Sunday, June 08, 2008

Marlia Binti Mohamed Amin


PEJABAT DAERAH DAN TANAH MANJUNG
32040 Sri Manjong, Perak.
Marlia,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

167 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum prof.
terima kasih kerana telah meletakkan gambar sy kerana memudahkan sy untuk berhubung dan memohon tunjuk ajar daripada prof.

Anonymous said...

2/6/2008

Pada hari ini merupakan hari pertama sy menjalnkan praktikum.

Pada pukul 8.00 pg sy telah melaporkan diri di pejabat daerah dan tanah manjung.sy telah menyerahkan slip pengesahan petempatan, slip pengesahan majikan, silibus praktikum,borang lapor diri, laporan sulit majikan, borang l dan jadual kehadiran kpd ketua pembantu tadbir (pembangunan) iaitu Puan Maimunah binti osman.

Semasa melaporkan diri sy telah ditempatkan di bahagian pembangunan (pembangunan luar Bandar), di pejabat daerah.

Sebelum pn maimunah memperkenalkan sy kpd staf yang lain, sy telah ditemubual oleh pn maimunah ttg ap yg sy pelajari.

setelah itu, sy diperknlkan kpd staf yg lain.pd hari ini kebanyakn staf tlh terlibat dgn meeeting dan ada di antaranya bercuti.

Namun begitu, sy berpeluang mengikut juruteknik kanan iaitu en azman hussain ke site bg memeriksa projek infrastruktur:membina longkang konkrit atau simen di kpg bharum ayer tawar, perak

projek tersebut bermula pada 7 april 2008 dan disiapkan pd 11 Mei 2008. pemeriksaan dilakukan bg memastikan bahawa projek ini menepati kreteria-kreteria yg tlh dittpkan dab bg meluluskan pembayaran.hasil pemeriksaan didapati projek tersebut tlh dilaksanakan dgn memuaskan.

semasa sampai ke sana sy diterangkan bagaimana hasil pemeriksaan dilakukan.juruteknik perlu memastikan bilangan bahn binaan yang digunakan adalah sma spt yg dipersetujui.sekiranya ada di antaranya kurang, maka kontraktor yg terlibat perlu memperbaiki semula dan kelulusan tidak akan diberikan.

sy berpeluang pergi ke site pd hari pertama sahaja kerana kebanyakan staf tidak ada. selepas ini sy tidak akan ke site lg krn sy ditempatkan di bahagian pentadbiran.

sekian, untuk hari ini

Anonymous said...

3/6/2008

sy datang ke pjbt pd pkl 8.00 pg. perlu punch card seperti staf lain.sy tlh diperknlkan kpd stf yg lain yg tidak berpeluang berjumpa sms sy melaporkan diri termasklah Puan Marlia Mohd Belia yg merupakan ketua penolong pegawai tadbir (pembangunan)

sms sy diperknlkan kpd pn marlia sy telah ditemubual olh beliau berkaitan skop bidang yg sy pelajari.

pd hari ini sy diberikan tugas utk memasukkan data-data ketua isi rumah miskin tegar daerah manjung dgn menggunakan database microsoft access.ia melibatkan mukim sitiawan, beruas, lekir, pengkalan bharu, lumut dan pangkor.

antara data-data yg telah dimasukkan adalah seperti nama, alamat, pendapatan, tanggungan, bantuan yang diterima, no tel dan mukim.kesemua nama-nama ini diperolehi daripada penghulu mukim masing-masing.

nama-nama yg diberikan akn ditapis dan hanya mereka yg dikategorikan di dlm kelompok ini shj akan tergolong di bwh miskin tegar

terdapat 4 kategori iaitu
1)miskin luar bandaryg melibatkan pendptn isi rumah rm660 dan pendapatan perkapita rm140
2)miskin tegar luar bandar melibatkan pendapatan isi rumah rm420 dan pendapatan perkapita rm90.00
3)miskin bandar yg melibatkan pendapatan isi rumah rm660 dan pendapatan perkapita rm160.00
4) miskin tegar bandar yg melibatkan pendapatan isi rumah 390 dan pendapatan perkapita rm90.00

sebanyak 202 nama ketua isi rumah telah dimasukkan.

sekian,

Anonymous said...

Marlia,

Teruskan menulis begini. Sangat baik dan menarik. Kalau ada gambar sila email, lagi baik

Anonymous said...

Assalamualaikum prof,
terima di ats bimbingan dan komen yang membina.

Anonymous said...

4/6/2006

Seperti biasa saya datang ke pejabat pada pukul 7.55 pagi dan perlu punch card seperti staf yg lain.

pada hari ini saya telah menyambung kembali memasukkan data-data ketua isi rumah miskin tegar daerah. pd hari ini sy telah memasukkan data ketua isi rumah bagi mukim pengkalan bharu.

Sebanyak 92 nama ketua isi rumah dimasukkan.antara data-data yang dimasukkan adalah seperti nama, alamat, tanggungan,pendapatan, jenis pekerjaan, no tel, bantuan yg diterima dan mukim.kebanyakan ketua isi rumah mukim ini terdiri daripada bekerja sendiri, tidak bekerja, nelayan, kopek ikan bilis, pembantu kedai dan sebagainya.Tujuan utama nama-nama ini dimasukkan adalah bagi mengetahui ketua isi rumah yg tergolong/termasuk di bawah miskin tegar dan sekiranya terdapat program dirancangkan kebanykan peserta yg terlibat adalah terdiri daripada mereka yg tergolong di bawah senarai miskin tegar khususnya bagi bantuan pendidikan, program bantuan rumah,latihan kemahiran dan kerjaya dan sebagainya.

setelah siap, sy tidak diberikan tugasan yg lain.justeru, bagi manafaatkan masa yang ada sy mengambil peluang untuk mencari maklumat organisasi bagi melengkapkn laporan saya.Namun sy menghadapi sedikit masalah apabila bilangan komputer yg dibekalkan di bahagian pembngunan tidak mencukupi dan ada di antaranya tidak dibekalkan perkhidmatan internet.saya hanya dapat menggunakan komputer sekiranya terdapat kekosongan.

oleh yg demikian, sy berpendapat pihak pengurusan organisasi ini kurang sistematik dan berkesan.sy berharap agar pihak pengurusan dapat mengambil tindakan yg segera kerana ianya akan menjejaskan kualiti kerja para staf.

sekian,

Anonymous said...

untuk pengetahuan prof menurut cc puan maimunah sy akan ditempatkan di bahagian pembangunan luar bandar sehingga tamat menjalani praktikum tidak seperti pelajar lain yg bertukar-tukar bahagian.oleh itu, semua catatan dan laporan yang akan sy laporkan kepada prof hanya tertumpu kepada bahagian pembangunan luar bandar.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

4/6/2008

Punch in pada pukul 7.55 dengan menggunakan punch card.

pada hari ini sy diberikan penerangan dan penjelasan tentang bagaimana utk melaksanakan sesuatu mesyuarat oleh puan azira.

sebagai rujukan, sy telah membuka semula fail 'mesyuarat focus group pembasmian kemiskinan'.kebanyakan para peserta yang telibat di dlm focus grroup ini adalah terdiri daripada nama-nama yg telah dihantarkan oleh penghulu bagi setiap mukim yang terlibat.

mesyuarat diadakan bagi memberi taklimat berkaitan dgn proses bancian 'isi rumah miskin malaysia' yg dijalankan oleh jabatan perangkaan.taklimat ini diadakan sebagai panduan dalam melaksanakan program pembasmian kemiskinan di daerah manjung.mesyuarat telah diadakan pd 5 mac 2008 di bilik gerakan pejabat daerah dan tanah manjung pd pukul 9pg.

berdasarkan kpd taklimat tersebut, antara tujuan bancian ialah:
1)mendapatkan senarai lengkap profil ketua isi rumah miskin.
2)mengenal pasti kawasan di mana isi rumah miskin berada
3)mendapatkan maklumat bantuan atau pinjaman yg diterima
4)mengenal pasti kemudahan asas yg dinikmati.

semasa menjalankan bancian, antara proses kerja yg difokuskan ialah:

1)mengenal pasti blok perhitungan terlibat iaitu suatu kawasan muka bumi yg diwujudkan secara rekaan dan biasanya mempunyai sempadan-sempadan tertentu.secara purata satu blok penghitungan mengandungi 80-120 tempat kediaman.
2)menyenaraikan tempat kediaman di dalam blok penghitungan yg terpilih.
3)penghitungan isi rumah miskin.isi rumah bermaksud org yg bersaudara dan atau tidak bersaudara yg biasanya tinggal bersama dan membuat peruntukan yg sama untuk makanan dan keperluan hidup lain.konsep isi rumah adalah berdasarkan peraturan yg di buat oleh orang perseorangan atau kump, bagi persediaan makanan dan keperluan hidup lain dalam tempat kediaman yg sama.
4)penyediaan pengkalan data isi rumah miskin.

secara kesimpulannya, proses menjalankn mesyuarat ialah:

1)membuat surat jemputan kepada ahli mesyuarat yg terlibat
2)mengadakan mesyuarat pada masa, tarikh dan tempat yg telah ditetapkan.
3)setelah selesai, menyediakan minit mesyuarat
4)mengedar minit mesyuarat pada ahli mesyuarat.

tujuan minit mesyuarat diberikan ialah untuk mengambil tindakan dalam perkara-perkara yang memerlukan mereka berbuat demikian seperti yg telah dibincangkan di dalam mesyuarat.

sekian

Anonymous said...

ralat tarikh..

catatan laporan di atas adalah bertarikh 5/6/2008 bukannya 4/6/2008.

Anonymous said...

6/6/2008

check in pada pukul 7.55 dengan menggunakan punch card seperti biasa.

pada hari ini telah diadakan perjumpaan bulanan semua kakitangan pejabat daerah dan tanah manjung.majlis ini diadakan di bilik gerakan pejabat daerah dan tanah manjung pada oukul 8.00 pagi dan telah dipengerusikan olah tuan abu bakar mohd said iaitu pegawai daerah manjung.

antara aktiviti yg dijalnkan ialah bacaan yasin bersempena dengan hari jumaat yng dipengerusikan oleh ustaz basri abdullah dan selepas itu diadakan tazkirah yang bertajuk penjagaan rohani dan jasad.

selain itu, sesi perkenalan bagi kakitangan baru yang bertugas di sini turut diadakan.saya juga diberi peluang memperkenalkan diri di khalayak ramai sebagai pelajar yg menjalani praktikum.ianya secara langsung dapat menambahkan keyakinan diri sy semasa berhadapan di khalayak ramai.

pemberian kad hari jadi juga turut disampaikan kepada kakitangan dan diiringi doa penutup dan jamuan ringan.majlis ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan yng erat sesama kakitangan.pada pandangan saya ianya perlulah diteruskan supaya semua kakitangan mengenali antara satu sama lain di samping memberikan keinsafan dan pedoman di dalam diri setiap kakitangan.

pada hari ini tiada tugasan khusus diberikan.sya hanya diminta untuk fotostat borang-borang yang diperlukan oleh kakitangan lain.oleh itu, sy mengisi masa yang ada dengan mengaccess maklumat berkaitan organisasi.

sekian

Anonymous said...

9/6/2008

datang ke pejabat seperti biasa pada pukul 7.57 pagi.punch card seperti biasa.

pada hari ini sy melakukan aktiviti menyusun borang-borang yang terdapat di dalam fail projek bagi proses pembanyaran.borang-borang yang terdapat di dlm fail ini perlulah disusun mengikut turutan yang betul bg memudahkan proses pembayaran.

turutan borang-borang yg perlu disusun dengan betul adalah seperti di bwh:
1)invois daripada kontraktor/pembekal
2)inden kerja asal/pesanan kerajaan asal
3)perincian kerja
4)borang pengesahan projek
5)sebut harga/undian
6)-sijil pendaftaran kontraktor/
-sijil kontraktor letrik/
-sijil pendaftaran kontraktor bumiputera
7) insuran
8)surat tawaran
9)surat setuju terima tawaran
10)keputusan sebut harga/undian
11)surat pengesahan akaun bank
12)dokumen lain yg menyokong bayaran

ia melibatkan projek di bawah projek penyelenggaraan infrastruktur asas di bawah kementerian kewangan.antaranya
1)projek penyelenggaraan jln di kpg tersusun gelong gajah
2)projek penyelenggaraan jln di kpg lubuk pusing
3)menurap jalan tar di kpg kedah, beruas,
4)menaik taraf jlan di sg rumput
5)penyelenggaraan jln di kpg bakar.


fotostst beberapa borang princian kerja bagi projek-projek tertentu.

sekian

Anonymous said...

Marlia,

Banyak betul proses pentadbiran yang Marlia belajar, amat susah nak diperolehi dalam kuliah. Ambillah peluang keemasan ini untuk terus belajar,terus bertanya sehinggalah Marlia tahu selokbelok pentadbiran pejabat.Sambil itu elok mula mencadangkan beberapa aspek yang menarik untuk dikaji

Anonymous said...

