergi sarapan di kantin. pukul 8.40 a.m masuk kembali ke pejabat. tugas pada hari ini:

1.9-10am mengecop borang undi-500 borang
2.11-5.30pm di kuala gula mengikut technician kak izan.

hari ini sangat meletihkan dan cuaca sangat panas. kami berdua bersama pemandu pergi ke site kuala gula untuk melihat cara2 pailing dilakukan. sampai saja di sana kontraktor belum sampai. terpaksa la kami menunggu sambil makan.nasib baik sub kontraktor belanja.

tepat pukul 2.30 kami ke tapak site dan kerja2 pailing dimulakan. site ni berada di kawasan paya bakau jadi mcm2 halangan yang ditempuhi. ular tedung juga bersama-sama kami untuk melihat pailing.

ketam dan ikan juga tidak ketinggalan melihat 'real pailing'. saya ni sampai nak pekak dah sebab kerja-kerja itu dilakukan tidak sampai 5 meter dari kami.

untuk pengetahuan semua spunpile ialah jenis pailing(cerucuk) yang berbentuk bulat. ada juga jenis empat segi. saya akan mengikut kak izan sampaila kerja2 membina njeti ini disiapkan.

esk pukul 8 pagi sampai 5 ptg kena ada di sana. jadi cukuplah setakat ini sahaja cerita saya untuk hari ini. tq

Anonymous said...

Lain kali bawa kapas sumbat telinga elak pekak

secretname said...

terima kasih prof atas nasihat yang diberikan. tapi nak bawak penyumbat telinga tu nanti orang kata apa pulak. orang lain boleh je dok dekat2 saya plk yg ngada2 nanti. tapi mmg sakit telinga. mcm nak pekak pon ada.

oh ya prof saya ada bertanya bos saya tentang tajuk yang saya perlu buat berkenaan tema kita ni. buat pengetahuan prog en naseer ni akan menyambung pelajaran ke pringkat PHD minggu depan. staff yang srh saya jumpa dengan bos jadi saya pon jumpa la tanya pendapat. dan dia mencadangkan saya membuat tajuk berkenaan ICT. dalam ICT ni ada banyak aspek iaitu SPEK, e-merah, LAMS/SPKT dan byk lg.semua ini digunakan oleh staff si sini hari2.
so camne prof?hrp dpt comment

secretname said...

17/6/08-selasa

hari ni masih mengikut kak izan ke site kuala gula. hari ni pekerja rajin sikit dari semalam. kurang berehat walaupon matahari tegak di atas kepala. mungkin sbb bos besar turun site hari ini.
tghari ini site supervisor belanja kami berdua makan kerana diver n sorang lagi kwn saya mengikut bos ke taiping.
tamat waktu rehat kami masih memerhati kerja2 pailing n pateri dilakukan. hari ini agak panas tetapi disebabkan kulit saya dah terbakar jadi semua itu da biasa.
pukul 5 pekerja2 berjaya memailing 26 batang daripada 42 pailing yang ada.
selepas itu kami singgah minum di tg piandang dan kak izan yang belanja. saya beruntung kerana selama saya praktikal di PLB saya dan sofi yang di ajak keluar berbanding bdk2 praktikal yang lain.
5.30 saya punch kad

secretname said...

18/6/08-rabu

pada jam 8.30 kami diajak oleh cc dan 1 ofis utk menjamu selera di bilik mesyuarat sebelum DO, ADO2, penghulu dan VVIP menjamu selera. ini adalah tradisi PLB. sepatutnya kami kena mkn slps VVIP mkn tetapi di sini km yang menjamu selera dulu. saya dan Sofi pon terpaksa mengikut.
tetapi saya dan seorang pekerja konbtrak dimarahi oleh ADO kerana tidak tinggalkan cawan dan pinggan utk DO dan lain2 tetamu mkn. so kami pon terpaksa la membawa pinggan dan cawan dari bawah ke blk mesyuarat. beberapa kali kami ditengking oleh ADO tersebut. 1 ofis dgr.sebenarnya mayb dia nak 1 ofis dengar yang kalau mkn tu ingat2 la orang belakang. saya setuju yang km salah tp tak patut hanya kami dimarah sbb kami yang paling muda disitu.
saya down sgt2 hari tu.xmampu lagi nak buat kerja. saya menangis dalam hati.
tapi ini baru sedikit. mayb masa bekerja yang sebenarnya lagi lagi teruk.saya kena la tabah.
saya berjanji pada diri saya yang saya tak akan makan lagi sblm orang lain makan.
oklah masuk blk cerita yang sebenar. pagi ini saya tolong membuat persiapan untuk pilihanraya kg Dennistown pada ptg ini di Dewan Tan Sri Ngah Talib.
jam 1.30 kami bertolak ke dwn tersebut dan saya bersama rakan yang lain ditugaskan untuk memdaftar pengundi dan mengira bilangan pengundi setelah mereka memilih calon mereka.
hari ni pengundian dijalankan secara angkat tgn. bilangan pengundi yang hadir pada hari ini ialah 330.
ketua kg yang dipilih memengangi majoriti undi sebanyak 189 berbanding 330 yang datang. 2 orang lagi calon terus pulang setelah tahu mereka gagal. hanya calon dan wakil calon yang menang bersama2 kami dalam jamuan.
5.30 kami pulang

secretname said...

19/6/8-khamis

hari ini dan hari2 seterusnya kami akan pergi ke setiap kampung dan menjalankan tugas mcm SPR..best tu..rasanya sampai la 31 julai baru habis p/raya ni.

hari ini p/raya dijalankan di dataran dewan local agenda parit buntar dan hanya 3 calon yang bertanding. hari ini pengundi yang datang agak sedikit berbanding semalam iaitu hanya 252 pengundi.
jam 1.50 kami bertotak ke tempat pengundian. pajero kami rosak sebaik saja sampai. hanya 4 orang petugas yang baru tiba menjadikan suasana agak kelam kabut kerana kami nak daftar pengundi, nak bagi air lagi nak srh pengundi duduk lagi. pajero bhgn pentadbiran tiba bersama pegawai kami yang lain 15 minit kemudian. fuh suasana kembali tenang.
undi ditutup jam 5 ptg.hari ini masih menggunakan undi cara angkat tgn.
majoriti pengundi sepakat memilih ketua kampung mereka dan ada seorang calon yang mendapat 7 undi sahaja. kesian dia.
YB Mujahid turut hadir semasa proses pengiraan undi dijalankan.
selepas jamuan kami bergerak pulang. hari ni pukul 6 baru punch kad. makin hari makin lambat blk.

secretname said...

