Sunday, June 08, 2008

Tan Ia Hoon


LANGKAP CITY DEVELOPMENT SDN. BHD.

2 Jalan Bandar36000 Teluk Intan, Perak .
Tan,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.




87 comments:

Anonymous said...

2 Jun 08
hari ini saya melaporkan diri di syarikat Langkap City Development Sdn Bhd. saya saling kenal-mengenal dengan rakan sekerja dan saya berupaya menyesuaikan diri di tempat kerja. aktiviti yang saya lakukan adalah urusan pendokumendan.

Anonymous said...

3 Jun 08
aktiviti: membaca dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses-proses permohonan kebenaran merancang untuk memahami proses yang perlu dilalui dalam sesuatu projek, menyusun general voucher

Anonymous said...

aktiviti: merekodkan kehadiran pekerja dan mencatatkan gaji bulanan mereka ke dalam buku daftar pekerja, pergi pejabat pos mengirim surat, menaip surat.

Anonymous said...

5 Jun 08
aktiviti: mencatatkan hasil dan perbelanjaan syarikat ke dalam buku lejar dan simpan dalam fail, pergi pejabat pos untuk mengirim surat, mengecopkan nama syarikat dan alamat syarikat di atas sampul surat, membaca dokumen-dokumen projek yang lalu.

Anonymous said...

6 Jun 08
aktiviti: mengisikan KWSP pekerja ke dalam borang KWSP, pergi pejabat pos mengirim surat, membaca proses-proses permohonan lesen pemaju perumahan dan permit iklan bagi projek yang telah siap.

Anonymous said...

9 Jun 08
aktiviti: membaca syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan bagi permohonan/pembiayaan harta, urusan pendokumentasi, fotostat, pergi pejabat pos mengirim surat dan menaip surat.

Anonymous said...

10 Jun 08
aktiviti: menaip surat, pergi pejabat pos mengirim surat, membaca syarat pinjaman/pembiayaan dan dokumen-dokumen yang perlu dikembarkan bersama-sama borang permohonan untuk pinjaman, urusan pendokumentasi, merekodkan kehadiran pekerja ke dalam buku daftar pekerja.

Anonymous said...

11 Jun 08
aktiviti: fotostat, menyusun fail, pergi pejabat pos mengirim surat, mengemaskan bill supaya lebih kemas dan teratur.

Anonymous said...

prof, saya tanya rakan-rakan sekerja saya untuk mendapatkan latar belakang syarikat tapi mereka kata syarikat telah ditubuhkan pada berpuluh-puluh tahun yang lalu, so saya hanya ada sikit maklumat sahaja tentang syarikat ini, saya pun sangat sakit kepala tentang hal ini. Adakah prof mengehadkan muka surat dalam laporan 1?

Anonymous said...

tiada had mukasurat. kalau banyak markah banyak, kalau sikit dapat markah sikit

Anonymous said...

10/6
fotostat dokumen-dokumen, menyediakan payment voucher dan menyediakan cek. pada sebelah petang, tiada tugas bagi saya,penyelia saya membagi saya dokumen-dokumen untuk saya mengkaji yang berkaitan dengan proses-proses permohonan kebenaran merancang. dan melihat pelan lokasi, pelan susunatur, dan pelan kunci, projek yang sudah siap dibangunkan.

11/6
pada hari ini, saya seperti biasa menjalani pratikum di organisasi cso, pada sebelah pagi hingga waktu rehat tengahari saay diberi arahan untuk menaip surat for agreement made between pelanggan dengan pengarah organisasi.

12/6
pada hari ini, saya juga seperti biasa pergi ke pejaabt. dari pagi hinggan ke waktu rehat tengahari, saya mengasinhkan dokumen-dokumen dan menyimpan ke daal fail-fail tertentu. saya juga menfotostat kad pengenalan pelangab.

Anonymous said...

12 Jun 08
urusan mengumpulkan fail secara tersusun, menyambungkan kerja sml yang masih belum siap iaitu mengirakan jumlah hasil Hotel G-city dan Hotel Sri Bandar seterusnya mencatatkan ke dlm buku catatan. selain itu, saya diminta mengasingkan bil pada bulan Mei dan Jun dan menyusunkan bil tersebut serta memasukkan ke dlm fail masing-masing.

Anonymous said...

13 Jun 08
aktiviti: urusan fotostat,menaip surat, mengira perimeter pelan lantai, urusan mengemaskan fail.

Anonymous said...

prof, boleh tak saya ceritakan profil pengarah dan sikit-sikit tentang profil rakan-rakan sekerja saya dlm laporan 1?

prof madya dr abd halim ahmad said...

Boleh cerita, tiada salahnya. Malahan Tan perlu banyak bercerita lagi suasana tempat kerja spt rakan-rakan lain menulis. Tulis catatan macam sebuah cerita yang menarik sebab itu semua adalah kaedah mengumpul data menggunakan pendekatan kajian kes.

Anonymous said...

ok prof, saya akan bercerita panjang sikit supaya lebih detail dalam catatan saya. prof, dlm syrikat tu tdk membahagikan apa-apa bhg atau unit-unit, ia adalah sebuah sykt yg kecil dan saya hanya duduk di sebelah kerani, saya cuma menyiapkan apa yg mereka meminta saya buat. selain itu, pengarah tu bukan shj memiliki sykt ini shj, beliau ada byk sykt yg lain spt 2 buah hotel, kedai menjual hardware, estate dll. so kerja saya pun tdk fokus dlm sykt ini shj.kerani dlm sykt tu pun juga fokus urusan bbrp sykt.cthnya, ada seorang kerani dia m'uruskan urusan hotel dan estet, ada seorg pula uruskan urusan langkap city development, ada seorg pula uruskan urusan sykt trading. kadang-kala mrk akan meminta saya m'uruskan bil hotel, sometime pula meminta saya m'ukur pelan... so prof, boleh tak beri cadangan kpd saya, saya nak macam mana ceritakan laporan 1 bhg 2 tu??

Anonymous said...

terpulang kepada kreativiti untuk menulis cerita dan laporan yang baik

Anonymous said...

14 Jun 08

Hari ini adalah hari Sabtu, tempat kerja saya hanya bekerja “half day” sahaja iaitu pada pukul 8.30am hingga 1pm. Pada setiap hari Sabtu, semua pekerja dalam pejabat akan bekerjasama untuk membersihkan keadaan pejabat. Saya pula mengelapkan meja dan pintu cermin supaya lebih bersih. Selepas membersihkan pejabat, saya pun mulakan kerja saya iaitu fotostat. Selepas fotostat, saya meneruskan kerja yang tertunggak sml iaitu mengukurkan perimeter pelan lantai dan menjumlahkan perimeter itu mengikut sisi horizontal dan vertical. Selepas itu, saya pula mengemaskan fail, saya perlu memasukkan resit-resit, payment voucher ke dalam fail masing-masing.

Anonymous said...

16 Jun 08
Hari ini saya seperti biasa pergi ke tempat kerja pada pukul 8.30am. minggu ini adalah minggu yang ke-3 saya menjalankan prakikum di syarikat ini dan saya telahpun biasakan diri dalam situasi alam pekerjaan di sini. Pada awal pagi ini, saya seperti biasa membersihkan lantai terdahulu. Selepas itu, saya pergi ke pejabat pos untuk mengirim surat dan salah sepucuk perlu dikirim dengan menggunakan A/R register. Pada hari ini, saya telah diajar dengan cara menggunakan mesin taip untuk mengisi butir-butir pemaju dalam borang B(penyata pemaju/pemilik harta tanah: maklumat mengenai penjualan harta tanah). Sebenarnya saya tdk pernah menggunakan mesin taip sebelum ini, wlp sekarang lebih ramai orang telah menggunakan computer ttp masih ada sbhg dokumen atau borang yang perlu diisi dengan menggunakan mesin taip kerana kadang-kala kami dikehendaki mengisikan maklumat dalam ruangan yang telah disediakan dimana kami tak ada sebarang softcopy. Selain drpd itu, saya diminta untuk menaip surat yang mengenai “room charge” (Hotel Sri Bandar) kepada pelanggan dan seterusnya mengirimkan surat tersebut.