10/6/2008

Check in pada pukul 7.57 pagi seperti biasa dgn menggunakan puch card

Pada hari ini sy hanya melihat dan menyemak fail program-program yang telah dilaksanakan di bawah pembangunan masyarakat.untuk pengetahuan prof, sejak penukaran tampok pemerintahan,sy difahamkan oleh puan azira masih tiada lagi program baru yang dilaksanakan kerana tidak mendapat peruntukan.

justeru, sy hanya berpeluang melihat bagaimana proses-proses pelaksanaan program ini dilakukan.proses-proses ini telah diterangkan oleh puan azira kerana program ini di bawah tanggungjawab beliau.

Pada hari ini sy telah membuka fail program “program bantuan rumah”. Program bantuan rumah ini masih dalam pelaksanaan.tempoh pelaksanaannya ialah antara Mac-Dis 2008.proram ini telah diluluskan pada mac 2008 oleh unit perancang ekonomi.mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan kelayakan peserta-peserta.setelah diluluskan, surat arahan bagi memulakan kerja akan dikeluarkan.

prgram ini akan diserahkan kepada kontraktor yang terlibat.namun menurut puan azira, sehingga ke hari ini masih tiada lagi kontraktor yg dipilih. Pemilihan kontraktor akan dilakukan dalam bulan 12 ini.pada kali ini RISDA telah menjadi agensi pembayar untuk proses pembayaran.

Fotostat surat-surat yang disuruh oleh kakitangan di sini

Access maklumat berkaitan dengan maklumat organisasi

Anonymous said...

Assalamualaikum prof, terima kasih di atas segala tunjuk ajar prof selama ini. Prof berdasarkan kepada catatan laporan sy apakah skop kajian yang harus ditekankan.untuk pengetahuan prof, bilangan kakitangan di bahagian pembangunan ini hanya terdiri daripada 13 orang kakitangan.saya ingin bertanya prof adakah sesuai sekiranya sy membuat proses pelaksanaan sesuatu projek atau program dan proses-proses pentadbiran di bahagian ini seperti proses kerja menaip minit mesyuarat, penyediaan tender sebut harga dan lain-lain.mohon pendapat dan tunjuk ajar dari prof. sekian, terima kasih.

Anonymous said...

fikir-fikirkan lagi aspek-aspek yang lain, mungkin marlia akan dapat lebih banyak ilham. jgn cadangkan satu dua aspek saja. berilah sekurang-kurang 10 perkara

Anonymous said...

salam..
ok prof sy akan mencari aspek-aspek yang lain.buat masa ini saya masih dalam proses menyiapkan draf pertama iaitu latar belakng organisasi..

sekian,

Anonymous said...

11/6/2008

Pada hari ini saya sampai ke pejabat pd pkl 7.50 lebih awal seperti biasa.

hari ini saya diberi penerangan oleh juruteknik en zakri berkenaan dengan sebut harga.menurut beliau setiap projek yang dilaksanakan akan ditawarkan secara terbuka kepada pemborong-pemborong bumiputera Kelas F daerah manjung yg berdaftar dgn pusat khidmat kontraktor (PKK) dan Lembaga pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) yg dibenarkan adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga.projek yang melebihi daripada rm20,000.00 akan dikategorikan sebagai sebut harga.kenyataan tawaran atau sebut harga pejabat daerah dan tanah manjung akan diiklankan di papan kenyataan. Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1)kehadiran pemeriksaan tapak bina tapak adalah diwajibkan.Borang sebutharga hanya akan dikeluarkan atau dijual berdasarkan kpd kehadiran pemborong semasa lawatan tapak.tempat berkumpul di pejabat daerah manjung.
2)borong-borang sebut harga, pelan dan butir-butir kerja akan dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah manjung (unit PLB) mulai tarikh borang dikeluarkan pada waktu pejabat dengan harga rm20.00 senaskhah.
3)setiap pemborong dikendaki membawa/menunjukkan sijil asal pendaftaran pusat kontraktor (PKK0 dab salinan sijil CIDB yg mempunyai kepala di atas sahaja untuk tujuan membeli dokumen sebutharga.pemborong yg tdk mempunyai kepala sepertimana yg diwajibkan tdk akan dilayan.pemborong yg menghantar wakil untuk lawatan tapak dan membeli borang sebut harga dikehandaki membawa atau menunjukkan sijil asal PKK, sijil CIDB, surat persetujuan/surat wakil yg sah daripada pemborong asal.kegagalan tuan berbt demikian pihak tuan tidak dibenarkan memasuki tawaran sebut harga. Kerajaan tiada membuat apa-apa jaminan menyatakan iaitu tawaran yg rendah sekali atau mana-mana tawaran akan diterima.


sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

prof sy inginkan pendapat prof.sy ingin memesukkan proses-proses yang melibatkan aspek-aspek berikut:

1) proses menguruskan cadangan projek kecil oleh pejabat daerah
2)proses menguruskan permohonan projek kecil daripada pelanggan
3)proses bagi pengurusan projek/pembelian secara sebut harga
4)proses kerja bagi pengurusan pembelian
5)surat-menyuarat menerima cadangan/memohon projek pembangunan luar badar
6)proses penyediaan tender sebut harga
7)proses kerja menaip surat-surat rasmi
8)proses menaip minit mesyuarat
9)proses menyediakan baucer bayaran
10)permohonan skim pinjaman ASNB (program Pembangunan Rakyat Termiskin)

Mohon pendapat prof dan tunjuk ajar prof.sekian

Anonymous said...

masukkanlah seberapa banyak yang marlia nak masukkan TAPI jangan cut,copy and paste. saya nak ayat yang ditulis sendiri bukannya ciplak drp dokumen-dokumen yang ditemui

Anonymous said...

12/6/2008

datang ke pejabat pada pukul 7.50 pagi dan punch card seperti biasa.

pada hari ini saya tidak diberikan apa-apa kerja khusus kerana staf-staf terlibat dengan mesyuarat. oleh itu, saya mengambil peluang yang ada dengan mencari maklumat organisasi bagi melangkapkan draf pertama.

sekian

Anonymous said...

13/6/2006

punch card seperti biasa dan masuk ke pejabat pada pukul 7.50 pagi.

pada hari ini bahagian pembangunan tempat saya menjalani praktikum telah mengadakan sedikit jamuan bagi meraikan penamatan dua orang pelajar praktikal yang telah tamat menjalani praktikum.

seperti semalam, ada di kalangan staf-staf terlibat dengan mesyuarat menyebabkan tiada tugasan diberikan.oleh itu, saya telah mengambil inisiatif dengan melihat dan menyemak fail-fail projek tahun-tahun lepas.

sekian,untuk hari ini

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

prof saya inginkan pendapat prof berkaitan dengan skop kajian saya.saya ingin mengkaji proses inovasi di dalam pelaksanaan projek.ini kerana berdasarkan kepada pemerhatian, penerangan dan pembacaan saya, saya dapati terdapat inovasi tertentu telah dilaksanakan seperti proses permohonan, proses kelulusan, proses pelksanaan, pemiliham kontraktor sehingga projek itu telah dilaksanakan, terdapat pelbagai prosedur dan proses yang terlibat di dalam pelaksanaan projek.saya juga difahamkan sebelum ini pemilihan kontraktor hanya melalui sebut harga tetapi kini ianya dapat dibuat melalui sebut harga dan undian bagi mengelakkan daripada berlakunya bias.apa pandangan prof

sekian

prof madya dr abd halim ahmad said...

Cuba jelaskan lagi apa contoh-contohnya yg dikatakan inovasi. Cerita lebih detail sikit

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

baiklah nanti sy akan jelaskan kepada prof contoh2 inovasi yang lain yang saya maksudkan.sekarang ni saya masih mengumpul maklumat dan mencari bahan2 tersebut.sekiranya telah dapat sy akan jelaskan kepada prof, sekian

Anonymous said...

16/6/2008

pada hari ini saya check in pada pukul 7.55 pagi dengan menggunakan punch card seperti biasa.

pada hari ini saya melakukan aktiviti mencetak borang inden princian kerja.borang perincian kerja penting kepada pihak kontraktor bagi melksanakan kerja-kerja pelaksanaan.

selepas itu saya telah diberikan fail dibawah projek penyelenggaraan infrastruktur awam oleh juruteknik pembangunan iaitu en zakri.beliau menyuruh saya meneliti fail tersebut kerana dapat megetahui bagaimankan pelaksanaan yang di buat di bawah projek PIA ini.berdasarkan kepada garis panduan yang terdapat di dalam fail tersebut, pelaksanaan projek ini melibatkan dua jawatankuasa iaitu

i)jawatankuasa pemilihan projek dan kontraktor yang menentukan projek yang akan dilaksanakan berasaskan kreteria dan menetukan senarai kontraktor yang layak dipilihmelaksanakan projek

ii)jawatankuasa perolehan iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab meluluskan perlantikan kontraktor secara undian atau sebut harga bagi projek yang akan dilaksanakan.

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof

prof berkenaan dengan contoh-contoh inovasi yang lain di bawah tajuk yang sy berikan semalam adalah seperti semasa proses permohonan projek dahulunya setiap projek pembangunan mukim adalah melalui ketua kpg dan penghulu yang dilaksanakan secara tidak formal tetapi kini ianya telah berubah kepada satu perjumpaan formal yang melibatkan semua ketua kpg, penghulu dan semua kontraktor-kontraktor telah dijemput.Di dalam perjumpaan tersebut akan diberikan taklimat dan akan diadakan di pejabat penghulu mukim.perubahan ini bagi memperkemskan dan melicinkan lagi proses pentadbiran agar berjalan secara sistematik.selain itu, pada waktu dahulu tiada sistem yang standard digunakan hanya melibatkan permohonan melalui YB dan pejabat dan mengggunakan orang tgh bagi memohon projek tetapi kini terdapat sistem yang standard telah digunakan seperti mengisian borang permohonan projek.setiap projek yang ingin dipohon perlulah diisikan di dalam borang yang telah disediakan.kesemua maklumat-maklumat kontraktor akan dimasukkan ke dalam sistem fail bagi memudahkan urusan penyemakan dan mengetahui maklumat kontraktor apabila diperlukan.di samping itu, semasa proses pelksanaan projek dahulunya hanya memerlukan pemantauan biasa daripada juruteknik dimana juruteknik yang ditugaskan akan turun ke tapak projek bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan dengan lancar tetapi kini juruteknik yang ditugaskan akan turun ke tapak projek untuk membuat pemantauan dengan teliti di samping itu, juruteknik yang terlibat perlu memastikan segala bahan binaan yang telah digunakan adalah sama dengan jumlah yang telah dicadangkan,sekiranya berkurangan, pihak kontraktor perlu memberbaikinya semula.proses ini penting supaya projek pembangunan yang telah siap dilaksanakan selamat digunakan dan tidak menjejaskan keselamatan penduduk di sekeliling. Selain daripada itu, terdapat beberapa inovasi yang berlaku. Bagaimana prof?adakah sesuai saya membuat tajuk dan kajian berkaitan tajuk ini. Mohom pandangan daripada prof.

sekian

Anonymous said...

DILULUSKAN !!!! Teruskan dengan cadangan tersebut

Anonymous said...

assalamualaikum prof.

terima kasih prof.saya akan mencari maklumat dengan lebih terperinci lagi.sekiranya menghadapi masalah saya ada apa2 masalah sy akan rujuk kepada prof...

sekian

Anonymous said...

17/6/2008

seperti biasa saya datang ke pejabat pada pukul 7.55 pagi dan terus punch card agar tidak terlupa.

pada hari ini saya telah menyertai progam yang telah dianjurkan oleh persatuan PUSPANITA yang bertajuk program kesihatan dan kecantikan.antara salah satu program yang menarik saya untuk menyertainya ialah program saringan pemeriksaan kesihatan.antara sesi yang telah ditawarkan ialah seperti pemeriksaan tekanan darah, BMI, darah, mata dan sesi kaunseling.hasil keptusan kesihatan saya semuanya baik...hehe syukur rasenya..yang lain semuanya melibatkan ceramah biasa....

program tersebut telah diadakan di bilik gerakan PDT menjung bermula pada pukul 8.00-1.00 tghari.kebanyakan peserta terdiri daripada para ahli PUSPANITA dan kakitangan PTD manjung.terdapat juga pameran ubat-ubatan telah disediakan.

selepas itu, saya kembali semula ke pajabt untuk menyambung semula kerja melengkapkan draf pertama saya. pada hari ini saya tidak diberikan kerja kerana cc telah terlibat dengan exm pd esok ari tetapi beliau telah bertolak pada hari ini juga bg membt persediaan dan kebanyakan stf lain telah terlibat dgn persediaan sukan daerah yang akan diadakan tidak lama lagi.

opst...setelah lama menulis laporan ini, hampir terlupa saya menceritakan tentang kaunter pertanyaan yang terdapat di PLB ini.kaunter ini tidak begitu sesak dan kadang-kadang ianya kelihatan lenggang tidak seperti kaunter pertanyaan lain kerana pelanggan yang datang ke PLB ini adalah hanya terdiri daripada para kontraktor yang datang bagi urusan melengkapkan dokumen-dokumen penting bagi proses pembayaran dan pelksanaan projek.kebanyakan kontraktor yang datang ke sini bagi mendapatkan cop pengesahan atau dokumen-dokumen yang tidak dilampirkan.

bersedia untuk pulang..hehe

sekian, untuk hari ini

prof madya dr abd halim ahmad said...