20/8/08-jumaat

pagi ini mata saya bengkak kerana kurang tidur dan menangis..hahaha.
biasanya kalau saya kena marah saya tak kan boleh tido dan saya akan menangis. bagi saya peristiwa kena marah ngan bos ari tu adalah peristiwa yang pahit dan manis. pagi ni saya tak pergi minum di kantin seperti biasa. sebaliknya saya ikut staff lain beli mknan di luar dan makan di pantry.
bossaya selalu mkn di kantin pagi2 dan saya tak boleh tgk muka dia lagi sbb saya akan rasa bersalah.
jadi baik saya jarakkan diri sekejap.
bukan marah tetapi utk tenangkan fikiran.
pagi ini saya mengecop kertas2 undi yang akan digunakan ptg ni.

masa rehat saya tak balik sebaliknya melepak di ofis bersama rakan2 dan staff. ramai juga staff yang belum pulang kerana mereka menjalani latihan congkak dan pada sebelah pg mereka akan menghadiri latihan bola sepak, bola jaring, badminton dll sempena kejohanan staff negeri perak pada bln julai ini.
saya menonton movie dan melayari internet dari jam 12 sampai la jam 2.

ptg itu pada jam 2.45 kami bertolak ke bgn serai iaitu di surau parit labis. sepatutnya kami bertolak jam 2.30 ptg tetapi pegawai lambat tiba. 1 perkara yang saya perasan org bawahan di sini sangat punctual tetapi pegawai2 kurang sikit. jadi km pendaftar bertolak dahulu dengan 2 pajero. pegawai2 bertolak kemudian dgn kereta salah seorang pegawai.
kami sampai di sana lebih kurang jam 3.15. jarak dari parit buntar agak jauh dan tempatnya terletak di pedalaman sikit. hanya jalan kecik yang ada dan sukar hendak meletak kenderaan di surau tersebut.
hari ini ramai VIP yang datang termasuklah YB, penghulu, polis dan
pegawai lain. seramai 174 yang mendaftar dan jumlah itu amat memuaskan hati penghulu di situ dan mencapai target mereka walaupun kurang 6 orang daripada 200 yang ditarget.
hari ini undian dijalankan secara pembuangan undi. dan selepas mengira undi kami dijamu dgn mee sup. bekerja di PLB ini menjadikan saya sedikit gemuk kerana asyik dijamu dan duit belanja juga jarang digunakan. ini sangat memuaskan hati saya.
hari ni saya punch kad pada jam 6.40.

secretname said...

harap maaf pada hari jumaat km pergi ke parit seribu bkn parit labis. kesulitan amat dikesali

Anonymous said...

jangan pilih tajuk yang susah. Nak buat ICT tu nak kaji apa bendanya. Sila cadangkan. Lebih baik buat perkara yg mudah,yg menarik dalam pemerhatian.Pemerhatian bagaimana proses lantikan ketua kampung pun menarik juga. Tapi tak perlu fikir tajuk lagi, teruskan menulis dan bercerita setiap hari sebab semuanya itu adalah data kajian,cuma nanti kita cari tajuk yang sesuai. Jangan lupa terus bercerita.

secretname said...

ok bos..
pasal ketua kampung pun ok sbb saya involved dari A sampai Z rasanya..
ok saya akan ceritakan lagi psl praktikal nti..
c u then

Zulhilmi BlogSpot Forum SYok said...

salam syafa, saya zul minta maaf la kalo ganggu, nak minta tlg bleh tak awak kongsi cara cmne nak buat draf laporan... saya dah buat takut salah je, bkn pe sje nak kongsi ilmu kan.. k tq

Anonymous said...

salam, saya zul yg ahmad dusuki tu sje je main2... takpe le kalo dah siap tlg kongsi ek...

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

salam.. terima kasih le.. kre dah lulus kre ok le tu.. pepehal selamat berjaya ye tulis laporan..

secretname said...

laporan harian akan dicatat pada hari sabtu ini..catatan semua ada kat ofis..hehehe

secretname said...

23/06/08-isnin

aktiviti pada hari ini ialah :
1) membuat persiapan pilihanraya seperti mengecop kertas undi
2) mengedit laporan praktikum
3) menulis buku log praktikum
4) menjadi petugas pilihanraya dari 2.30-6.00 pm di parit hj. hussin

buat pertama kali calon2 yg mengundi seimbang dari segi bangsa cuma bangsa cina je tidak mengundi.

hanya 2 calon yg bertanding. seorang muda dan seorang tua. tetapi apa yang menghairankan pengikut2 calon ramai yg melihat proses pendaftaran dan mereka tidak mendaftar pon.

kemenangan berpihak kepada calon yg tua dan pihak calon yg muda telah membuat bantahan kepada ADO.sy pon tidak tahu mengapa.

jam 6.30 ptg km sampai di ofis. jam 7 sampai di rmh dan jam 8 bergegas ke hotel damai bsama seorang kwn untuk menghadiri mjlis mkn mlm perpisahan en Nasser.

semua penghulu daerah kerian dan staff PLB serta ADO2 hadir. di sini pekerja tidak membezakan antara pelajar praktikal dan staff..semua dianggap sama.

slps ucapan pengerusi majlis dan en naseer km mjamu selera..then pulang ke rmh.

so tired 2day

secretname said...

24/-6/08-selasa

tempat : masjid kg dew dan PLB

8.30pg : btola ke masjid kg dew, selinsing
9.30-1.30 ptg : jadi pendaftar pengundi p/raya
3.30 : kembali ke PLB setelah selesai negira undi dan jamuan

4.00-5.00 ptg : menulis dalam buku log praktikum

org tidak ramai keluar mengundi hari ini kerana hujan lebat.
banjir juga berlaku di tempat mengundi keraja hujan terlampau lebat. jadi km terpaksa berpindah ke dalam masjid

hanya 2 calon bertanding pada hari ini dan seramai 74 pengundi yg keluar membuang undi. undian dijalankan secara pembuangan undi

secretname said...

25/06/08-rabu

tempat : PLB dan dewan komuniti jln shah, BS

1) mmengedit senarai bantuan kemiskinan tegar
2) mesyuarat dgn en syamsul selaku ADO bersama semua staff PLB berkenaan p/raya dan lain2 hal
3) menjadi petugas p/raya di dwn kominiti jln shah, BS

1.30 btolak ke bgn serai
2.30 mula membuka kaunter pendaftaran
6.00 pulang ke rmh

undian dijalankan secara pembuangan undi dan 290 org telah membuang undi

secretname said...

