Lembaga Pelabuhan Rajang
Bahagian Pembangunan Sumber ( PSM )Tkt 2, Bgn Lembaga Pelabuhan Rajang96000 Sibu, Sarawak.
Tie
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.
Sunday, June 08, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
139 comments:
prof, saya sudah hantar draf laporan terbaru kepada prof. Prof, tolong beli cadangan sekiranya draf yang saya buat tidak memuaskan. Sekian, teima kasih.
prof, boleh saya membuat strategi marketing untuk pelabuhan Rajang atau hanya buat strategi marketing untuk bahagian pemasaran syarikat sahaja.
sally, belum ada dlm email saya lagi tentang deraf tu.
sebelum sally nak fokus strategi marketing,elok juga sally cerita dulu apa yg dibuat setiap hari agar dapat membantu saya untuk cadangkan kajian yang sesuai
Terima kasih prof,
saya akan email kepada prof apa yang saya buat setiap hari di organisasi pada email yang akan datang.
Dah terima isi kandungan melalui email.
Lupakan dulu isi kandungan tu sebab TAK BETUL dan SALAH.
Tulis dulu apa yang dibuat setiap hari dalam ruangan blok ini.
prof, i sudah email kepada prof apa yang saya buat di LPR minggu pertama dari 2 Jun hingga 8 Jun.
saya akan email kepada prof aktiviti yg dilakukan pada minggu kedua beberapa hari lagi.
Hello Sallytie,
Nampak benar sallytie tak faham. Mengapa email saya aktiviti yang dibuat setiap hari? Aktiviti tersebut perlu dihantar dan ditulis dalam blog ini sahaja. Catatan pula mesti bersifat penceritaan yg menarik, bukan seperti catatan buku Log.
Sila lihat rakan-rakan lain membuat catatan yang menarik
Mengapa sallytie masih tidak mencatat apa yang dibuat setiap hari spt rakan-rakan yang lain ? Saya tidak tahu bahagian mana sallytie ditempatkan,apa tugas yg dibuat. Oleh itu email tentang latarbelakang organisasi tidak diceritakan bahagian mana sallytie ditugaskan.
Elakkan plagiat bila menulis latarbelakang organisasi. Perlu guna ayat sendiri, jangan copy and paste drp internet atau dokumen yg ditemui. Sila hurai sendiri carta organisasi. Jika ada dokumen tentang misi,visi dan lain lain maklumat boleh dimasukkan sebagai LAMPIRAN.Jangan copy and paste sebab laporan anda akan didakwa sebagai plagiat
4 June, saya telah melapor diri di Lembaga Pelabuhan Rajang(LPR). Saya ada sedikit gementar kerana ini kali pertama saya kerja atau practical di agensi kerajaan. Saya telah sampai ke LPR pada pukul 8am walaupun saya disuruh melapor diri pada pukul 8.30am. Ini kerana saya ingin bersiap sedia berjumpa dengan kakitangan LPR. Tepat pukul 8.30am, saya telah dibawa berjumpa dengan Puan Siti Hawa di Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Sumber LPR. Disini, saya telah diberi sedikit ringkasan tentang LPR, mengetahui masa bekerja, dan mengisi borang lapor di bilik Puan Siti Hawa. Saya juga telah dibawa ke jabatan untuk membuat pas masuk ke LPR. Kemudian, dibawa ke Tingkat 4 untuk diperkenalkan kepada pengurus pemasaran iaitu En. Christopher Yet Chuong Hin. Beliau menanya tentang matapelajaran yang telah diambil di universiti. Saya juga telah memberi silibus praktikum dan borang-borang yang berkaitan kepada penyelia majikan. Saya telah menandatangani surat sumpah di hadapan pengurus pemasaran. Setelah berjumpa dengan pengurus pemasaran, saya telah diperkenalkan kepada kakitangan jabatan pemasaran. Saya disuruh membuat jadual aktiviti harian sepanjang masa berada di LPR. Saya juga diberi melihat Laporan Tahunan Syarikat dari tahun 1971 hingga tahun 2006. Saya juga menfak borang lapor diri pada (4 June) hari ini juga.
Bagus, teruskan menulis seperti ini.
5 June, saya terkejut besar apabila pada pukul 8.15 am saya dan pelatih practical di bahagian pemasaran telah disuruh oleh pengurus besar bersama dengannya untuk Lawatan ke Sing Ing Lee Industrial Sdn Bhd di Ulu Sungai Merah. Kilang ini memproses besi, membuat dan mengeluarkan besi yang telah dibentuk dengan pelbagai saiz dan bentuk. Kami telah bertanya kepada ‘tauke’ industri tersebut tentang lokasi Kwong Yung Engineering Industrial Sdn Bhd.
Pukul 9 am, kami telah melawat ke Kwong Yung Engineering Industrial Sdn. Disini saya telah berjumpa dengan 'pengurus besar' iaitu Encik Lee Hee Sung industri berkenaan. Saya berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan 'tauke-tauke' besar. Disini saya telah disuruh oleh Encik Christopher untuk mencatatkan segala maklumat yang diberikan oleh Encik Lee. Ini kerana hanya saya dengan Encik Christopher yang pandai mendengar bahasa Cina dan 'Foochow'. Oleh itu, saya perlu mencatat apa-apa yang penting dan menanya kepada bos berkenaan sekiranya terdapat ketidakpastian. Kami juga diberi untuk melihat tayangan video menghasilkan batu-bata. Ini kerana industri tersenut akan menubuhkan satu kilang baru di Bintangor bagi menghasilkan bata bermutu tinggi. Setelah mengunjungi Kwong Yung Industrial, kami juga pergi ke kilang papan di Sungai Merah untuk melihat proses menghasilkan serpihan 'woodchip'. Disini, saya berasa sedih dan takut apabila telah dimarahi oleh mandur Cina kerana saya ingin mengambil gambar di kawasan berkenaan dengan proses penghasilan 'woodchip'. Setelah itu, kami telah dibawa minum bersama En. Christopher di kedai kopi. Saya juga berasa gembira menimba banyak pengalaman dari Kwong Yung Industrial.
Satu pengalaman yang sukar diperolehi dalam bilik kuliah dan oleh rakan-rakan yang lain.Kalau tidak menjalani praktikum, siapa yang boleh membawa kita dan memberi kebenaran melawat kilang yang penting ? Catatlah seberapa banyak perkara yang pastinya berguna untuk tujuan kajian nanti.
Teruskan bercerita....pandai sekali sallytie bercerita...
6 Jun, saya telah disuruh membuat laporan untuk lawatan ke Kwong Yung Engineering Industrial Sdn Bhd. Saya telah diajar En. Christopher mengira anggaran keuntungan yang bakal diperolehi melalui perkhidmatan pelabuhan Bintangor yang bakal disediakan. Membuat perbandingan sama ada pelabuhan yang bakal dikontrakkan kepada pelanggan membawa keuntungan atau pelabuhan menyediakan perkhidmatan eksport dan import barangan dengan mengira kos operasi, kos buruh, kos pengangkutan dsbnya lebih membawa keuntungan. Saya ada sedikit takut kerana beliau menyuruh saya ‘handle’ dan menjadi ketua bagi berbincang dengan rakan-rakan satu jabatan dengan saya yang menjalani practical bersama. Disini juga, saya terpaksa menceritakan serba sedikit tentang apa yang diberitahu oleh pengurus Kwong Yung Industrial pada lawatan 5 Jun kepada rakan-rakan yang lain dalam Bahasa Melayu. Ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman yang sama.
Terima Kasih atas comment prof.
9 Jun, saya telah menghantar laporan yang dibuat kepada pengurus pemasaran. Setelah disemak oleh En. Gerard dan pengurus pemasaran En. Christopher, saya disuruh untuk membuat pembetulan berkenaan dengan kesilapan laporan. Saya telah mengadakan perbincangan dengan tiga pelatih industri yang lain iaitu Shatila Shani dari (UUM) dan Awang Andy serta Sharifah Janatul dari (UNIMAS) untuk membuat pembetulan laporan. Bertanya kepada En. Gerard apabila terdapat apa-apa masalah semasa membuat pembetulan laporan. Menghantar laporan yang telah siap kepada pengurus pemasaran. Pengesahan buku log praktikum oleh penyelia laporan En. Christopher.
10 Jun, pagi ini hujan renyai-renyai. Saya tidak memakai baju hujan kerana hujan tidak besar. Saya berasa sejuk apabila di pejabat. Ini kerana walaupun hujan, penghawa dingin di pejabat masih dibuka dan tidak dapat ditutup kerana ia merupakan penghawa dingin seluruh pejabat. Saya kesejukkan. Saya membuat laporan praktikum di organisasi kerana ada maklumat syarikat yang tidak boleh dibawa keluar. Saya membuat analisis data pendapatan dan perbelanjaan dari tahun 1971 hingga tahun 1987 untuk mengetahui sama ada LPR memperolehi keuntungan dan kerugian. Disini, saya telah belajar cara melihat jumlah hasil yang diperolehi dan perbelanjaan setiap tahun.
11 Jun, suasana pada pagi itu agak suram. Ini kerana ada 2 kakitangan di bahagian pemasaran yang tidak datang bekerja. Saya menyambung kerja saya semalam iaitu menganalisis data pendapatan dan perbelanjaan dari tahun 1988 hingga tahun 2007 untuk mengetahui sama ada LPR memperolehi keuntungan dan kerugian. Selepas itu, Encik Ali Khatam menghendaki saya membuat jadual bagi pengeksport produk kayu balak di LPR bagi kawasan Tanjung Manis di Mid-stream.
12 Jun, saya perlu mengisi jadual pengeksport bagi produk kayu balak di LPR dengan melihat satu persatu. Saya telah ditugaskan untuk mengisi jadual bulan March 2008, sedangkan rakan-rakan yang lain mengisi jadual bagi bulan Januari, Febuari dan April iaitu setiap orang satu bulan. Disini, saya perlu mengisi jadual pengeksport seperti no siri, nama kapal, agen, nama pengeksport, produk per tan yang dibawa oleh kapal seperti veneer, plywood, sawn timber, moulding/dowel, woodchips dan log by container serta destinasi. Jadual ini diisi bagi membantu En. Ali Khatam bagi membuat statistik bagi LPR.
13 Jun, saya terpaksa membawa laptop ke pejabat. Ini kerana computer di pejabat tidak mencukupi. Setiap jabatan hanya mempunyai 2 computer, oleh itu tidak mencukupi bagi kami yang mempunyai 4 orang pelatih dan 4 orang kakitangan di jabatan pemasaran. Saya menggunakan laptop sendiri untuk key-in data selepas mengisinya secara manual pada 12 Jun. Saya perlu menjumlahkan dan menbuat ringkasan untuk produk-produk per tan yang dibawa oleh kapal yang sama dengan menggunakan program ‘microsoft excel’. Ini untuk memudahkan penambahan dan penolakan dengan hanya memasukkan formula sahaja. Disini, telah meningkatkan pengetahuan saya dalam penggunaan program ‘microsoft excel’
prof, kalau 1 minggu saya email kepada prof satu kali. Bolehkah? Sebab rumah saya tak ada internet. Internet di company kadang-kala baik, kadang-kala tidak baik.
Prof, pasal latar belakang LPR yang saya email kepada prof, saya tidak copy and paste. Saya taip sendiri. Hanya rujukan belum masuk saja. Ada yang diperolehi daripada Laporan Tahunan LPR.
boleh guna seminggu sekali internet tetapi menulis catatan setiap hari. maknanya mencatat mesti setiap hari, memasukkannya dalam internet sekali seminggu.
keburukannya akan lambat mendapat maklumbalas dari saya...
prof, kalau guna font 12 untuk Arial boleh kah? Sebab dalam buku panduan praktikum cakap guna times new roman atau Arial untuk font 12.
ikut aja lah
16 Jun, saya perlu mengisi jadual pengeksport bagi produk kayu balak di LPR Sibu dengan melihat satu persatu. Saya telah ditugaskan untuk mengisi jadual bulan March 2008, sedangkan rakan-rakan yang lain mengisi jadual bulan yang lain. Disini, saya perlu mengisi jadual pengeksport seperti no siri, nama kapal, agen, nama pengeksport, produk per tan yang dibawa oleh kapal seperti veneer, plywood, sawn timber, moulding/dowel, woodchips dan log by container serta destinasi. Pagi itu telefon di pejabat kami iaitu jabatan pemasaran asyik berbunyi, sedangkan kami 4 pelatih yang ada di pejabat tidak menjawab telefon. Kakitangan yang lain di jabatan kami ada yang belum datang bekerja, ada yang pergi makan sarapan pagi dan ada yang pergi beratur di pejabat pos untuk mendapatkan borang ‘claim’ wang bagi lesen kereta dan motosikal. Tiba-tiba muncul seorang staf perempuan yang agak cantik di hadapan pintu pejabat dan asyik menjenguk bilik pengurus pengurus pemasaran. Rupa-rupanya itu adalah ‘general manager’ LPR. Saya tersipu-sipu malu kerana tidak bersalaman dengannya. Ini kerana saya belum pernah nampak muka ‘general manager’ dari hari pertama masa saya bekerja. Selepas itu, saya terus malakukan kerja saya iaitu mengisi jadual bagi membantu En. Ali Khatam bagi membuat analisis statistik bagi LPR dengan melihat mana syarikat pengeluar balak terbanyak di setiap kawasan. Ini akan memudahkan operasi menghubungi syarikat tersebut pada masa akan datang.