Elok juga Marlia memerhati pergerakan kontraktor dan membilang berapa ramai yang datang berurusan. Mungkin nanti senang kita nak temubual atau nak minta mereka mengisi soalselidik. Manalah tahu sambil mereka duduk tunggu berurusan mungkin ada masa 10,15 minit untuk mencelah menemubual dan mengisi soalselidik. Kalau datang sekejap pun kita perlu tahu berapa lama mereka berada kat situ. Elok Marlia mula menyiasat perilaku bakal responden kajian ini.

Anonymous said...

ok terima kasih prof atas tunjuk ajar

Anonymous said...

18/6/2008

seperti biasa sy datang ke pejabat sebelum pukul 8 bagi mengelakan punch card sy merah.emm bagus gak guna punch card ni sbb dapat mengelakkan para kakitangan dari datang lewat ke pajabat.ini juga salah satu daripada kesan inovasi dalam pentadbiran.

pada hari ini saya ditugaskan untuk menaip surat inden dan senarai semak untuk proses pembayaran.kemudian surat dan borang berkenaan telah diprint dan diberikan kepada Encik Aziz. kemudian saya disurauh untuk fotostat borang perincian kerja oleh juruteknik iaitu En Hafiz,pada hari ini cc tidak ada kerana menghadiri exm.

kemudian, sy tidak diberikan kerja lain.saya hanya memerhatikan keadaan di kaunter pertanyaan. pada hari ini hanya 2 orang sahaja yang datang ke sini untuk mendapatkan cop pengesahan syrkt.menurut juruteknik di sini kebanyakan projek yang ada kini telah disiapkan dan menyebabkan kontraktor yang datang adalah tidak ramai...

sekian, untuk ari ini.

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

prof saya dah hantar draf pertama dlm zshare.mohon pandangan dari prof sekiranya ada kesalahan. sekian, terima kasih

Anonymous said...

19/6/2008

pada hari ini saya check in pada pukul 7.55 pagi dan terus punch card seperti biasa.

hari ini tiada kerja yang diberikan.semua kakitangan di bahgian ini menghabiskan masa dengan berbual dan bermain congkak dan karem bagi perlawanan yang akan diadakan tidak lama lagi.

justeru, bagi menghilangkan rasa bosan, sy telah mengambil inisiatif dengan meminta fail-fail projek lepas kepada juruteknik iaitu encik zakri.

encik zakri telah memberikan antara projek-projek yang telah dilaksanakan oleh pajabat daerah.namun pd hari ini sy telah membuka fail projek peruntukan ADUN.projek ini biasanya dilaksanakan sekiranya mendapat peruntukan dari mana-mana ADUN.

kemudian, tidak beberapa minit, penghulu mukim sitiawan dan pengkalan bharu telah datang ke pejabat daerah meminta bantuan bagi menjaga pilihanraya kpg sitiawan di waktu sembanyang jumaat kerana tidak cukup kakitangan.namun, cc tidak ada.keputusan tidak boleh diberikan pada hari ini kerana semua keputusan akn dibuat oleh cc mai

sekian

Anonymous said...

20/6/2008

Pada hari ini saya punch card pada pukul 7.58 pagi lewat sedikit tidak seperti biasa.

Pada hari ini saya telah menyertai perjumpaan terakhir pegawai daerah manjung yang kan ditukarkan ke UPEN di ipoh.perjumpaan tersebut diadakan pada pukul 8.30 pagi di bilik gerakan pejabat daerah dan tanah manjung bg mendengar ucapan dan kata-kata terakhir beliau di samping penyampaian cenderamata oleh kakitangan kepada tuan D.O

di dalam ucapan beliau, beliau mengucapakn ribuan terima kasih kepada semua kakitangan di sini kerana sentiasa memberikan kerjasama sepanjang beliau menjadi D.O di sini.beliau berharap agar perjlanan pentadbiran pejabat daerah dan manjung akan lancar dan berjaya.

pada hari ini semua staff sibuk dengan persiapan majlis perpisahan ini.justeru sy tidak berpeluang melaksanakan kerja pada hari ini

berkaitan dengan bantuan yang diminta oleh penghulu untuk menjga tempat undian sepanjang sembahyang jumaat sy tidak dapat mengikutinya kerana cc mai tidak membenarkan mana-mana staf pergi kerana terlibat dgn majlis perpisahan D.O.olh itu, peluang sy untuk menimba pengalaman tidak kesampaian.huhu...

sekian

pak ya said...

salam,,ko wt cm ne wei....aku pnye laporan pertama gagal la...

Anonymous said...

23/6/2008

hari ini aku punch card pada pukul 7.58 pagi hampir-hampir pukul 8.pada hari ini aku menemuramah juruteknik kanan iaitu encik azaman dan juruteknik pembangunan encik zakri untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan projek.berdasarkan kepada temuramah tersebut didapati bahawa sepanjang pelaksanaan projek dijalankan sehingga proses siap memang terdapat masalah seperti keretakan, jalan diturap tidak elok, pembinaan longkang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan dan sebagainya.

walau bagaimanapun, sekiranya masalah yang wujud itu timbul hasil daripada keadaan semula jadi walaupun telah mengikut spesifikasi yang betul iaitu bermaksud bukan disebabkan oleh kecuaian pekerja dan berlaku dalam tempoh kecacatan maka semua perbelanjaan baik pulih akan ditanggung oleh pejabat tanah.

selain itu, menurut mereka dalam melaksanakan sesuatu projek, terdapat prosedur yang perlu diikuti seperti proses permohonan, kelulusan, pelaksanaan, pemeriksaan dan proses pembiayaan kepada kontraktor.pada hari ini kuanter pertanyaan di PLB lenggang krn banyak projek telah disiapkan.

pak ya said...

ok, tq.,tp kt sykat ni aku xtau diletakkan kt bhgian mana.sume bhgian aku masuk mcm pemasaran,pntadbiran,akaun ckit2..aku wat la latarblakang sykt je..

Anonymous said...

assalamualaikum prof
sy ingin bertanyakan draf yg ke dua.tajuk saya telah diluluskan oleh prof iaitu proses inovasi dalam pengurusan projek.dalam draf kedua ini ia melibatkan proses-proses kajian yang dikaji.sy nak tanya proses yg dimaksudkan prof itu sebelum ada inovasi atau selepas ada inovasi atau digabungkan kedua-dua sekali

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof
terima kasih di atas segala bimbingan prof pada sy selama ini.saya arap prof akan sentiasa memberikan tunjuk ajar kepda sy untuk draf yang seterusnya sehinggalah laporan sy disiapkan.sekian

Anonymous said...

24/6/2008

pada hari ini sy lewat sedikit menghampiri pukul 7.58 pagi.sy terus punch card agar punch card sy tidak merah.

pada hari ini sy ditugaskan untuk menolong kakitangan di sini menyiapkan persiapan untuk aktiviti pemberian bantuan barangan kelengkapan kepada keluarga yang dikategorikan kepada miskin tegar.saya telah disuruh mengecop sampul surat dengan menggunkan cop rasmi pejabat daerah manjung.sampul surat itu adalah untuk menghantar kad jemputan kepada ketua jabatan kerajaan di seluruh manjung.bantuan yang diberikan melibatkan aspek kewangan, beras dan baramg-barang kelengkapan yang lain.bantuan ini merupakan di bawah peruntukak menteri besar.menurut puan azira, menteri besar perak yang akan menyampaikan bantuan ini kepada keluarga yang terliba.aktiviti ini akan diadakan pd 28/6/2008 di masjid nurul hidayah sri manjung.justeru persiapan yang rapi perlu bagi menyambut kedatangan menteri besar.

sekian

Anonymous said...

25/6/2008

hari ini saya sampai awal sedikit dari semalam iaitu 7.50 pagi.namun,pintu pejabat masih belum dibuka seperti selalu kerana cc masih bercuti.justeru, kami menunggu en aziz untuk membuka pintu pejabat.pintu pejabat dibuka pada pukul 7.55 pagi.

pada hari ini telah melaksanakan tugas merekod penerimaan baucer bagi fail-fail projek yang telah disiapkan.terdapat satu buku khas bagi menyenaraikan rekod penerimaan baucer yang perlu direkodkan.antara maklumat yang perlu ialah nam kontraktor, jumlah bayaran dan nama penerimaan.selepas itu, sy menolong kak zu menyusun senarai semak pembayaran untuk fail-fail projek yang hampir disiapkan.kemudian sy meneruskan pencarian maklumat untuk draf kedua.

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof
sy ingin bertanyakan tentang draf kedua.sy kurang faham maksud prof dengan memasukkan data kajian.adakah sy perlu masukkan responden dalam bab ni dan menyediakan soal selidik.sekiranya perlu berdasarkan kepada tajuk saya, ianya melibatkan kontraktor2 namun sepanjang saya berada di sini bilangan kontraktor yang dtg ke sini hanya lebih kurang 6-10orang kerana kebanyakan projek telah disiapkan?bagaimana prof

Anonymous said...

assalamualaikum prof
prof pasal bab 2 hanya perlu masukkan proses inovasi je ke atau melibatkan juga kepentingan kajian, metodologi kajian, pernyataan masalah, skop, responden, objektif kajian dan lain-lain.semua ni kena masukkan dalam bab 2 ke?

sekian

Anonymous said...

cuba fikir dari sudut di mana tidak menjadikan kontraktor sebagai responden, tetapi melibatkan pegawai. cuba fikir dari sudut mana boleh dikaji. saya tak mau fikir sebab bukan saya yg buat praktikum

Anonymous said...

Lupakan dulu bab tu, yg penting bulan julai kena tulis inovasi

Anonymous said...

assalamualaikum prof

ok saya akan cuba, skrg ni sy telah temubual juruteknik pembangunan dan juruteknik kanan di PLB untuk mendapatkan pandangan dan maklumat tentag proses pelksanaan projek. prof kalu saya hanya buat temubual sahaja bleh tak maksud sy hanya menemubual bebrapa orang kontraktor dan pegawai tanpa menggunakan soal selidik.mohan pandangan prof.

sekian

Anonymous said...

26/6/2008

datang ke pejabat seperti biasa pada pukul 7.50 pagi.hari ini awal sedikit namun pinti pejabat telah dibuka oleh cc mai

hari ini saya telah ditugaskan oleh puan azira untuk mengasingkan senarai nama untuk menerima bantuan barangan keperluan mengikut tempat tinggal masing-masing.ini bagi memudahkan puan azira mengetahui jumlah keluarga yang terpilih untuk menerima bantuan ini mengikut kawasannya.antara kawasan yang terlibat ialah lumut, sitiawan, ayer tawar, lekir dan pantai remis.sebanyak 32 ketua isi rumah yang telah dipilih.majlis ini akan diadakan pada ari sabtu ini iaitu 28.6.2008.kemudian, sy juga turut disuruh cc mai untuk menghantar kad jemputan kepada jabtan agama islam yang terletak dalam bangunan yang sama.kad jemputan ini adalah untuk menjemput ketua jabatan ke majlis ini.

sekian

Anonymous said...

Boleh juga. Tapi soalan temubual perlu dibuat seragam,tak boleh soalan berbeza ditanya kpd org berbeza. Soalan mesti seragam macam juga soalan dlm soalselidik. Lupakan dulu alat kajian, yang mesti apa aspek yang nak dikaji. Temubual awal boleh dilakukan untuk tahu apa aspek menarik yang nak dikaji. Elok catatkan apa aspek yg telah dikenalpasti hasil bersembang-sembang dgn pegawai dan kontraktor itu.

Anonymous said...

ok prof..setakat ni hasil daripada temubual sy dengan juruteknik kebanyakan diorang cite berkenaan dengan proses pelksanaan projek dan masalah-masalah yang berlaku.saya akan menemubual lagi juruteknik ini untuk mengetahui pelbagai aspek yang berkenan dengan pgurusan projek ini

Anonymous said...

prof skrg ni saya tengah menyiapkan draf yang kedua.selain proses-proses inivasi adakah sy perlu masukkan masalah da kesan di dalam pengurusan projek sama ada sebelum inovasi atau selepas inovasi.

sekian

Anonymous said...

boleh, silakan

Anonymous said...

ok terima kasih prof.sekiranya ada apa-apa masalah saya akan merujuk pada prof lagi...sekian,

Anonymous said...

Assalamualaikum lia,

ape kabo orang kampong??hehehe..cane ek draf bulan 2 ne? dah buat ke?...tgh keliru-keruli ne..

lagi 1, folder edit gambo tu mmg tak boleh sent ke?? lia..sahabatku..tolong la resent..cane nak edit buletin nanti..huhuhu..kesian le...