26/06/08-khamis

tempat : PLB, unit pendaftaran tanah

1) membuat senarai nama cadangan permohonan Program bantuan Rumah (PBR)tahun 2008 ngeri perak utk Baik Pulih (BP) dan Bina baru (BB).

2)menolong pekerja pej tanah mencari geran kekal milik pelanggan

seramai 59 orang yg mendapat bantuan dari kerajaan negeri perak. program ni akan dilakukan pada 4hb 7 dan ini adalah projek terbesar utk daerah kerian.
keadaan PLB agak meriah pada hari ni kerana semua penghulu daerah kerian hadir ke PLB utk bermesyuarat.

sy tidak ikut pergi ke kg utk p/raya kerana ADO menyuruh km membuat senarai nama. walaupon begitu menurut rakan2 sy yg lain keadaan di sana agak membosankan kerana tidak ramai yg hadir.

tamat utk hari ini

secretname said...

27/06/08-jumaat

tempat :PLB, masjid kg sg semambu

1) bacaan yasin utk meraikan n naseer menyambung pelajaran ke peirngkat PHD.
2)menyusun fail peruntukkan kementerian kewangan spt invois, inden kerja asal, borang pengesahan projek, sebut harga, PKK dll.
3) menjadi petugas p/raya ketua kg

hari ini ade seorang penghulu tu yg mengganggu tugas km..penghulu lain dan CC menyatakan 5.30 ptg daftr tamat tp dia mnegatakan pukul 5 dan perkara ini berbalah sehingga jam 5.15.
last skali km menang dan dia terpaksa mengaku kalah. mmg tension dgn perangai penghulu tu.patut la dia ditukarkan ke tempat lain.
jam 6.15 btolak pulang. jam 7 sampai rmh
tamat utk mggu ni

secretname said...

salam prof..

dlm bab yg ke2 ni sy nak kena tulis semua perkara bkaitan dgn p/raya ke? i mean semua proses p/raya dr daftar hgga ke pengumuman sape yg menang?

sila jwb prof

Anonymous said...

begitulah kira-kira......kot

secretname said...

ok prof nti sy cuba buat jika ada kelapangan n kalau idea tgh melimpah ruah..thanks

secretname said...

30/06/08-isnin


hari ini banyak kerja yg remeh2 yg biasa sy lakukan seperti menyusun fail dan menjadi petugas pilihanraya.

hari ni p/raya diadakan di surau parit Gabis. perkara berlaku berlaku iaitu book of record kerana kertas undian habis dan proses pengundian tergendala sekejap kerana staff pergi mengambil kertas undi yg baru.

selalunya kalau cetak 300 mmg x abis tp hari ni habis dan mencecah sampai 553 borang.

mungkin kempen terlalu hebat dan calon 3 penjuru yg bertanding. sblm ini carta tertinggi jatuh kepada penduduk kg dennistown yg mencatat 330 undian iaitu pada hari pertama p/raya dijalankan.

hari ini km belajar ckp banjar kerana kwsn sini kebanyakannya org banjar. 1 ape pon x fhm..huhuhu

setelah siap mengira undi km pon menikmati jamuan dan terus pulang. sampai rmh jam 7 da terus ke bengkel kerana ada masalah moto.

sekian

secretname said...

1/7/08-selasa

aktiviti hari ni :

1)menulis dan menyemak peserta2 yg akan menerima boucer bantuan miskin tegar pada 4bh ni
2)menolong membuat surat kerja lebih masa salah seorang staff
3)menjadi petugas p/raya di parit jawa, bs

hari ni juga 3 penjuru. ketua kg yg menang baru 3 hari kematian anaknya. sy juga sebak bila beliau turut menitiskan air mata bila berucap. beliau memenangi majoriti undian tadi.

hari ni byk perkara yg blaku. pertama komp staff di situ server down. then byk file hilang jadi dorang panggil org kedai tu utk check ape prob sebenarnya. lps tu dorang letak pasword supaya xde sape pon bole guna comp dorang lg.

byk lagu n gambar yg di download..bdk praktikal lain yg guna bknnya km. sy dan sofi dan sorang lagi kwn apa lg panas la.tuduh2 pulak..ishhh.. klu km x guna internet kat situ km nak guna kt mn lg. sy tak ape la sbb ade internet kat rmh tp org lain???

lps tu ada sorang lg pegawai kat situ suka bg kerja last2 minit kat km..hari ni saya plk yg terkena. km da nak bertolak ke pusat mengundi dia bole bg kerja. lps tu dia relax je p training bowling kat ipoh. geramnye tuhan saja yg tahu. nasib baik sofi ada teman kalau tak sy rasa 1 PLB tu kena bom. last2 sy ngan sofi x dapat pegi. tp jam 4 CC mengajak km ke pst pengundian kerana tahu perasaan km. so lega jgk la.

kalau pegawai tu baca blog ni sy harap sgt dia berubah. jgn terlalu dengki pada org bawahan. actually dia yg bg markah sikit pada pelajar2 praktikal sblm ni. dorantg tu byk tlg buat kerja dia. bygkan la dorang dpt 56/100, 61/100 dan 68/100. cuba la bygkan sikit sgt markah. department lain bole dpt 98/100 walaupon byk tuang kerja.

mula2 mmg best berada di PLB ni tp setelah sbln bekerja di sini br sy tahu perangai2 staff d sini. bole dikatakan 90% suka mengata kwn sendiri tp di depan punye la baik. manusia2..jgnla terlalu hipokrit. be ur self.

prof dan kwn2 sekalian..jgn risau sbb sy xkan bom PLB. cuma berilah ketenangan kpd sy dan kwn2 utk tidak membuat masalah ngan staff di sana. amin

pulang jam 7

tamat utk hari ini

secretname said...

2/7/08-rabu

hari ini dari pg sampai ptg sy membuat baucer utk semua mukim dan kemiskinan bandar. sy mengedit, 10x check senarai, print dan check lg senarai takut2 ada penduduk miskin yg tidak dapat bantuan. jadi sy akan berdosa kalau org yg layak tidak dapat bantuan

sy rasa lebih rapat dgn bdk praktikal di pej daerah dan tanah wpon lain2 unit. hari ini ADO muda belanja kami semua mkn. jadi sy rasa bkn semua org yg 'kurang' baik.

oklah sampai satakat ini saja utk hari ini. so tired sbb keluar hari ini main kapal terbang dlm pejabat.

ok the end

Anonymous said...