17 Jun, saya terpaksa membawa laptop ke pejabat. Ini kerana komputer di pejabat tidak mencukupi. Apabila saya sampai di pejabat, saya telah membuka blog practicum dan melihat apa yang diemail oleh prof. Saya telah mengetahui kesalahan yang dibuat dan telah membuat semula apa yang dibuat setiap hari mulai 4 Jun hingga 13 Jun. Setiap jabatan hanya mempunyai 2 computer, oleh itu tidak mencukupi bagi kami yang mempunyai 4 orang pelatih dan 4 orang kakitangan di jabatan pemasaran. Selepas itu, saya pun email kepada prof, saya berasa geram apabila ‘wireless’ di pejabat asyik ‘server down’. Selepas siap email kepada prof, saya pun menggunakan laptop sendiri untuk key-in data selepas mengisinya secara manual pada 16 Jun. Saya perlu menjumlahkan dan menbuat ringkasan untuk produk-produk per tan yang dibawa oleh kapal yang sama dengan menggunakan program ‘microsoft excel’. Ini untuk memudahkan penambahan dan penolakan dengan hanya memasukkan formula sahaja. Ini akan membolehkan saya mendapat jawapan yang tepat dan cepat. Pukul 4.30pm, saya diberitahu oleh En. Taha iaitu pengurus khidmat korporat akan melawat operasi LPR Sibu pada 20 Jun pukul 8.30am. Kami juga diberitahu agar memakai seluar untuk bekerja pada hari itu. Ini dapat memudahkan kami memanjat ke atas trailer, kapal dan sebagainya.
18 Jun, saya tiba di pejabat 7.45am. Terdapat makcik yang jual kuih-muih di bahagian sambut tetamu LPR. Saya ingin membeli nasi lemak tetapi makcik itu belum sampai. Saya telah menempah 2 bungkus nasi lemak daripada penyambut tetamu tersebut agar tolong saya ‘reserve’ semasa mak cik itu datang. Pada pukul 8am saya pun turun untuk membeli, tetapi nasi itu telah dibeli oleh kakitangan yang lain, saya berasa sedih dan terpaksa membeli kuih yang lain untuk dijamah. Nasi lemak yang dibuat oleh mak cik itu sangat sedap ini kerana saya telah mencubanya pada minggu lepas. Oleh itu, saya cepat-cepat menempah 2 bungkus nasi lemak dari mak cik itu untuk dimakan esok. Saya naik ke pejabat dan duduk di tempat duduk sendiri. Saya mula membuat laporan industri saya di pejabat. Saya telah membuat tentang latarbelakang jabatan pemasaran dan latar belakang LPR dengan lebih mendalam.
19 Jun, Saya telah berjumpa dengan penyelia organisasi untuk mendapatkan cop buku log. Selepas itu, saya mengambil maklumat tentang pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) berkaitan dengan Standard Pensijilan ISO daripada pengurus pemasaran En. Christoper. Saya mula menaipnya ke dalam laporan di bawah tajuk pengurusan inovasi di Bab 3. Selain itu, saya juga mendapatkan objektif dan fungsi setiap jabatan daripada En. Gerard.
20 Jun, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tepat pukul 8.30am, saya dan 4 pelatih practical yang lain bersama dengan En. Taha dan En. Gerard Harry mula bertolak ke kawasan operasi pelabuhan Sibu. Saya berasa gembira kerana dapat melawat operasi LPR. Ini kerana hanya kakitangan dan staf LPR sahaja yang boleh melawat LPR dengan perlu dibawa oleh kakitangan yang berkuasa. Kami juga perlu memakai topi keselamatan dan pas masuk LPR. Hanya En. Taha seorang yang boleh menangkap gambar untuk operasi pelabuhan kerana beliau merupakan pengurus khidmat korporat. Kami pergi berjumpa dengan Inspector Osman bin Kadir di Unit Keselamatan. Kami telah diberi sedikit sedikit taklimat oleh Inspector Osman sebelum memulakan lawatan. Kami telah diberitahu oleh beliau bahawa terdapat 54 orang polis bantuan termasuk pegawai keselamatan keseluruhannya iaitu Sg. Merah 5 orang, Sarikei 7 orang, Tg. Manis 5 orang dan Pelabuhan Rajang 37 orang. Terdapat 3 orang inspector ialitu admin, tugas am dan bahagian pas. Selain itu, terdapat 3 shif masa pekerja pelabuhan iaitu 7am-3pm, 3pm-11pm dan 11pm-7am. Inspector Osman bertanggungjawab keatas Bahagian Pencegahan dengan menjaga gudang. Kami juga diterang serba sedikit mengenai ISPS (International Ship and Port Security). Ia mengehadkan 500tan bagi ‘passenger vessel’ dan kargo. ISPS juga merangkumi pelayaran antarabangsa iaitu Singapore, Port Klang, Penang dsbnya. Setiap kapal mesti ada ISPS. Kami juga diberitahu oleh Inspector Osman bahawa terdapat latihan dalaman diberikan iaitu 3bulan sekali manakala latihan luaran 18 bulan sekali.
Kami juga diberitahu oleh En. Harry bahawa selama beliau bekerja di LPR, beliau belum pernah menaik kapal untuk melawatnya. Ini kerana Inspector yang bertugas sebelum ini sangat ‘strict’ dan tidak membenarkan pelawat melawat pelabuhan. Beliau juga mengatakan bahawa ini kali pertama beliau diberi minuman oleh pekerja kapal. Selepas itu, kami pun melawat unit bomba, walaupun kawasan bomba kecil ia tetap dilengkapi dengan kemudahan seperti alat pemadam api, paip dsbnya. Kami juga melihat mesin serta melawat gudang-gudang di LPR. ‘Dangerous store’ di LPR terletak di kawasan yang paling jauh dari sebarang kontena serta kargo kerana ia mangandungi bahan mudah terbakar seperti cat. Kami juga menaiki kapal Johan II dari Port Klang dan melawat dalamannya. Kapal Johan II ini boleh memuatkan 200 kontena atau kargo. Menurut pekerja kapal Johan II, tempoh masa untuk sampai ke Port Klang ialah 3hari dan ke Bintulu ialah separuh hari. ‘Captain’ kapal memberitahu kami, keadaan agak sukar dikawal dan dipandu apabila kapal memasuki Tanjung Manis kerana perairannya yang cetek dan sempit. Kami sempat juga melihat kapal Linau 6 dari Bintulu, Tina dari Port Klang dan Malayan Progress dari Penang. Johan II dan Linau 6 merupakan kapal berkontena manakala Tina dan Malayan Progress merupakan kapal konvensional.
Kami juga diberitahu oleh Inspector Osman telah berlaku banyak kemalangan nyawa di pelabuhan akibat kecuaian pekerja. Salah satu telah berlaku pada tahun 1992 apabila terdapat seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab telah membuang puntung rokok berdekatan dengan kawasan larangan merokok. Akibatnya, kontena tersebut telah meletup disebabkan ia mangandungi bahan kimia dan meragut nyawa pekerja tersebut. Selain itu, pada awal tahun ini, seorang pekerja telah dihempap kontena apabila kontena yang diangkat oleh forlit jatuh. Kami mendapati banyak tanda-tanda amaran diletakkan di sekitar pelabuhan seperti “Utamakan Keselamatan”, Pakai Topi Kaledar Keselamatan” dsbnya.
Kami juga tengok pekerja mengangkat besi guna 2 buah “forflit” kerana berat besi itu 6 tan. Selepas itu, kami juga melawat CFS (Container Freight Station) yang menempatkan sawn timber, plywood, moulding dsbnya. Gudang 5 merupakan gudang dimana gula pasir, tepung kanji dan makanan ayam diletakkan. Kami juga berjumpa dengan senior traffic officer iaitu Jimmy de Rozario yang merupakan mandur container terminal. Selepas melawat keseluruhan pelabuhan, kami telah pulang ke unit keselamatan untuk memulangkan topi kaledar kepada Inspector Osman. Kira-kira pukul 11.30am, kami pun sampai di pejabat. Pada pukul 3.30am, kami diberikan kertas minit oleh marketing manager untuk mesyuarat pada 2 Julai 2008. Di dalam kertas minit itu, ditulis tentang agenda yang akan dibincangkan dalam mesyuarat itu. (Huraian yang lebih mendalam telah saya tulis didalam laporan praktikum).
prof gambar yang saya tangkap pada 20 Jun untuk operasi di LPR susah diemail sebab fail terlalu besar. saya akan cuba resize dia kalau dapat.
Cerita tentang keselamatan ditempat kerja amat menarik,teruskan bercerita begini kerana ianya adalah data kualitatif yang boleh dimasukkan dalam laporan praktikum.
Kalau ada gambar besar,elok guna zshare
Terima kasih atas nasihat prof. Prof, i dah email draf bahagian 1 kepada prof. prof, sila beri komen ya. Ada sebahagian lagi yang belum siap akan saya siapkan secepat mungkin.
sila email sekali lagi yang dah lengkap
prof, saya sudah cuba email guna hotmail kepada prof tapi tak dapat. Boleh prof ajar cara yang mudah yang mudah untuk email gambar?
23 Jun, menghantar email kepada prof Halim. Selepas itu, mula membuat laporan practical yang belum habis dibuat. Pukul 2.45pm, kami mengagihkan borang soal selidik iaitu maklumbalas kepada pelanggan RPA di bahagian ‘landing and shipping’. Ada pelanggan RPA yang garang dengan menyuruh saya mengisi sendiri. Kebanyakkan pelanggan mengatakan tidak berpuashati dengan kemudahan perkhidmatan yang disediakan seperti kantin, tandas, kebersihan dsbnya. Ini kerana kontena mereka sukar untuk keluar ‘gate’ disebabkan peralatan yang kurang. Mereka marah-marah, saya pula menjadi mangsa kerana menyuruh mereka mengisi borang maklum balas daripada pelanggan. Ada pula yang menyuruh saya menanya ‘general manager’ sendiri kenapa perkhidmatan pelabuhan begitu lemah.
24 Jun, pada pukul 9am, Dr. Ivan Lau dari UNIMAS telah datang melawat pelajar di bawah seliaannya iaitu Sharifah Janatul dan Awang Andy serta penyelia majikan bahagian pemasaran En. Christopher. Disuruh oleh En. Gerard membuat ‘summary of main commodities handled at wharves, RPA, anchorages & private jetties from 2003 to 2007 (freightweight tones). Disini saya membuat jumlah import dan eksport serta mengira jumlah peratusannya setiap tahun.
sally, kalau hotmail mungkin kena attachment juga, tapi mungkin guna istilah upload picture ka....saya kurang pasti.
satu cara lagi ialah copy and paste dlm document word. Macam hantar laporan hari tu guna attachment juga
prof, saya dah cuba upload gambar guna hotmail pun tak dapat. jadi saya dah tukar kepada attachment guna word pun susah upload.
prof, saya dah email bahagian 1 kepada prof. Sila beri cadangan atau komen ya.
25 & 26 Jun 2008
Saya diberikan kebebasan untuk membuat laporan practical. Mendapatkan maklumat tentang TQM daripada En. Gerard serta ISO LPR. Selain itu, saya juga mula mencari tentang maklumat untuk membuat analisis SWOT.