Anonymous said...

Tan, teruskan menulis dengan gaya bercerita seperti ini. Catatkan juga apa permasalahan atau perkara yang menarik dalam cerita tersebut. Kalau tak ada menarik, ceritakan juga apa yang tak menariknya

Anonymous said...

17 Jun 08

Pada awal pagi ini, perkara pertama yang saya uruskan adalah urusan dokumen(filing), selepas menyelesaikan dokumen itu, saya pergi pejabat pos untuk mengirim pos laju (daripada Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd kpd Chuata Engineering Sdn Bhd). Selepas itu, saya diminta untuk mengisi jumlah socso pekerja ke dalam Borang Pertubuhan Keselamatan Pekerja pada bulan Mei. Pada pukul 1pm hingga 2pm adalah waktu rehat, selepas rehat saya diminta oleh Miss Gan untuk menganalisis jumlah kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor berdasarkan nama kontraktor dan nombor lori. Saya diberitahu oleh Miss Gan (kerani yang menguruskan Ladang Melintang Jaya S/B), En Guee iaitu pengarah pengurusan tempat kerja saya, beliau juga adalah shareholder dalam estet kelapa sawit itu, tetapi beliau hanya memegang syer sbyk lebih kurang 30% manakala shareholder yang besar ialah Mrs Peggy yg berada di KL. Semua urusan paper work akan uruskan di sini dan kemudian kami akan poskan dokumen-dokumen penting ke sana. Urusan akaun pula diuruskan oleh orang mereka. Pada petang pula, saya diminta untuk fotostat, dokumen-dokumen yang hendak fotostat agak banyak. Selepas fotostat, saya dikehendaki untuk menguruskan bill Hotel Sri Bandar dan bill Hotel G-City. Hari ini boleh dikatakan sangat sibuk kerana ada banyak kerja ttp saya lebih suka bekerja macam ini kerana saya berasa lebih bermakna kalau tak ada kerja, sangat bosan.

Anonymous said...

18 Jun 08

Pada hari ini, sebelum masuk pejabat saya diberitahu oleh Miss Gan bahawa ayah Miss Wong (salah seorang kerani dalam pejabat) telah meninggal dunia dan dia telah balik ke Sarawak kerana berasal dari sana. Berita ini boleh dikatakan amat terkejut bagi kami kerana hal ini adalah di luar jangkaan kami. Selepas masuk pejabat, saya seperti biasa membersihkan lantai terdahulu. Selepas itu, saya baru memulakan kerja saya iaitu menyambungkan kerja yang tertunggak semalam iaitu mengemaskan bill hotel. Selepas itu, saya diminta untuk memasukan data-data ke dalam computer( data-data adalah jumlah kelapa sawit yg saya analisis semalam- Ladang Melintang Jaya S/B). oleh kerana hari ini Miss Wong tdk bekerja menyebabkan Miss Gan dan Miss Chuah perlu menyiapkan kerja dia. Ada sbhg kerja adalah diurus secara langsung oleh Miss Wong dan biasanya mereka berdua tdk bercampur tangan ttp kebetulan hari ini pengarah saya sangat urgent nak dapat statement akaun Foong Lian Enterprise menyebabkan mereka perlu uruskan tersebut. Hal ini telah menyakitkan kepala Miss Gan dan Miss Chuah.

Dalam pejabat ini, hanya terdapat 2 buah computer shj. Kadang-kala documen-documen hanya simpan dlm salah sebuah computer. Seperti hari ini, Miss Gan sedang menggunakan salah sebuah computer dimana maklumat yang hendak digunakan oleh miss Chuah juga disimpan dalam computer tersebut. Hal ini menyebabkan Miss Chuah terpaksa menunggu Miss Gan menyiapkan kerja terdahulu dan dia baru boleh meneruskan kerjanya. Hal ini telah melambatkan kerja dia dan membazirkan masa untuk menunggu. Pada pendapat saya, sebenarnya boleh menambahkan 1 @ 2 buah computer lagi dlm pejabat supaya boleh mempercepatkan kerja lagi.

Anonymous said...

19 Jun 08

Pada pagi ini, tiada banyak kerja diberikan, so sangat senang. Lebih kurang pukul 10a.m, saya diminta oleh Miss Gan untuk menaip quotation dan seterusnya fax ke KL. Selepas itu, saya dikehendaki menaip satu lagi quotation ttp perlu menggunakan mesin taip. Oleh kerana saya tak biasa menggunakan mesin taip so asyik menaip salah ejaan dan saya berasa sengan nak beritahu Miss Gan ttp akhirnya saya memberitahu dia juga. Miss Gan sangat baik, dia tdk memarahi saya sebaliknya cakap dengan saya tak apa, kena belajar banyak dan dia juga menyuruh saya apabila senang boleh mengambil kertas dan latih untuk menaip dengan menggunakan mesin taip supaya boleh mahir pada masa nanti. Selepas waktu rehat, Miss Gan menyuruh saya memasukkan stok GSM Trading S/B ke dalam computer. Oleh kerana stok-stok yang perlu rekod terlalu banyak sehingga saya tidak sempat nak siapkan kerja ini, dan bahawa mereka panggil saya meneruskan pada hari esok.


20 Jun 08

Hari ini adalah seperti biasa, saya membersihkan lantai terdahulu selepas masuk pejabat. Oleh kerana hari ini adalah Jumaat so saya kena membersihkan lantai bilik pengarah dan bilik rundingan. Bilik tersebut adalah dibersihkan pada setiap Jumaat sahaja kerana tidak kotor sangat, manakala lantai pejabat pula perlu dibersihkan pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Selepas membersihkan lantai, saya pergi ke pejabat pos untuk menolong Miss Chuah mengirim surat. Selepas itu, saya pula dikehendaki menaip butir-butir pemaju (Langkap City Development S/B) dalam Borang B dengan menggunakan mesin taip. Seterusnya menghantarkan Borang itu kepada pengarah untuk menandatangan. Miss Chuah meminta saya fotostat 1 salinan untuk simpanan syarikat sebelum mengirim balik ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, salinan tersebut perlu disimpan dalam fail Department of statistic dalam rak Langkap City Dev S/B Document. Selepas waktu rehat, saya meneruskan kerja yang tertunggak semalam iaitu merekodkan stok-stok GSM Trading S/B ke dalam computer. Apabila saya merekod sampai separuh, Miss Chuah meminta saya berhenti sekejap kerana bahawa dia nak menggunakan computer tersebut untuk print voucher. Hal ini menyebabkan saya terpaksa berhenti kerja saya dan menyambungkan semula selepas dia habis menggunakan computer, ini adalah puncanya kekurangan computer dalam pejabat.

Anonymous said...

21 Jun 08

Hari adalah Sabtu, kami seperti biasa perlu bergotong-royong. Kami bekerjasama antara satu sama lain untuk membersihkan keadaan pejabat. Kami telah menggunakan lebih kurang 1 jam untuk membersihkan pejabat. Selepas bergotong-royong, saya pula diminta untuk merekodkan stok-stok yang dimasukkan oleh GSM Trading Sdn Bhd ke dalam computer. Lebih pada pukul 12.50pm saya berjalan ke pejabat pos untuk mengirim surat dan terusnya balik pada pukul 1pm.

23 Jun 08

Minggu ini adalah minggu yang ke-4 saya menjalankan latihan praktikum di organisasi ini. Pada pagi ini, saya diminta oleh Miss Gan untuk menyambungkan untuk menganalisiskan jumlah kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor seperti hari itu dan seterusnya merekodkan ke dalam computer. Analisis yang dibuat adalah hendak digunakan untuk membuat satu report analisis pada hujung bulan. Selepas waktu rehat, tiada sebarang kerja diberikan dan saya pun menanya kepada Miss Chuah ada apa-apa kerja yang boleh saya bantukan, beliau kata sebenarnya tidak apa-apa kerja boleh diberikan kerana bahawa dia pun tidak banyak kerja yang perlu selesaikan. Selepas itu, beliau berminta saya menyalinkan maklumat-maklumat hubungan syarikat pemaju ke dalam buku catatan dengan berdasarkan negeri masing-masing.