SALAM..
syafa..tensi pkir report. dengan staff sini mcm ape je. yg baik,mmg baik. yg mulut jahat..adoi..sakit tinge dgr. yg muka masam rs mcm nk tarik2 je pp diaorg.. eeee

secretname said...

3/7/08-khamis

hari ini hujan sgt lebat dan terus menerus menumpahkan air ke bumi dari subuh hingga tghari.

sy minta tlg kwn punch kan kad kehadiran utk sy kerana rmh sy agak jauh dr pejabat dan hujan tgh lebat so niat hati nak tggu hujan berenti br pegi ofis.

kul 8 br sy bgn tu pon sbb member dtg rmh. km pon pergi ke ofis setelah sy bersiap pd jam 8.40 am. tpaksa meredah hujan lebat.huhuh

sampai saja di ofis sy bersarapan di pantry kerana tlalu lapar. nasib baik CC belanja 1 ofis mkn kuih tempek.. br 1st time sy tau kuih tu kuih tempek.

lps tu sy trus buat kerja yg diberikan seperti mengedit baucer, menulis senarai nama ikut mukim utk ditampal pada sampul surat.

keje yg nampak remeh ttp sgt ssh sbb byk pembetulan yg perlu dibuat. kdg2 ada yg nama same tp mukim berlainan kdg2 ada penambahan nama. bg jela nama yg betul2 dpt ni tak mcm nak mendera je.

lps 1 kje 1 kerja pegawai tu bg. kwn2 yg simpati dgn sy pon turut menolong hingga sampai pukul 3 kerja2 tidak dpt disiapkan. jadi CC mengarahkan staff yg ada membatu km. nasib baik la dpt disiapkan tepat pada masanya.

slps semua siap km memasukkan wang rm100 ke dalam setiap sampul utk diberikan kepada penerima bantuan miskin tegar esk.

slps itu sy da rakan2 keluar ke kantin utk melepaskan stress. bukannye sy tak ikhlas ttp pegawai tu bg semua kerja dia pd km dan dia goyang kaki.

pegawai lain tak mcm ni pon. tak menyusahkan org lain. yg sy terkilan sgt sy tak dapat ikut kak izan technician ke tapak projek. sy teringin nak tgk perkembangan projek dulu

tp tak pe lah.mayb next time boleh pegi. cuma sy ketinggalan proses tahap ke 2 projek jeti tersebut.

sekian untuk hari ini. tq

Anonymous said...

salam syafa, kite sorg je bdk prktikal. kt plb ade 2 org je yg sekepala. yg lain talam 8 muka. bos kite baik sgt, ade staff jeles dgn kite sbb bos baik dgn kite tp xbaik dgn dia. xsabar nk abeh prktkl. keje pej mmg cmni. adoi

Anonymous said...

dalam ilmu pengurusan ada istilah TASK-ORIENTED dan SOCIAL-ORIENTED. Ada orang yang buat kerja dgn berfokus kepada kerja(task)dan ada orang terpengaruh dengan masalah sosial (social). Pekerja yg task-oriented dia tak kisah sangat apa masalah peribadi dan masalah sesama manusia,dia terus gigih bekerja untuk capai sasaran. Pekerja yg social-oriented tak dapat fokus kerjanya kerana terpengaruh dengan suasana orang disekeliling. Kalau suasana kerja seronok maka dia rasa seronok buat kerja.

Jadi...adakah SYAFA dan AMY ASWAN berorientasikan task atau social oriented ?

secretname said...

salam prof..

sy rasa kan sy ni social-oriented sebab sy akan rasa susah hati kalau ada orang kecik hati dengan sy. sbb tu sy akan sedaya upaya buat kerja tu sorang2 tanpa bantuan orang lain.

dengan social-oriented, akan menjadikan sy seorang yg task-oriented iaitu seorang yg gigih bekerja.

apa pun prof.. suasana yg tenang akan membuatkan kita ceria dan bersemangat utk buat apa saja dlm hidup.

betul x?prof plk yg mana satu?

secretname said...

5/7/08-JUMAAT

Pagi : membuat persiapan terakhir utk ke Masjid Tinggi utk majlis pemberian bantuan kepada penduduk miskin tegar.
kerjanya ialah mengedit senarai nama, mengira balik duit dan menyusun nama2 mengikut senarai nama dan sampul surat berisi rm100. ada rm 21,500 yg diberi oleh kerajaan negeri utk diagihkan kepada penduduk.

12.30 pm bertolak ke masjid tinggi bersama petugas2 perempuan dan driver. sampai di sana km terpaksa menunggu org habis smyg jumaat. ni la pertama kali kami melihat org sembahyang jumaat secara live. orait jugak pegi awal. pengalaman tu ssh nak dpt.

2.00 pm. tanpa sempat km menjamu selera kaunter telah dibuka. ada seorang penghulu di sini yg sangat menjelikkan. ramai tak suka dia tp mengapa dia boleh menjadi penghulu pun saya tak tahu. mmg rasa mcm dia x layak pegang jawatan tu. penghulu ni suka membuat keadaan kucar kacir. sy geram sbb org lain semua srh km mkn dulu tp dia srh km bukak kaunter.. geram2!!!

4.30 kaunter ditutup dan majlis penyerahan bantuan diadakan. di sampaikan oleh YB2 daerah kerian.

komen:
1)penduduk miskin tegar yg menerima bantuan tlh dipilih oleh penghulu disetiap mukim.
2)banyak kerenah penduduk kampung. ada yg dtg dan tunjuk IC utk terima bantuan padahal mereka tidak dipilih utk terima bantuan. kesian mmg kesian tp bantuan terhad. bukan km yg buat keputusan.
terlalu byk pertanyaan dan soalan yg ditanya adalah sama

secretname said...

