Sunday, June 01, 2008

Roziyana Binti Abd Talib


No.48, Pejabat Risda Daerah,Jalan Dato' Sagor33000 Kuala Kangsar, Perak

Roziyana,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

65 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum prof..spjg minggu 1ni..sy telah mmpelajari bnyak mklumat ttg RISDA.sy juga telah menigikuti mesyuarat yg mereka adakan.dr situ sy dpt melihat cara mrk mmbuat kputusan.

Anonymous said...

Jangan asyik melihat mereka bermesyuarat aje, elok juga minta izin untuk memberi pandangan. Selamat belajar alam pekerjaan.

Anonymous said...

minggu 1

2/6/2008
melapor diri,ketua unit memberi penerangan ttg l/blkg RISDA,juga unit2 yg ada di RISDA kuala kangsar, atr unit y ada ialah unit kewangan,pentadbiran,unit pgembangan, unit tanam semula, unit bekalan.Ketua unit tutur menjelaskan secara ringkas apa fungsi kesemua unit tersebut.Selama lebih kurang 3 minggu sy akan diletakkan di unit2 yg berlainan dan unit pertama sy ialah di bhgian pentdbirn dan kewangan.

3/6/2008
Menghadiri tazkirah, mnjadi rutin harian di RISDA k.Kgsar ini mgadakan tazkirah setiap awal pg.

-Mengemaskini fail-fail organisasi.
saya dapati semua fail disini di susun dgn teratur dan dilabelkan.Ia secara tidak lansung mmudahkan proses pncarian fail w/pun ia secara manual.

4/jun/2008
Meninjau bahagian kaunter ptnyaan(khidmt plggn).Keadaan agak sibuk dgn mlayan pertanyaan dr individu(iaitu pekebun kecil),yg rata2 nya adalah pnduduk sekitar kuala kangsar.keadaan beransur lengang pd tghari nya.

5/6/2008
diberi maklumat berkaitan organisasi oleh pkerja, belajar cara fotostat.

6/6/2008
Menghadiri mesyuarat berkaitan KMK(kump mningkatkan mutu kerja).yg mana pihak RISDA k.k akn mghntar pasukan utk myertai prtndingan tsebut. Mesyuarat tsebut adalah utk mmbntuk 1 bdn tindakn utk pntndingan tsebut.iaitu 1 inovasi yang kreatif dr segi ptdbiran RISDA itu sndiri.
- mndgr cdgn2 y dberikan oleh ahli2 mesyuarat ttg sesuatu tindakan atau sebarang sistem yg btujuan dpt mpertingkatkn lg mutu pgurusan di RISDA.Sy lihat semua ahli mmberikan krjasama yg baik ttg topik y dibincangkan.

Anonymous said...

minggu 2
9/6/2008
Hari ni dtg pejbt seperti biasa,slps itu mndgr tazkirah selama 1o min.

- memasukkan surat-surat dan dokumen kedalam fail yg berkaitan mgikut label, mengemaskini fail yang sedia ada.Setiap kakitangan yg mengeluarkan satu-satu fail akan dicatit nama, masa serta tarikh ianya diambil.Ini mmudahkan rujukan sekiranya bhadapan dgn masalah fail hilang.

Anonymous said...

10/6/2008
rutin pagi sprti biasa.dtg ke pejabat.Kemudian saya disuruh mncatit kedatangan para pekerja di dalam buku rekod.nampaknya hari ini ramai kakitangan yang terlibat dengan kursus luar.Keadaan pejabat agak lengang.

Hari ini saya berpeluang menemuramah seorang pekerja disini berkaitan perkara yang dilaksanakan di bahagian pentadbiran dan kewangan ini.

Anonymous said...

Dalam unit pentadbiran, fungsi nya adalah lebih kepada menguruskan pekerja. Antara fokus yang saya dapat lihat ialah urusan laporan perubatan, yang mana setiap individu (pekerja) mempunyai peruntukkan sebanyak rm 750.00 seorang untuk tempoh 1 tahun.Ianya adalah untuk tujuan pembiayaan kos perubatan pekerja.

Selain itu ialah maklumat kakitangan, segala maklumat para pekerja akan disimpan, termasuklah tempoh perkhidmatan mereka,maklumat kursus yang disertai di bawah JPA dan sebagainya.Selain urusan cuti dan surat menyurat RISDA kepada luar(pekebun kecil).

prof madya dr abd halim ahmad said...

Amat bagus membuat temubual secara tak formal. Buat catatan elok-elok temubual tersebut kerana nanti berguna sebagai DATA KAJIAN KES.