24 Jun 08

Pada pagi ini, saya diminta oleh Miss Gan untuk merekodkan stok-stok GSM Trading Sdn Bhd ke dalam computer. Oleh kerana tulisan yang dalam kertas tersebut sangat hodoh dan megelirukan saya. Saya telah menggunakan masa yang lama untuk melihat tulisan tersebut. Selepas merekod, saya pula terus menyalinkan maklumat-maklumat hubungan pemaju ke dalam buku catatan sehingga waktu rehat. Selepas waktu rehat, kerja saya pun sudah siap, memandangkan sampul surat yang ada nama cop organisasi sudah hampir habis maka saya pun mengambil sampul surat yang kosong dan mengecopkan nama syarikat di atas sampul surat itu. Selepas itu, Miss Chuah pula meminta saya mengira harga besi setiap meter dan kaki mengikut kod yang masing-masing. Lebih kurang pada pukul 4.30pm saya berjalan ke pejabat pos untuk mengirim surat.

Anonymous said...

25 Jun 08
Pada pagi ini, kerja yang pertama diberikan adalah merekodkan stok-stok GSM Trading Sdn Bhd ke dalam computer. Selepas habis merekod, saya pula meneruskan kerja yang tertunggak semalam iaitu mengirakan harga bagi pengacuan GSM mengikut setiap kod nombor. Oleh kerana ada banyak yang perlu dikira menyebabkan saya mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan pengiraan harga tersebut iaitu hampir pada pukul 1pm. Selepas waktu rehat, tidak kerja diberikan maka saya pun membaca dokumen-dokumen yang berkaitan dengan projek yang lalu. Oleh kerana masalah printer menyebabkan cetakan laporan Miss Gan tidak jelas dan nampaknya kotor. Oleh itu, Miss Gan meminta saya menggunakan pemadam untuk padamkan garis-garis yang kotor itu. Oleh kerana laporan itu agak banyak muka surat maka kami berdua pun bekerjasama untuk memadam. Kami memadam laporan tersebut sehingga lebih kurang pukul 4pm. selepas itu, lebih kurang pukul 4.30pm, saya berjalan ke pejabat pos untuk mengirim surat.



26 Jun 08

Pada hari ini, tidak sibuk sangat kerana tidak banyak kerja diberikan. Rakan-rakan sekerja saya berkata bahawa mereka juga tidak banyak kerja yang perlu diuruskan kerana sudah dekat hujung bulan dan menyuruh saya buat kerja sendiri. Oleh itu, saya pun mengambil proposal tentang cadangan membina 1 unit hotel 6 tingkat untuk dibaca. Ini merupakan salah satu projek yang dicadangkan untuk dibangun pada masa yang akan datang. Sekarang pengarah saya sedang menguruskan segala kertas kerja dan membuat permohonan. Dalam proposal tersebut terkandung pelan-pelan yang terperinci, jumlah bajet yang dijangkakan, aliran tunai projek hotel dan sebagainya. Selepas waktu rehat, saya diminta untuk menyambungkan analisis jumlah tanaman kelapa sawit seperti biasa seterusnya merekod ke dalam computer. Selain itu, kerja-kerja yang perlu diuruskan adalah seperti urusan dokumen dan fotostat.


27 Jun 08
Hari ini adalah hari Jumaat, saya kena menggunakan vacum. Semasa saya pergi bilik stok untuk mengambil vacuum, saya didapati vacuum tersebut sudah hilang maka saya pun pergi tanya rakan-rakan sekerja yang lain bahawa mereka ada nampak atau tidak. Selepas bertanya kepada mereka, semua orang juga kata tidak nampak, kami semua orang pun berasa hairan kenapa vacum tersebut tiba-tiba hilang. Lepas itu, Miss Gan pun turun ke tingkat bawah tanya kepada pekerja yang bekerja di GSM Trading Sdn.bhd ada nampak atau tidak kerana syarikat tersebut juga dimiliki oleh pengarah saya. Selepas bertanya-tanya, rupanya vacuum adalah diambil oleh pengarah saya, beliau telah mengambil balik untuk kegunaan rumah kerana vacuum di rumah beliau telah rosak. Hal ini menyebabkan kami tidak boleh membersihkan permaidani dalam pejabat dan nampaknya sangat kotor. Selepas hal ini berlaku, saya baru tahu sebenarnya ramai di antara pekerja juga berasa ketidakpuasan terhadap pejabat ini dari segi alat teknologi yang tidak mencukupi, tangga pejabat yang sempit dan sebagainya.

Selepas itu, kerja yang diberikan kepada saya adalah mengecopkan cop organisasi di atas pelan-pelan yang telah diluluskan dalam projek pembinaan hotel 6 tingkat tersebut. Selepas menyiapkan kerja itu, saya diberi dokumen yang agak banyak untuk difotostat, selepas fotostat saya perlu menyusunkan dokumen tersebut secara tersusun. Selepas waktu rehat, saya pula menguruskan urusan dokumentasi seperti menyusun invois, baucer dan sebagainya serta simpan dalm fail yang masing-masing.

Anonymous said...

prof, laporan pertama saya ada masalah tak?

Anonymous said...

Prof, saya telah e-mail laporan yang telah diperbaharui kepada prof kerana didapati ada kekurangan sidikit maklumat yang saya hantar pada hari itu, sekiranya prof masih belum menyemak laporan tersebut, sila prof menyemakkan laporan yang terbaru saya, nama fail saya adalah laporan1- Langkap City Development Sdn Bhd (Terbaru). Adakah prof terima laporan saya? Sekiranya ada apa-apa masalah sila prof memberikan tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih.

Anonymous said...

28 Jun 08

Hari ini adalah hari Sabtu, kami seperti biasa membahagikan kerja untuk membersihkan pejabat. Kami telah menggunakan lebih kurang 1 jam untuk membersihkan keseluruhan pejabat. Selepas itu, baru mulakan kerja masing-masing. Pada pagi ini, saya diminta oleh Miss Wong untuk menguntingkan sampul surat yang sudah tidak berguna, ini kerana mereka nak gunakan sampul surat tersebut untuk memasukkan gaji pekerja-pekerja. Selepas menyiapakan kerja itu, saya pula diberikan 1 set senarai kod tentang pengacuan GSM untuk mengira harga setiap meter dan setiap kaki megikut kod yang masing-masing.
Seterusnya, saya pula dikehendaki mewakili hotel G-City untuk menaipkan sepucuk surat kepda Calley Girl S/B tentang perkara harga bilik.

Anonymous said...

Prof, saya ingin mencadangkan tajuk kajian saya :Inovasi sistem pengurusan kualiti Langkap City Development Sdn Bhd.

Pada mulanya, saya akan menceritakan cara pengurusan dan pentadbiran dalam organisasi saya. Dalam kajian ini saya akan fokus dari segi alat teknologi yang digunakan dalam organisasi ini, nilai murni dan etika yang diamalkan oleh pekerja-pekerja, sistem perancangan projek organisasi, cara pengurusan dari segi kewangan dan masa dalam organisasi.

Manakala dalam bulan yang ke-3 nanti, saya pula akan memberikan idea untuk membuat inovasi terhadap aspek-aspek di atas, saya harap dapat meningkatkan lagi kualiti organisasi ini.

Setakat sini sahaja idea saya, tajuk yang dicadangkan ini boleh diterimakah oleh prof? sekiranya prof ada cadangan-cadangan yang lain, sila memberikan tunjuk ajar kepada saya. Terima kasih.

Anonymous said...

OK silakan dgn cadangan tersebut

Anonymous said...