7/7/08- isnin

pagi ni tiada kerja kerana pegawai meting dan CC tak datang pagi ini sbb mak dia sakit. so sy dan rakan2 melepak di kantin dan main game di komputer.

tapi dlm tak ada kerja tu pon sy kena membuat persiapan p/raya utk ptg ini. kerja yg simple2 jela.

hari ni ngantuk sgt sbb smlm sy keluar ngan kwn2 praktikal 12jam. pergi tgk wyg, roadwalk, carefor dan lain2 lg. mmg best kwn ngan dorang ni.

ok berbalik cita hari ni pukul 1.30 km bertolak ke dewan org ramai kuala gula. di sana sgt panas hingga kepala sy rasa sakit sgt.

ari ni cuma 67 org yg datang mengundi kerana pengulu menyuruh km menutup kaunter pendaftaran pada jam 3. tp yg mengejutkan km hari ini ialah 2 orang daripada 2 calon menarik diri dr bertanding kerana mereka tak setuju undian dijalankan secara angkat tangan. 21 orang tidak mengundi kerana mereka pulang awal. sorang lg tidak mendapat sebarang undi. majoriti dimenangi oleh bekas pengusaha chalet yg bankrup.

macam2 la kehidupan ni. walaupun gagal dlm pekerjaan tp org masih suka. jadi sekali gagal bukak selama2nya gagal

amri said...

salam...weh hang mcm byk keja je..hehe...best ke kt sana?

aku bucan gak sb sometime je ada keja tu pun 1 keja wat smp 3-4 org...
heee...

secretname said...

8/7/08-selasa

hari ni PKK diadakan di parit Abas Kuala Kurau. apa yg menariknya hari ni km kena pergi awal dari biasa iaitu pukul 1 ptg. penghulu kuala kurau nak belanja km.

tp malangnya sampai je di sana km sempat bersembahyang zohor dan terus membuka kaunter kerana jam sudah melewati pukul 2. jadi km bahagikan tugas. yg lelaki mkn dulu lps tu br km.

penghulu ni suka sgt beli nasi ikan sembilang. saya dan seorang kwn sy bukan makan ikan tu jadi km terpaksa berkongsi lauk ayam.ape pon tu rezeki km. tq penghulu. :)

hari ni kaunter dibuka 1 jam iaitu bermula jam 2 hingga jam 3. seramai 110 org yg mendaftar pada hari ini.

undian yg dijalankan adalah angkat tgn. ramai yg x setuju dgn cara undian ini.

calon yg menjadi ketua kampung diundi sebanyak 101 dan calon PKR memenangi 9 undi sahaja.

selepas itu km bergegas pulang kerana hari ni ada majlis Anugerah Khidmat Cemerlang di dewan merdeka parit buntar. semua staff Pej Daerah dan Tanah serta Majlis Daerah Kerian dijemput hadir. Security of State (SS) dtg menyampaikan hadiah kepada staff yg dapat cemerlang. ade 10 staff pej daerah mendapat anugerah ini dan mendapat seribu ringgit. that's a lot of money.

ADO dan SS telah berucap sblum majlis bermula. apa yg bgs di sini Pej Daerah dan Majlis Daerah bersama dalam satu majlis. ramai rupanya staff yg km tak kenali di MDK.

sy jamah makanan sedikit sahaja kerana masih kekenyangan.

pulang jam 5.40 pm

secretname said...

9/7/08-rabu

hari ni sy menyemak laporan kewangan seperti biasa iaitu menyusun inden, invois dsbnya.

selepas itu sy menulis sedikit tentang bab2. baru hari ni berkesempatan menulis. sblm ni sgt2 sibuk.

jam 8.20 am pegi minum di kantin.
jam 11.00 am minum lg dikantin
1.00 pm lunch
2.30 pm msk balik ofis dan menyusun file kewangan lagi.
3.30 pm tgk tv.
4.00 pm tido sekejap di atas kerusi .hehehe.ngantuk la sbb tak de kerja.selalunya kerja belambak-lambak.
4.15 pm bersama rakan2 praktikal minum di kantin.
5.00 pm pulang

hari ni sangat membosankan. kerja tak ada pon ssh jgk. dah la online tak bole. kat rmh 2 ari line internet ada masalah.

ok sampai sni saja.

tamat

amri said...

haha...mslhnye keja deme pun xde...keja sembang boleh la...
mggu depan aku dihantar ke bhgn pencegah lak..huhu..best sb tepi laut n jeti Lumut...

secretname said...

salam...

saya serba salah sbb ape yg da berlaku. tak patut saya kutuk2 staff n peg kat ofis sy tu.
bila fkr baik2 mayb nti sy pon akan kjadi camtu..

saya xnak la kena qisas. bila kita ngata org x mustahil nti org akan kata kat kita.

betul mak saya ckp, kita kena sangka baik kat org. dulu saya ada katakan yg staff2 kat PLB tu kureng. tp lama kelamaan sy rasa mcm jatuh hati. semua staff baik rupanya. saya x tipu. inilah kenyataannya. bukan nak jilat ludah sendiri tp apa yg sy ckp ni betul. peg tu pon semakin baik. staff2 pon mkin mesra ngan sy.

ntahla..sy rasa mcm nk mintak maaf dgn semua org kat dunia ni. kalau saya ada buat salah kat sesiapa saya mintak maaf.

mn tau saya x panjang umur. kita kena beringat. muhasabah diri sendiri. mggu ni byk sgt masalh yg menimpa saya. dkt ofis, personal dll lain. tp sy tabah menerimanya.

saya hrp yg lain pon same tabah. oklah. hope mggu dpn better than this week..amin

Anonymous said...

Satu self-reflection yang teramat baik. Program Praktikum yang sungguh berjaya mengajar realiti alam kerja. Program ini lebih hebat program realiti kat TV sebab program ini betul-betul berlaku. Apa yang dicatat oleh Syafa amat baik untuk orang lain mengambil pengajaran dan bukannya mengulang semula.

secretname said...

14 julai-isnin.

salam prof...ni prog realiti pon kalah. tp sy xnak involve sgt dlm ofis da. biar la depa tu nak buat apa pon..sy buat kerja sy dah la..janji semua senang hati..

hari ni sedih sikit sbb dapat tau 4 org staff km excident. 2 orang teruk sbb retak kat kepala dan sorang lg kat tulang punggung. mmg sedih sbb staff2 tu semua baik2...

hrp2 depa pulih cepat dan tak berlaku apa2 yg teruk.

hari ni juga pelajar baru praktikal ramai2 msk ke pejabat. terlalu ramai. abisla comp sy nti..hhuhuhu..tp xpe la..asalkan sy boleh main game cukup..hehe

ptg tadi kami semua dijemput ke rumah DO kerana ade majlis kesyukuran dan meraikan perpindahan ADO en Nazri ke putrajaya. tahniah utk beliau..

mkanan yg dijamu sgt byk dan buah-buahan tempatan pon banyak..

oklah sampai sini saja. tq

secretname said...