Anonymous said...

11/6/2008
Datang ke pejabat seperti biasa.Mendengar tazkirah.Seterusnya saya mencatat kehadiran para pekerja dan merekodnya ke dalam buku perkhidmatan setiap pekerja di bahagian masing-masing.

Anonymous said...

12/6/2008

Hari ini sy berpeluang mengikuti salah seorang staff menghantar report ke PRN(Pejbt RISDA Negeri-Ipoh.Disana sy berpeluang untuk bersembang2 dengan pegawai pertanian di situ iaitu En Roswandinata B Abdul Hamid.Sy sempat bertanyakan ttg masalah mereka hadapi. Katanya masalah yg sering wujud adalah daripada sikap pnduduk itu sendiri yang slalu pentingkan diri sendiri, dan btindak sesuka hati dengan memarahi pihak RISDA jika hajat mereka lambt trlaksana.

Anonymous said...

Selain itu beliau turut menerangkan serba sedikit ttg RISDA. Menurut nya,fokus utama RISDA adalah projek penanaman semula berkelompok(getah).Yang mana getah merupakan industri yang mendatangkan kewangan semula pada negara.Tugas RISDA adalah mentadbir wang ses yang dikutip daripada pekebun kecil dengan anggaran 0.99 sen untuk 1 kilogram getah. RISDA menyediakan peruntukkan sebanyak rm 7 ribu utuk semua yang berdaftar dgn RISDA.

Anonymous said...

Antara masalah yang diadu oleh pekebun kecil ialah masalah berkaitan serangan gajah.Sebagai langkah untuk mengatasinya pihak RISDA meminta bantuan daripada pihak PERHILITAN untuk memindahkan gajah-gajah daripada kawasan tersebut. Dan ianya memerlukan kos yang tinggi kira2 rm 35 ribu untuk mengeluarkan gajah.

Anonymous said...

pada pendapat saya, masalah gajah tersebut adalah disebabkan faktor pembangunan yang terdapat disekitar kawasan tersebut seperti kerja2 membina bangunan, penebangan hutan yang mengakibatkan habitat gajah ini terganggu.

Anonymous said...

Tindakan RISDA:memberi input pertanian kepada pekebun tersebut sebagai salah satu langkah pemulihan kepada peyelesaian masalah gajah tersebut.Walaubagaimanapun ianya kurang memuaskan kerana gajah sukar dikawal selain faktor kos yang tinggi.

Anonymous said...

13/6/2008

8.00-10.00 pagi

mengikuti taklimat opsyen 58thn persaraan. Pegawai RISDA Daerah.En Zakaria Alang Zahari. Beliau memberi taklimat ttg tempoh persaraan bagi kakitangan yang boleh dilanjutkan sehingga ke umur 58 thn. Semua kakitangan terlibat.Dalam pada itu terdapat juga kakitangan yang dtg lewat walaupun sudah sedia maklum ttg masa dan tarikh taklimat itu akan diadakan. Pelbagai alasan diberi apabila pegawai itu agak tegas menyoal mereka.Kadang2 alasan yang diberi agak melucukan.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Teruskan catatan yang bersifat penceritaan yang menarik ini

pak ya said...

salam ana..menarik la cerita ana ni..hehehehe

Anonymous said...

Minggu 3

16/6/2008
Datang ke pejabat seperti biasa.

8.00 pagi
Seterusnya mendengar taklimat bersama kakitangan RISDA.Tazkirah pada hari ini disampaikan oleh Ketua Unit Pentadbiran iaitu, En Che Razali.

Selepas 10 min. saya mencatit kehadiran para pekerja di dalam buku rekod,ada yang datang lewat,yang bercuti kecemasan,bertugas luar dan cuti sakit. Sepanjang saya mencatit rekod kedatangan disini, yang paling kerap bilangannya adalah yang bercuti.Terdapat juga individu yang suka ambil cuti sendiri, ini merupakan sikap negatif individu tersebut. Kiranya bukan di sekolah atau di Universiti sahaja yang selalu dihujani masalah ponteng ni.

Anonymous said...

Salam ana..
macam mana report? kite still xtau nk buat tajuk ape.

Anonymous said...

17/6/2008
Datang ke pejabat seperti biasa.Jam 8.05 pagi,mendengar tazkirah seperti biasa, tajuk hari ini hukum tajwid Surah Al-Fatihah.Bagus juga diadakan tazkirah macam ini pada setiap pagi.Sekurang-kurangnya dapat juga memperingati diri.