Anonymous said...

assalamualaikum prof

prof sy sedang menyiapkan draf yang kedua.saya mempunyai kemusykilan semasa menyiapkan draf kedua.tajuk kajian sy ialah proses pengurusan projek.jd sy akan menceritakan ttg proses inovasi pegurusan projek tetapi ari tu prof ada memberi cadangan untuk sy masukkan pelbagai aspek.sy kurang fhm.adakah aspek itu berkaitan dengan pengurusan projek juga.

Anonymous said...

prof sy harap prof dapt memberikan penjelasan yang jelas kerana sy musykil semasa menyiapkan draf kedua ini.mohon tunjuk ajar prof.

Anonymous said...

salam prof...

prof adakah ulasan karya akan dibuat juga.adakah ianya termasuk dalam draf ke 2 atau dibiarkan dahulu....

sekian

Anonymous said...

aspek yg lain itu tentunya berkaitan pengurusan projek juga.

ulasan karya...tak perlu fikir lagi

Anonymous said...

salam..
ok terima kasih prof.

Anonymous said...

27/6/2008

check in pada pukul 7.55 pagi dengan menggunakan punch card

pada hari ini saya tidak ditugaskan untuk melakukan tugasan kerana staff di sini sibuk dengan persiapan untu majlis pada 28.6 ini.justeru, sy menghabiskan masa denga mencari maklumat untuk draf kedua ini bagi melngkapkan laporan sy.sy juga memerhatikan keadaan di pejabat ini...pada hari ini sy dapati juruteknik kanan telah memanggil juruteknik pembangunan iaitu kak ina kerana fail projek yang telah dibuka tidak disertakan dengan gambar sebelum,semasa dan selepas projek dilaksanakan.oleh itu, kak ina telah menelefonkan syrkat kontraktor memaklumkan perkara tersebut...sekian

Anonymous said...

salam prof

prof sy dalam proses menyiapkan draf kedua.dalam draf kedua ini sy telah masukkan bagaimana proses mgurusan projek bermula dari proses permohonan cadangan projek, proses kelulusan cadangan projek, proses awal pelaksanaan, proses semasa pelaksanaan, proses pemeriksaan dan akhirnnya proses pembayaran balik (claim).adakah apa yang sy masukkan ini bertepatan dengan apa yang prof inginkan.setiap tahap intu ada diantaranya telah dibuat inovasi dan ada diantaranya masih kekal seperti dulu.bagaimana prof

Anonymous said...

OK betul la tu

Anonymous said...

ok terima kasih prof.sy akan berhubung ngan prof jika mempunyai kemusykilan lg.

Anonymous said...

salam

prof jadinya yang sy masukkan tu dah terdiri daripada pelbagai aspek atau belum.

Anonymous said...

assalamualaikum prof

prof sy ada menemuramah juruteknik di sini untuk mengetahui pelaksanaan projek di PLB dan masalahnya.adakah temubual ini disamakan dengan data kajian.boleh tak prof terangkan maksud data kajian yg prof maksudkan.adakah temubual itu boleh dikatakan data kajian sy.sekian

Anonymous said...

30/6/2008

hari ini seperti biasa sy punch card pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini keadaan di dalam agak gelap kerana berlaku gangguan elektrik tetapi pejabat sy tidak terlibat.namun beberapa minit kemudian masalah itu berjaya diatasi.pad hari ini suasana di pejabat agak sunyi kerana seramai tiga org staf bercuti, cc mai n puan azira menghadiri meeting, kak ina dan hafiz pula pergi ke site.so tinggal sy, sha n 3 staff yang lain sahaja di pejabat.justeru, pada hari ini saya hanya duduk mencari maklumat dan menlengkpkan draf kedua.kemudian sy telah mengambil inisiatif dengan menyemak kembali contoh-contoh fail projek yang telah disiapkan bagi melihat flow projek tersebut.sy dapati pelbagai dokumen perlu dilampirkan bagi mendapatkan kelulusan pembayaran baik ini termasuklah sijil kontraktor, inden kerja, perincian kerja, surat penerimaan dan sebagainya...
sekian

Anonymous said...

salam prof..

prof saya nak tanya dalam draf kedua ni adakah perlu masukkan cadangan sy. atau cadangan tu dimasukkan dalam draf ke tiga.

Anonymous said...

Data temubual mestilah seragam.Maknanya soalan yg ditanya mestilah sama bagi setiap responden. Mesti dicatat seperti skrip dialog atau perbualan,jgn tinggal walaupun satu perkataan sebabnya analisis akan dibuat berasaskan setiap patah perkataan.Analisis itu dinamakan CONTENT ANALYSIS. Catatan perbualan temubual itu dipanggil TRANSKRIP TEMUBUAL perlu diletakkan di bahagian LAMPIRAN.

Anonymous said...

cadangan boleh dimasukkan di mana mana

Anonymous said...

ok terima kasih prof

Anonymous said...

salam..prof

prof TRANSKRIP temubual tu maksud nya saya kena taip balik ape yang responden cakap kan setiap patah perkataan DI ATAS KERTAS dan printkan.begitu ke atau ader caranye tersendiri.

Anonymous said...

begitulah caranya kajian kualitatif dijalankan

Anonymous said...

salam...prof

tahnks prof...baru sy tau..terima kasih kerana memberi tunjuk ajar...

Anonymous said...

salam prof..
prof kalau gunakan soal selidik perlukah lampirankan semua borang soal selidik yang telah diisi oleh responden atau lampirkan sahaja soalan soal selidik sahaja yang belum didisi oleh responden di lampiran

Anonymous said...

lampiran soalan sahaja

Anonymous said...

salam..ok terima kasih prof:)

Anonymous said...

1/7/2008

punch card seperti biasa untuk masuk menjalani praktikal pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini saya telah dalam proses menyiapkan dan mencari maklumat berkaita dengan proses inovasi dalam pengurusan projek di PLB.oleh itu, bagi membantu saya untuk mendapatkan maklumat di PLB, en zakri selaku juruteknik pembangunan di sini telah banyak membantu saya.saya juga telah disuruh oleh juruteknik di sini untuk membuat salinan borang perincian kerja dan sebut hrga.

pada hari ini di kaunter PLB datang seorang kontraktor bertanyakan tentang dokumen yang telah dihantarnya bagi mendapatkan kelulusan puan marlia.namaun sy tidak pasti apakah dokumen yang dimaksudkan kerana sy hanya memerhatikan dari jauh.namun puan marlia tidak ader dan beliau bertanyakan kepada cc mai tentang dokumen itu,cc mai tidak menahu kerana bukan bidang kerja beliau, sy dapati cc mai masuk ke dalam bilik puan marlia bg mencari dokumen tersebut.setelah keluar, cc mai memberitahunya bahawa fail tersebut berada di atas meja puan marlia tetapi belum disain.justeru,sy tidak tahu mengapa dan kontraktor tersebut telah bersembang dengan cc mai sepertinya tidak berpuas hati dengan pihak2 tertentu tetapi sy tidak ketahuinya kerana memerhati dari jarak yang jauh.sy cuma meneliti perbualan mereka dan terdengar kontraktor tersebut berkata PLB tidak ader masalah tetapi pihak atasan.ini kerana terdapat pelbagai kereneh yang ditonjolkan.sekian

Anonymous said...

salam prof,
prof sy sedang menyiapkan draf yang kedua.tajuk kajian sy ialah proses pengurusan projek. iaitu proses mgurusan projek bermula dari proses permohonan cadangan projek, proses kelulusan cadangan projek, proses awal pelaksanaan, proses semasa pelaksanaan, proses pemeriksaan dan akhirnnya proses pembayaran balik (claim).sy akan menceritakan ttg proses inovasi pegurusan projek tetapi ari tu prof ada memberi cadangan untuk sy masukkan pelbagai aspek.adakah apa yang sy masukkan ini telah dikira sebagai pelbagai aspek.

sekian

Anonymous said...

itu lah aspek-aspeknya. jgn lupa cari juga unsur inovasi di dalam aspek tersebut

Anonymous said...

salam prof

prof jadinya apa yg sy masukkan tu dah merangkumi pelbagai aspek la mengikut apa yg prof maksudkan

sekian

prof madya dr abd halim ahmad said...

ya kot...

Anonymous said...

ye kot?apa maksud prof.sy akan masukkan proses pelaksanaannya,bagaimana ianya dilaksanakan, msalah yang wujud sepanjang proses projek ini dilaksanakan, kesannya dan cadangan inovasi yang dicadangkan sekiranya perlu.bagaimana prof?

prof madya dr abd halim ahmad said...

ya la tu.....

Anonymous said...

2/7/2008

datang ke pajabat pada pukul 7.53 pagi dan terus punch card.

pada hari ini saya diberikan fail projek bagi program ameniti soaial daerah manjung oleh juruteknik PLB.tujuan juruteknik PLB memberikan saya fail in bagi memudahkan saya memahami proses pelaksanaan projek ini.antara dokumen-dokumen yang terdapat di dalam fail ini ialah minit mesyuarat, pretasi pelaksanaan projek, senarai projek ameniti sosial, senarai cadangan ameniti sosial, garis panduannya dan sebagainya.fail ini juga secara tidak langsung membantu saya untuk melengkapkan draf kedua saya di samping dapat memberi saya gambaran bagaimana program ameniti soaial ini dilaksanakan.

Anonymous said...

ok terima kasih prof :)

Anonymous said...

3/7/2008

sampai ke pajabat pada pukul 7.53 pagi dan terus punch card.pada hari ini saya menolong juruteknik encik zakri md yasin menyediakan dokumen-dokumen proses pembayaran.saya telah menolong beliau mengecop dokumen-dokumen bagi mengesahkannya kerana dokumen-dokumen yang diberikan adalah merupakan salinan dan perlu disahkan.selain itu saya juga telah menolong staf-staf lain melaksanakan kerja-kerja seperti menaip perincian kerja dan fotostat dokumen.

sekian

Anonymous said...

4/7/2008

sampai ke pejabat pada pukul 7.53 pagi dan terus punch card.pada hari ini diadakan perjumpaan bulanan antara semua kakitangan PDT manjung di bilik gerakan.pada hari ini antara agenda yang diadakan ialah majlis bacaan yassin, tazkirah, penyampaian kad hari lahir dan taklimat oleh pegawai takaful nasinal.tajuk tazkirah pada hari ini ialah peranan ummah.antara keistimewaan seorang ummah ialah dilahirka sebagai khalifah, mempunyai semangat jihad dan sebagainya.selain itu dalam perjumpaan ini turut diadakan taklumat oleh pegawai takaful nasional bagi mempromosikan etiqa takaful kepada kakitangan yang berminat.majlis diakhiri oelh sedikit jamuan.

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof..

prof saya kurang seronok praktikal di sini.ini kerana sy tidak diberikan kerja atas alasan tiada projek baru dan peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan setelah bertukar parti pemerintahan.justeru itu, setiap kali datang ke pajabat saya hanya banyak menghabiskan masa dengan mencari dan membuat laporan.sesekali ada juga saya offer diri untuk menolong tetapi jawapannye sy pun tak de keja nak buat.entah la sy pun tak tau nak ckap macamane.ni nasib bk sy ader kawan,azila leh gak sy bincang dengan dia pasal report.kdg2 tu saya rase diorang macam takut je nak suh saya wat keja.tak tau kenapa.mgkin diorng rase kami ni tak de pengalaman.masalahnye saya ingin belajar.bila sy nak buat kerja mengecop dokumen pun kdg2 diorg cakap tak pe ar kerja senang je.so saya tak tau lagi nak buat aper.cuma apabila saya melihat staf di sini membuat kerja ringat seperti menyusun dokumen pambayaran atau mengecop dokumen sy akan menyibukkan diri untuk bertanya.itu sahaja yang dapat saya lakukan.sekali sekala tu ader la disuruh fotostat dan menolong staff di sini.tapi memang saya tak nafikan bahawa kadang2 staff di sini memang tidak ader kerja untuk dilakukan.kebanyakan laporan yang saya laporkan di dalam blog ini adalah atas inisiatif saya sendiri.klu tak tak tau ar saya nak tulis apa dalam bulu log ni..mohon pandangan prof

Anonymous said...

salam prof..
tapi saya tau saya kena teruskan juga sehingga habis.saya tak nafikan staff di sini ok2 je semua cuma kdag2 tu biasa la orang atasan.faham2 je la.skrg ni saya akan cuba mencari inisiatif sendiri agar tidak berasa bosan..mugkin itu cara terbaik untuk saya hadapi masalah ini... sekian

amri said...

salam...

aku amri..
untuk pengetahuan hang aku pun kurang keja kat sini...hehe..biasa la prktkl kat tmpt krjn..kat mana2 pun sama gak kwn2 aku ckap..ala ko layan je la apa2 yg ada kat sana. aku pun bosan tahap raja tertinggi ni..kuang3...

nak wat laporan bab satu pun xleh sb ramai dak praktkl kt sini so suma nak online.................
leh ke sal apa2 berkaitan laporan prktkl yg aku krg faham aku tanye hang???