15 julai-selasa

hari ni tak ada kerja sangat.
cuma membantu staff membuat kerja sikit2.
ramai yg bcuti hari ni. jadi pejabat lenggang tp ttp riuh sbb bdk2 praktikal ramai msk.

hari ni hari terakhir ADO tanah bertugas di situ dan seorang kawan praktikal saya jg adalah hari terakhir dia. jadi masa km banyak dihabiskan bersembang di katin, di PLB atau di tanah.

sedih tu sedih jgk lps ni dah kurang seorang kepala yg mcm kami.
ada staff di tanah ckp patutnya saya ditempatkan di tanah baru gempak sikit. tp saya ttp nak berada PLB. my heart my soul all for PLB..

ok sekian sahaja utk hari ni.tq

secretname said...

16 julai-rabu.

hari ni di pejabat masih tidak ada kerja. kalau ada pon kami beri pada bdk2 praktikal. biasa la dah otai.

jadi saya pergi ke kantin bersama rakan-rakan praktikal yg lain unuk menghabiskan masa.

ramai staff still bercuti jadi senang sikit nak lepak

hari ni p/raya dijalankan di kg saya iaitu di tanjong piandang. apabila kami sampai di masjid tg piandang, penghulu dan kerani telah pon memulakan pendaftaran. kami lambat sampai kerana 3 orang pemandu telah mengalami kemalangan hari ahad yg lps. jadi hanya seorang pemandu yg tinggal dan CC juga terpaksa menggunakan keretanya kerana pajero PLB juga rosak teruk.

saya sangat gembira kerana pak saudara saya bertanding bg calon ketua kampung.

pengundi yang mendaftar seramai 93 orang.10 org tidak mengundi.beliau telah memenangi majoriti dan lawannya hanya mendapat 9 undi.

lps tu saya pulang bersama pak sedara dan mak2 sedara saya kerana rmh saya berdekatan dengan situ. jadi tak perlulah saya kembali ke pejabat.

ok sampai sini saja utk hari ni. c ya

secretname said...

17 julai-khamis

hari ni tak ada ape sangat yg bole sy lakukn. semua kerja diberi pada bdk praktikal baru.

ok jugak la sbb sy pon pening sebab kena hujan. tapi dalam pening2 tu sy menulis bab 2 laporan praktikum dan tolong mengajar bdk2 praktikal baru untuk mengedit fail peruntukkan khas parit buntar dan bgn serai.

pada sebelah ptgnya pula km membuat undian utk menulis senarai kg2 yg ada diseluruh daerah kerian ni. sorang 2 mukim dan hanya pelajar praktikum yg akan buat tugasan ni.


esok kami akan menelefon penghulu ikut mukim yg kami dapat dlm undian. jadi esk jadi operator sekejap kot. huhuhu..

tggu laporan sy utk esk.. c ya

secretname said...

18 julai-jumaat

hari ni tugas sy menelefon semua penghulu daerah kerian utk meminta senarai JKKK, penduduk kg dan mcm2 lg. so kena naik atas plj lps tu tggu faks dan turun balik ke bawah utk menaip.

tapi comp tak ada yang kosong jadi sy hanya bersembang dengan kwn2 di tempat kerja.

bdk2 praktikal baru mmg banyak kerja yang diberikan pada mereka. maklumla mereka kena belajar sbb ada 6 bln lg sebelum menghabiskan praktikum mereka.

saya ni tinggal brape bln je..x sangka nak dkt 2 bln dah..cepatnya masa berlalu.

sambung cita tadi...saya msk lambat tgh hari ni kerana pergi ke rmh mak sedara jaga anak2 sedara saya. mak dorang pergi tgk staff usm yg meninggal kat kuala kangsar.

msk ofis tadi jam 3 pastu sembang2 sat dah pukul 5. ofis tak ramai sbb semua tgh bersiap utk pergi ke pengkalan hulu kerana sukan staff belum habis lg...

pukul 5.03 balik rmh...
the end
to be continue....

xxfile

Anonymous said...

SYAFA,

TAHNIAH kerana inisiatif membuat soalselidik. Soalan itu sebenarnya sesuai dijadikan soalan TEMUBUAL dan bukannya soalselidik. BOLEH digunakan 6 soalan tersebut dan setiap org yg ditemubual mesti ditanya soalan yang sama.

Elok juga ditanya kepada YANG MENANG UNDI seperti PAK SAUDARA tu, Juga kepada YANG KALAH, Juga tanya kepada penyokong-penyokong.

Dah boleh start jalankan interview dan jgn lupa catat setiap respon mereka dalam bentuk perbualan,kenyataan yang penting keluar dari mulut responden. Jangan diubahsuai setiap perkataan mereka.

Selamattt...

secretname said...

salam prof..


thanks sbb luluskan soal selidik saya @ temubual.saya dah bg soal selidik ni pada wakil YB kuala Kurau dan 2, 3 org penduduk bgn serai dan kuala kurau.

lps ni hanya ada 2, 3 kg je yg ada pilihanraya. jadi saya nak temubual berapa org prof? 10 org cukup x? sbb saya nak mskkan dalam bab 2. atau prof nak sy masukkan dalam bab 3 nanti?

mmg saya akan temuabual pak sedara saya tu. itu la satu2nya ketua kampung yg saya kenal.

satu lg prof. tak kan sy nak catatkan bahasa kampung dalam report?sy x fhm la..nak buat mcm kutipan ke or ade braket mcm ni(")?

tlg jawab semua ye prof.. jasamu amat ku kenang :)

Anonymous said...

5 ketua kampung, 10 penyokong kira OK.Cuba dapat try tengok

Tulis ayat bahasa melayu standard, elak bahasa kampung atau bahasa sms.

Bab 2 boleh bab 3 pun boleh. Fikir kemudian pun boleh. Sebab yg penting kutip data mentah dulu. Bila dapat semua baru fikir cara nak persembahkan dalam bab mana

secretname said...

5 ktua kampung? mn sy nak cari? skrg ni tinggal 1 kg je yg belum p/raya.

nti la saya usahakan utk temubual depa tu ye prof.

10 penyokong maknanya tiap2 1 ketua kampung 2 penyokong ek..?ok

tq prof

secretname said...