30 Jun 08

Hari ini ialah hari yang terakhir pada bulan ini, saya sudah menjalankan praktikum sebulan di organisasi ini. Hari ini saya seperti biasa masuk pejabat pada pukul 8.30am. hari ini saya dikehendaki merekodkan senarai harga pengacuan GSM ke dalam computer. Saya bermula rekod pada pukul jam 9.30am hingga waktu rehat iaitu pukul 1pm tetapi kadang-kala ada berhenti-henti kerana rakan-rakan sekerja hendak menggunakan computer tersebut maka saya terpaksa berhentikan kerja saya. Selepas waktu rehat, saya meneruskan kerja saya sehingga pada pukul 4.30pm. Oleh kerana senarai harga itu sangat banyak dan saya tak sempat hendak habiskan pada hari ini dan saya akan menyambungkan pada hari esok. Lebih kurang pada 4.35pm, Miss Wong meminta saya pergi pejabat pos untuk mengirim surat kepada Chuata Engineering S/B. selepas saya balik dari pejabat pos, pengarah saya memberikan elaun bulan Jun kepada saya iaitu sebanyak RM 300, walaupun elaun itu tak banyak tetapi apabila saya menerima elaun tersebut saya juga berasa gembira.

Anonymous said...

1 July 08

Pada pagi ini, selepas mengemaskan pejabat saya pun meneruskan kerja yang tertunggak semalam iaitu merekodkan senarai harga pengacuan GSM ke dalam computer. Selepas menyiapkan kerja tersebut, Miss Gan pula meminta saya menggunakan mesin taip untuk menaip invois. Oleh kerana jarang menggunakan mesin taip menyebabkan saya selalu salah menaip ejaan. Invois yang diberi adalah banyak dan saya telah mengguna beberapa jam untuk menyiapkan kerja itu. Selepas saya menyiapkan menaip invois itu sudah pun dekat pada pukul 5pm iaitu kami pun mengemaskan barang dan balik.

Anonymous said...

ok, terima kasih kepada prof kerana menerima tajuk yang saya cadangkan.

Anonymous said...

2 Julai 08

Pada hari ini adalah seperti biasa saya masuk pejabat pada jam 8.30am. Perkara yang pertama saya uruskan adalah menaip surat dengan merujuk kepada bil hotel dan mengeluarkan surat tentang “room charges” kepada pelanggan. Selepas itu, saya dikehendaki menggunakan mesin taip untuk menaip invois GSM Trading S/B sehingga waktu rehat. Selepas rehat, saya meneruskan untuk menaip invois kerana terdapat banyak invois yang perlu ditaipkan. Sehingga lebih kurang 4.30pm saya baru berhentikan kerja tersebut, tetapi masih belum habis ditaipkan saya akan meneruskan pada hari esok. Selepas itu, saya pun pergi pejabat pos untuk mengirim surat.

Anonymous said...

3 Julai 08

Pada pagi ini, saya diminta oleh Miss Gan untuk menaip sepucuk surat kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial yang mengenai kemalangan yang berlaku kepada Phong Kam Meng di tempat kerja. Selepas itu, saya pula perlu menguruskan bil hotel G-City dan bil Hotel Sri Bandar, saya dikehendaki menyusunkan bil hotel tersebut supaya nombor bil disusun secara teratur. Di samping itu, saya juga perlu menyemak sama ada kekurangan bil atau tidak. Seterusnya saya perlu mengirakan jumlah hasil yang diterima pada setiap hari, sekiranya ada kekurangan maka saya tidak dapat menjumlah hasil pada hari tersebut walaupun hanya kurang satu bil sahaja. Selain daripada itu, saya juga perlu menguruskan urusan fail supaya disusun dengan kemas.

Anonymous said...

4 Julai 08

Pada hari ini, pengarah saya telah menyuruh pekerja yang di tingkat bawah iaitu GSM Trading S/B membawa sebuah vacuum yang baru ke pejabat kerana kedainya ada jual. Oleh itu, saya pun terus mengambil vacuum teesebut untuk membersihkan permadaian pejabat. Oleh kerana sudah seminggu tak membersihkan maka sangat kotor. Selepas membersihkan lantai, saya terus pergi pejabat pos mengirim surat. Selepas balik dari pejabat pos, saya pula terus menyemak bil hotel itu. Selepas menyemak saya diminta oleh Miss Wong untuk menguntingkan kertas yang biar itu, supaya memudahkan mereka guna, mereka boleh menggunakan kertas itu sebagai draf paper. Selepas itu, saya pula meneruskan menaipkan invois yang masih belum habis itu. Selepas waktu rehat, saya hanya menguruskan kerja seperti urusan dokumentasi dan pergi mengirim surat sahaja.

Anonymous said...

5 Julai 08

Hari ini adalah hari Sabtu, kami perlu membersihkan keseluruhan pejabat lagi, kami seperti biasa bekerjasama dan membersihkan pejabat supaya dapat bekerja di dalam suasana yang selesa. Selepas itu, kerja yang perlu saya lakukan adalah menaipkan invois sahaja, saya menaip invois tersebut sehingga lebih kurang pada 1pm. Oleh kerana pada hari ini adalah Sabtu, masa kerja adalah sampai pukul 1pm sahaja, maka selepas mengemaskan barang kami pun boleh balik.

Anonymous said...

7 Julai 08

Pada pagi ini, saya seperti biasa membersihkan lantai terdahulu selepas masuk pejabat. Selepas itu, saya diminta pergi pejabat pos untuk mengirim pos laju kepada Chuata Engineering Sdn Bhd. selepas mengirim surat, saya pula dikehendaki menaip invois dengan menggunakan mesin taip. Saya menaip invois tersebut sehingga waktu rehat. Oleh kerana invois adalah sangat banyak, Miss Gan menyuruh saya menaip secara perlahan-lahan dan berhati-hati supaya tidak salah ejaan dalam invois. Selepas waktu rehat, saya meneruskan menaip invois. Lebih kurang pada pukul 4pm, Miss Gan menyuruh saya rehat terdahulu dan menyambungkan pada hari esok. Selepas itu, saya pula mengemaskan baucer dan invois seterusnya memasukkan ke dalam fail.

Anonymous said...

8 Julai 08

Pada pagi ini, tidak banyak kerja diberikan, saya hanya menolong Miss Gan memasukkan invois dan statement pelanggan-palanggan ke dalam sampul surat dan melekatkan setem di atas sampul surat seterusnya pergi pejabat mengirimkan invois tersebut. Selepas itu, saya pula meneruskan menaip invois sehingga waktu rehat juga. Selepas waktu rehat, tugas saya juga adalah menaip invois. Selepas menaip invois, Miss Chuah telah memberikan saya bil hotel yang perlu saya mengeluarkan surat kepada mereka yang mengenai bayaran yang prlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel Sri Bandar. Mengeluarkan surat kepada pelanggan tentang perkara tempahan bilik penginapan adalah tugas saya, setiap kali beliau meletakkan bil hotel di atas meja saya, maka saya kena mengeluarkan surat kepada pelanggan tersebut.

Anonymous said...

9 Julai 08

Pada pagi ini, saya pergi pejabat pos mengirim surat. Oleh kerana tidak ada tugas diberikan, maka saya pun meneruskan menaip invois yang saya masih belum taip habis itu, invois yang perlu taip adalah banyak termasuk invois pada bulan April, Mei dan Jun tetapi Miss Gan ada berkata dengan saya boleh menaip secara perlahan-lahan dan menaip pada masa lapang. Sekiranya ada tugasan lain yang perlu saya uruskan maka saya akan berhentikan menaip invois. Selepas urusan diselesaikan saya baru menyambungkan typing itu. Selain itu, tugasan hari ini adalah fotostat dan urusan dokumentasi.

Anonymous said...