9.00 pagi
Merekod kehadiran pekerja.Tugas ini dah jadi rutin kerja saya setiap hari.Jadi saya dah boleh hafal nama-nama yang paling bermasalah bab kedatangan ini. Buku rekod ini akan disemak oleh pegawai yang bertugas pada setiap hari. Pekerja yang kurang rekod kedatangannya akan diambil tindakan. Saya lihat pegawai RISDA di sini sangat tegas tentang displin para pekerjanya.

3.00 petang
Petang ini saya tiada kerja yang ingin dibuat.Semua kerja dibuat oleh para pekerja disini.Pekerja di bahagian pentdbiran ini agak serius dan sibuk dengan kerja masing-masing.Tapi malangnya bekalan elektrik terputus tiba-tiba. Jadi daripada keadaan yang serius tadi,sudah bertukar jadi aktiviti sembang-sembang.:)

Anonymous said...

18/6/2008
Datang ke pejabat seperti biasa.
Hari ini selepas tazkirah, pgawai
(En Zakaria Alang Zahari)menyambung pula taklimat ttg pilihan umur pencen yang diterangkan pada hari yang sebelumnya.Ini disebabkan terdapat beberapa orang yang kurang faham ttg apa yang diterangkan dalam taklimat yang terdahulu menyebabkan pegawai terpaksa terangkan semula.Rasanya klau mereka prihatin dan mnumpukan perhatian pada masa tu mgkin pegawai tersebut tak perlu lagi nk mengulang bkali-kali.

Anonymous said...

9.00 pagi
Mencatat kedatangan pekerja dan mengemaskini buku rekod.

Membuat surat pemberian kenaikan gaji untuk diedarkan kepada pekerja. Nilai kenaikan tersebut perlulah mengikut kadar yang telah ditetapkan di dalam buku Pekeliling Perkhidmatan Awam Malaysia.

Anonymous said...

Menurut Buku Pekeliling tersebut, pemberian kenaikan gaji tersebut adalah kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan Malaysia.

Gaji kakitangan awam akan dinaikkan sebanyak 4 kali(peringkat) dalam setahun iaitu pada Jan,April,Julai dan Oktober. Setiap kakitangan hanya akan dinaikkan gaji sekali sahaja dalam setahun mengikut gred jawatan masing-masing.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Apa yang Ana sedang memerhati ialah tentang pengurusan staf atau disebut pengurusan personel dalam organisasi. Banyak tajuk yang menarik dalam pengurusan personel. Apa yang kita nak cari ialah ada tak apa-apa aspek yang boleh dikatakan inovasi...sesuatu yang lama tetapi diubahsuai menjadi baru dan memberi kesan kepada kecekapan pengurusan. Aspek mengurus staf yang bermasalah juga salah satu aspek yang menarik. Entahlah...cuba cerita dan cerita lagi apa yang Ana lalui setiap hari.

Anonymous said...

19/6/2008
Rutin pagi seperti biasa, dtg ke pejabat sebelum 8.00 pagi.

Mendengar tazkirah selama 10 min. Hari ini tajuk agak menarik: Nasihat Lokman Hakin kepada anaknya. Antara pesanan tersebut ialah: " Jauhkan dirimu daripada bhutang, krn ia membuatmu gelisah di waktu siang dan mlmmu" Marilah kita kongsi sedikit ilmu sapingan yang saya dapat disini:)

8.15- 9.00 pagi
Pegawai RISDA Daerah (En. Zakaria Alang Zahari) memberi sedikit teguran kepada kakitangan RISDA tentang kepentingan serta tanggungjawab kerja yang perlu ada dlm setiap individu dan merupakan faktor penting bagi mencapai keberkesanan serta kejayaan sesebuah organisasi.

10.00 pagi
-Menulis nombor bilangan pada
setiap surat yang dikeluarkan.
- Mengedarkan surat-surat tersebut kepada penama yang berkenaan.
-Merekod kedatangan pekerja di dalam buku rekod kehadiran.
- Menyusun kad kedatangan pekerja.

3.00 petang
Saya diarahkan membuat surat pemohonan untuk memohon peruntukkan bagi pertandingan Dart yang akan diadakan pada 28 hb Jun ini. Surat tersebut adalah untuk perhatian Pegawai-pegawai RISDA bagi seluruh daerah di Perak.

Anonymous said...

Roziyana,

sudahkah hantar laporan pertama?

Anonymous said...

salam prof,
sudah prof..guna hotmail live.
nk guna yahoo xdpt, xtau nape.
prof xterima lg ke..

Anonymous said...

20/6/2008
8.00 pagi
Tazkirah macam biasa.