27 Jun 2008 (Jumaat)
Hari ini seperti biasa saya datang kerja. Pada pukul 8.30am Pengurus Besar LPR telah melewati bahagian pemasaran tempat saya bekerja. Beliau menanya dimana pengurus pemasaran. Kami cakap pagi dia sudah datang dan keluar lagi lepas itu. Pada pukul 10am, kami telah disuruh oleh En. Gerard menyertai mesyuarat ‘Gang Ordering’ di Gang Ordering Room Tingkat 2 Mini Auditorium. Mesyuarat ini dipengerusi oleh Pengurus Kargo iaitu Encik Lim Chee Hua dan dihadiri oleh pegawai-pegawai LPR yang berkaitan dan ajen-ajen perkapalan seperti Harbour Services Sdn Bhd, Johan Shipping Sdn Bhd, Perkapalan Dai Zhun Sdn Bhd, Masterview Shipping, Syarikat Tenaga Suria (EM) Sdn Bhd, Melinau Shipping Sdn Bhd, Tsin Lieng Huak Shipping and Trading dan Ho Lee Forwarding Agent .Nama kapal adalah seperti Giseng, Giswee, Super Carrier, Lepis, Sutra, Johan dan sebagainya. Pada hari Isnin hingga Jumaat, mesyuarat ‘Gang Ordering’ akan bermula pada pukul 2.30pm. Di sini, saya dapat melihat agen-agen kapal menggunakan bahasa rojak atau pelbagai bahasa untuk berkomunikasi seperti bahasa Iban, Cina, Hokkien, English, Foochow dan sebagainya. Saya dapat mengetahui apabila agen kapal ‘Order Gang’ mereka mesti bayar dahulu. Mesyuarat ‘Gang Ordering’ pada hari Jumaat bertujuan ‘order’ untuk Sabtu dan Ahad serta ‘booking’ pada hari Isnin. Menurut Encik Lim Chee Hua yang merupakan Pengurus Kargo telah mengatakan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk merancang kapal, kemudahan seperti mesin, tenaga manusia dan sebagainya sama ada mencukupi atau tidak serta mengetahui kapal yang akan datang ke pelabuhan dahulu akan bekerja dahulu. Beliau merupakan seorang yang sangat berpengalaman dalam pengendalian kargo kerana telah berkhidmat untuk LPR selama 33 tahun. SK yang selalu rosak telah melambatkan proses pemindahan kontena. Saya dapat berkenalan dengan En. Moses yang merupakan ‘supervisor wharf rigger’, En. Ah Tong (senior traffic officer’ untuk gudang 5 dan gudang 6, En. Jimmy (senior traffic officer) untuk unit kontena, En. Hamilton (traffic officer) untuk CFS, En. Madha (traffic officer documentation), Puan Rabiah (Traffic Officer Gang Ordering) dan En. Lau Ng So (techinician mekanikal) untuk mesin. Maklumat selanjutnya akan saya hurai dengan mendalam dalam laporan.
terima kasih prof, prof i dah email gambar LPR, tapi gambar yang saya jadi lampiran exgment, saya attach guna word susah email.
prof, mcm mana dengan bahagian I yang saya buat.sila beri cadangan atau komen ya.
teruskan masuk pusingan kedua
Terima kasih prof. Oh ya, prof perlukah saya buat ulasan karya dlm laporan practical saya. kalau perlu, mau sekurang-kurangnya berapa.
Bolehkah saya kaji ebih daripada 1kajian kes. Sebelum ini ialah kes keselamatan. Sekrg ialah kajian tentang kerosakan jentera SK telah menimbulkan kemarahan pelanggan. Bolehkah? Sebab sudah 2minggu kerosakan SK telah disiarkan di dlm akhbar.
cuba cerita bgm sallytie nak tulis ulasan karya?
cuba cerita apa yg sallytie tahu apa maksud kajian kes...sebelum sallytie nak bercadang mengkaji bermacam macam kes ?
ulasan karya ialah cari jurnal yg berkaitan dgn pengurusan inovasi dan buat rumusan utk jurnal tersebut. Kalau saya tak buat ulasan karya bolehkah? Sebab dlm hotmail prof ckp buat hanya apa yg terdpt dlm garis panduan sj. Manakala kajian kes ialah kajian yg mendlm mengenai sesuatu lokasi, isu, tema dan persoalan kajian yg khusus. Cthnya, lokasi ialah LPR, Isu ialah tentang keselamatan, kerosakan dsbnya, persoalan ialah apa yg hendak dikaji. Selain itu, perlu mencari jurnal yg berkaitan utk mendapatkan maklumat apa yg dikatakan oleh tokoh-tokoh lepas.
30 Jun 2008 (Isnin)
Pada 2.30 pm berjumpa dengan Puan Dayang Jemaiah di bahagian Sistem Maklumat (IT). Menurut Puan Dayang, Bahagian IT telah ditubuhkan pada tahun 1991. International Port Management System (IPMS) telah mula di gunakan pada tahun 2005. IPMS akan merekodkan pretasi kewangan pelabuhan, sumber pelabuhan, kargo, kargo konvensional, pembayaran pelabuhan, statistik, payroll dan sebagainya. Kami juga dibawa oleh Puan Dayang untuk melawat bilik kawalan komputer. Komputer di bilik IT akan mengawal semua operasi LPR menerusi Local Area Network (LAN) Dalaman. Komputer di dalam bilik kawalan tidak boleh dimasuki oleh orang luar sekiranya tanpa kebenaran. Ini kerana komputer itu adalah sulit. ‘Pendrive’ juga tidak boleh digunakan untuk computer itu kerana takut dijangkiti virus. Kakitangan di bahagian IT akan ‘backup system’ 2 kali sehari iaitu pada pukul 12pm dan 5pm. Hanya terdapat 4 orang kakitangan di bahagian IT iaitu En. Latiff bin Coupon yang merupakan penolong pengurus besar bagi perancangan dan pembangunan , Puan Dayang Jemaiah, En. Mirzad Rafiel dan En. Teng Chong Guan. Puan Dayang Jemaiah merupakan seorang lemah-lembut, bercermin-mata dan peramah. Kami telah berjumpa dengannya dari 2.30pm hingga 4pm. Disini, kami juga diterangkan oleh beliau serba-sedikit tentang sistem IPMS. Beliau juga yang mengeluarkan slip gaji kepada kakitangan LPR. En. Gerard yang kelakar pun berjenaka dengan Puan Dayang dengan mengatakan bolehkan slip gaji yang RM3 ribu bertukar kepada RM8 ribu. Puan Dayang pun menjawab kakitangan LPR perlu mempunyai kod etika pekerja. Sekian shj.
1 Julai 2008 (Selasa)
Disuruh oleh En. Gerard memperbaiki borang maklum balas dan memberi cadangan pembaikan. Ini akan dibincangkan dalam minit mesyuarat pada 2 Julai pukul 9am. Selepas itu, saya telah membuat strategi pemasaran. Pukul 4.55pm, saya telah diberitahu mesyuarat yang akan diadakan pd 2 Julai telah ditukarkan kpd 3 Julai pada masa yang sama. Ini kerana pengurus pemasaran perlu menghadiri mesyuarat dengan para pengeksport pada 2 Julai pkl 9am.
2 Julai, Pada pukul 8.30am, kami telah disuruh oleh En. Christopher melawat bahagian pendaftaran. Kami telah berjumpa dengan Eksekutif Pendaftaran (EP) iaitu En. Delahan Bin Abol. EP juga merupakan sebhg dpd bhg pentadbiran. Tugasnya ialah menjaga fail serta penerimaan dan penghantaran surat. Menurut EP, bhg pendaftaran terdapat 8 org kakitangan. Antaranya ialah 1 org EP, 2 org pembantu tadbir N17 (1 org menjaga fail & 1 org merekod semua surat masuk- keluar), 1 org ‘typist’ dan 4 org pembantu am rendah ( 2org hantar surat ke pos office dan kawasan di bawah kawalannya & 2 org mengagihkan surat ke bhg tertentu LPR). Fail akan disimpan utk 10 tahun sebelum menulis surat kpd arkib Negara utk memusnahkannnya. Resit2 LPR masih menunggu maklumbalas dari Majlis Perbandaran Sibu cara utk menghapuskannya. Menurut beliau juga, Tingkat N54-N41 terdiri dpd pengurus, N40-N17 terdiri dpd kakitangan sokongan 1 dan N16-N1 dpd kakitangan sokongan 2. Mesin Photocopy di LPR dibeli dgn harga RM20,000.
Pd pukul 2.30pm, kami disuruh oleh pengurus pemasaran untuk menyertai lawatan ke bhg akaun. Di sini, kami telah diberikan taklimat oleh Puan Shahliza Shahminan di bahagian perakaunan di Tingkat 3, LPR. Bhg perakaunan dibhgkan kpd iaitu akaun, stor, landing & shiping & vessel claim. Bhg akaun akan control debtor dan creditor, trial balance, balance sheet dsbnya. Stor pula akan issue order (creditor), billing&landing&shipping process bill frm operasi (debtor), purchasing creditor, control all the order. Debtor akan monitor semua akaun untuk mengetahui samaada LPR akan memperolehi keuntungan atau kerugian pada akhir bulan atau tahun. Sebelum ini, LPR menggunakan sistem manual utk akaun dgn key in dan post ke dalam fail excel. Selepas Sistem IPMS diperkenalkan, sistem manual telah dibubarkan. Stor pula akan mengawal kesemua inventori seperti spare part utk SK dan semua aset semasa supaya sentiasa mencukupi.
Pukul 3.15pm kami telah melawat bhg landing & shipping di tingkat bawah LPR dan berjumpa dgn kakitangan di situ. Puan Aspa Aida Mohammad telah menghuraikan proses di bhg landing & shipping kpd kami. Pelanggan LPR akan membawa deliver order ke kaunter utk disemak, kemudian manifest dikeluarkan, billing R,S&D, kemudian bayar cash di kaunter pembayaran, lepas itu balik ke billing R,S&D utk isues nota konvoi. Semua wang yang diterima akan dikira setiap bulan pada 20th.
3 Julai, Pada pukul 9am, saya telah menyertai mesyuarat bahagian pemasaran di pejabat pengurus pemsaran. Dalam mesyuarat itu, kami telah diberikan taklimat oleh pengurus pemasaran, juga membincangkan semula apa yang dibincangkan dalam mesyuarat lepas. Selain itu, kami juga membincangkan tentang pencapaian dan pembaikan ke atas maklum balas yang diberikan oleh pelanggan, manual prosedur kerja, staff punctuality, staff leave roaster & tea break time. Selain itu, juga membincangkan information sharing seperti newspaper cutting, information on soft board, to conduct the research, planning and perform the marketing tasks. Kami juga membincangkan on other issues, procedures, practices, work arrangement, validation of statistical data and any problem related to the department. Kami diberikan kuasa untuk mengemukakan pendapat masing-masing berkaitan trainees attachment programmes.
Mesyuarat tamat 10.30am, pengurus pemasaran pun membelanjakan kami makan minum di café LPR. Selama saya practical di sana, ini ialah kali pertama saya menjamah mknan di sana. Disana, saya mendapati makanan di sana kurang memuaskan. Ini kerana mknan yg saya order semua tak ada. Selain itu, mknan yg dimasak juga tidak sedap.
Pukul 12.35pm, saya telah berjumpa dgn pengurus pemasaran bertanya tentang tingkat gaji sekiranya saya bekerja di LPR pada masa akan datang. Menurutnya, walaupun mempyi Ijazah Sarjana Muda gaji ialah RM1400 selepas dicampur dgn elaun dengan jawatan kerani LPR. Ini kerana jawatan kerani hanya memerlukan SPM holder. Saya berasa sedih selepas mendengar berita tersebut.