10 Julai 08

Pada hari ini, pengarah saya telah pergi England untuk menghadiri majlis konvekesyen anak perempuannya di sana, beliau pergi England selama 2 minggu dan saya telah diberitahu oleh rakan-rakan sekerja saya dalam tempoh ini kami akan sangat senang kerana biasanya kerja-kerja adalah diberi oleh pengarah. Memandangkan tidak ada kerja diberikan maka saya pun menaipkan invois sahaja. Semasa saya sedang menaip invois, tiba-tiba Miss Chuah menelefon ke pejabat dan menyuruh saya mengikut beliau ke bank untuk memasukkan cek kerana di sekeliling bank tidak ada tempat letak kereta. Oleh itu, beliau membawa saya pergi masukkan cek dan beliau pula boleh berhenti di tepi jalan untuk menunggu saya. selepas memasukkan cek, kami pun balik ke pejabat. Sepanjang hari ini, kerja saya adalah menaip invois sahaja dan saya telahpun menaip habis kesemua invois itu.

Anonymous said...

11 Julai 08

Pada pagi ini, setelah membersihkan lantai pejabat, saya diminta untuk mengasingkan invois yang saya taip itu. Yang invois asal adalah perlu mengirim kepada pelanggan, manakala invois yang cetak dengan menggunakan carbon adalah untuk simpanan syarikat. Invois yang hendak mengirim kepada pelanggan, saya perlu susun dengan mengikut huruf ejaan, manakala invois yang untuk simpan syarikat pula disusun dengan mengikuti nombor invois. Selepas itu, saya pula dikehendaki untuk mengirakan jumlah tanaman kelapa sawit dan seterusnya memasukkan data-data ke dalam computer. Pada waktu petang saya pergi pejabat pos mengirim surat. Selepas waktu rehat, saya tidak ada kerja diberikan dan saya hanya duduk di sana buat kerja sendiri.

Anonymous said...

12 Julai 08

Pada pagi ini, saya dan rakan-rakan sekerja seperti biasa bekerjasama membersihkan pejabat. Selepas pembersihan sudah pun dekat pada pukul 9.30am. Pagi ini saya menolong Miss Gan menyemak buku catatan akaun Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd untuk memastikan bakinya betul atau salah. Selepas itu, saya diberi bil hotel yang perlu mengeluarkan surat kepada pihak yang berkaitan tentang bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan hotel Sri Bandar. Selepas menaipkan surat tersebut, saya menghantarkannya kepada Miss Chuah untuk ditandatangan. Biasanya perlu ditandatangan oleh pengarah, oleh kerana pengarah telah pergi England maka Miss Chuah pula mewakil untuk menandatangan. Selepas itu, saya merekod ke dalam buku rekod setem dan catatkan nama syarikat, no bil, serta harga tempahan biliknya. Ini adalah untuk merekodkan setem yang dikeluarkan pada setiap hari. Sekiranya pelanggan telah menjelaskan bayarannya maka saya perlu update dalam buku tersebut dengan menggunakan highlight pen, selepas highlight maka bermaksud bahawa pelanggan tersebut sudah menjelaskan bayarannya. Selepas itu, baru saya mengirimkan surat tersebut. Selepas mengirim surat, Miss Gan meminta saya menolong dia menaip satu invois yang hendak diberikan kepada pelanggan.

Anonymous said...

Prof, bolehkah saya masukkan masalah yang sering dihadapi dalam laporan 2? Contohnya, semasa saya bercerita tentang peralatan pejabat, oleh kerana kekurangan computer menyebabkan pembaziran masa untuk tunggu-menunggu, ruangan simpanan maklumat terhad dan sebagainya. Bolehkah ini semua boleh tulis dalam laporan 2?

Anonymous said...

prof, dlm laporan 2 saya ceritakan suasana sosial kerja, peralatan pejabat, sistem pengurusan projek yang boleh membuat inovasi nanti shj, dlm laporan ini tidak perlu masukkan inovasi kan? inovasi adalah masuk dlm laporan ke3 nanti kan? betul tak yang saya buat tu, prof?

Anonymous said...

Elok juga tu. Bahagian 2 cerita semua masalah. Bahagian ke 3 baru cerita inovasi.

Elok juga Tan lakukan tembual untuk dapatkan data sebenar.

Anonymous said...

14 Julai 08

Pada pagi ini, saya pergi pejabat pos untuk mengirim surat kepada Chuata Engineering
Sdn Bhd. selepas itu, saya pula mengemaskan bil hotel G-City yang diambil balik oleh Miss Chuah. Saya seperti biasa menyusunkan bil itu dengan mengikut nombor yang berurutan. Saya dikehendaki menaip sepucuk surat kepada Padiberas Nasional Berhad mengenai bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel Sri Bandar. Selain daripada itu, saya juga perlu menguruskan urusan dokumen.

Anonymous said...

16 Julai 08

Aktiviti pada pagi ini adalah mengemaskan bil hotel Sri Bandar dan hotel G-City. Saya seperti biasa menyusunkan bil dengan mengikut nombor bil yang brurutan. Selain daripada itu, saya juga perlu menyemak hasil jumlah dan memperbaiki tulisan yang tidak jelas supaya lebih senang untuk dilihat. Seterusnya simpankan bil hotel dalam fail yang masing-masing. Pada petang pula, saya pergi pejabat pos mengirim surat.

Anonymous said...

17 Julai 08

Pada pagi ini, semasa saya tiba di tempat kerja adalah pada pukul 8.05am sahaja. Tetapi saya GSM Trading Sdn Bhd iaitu yang terletak di tingkat bawah Langkap City Development Sdn Bhd telah buka pintunya. Saya terkejut kerana biasanya dibuka pada pukul 8.30am. Oleh kerana kedua-dua buah syarikat ini adalah dimiliki oleh majikan saya maka kuncinya adalah dipegang oleh seorang mak cik yang bekerja di GSM Trading. Semasa dia tiba dia akan membuka pintu kedua-dua buah syarikat ini. Tetapi yang hairan adalah semasa saya tiba saya tidak nampak mak cik itu dan hanya nampak seorang pekerja India dan beberapa orang terkumpul di sana, tetapi “roller shutter” GSM Trading telah buka separuh, saya pun tanya kepada pekerja India tersebut apa yang telah berlaku? Pekerja India itu memberitahu saya kedai itu telah dimasuk pencuri, semasa dia tiba pintunya sudah terbuka. Lepas itu, ada seorang telah menelefon majikan saya. Kami tidak masuk ke dalam kedai kerana tidak mendapat sebarang arahan majikan. Selepas 10 minit, Miss Chuah iaitu menantu majikan saya telah tiba dan beliau telah menangkap beberapa gambar keadaan kedai itu. Selepas itu, beliau pun masuk ke dalam kedai itu. Selepas menyemak keseluruhan kedai, kami didapati terdapat 11 buah “chain saw” yang baru, 10 buah “chain saw” yang lama adalah dihantar oleh pelanggan untuk dibaiki dan wang tunai lebih kurang seribu telah dicuri. Selepas itu, Miss Chuah pun pergi balai polis melaporkan kes ini. Lebih kurang pada 11am, polis pun sudah tiba, selepas pihak polis menyiasat sekeliling kedai tetapi pencuri tidak meninggalkan sebarang bukti. Ini menyebabkan kes ini sudah untuk terus disiasat lagi. Selepas kami mengira, hasil jumlah wang tunai dan “chain saw” yang telah dicuri adalah lebih kurang RM 20000. selepas itu, kami pun balik ke pejabat untuk bekerja. Urusan pada pagi ini hanya urusan dukumentasi sahaja. Pada petang pula, saya dikendaki menaip sepucuk surat kepda Healthtronic (M) Sdn Bhd yang mengenai perkara bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di Hotel Sri Bandar.

Anonymous said...

18 Julai 08

Pada pagi ini, saya diminta untuk mengeluarkan invois pada tahun lepas yang dalam fail supaya fail boleh digunakan semula. Selepas itu, saya diberi sebungkus duit syiling untuk dikira selepas itu saya perlu memasukkan ke dalam plastic yang kecil RM10 sebungkus. Selepas itu, saya diminta untuk mengirakan jumlah pelanggan dan jumlah hari yang telah disewa oleh pelanggan dalam Hotel Sri Bandar dan G-City pada tahun 2007. Saya juga perlu mencatatkan jumlah pelanggan dan jumlah hari yang ditinggal oleh pelanggan sama ada pelanggan Malaysia ataupun pelanggan dari luar negara kerana kami hendak membuat analisis terhadap bilik hotel yang telah disewa itu.