Anonymous said...

7/7/2008

Pada hari datang ke pajabat pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini suasana agak sunyi.tiga orag stff tidah hadir ke pajabat kerana mc.mereka adalah cc mai, kak ina dan puan azira.ditambah pula staff-staff yang lain seperti puan marlia, aziz, en zakri keluar atas urusan masing-masing.oleh yang demikian pada hari ini saya hanya mengadap komputer sahaja untuk mencari maklumat report bersama-sama kawan saya..azila

sekian

Anonymous said...

8/7/2008a

punch card pada pukul 7.55 pagi seperti biasa.pada hari ini seperti semalam aktiviti saya hanya mencari maklumat berkaitan draf kedua kerana tiada tugas yang diberikan secara khusus.cuma pada hari ini saya menolong kak zu untuk mengemaskini dokumen-dokumen pembayaran

sekian

amri said...

weh...pejbt kita dekat je tp aku xpenah nmpk ang pun kat mjg nie...

Anonymous said...

9/7/2008

pada hari ini sampai ke pajabat pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini saya diberikan dan kawan saya azila telah diberikan tugasan menyusun dokumen-dokumen bagi proses pembayaran.Dokumen-dokumen ini perlu disusun dan perlu mempunyai satu salinan untuk simpanan di pejabat.antara dokumen-dokumen yang perlu disusun adalah seperti invois, pesanan kerajaan, statement bank, sijil pendaftran kontraktor, surat penerimaan bekalan, surat kuasa dan sebagainya.tugasan itu saya lakukan bersama-sama kawan saya.kami dapati ada diantara fail projek yang tidak mempunyai salinan dokumen tersebut.oleh yang demikian, saya dan azila membuat salinan bagi simpanan di pejabat.tugasan ini diberikan oleh Kak nor.

sekian

amri said...

he...yeke...sama la...
tp masa datang n balik pun xnmpk kelibat ang...ramai tak dak uum prktikal kat sana???

Anonymous said...

11/7/2008

punch card seperti biasa pada pukul 7.50pagi.hari ini sy berasa gembira kerana ader sedikit kerja diberikan.hehe...baru semalam saya ckp kepada prof kurng kerja diberikan.macam diorg tahu je sy mengadu kepada prof..hehe..ntuk pengetahuan prof sebelum kawan melaporkan diri, terdapat juga kerja yang telah diberikan kepada saya tambahan pula puan azira baru shaja mendapat senarai nama isi ketua rumah pada bulan 2008, juateru sy bernasib baik kerana diberikan kerja untuk memasukkan nama-nama tersebut dengan menggunakan database access.selepas kawan saya melaporkan diri sy difahamkan tiada projek baru diperuntukkan,justeru tiada kerja yang diberikan.oleh itu, saya banyak mengambil inisiatif sendiri bagi menyelami urusan pentadbiran disini.hanya jika diperlukan bantuan, baru diberikan kerja.pada hari ini melakukan aktiviti "tangging" dokumen yang disusun semalam.tagging ini dibuat ke atas dokumen yang ingin mendapatkan cop pengesahan dan tandatangan dari puan marlia iaitu dengan meletakkan kertas tanda di tempat yang ingin mendapat pengesahan bagi memudahkan urusan pencarian kerja.sebanyak enam fail diberikan oleh kak nor untuk membuat tagging.

sekian

Anonymous said...

pada hari ini juga saya telah disuruh untuk faks kan surat kepada jabatan pelajaran, mpm manjung, jkr, puspanita dan lain-lain agensi di sekitar perak bagi memaklumkan berkenaan lawatan sambil belajar ke singapura yang telah dianjurkan oleh puspanita.

Anonymous said...

ralat tarikh, laporan diatas ialah 10/7/2008 bukannye 11/7/2008

Anonymous said...

11/7/2008

punch card pada pukul 7.50 pagi. hari ini cuaca agak mendung.

pada hari ini saya hanya menghabiskan masa dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan laporan.bahan-bahan ini kan saya jadikan rujukan dan lampiran untuk lapora yang dihantar.pada hari ini semua staff sibuk dengan persiapan sukan yang bakal berlangsung pada petang ini sehingga ahad ini.ini kerana pejabat daerah manjung telah menjadi tuan rumah bagi permainan bola jaring dan bola sepak.pada hari ini juga puan azira telah menyuruh saya fakskan surat tawaran untuk program bengkel pengurusan kewangan dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

Anonymous said...

14/7/2008

datang ke pejabat pada pukul 7.50 pagi dan terus punch card seperti biasa.

pada hari ini suasana di PLB sunyi kerana cc mai dan en zakri cuti.sebelum itu, pada 12/7/2008 (sabtu) telah diadakan sukan petanda perak iaitu perlawanan bola jaring di sm teknik manjung.sebanyak lima pasukan telah menyertai perlawanan itu.saya telah turut serta membantu dengan mencatatkan pungutan jaringan yang berjaya diperolehi.pada hari ini cuaca agak panas menyebabkan saya sakit kepala.perlawanan tersebut telah diadakan dua sesi iaitu sesi pagi dan petang.pada hari ini, saya tidak melakukan apa-apa tugusan hanya mengadap komputer untuk mencari maklumat berkaitan dengan laporan.

Anonymous said...

15/7/2008

pada hari ini punch card pada pukul 7.55pagi.

pada hari ini ditugaskan oleh cc mai untuk fakskan surat berkaitan dengan majlis lambaian kasih pagi majlis makan malam pertukaran pengerusi PUSPANITA yang akan diadakan pada 25/7/2008 di teluk natik beach resort.antara jabatan-jabatan yang perlu difakskan adalah seperti hospital, jabatan kerja raya, majlis perbandaran manjung, jps, rela, jabatan perpaduan, kemas, jabatan kesihatan, risda, jabatan pergigian, jabatan pelajaran dan sebgainya.kemudian, surat tersebut dibuat tiga salinan untuk dihantarkan ke jabatan kebajikan masyarakat, pejabat agama islam dan jabatan pertanian.surat itu dihantar sendiri oleh saya kerana ianya terletak di dalam bangunan yang sama dan tidak perlu difakskan.tugasan itu dilakukan bersama rakan saya.

Anonymous said...

16/7/2008

punch card seperti biasa pada pukul 7.57pagi.

seperti semalam saya telah disuruh untuk faks dokumen tetapi pada hari ini oelh encik aziz.encik aziz meminta saya fakskan senarai projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) yang telah siap dilaksanakan kepada jabtan pembangunan negeri.sebanyak tiga helai senarai yang perlu difakskan.kemudian, pada sebelah petangnya, pejabat PLB menerima panggilan daripada hospital manjung memaklumkan bahawa surat jemputan bagi majlis lambaian kasih yang telah saya fakskan semalam telah hilang,Justeru, mereka memohon agar PLB mengfakskan semula surat jemputan tersebut.oleh itu, saya diminta oleh kak zura untuk fakskan semula surat jemputan tersebut.

Anonymous said...

17/7/2008

datang ke pejabat pada pukul 7.55 pagi dan terus punch card.

pada hari ini saya menyambung kembali draf laporan kedua berkaitan dengan proses-proses inovasi dalam pengurusan projek.kemudian, pada hari ini juga saya diminta oleh juruteknik pembangunan encik zakry untuk fotostst salinan sijil kontraktor dan statement bank.encik zakry meminta saya membuat empat salinan setiap dokumen.kemudian sy juga telah membuat salianan insuran sebanyak satu salinan setiap satu.

pada hari ini juga, pejabat PLB telah membuat pemilihan bagi memasuki perlawanan congkak dan karam.perlawanan itu diadakan semepena sukan petanda perak yang akan diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.

Anonymous said...

18/7/2008

punch card pada pukul 7.57 pagi.

pada hari ini semua staff di PLB sibuk berlatih congkak dan karam untuk pertlawanan esok.justeru, selepas solat jumaat, semua staff yang terlibat dengan perlawanan esok akan berkumpul di pejabat PLB untuk bertolak ke pengkalan hulu.oleh itu, pejabat agak sunyi dan oleh yang demikian, saya hanya melakukan kerja saya sendiri iaitu menyambung menyiapkan laporan.saya juga telah mengambil masa yang ada melayari internet untuk mencari maklumat-maklumat yang berkaitan dengan laporan saya.sebelum pulang, saya telah diminta oleh encik azaman untuk menaip surat untuk beliau.

Anonymous said...

salam..
prof saya telah mneghantar draf yang kedua.mohon jasa baik prof untuk menyemaknya dan memberi komen

Anonymous said...

prof dalam draf kedua saya tidak masukkan cadangan kerana saya ingin masukkan cadangan dalam drag yang seterusnya.boleh tak prof...

Anonymous said...

21/7/2008

pada hari datang ke pejabat pada pukul 7.58 pagi..

hari ini tiga orang staff bercuti iaitu puan marlia, encik aziz dan encik zakry atau lebih dikenali abg z.jadi suasana pejabat tidak riuh seperti biasa kerana ketiadaan abg z yang selalu meriuhkan keadaan.pada hari ini juga semua staff tidak bersemangat kerana keletihan balik dari pengkalan hulu bagi perlawanan congkak dan karam.apa yang memenatkan mereka adalah masa perjalanan yang diambil ke pengkaln hulu ditambah cuaca hujan.oleh yang demikian pada hari ini saya membuat krja saya sendiri iaitu menyiapkan laporan saya.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum prof..

prof sy ingin bertanyakan kepada prof berapakah bilangan responden yang sesuai diperlukan sekiranya ingin membuat soal selidik dan sekiranya ingin membuat temubual berapa orangkah yang diperlukan.ini kerana skop kajian sy tidak melibatkan ramai pekerja mahupun pelanggan.pelanggan yang terlibat dengan skop kajian sy adalah para kontraktor tetapi sehingga kini hanya beberapa orang sahaja yang kelihatan disbbkan tiada projek baru yang ditawarkan.kebanykan projek yang ada pada hari ini hanya melibatkan proses yang terakhir iaitu tuntutan bayaran.para kakitangan di PLB pula hanya lebih kurang 11 orang.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

salam prof..

prof dalam draf ketiga bolehkah sy masukkan ulasan karya yang berkaitan dengan kajian saya atau tidak perlu dimasukkan lagi..sekiranya sy ingin membuat temubual atau soal selidik bagaimnakan cara saya ingin mengaplikasikan apa yang sy perolehi di dalam laporan kajian.bagaimanakah sy ingin analisinya.sy kurang fham.mohom tunjuk ajar dari prof

Anonymous said...

22/7/2008

pada hari ini datang ke pajabat pada pukul 7.58 pagi.

pada hari ini saya diberikan kerja bersama rakan saya oleh juruteknik pembangunan iaitu encik zakry untuk menyemak salinan dan menyusun dokumen2 bagi proses tuntutan bayaran.sebanyak 10fail telah di berikan iaitu:

1)membaiki dan mengecat bangunan persatuan kebajikan hock teik, kpg china pantai remis (20 ribu)
2)memasang bumbung tambahan di tadika sehati, kpg merbau, ayer tawar (5 ribu)
3)kerja membina tembok titi di kebun kelapa sawit belakang changkat kruing (4 ribu)
4)menurap jalan dengan premix di simpang jalan hujung pasir, pantai remis (15 ribu)
5)membekal dan memasang 6 unit pintu besi dan awning baru di sjk (c) pei min segari (3 ribu)
6)mamasang lantai mosaic dalam bilik guru sjk (c) sg batu pantai remis (7 ribu)
7)memasang bekalan air ke dewan belia, kpg matang, pantai remis (3 ribu)
8)membekal dan merata premix untuk menampal lubang jalan kaw changkat kruing (6 ribu)
9)membina pondok membaca di sjk (c) kpg merbau, ayer tawar (9500)
100menurap jalan dengan premix di tepi rumah no 288 kpg raja hitam ayer tawar
(15 ribu)

kesemua faik-fail projek ini akan diperiksa sama ade terdapat salinan setiap dokumen yang dilampirkan.sekiranya tiada salinan sy perlu membuat salinan dokumen tersebut.kemudian, salinan-salinan tersebuta akan disusun mengikut sesunan yang telah ditetapkan iaitu bermula dari statemen bank diikuti oleh inden kerja, perincian kerja, borang tuntutan/pengesahan projek, invois, sijil khidmat kontraktor, pengakuan pendaftran kontraktor, pengakuan tahap kemajuan kerja, surat akur janji, pengakuan terima projek dan comformation slip.

kemudia, pada hari ini juga saya disuruh olh cc mai untuk fakskan surat pindaan tarikh majlis lambaian mesra sempena pertukaran penasihat dan pengerusi puspanita manjung pada 25/7 kepada 29/7 di teluk batik resort secara percuma.antara jabatan-jabatan sy perlu saya faks ialah seperti mpm, jkr, jps, rela, lap, perpaduan, kemas, pelajaran, aadk, kastam,hospital, kesihatan, risda, pergigian, jpj, pendaftran, jkr tldm, smk sri manjung dan smk pangkor. kemudian cc mai juga menyuruh saya membuat lima salinan dan tiga salinan diberikan kepada jabatan kebajikan masyarakat, pertanian dan agama islam yang berada di dlm bangunan yg sama.

selepas itu, saya juga turit faks surat berkaitan dengan perbincangan progrm puspanita manjung yang akan diadakan pada 23/7/2008 pada pukul 9.30 pagi di bilik mesyuarat PDT manjung.jabatan yang perlu saya fakskan ialah seperti Rela, LAP, perpaduan, kemas, risda dan pergigian.