4 Julai 2008 (Jumaat)
Pada hari ini, saya diberikan kebebasan untuk membuat laporan practical di pejabat terutamanya kepada 2 orang pelajar UNIMAS yang akan menamatkan sesi practical mereka pada hari ini.
terima kasih atas nasihat prof.
prof, saya nk cadangkan inovasi dari segi kekurangan tempat letak kenderaan bagi pelanggan LPR yang hendak membayar bil perkapalan. Tempat letak kenderaan skg hanya menampung kakitangan LPR sj. Selain inovasi dari segi kesesakan di jalan masuk LPR pada waktu pagi dan petang. Ini boleh dilihat dalam gambar yang saya telah email kepada prof hari itu. Inovasi untuk tahap keselamatan pekerja di pelabuhan juga kurang memuaskan kerana banyak berlaku kes kecederaan akibat kecuaian pekerja. Pada 23 Jun, saya telah memberikan borang maklum kepada pelanggan LPR untuk diselidik. Disini, pelanggan marah-marah dan sangat garang kerana walaupun sudah beberapa kali beri maklum balas namun perubahan ke atas perkhidmatan masih sama. Pelanggan sangat marah kerana kontena mereka sukar keluar dari pintu keluar akibat daripada kerosakan jentera SK dan SK yang tidak berfungsi. Banyak komen yang telah diberikan oleh pelanggan LPR seperti sila sediakan air minuman (water dispenser) di luar pejabat lading and shipping, please improve as soon as possible bhg handling equipments, changes some officer at landing and shipping, operasi LPR lemah, eksport dan import kurang memuaskan dan banyak lagi. Saya juga cadangkan inovasi ke atas perkhidmatan LPR.
prof, bolehkah saya email kpd prof, laporan setakat mana yang saya buat setiap minggu. Sebab kalau terdapat kesalahan boleh diberitau oleh prof lebih awal.
7 Julai, Membaca email amy seperti yang dikatakan prof. kemudian mula membuat tentang inovasi ke atas LPR. Sebelum ini saya tdk berani menceritakan keburukan kakitangan di pejabat. Selepas membaca blog Amy, baru saya berani cerita. Puan Elizaberth merupakan staf yang paling byk alas an di pejabat ini walaupun beliau tdk datang kerja. Ada shj alas an diberikan olehnya utk melepaskan diri. Pada hari ini, beliau telah memberi alas an bhw beliau pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) utk membayar lesen. Pada sebelah petang, saya telah mendengar gossip bahawa Pengurus Kewangan iaitu Puan Seng telah meletak jawatan kerana telah lawan ckp pengurus besar (PB). Saya berasa simpati dengannya. Kami juga diberitahu oleh kakitangan jabatan pemasaran dan Inspector Osman supaya jangan melawan ckp pihak atasan utk kebaikan sendiri. Sebelum ini, telah saya dengan byk gossip mengenai Puan Seng. Ini kerana menurut mereka, Puan Sheng telah telah diletakkan di dlm peti sejuk selama sebulan tanpa diberikan apa-apa kerja kerana melawan ckp PB. Kerja beliau hanya duduk sj. Menurut kakitangan disini, gaji Puan Seng menjangkau RM4000.
8 Julai 2008 (Selasa)
Menolong En. Taha melipat borang soal selidik bagi unit khidmat korporat. Selain itu, saya juga buat tugasan bhg II. Disini saya telah mencari buku yang menerangkan konsep pemasaran utk dijadikan rujukan dlm menulis laporan. Saya juga diberikan kertas minit mengenai laporan separuh suku 2008 utk maklumbalas yg diberikan dlm borang maklumbalas pelanggan LPR. Didlm terdapat maklumat yg terperinci tentang apa yg menimbulkan ketidakpuasan kpd pelanggan. Pd sebelah petang saya telah membaca suratkhabar utk mengetahui berita terkini dan semasa. Saya juga diberikan buah epal oleh Puan Elizaberth. Selain itu, saya diberitahu oleh En. Christopher bhw LPR akan mengupah seorg akauntan baru. Beliau menanya saya sama ada saya mempyi kwn yg layak dijadikan akauntan.
9 Julai 2008 (Rabu)
Seperti biasa saya datang pejabat sebelum pkl 8am. Kami telah diberitau oleh En. Taha bhw Puan Elizaberth pergi ke pejabat pos. Kami juga diberitahu oleh En. Taha bhw satu pemeriksaan mengejut akan dilakukan pd minggu hadapan tanpa diberitau hari apa. Ini membolehkan kakitangan di jabatan ini yang selalu ponteng kerja mengambil langkah berjaga-jaga. Puan Elizaberth hanya balik ke pejabat pd sebelah petang. Pada hari ini, saya membaca suratkhabar utk mengetahui kemana hilangnya Barasubramaniam. Menurut En. Taha, setiap pemerintah negara perlu terlibat dlm politik utk mengukuhkan kedudukannya. Ini kerana tanpa pengaruh politik yg kuat, sesebuah ngr akan menjadi huru-hara.
10 Julai 2008 (Khamis)
Setiap hari ada sj alas an yang diiberikan oleh Puan Elizaberth. Pd hari ini, beliau memberi alas an bahawa beliau pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Merah. Sebelum ini telah saya mendengar gossip drpd pelatih pratical dr UNIMAS iaitu Awang Andy bhw walaupun Puan Elizaberth selalu ponteng kerja tetapi beliau tetap dianugerahkan pekerja terbaik pada majlis mkn mlm pd tahun 2007. Ini kerana hubungannya yg rapat dgn penolong pengurus besar iaitu Puan Kiprawi Hayati. Menurut, Awang Andy, Puan Kiprawi Hayati merupakan seorg yg sombong. Ini kerana mereka tinggal sekampung dan byk penduduk sekampung yg tdk menyukai Puan Hayati. Kira-kira pkl 10am, saya diberikan oleh En. Christopher utk melihat berita mengenai LPR yg disiarkan dlm akhbar Sin Chew Jit Poh. Dlm akhbar itu, telah dinyatakan LPR telah kembali beroperasi seperti biasa selepas kerosakan jentera SK 2 minggu. Salah sebuah jentera SK sampai pada akhir bulan Julai, pretasi pengendalian kargo yang telah meningkat sebyk 6.8% serta perbandingan komoditi import dan eksport LPR dari bulan Jan-April 2008/2007. Pd pukul 3.30pm, Puan Elizaberth berkata dia ingin ‘surrender’ pd saat-saat akhir pertandingan esok kerana tak larat sudah. Training beberapa hari menyebabkan kaki dan badannya sentiasa sakit. Dia bertanya kepada saya sama ada saya berminat utk menyertai pertandingan badminton tersebut utk mewakili LPR. Saya memberitahunya saya hanya tau main-main sj dan tdk pernah masih bertanding.
11 Julai 2008 (Jumaat)
Pkl 8.30am, En. Christopher telah pergi ke JPJ utk pembaharuan lesennya. Staf jabatan ini yg selalui ponteng kerja iaitu Puan Elizaberth dan En. Ali tdk datang bekerja lagi.
Hari ini merupakan pertandingan badminton antara agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Bekalan Elektrik, Polis dan sebagainya. Kakitangan LPR juga tidak terkecuali drpd pertandingan ini. Petang ini, byk kakitangan LPR yg tdk datang bekerja. Ini kerana pertandingan akan bermula pd pkl 2.30pm.
Sally.....berhati-hati menceritakan GOSSIP pejabat dan memberi komen tentang staf dari segi peribadi. Ambillah pengajaran dari kes Amy. Sila tanya Amy - hajarul aswan
Elok kumpul komen dari pelanggan. Kalau dapat sila hantar kepada saya apa komen-komen tu.
Adakah sally boleh edar soalseldik kepada pelanggan-pelanggan tu ? Berapa ramai dijangka boleh dapat komen pelanggan ? Menarik juga aspek komen pelanggan untuk dikaji sebagai SALAH satu aspek membincangkan inovasi pengurusan
Terima kasih prof. Prof, saya edar borang maklum balas kepada pelanggan LPR bersama dengan Puan Elizaberth yang merupakan khidmat korporat. Ini kerana LPR akan mendapatkan maklum balas drpd pelanggan LPR setiap suku tahun. Ok, saya akan email kpd prof komen itu nanti.
Disini, kami telah mengedarkan borang maklum balas kepada 25 orang pengguna LPR. Selepas diteliti, perkhidmatan canteen dan kualiti makanan menunjukkan kepuasan yang paling rendah manakala perkhidmatan kaunter menunjukkan kepuasan yang paling tinggi. Saya telah menerima banyak komen yang telah diberikan oleh pelanggan LPR seperti kakitangan di bahagian landing and shipping tidak bekerjasama. Selain itu, khidmat kantin dan kualiti makanan juga tidak memuaskan kerana menu sama setiap hari, tidak ada makanan sedap dan tidak ada makanan. Kemudahan letak kenderaan yang sedia ada juga tidak mencukupi dan kadang-kala tidak ada tempat letak kenderaan. Kebersihan tandas juga perlu diperbaiki serta tandas di tingkat bawah sangat kotor. Sistem computer tidak memuaskan, sangat susah utk mengeluarkan kontena, kekurangan kemudahan utk menyokong import dan eksport kontena, operasi LPR lemah, eksport dan import kurang memuaskan. Berikut merupakan cadangan yang diberikan oleh pelanggan iaitu sila sediakan air minuman (water dispenser) di luar pejabat lading and shipping, please improve as soon as possible bhg handling equipments, Tanya GM mengapa tidak baik, tandas kurang bersih- sila menambah kebersihan tandas, tingkatkan kualiti makanan dan pelbagaikan menu, provide separate split unit aircorn for landing and shipping for the comfort of port users (in case central aircon breaks down) and changes some officer at landing and shipping,
14 Julai 2008 (Isnin)
Menolong En. Gerard mengira laporan kerja kapal bagi jam bekerja pekerja kapal. Saya perlu menyemak dan menghitung perbezaan masa yang terdapat di dalam sijil masa menunggu bagi pekerja kapal LPR. Ia perlu disemak agar pihak pengurusan dapat mengurus masa pekerja dengan lebih terperinci dan untuk mengelak pembaziran masa berlaku. Ada shaja masa lapang, saya akan membuat laporan practical.
15 Julai 2008 (Selasa)
Mengambil borang memohon jawatan bg pemandu/operator jentera pemunggah di LPR bg pihak adik saya. Bertanya kepada En.Gerard pasal pengiraan gaji bagi P1T1 termasuk elaun perumahan. Semua kakitangan dan pelatih practical di bahagian pemasaran disuruh oleh En. Christopher memakai baju ‘informal’ pada hari Jumaat untuk melakukan kerja pembersihan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal bagi bahagian pemasaran. Membuat laporan practical.
16 Julai 2008 (Rabu)
Bertanya kepada En. Gerard tentang cara pengiklanan dan promosi yang digunakan oleh LPR. Melihat video debat antara Anwar dengan Shabery di ‘youtube’. Membuat laporan practical.
17 Julai 2008 (Khamis)
Membuat laporan practical. Menolong En. Gerard ‘key in’ data laporan kerja kapal ke dalam Microsoft Excel dlm computer.
18 Julai 2008 (Jumaat)
Seperti yang dikatakan, saya telah memakai pakaian ‘informal’ pergi ke pejabat pada hari ini. Pada hari ini saya tidak membawa laptop ke pejabat. Pukul 8.15am, saya dan Shatila, En. Christopher, En. Gerard, En. Taha telah mula melakukan kerja pembersihan sedangkan En. Ali dgn Puan Elizaberth blm datang kerja lagi. Ini saya sudah tahu sejak dari mula lagi. Puan Elizaberth telah memberi alas an untuk pergi ke lapangan terbang untuk membawa sepupunya semalam iaitu khamis. Kira-kira 8.45am, Encik Ali pun sampai ke pejabat dengan mengatakan beliau mkn pagi bersama dgn kwnnya. Ada sahaja alas an yang diberikan oleh mereka. Puan Elizaberth sampai ke pejabat pukul 9.45am. Kami yang telah bekerja sampai berpeluh2, beliau baru shj sampai. Kami kakitangan bahagian pemasaran dan pelatih practical melakukan kerja pembersihan 5S dengan mengambil keluar semua laporan di dlm almari, mengelap almari dan sebagainya. Ini bertujuan utk mengitarsemula laporan tahunan LPR yang berlebihan dari tahun 1984 hingga 2002, kami perlu mengumpul 20 naskhah laporan setiap tahun dari 1984 hingga 2002, 50 naskhah dari 2003 dan 2004 serta menyimpan semua laporan tahunan dari 2005 dan 2006. Selepas itu, menyusun laporan tersebut ke dalam almari. Kira-kira 10.30am, En. Christopher membelanjakan kami makan minum di café LPR. Pada sebelah petang, kami menyambungkan kerja yang belum siap dilakukan pada sebelah pagi. En. Christopher telah menulis surat kepada ‘General Manager’ utk mendptkan permintaan mengitarsemula laporan. Tetapi belum mendpt persetujuan. Hari ini saya tidak membuat laporan practical kerana melakukan kerja pembersihan pejabat.