9.00 pagi-membetulkan surat yang ditaip semalamnya dan mencatat kehadiran pekerja.

3.00 petang
Kebanyakkan kerja tertangguh hari ini, disbbkn elektrik terputus lagi.Hari ini agak membosankan krn tidak ada kerja yg ingin dilakukan.

Anonymous said...

minggu 4
minggu ni sy hanya hadirkan diri pada hari isnin, khmis n jumaat.Kerana pada hari selasa 24 hb sy bertolak ke uum untuk ambil exam ganti paper yg ttinggal sms ibu sy meninggal dunia. Sy akan sertakan surat dari uum sbg bukti.

Anonymous said...

23/6/2008
Melalui rutin seperti biasa. dtg ke pejabat sekitar 7.30pg.

8.00 pagi-
tzkirah bersama kakitangan.Seterusnya Pegawai Risda memberi sedikit penerangan berkenaan program-program yang akan diadakan.Prgram yg paling hampir ialah prtandingan Dart antara daerah di perak.RISDA KK menjadi tuan rumah.

9.00 pagi-
-Mencatat kehadiran pekerja
-Memasukkan maklumat pekerja seperti no pekerja, gred,dan kursus-kursus yg telah disertai.

* Setiap kakitangan akan dihantar utk menyertai pelbagai kursus yg disediakan khas sbgai usaha tingkatkan lagi ilmu&kemahiran para pekerja.
Kursus2 yg disertai adalah mgikut tugas-tugas masing.

Anonymous said...

3.00 ptg
Mendapatkan maklumat berkaitan unit-unit yg terdapat di RISDA ini dripada salah seorang kakitangan disini iaitu En Helmi.

Anonymous said...

24/6/2008 & 25/6/2008
Untuk mkluman prof,
Pada tarikh ini sy dikehendaki menghadiri peperiksaan ganti.

Anonymous said...

salam prof,
apa kbr dgn laporan sy??
kbr baik ke kurang baik ke xbaik prof?:)

Anonymous said...

26/6/2008

8.00 pagi
Pada hari ini semua pekerja RISDA berkumpul di bilik gerakan, menghadiri Mesyuarat Bulanan RISDA-Kesemua Wakil Ketua Stesen terlibat. Mesyuarat ini akan merupakan acara wajib setiap 3 bln sekali.

Anonymous said...

Urusetia perjumpaan bulanan ini telah diketuai oleh Pn Nabsiah Bahar, selaku PPRD Bahagian Pengembangan.Didalam mjlis ini bnyak ilmu yg sy perolehi,contohnya sperti demo cara-cara cantasan anak pokok getah dilakukan.Sy amat tertarik dengan demo yg ditunjukkan.

Anonymous said...

Terdapat 3 jenis cantasan yg dilakukan thdp anak pokok getah.

1-cantasan liar
2-cantasan pembetulan
3-cantasan terkawal

Tujuan cantasan ini dilakukan adalah utk menggalakan penumbuhan dahan pokok getah itu seperti:-

-utk mendapatkan keseimbangan pokok( jika tidak pokok getah tersebut akan tumbuh bercabang)
- sbg mmberi daya tahan kepada pokok tersebut.
- utk memendekkan masa remaja pokok tersebut,tempoh matang adalah 18 inci pada usia 4 stgh thn..

Anonymous said...

maaf prof, minggu 4 ni cerita sy lmbt keluar.:(

Anonymous said...

Dalam Mjlis tersebut, Pegawai RISDA memberi komen ttg pencapai RISDA KK setakat ini.Tumpuan pertama yg diusulkan ialah berkaitan tahap produktiviti semasa. Beliau mengatakan amalan teknologi yang dikaitkan dgn faktor peningkatan produktiviti ini dikatakan kurang diketahui oleh pekerja RISDA K.K ini.Ini adalah disebabkan sikap pekerja yg kurang memberikan komitmen trhadap sesuatu tugas serta tidak bersungguh dalam menyelesaikan sesuatu tugas yg diberikan.

Anonymous said...

Tumpuan kedua ialah:Projek berkumpulan.Melalui kerja scara bkumpulan ini, tahap produktiviti RISDA dapat dpertingkatkan lagi, dengan syarat seluruh pekerja RISDA K.K tersebut memberikan komitmen yg bersungguh2.

Tumpuan ketiga: pemasaran& pemprosesan
Beliau menasihatkan kpd pekerja khasnya di Depo&Pusat Timbang Stor(PTS) agar mengawasi penjualan harga getah.

Anonymous said...