21 julai-isnin

hari ni ramai yg tak ada di pejabat. ramai pegi ipoh dan ambik mc sbb terlalu letih bersukan di pengkalan hulu weeks day lps.

kerian boleh tahan jugak sbb semua acara yg mereka masuk semua dapat number.

tahniah!!!

kerja plk kuranh hari ni.. saya lebih banyak melepak tp sambil menaip senarai JKKK untuk mukim beriah dan parit buntar.

ptg plk kami semua kenduri buah durian dan bacang sbb staff kami pergi ambik buah di dusun 1 keta. mmg best makan ramai2..merapatkan silatulrahim..

lps tu saya pergi ke tanah sbb rakan praktikal saya mintak tolong saya mengedit resumenya.. lgpon ramai staff yg tidak ada jadi boleh la kami menggunakan komputer mereka..

oklah sampai sini saja.. c ya

secretname said...

22 julai-selasa

hari ni kami buat kerja JKKK kecil tu dan pagi tadi sgt bz sbb bos nak keluar meting di Ipoh jam 11 lebih.

hari ni saya jdi bos kerana bos srh semua org tiru kerja sy dan apa lg.. sy gunakan kesempatan ni utk membuli semua org kat situ..berlagak jadi peg la kejap..hehehe

lps print semua saya fotostet semua senarai tadi dan susun2 utk di binding. rasa hapy la jgk sbb bos asyik sebut nama saya je.

dah lama kami x bz mcm ni. jadi rasa teruja sbb kerja nih yg membuatkan kami kembali bz..

ptg tadi langsung tak ada kerja dan stafff pon ramai yg tak ada. bole dikatakan hanya pelajar praktikal yg ada di pejabat.

saya pon apa lagi. tertido la sekejap. lps tu bgn dan terus bersembang sampai la balik.

sekian.

amri said...

salam...wes...aku blur lagi r sal draf kedua... masalah dah dapat tp nak wat cmne...susah r sb kat lumujt ni pggunaan kmputer terhad...mlm keja..susah tul la...

secretname said...

23 julai-rabu

ari ni menulis fail meja penghulu selinsing dari pagi sampai ptg..

disamping itu menyemak peruntukan kewangan kerajaan negeri bagi kontraktor2 yg mendapat tender..

itu saja untuk hari ini

amri said...

wei...tolong r...hmm..

secretname said...

24 julai-khamis

hari ni keje x sesibuk mana.
cuma menaip fail meja penghulu dan lps tu kami same2 balik.

disamping buat fail meja tu kami ada jgk menyemak fail peruntukan dan fotostat invois dalam fail peruntukkan tersebut..

itu saja utk hari ni

secretname said...

25 julai-jumaat

pukul 8 pagi ada bacaan yasin seperti yg slalu km lakukan setiap bulan. DO turut hadir dalam majlis. tidak pernah miss. begitu juga dengan ADO2 yg lain.

selepas bacaan yasin ustz jemputan memberi tazkirah hingga 9.15 pg. lps tu penyampaian hadiah kepada staff yg lahir pada bulan julai.

selepas itu km dijamu dengan nasi lemak kantin yg sangat mentah. nak makan pon x boleh. hanya boleh makan telur. adoi...xreti masak ke?huhuh

ramai yg tak puas hati. slps ini mereka kan membuat surat bantahan terhadap pengusaha kantin terbabit.

selepas semua selesai km pon sambung buat kerja. banyak fail yg saya kena fotostat hari ni. semua dibuat 2 salinan. 2 utk simpanan PLB. 1 hantar ke ipoh...

lps tu saya kena mengecop surat yg telah diterima dan menulis di dalam buku surat menyurat.

lps tu saya menyemak laporan peruntukkan kewangan untuk last check. kira update file la ni..hehehe..

2.43 ptg sy punch kad dan trus masuk ke ofis. ptg ni tiada kerja dan kalau ada pon saya x larat nak buat.mengantuk sih..

kami berkumpul ramai2 dan menganalisa tarikh lahir, kesukaan dan lain2 lg. mmg fun sbb semua sekepala. tp yg bestnya CC saya ckp hanya suara saya yg dia dengar. menurut tilikan km mmg saya ni jenis pak lawak. so sy la yg jadi mak n pak lawak walaupon semua org panggil saya budak kecik..hahah

okla sampai sini saja utk minggu ni..c ya next weeek

secretname said...

27 julai- isnin

hari ni sy kena menulis senarai petugas-petugas p/raya ketua kampung ari tu dan juga senarai tempat PKK mengikut nama untuk diberi elaun.

1 tempat mengundi diberi RM10. jadi kira la brape byk km dpt..cukup la utk p shoping..heheh

hari ni byk buah yg km terpaksa mkn..biasa la kenduri buah2an..hehe

ok tu saja tuk hari ni

secretname said...

29 julai-selasa

hari ni tiada kerja sgt..just menulis buku log dan mengedit senarai nama petugas ikut tempat dan juga bersantap di pantry dan kantin..byk makanan sbb staff ramai yg ada kebun..

sekian

secretname said...

30 julai-rabu

1. menulis senarai penerima bantuan rmh PPRT di Beriah
2. membuat kerja2 pejabat seperti fotostat dan menyemak laporan kewangan..

mcm biasa hari ni pon bersantap ramai2..rasanya da muak mkn rambutan dan durian..hari2 mkn..huhuhu

secretname said...

31 julai-khamis

1. menulis senarai nama penerima bantuan PPRT di beriah dan mengeditnya
2. mengedit fail meja penghulu beriah sebelum diberi pada penghulu tersebut.

hari ni ada staff yang belanja kuih pada waktu ptg..saya dan 2 orang staff pergi membeli kuih muih dgn driver..banyak km borong..lps tu CC memasak bubur itam di pantry..lama jgk la nak tggu sbb dapurnye pakai botol gas..bkn tong gas..


ape pon mmg sedap la..lg sedap dicicah bersama roti..jadi ari2 sy besarkan bdn...hehe

c u then

secretname said...

1 ogos-jumaat

hari ni ade agensi pelancongan dpt buat promosi kad di tempat km..
ramai staff yg beli..padahal benda tu cuma tipu je..sy x brani ckp kat staff2 nti kena marah plk..

jadi saya berdiam diri jela..mak n mak sedara sy da terkena 2,3 taun lps.
tp ramai plk staff yg melanggan..harap2 mereka tak tertipu..

hari ni sy tlg menaip senarai budget yg diperlukan untuk membuat sesebuah rumah..

ptg hanya bersembang dan pergi melepak di tanah..

tu saje untuk hari pertama bln ogos..jmpe lagi mggu hadapan..