21 Julai 2008 (Isnin)
Pagi ini masa saya pergi ke pejabat hujan renyai-renyai. Hujan ini telah turun dari semalam sampai ke pagi ini. Saya tidak memakai bj hujan tetapi memakai baju sejuk shj. Sampai di pejabat, bj saya ada sedikit basah. Walaupun hujan, aircon pejabat masih dibuka. Ini menyebabkan saya berasa sejuk walaupun ada memakai baju sejuk yang saya letak di pejabat. Saya telah menolong adik saya menulis tulis surat memohon kerja bagi kejuruteraan mekanikal di LPR utk dikepilkan bersama dgn borang memohon kerja jawatan memandu yang telah siap diisi oleh adik saya. Selepas menulis, saya telah meminta pendpt dpd En. Gerard dan memintanya menyemak surat permohonan yang saya tulis. Kira-kira pkl 10am, saya dan Shatila telah berjumpa dengan En. Christoper utk mendapatkan pengesahan buku log. Selain itu, juga berbual-bual dengan beliau mengenai hal-hal pejabat seperti Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Quality Control Circle (QCC), permohonan kerja dan sebagainya.
22 Julai 2008 (Selasa)
Saya sampai ke pejabat pd pukul 7.50am. saya diberitahu oleh pelatih practkal yg lain bhw mulai 21 Julai kena mula punch kad. Ini bermakna saya tidak punch kad semlm. Saya telah punch kad terbalik iaitu 6 Julai, pelatih practical yg lain pun punch kad terbalik. Ini kerana kad kami diletakkan terbalik. Ha..ha….Amat memalukan. Pada pukul 8am, saya dan kakitangan bhg pemasaran disuruh oleh En. Christopher mengira buku laporan tahunan dari tahun 1984 hingga 2006 sebuah demi sebuah. Pada pukul 11am, saya telah pun siap mengira.
Pd sebelah petang pula, saya disuruh membungkus 200 buah buku laporan tahunan tahun 2005 dan 2006 ke dlm sampul surat. Saya juga perlu mencetak, mengunting dan melekat nama syarikat yang akan dikirim buku laporan yang dibungkus. Pkl 4.15pm, saya telah menghantar borang permohonan kerja bagi pihak adik saya kpd LPR. Selepas itu, saya menyambung kerja saya iaitu melekat nama penerima.
23 Julai 2008 (Rabu)
Hari ini saya ke pejabat seperti biasa. Malangnya motosikal yang ditunggang saya tiba-tiba berhenti di tengah jalan. Pemandu kereta yang lalu di belakang saya asyik hon saya. Ini menyebabkan saya kurang selesa dgn keadaan tersebut. Nasib baik kereta itu sempat berhenti tepat pd masa, kalau tidak tentu motosikal belakang dilanggarnya. Saya pun turun dan ‘start’ motosikal saya semula, ini kerana starter motosikal sudah rosak. Dah berkali-kali saya cuba ‘start’, nasib baik boleh boleh ‘start’ kemudian. Selepas itu pun motosikal saya macam tak ada tenaga sahaja. Ini kerana walaupun saya dah pusing habis pemegang tetapi berjalan macam kura-kura. Nasib baik saya keluar awal pada pagi itu. Saya punch kad pkl 7.53am. Mak cik yg jual kuih awal datang pd pagi ini, saya telah membeli nasi lemak dpdnya.
Tepat 9am, En Christopher dan En. Harry telah pergi ke mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di Tingkat 6 LPR. Pukul 11.45am, mereka pun balik dari mesyuarat. En. Gerard memberitahu kami Puan Hayati memang kedekut kerana orang setiap orang hanya diberikan sekeping karipap dan sekeping kuih selepas mesyuarat. En. Harry telah membawa kek dan karipap miliknya kpd saya, saya pun memberikan sebhgian kpd Shatila. Kemudian, beliau menceritakan gossip semasa mesyuarat kpd kami. Hari ini, saya perlu memasukkan surat rujukan kepada penerima ke dlm sampul itu. Kemudian, saya perlu membawa sampul itu kepada bhg pendaftaran untuk dicop sebelum di pos dan diedarkan.
24 Julai 2008 (Khamis)
Hari ini saya punch kad pukul 7.51am. Selepas itu, saya pergi ke Tingkat 4 iaitu bhg pemasaran. Pukul 8am saya turun ke tingkat bawah utk menunggu mak cik yg jual kuih dan nasi lemak. Saya pun membeli nasi lemak dpdnya. Sy menolong En. Gerard mengira laporan kerja kapal bagi bulan Jun. Saya akan mengira perbezaan masa bekerja, masa hujan semasa bekerja dan sebagainya bagi bulan Jun. Saya juga perlu memasukkan surat rujukan kepada penerima ke dlm sampul itu. Kemudian, saya perlu membawa sampul itu kepada kakitangan di bhg pendaftaran untuk dicop sebelum diedarkan.
25 Julai 2008 (Jumaat)
Saya punch kad pukul 7.53am. Hari ini, saya telah bertanya kepada En. Gerard mengenai hal-hal keselamatan di LPR. Disini I teleh mendptkan statistic kejadian pekerja pelabuhan dpdnya. Ini kerana beliau merupakan safety committee member di LPR. Saya juga membuka email, tetapi prof tidak membalas email saya. Saya membuat laporan practical pada hari ini.
prof, saya dah hantar bahagian II. sila semak dan balas sama ada prof dah terima bhgII saya atau tdk.
28 Julai 2008 (Isnin)
Hari ini saya punch kad pkl 7.53am. I pun tak tau mengapa I boleh punch kad pkl 7.53am setiap hari. Rakan practical yang yang satu deparment dgn I pun tak percaya. Haha….Pkl 8am saya membeli kuih di tingkat bawah. Saya diberitahu mak cik yang jual kuih ‘on leave’ selama 1 minggu. Ini bermakna saya tidak dpt menikmati nasi lemak yg dijualnya dan terpaksa menikmati kuih shj minggu ni. 8.15am, En Christopher memanggil saya utk bertanya cara mengeluarkan bateri laptop. 8.25am, I telah jumpa dgn En. Christopher utk mendptkan pengesahan buku log. En. Christopher telah membeli laptop berjenama Compaq yang baru. Beliau telah mendptkan tunjuk ajar dpd I berkenaan dgn laptop barunya. I telah menyuruhnya register username dan password sebelum dpt online. Setelah register, beliau masih tdk blh membuka website utk internet. Ini kerana beliau menggunakan terlalu byk password semasa register dan menyebabkannya terlupa passwordnya sendiri. I yang kasihan pdnya telah meminjamkan username dan password kpdnya utk membuka internet. Selepas itu, beliau menyuruh saya membuka website Am Bank yg boleh melihat saham. Beliau telah mengajar saya melihat saham yang naik turun dan harga belian dan jualan, bila saham perlu dijual beli. Beliau juga bertanya sama ada saya pernah pergi ke Genting Highland atau tdk. I pun membalasnya bahawa I pernah pergi 1kali sj pada tahun lepas bersama kwn UUM I dan telah kalah wang di sana. Pkl 9.45am, 3 kakitangan dari bahagian pentadbiran telah berjumpa dgn En. Christopher. I pun meminta izin utk keluar dr biliknya dhl.
Pukul 11am, saya telah dipanggil berjumpa En. Christopher oleh En. Gerard. Beliau meminjam username dan password utk online. Selepas itu, saya telah mengatur dan mengedit laporan bahagian kedua i. Ini kerana saya akan email kpd prof hari ni juga. Saya juga email kpd prof selepas mengeditnya. Pukul 2.10pm, sekali lagi En. Christopher telah memanggil saya. Kali ini, I telah menolongnya membuka username dan password baru. Ini kerana dpt mengelakkan beliau memanggil saya setiap kali. Saya telah berjaya membukanya supaya beliau dpt menggunakan ‘wireless’ menggunakan internet.
29 Julai 2008 (Selasa)
Hari ni, I punch kad pkl 7.46am. Saya menolong Liza ‘install’ program photoshop CS3 dalam CD yang dibelinya ke dlm laptopnya. Sudah beberapa kali saya cuba menolongnya menginstall tetapi masih tidak boleh. Akhirnya saya berputus asa dan tidak menginstall lagi.
Setelah berpenat lelah, saya telah berjaya menyiapkan laporan bhg II saya. Disebabkan baru sahaja email bhg II saya kepada prof, saya belum mula membuat laporan bhg III saya pada hari ni. Hari ini saya hanya buat kerja saya sendiri sambil mendengar lagu yang terdpt di dlm laptop saya. Saya akan memulakan bhg III pd hari khamis ni. Ini bermakna 2 hari ini, saya akan melakukan kerja yang saya suka.
30 Julai 2008 (Rabu)
Hari ni sy punch kad 7.56am. Saya tidak membeli kuih mkn hari ni kerana sy sudah serik memakannya. Saya juga telah membawa buah betik dan 2 pisang ke pejabat. Hari ini saya telah menolong Puan elizaberth membayar harga dua bungkus nugget ayam yang ditempahnya semasa ketiadaan beliau di pejabat. Pak Cik yg menjual nugget ayam iaitu John Lau menyuruh saya membayarnya. Apabila Puan Elizaberth sampai ke pejabat beliau berasa tidak berpuas hati kerana mcm John Lau takut dia lari dan tdk mau akan membayar duit nuggetnya. Puan Elizaberth menyuruh saya lain kali saya jgn bayar kpd John Lau. Saya juga berbual-bual dgn En. Gerard mengenai percutiannya pada 31 Julai hingga 4 Ogos. Hari ini saya hanya membaca suratkhabar di pejabat. En. Gerard juga menayangkan drama lucu yang di downloadnya. Kakitangan di sini ketawa terbahak-bahak kerana sangat lucu.
31 Julai 2008 (Khamis)
Hari ini I telah membuka email blog praktikum utk melihat sama ada prof ada membalas email sy atau tidak. Disebabkan En. Gerard pergi ke Kuching pada hari ini, semalam beliau telah menyuruh sy duduk di mejanya semasa ketiadaan beliau di pejabat. Jadi I pun duduk di mejanya pd hari ini. ‘wireless’ di mejanya lebih baik jika dibandingkan dgn meja i. Saya telah membuka email yahoo, hotmail dan friendster I pada hari ini. I tengok sama ada terdapat email yg penting atau tidak. Ini kerana sudah agak lama I tidak membaca email disebabkan tiada wireless di tpt duduk i. Hari ini sy menjadi operator yang dengar hp disebabkan kakitangan lain yg tiada di pejabat. I juga membuat tugasan sendiri dengan menulis catatan dan menulis email utk dikirim kpd prof.
1 Ogos 2008 (Jumaat)
Hari ni I punch kad seperti biasa. I tidak membeli kuih pd hari ini. I buat kerja sendiri semasa ketiadaan kakitangan lain di pejabat. Pd hari ni pun I masih duduk di meja En. Gerard. Masa memang susah lalu sekiranya tidak ada kerja. Hari ni masa mkn tengahari I ada pulang ke rumah kerana masa mkn lebih lama dpd hari-hari biasa. Petang semasa I pergi kerja matahari sgt panas sehingga membakar kulit saya walaupun I ada memakai bj tebal semasa menunggang motosikal. I punch kad pkl 1.59pm. ini bermakna saya datang awal 16 minit. Hari ini saya juga menjagi operator yang dengar hp. Pada sebelah petang, sy telah menerima satu panggilan yg mencari En. Ali, disebabkan E. Ali yg tiada di pejabat, I telah menyuruh org itu meninggalkan pesanan. Org yg menelefon ialah pekerja dr RHB Bank KL, beliau berasa marah walaupun sudah byk kali tinggal pesanan tetapi En. Ali masih tidak cal balik. I pula yg menjadi mangsa marahnya, Hai…hai… malang betul.
prof, perlukah saya ceritakan kes kecederaan yang berlaku satu persatu atau secara keseluruhan .kemudian cadangan inovasi utk keselamatan
kategorikan kes itu mengikut kategori tertentu,tak perlu satu persatu
4 Ogos 2008 (Isnin)
Hari ini saya punch kad 7.49am. Pada sebelah pagi, saya telah membuka blog praktikum utk email aktiviti harian saya kepada prof. saya juga membuka student mail uum utk melihat samaada terdapat apa-apa email yg penting. Disebabkan En. Gerard yg tiada di pejabat. Saya secara automatik telah menolong En. Gerard mengira laporan kerja kapal bagi bulan Julai sebaik shj kertas laporan diletakkan di atas meja En. Gerard. Ini kerana saya sudah pernah mengiranya seblm ini. Saya juga menjadi operator telefon pada hari ini.