MASALAH yg timbul.Terdapat pekebun kecil yang tertipu dgn pihak pembeli yg tidak btggungjwab.Ini krn terdapat p.kecil yg mnjual getah pada harga yg jauh lebih murah sedangkan sepatutnya harga getah tersebut adalah melebihi hrga yg dijual itu.

Anonymous said...

Sebagai Langkah Penyelesaiannya-
Pusat-pusat timbang diadakan untuk mgawal hrga getah selain dapat menghindari pekebun kecil tersebut dari ditipu oleh pembeli.

Disamping itu,prestasi tempoh keremajaan pokok juga perlu diambil berat kerana lgkah tersebut dpt menyumbang kepada penigkatan pemasarannya(jimat tempoh masa).

Anonymous said...

Pegawai RISDA juga turut memaklukan bahawa Kursus insitu akan diadakan dari masa kesemasa di bilik Mesyuarat tersebut, ianya adalah sebagai usaha mningkatkan lagi tahap pengetahuan para pekerja.Cara-cara catasan dan kawalan rumpai merupakan tajuk demo (kursus insitu) pada kali ini.

Selain daripada ilmu catasan anak pokok,sy juga telah mmpelajari ilmu ttg KAWalan Rumpai yg xpnh tfikir pun sblm ni.Pekerja RISDA telah ILmu tersebut sy kongsikan disini sbg pengetahuan sampingan.

Kawalan Rumpai Di Ladang Getah,
matlamat nya adalah 4 stgh tahun-utk keremajaan anak getah.Terdapat pelbagai kaedah kawalan tersebut antaranya ialah:
1) kaedah kawalan biologi,
2) kaedah normal(kelemahannya adalah banyak tenaga yang digunakan berbanding yg lain),
3) kaedah kimia(cntoh jenis,neuron,paraquat.

Terdapat juga kelas-kelas racun mengikut kelas iaitu,
1) 1A-hitam(adalah yang paling
bahaya.
2) 1B-merah
3) KELAS 2-kuning
4) kelas 3-biru

prof madya dr abd halim ahmad said...

belum baca lagi

Anonymous said...

27/6/2008

8.00 pagi-mendengar ceramah.Di ikuti pula taklimat bersama wakil daripada public mutual insurans ttg kebaikan yang akan dipeolehi kepada para pekerja sebagai perlindungan jaminan masa hadapan.

9.00 pagi
Mendapatkan keterangan daripada ketua unit tentang maklumat organisasi untuk melengkapkan laporan awal. Ketua unit tersebut telah memberikan maklumat tentang senarai anak-anak syarikat yang ditubuhkan dibaeah RISDA.

Catatan: keadaan pejabat pada hari ini agak sibuk dengan persiapan sebagai tuan rumah bagi pertandingan Dart pada hari esok.

Anonymous said...

Minggu 5
30/6/2008
8.00 pagi-hadir seperti biasa.

8.15 pagi
Saya menerima arahan daripada Penolong Kewangan RISDA iaitu Cik Asiah Abd. Karim untuk menndraf surat dan menaipnya.Disebabkan kakitangan yang bertugas menyediakan surat cuti,tugas tersebut telah diarahkan kepada saya untuk melaksanakannya sehingga saya tidak berganjak dari bilik komputer hingga kepetang..

Anonymous said...

1/7/2008
8.00pagi
Mendengar tazkirah selama 10 minit.Kemudian sy menyambung semula kerja yang tertangguh pada hari sebelumnya. Nasib baik kerani yang bertugas membuat surat hadir pada hari ini, jadi saya hanya menyelesaikan surat saya yang tidak siap semalamnya.

10.00 pagi
Pegawai Kanan Akauntan(PKA) mengarahkan saya untuk menyemak sistem kewangan RISDA, Beliau terlebih dahulu mengajar saya cara bagaimana untuk memasuki Sistem tersebut dan memasukan data.Penyemakkan tersebut bertujuan untuk mengelakkan dari berlaku kesilapan mengeluarkan jumlah wang.

Setiap butiran mengenai pemilik (pekebun kecil)seperti no akaun, no kad pengenalan,penama, no geran tanah dll akan disemak terlebih dahulu sebelum proses mengeluarkan sesuatu jumlah.

12.00 tghari
Seterusnya saya diarahkan pula membuat mini mesyuarat untuk diedarkan kepada ahli yang terlibat dengan mesyuarat 2P pada keesokan harinya.

Anonymous said...

2.30 petang
saya diarahkan untuk pergi ke bahagian Stesen RISDA untuk menghantar borang penyertaan pertandingan stesen terbaik kepada pihak yang berkenaan.Pertandingan ini merupakan salah satu kategri yang dipertandingkan dalam pertandingan KMK pada tahun ini.