Anonymous said...

19 Julai 08

Pada hari adalah hari sabtu, kami bekerjasama membersihkan keadaan pejabat. selepas itu, saya mengemaskan baucer dan invois seterusnya masuk ke dalam fail. Selepas itu, saya diminta untuk mengecopkan nama syarikat dan alamat syarikat di atas sampul surat. Selepas habis kerja itu, saya pula menaip sepucuk surat kepada S&P Food Sdn Bhd mengenai perkara “Room Charge”. Selepas itu, saya terus mengambil surat itu pergi ke pejabat pos untuk mengirim.

Anonymous said...

prof, sekiranya saya telah membuat temu duga. adakah perbualan tersebut perlu dimasukkan ke dalam teks ataupun dijadikan sebagai lampiran?

Anonymous said...

21 Julai 08

Aktiviti pada hari ini tidak banyak yang perlu saya uruskan. Urusan saya adalah seperti fotostat dokumen, menyusun fail dan kerja-kerja sampingan yang lain. Selain itu, saya juga perlu mengirakan jumlah tanaman kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor.

Anonymous said...

22 Julai 08

Pada hari ini juga agak senang kerana hanya sedikit urusan diberikan kepada saya. pada pagi saya hanya merekodkan data-data yang mengenai jumlah kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor ke dalam computer. Pada petang pula, saya perlu mengemaskan dokumen supaya lebih tersusun dan fotostat dokumen sahaja.

Anonymous said...

23 Julai 08

Tugas saya pada hari ini adalah seperti biasa sahaja. kerja saya adalah urusan fail, fotostat dan mengemaskan dokumen-dokumen yang lama. Selain daripada itu, saya juga diminta untuk mengisikan gaji bulanan pekerja ke dalam buku daftar pekerja dimana mereka yang bekerja di G-City Enterprise Sdn Bhd.

Anonymous said...

24 Julai 08

Aktiviti pada pagi ini adalah urusan fail dan mengemaskan dokumen-dokumen yang lama. Selepas itu, saya pergi pejabat pos untuk mengirim surat. Manakala pada petang pula, saya dikehendaki untuk mengemaskan bil hotel G-City dan Sri Bandar. Saya menyusunkan bil hotel tersebut seperti biasa dan masukkan bil ke dalam fail yang masing-masing.

Anonymous said...

25 Julai 08

Aktiviti saya pada pagi ini adalah mengemaskan pejabat. selepas itu, saya menyambungkan kerja yang tertunggak semalam iaitu mengemaskan bil hotel dan memastikan pengiraan jumlah dalam setiap bil adalah betul. Pada petang pula, saya hanya menguruskan fail sahaja. memandangkan ada masa lapang, saya pun ambil dokumen yang tentang projek pembinaan yang telah siap pada masa yang lalu untuk dibaca supaya lebih memahami proses-proses permohonan yang perlu dilalui dan syarat-syarat yang perlu diikuti oleh pihak pemaju dan pihak kontraktor.

Anonymous said...

26 Julai 08

Pada hari ini, saya seperti biasa masuk pejabat pada pukul 8.30 am. Selepas itu, saya dan rakan-rakan sekerja pula bekerjasama untuk membersihkan dan mengemaskan pejabat. selepas itu, tugas saya hanya urusan fail sahaja.

Anonymous said...

28 Julai 08

Aktiviti saya pada hari ini adalah mengirakan hasil jumlah kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor seterusnya merekodkan data-data tersebut ke dalam computer. Selepas itu, saya dikehendaki untuk merekodkan kehadiran pekerja hotel pada bulan Julai ke dalam buku kehadiran. Selepas habis mengirakan kelapa sawit tersebut saya terus merekod ke dalam computer. Selain itu, saya juga perlu menaip surat kepada Caelly Girl Sdn Bhd yang mengenai perkara jumlah bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel Sri Bandar. Selepas surat tersebut ditandatangan oleh pengarah maka saya pun terus mengirimkan surat tersebut.

Anonymous said...

prof, saya telah e-mail laporan 2 saya, nama fail saya adalah laporan 2 tan- pengurusan dan organisasi. Adakah prof sudah terima? sekiranya ada apa-apa masalah dalam laporan 2 saya, sila prof berikan tunjuk ajar kepada saya. terima kasih.

Anonymous said...

29 Julai 08

Aktiviti pada hari ini adalah seperti kerja biasa sahaja. kerja-kerja saya adalah urusan fail,mengemaskan resit-resit dan susun dengan teratur. Selain itu, saya dikehendaki menaip sepucuk surat kepada Padiberas Nasional Berhad yang mengenai bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di Hotel Sri Bandar. Selepas itu, saya pergi pejabat pos untuk mengirim surat.

Anonymous said...

30 Julai 08

Aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah mengemaskan baucer-baucer dan berserta dengan resit kemudian susun dengan teratur dan masuk ke dalam fail masin-masing. Selain itu, saya dikehendaki untuk menaip peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh pekerja-pekerja yang bekerja di Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd.

Anonymous said...

31 Julai 08

Kerja yang perlu saya uruskan adalah mengemaskan bil Hotel G-City dan Hotel Sri Bandar, menyambungkan kerja yang tertunggak semalam iaitu menaip peraturan-peraturan di Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd. selain daripada itu, saya juga perlu merekodkan kedatangan pekerja ke dalam buku kehadiran Langkap City Development Sdn Bhd seterusnya mengirakan gaji mereka.

Anonymous said...

1 Ogos 08

Saya telah bekerja di dalam syarikat ini selama 2 bulan, mula pada hari ini sudah masuk ke bulan yang ke-3, saya sudah biasa di alam kerja syarikat ini. Aktiviti yang saya lakukan pada hari ini adalah merekodkan kedatangan pekerja (pada Bulan Julai) ke dalam buku rekod kehadiran pekerja di Ladang Melintang Jaya S/B, urusan fail, menaip surat kepada pelanggan yang mengenai perkara bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di Hotel G-City.

Anonymous said...

1 Ogos 08

Saya telah bekerja di dalam syarikat ini selama 2 bulan, mula pada hari ini sudah masuk ke bulan yang ke-3, saya sudah biasa di alam kerja syarikat ini. Aktiviti yang saya lakukan pada hari ini adalah merekodkan kedatangan pekerja (pada Bulan Julai) ke dalam buku rekod kehadiran pekerja di Ladang Melintang Jaya S/B, urusan fail, menaip surat kepada pelanggan yang mengenai perkara bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di Hotel G-City.

Anonymous said...

2 Ogos 08

Kerja hari ini juga adalah seperti biasa sahaja, saya hanya perlu uruskan fail, fotostat dokumen dan menaip invois sahaja.

Anonymous said...

4 Ogos 08

Aktiviti saya pada hari ini adalah menyusun fail supaya lebih teratur. Selepas itu, saya dikehendaki menaip surat kepada pihak yang berkenaan tentang bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapaan di Hotel Sri Bandar dan G-City. Pada petang pula, saya dikehendaki untuk mengemaskan dan menyemak bil Hotel G-City dan Sri Bandar seterusnya masukkan bil ke dalam fail.

Anonymous said...

5 Ogos 08

Tugas yang diberikan kepada saya pada hari ini adalah menaip invois GSM Trading S/B dengan menggunakaan mesin taip. Selain itu, saya juga perlu menguruskan dokumentasi, fotostat dokumen dan mencatatkan jumlah tanaman kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor.

Anonymous said...

6 Ogos 08

Pada hari ini, saya menyambungkan kerja yang tertunggak semalam iaitu menaip invois. Selain itu, saya juga perlu menaip surat kepada pelanggan yang mengenai junlah bayaran tempahan bilik penginapan di Hotel Sri Bandar. Selepas itu, kerja-kerja yang lain adalah seperti urusan dokumentasi.