5 Ogos 2008 (Selasa)
Hari ni I punch kad 7.46am. I telah turun utk membeli nasi lemak, tetapi makcik itu belum sampai lagi. I nampak pengurus besar di tingkat bawah sedang bercakap dengan kakitangan LPR. I cuma mengganguk kepala dgnnya. I tidak jadi menunggu makcik yang jual nasi lemak disebabkan pengurus besar ada di situ pd masa itu. Pada sebelah pagi, En.Gerard telah menyuruh saya mengira laporan kerja kapal, sy membertahunya bahawa saya telah kira semalam. Kemudian, I pun menolong En. Gerard menfailkan laporan kerja kapal yang dikira semalam ke dalam fail. Kira-kira pkl 8.30pm, pengurus besar telah meronda di jabatan kami. Beliau meronda ke setiap jabatan. Beliau berasa tidak senang hati kerana tingkap bilik di sebelah jabatan kami ditutup dgn kertas manilakad. Pengurus besar juga menyuruh En, Taha menukar carpet lantai baru di jabatan kami kerana carpet itu terlalu kecil. Hari ini merupakan hari temuduga utk jawatan pemandu. Adik saya turut menghadiri temuduga ini. Pkl 9.10am, adik saya telah call saya utk mengetahui tingkat di mana temuduga dijalankan. I kemudian pun turun dan membawa adik saya ke bilik temuduga. I telah membuka blog practical utk melihat email yg diemail prof. Saya juga key-in laporan kerja kapal ke dlm Microsoft excel.
Pada sebelah petang, saya telah berjumpa dengan En. Christopher utk mendptkan pengesahan buku log. Selepas itu, saya telah membuat tentang tahap kepuasan pelanggan LPR. Disebabkan sebelum ini saya telah menjalankan kajian terhadap perkhidmatan maka ini telah memudahkan saya utk membuatnya. Saya juga menterjemahkan maklumat yg didpti dlm btk B.I kepada B.M.
6 Ogos 2008 (Rabu)
Hari ini saya cuba buat tentang kes kecederaan atau kemalangan yang pernah berlaku di pelabuhan LPR. Terdapat rekod kemalangan oleh pekerja pelabuhan. Saya juga membuat statistik kemalangan yg berlaku pd tahun 2007 dan 2006. Hari ini saya berasa kurang sihat. Kakitangan yg lain menyuruh saya mengambil sick leave sekiranya tdk sihat. Mereka bergurau dan menyuruh saya mengambil cuti sakit utk esok dan lusa.
6 Ogos 2008 (Rabu)
Hari ini saya cuba buat tentang kes kecederaan atau kemalangan yang pernah berlaku di pelabuhan LPR. Terdapat rekod kemalangan oleh pekerja pelabuhan. Saya juga membuat statistik kemalangan yg berlaku pd tahun 2007 dan 2006. Hari ini saya berasa kurang sihat. Kakitangan yg lain menyuruh saya mengambil sick leave sekiranya tdk sihat. Mereka bergurau dan menyuruh saya mengambil cuti sakit utk esok dan lusa.
7 Ogos 2008 (Khamis)
Saya dan Cik Shatila telah disuruh oleh En. Taha membuat powerpoint bagi Operasi CFS. Saya perlu membuat tentang ‘ stuffing of export cargo into container at CFS’, ‘delivery of cargo unstuffed from FCL container at delivery bay’ dan ‘unstuffing of import LCL containers at CFS’.
Kira-kira pkl 10.30am, Puan Elizaberth telah membelanjakan saya, Cik Shatila, Encik Gerard dan Encik Ali mkn di Rinta Cafe. Saya telah mkn mi laksa dan ais kacang. Mknan di sana memang sedap. Saya menyambungkan kerja membuat powerpoint selepas sampai ke pejabat.
8 Ogos 2008 (Jumaat)
Selama sy menjalani latihan pratical di LPR, ini kali pertama saya lewat punch kad. Sy punch kad pkl 8.01am. ini bermakna sy telah lewat seminit. Ini berlaku kerana pagi ini hujan renyai-renyai, ekzos motosikal menjadi sejuk, motorsikal sy pula tak mahu ‘start’ walaupun saya dah ‘start’ byk kali. Akhirnya, sy menyuruh adik tolong sy ‘start’. Hari ini saya duduk di meja En. Gerard lagi kerana beliau pergi ke Kuching utk menghadiri majlis penerimaan Ijazah Sarjananya di UNIMAS. Saya juga menolong menjawab panggilan telefon. Disebabkan sudah lama saya tidak kirim salam kpd kwn-kwn di Friendster, saya telah mengirim salam kepada mereka utk bertanya khabar. Sy mendapati byk kwn saya menjadi cikgu selepas habis belajar di universiti. Sy ada sikit berasa cemburu, ini kerana ada kwn yg bukan ambil kursus pendidikan pun boleh menjadi cikgu. Ini menyebabkan saya bercadang utk mendptkan KPLI sekiranya ada peluang. Sy telah membuka laman web SPA dan emoe utk mencari sama ada terdpt borang utk KPLI atau tidak. Menurut kwn saya, sekiranya ingn mengambil KPLI perlu mendpt sijil pengijazahan terlebih dahulu. Ini bermakna sy perlu menunggu sehingga Mac 2009 selepas convo. Hari ini saya tidak membuat laporan practical. Saya hanya membaca berita secara online dan menghantar email kpd kwn.
prof, kalau saya buat satu bab utk kajian pengurusan inovasi, kemudian membuat cadangan utk inovasi yg dicadangkan bolehkah?
pd bab terakhir saya akan buat implikasi dan cadangan secara keseluruhan utk LPR.
prof, boleh tak saya buat inovasi utk budaya organisasi -cth: pekerja lewat datang kerja, suruh org lain tolong punch kad, bekerja sambil lewa shj, selalu shj mencari alasan seperti pergi bank, klinik dan sbg, selalu keluar masa bekerja utk bawa anak dan byk lagi.
sy telah buat inovasi tentang keselamatan dan perkhidmatan LPR.
prof, boleh tak saya buat inovasi utk budaya organisasi -cth: pekerja lewat datang kerja, suruh org lain tolong punch kad, bekerja sambil lewa shj, selalu shj mencari alasan seperti pergi bank, klinik dan sbg, selalu keluar masa bekerja utk bawa anak dan byk lagi.
sy telah buat inovasi tentang keselamatan dan perkhidmatan LPR.
11 Ogos 2008 (Isnin)
Hari ini sy telah berjumpa dgn En. Christopher utk mendptkan pengesahkan buku log. Sy juga mendpt berita bhw Tanjung Manis akan diswastakan dan akan mengupah byk pekerja. Menurut En. Taha gaji di sana satu kali ganda lebih tinggi dpd kerja di LPR. Ini telah menimbulkan minat kpd sy utk bekerja di sana. Sy telah membuka laman www.psc.sarawak.gov.my utk mendaftarkan nama saya. Banyak maklumat yg perlu diisi sebelum dpt menjadi ahli. Selepas itu, saya telah memohon kerja seperti yg telah diiklankan di suratkhabar ‘Borneo Post’. Walaupun sy tahu peluang utk kerja di Kuching tipis kerana ia memerlukan mereka yg telah bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun, tetapi saya tetap memohonnya. Ini kerana saya tidak mahu membazir selagi ada peluang. Tiada salahnya sekiranya saya mencuba.
12 Ogos 2008 (Selasa)
Hari ini saya telah membaca berita secara online utk mengetahui perkembangan semasa sukan Olympic Beijing 2008. Saya telah membaca latar belakang pemain-pemain olympic Malaysia. Di sini, saya dpt mengetahui latarbelakang pemain-pemain ini dan mendpti pemain ini masih muda iaitu berada dlm usia 20an-30an.
Encik Taha yg merupakan Eksekutif Khidmat Korporat telah memberitahu saya dan Cik Shatila bahawa kita perlu mendedahkan kemahiran yang dimiliki selain dpd ilmu yg dipelajari di Universiti utk mendptkan sesuatu pekerjaan yg professional. Menurut beliau, kemahiran yg perlu dimiliki agar dpt memperolehi pekerjaan berpangkat pihak atasan ialah penguasaan ‘video presentation’, ‘powerpoint slideshow’ dan sbgnya. Beliau juga memberitahu serba sedikit cara membuat anggaran kewangan utk setiap 3 tahun bagi memuatkannya ke dlm laporan tahunan LPR.
13 Ogos 2008 (Rabu)
Pd sebelah pagi, Puan Helen Lim Hui Syhan yg merupakan perngurus besar LPR telah membuat pemeriksaan secara mengejut ke unit pemasaran dan khidmat korporat utk mengetahui sama ada terdpt apa-apa masalah di jabatan ini. Saya juga membaca berita secara online. Saya berasa gembira kerana caj PTPTN akan diturunkan kepada 1%. Ini telah meningkatkan minat saya utk melanjutkan pengajian ke peringkat Master. Tetapi saya masih blur blur sama ada ingin mengambil 1 tahun KPLI atau pengajian ke peringkat master. Tak apa lar, buat sementara ini saya perlu menghabiskan laporan pratical saya terlebih dahulu, selebihnya akan saya fikir setelah laporan practical telah dihantar.
Pd, sebelah petang. Semua staf termasuk kami yg menjalani latihan practical telah berkumpul utk perbincangan pasal National Day. Seramai 40 org pekerja LPR telah dipilih utk menyertai perarakan di Kuching pd 31 Ogos. Mereka yg berumur lebih dpd 50 tahun dan wanita yg mengandung tdk dipilih utk menyertai perarakan tersebut. Selain itu, mereka yang rendah dan gemuk juga tidak akan dipilih. Sebyk 12 org kakitangan perempuan dan 28 org kakitangan lelaki telah dipili utk menyertai perarakan di Kuching semperna Hari Kemerdekaan. RM100 telah di bajetkan utk membuat uniform dan topi semasa berkawad. Kakitangan juga diberikan elaun seperti mknan, penginapan dsbnya. Sebuah bas persiaran telah disewakan sepanjang trip ini ke Kuching.
14 Ogos 2008 (Khamis)
Hari ini saya telah disuruh oleh En. Christopher utk mengumpul buku laporan tahunan utk dihantar ke perpustakaan negeri, Perpustakaan SMC Sibu, Perpustakaan Ling Chung Ming, PUSTAKA, United College Sarawak (UCS) 5 copies each dan 2 buah laporan tahunan tahun 2005 dan 2006 utk sekolah-sekolah menengah di Sibu. Saya juga perlu packing buku laporan tersebut kedlm kotak sebelum dihantar.
Pd sebelah petang, Encik Ali Wood telah bertanya sama ada kami ingin membeli telur penyu atau tidak. Ini kerana sepupunya telah membawa telur penyu dr Semantang. Harga telur penyu ialah 7biji RM10. Menurut kakitangan yang satu department dgn saya, telur penyu sgt berkhasiat dan ia mcm lendir apabila dimkn. Ia perlu direbus sebelum dimkn. Puan Elizabeth telah membeli RM20 telur penyu, ini kerana ibubapanya sgt suka memakannya.
Pd sebelah pagi, Encik Christopher telah menyuruh saya dan Cik Shatila memohon kerja yang diiklankan di suratkhabar. Ia perlu training di Kuching dan akan dipindah ke Tanjung Manis selepas hari training. Selain itu, Encik Gerard telah menyarankan saya dan Cik Shatila supaya mengambil pengajian ke peringkat Master. Ini kerana pd masa kini sudah terdpt byk graduan degree. Master akan memberikan lebih byk peluang pekerjaan dan pdptan yg lebih tinggi seperti kita akan di offer oleh pelbagai institusi tanpa perlu bersusah payah mencarinya. Walaupun En Gerard telah berusia 50tahun, beliau baru shj mendptkan ijazah sarjana di Kuching 11 Ogos. Beliau telah mendpt byk tawaran dpd organisasi lain seperti menjadi lecturer di UNIMAS, menjadi Marketing Executive di ASSAR Group di Kuching dsbnya. Gaji yg di tawarkan juga lebih tinggi berbanding dgn gajinya di LPR.
Pd sebelah petang, mendengar kakitangan LPR berbincang tentang perarakan pd 31 Ogos. Mendpt berita bhw latihan utk perarakan perlu dijalankan pd 28 Ogos. Ini bermakna 27 Ogas pekerja LPR perlu bertolak ke Kuching. Byk pekerja wanita yg tidak mau menyertai kerana perlu membawa anak mereka. Ada yg telah memberi ‘suggestion’ supaya saya dan cik Shatila mengantikan mereka pergi ke kuching utk perarakan.