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof..
prof bagaimana dengan draf kedua sy yang telah dihantar.adakah telah selamat sampai kerana sekiranya tidak sampai sy ingin attach kan semula.sekiranya prof tidak mempunyai membacanya dan menyemak sy akan sabar menunggu tetapi mohon prof memberikan maklum balas sama ada draf sy selamat sampai atu tidak.sy risau sekiranya prof tidak menerimanya lagi. kerjasama prof amat sy hargai.sekian

Anonymous said...

23/7/2008

pada hari ini punch card seperti biasa iaitu pada pukul 7.50 pagi.sy terpaksa menunggu di luar kerana pintu pejabat tidak lagi dibuka.ini kerana kunci tersebut ada pada encik aziz.

pada hari ini pagi-pagi lagi saya diminta oleh cc mai untuk membuat salinan ke atas dokuman-dokuman seperti surat pindahan majlis lambaian mesra sebanyak 12 salinan, senarai nama yang akan menghadiri majlis lambaian mesra sebanyak 12 salinan dan senarai nama kakitangan beserta jawatannya sebanyak 3salinan.

kemudian, sy diberikan tugas oleh encik zakri iaitu selaku juruteknik pembangunan PLB untuk menyusun kembali dokumen fail-fail projek yang telah diberikan pada 22/7 dengan meletakkan borang tuntutan/pengesahan projek dihadapan diikuti borang inden kerja dibelakangnya.susunan yang lain dikekalkan seperti sebelumnya.

pada sebelah petangnya, encik azaman selaku juruteknik kanan PLB telah meminta bantuan saya untuk membuat salianan pelan layout rumah bersaiaz A3 sebanyak empat salinan.satu pengalaman baru untuk saya kerana selama ini hanya membuat salinan ke atas saiz A4.

selepas itu, kak ina juga telah meminta bantuan saya untuk menolongnya menaip senarai namaa kontraktor beserta kepala & pecahan kepala dan tempoh tamat sijil.ini kerana beliau terpaksa menjalani latihan badminton.justeru, sy menolong kak ina menaip senarai yang telah disediakan.antara senarai yang perlu ditaipkan ialah seperti nama projek, peruntukan, perakuan juruteknik, nama kontraktor, pecahan kepala dan tempoh tamat sijil.sebanyak 8nama kontraktor telah disenaraikan iaitu:

1)Rafila enterprise
2)Sabaruddin Ahmad
3)Kazmir Enterprise
4)Zamisha Enterprise
5)Syarikat Bina Angkut
6)Zahriff Enterprise
7)Rasmiq Enterprise
Tiang Sri Emas Enterprise

setelah siap sy printkan dan memasukkan ke dalam fail projek tersebut dan fail tersebut diletakkan di dalam bilik pembantu teknik untuk disemak.

sekian...

Anonymous said...

prof di dalam draf ketiga ini hanya masukkan pandangan dan cadngan ke?bagaimana pula dengan ulasan karya, metodologi, objektif dan masalah kajian.adakah perlu masukkan sekali atau dibiarkan dahulu..

sekian

amri said...

salam...aku kat pencegah n marin lumut..pelabuhan mggu lagi satu aku ke sana... ok r kat ci sb xde keja apa nak dibuat..hahaha... ada r 2-3 x g pgkor nik bot laju diaorg nh..weh aku masih blur r pasal draf ke-2..xwat apa lagi da..

Anonymous said...

24/7/2008

pada hari ini sy sampai ke pejabat pada pukul 7.55 pagi.

pada hari ini kak zurz, kak nor, en fauzi dan encik aziz tiada kerana telah menghadiri kursus di Ipoh.kemudian pada sebelah petangnya cc mai dan puan marlia pula telah menghadiri mesyuarat.oleh yang demikian, pejabat agak sunyi.

pada sebelah paginya cc menyuruh saya fakskan surat berkaitan dengan forum usahawan dengan kakitangan kerajaan.antra pejabat-pejabat yang perlu difakskan ialah seperi MARA, pejabat penghulu mukim pengkalan bharu, lekir, sitiawan, beruas dan pangkor.

pada hari ini juga satu rombongan dari INSTUN telah datang ke sini untuk mengikuti satu kursus.kebetulan mereka ada di sini, mereka mengambil peluang untuk melawat ke pejabat daerah dan tanah untuk melihat struktur pentadbiran di sini.pada waktu itu, cc mai tidak ada dan mujurlah puan azira ada melayan mereka...hehehe...

kemudian saya meneruskan pencarian dengan mencari maklumat berkaitan dengan report.

sekian.

Anonymous said...

25/7/2008

pada hari ini sampai ke pejabat pada pukul 7.55 pagi.

pada hari ini saya telah diminta oleh juruteknik pembangunan PLB iaitu encik zakri untuk fakskan keputusan pertandingan bola jaring dan bola sepak yang telah diadakan sempena sukan petanda perak pada tempoh hari kepada pejabat tanah dan galian, ipoh.kemudian saya juga telah diminta oleh beliau untuk membuat salinan perincian kerja sebanyak satu salinan.
setelah itu, tiada tugasan yang telah diberikan menyebabkan saya meneruskan membuat tugasan saya sendiri iaitu mencari ulasan karya bagi laporan praktikal saya kelak.

sekian

Anonymous said...

28/7/2008

punch card pada pukul 7.57 pagi dan terus masuk ke pejabat.

pada hari ini pagi-pagi lagi cc mai tidak ada ke pejabat.selain itu, en aziz, abg z dan encik azaman tidak ada ke pejabat kerana di pejabat agal sunyi.cc mai sibuk menguruskan acara dan persediaan untuk majlis lambaian mesra yang akan diadakan pada esok hari.cuma pada hari ini saya menolong kak nor mempunyai hadiah cenderati iaitu gelang manik untuk diberikan kepada anggota puspanita.

sekian.

Anonymous said...

29/7/2008

pada hari ini sya puch card pada pukul 7.57 pagi.

pada hari ini keadaan pejabat agak sepi kerana kebanyakan staff telah pergi ke teluk batik resort bagi membuat upacara raptai bagi majlis lambaian mesra pertukaran pengerusi puspanita yang akan diadakan pada malam ini.pada hari ini, saya diminta oleh puan azira utk fakskan surat berkaitan dengan diolog usahawan bersama badan kerajaan kepada uiKL dan pejabat MARA.selepas itu, saya membantu kak nor untuk membuat cenderamata gelang manik untuk diberikan kepada ahli puspanita.kemudian, saya hanya membuatkerja sendiri kerana tiada tugasan yang diberikan.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

30/7/2008

pada hari ini sampai ke pajabat pada pukul 7.55 pagi.hari ini cc mai tidak ader di pejabat kerana menghadiri kursus.pada hari ini saya hanya disuruh untu fakskan senarai projek yang telah dilaksanakan oleh encik aziz.kemudian saya hanya meneruskan membuat kerja sendiri kerana pada hari ini kebayakan staff tidak ada pada sebelah petangnya kerana ada urusan di luar.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

31/7/2008

pada hari ini punch card pada pukul 7.56pagi.

pada hari saya disuruh oleh encik zakri untuk fotostat salinan perincian kerja, inden kerja, garis panduan program bantuan rumah PPRT.kemudian encik aziz menyuruh saya menggunakan kepakaran sy untuk mengedit dokumen pendaftaran kontraktor krn terdapat maklumat yang tidak diperlukan.kemudian, dokumen yang telah siap diedit akan dibuat salinan.kemudian, dokumen itu telah difakskan kepada pihak yang berkenaan.pada sebelah petangnya, encik hafes telah meminta bantuan saya untuk membuat salinan ke atas dokumen peribadi Tanjung Raya Enterprise seperti perincin kerja, inden kerja, statement bank, sijil kontraktor, surat tawaran dan borang pengesahan projek sebanyak satu salinan


sekian, terima kasih

Anonymous said...

1/8/2008

hari ini saya sampai ke pejabat pada pukul 7.55 pagi

hari ini saya hanya melibatkan diri dalam majlis bacaan yasin bagi anak-anak puspanita yang akan menduduki peperiksaan.bacaan yasin ini telah diketuai oleh seorang ustaz.selepas tamat bacaan yassin kami didedahkan dengan sedikit panduan cara mendidik anak-anak oleh ustaz tersebut.majlis diakhiri dengan zikir kifarrah dan sedikit januan ringan.majlis tersebut telah diadakan di bilik gerakan pejabat daerah dan tanah manjung pada pukul 3.00petang.

sekian

Anonymous said...

assalamualaikum prof..
prof di mana menghilang,,bagaimana dengan laporan sy. adakah prof selamat menerimanya...sekiranya prof tidak menerimanya sy ingin attach semula...prof mohon menjawab soalan sy sekiranya prof mempunyai kelapangan........

sekian

Anonymous said...

4/8/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.55 pagi dan terus punch card.

pada hari ini saya hanya diminta untuk membuat salinan fotostat bagi borang/dokumen sebut harga bagi fasa I dan fasa II.sebanyak 15 salinan perlu dibuat.kemudian, salinan yang telah disiapkan distapler mengikut susunan dan diletakkan di dalam satu fail.borang sebut harga dikeluarkan kepada para kontraktor bagi kelas F untuk program bantuan rumah (PBR) skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR) tahun 2007 bagi fasa I dan fasa II.antara salinan yang perlu dibuat salinan ialah borang sebut harga, perincian kerja, senarai kerja-kerja dalam tengah/penglaman kerja dan pelan bagi membina rumah.

sekian

Anonymous said...

5/8/2008

punch card pada pukul 7.57 pagi.

seperti semalam saya diminta oleh juruteknik encik zakri untuk membuat salinan sebanyak 10 salinan.dokumen sebut harga tersebut berkaitan dengan menambak tanah perkuburan di perkampungan tersusun batu 7, lekir.kontraktor yang terlibat adalah dari kelas F.tarikh ttp bagi penghantaran dokumen sebut harga adalah pada 7 ogos 2008.antara dokumen-dokumen yang dibuat salinan ialah borang sebut harga, perincian kerja dan pengalan kerja.kemudian encik aziz turut meminta saya membuat salinan sijil pendaftaran kontraktor.selepas itu saya membuat tugasan sendiri dengan mengakses maklumat berkaitan dengan laporan.

sekian

Anonymous said...

6/8/2008

datang ke pajabat pada pukul 7.55 pagi.

minggu ini minggu membuat salinan dokumen sebutharga..hihihi..hari ini pula sya membuat salinan untuk dokumen sebutharga untuk menaiktarafkan dewan orang ramai ladang sungai wangi, sitiawan.sebut harga tersebut dikeluarkan kepada kontraktor kelas F.tarikh akhir penghantaran borang sebutharga ini adalah 7 ogos 2008.dokumen sebutharga ini telah dikeluarkan oleh pejabat daerah manjung.sebanyak lima salinan perlu dibuat iaitu borang sebutharga, perincian kerja dan pengalaman kerja serta pelan membina pagar "chain link"

sekian

Anonymous said...

oit, salam orang kampung..

caya lah manjung..aku balik lagi mggu neh..keh3..dah nampak potensi besar nak maju bile ko dah lepak pjbt daerah manjung tu..erm,tu blom sah jawatan D.O lagi..hehehehe..

da bodek2 ne ko tanak share ape2 ke fasal bab 3..keruli-keliru la aku..ko dah buat ape..huhuhuhu...

Anonymous said...

salam..prof..
prof sy nak tanya berkaitan dengan draf ketiga..sy kurang faham apakah yang perlu dimasukkan di dalam draf ketiga ini..adakah ulasan karya, metodologi kajian, permaslahan kajian, objektif kajian dan kepentingan kajian perlu dimasukkan di dalam drf ketiga ini...mohon maklum bls prof..

sekian

Anonymous said...

7/8/2008

hari ini punch card pada pukul 7.50 pagi.

pada hari ini merupakan tarikh terakhir dan tarikh ttup bagi kontraktor-kontraktor menyerahkan dan menghantar dokumen-dokumen sebut harga tersebut.oleh itu, satu kotak kecil telah diletakkan di depan kaunter pertanyaan bagi memudahkan para kontraktor menghantar dokumen sebut harga tersebut.kemudian, saya hanya melayari laman web tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan laporan saya..huh..banyak yang tidak lengkap...

Anonymous said...