Anonymous said...

4.00 petang
Membuat checklist baki perubatan pekerja menggunakan excel. Setiap pekerja akan di bekalkan sebanyak rm 750.00 setahun.Perbelanjaan bulanan dan baki yang tinggal akan direkodkan.Setelah kerja selesai,saya menghantarnya ke unit perancangan untuk tindakan selanjutnya.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Dah semak laporan. Sila baikkki

1. Tiada pengenalan
2. Tiada kesimpulan
3. Tak elok tajuk mula dengan LOGO tanpa huraian
4. Ada tak cerita kat bahagian mana ditempatkan dlm laporan tu?

prof madya dr abd halim ahmad said...

satu lagi...

RUJUKAN tak ada pun....catat dari sumber mana diambil latarbelakang risda dan maklumat maklumat yg lain tu

Anonymous said...

2/7/2008-Rabu
8.00pg-mnyambung semula kerja yg ttangguh semalam..
Penolong Akaun(PKA) mengarahkan sy mmbuat semakan thadp sistem kewangan RISDA melalui SMPK.Segala butiran mengenai pemilik dapat dilihat, ianya sebagai langkah mengelakkan berlaku sebarang kesilapan .Selain itu sy juga diarahkan utk mmbuat krtas minit mesyuarat..dan diedarkan kepada seluruh kakitangan yg tlibat...

Anonymous said...

3/7/2008-Khamis
tempat-Pusat Timbang Sawit,S.Siput.
Aktiviti- Menghadiri perasmian Pusat Timbang Sawit yang baru dibuka oleh RISDA di s.Siput.
-Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan perasmian Tim.PRD RISDA K.Kangsar- Pn.Noraziah Bt.Othman. Majlis ini turut disertai oleh P.Kecil sekitarnya.
Tujuan penubuhan Pusat ini adalah supaya pekebun kecil mndapat harga yg terbaik n sepatutnya. dan sebagai lgkah utk memastikan mereka mndapat hak yg sepatutnya.hal ini adalah berikutan wujud sebelum ini masalah harga yg jauh lebih rendah yg dikenakan oleh individu yg tidak btggungjawab kpd p;kecil.sebgai akibatnya golongan P.Kecil ini tertipu.

Anonymous said...

4/7/2008-Jumaat
Mengemaskini bilik fail, mmbuat surat serta merekod surat keluar di dlm buku rekod surat pejabat.
-Selain itu sy juga mmbantu staf mmasukkan surat-surat utk edaran kpd p.Kecil.
-Mmbuat claim /tuntutan elaun pkerja...


minggu 6

7/7/2008
Tempat-Pej.RISDA.
Update file yg belum selesai.Hari ini Pej.RISDA akan dilawati oleh Peg.RISDA Negeri semp[ena pertandingan yg akan diadakan (Anugerah Kualiti )
- Fotostat dan binding nota taklimat Anugerah Kualiti Pusat tggungjawab Terbaik 2008.Nota ini akan diserahkan kpd peg. yg akan melawat .
-Mmbantu mengira jumlah bayaran aliran bulanan yg diberikan kpd P.Kecil.

Anonymous said...

8/7/2008
Membuat memo pengesahan jawatan seorang kakitangan RISDA, Membantu dan mempelajari cara bagaimana laporan bhgn perubatan bagi kakitangan RISDA dibuat.
-Cop dan semak sama ada bayaran ansuran bantuan yg diberikan kpd p.kecil itu betul.

9/7/2008
Tempat- kg.beluru.k.kangsar
aktiviti- memyertai kursus yang dianjurkan oleh RISDA iaitu kursus mmbuat kuih bahulu.
- kursus ini dianjurkan oleh p.kecil sendiri yg mana merupakan pemilik Titik peluh Interprise yg telah mgusahakan pernigaan bahulu komersial.
-Pekebun Kecil ini diberi bantuan kewangan oleh RISDA sbg lgkah utk mmbangunkan perniagaannya.Bantuan tersebut digunakan sbg modal utk mmbeli oven utk mmbakar bahulu, mesin pemutar atau pmukul telur dan gula serta kos mndirikan bengkel kecil di hadapan rumahnya.-
- Seterusnya sy membantu staf mnyelesaikan urusan filling.

Anonymous said...