Prof, perlukan saya buatkan sekurang-kurangkan 20 rujukan. Adakan temubual juga boleh dikira sebagai rujukan atau hanya buku-buku dan laporan shj dikira sebgi rujukan.
18 Ogos 2008 (Isnin)
Pd sebelah pagi, sy telah membuka blog practical utk melihat sama ada prof membalas email sy atau tdk. Saya juga membaca berita scr online pd waktu pagi. Selepas itu, sy telah memulakan kerja membuat latihan practical yg belum siap. Saya telah membuat tentang sistem logistic di LPR. Saya telah mendptkan buku-buku yg berkaitan dgn logistic di library LPR (Tingkat 2, Bgnan LPR).
Pd sebelah petang, saya dan Cik Shatila telah berjumpa dgn En. Christopher utk mendptkan pengesahan buku log. Disini saya dan Cik Shatila di tanya pasal masa depan kami oleh En. Christopher. Beliau menanya bidang kerja yg ingin diceburi oleh kami selepas habis practical. Sy memberitahunya saya minat pasal semua brg yg mempunyai kira-kira seperti akaun. Ini kerana sebelum ini sy pernah menjadi kerani akaun di 2 buah syarikat swasta iaitu Hua Seng Sawmill Sdn Bhd dan MF Treatment Sdn Bhd. Beliau memberitahu saya bhw saya sesuai menjadi broker tanah, jual beli unit trust, insurans dan sbgnya yg memerlukan saya berjumpa dgn pelanggan. Habis masa utk satu petang saya dan Cik Shatila di bilik penyelia majikan. Beliau juga memberi buku yg berkaitan dgn unit trust utk dibaca oleh saya. Kira-kira pkl 3.48pm, pusat UIL UUM telah menelefon saya dan memberitahu saya bhw penyelia UUM akan datang melawat pada 26 Ogos atau 27 Ogos utk melawat saya dan Cik Shatila. Penyelia lawatan bernama Dr Mohd Syazwan Bin Abdullah @ Dr Pathmanathan. Beliau merupakan penyelaras bg Pusat Jaringan Universiti Industri. Ini membolehkan saya persediaan utk bertemu dgnnya. Penyelia UUM tersebut ialah Dr Shahzwan. Selepas itu, saya meneruskan percakapan dgn penyelia majikan. Encik Chirstopher juga memberitahu bhw pd masa kini, perkerjaan sbg guru merupakan yg paling baik kerana hanya perlu mengajar separuh hari shj. Sy memberitahunya sekiranya ada peluang saya pun ingin mengambil KPLI satu tahun utk melayakkan diri sy menjadi guru. Hampir-hampir pkl 5pm, sy pun keluar dr bilik penyelia majikan.
20 Ogos 2008 (Rabu)
Hari ini saya tengok berita harian scr online. Selepas itu, saya mula menaip laporan practical saya. Saya membuat tentang pengurusan logistic di LPR. Sy juga membuat tentang tahap infrstruktur di LPR serta membuat cadangan utknya pd hari ini. Menurut En. Taha, setiap agensi kerajaan mesti terlibat dlm politik sekiranya ingin berjaya. Politik sgt penting utk setiap Negara membangun seperti Malaysia. Sy mendengar tentang hal-hal politik dr En. Taha kerana beliau sgt berpengalaman mengenainya. Tepat pkl 4.45pm, Encik Gerard, Encik Taha dan Puan Elizaberth telah turun utk menjalani latihan kawad.
21 Ogos 2008 (Khamis)
Hari ini saya tidak membaca berita scr online kerana laptop sy tak blh menerima ‘wireless’. Ini mungkin kerana keadaan cuaca yang mendung pd pagi ini. Selepas itu, saya mula menyambung laporan practical yg blm siap dibuat semlm.
Kira-kira 11am, pelatih praktikal yg telah practical dibhg ini seblm ini telah datang mendptkan tunjuk ajar dr En. Gerard dan En. Taha mengenai tugasan yg bakal di buatnya iaitu pemasaran biskut.
22 Ogos 2008 (Jumaat)
Pd hari ini, saya menolong En. Gerard mengira laporan kerja kapal bagi bulan Ogos dan sebhg drpdnya merupakan laporan kerja kapal bagi bulan Julai. Saya juga menerima panggilan drpd Puan Dayang Normah yg memberitahu penyelia dr UUM akan datang pd minggu hadapan. Sy juga telah membaca suratkhabar Borneo Post.
prof, sudah lama prof tdk balas email saya pasal pertanyaan sy pd prof.
prof, i dah hantar bhgIII kpd prof. lepas terima sila balas email ya
25 Ogos 2008 (Isnin)
Hari ini saya menolong Puan Elizaberth packing buku laporan tahunan kedlm kotak utk dihantar ke sekolah-sekolah di Sibu. Sy juga membaca berita harian scr online. Selepas itu, saya membuat laporan practical yg belum siap di buat. Sy juga mendptkan pengesahan buku log drpd En. Christopher. Sebelum balik kerja sy perlu menutup semua computer dan mesin pencetak serta semua suiz lampu pejabat.
26 Ogos 2008 (Selasa)
Hari ni sy punch kad pkl 7.46am. Sampai di pejabat sy bersiap sedia utk menunggu kedatangan penyelia lawatan. Pkl 8.45am, Dr Syazwan dr UIL UUM telah sampai ke LPR. Sy dan Cik Shatila telah menyambut kedatangannya di tingkat bawah. Dr Syazwan ingat saya ialah seorg lelaki pd mulanya. Ha..ha…sgt kelakar la. Sy pun membawa beliau berjumpa dgn En. Christopher dan En. Gerard. Kami berbual-bual selama 55 minit. Menurut beliau, terdpt 8 org pelajar yg menjalani praktikal di Sibu. Keseluruhan pelajar yg menjalan praktikal di Sarawak ialah 46 org. Beliau baru shj berumur 34 tahun. Menurut beliau, ini merupakan kali pertama beliau pergi ke Sarawak.
27 Ogos 2008 (Rabu)
Pd sebelah pagi, Puan Elizaberth meminta saya memasukkan 32 surat lampiran kedlm sampul dan mengecopkan sampul tersebut dgn cop rasmi LPR. Sy dan Cik Shatila disuruh menyusun dan memasukan buku loporan tahunan bg tahun 2005 dan 2006 ke dlm 26 sampul surat yang disediakan. Seterusnya sampul tersebut perlu dilekatkan dgn sampul yg berisi surat lampiran dan kemudian dimasukkan ked lm kotak besar. Pd sebelah petang, pejabat kelihatan suram kerana staf yg terlibat dlm perarakan kemerdekaan di Kuching dibenarkan balik awal utk membuat persediaan. Ini kerana akan bertolak pd pkl 6am dr bgnan LPR. Jabatan pemasaran hanya tinggal sy dan cik Shatila yg duduk di luar serta pengurus pemasaran iaitu En. Christpher didlm pejabatnya. Kami telah ditugaskan utk menutup semua suiz seblm balik kerja.
28 Ogos 2008 (Khamis)
Pd hari ini, bukan shj bahagian pemasaran dan khidmat korporat pelanggan yang kelihatan sunyi tetapi juga dgn bahagian lain seperti audit dalaman, jurutera awam dan sebagainya juga kelihatan sunyi. Ini kerana sebyk 40 orang kakitangan LPR telah bertolah kuching pada 27 Ogos pkl 6petang. Hanya pengurus di setiap jabatan sahaja yang ada di pejabat. Telefon luar di bahagian audit dalaman asyik berbunyi tetapi sy tdk menjawabnya. Saya hanya menjawab telefon di bhgian jabatan pemasaran dan khidmat kerporat. Sy telah duduk di meja En. Gerard pada hari utk memudahkan sy menjawab panggilan telefon. Selain itu saya juga cuba menyiapkan bahagian III laporan saya untuk dihantar kpd prof.
29 Ogos 2008 (Jumaat)
Hari ini pejabat masih kelihatan sunyi dan bosan tanpa kata-kata kelakar dan percakapan daripada staf –staf. Ini kerana hanya saya dan Cik shatila shj yang ada di pejabat. Masa mcm sukar sahaja berlalu tanpa bunyi-bunyi. Saya secara automatic telah menolong mengira laporan kerja kapal tanpa diarah selepas office boy menghantar laporan kertas kerja tersebut ke atas meja En. Gerard. Pada sebelah petang, pkl 4pm semua kakitangan kerajaan telah berkumpul di dataran Bandar Sibu utk mengibarkan bendera Malaysia. Saya dan pelatih practical yg lain turut terlibat dalam aktiviti ini.
prof, sudah terima bhg III saya kah?
sila balas email kalau dah terima
prof, bhg I, II dan III saya sudah semak ka.
prof, kalau laporan saya lebih daripada 100 m/s bolehkah?
1 Sept 2008 (Isnin)
Hari ini tdk bekerja utk mengantikan hari kemerdekaan yang jatuh pd hari Ahad.
2 Sept 2008 (Selasa)
Hari ini pejabat kelihatan ceria dan riang selepas kaktangan LPR balik ke pejabat. Mereka yang berkawad di Kuching telah menceritakan tentang trip mereka ke Kuching kpd saya dan Shatila.
Bhg I, II dan III tugasan telah saya siapkan dgn lancar. Bulan ini akan saya gunakan utk membuat pengalaman kerja dan membuat kesimpulan kpd bab secara keseluruhan. Walaupun prof tdk membalas email sy, tetapi sy tetap meneruskan laporan sy. Ini kerana sy hanya akan berasa lapang selepas laporan practical dihantar. Walaupun tempoh penghantaran telah ditundakan hingga ke 7 Nov. Sy tetap sedaya upaya utk menyiapkan pada pertengahan October.
3 Sept 2008 (Rabu)
Pd sebelah pagi, sy mendengar perbincangan antara En. Christopher dan En. Taha mengenai pengambilalihan Tanjung Manis oleh ASSAR dan PUSTAKA. Ini kerana En. Taha akan mula bekerja dgn ASSAR di Kuching mulai November 2008. Pd sebelah petang saya menolong mengira laporan kerja kapal bagi pekerja pelabuhan. Kemudian saya perlu failkan ked lm fail yg disediakan.
4 Sept 2008 (Khamis)
Pd sebelah pagi, sy disuruh oleh En. Gerard key in data laporan kerja kapal kedlm Microsoft excel. Ini bagi membolehkan membuat summary cargo and Ship Sibu 2008 bagi bulan Ogos. Di sini, saya perlu memasukkan data spt nama kapal, no kapal, berat muatan kapal GRT (Gross Register Tonnage), NRT (Net Register Tonage), jumlah import dan eksport serta jumlah keseluruhan kargo dan kapal pada bulan Ogos.
5 Sept 2008 (Jumaat)
Hari ini sy membuat laporan practical bagi bab 5 saya iaitu pengalaman kerja dan lawatan yang dilakukan oleh saya sepanjang di LPR. Saya juga buka email tetapi prof masih tdk membalas email saya.
8 Sept 2008 (Isnin)
Hari ini saya menolong En. Gerard membuat pembetulan dlm container import dan eksport bagi statistic for the month of August 2008. sy terpaksa mengira satu persatu secara manual dan menjumlahkannya. Selepas itu, saya perlu membandingkan jumlah yg dikira oleh saya scr manual dgn jumlah yg diperolehi oleh En. Gerard. Selepas itu, saya pun menolong mengira laporan kerja kapal bagi bulan Ogos. Kemudian menfailkan selepas mengiranya.
9 Sept 2008 (Selasa)
3minggu lagi, latihan practical saya akan habis tetapi saya masih belum mencari kerja lagi. Ini menimbulkan kebimbangan kpd saya. Saya telah berjumpa dgn En. Christopher utk mendptkan nasihat dpd beliau. Sy juga mendptkan pengesahan buku log dpd beliau. Hari ini Encik Christopher memberitahu saya dan Cik Shatila bhw 18 Sept pkl 7.30 am, kami akan mengikut En. Ali Wood dari bhg audit dlman pergi ke Sarikei. Sy berasa gembira dgn berita tersebut kerana sudah lama sy tdk pergi ke Sarikei.
hi, sallytie. i,m tan ia hoon. i nak tanya u, adakah u membuat soal selidik dan menggunakan SPSS untuk membuat analisis? i tak buat soal selidik lagi...