Anonymous said...

7 Ogos 08

Kerja yang diberikan pada hari ini tidak banyak, saya hanya perlu menaip invois, urusan fail, dan mengemaskan bil hotel sahaja.

Anonymous said...

9 Ogos 08

Pada pagi ini, saya dan rakan-rakan sekerja bekerjasama mengemaskan dan membersihkan pejabat. selepas itu, kerja yang diberikan adalah mengemaskan baucer dan resit serta menecopkan invois sahaja.

11 Ogos 08

Aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah mengemas dan menyusun fail, mengecopkan cop organisasi GSM Trading S/B di atas invois.

Anonymous said...

12 Ogos 08

Hari ini saya juga dikehendaki untuk mengecopkan invois. Oleh kerana invois yang perlu dicop adalah banyak iaitu 30 buah buku yang mempunyai 300 helai. Selain itu, saya juga perlu fotostat dokumen, menaip sebut harga, pergi pejabat pos mengirim surat, urusan dokumentasi.

13 Ogos 08

Kerja yang perlu diuruskan pada hari ini adalah menganalisiskan jumlah tanaman kelapa sawit yang dibawa oleh setiap kontraktor dengan mengikut nama kontraktor, nombor kenderaan seterusnya rekod ke dalam computer. Apabila ada masa lapang, saya pula meneruskan mengecopkan invois.

Anonymous said...

14 Ogos 08

Kerja yang perlu diuruskan adalah seperti biasa sahaja, saya perlu uruskan fail-fail, menaip sebut harga, fotostat, mengisi borang Socso, menaip invois dan mengecopkan invois apabila ada masa yang lapang.


15 Ogos 08

Kerja yang dilakukan pada hari ini juga adalah menyusun dan mengemaskan fail supaya lebih teratur, mengecopkan invois, mengisi gaji pekerja-pekerja ke dalam buku daftar pekerja G-City Enterprise S/B. Sekiranya ada masa lapang, saya pula mengambil dokumen-dokumen tentang projek yang disiapkan pada masa yang lalu untuk dibaca dan difahamkan.

Anonymous said...

16 Ogos 08

Saya masuk pejabat seperti biasa pada pukul 8.30am. selepas itu, saya dan rakan-rakan kerja bekerjasama mengemaskan pejabat. seterusnya, kerja yang perlu diuruskan ialah menyusun fail, mengemaskan bil hotel Sri Bandar dan G-City supaya bil dsusun dengan berurutan dan fotostat dokumen.


18 Ogos 08

Semalam saya telah menerima telefon daripada Prof Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan beliau memberitahu saya beliau akan melawat ke tempat kerja saya pada hari Rabu dan menyuruh saya menyediakan buku log saya kerana beliau nak tengok dan semak. Kerja yang perlu buat pada hari ini adalah menyambungkan kerja yang tertunggak pada hari Sabtu yang lalu iaitu mengemaskan bil hotel, selepas menyusunkan bil tersebut ke dalam fail, kemudian saya perlu menyemak setiap bil untuk memastikan pengiraan dan tulisan dalam bil adalah jelas dan betul. Selain itu, saya juga perlu menaip surat , menaip invois dan mengecopkan invois.

19 Ogos 08

Kerja yang diberikan pada hari ini ialah mengemas dan menyusunkan bil hotel G-City dan hotel Sri Bandar. Selain itu, saya juga dikehendaki untuk fotostat pelbagai dokumen dan urusan dokumentasi. Selepas itu, saya juga perlu manaip invois.

Anonymous said...

20 Ogos 08

Hari ini adalah hari Rabu iaitu Dr. Ahmad Martadha Mohamed akan melawat ke tempat kerja saya. Lebih kurang pada pukul 2.30pm, saya telah telah menerima telefon prof, dan saya telah memberitahu prof tentang jalan yang perlu ditujui ke tempat kerja saya. selepas beberapa minit prof pun tiba ke tempat kerja saya. Ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan prof, saya rasa saya tidak pernah nampak prof semasa di UUM. Selepas saya membawa prof ke pejabat, prof pun duduk di depan meja saya dan meminta saya mengeluarkan buku log dan jadual kehadiran saya kerana beliau nak tengok. Beliau telah menanya saya beberapa soalan yang berkaitan dengan laporan dan keadaan kerja saya. selepas itu, beliau juga nak berjumpa dengan penyelia saya. Sebenarnya, Miss Chuah adalah trainer saya tetapi beliau dan majikan juga “out station” pada hari ini, maka Miss Wong pula menjadi wakil untuk bertemu bual dengan prof. Selepas prof berbual dengan Miss Wong dan habis membuat catatan dan beliau berkata bahawa beliau kena pergi melawat seorang pelajar lagi. Selepas prof balik, saya pun meneruskan kerja saya.

Anonymous said...

21Ogos 08

Kerja yang perlu diuruskan pada hari ini tidak banyak, saya hanya perlu menaip invois, mengemaskinikan buku daftar pekerja Langkap City Devlopment S/B. apabila ada masa lapang saya pula mengecopkan invois yang masih belum habis dicop itu.

22Ogos 08


Aktiviti pada hari ini adalah mengmas dan menyusunkan bil Hotel Sri Bandar dan Hotel G-City, mengemaskinikan buku rekod FFB. Seterusnya merekod ke dalam computer, menaip surat dan fotostat dokumen.

Anonymous said...

21 Ogos 08

Kerja yang diberikan pada hari ini juga adalah seperti biasa sahaja seperti mengemas dan membersihkan pejabat, urusan dokumentasi, menyusun bil hotel dan mengirakan jumlah berdasarkan tarikh, fotostat dokumen dan mengecopkan invois apabila tiada kerja diberikan.


25 Ogos 08

Urusan dokumentasi, menaip invois, menaip surat, mengecopkan invois, mencatatkan hasil dan perbelanjaan bulanan Ladang Melintang Jaya S/B ke dalam kertas lejar.


26 Ogos 08

Pada pagi ini, tiada apa-apa kerja diberikan untuk saya. Oleh itu, saya hanya perlu mengecopkan invois sahaja. Walaupun kadang-kala boleh berasa bosan. Hal ini kerana hanay membuat kerja yang sama pada sepanjang pagi ini. Tetapi saya juga mengecopkan sahaja kerana menyiapkan kerja yang diberikan adalah tanggungjawab saya. Pada petang pula, saya dikehendaki untuk menaip beberapa invois yang hendak mengirim kepada pihak pelanggan. Selepas habis menaip invois, saya diminta untuk fotostat salinan carian rasmi.

Anonymous said...

27 Ogos 08

Kerja-kerja yang perlu saya uruskan ialah menaip surat tentang bayaran tempahan bilik penginapan di Hotel Sri Bandar, menyemak dan menyusunkan bil hotel G-City, mengemaskinikan buku daftar pekerja Langkap City Dev S/B, G-City Enterprise S/B, GSM S/B, dan Bagai Sempurna Construction S/B.

28 Ogos 08

Kerja pada hari ini adalah urusan dokumentasi, mengecopkan invois, menaip invois, mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit.

Anonymous said...

29 Ogos 08

Pada hari ini, saya dikehendaki untuk menaip beberapa invois. Selepas menaip invois, saya pula perlu menyusunkan fail, menaip surat dan fotostat dokumen.

30 Ogos 08

Kerja yang diuruskan pada hari ini ialah menaip surat, menaip sebut harga, urusan dokumentasi sahaja.

Anonymous said...

2 Sept 08

Saya telah menjalankan latihan praktikum di syarikat ini selama 3 bulan dan mulai pada hari ini sudah masuk ke bulan yang ke-4 iaitu bulan yang terakhir. Saya sudah biasa dengan suasan alam kerja di sini dan berhubungan baik dengan rakan-rakan sekerja di syarikat ini. Kerja pada hari ini juga sama seperti biasa kerja yang perlu diuruskan pada setiap awal bulan iaitu mencatatkan kedatangan pekerja-pekerja dan mengirakan gaji bulanan mereka.