10/7/2008
Mmbantu staf mnyediakan surat dan memasukkan data pkerja dlm fail maklumat peribadi masing-masing.

tempat- Bilik fail
mmbuat label pada setiap buku rekod pekerja.Label tersebut ialah maklumat ttg pilihan umur persaraan pilihan.
Mmbuat claim pekerja. setiap prjalanan dicatitkan utk dikeluarkan bayaran.

11/7/2008
-Bilik mesyuarat
mencatat kedatangan pkerja.
- Pada hari ini PRD telah mgumumkan RISDA K.K telah memenangi sejumlah besar kategori yg dipertandingkan.antaranya:
1) Pgurusan pntadbiran terbaik
2) Pgurusan fail terbaik
3) Pejabat stesen terbaik
4) pembantu pertanian terbaik..

Pada sebelah ptgnya sy mengikut slh sdeorag staf RISDA iaitu Pn Zaliha ke Dwn Org Ramai Kg Beluru bagi mnjayakan kursus menagajar memasak( Puding Kelapa. Kursus ini diajarkan kpd p.kecil dgn harapan mereka dpt mengaplikasikan ilmu yg diajar itu..

Anonymous said...

minggu 7
14/7/2008
Tempat( Unit Pengembangan)
Menyusun page( Folio) sbg penyertaan Anugerah Kualiti. Folio tersebutb akan dihantar ke Ibu Pejabat K.Lumpur.
- Sy diarahkan mmbuat pnggilan kpd p.Kecil utk mmaklumkan ttg maklumat kursus yg bakal mereka sertai.
-Binding' folio tersebut sebelum dihantar ke PRN dan Pej Huk di K.L utk disemak.

15/7/2008
Mendengar serba sedikit penerangan dari En. Helmi. ttg peranan unit pengembangan.
-Mmbuat 'Powerpoint' utk Anugerah Kualiti Unit Pengembangan'..

16/7/2008
-Menyediakan powerpoint.
-Membuat semakan nama p.kecil dan ID Kebun pada borang permohonan.
-Membuat salinan kad maklumat p.kecil antara butiran yg terdapat pada kad tersebut seperti nama, ID kebun& pekebun, jumlah lot dan luas hektar yg dibayar.
-MMbantu Penolong Pegawai Perancangan Pn Nurfitri Elfina Zafri. mnyemak maklumat P.Kecil di dalam sistem SMPK.

Anonymous said...

minggu8
25/7/2008
Mendengar ceramah.
Mmbuat surat Jemputan untuk diedarkan kpd p.kecil,filling, menyemak rekod p.kecil.

surat jemputan tersebut akan diedarkan kpd peserta kursus Penyelia Berkesan yg akan diadakan dibeberapa tempat yg dipilih.

Anonymous said...

minggu 9

8.00pagi
tempat- IKPK Pdg rengas.
Menghadiri kursus Insitu bersama kakitangan RISDA yg lain.
Aktiviti- Mengisi tanah di dlm polibag utk ditanam benih pokok getah. Sebanyak 2 ribu lebih polibag yang berjaya dihasilkan berkat kerjasama daripada seluruh warga RISDA K.Kangsar tersebut..Melalui aktiviti ini sy dapat lihat bagaimana proses penghasilan benih getah dijalankan..Walaupun keadaan cuaca ketika itu yg panas terik namun ahli ttp mmberikan sepenuh komitmen.

Anonymous said...

29/7/2008
8.00 pagi-3.00 ptg
membuat panggilan kpd PPR kawasan, untuk pemeriksaan kursus INSITU yg telah mereka jalankan ..setiap PPR wajib mengadakan sekurangnya 2 kursus dlm 1 bln.

30/7/2008

8.00
Taklimat dan tazkirah oleh ketua Unit Pentadbiran.

-Membuat pembetulan pada surat yang y ditaip semalam.
- membuat kertas kerja utk bengkel y akan diadakan di kuala kangsar, s.siput.

3.00 ptg
menjalani demontrasi membuat'facial muka' bersama pemilik SPA tersebut bertempat di Kg Tanah Merah.

31/7/2008
8.00 pg
membuat aturcara Bengkel Pemantauan Teknologi 3:3:1:3 yang akan diadakan di tiga tempat y basingan. bengkel tersebut btujuan utk mmantau tahap hasil kebun pekebun kecil.selain mengetahui apa permasalahan y wujud dikalangan mereka.

11.00 tgh hari..
mendapatkan tandatangan LO( Borang Pembekal peralatan) daripada Pn Noraziah.
- menghantar surat ke bilik Pegawai RISDA.

1/8/2008

8.00 pg
mendengar tazkirah /ceramah.
- jamuan perpisahan kakitangan
berpisah.