10 Sept 2008 (Rabu)
Hari ini saya menolong En. Gerard key in data bagi ‘listing of vessels tonnage for the month of August 2008’. Saya perlu memasukkan nama kapal, no kapal, eksport dan import setiap kapal serta menjumlahkannya dgn menggunakan Microsoft excel. Saya juga menengok suratkhabar Borneo Post pada waktu petang. Hari ini saya menolong En. Christopher menaip nama, alamat dan no telefon ke sampul surat dengan menggunakan mesin taip. Walaupun teknologi semakin canggih tetapi mesin taip masin digunakan di LPR. Saya juga berjumpa dgn En. Christopher mendptkan pengesahan buku log.
11 Sept 2008 (Khamis)
Hari ini saya menolong En. Gerard ‘key in’ data berkenaan dengan ‘summary cargo dan Ship Sibu 2008’ dgn menggunakan perisian Microsoft Excel. Saya perlu memasukkan berat kapal dengan muatan GRT (Gross Net Tonnage) dan NRT (Net Register Tonnage) serta jumlah keseluruhan kargo dan kapal. Sy juga menengok suratkhabar Borneo Post pd sebelah petang.
12 Sept 2008 (Jumaat)
Pada sebelah pagi saya dan cik Shatila yang merupakan pelajar yg menjalankan latihan practical di Jabatan Pemasaran telah dipertanggunjawabkan utk menghiaskan pejabat bersempena dgn sambutan Hari Raya Aidilftri yang semakin dekat. Kami telah dibekalkan dgn bahan-bahan spt ribbon, stapler, sloptap, lampu yang berkelip-kelip dan kad-kad raya. Sy dah cik Shatila telah menganyam ketupat dengan mengunakan ribbon yang berwarna-warni.
Pada sebelah petang saya dan cik Shatila telah mengantung ketupat dan kad raya serta kertas hijau di dinding pejabat. Suasana pejabat indah dgn lampu yang berkelip-kelip. Semua staf di jabatan kami berpuas hati dgn hasil tangan kami.
prof, sudahkah prof tengok bhg i,ii dan iii saya.
15 Sept 2008 (Isnin)
Hari ini saya dan Cik Shatila disuruh oleh bhg kejuruteraan awam utk menghiasi pejabat mereka dgn ketupat2, kertas hijau dan lampu2 yg dibekalkan. Selepas itu, sy telah mendptkan pengesahan buku log dr En. Christopher. Sy juga berjumpa dgn Puan Siti utk bertanya tentang sama ada terdpt jawatan kosong di LPR. Sy pun menulis surat permohonan kerja di LPR dan menyuruh En. Gerard menolong saya menyemak dan membetulkan ‘grammar’ saya sebelum dihantar kpd pengurus besar.
16 Sept 2008 (Selasa)
Hari ini saya menolong En. Gerard key in nett berth, gross gang hour work, gang delayed berth, rain hours and gang rain hours bagi laporan kerja kapal. Sy juga telah menyuruh ‘office boy’ menolong sy menghantar surat permohonan kerja yg ditulis semlm kepada pengurus besar. Selepas itu, saya telah membuat tentang implikasi secara keseluruhan dan cadangan kpd LPR.
17 Sept 2008 (Rabu)
Suasana di pejabat bhg pentadbiran berwarna-warni dgn lampu yang berkelip-kelip. Mereka telah membuat pintu gerbang dan pelita elektrik di sepanjang laluan menuju ke bhg pentadbiran. Hari ini, saya dan cik Shatila telah berjumpa dgn Puan Siti Hawa dib hg latihan. Kami bertanya kpd beliau tentang pencuci muka dan skin booster berjenama CNI. Menurut, En. Ali Wood, Puan Siti merupakan pakar kecantikkan di salun. Ini kerana menurut Cik Liza, produk CNI sgt berkesan utk muka. Puan Siti telah mengajar kami cara2 mencuci muka yg betul. Beliau menyaran kami agar mengunakan span muka dan elakkan menggunakan tangan utk mencuci. Pada sebelah petang , sy dan cik Shatila telah membawa duit utk membeli skin booster CNI dan span muka dpd Puan Siti. Harganya agak mahal iaitu RM 72.50 walaupun booster itu hanya 10ml.
18 Sept 2008 (Khamis)
Hari ini merupakan hari yg ditunggu oleh saya, Cik Shatila dr bhg pemasaran dan Cik Liza dr bhg akaun. Kami berasa gembira akan pergi ke Sarikei. Ini kerana sudah lama kami tdk pergi ke Sarikei. Disini, kami akan pergi ke Jabatan Marin di Sarikei bersama dgn En. Ali Wood dr bhg audit dlman. Kami telah tunggu di lobby LPR pd pkl 7.45am. Pkl 8.20am kami telah bertolak dgn menaiki kereta waja QSH 210 yang dipandu oleh pemandu LPR iaitu En. Mathew. Perjalanan dr Sibu ke Sarikei memakan masa 1jam. Kami sampai di Jabatan Laut Sarawak Sarikei pd pkl 9.30am. Saya, Cik Shatila dan Cik Liza telah menolong En. Ali menyemak ‘ship yang register’ di Sarikei. Disini, kami perlu menyemak nama kapal, tarikh dan no kapal. Kami siap menyemak pd pkl 10.30am. Selepas itu, kami telah dibawa pergi ke Lembaga Pelabuhan Sarikei dan menyemak tanej dibhg kastam. Kami juga pergi ke pasar tani di Sarikei. Sy telah membeli beberapa sisir pisang, jagung dan buah kuinin. Cik Shatila dan cik Liza juga membeli buah di sana. Kemudian kami telah menaiki feri pergi ke Bintangor dan telah melintasi pelabuhan Bintangor yg sudah tdk berfungsi. Kami dibawa pergi ke pasar tani di Bintangor. Disana saya tdk membeli brg kerana byk kedai yg sudah tutup.Kira-kira 12.30 kami pun balik ke Sibu. Pkl 1.30pm, kami pun sampai di LPR, Sibu.
Pada sebelah petang kami menceritakan ‘trip’ kami ke Sarikei dan Bintangor kpd kakitangan di jabatan kami.
19 Sept 2008 (Jumaat)
Beberapa hari ini, pejabat di setiap jabatan telah dihias dgn lampu yang berkelip-kelip, ketupat-ketupat, kad raya dan sampul hijau sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang semakin dekat. Hari ini saya menolong En. Gerard mengira berth, gross gang hour work, gang delayed berth, rain hours and gang rain hours bagi laporan kerja kapal bulan Sept. Selepas itu, saya meneruskan laporan praktikal dgn membuat kesimpulan secara keseluruhan.
22 Sept 2008 (Isnin)
Hari ini En. Christopher telah meminta saya dan Cik Shatila menulis resume dan mengatur temujanji bersama dengan Puan Siti Hawa. Hal ini kerana pada tahun 2009, dijangka ramai staf LPR yang akan berpindah ke Tanjung Manis. Ini bermakna kami akan mempunyai peluang yang cerah.
23 Sept 2008 (Selasa)
Pada sebelah pagi, saya telah berjumpa dgn En. Christopher utk mendptkan pengesahan buku log. Hari ini tiada tugasan atau kerja yang diberikan kpd saya. Saya hanya membantu menjawab panggilan telefon dan mengambil pesanan daripada orang yang menelefon.
24 Sept 2008 (Rabu)
Sy menolong menjawab panggilan telefon semasa ketiadaan kakitangan lain di pejabat. Sy juga membaca berita harian metro secara online. Saya juga mengedit laporan utk diprint pada minggu hadapan utk rujukan pelatih praktikal yang lain pada masa akan datang.
25 Sept 2008 (Khamis)
Hari ini saya dan cik Shatila disuruh oleh En. Taha menyimpan 55 keping kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kedlm sampul putih yang tertulis urusan kerajaan. Kad ini diberikan oleh Y.A.B. Pehin Sri Haji Taib Mahmud, Y.A.Bhg. Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajjah Laila Taib dan keluarganya dari Pejabat Ketua Menteri, Tingkat 22, Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, 93502 Kuching, Sarawak kepada semua staf beragama islam di LPR yang menyambut Hari Raya. Kemudian, kami perlu ke setiap Jabatan utk menghantar kad ini, dari Tingkat bawah bangunan LPR hingga ke tingkat 5.
26 Sept 2008 (Jumaat)
Hari ini saya menjadi operator telefon dibhg pemasaran dan unit khidmat korporat semasa ketiadaan kakitangan lain di pejabat. Kerja saya hanya menjawab panggilan dan mengambil pesanan drpd mereka. Pejabat kelihatan sunyi dan bosan kerana hanya saya dan cik Shatila shj di bhg pemasaran, sedangkan pengurus pemasaran ada didlm pejabatnya
29 Sept 2008 (Isnin)
Hari ini pejabat kelihatan sunyi dan senyap. Ini kerana ramai kakitangan beragama Islam tidak datang bekerja utk membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya telah mengira tempoh masa yang diambil oleh pekerja LPR did lm sijil masa menunggu bagi pekerja pelabuhan dan laporan kerja kapal. Saya perlu menjumlah ‘gang rain’ yang menyebabkan operasi ‘loading and unloading’ kontena terpaksa ditundakan. Selepas itu, saya telah menfailkan laporan kerja kapal mengikut urutan nombor.
Pada sebelah petang, saya menolong En. Gerard key in nett berth, gross gang hour work, gang delayed berth, rain hours and gang rain hours bagi laporan kerja kapal.
30 Sept 2008 (Selasa)
Hari ini merupakan hari yang mengembirakan. Ini kerana saya akan tamat menjalani latihan practical di Lembaga Pelabuhan Rajang. Saya telah disuruh oleh En. Gerard utk ‘print out’ laporan practical yang bakal dihantar utk dijadikan rujukan kpd pelatih practical yg lain pd masa akan datang. Disini, saya perlu mengedit laporan itu kpd ‘single spacing’ seblm diprint. Ini bg mengelakkan pembaziran kertas. Selepas mengedit, saya perlu print dan membuat ‘binding’ dengan mengunakan mesin penebuk lubang yang terdpt di bhg civil.
Saya telah juga berjumpa dgn Puan Siti yang merupakan eksekutif latihan utk mendptkan surat pengesahan penamatan latihan industri di LPR dan berbual-bual mengenai masa depan dgn beliau. Sy dan Ck Shatila dibawa oleh Puan Siti Hawa utk berjumpa dengan Puan Hayati yang merupakan penolong pengurus besar. Sy telah bertanya kpd beliau sama ada terdpt jawatan kosong di LPR. Sebelum balik, saya telah berjumpa dgn En. Christopher utk mendptkan pengesahan buku log dan mengingatkan beliau agar jangan lupa menolong saya kirim borang penilaian majikan kpd penyelia UUM. Disini, saya telah menyuruh beliau menolong saya pos menggunakan pos laju dan saya berjanji akan datang balik ke pejabat selepas raya utk menbayar harga pos laju.
1 Oct 2008 (Rabu)
Hari ini merupakan Cuti Umum hari pertama bersempena Hari Raya Aidilftri.
2 Oct 2008 (Khamis)
Hari ini merupakan Cuti Umum hari kedua bersempena Hari Raya Aidilftri.
Semlm kira-kira 5.10pm, Pusat Tuisyen Asia telah menelefon saya utk pergi interview. Saya pun pergi interview dan mendpt tawaran menjadi tutor di sana. Hari ni merupakan hari pertama sy kerja di Pusat Tuisyen Asia Sibu. Waktu kerja di sini hari isnin hingga jumaat ialah pukul 8-5pm dan sabtu ialah 8-12.30pm. Disini, saya menjadi tutor yang mengajar komputer berkaitan word, excel, powerpoint, acces, MYOB (My Own Business dan UBS (User Business System). Gaji di sini tidak berapa tinggi. RM1200 shj dan waktu kerjanya juga panjang. Tapi tak apa lar, saya akan menimba lebih banyak pengalaman dan belajar benda-benda yang baru. Saya akan mencari kerja yang lebih baik jika berpeluang.
prof,saya sudah hantar draf report kpd prof. harap prof cepat semak agar saya boleh membuat pembetulan secepat mungkin dan post ke UUM.
Prof, saya telah hantar final draf kpd prof. Harap prof cepat semak agar sy blh membuat pembetulan. Sekian
Post a Comment