3 Sept 08

Kerja yang diberikan pada hari ini ialah mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit, menaip surat kepada pelanggan yang mengenai bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel.

Anonymous said...

4 September 08

Urusan saya pada hari ini ialah mengemaskan bil hotel Sri Bandar dan Hotel G-City, mengisi borang kumpulan wang simpanan pekerja, urusan fotostat.

5 Sept 08

Kerja yang diberikan pada hari ini tidak banyak, saya hanya perlu mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit, mengemaskan fail sahaja. Ms Chuah berkata dengan saya, semasa tidak ada apa-apa kerja diberikan kepada saya maka saya pula boleh membuat kerja sendiri seperti mengemaskinikan buku log saya dan membaca dokumen-dokumen yang tentang projek-projek pembinaan pada masa yang lepas.

Anonymous said...

6 Sept 08

Urusan dokumentasi, menaip surat, mengemaskan dokumen-dokumen yang lama supaya lebih tersusun.


8 September 08

Menaip invois, menyusun baucer dan resit untuk masuk ke dalam fail, fotostat, menaip sebut harga dan fakskan kepada pihak yang berkaitan.

9 September 08

Pada pagi ini, saya menyambungkan kerja yang tertunggak semalam iaitu menaip invois. Selepas itu, saya dikehendaki untuk mencatatkan hasil dan perbelanjaan Ladang Melintang Jaya S/B pada bulanan August ke dalam buku lejar.

Anonymous said...

10 September 08

Tidak banyak kerja diberikan pada hari ini, saya hanya perlu mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit dan rekod ke dalam computer. Selain itu, kerja-kerja yang lain adalah seperti urusan dukumentasi dan fotostat dokumen sahaja.

11 Sept 08

Mengemas dan menyusun bil hotel G-City dan menyemak tulisan dalam bil hotel. Sekiranya tidak tulisan tidak jelas maka saya perlu membetulkan tulisannya untuk mempermudahkan Ms Wong untuk membuat penyemakan.

12 September 08

Kerja hari juga sama seperti biasa sahaja seperti menaip surat, pergi pejabat pos untuk mengirim surat, urusan dokumentasi, membuka beberapa fail yang baru, fotostat dokumen.

Anonymous said...

13 September 2008

Hari ini adalah hari Sabtu, saya dan rakan-rakan kerja bekerjasama mengemas dan membersihkan pejabat. Selepas itu, saya dikehendaki pergi ke pejabat pos untuk mengirim pos laju kepada Chuata Engineering S/B. Seterusnya, saya pula perlu menganalisiskan tanaman kelapa sawit yang dibawakan oleh setiap kontraktor dan mengirakan jumlahnya. Selepas itu, baru rekod ke dalam computer untuk membuat laporan bulanan pada akhir bulan. Selain itu, saya perlu menguruskan fail, menaip surat, membuka fail yang baru. Selepas menyiapkan kerja yang diberikan, saya pula pergi menolong Ms Gan yang sedang mengemaskan bilik stor.

Anonymous said...

Hai, Sally sini. sy ada buat borang soal selidik lar. bulan lepas saya dah buat masa buat pasal kepuasan pelanggan. tetapi sy tdk guna spss utk menganalisis. saya guna scr manual kerana saya membuat soal selidik utk 25 org pelanggan.

Anonymous said...

15 Sept 08

Hari ini saya dikehendaki untuk menaip invois, urusan dokumentasi, menaip surat, pergi pejabat pos untuk mengirim surat biasa dan pos laju.


16 Sept 08

Kerja saya pada hari ini ialah mengemaskan dan menyusun bil hotel Sri Bandar dan hotel G-City. Selepas menyusun dengan teratur saya perlu menyemak semula pengiraannya untuk memastikan pengiraan dalam setiap bil adalah betul dan memperbaikikan tulisan yang tidak jelas dalam bil. Selepas itu, baru saya kirakan hasil yang diterima pada setiap hari.

17 Sept 08

Hari ini saya perlu menganalisiskan tananam kelapa sawit seterusnya rekod ke dalam computer untuk membuat lapaoran bulanan pada akhir bulan. Selain itu, kerja-kerja yang lain ialah urusan dokumentai, menaip sebut harga untuk faks kepada pihak pelanggan dan fotostat dokumen sahaja.

18 Sept 08

Urusan fail, menaip invois, fotostat dokumen, dan pergi pejabat pos untuk mengirim surat.

19 Sept 08

Saya perlu menyusun bil hotel lagi, saya menyusun dan menyemak seperti biasa. Selepas mengemaskan bil, saya dikehendaki menggunakan mesin taip untuk menaip invois yang hendak mengirim kepada pihak pelanggan. Kadang-kala saya sangat takut nak menggunakan mesin taip kerana susah nak padan dan menaip semula sekiranya salah ejaan. Oleh itu, semasa saya hendak menggunakan mesin taip saya akan sangat berhati-hati supaya tidak salah ejaan.

20 Sept 08

Hari ini adalah hari Sabtu lagi, kami hendak bekerjasama untuk membersihkan pejabat. Kami menggunakan lebih kurang 1 jam untuk membersihkan keseluruhan pejabat. selepas itu, saya dikehendaki untuk mencatatkna hasil dan perbelanjaan bulanan bagi syarikat Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd ke dalam buku lejar. Buku lejar ini perlu selalu dikemaskinikan apabila resit-resit dikumpulkan supaya mengelakkan berlaku kesilapan.

22 Sept 08

Kerja yang diberikan pada hari ini ialah menaip invois, menaip surat dan urusan dokumentasi.

23 sept 08

Kerja pada hari ini ialah menaip surat kepada pihak pelanggan yang mengenai perkara tentang bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel Sri Bandar. Selain itu, saya juga perlu mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit dan menganalisiskan untuk membuat laporan bulanan.

24 Sept 08

Urusan dokumentasi, menaip sebut harga, menaip surat dan menyemak bil hotel.

25 September 08

Kerja saya pada hari ini juga seperti biasa sahaja misalnya urusan fail, fotostat dokumen, menaip surat kepada pelanggan yang mengenai bayaran yang perlu dijelaskan untuk tempahan bilik penginapan di hotel.

26 Sept 08

Urusan dokumentasi, menaip invois, mengemaskinikan buku rekod tanaman kelapa sawit dan menganalisiskannya.

27 Sept 08

Pada pagi ini saya dan rakan-rakan kerja bekerjasama membersihkan pejabat. selepas itu, saya dikehendaki untuk menaip invois GSM Trading Sdn Bhd dan sebut harga dengan menggunakan mesin taip. Selain daripada itu, saya juga perlu mengemaskan fail dan menyusunkan bil hotel G-City dan dan Hotel Sri Bandar.

29 Sept 08

Urusan fail, melukis nama syarikat dan tajuk di atas fail, melipat pelan-pelan lantai tentang projek pembinaan hotel 6 tingkat dan masuk ke dalam fail sebagai rujukan pada masa nanti, mencatatkan hasil dan perbelanjaan syarikat Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd ke dalam buku lejar.

30 Sept 08

Hari ini ialah hari yang terakhir saya bekerja di syarikat ini. Walaupun hanya bekerja 4 bulan sahaja di syarikat ini tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan kerja amat baik dan sangat serasi. Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sekerja saya atas bantuan yang telah diberikan kepada saya dalam sepanjang tempoh ini. Oleh kerana hari ini adalah hari yang terakhir maka saya perlu menyelesaikan kerja-kerja yang saya biasa uruskan seperti buku rekod tanaman kelapa sawit, buku lejar Ladang Melintang Jaya Sdn Bhd, menyusunkan fail dan bil-bil hotel. saya menyiapkan semua kerja yang biasa saya lakukan dengan baik dan menjelaskan kepada rakan-rakan kerja dimana fail-fail saya letak supaya tidak mengelirukan rakan-rakan kerja selepas saya meninggalkan syarikat ini.

Anonymous said...

saya hanya bekerja sehingga 30 Sept sahaja kerana 1 & 2 Oct adalah cuti umum.