-membuat salinan surat utk diserahkan kpd En Abdullah.

-Membantu staff menyelesaikan kerja menyemak no lot dan kad pengenalan di dalam sistem RISDA.

- membuat filling...

Anonymous said...

Unit Stesen Kuala Kangsar.
8.00 pg( bilik gerakan)
mendengar tazkirah..

8.15 pg-10.00 pg
stesen K.Kangsar..
aktiviti: membuat 'powerpoint' bahagian stesen utk persediaan Perbentangan lawatan PRN pada 6 Ogos 2008.

2.30 ptg
aktiviti: membuat tinjauan ke kg kati utk melihat salah seorang pekebun kecil yang menjalankan projek mengusahakan kerepek. Kerepek tersebut adalah sebagai hasil sampingan kpd pekebun kecil bg mencapai target RM 2000 sebulan sampingan drpd tanaman utamanya getah/sawit.

catatan: pekebun kecil tersebut telah menjalankan projek tersebut sebagaimana bantuan yg telah dipohon dan menampakkan kesungguhan yang tinggi.

Anonymous said...

5/8/2008
8.15 pg.
tempat: Pej Stesen Kuala Kangsar.
aktiviti: membuat semakan Lot Tnh pekebun kecil.selain itu turut membuat 'excel' senarai peserta PPG, senarai peserta getah tua, peserta kursus.

- membantu menyiapkan powerpoint Unit stesen utk diserahkan kpd PRN.
-mmbuat salinan folio.
- menulis senarai nama pekebun kecil pada surat jemputan kursus program Pemantauan 3:3:1:3.
RISDA. Bengkel tersebut akan diadakan pada 13 hb Ogos 2008 di Dwn Kg. Basong. Kuala Kangsar.

catatan: keadaan di pej. agak sibuk dgn kerja2 menyelesaikan tugas y diberikan. Kakitangan memberikan sepenuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas y diberikan.

Anonymous said...

6/8/2008
9.00 pg
mengemaskini fail pekebun kecil.
- membantu staff menulis alamat dan nama pekebun kecil.
- mengedar surat ke bahagian pentadbiran utk di pos.
- membantu menyediakan powerpoint utk perbentangan yang akan berlangsung esok.

10.00 pg
mengikut salah seorang PPR membuat survey alatan( mesin memproses tepung dan membeli barang-barang utk persediaan kursus membuat tau fuu faa kepada pekebun kecil.

Anonymous said...

7/8/2008
8.00 pg
aktiviti: mendengar tazkirah.

8.15- 5.30 ptg (Kg Periang)
- Mengikut PPR (En. Roslan Ali) melawat pekebun kecil dan kebunnya.
- membuat ukur lilit pokok getah, pokok getah tersebut diperiksa selepas 13 bulan drpd tarikh tanam dan menurut pegawai tersebut ukuran lilit pokok getah tersebut perlulah mencapai lebih 15 cm utk membolehkan ianya mendapat kelulusan bantuan ketiga.Utk pengetahuan semua RISDA menyediakan bantuan sebanyak 6 kali utk proses tanam semula getah dan 4 kali bagi tanaman sawit.
Selain mencapai ukur lilit lebih 15 cm, pekebun kecil juga perlu mematuhi syarat-syarat y telah pihak RISDA tetapkan bagi melancarkan proses kelulusan tanaman mereka.

Anonymous said...

- mengikut Penolong Pegawai RISDA & Pembantu Pertanian melawat 2 projek AET ( Aktiviti Ekonomi Tambahan) di Kg.Karai dan Kg. Sauk. Projek tersebut melibatkan penternakan Lembu dan Kambing. Pekebun Kecil tersebut memberikan sepenuh komitmen dan amat bersungguh.

- Menyertai kursus Penanaman Semula di Kg. Bendang Selinsing yg dihadiri oleh pekebun-pekebun kecil yang telah mendapat kelulusan bg permohonan tanam semulanya.

Anonymous said...

8/8/2008
Tempat: Bilik Gerakan
Mendengar ceramah daripada Ustaz Anuar./Perjumpaan bulanan yang ke 4./ sambutan hari lahir staf RISDA dr bln 6-9.

catatan: Semua ahli memberikan kerjasama yang baik.

3.30 ptg
Mencatit rekod pekebun kecil ( No Lot dan keluasan)
- memeriksa fail pekebu kecil.
-membuat rekod PPG( Pengekalan Produktiviti Getah).
- Menghantar surat ke Bahagian Pentadbiran..

Anonymous said...

ana sory la eyna tak reply masj...eyna tak de kredit ar...