8/8/2008

tiba di pejabat pada pukul 7.50 pagi.

pada hari ini bahagian atau pejabat sy telah mengadakan majlis sambutan hari lahir bagi empat kakitangan plb iaitu encik azam, encik tajuddin, encik fauzi dan cc maimunah.majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.pada hari ini juga tiada tugasan diberikn.hanya cc maimunah menyuruh saya menukar duit di jabatan hasil pejabat tanah.kemudian, saya melakukan kegiatan dan kerja saya sendiri.

sekian

Anonymous said...

11/8/2008

Tiba di pejabat pada pukul 7.50 pagi.pada hari ini diadakan latihan kawad perbarisan peringkat negeri sempena hari kmerdekaan.latihan kawad diadakan pada pukul 8.30 pago-10.00 pagi di stdium majlis perbandaran manjung.kemudian, setelah habis latihan kawad, kami menikmati makanan yang telah disediakan.selepas itu, kami dibenarkan pulang ke pajabat masing-masing.pada sebelah petangnya, encik tajuddin meminta bantuan saya dan rakan saya untuk menyudun dokumen baucer bayaran mengikut urutan nombor menaik.kemudian, dokumen baucer bayaran yang disusun dimasukkan ke dalam fail dan diberikan kepada juruaudit untuk diperiksa di dalam bilik mesyuarat.

Anonymous said...

12/8/2008

tiba di pejabat pada pukul 7.57 pagi.

pada hari ini seperti biasa saya menjalani latihan kawad.pada hari ini juga saya terpaksa keluar daro menyertai kawad kerana masalah kesihatan.pada sebelah petangnya, saya membantu encik aziz menyusun dokumen-dokumen projek bersama-sama dengan rakan saya.kemudian, encik aziz meminta bantuan saya dan rakan untuk membuat salinan fotostat untuk beberapa dokumen

sekian

Anonymous said...

13/8/2008

pada hari ini saya tiba di pejabat pada pukul 7.56 pagi.

hari ini saya membamtu juruteknik pembangunan iaitu cik zafalina untuk fakskan surat kepada cik nurul iaitu PPK beruas.dokumen yang difakskan ialah perubahan tawaran peruntukan ppn bil W0251990 kod 02001-RM5000 bagi projek membina bumbung, lantai simen bersebelahan dengan dewan PPK, beruas.

pada hari ini juga saya dan rakan saya menolong juruteknik pembangunan encik zakri untuk menaip senarai nama kontraktor dengan menggunakan microsoft excell.antara senarai kontraktor yang ditaip ialah sarjana aman enterprise, syarikat serdang setia, sulam bakti enterprise, arwana emas, aruza jaya, azbija enterprise, rafila enterprise, rahman teh enterprise, ceria murni enterprise dan abdul aziz ishak.kemudian, encik aziz pula meminta banruan untuk membuat salinan terhadap dokumen baucer bayaran dan inden kerja.

sekian

Anonymous said...

14/8/2008

pada hari ini datang ke pejabat pada pukul 7.50 pagi.

hari ini cc maimunah meminta bantuan saya untuk fakskan nama-nama peserta untuk perbarisan sempena hari kemerdekaan yang ke 51.antara dokumen yang difakskan ialah nama peserta, saiz ukuran baju, seluar dan kasut serta jawtan yang disandang.kemudian, puan anira pula meminta bantuan saya untuk menghantar surat kepada encik nazrul di bahagian pentadbiran.

encik zakri juga meminta bantuan saya dan rakan untuk membuat salinan untuk dokumen sebutharga membina 5 unit rumah PPRT kg indah, pengkalan bharu dan program bantuan rumah (PBR), skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR) tahun 2007 fasa 3 (Bina baru). sebutharga tersebut adalah dijual kepada kontraktor kelas F dan bertarikh tutup 21/8/2008.sebanyak 10 salinan telah dibuat.

sekian

Anonymous said...

15/8/2008

tiba di pejabat pada pukul 7.50 pagi

pada hari ini saya menghadiri perjumpaan staff ptd manjung dan bacaan yasin.di samping itu, turut diadakan bacaan doa selamat di atas pernikahan penolong pegawai daerah tuan nordin.pada hari ini tazkirah yang disampaikan berkaitan de ngan perkara-perkara yang membatalkan iman.antaranya termasuklah meninggalkan solat fardu yang memberi kesan runtuhnya tiang agama, membatalkan iman dan amalannya ditolak.majlis diadakan di bilik gerkan dan diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

juruteknik pembangunan iaitu encik hafes telah menyuruh saya membuat salinan sebanyak 10 salinan untuk dokumen sebutharga menaiktarafkan bumbung jps dan penyelenggaraan kuartes obj manjung dan sebanyak 5 salinan bagi dokumen sebutharga bagi membina semula 5 unit rumah pprt kpg indah pengkalan bharu.

sekian

Anonymous said...

18/8/2008

punch card pada pukul 7.55 pagi.

hari ini tiga orang staff di sini iaitu encik aziz, encik azman dan puan marlia telah bercuti kerana ke jakarta.pada hari ini juruteknik pembangunan encik zakri telah meminta saya dan rakan untuk membuat salinan sebanyak 10 salinan iaitu dokumen sebutharga bagi membina 5 unit rumah PPRT di kpg indah pengkalan bharu.setelah selesai membuat salinan, dikumen tersebut disusun dan distaplerkan.kemudian, ianya diletakkan di kaunter pertanyaan bagi memudahkan para kontraktor untuk membelinya.selepas itu, saya melayari internet seperti biasa.

sekian

Anonymous said...

19/8/2008

tiba di pejabat pada pukul 7.55 pagi.

pada hari ini saya diajak oleh cc maimunah untuk mengikutinya dan kak nor ke program mesra rakyat anjuran biro pengaduan awam, jabatan perdana menteri da pejabat daerah dan tanah manjung.program mesra rakyat ini telah dirasmikan oleh yb dato' dr abdul rahman bin hashim iaitu setiausaha kerajaan negeri perak bertempat di dewan mpm, perak.dalam program tersebut saya ditugaskan untuk menjaga bahagian pendaftaran untuk mengambil nama-nama peserta yang hadir.program mesra rakyat diadakan bagi membolehkan orang awam mengemukakan pandangan, kritikan, persoalan dan sebagainya di atas ketidakpuasan sesuatu perkara kepada para penel yang terlibat.majlis tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan.

satu pengalaman baru bagi saya kerana dapat melihat dengan sendiri aduan pelanggan kepada ahli penel...pelbagai kerenah dapat dilihat di sana.wah...

Anonymous said...

20/8/2008

pada hari ini punch card pada pukul 7.58pagi.


pada hari ini cc maimunah meminta bantuan saya untuk fakskan surat berkaitan dengan watikah perlantikan ketua kampung.sebanyak dua helai kertas difakskan.kemudian, juruteknik pembangunan iaitu encik zakri telah meminta bantuan saya untuk membuat lima salinan ke atas dokumen sebutharga bagi program rumah (PBR), skim pembngunan kesejahteraan rakyat SPKR tahun 2007, fasa 3 (bina baru).dokumen yg telah siap difotostat akan disusun mengikut urutan dan distaplerkan.antara dokumen yang perlu dibuat salinan ialah borang sebutharga, inden kerja, pengalaman kerja dan pelan asas.dokumen sebutharga tersebut terbuka kepada para kontraktor kelas f dan tarikh ttp adalah pada 20 ogos 2008.

sekian

Anonymous said...

21/8/2008

tiba di pejabat pada pukul 7.58 pagi.

hari ini suasana agak sunyi kerana seramai lima orang staff di pejabat ini tidak datang atas urusan masing-masing.

hari ini encik tajuddin meminta bantuan saya untuk membuat salinan ke ats dokumen-dokumen berikut:

(a)kod projek perihal projek (ADUN Pangkor) rm75000
(b)senarai projek/bekalan peruntukan kerajaan persekutuan dan peruntukan kerajaan negeri
(c)kod projek perihal adun sitiawan rm75000
(d)cadangan projek peruntukan bagi kawasan dun pantai remis berjumlah rm75000 bagi tahun 2008
(e)cadangan projek peruntukan bagi kawasan dun sitiawan berjumlah rm75000 bagi tahun 2008
(f)senarai projek/bekalan peruntukan kerajaan persekutuan dan peruntukan kerajaan negeri 2008 dun pasir panjang
(g)projek-projek kecil peruntukan khas adun pengkalan bharu 2008
(h)surat tawran peruntukan UPEN bil W0020570 eruntukan kecemasan untuk pegawai daerah 2008.

sekian

Anonymous said...

22/8/2008

pada hari ini punch card seperti biasa pada pukul 7.55 pagi.

pada hari ini saya hanya melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan dengan laporan saya. huh..byk lagi yang masih tidah dibuat,....saya perlu menyiapkan secepat mungkin...............

sekian untuk hari ini...

Anonymous said...

25/8/2008

punch card pada pukul 7.58 pagi

pada hari ini cc maimunah menyuruh saya untuk fakskan surat kepada ketua-ketua kampung untuk majlis perlantikan watikah ketua kampung yang baru.kemudian, cc maimunah juga memohon saya untuk memasukkan sijil-sijil perlantikan watikah ketua kampung ke dalam sampul surat bersaiz A4 mengikut nama-nama yang telah ditetapkan.antara mukim-mukim yang terlibat ialah mukim sitiawan, lekir, beruas, pangkor dan pengkalan baru.mesyuarat akan diadakan di bilik gerakan ptd manjung pada pukul 10.30 pagi bertarikh 26 ogos 2008.

sekian

Anonymous said...

26/8/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini tiada yang khusus diberikan kepada saya.justeru, saya mengambil peluang yang ada dengan mencari bahan-bahan dan maklumat tentang report.kemudian, maklumat yang saya perolehi disimpan di dalam dkumen komputer bagi memudahkan pencarian semula sekiranya ianya berkaitan.

Anonymous said...

27/8/2008

punch card pada pukul 7.58 pagi.hari ini saya dan rakan telah menyusun fail projek mengikut nombor fail.fail=fail tersebut adalah di bawah tanggungjawab en tajuddin.setelah fail-fail projek disusun mengikut nombor bilangan fail, kemudian borang daftar bayaran tanpa PT telah dikeluarkan dari setiap fail projek.borang daftar bayaran ini berwarna hijau.borang daftar bayaran tanpa PT telah dikeluarkan dan difotostat kerana borang asalnya telah dikeluarkan untuk disimpan ke dalam fail baucer bayaran.salinan borang yang difotostst dimasukkan ke dalam fail projek semula.fail-fail projek ini disusun dari dun pasir panjang, sitiawan, beruas, pengkalan baharu dan sebagainya.

Anonymous said...

28/8/2008

punch card pada pukul 7.58 pagi.

hari ini saya telah menyambung kembali kerja-kerja penyususnan fail-fail projek en tajuddin.aktivitinya sama seperti semalam iaitu pada tarikh 27/8/2008.fail-fail yang dikemaskini adalah untuk menyusun kembali maklumat-maklumat projek sebelum dihantar untuk diaudit.

Anonymous said...

29/8/2008

punch card pada pukul 7.58 pagi.
hari ini keadaan pejabat agak sunyi kerana seramai lima orang staff telah pergi ke stadium ipoh untuk menyertai upacara raptai perbarisan sempena hari kemerdekaan tidak lama lagi.oleh itu, saya hanya melakukan tugasan sendiri kerana tiada tugas yang khususu diberikan kepada saya.seperti biasa saya telah mneyiapkan laporan saya sambil melayari internet untuk mencari maklumat tambahan.

Anonymous said...

1/9/2008

-Cuti Umum-

2/9/2008

sampai ke pejabat pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini aktiviti kerja adalah menyusun fail-fail projek bagi dun sitiawan, pangkor, pengkalan bharu dan pantai remis.setiap fail-fail projek tersebut mempunyai senarai projek dan surat pesanan kerajaan.kedua-dua dokumen ini telah dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam fail yang lain untuk dihantar untuk diaudit.

kemudian, saya juga telah membuat salinan ke atas gambar-gambar projek kerosakan surau oelh juruteknik pembangunan iaitu en zakri.

selepas itu, cc maimunah juga telah menyuruh saya membuat punch card setiap staff dari bulan september sehingga disember.setiap punch card akan dicopkan nama dan nombor.

Anonymous said...

3/9/2008

punch card pada pukul 7.50 pagipada hari ini cc mi tiada di pejabat keran ada urusan di ipoh.hari ini encik aziz telah meminta bantuan saya untuk fakskan surat kepada pengarah pembangunan negeri perak.dokuemn yang telah difakskan adalah laporan prestasi projek UUP (agama)dan B101 Vote YAB perdana menteri sehingga setember 2008.selepas itu, saya menaip surat pekeliling perbendaharaan bil 5 tahun 2007 kementerian kewangan malaysia.

Anonymous said...