:)

secretname said...

4/8-isnin

hari ni :

1)membuat kerja2 pej yg simple seperti menaip dan memfotostat
2)menulis laporan praktikum

hari ni tak banyak kerja sangat..just kerja2 yg mudah

sekian sahaja utk hari ni

secretname said...

5/8-selasa

1)menyemak laporan peruntukkan
2)fotostat laporan2 kewangan

ada 8 peruntukkan kewangan yg perlu saya fotostat..semuanya perlu dibuat 2salinan termasuk yg asal ada 3 semuanya..
1 dihantar ke ipoh, 2 lg disimpan

sekian

secretname said...

6/8-rabu

hari ni pagi2 lg km kena pergi ke padang bndaran utk mendengar taklimat kawad oleh jurulatih2..

kami dikehendaki menjalani latihan kawad bermula esk sehinggalah hari perbarisan kemerdekaan nanti di ipoh

selepas itu saya ditugaskan oleh CC untuk mengecop dan mendaftar surat2 yg baru sampai

tamat

secretname said...

7/8-khamis

aktiviti hari ni :-

1)kawad dari jam 8.30-10 pg
2)menulis sebutharg, membekal dan memasang grill di Quaters penghulu
3)membuat movie maker utk penghulu kerana ada pertandingan antara mukim

mulai hari ni saya sangat sibuk dan tak sempat untuk menulis dalam blog mahupon buku log harian..kepenatan hari pertama jelas terasa hingga terlena dibuai mimpi di kerusi ofis..hehe

tq

secretname said...

8/8-jumaat

aktiviti ;

1)kawad dari jam 8.30-11 pagi
2)membuat movie maker utk penghulu

movie ni perlu disiapkan hari ni jgk..mggu dpn boleh diedit dan ditunjuk pada penghulu..

too tired today..exshausted...!!!

secretname said...

11/8-isnin

tiap2 hari km berkawad di balai bomba parit buntar..ada 4 jurulatih yg ditugaskan utk mengajar kami..

mmg lawak pada mulanya kerana ada yg tak pernah kawad..jadi robot..tp apa boleh buat..nobody perfect..

hari ni km berkawad 8.30-12.00..makin hari makin lewat pulang...

setiap kali lps kawad km akan berehat dan mandi apabila tiba waktu rehat..jadi tiada masa rehat lgsg..makan pon dah xlalu sbb terlampau letih.

setiap pagi km akan memakai pakaian sukan dan kasut sport kerana lps punch kad trus pergi ke balai bomba..baju kurung juga kami bawa utk dipakai sebelah ptg..

ptg ni sy mengedit movie maker yg dibuat bersama rakan

sekian

secretname said...

11 haribulan juga saya membuat kemaskini file lama dan membuka file baru..

secretname said...

12/8-selasa

1)seperti biasa kena berkawad di balai bomba dr jam 8.30-12 tghari..
2)ptg hanya melakukan kerja mudah seperti fotostat dokumen dan bersembang

tu saje untuk hari ni..

secretname said...

13/8-rabu

1)latihan kawad kaki di balai bomba penyelamat
2)menyemak dan menyusun fail
3)bermain futsal bersama staff PDTK

hari ni saya dipelawa untuk bermain futsal bersama staff2 dan ADO..
sy ingat ramai pompuan yg turun kerana km bermain di JKR.tp hanya saya dan sorang bdk praktikal je prempuan.

jadi kerana tak nak hampakan mereka saya pon bermain setelah tamat waktu pej..

yg bestnye saya dipuji kerana pandai bermain. yg sorang lagi gol n gincu la..hehe

satu lg mereka mmanggil saya marta..player girl brazil x silap saya..so im proud.

6.30 sy pulang kerana da tak larat nk kejar bola.

ok sekian

secretname said...

14/8-khamis

1)latihan kawad
2)menulis buku log praktikum
3)mencari fail projek di bilik fail

hari ni ramai staff yg turun utk berkawad..1 perubahan yg menarik..paling penting staff yg muda2 wajib turun..pelajar perempuan praktikal yg seramai 10 tu x cukup untuk perbarisan.

peserta lelaki akan dibuang seramai 6orang kerana jurulatih ini akan memilih yg terbaik sahaja...barisan saya dipilih sebgai barisan terbaik..fuh bangga gile..

hari ni nak angkat kaki pon ssh sbb smlm bermain futsal..
hari ni mereka mengajak sy bermain lg tp ada match dgn JKR..mereka nak nk sy jd player dan dibantu oleh 4 player football lelaki..

tp xnak la sbb kaki sy da jem dan hnya saya sorang je pompuan..klu main jgk esk msti x bole kawad..


tu jer utk hari ni

secretname said...

15/8-jumaat

hari ni latihan kawad kaki tamat pada jam 11 kerana hari ni hari jumaat

tp saya sedih hari ni kerana kwn saya dibuang dr pasukan dan 5org lg juga dibuang..walaupon sedih tp sy rasa semangat dia ttp bsama km..

tghari tu saya terlelap seketika kerana semua org pulang ke rmh..hanya saya dan sorang kwn ada di ofis..

letihnye tuhan saja yg tahu..bygkan la kawad non stop..muka n tgn dah itam..tp xpe sbb kami akan dpt baju t-shirt, baju korporat, sluar slek, sluar track, n topi9..dan xlupa duit sorang seratus..hehehe..berbaloi la jgk kan...

ptg tu km pergi fitting baju dan sluar dan sy trus melepak di kantin sbb xlarat nk wat kje..

tu saja utk mggu ni..jmpe lg mggu dpn..c ya

Anonymous said...

pada hari terakhir di pejabat..
saya pergi mengutip duit raya dan bermaaf-maafan dengan staff2 yang lain..

sy diberi hadiah telekung dan ramai yg memberi duit raya..

kenangan di sini mmg tak dapat dilupakan..

sekian..

Anonymous said...

assalam prof

lama tak menjenguk blog ni. bila baca balik apa yang saya tulis dulu memang rasa lawak. tapi itulah pengalaman yang bernilai. Sekarang saya pun dah menjawat jawatan pegawai. Saya harap tak akan garang-garang dengan pekerja bawahan. Segala tunjuk ajar prof amatlah saya kagumi. Terima kasih banyak-banyak ya. Halalkan ilmu prof pada saya.

Sekian

Anak murid mu,
syafawati

Unknown said...

Sekarang ni jadi pegawai kat mana ?