4/9/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.50 pagi.

pada hari ini cc maimunanh telah menyuruh saya dan rakan fakskan surat bagi mesyuarat jawatankuasa persiapan majlis berbuka puasa bersama D.Y.T.M raja muda perak.antara senarai nama yang telah difakskan ialah:

1)Yb Adun Kawasan pasir panjang
2)Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung
3)ketua polis daerah manjung
4)jurutera daerah, JKR manjung
5)pejabat agama daerah manjung
6)pengarah hospital daerah manjung
7)pengarah kesihatan daerah manjung
8)pegawai RELA
9)pengurus wilayah tengah, LAP manjung
10)pengurus tenaga nasional berhad

kemudian, saya telah fakskan surat bagi perbincangan isu semasa dan sabarai KIR miskin tegar .

Anonymous said...

5/9/2008

sepeti kebiasaannya pada awl bulan setiap bulan telah diadakan perjumpaan kakitangan dan bacaan yassin yang diketuai oleh ustaz nazrul izuan zulkiflee.

sampai di pejabat pada pukul 7.50 pagi.hari ini saya telah fakskan surat pindaan masa mesyuarat jawatankuasa persiapan majlis berbuka puasa bersama DYTM raja nuda perak dan mesyuarat jawatankuasa persiapan majlis berbuka puasa bersama DYTM raja muda perak.

kemudian, encik aziz menyuruh saya menaip surat bagi projek kerja tambahan (kerja-kerja membekal dan memasang peralatan/perabot serta kelengkapan di unit PLB) bagi perkara kelewatan bayaran untuk kerja tambahan.

sekian

Anonymous said...

8/9/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.55 pagi.pada hari ini melaksanakan menyusun fail-fail projek di dalm bilik setor.fail-fail tersebut disusun mengikut tahun dan jenis peruntukan.pada hari ini, saya dan rakan saya telah menyusun fail-fail projek dari tahun 2005-2006.

kemudian, saya fotostat surat mesyuarat persiapan majlis berbuka puasa bersama DYTM raja muda perak.kemudian, surat tersebut diberikan kepada penghulu manjung dan encik ridzwan di pejabat tanah, manjung

sekian..

Anonymous said...

9/9/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.47 pagi.

hari ini fotostst sijil pendaftaran kontraktor, penyata kewangan dan perakuan pendaftaran kontraktor sebanyak satu salinan untuk disimpan di dalam fail projek sebagai rujukan.

kemudian, en aziz menyuruh menyusun dokumen sebutharga mengikut nilai terendah hingga nilai yang tertinggi.antara dokumen sebutharga tersebut ialah progran rumah (PBR) skim pembangunan kesejahteraan rakyat (SPKR)tahun 2007 fasa 3, membina lima unit rumah PPRT di kpg indah pengkalan bharu, penyelenggaraan kuaters OBJ dan naiktarafkan bumbung JPS.

Anonymous said...

10/9/2008

sampai di pejabat pada pukul 7.50 pagi.

hari ini aktiviti keja ialah menolong encik tajuddin menampal nama projek pada fail.sebanyak 11 nama projek telah ditampal pada fail.

pada hari ini juga, penyelia pelawat iaitu en amir hamzah telah datang ke sini untuk membuat lawatan.saya dan rakan ditemubual oleh beliau bagi mengetahui perkembangan dan input yang kami perolehi semasa menjalankan praktikum di sini.

sekian, terima kasih

Anonymous said...

11/9/2008

punch card pada pukul 7.50 pagi.

hari ini saya fakskan surat mesyuarat jawatankuasa majlis berbuka puasa bersama DYTM raja muda perak kepada ahli jawatankuasa majlis.

kemudian, menyusun fail projek mengikut susunan tahun iaitu tahun 2007 dan setelah siapkan tagingkan mengikut tahun di setiap rak untuk memudahkan pencarian kelak.

selepas itu, fotostat dokumen inden kerja, sijil pendaftran kontraktor dan perakuan kontraktor.

sekian

Anonymous said...

12/9/2008

punch card pada pukul 7.55 pagi.

hari ini saya telah membuat surat jemputan bagi majlis berbuk puasa bersama dengan DYTM raja muda perak pada 18 disember 2008 dengan menaip nama dan printkan dan dimasukkan ke dalam sampul yang disediakan.


kemudian, fakskan surat jemputan untuk majlis berbuka puasa bersama DYTM raja muda perak kepada senarai nama yang telah disediakan iaitu orang besar jajahan, pegawai daerah dan lain-lain.

selepas itu, menaip dokumen permohonan peruntukan projek kecil luar bandar daerah manjung tahun 2008 yang mengandungi bil, nama projek, parlimen, dun dan kos peruntukan serta fotostat minit mesyuarat untuk en azaman.

sekian

Anonymous said...

15/9/2008

punch card pada pukul 7.53 pagi.hari ini aktiviti kerja saya hanya fotostat dokumen berkaitan dengan inden kerja, sijil pendaftaran dan sijil perakuan kontraktor.kemudian, c maimunah meminta bantuan untuk fakskan surat jemputan bagi majlis berbuka puasa bersama Y.D.T.M Raja Muda Perak kepada senarai Pegawai daerah.kemudian, saya hanya melayari internet untuk mencari maklumat tambahan laporan saya.

Anonymous said...

16/9/2008

punch card pada pukul 7.50 pagi.hari ini hanya fakskan surat jemputan kepada pegaeai-pegawai jabatan sempena majlis berbuka puasa bersama D.Y.T.M raja muda perak.majlis tersebut akan diadakan si masjid nabawi, pengkalan bharu pada 18 september 2008.semua pegawai-pegawai dan ketua jabatan seluruh daerah manjung telah diejmput hadir termasuklah para penghulu mukim sekitar daerah manjung

Anonymous said...

17/9/2008
-cuti umum nuzul al-quran-

18/9/2008

punch card pada pukul 7.50 pagi.hari ini antara aktiviti kerja saya ialah fotostat confirmation slip tersohor enterprise iaitu kerja menaiktaraf jalan tanah ke jalan premix dari hadapan rumah no 25 simpang jalan pantai remis termasuk membina sebiah pipe culvert di simpang jalan di batu 12 segari yang bernilai rm27,752.00

kemudian, fotostat penyata akaun, sijil pendaftaran dan akauan pendaftaran kontraktor tersohor tunjang enterprise.

selepas itu, minitkan fail bagi mesyuarat lembaga sebutharga pejabat daerah manjung bil 03/2008.
-sebanyak lima fail projek diminitkan dengan menampal senarai projek dan memasukkan dokumen laporan penilaian dan perakuan sebutharga.antara senarai projek tersebut ialah mambaikpulih masjid kg sg ramai, ayer tawar, program bantuan rumah skim kesejahteraan rakyat, tahun 2007 fasa 3 (bina Baru), membina semula 5 unit rumah pprt di kg indah, pengkalan bharu, pemyelenggaraan kuartes obj manjung dan menurap dan melebarkan jlan kpg pasir pandak, lekir

Anonymous said...

19/9/2008

punch card pada pukul 7.55 pagi.hari ini aktiviti kerja ialah fotostat sebutharga sebanyk 15 salinan iaitu sebutharga bertajuk membina empat unit rumah kedai bagi masjid nurul hidayah, masjid daerah manjung dan penyelenggaraan bumbung/kelengkapan rumah di kuaters jln tazali, sitiawan

kemudian, fotostat dokumen pendaftaran dan perakuan kontraktor zamisha enterprise dan zarith enterprise sebanyak dua salinan.

fakskan surat jemputan majlis berbuka puasa kepada jabatan perikanan dan surat mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah manjung kepada jabatan alam sekitar dan tldm bantuan.

kemudian menghantar surat mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah manjung kepada jabatan kebajikan masyrakat, pejabat agama dan jabatan pertanian manjung

Anonymous said...

22/9/2008

punch card pada pukul 7.45 pagi.hari ini melaksanakan aktiviti seperti membuat empat salinan bagi dokumen sebut harga iaitu penyelanggaraaan bumbung/kelengkapan rumah di jln tazali, sitiawan dan kemudian yang siap difotostat dan disusun mengikut susunan sebelum distepler dan diberikan kepada encik hafes selaku juruteknik pembangunan

kemudian, membuat salinan sebanyak tiga helai ke atas dokuemn sanarai edaran yang diberikan oleh cc maimunah

pada hari ini juga line internet telah rosak menyebabkan staff di sini tidak dapat melaksanakan tugas mereka.di samping itu juga telah diadakan majlis berbuak puasa semua kakitangan pejabat derah dan tanah manjung

sekian, terima kasih

Anonymous said...

23/9/2008

punch card pada pukul 7.45 pagi.

hari ini melakukan aktiviti kerja sepertimembuat salinan ke atas dokumen pengecualian bagi perolehan peraturan peroleha kerja sebanyak satu salinan.

kemidian, menaip dan menampal tajuk projek bagi program bantuan rumah skim kesejahteraan rakyat tahun 2007 fasa 2 (bina baru)dan
program bantuan rumah skim kesejahteraan rakyat tahun 2007 fasa 3(bina baru dan seterusnya ditampal di muka depan fail projek.

selepas itu, membuat dua salinan ke atas dokumen senarai nama peserta yang layak menerima program bantuan rumah skim pembangunan kesejahteraan rakyat tahun 2007 fasa 1 (bina baru)

sekian

Anonymous said...

24/9/2008

punch card pada pukul 7.55 pagi.antara aktiviti yang dilaksanakan ialah membuat tangging ketua0ketua jabatan bagi mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah manjung.mesyuarat tersebut diadakan pada 25/9/2008 di bilik gerakan manjung pada pukul 9.00 pagi.

kemudian encik aziz meminta bantuan saya untuk menaip permohonan peruntukan projek kecil luar bandar daerah manjung tahun 2006.sebanyak lapan senarai projek telah ditaip iaitu :

1.Membina gabion dan benteng di Teluk Dalam, Pangkor
2.Membaikpulih Surau PPRT Kg Sinar Bahagia, Kg Banjar
3.Menambak parit tanah dan membina longkang di Kg Sg Wangi, Sitiawan
4.Membaikpulih Surau Kg Bumi Hijau, Pengkalan Bharu
5.Mengorek Parit di Kg Ulu Kayan
6.Membina Jalan Pertanian di Kg Pasir Panjang
7.Membina balai lintang surau Al-Rahmaniah Taman Dinding
8.Menambak jalan dengan crusher run di Kg Bt. 14 Lekir

sekian

Anonymous said...

25/9/2008

Punch card pada pukul 7.53 pagi.Aktiviti kerja pada hari ini ialah melakukan salinan ke atas surat Masalah Balai Raya atau Dewan sebanyak enam salinan untuk diberikan kepada setiap penghulu mukim.

Kemudian, saya menolong staf di sini menghias pejabat bagi menyambut kedatangan Syawal.Selepas itu, fakskan surat ke Jabatan Bendahari Negeri Perak berkenaan dengan Dokumen Pembekal untuk Elektronik Transfer.Encik Zakri telah menyuruh saya membuat salinan ke atas dokumen inden kerja, sijil pendaftaran dan perakuan kontraktor syarikat Zarith Enterprise.

Anonymous said...

26/9/2008

Punch card pada pukul 7.49 pagi.Pada hari ini aktiviti kerja ialah membantu staf di sini menghiasi pejabat dengan menggantung ketupat dan kad raya bagi kedatangan Aidilfitri.Kemudian, Cc Maimunah meminta bantuan saya untuk membuat salinan ke atas kad rawatannya ke hospital yang kemudiannya dihantar kepada Kak Liza di Bahagian Pentadbiran.Selepas itu, saya melakukan kerja sendiri dengan melayari internet untuk mencari bahan-bahan berkaitan dengan laporan saya.

sekian

Anonymous said...

29/9/2008

Punch card pada pukul 7.45 pagi.Hari ini saya fakskan surat atau dokumen pendaftaran pembekal untuk Electrinik Transfer kepada Bendahari Negeri.Kemudian, menghantar surat yang diberikan oleh Puan Aziran kepada Encik Nazrul di Bahagian Pentadbiran.Kemudian, Cc Maimunah menyuruh saya mengambil fail praktikal di Bahgian Pentadbiran dan fakskan surat Hiwal Ramadhan dan kemudian surat tersebut diberikan kepada Encik Syafizal iaitu Penolong Pegawai Daerah (Tanah).

sekian

Anonymous said...

30/9/2008

Punch card pada pukul 7.50 pagi.Hari ini kebanyakan staf telah mula bercuti pagi menyambut Aidilfitri.Hari ini juga merupakan hari terakhir saya di sini.hari saya hanya melakukan aktiviti sendiri dengan mengemaskini borang-borang yang perlu diberikan kepada majikan.Kemudian, saya hanya melayari internet.

sekian

Anonymous said...

1/10/2008-2/10/2008

-cuti umum hari raya-

prof madya dr abd halim ahmad said...

TAHNIAH : LAPORAN PRAKTIKUM DITULIS DENGAN BAIK. LULUS CEMERLANG.

Jangan lupa cetak semua tulisan blog dalam ruangan ini sebagai lampiran, boleh gunakan FONT yang kecil untuk menjimatkan kertas

Anonymous said...

salam..
ok terima kasih prof atas segala dorongan dan tunjuk ajar selama ini.