JURUTERA DAERAH
Jabatan Kerja Raya Hulu Perak33300 Grik, Perak.
Raudah,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.
28 comments:
salam prof
hari ini saya bersama rakan praktikum politeknik ditugaskan melihat ke tapak pembinaan blok SMK BATU 4 GERIK. Di sini dapat dipelajari cara menggunakan ukur aras, slumptest( bancuhan konkrit) dan pad footing (konkrit asas)
prof, laporan yg perlu dihantar hujung bulan enam ini boleh tak diletak beberapa gambar latar belakang organisasi JKR?
bolehhh...
23\6
salam prof, hari ini saya ditugaskan melihat projek baikpulih cerun di lebuh raya timur barat (banding)Gerik....hakisan berpunca dari hujan lebat dan laluan gajah.......
prof, laporan untuk di hantar ke bulan jun sudah siap boleh tak saya menghantar awal dari tarikh 30 june.
hari ini semua kakitangan JKR GERIK sibuk gotong -royong berpindah mengangkut barang ke bangunan JKR yang baru.....jika berkesempatan prof boleh datang ke JKR yang baru
prof, saya bercadang untuk tema inovasi pengurusan saya ingin membuat tajuk tentang tahap kecekapan organisasi dalam mengurusan projek binaan jalan.....bahan2 untuk tajuk banyak saya perolehi.
23\6
ptg ini di JKR akan diadakan majlis tahlil atas kematian juruteknik penyelenggaraan EN.Azhar..
OK, boleh hantar awal.
OK, boleh buat tajuk itu.
Tak OK, sebab raudah tak banyak bercerita.Tulislah panjang-panjang macam rakan yang lain sebab semua bahan tulisan di sini akan dimasukkan dalam laporan praktikum sebagai Data Kualitatif atau Data Pemerhatian Kajian Kes. Umpamanya ceritakan apa yg raudah lihat,dengar dan rasa semasa pergi ke tapak projek. Macam mana nampak GAJAH dan bagaimana tahu ada GAJAH,elok diceritakan dengan detail.
salam prof....
saya dah attachment laporan bulan jun.Harap prof sudah menerimanya
Pendek sangat. Sila tanya rakan lain mcm mana nak tulis panjang.DiReject.
salam prof,
saya telah menghantar laporan yang telah dibuat pembetulan. harap prof menerimanya...
26 jun 2008
hari ini saya ditugaskan di bahagian kejuruteraan jalan jkr gerik. tugas saya hari ini ialah membuat laporan minit mesyuarat sukan yg akan di adakan pada minggu hadapan.perkara yang dipelajari ialah
-cadangn dan usul-usul yang dibangkitkan
-masalah lokasi pelaksanaan sukan yang perlu diberi cadangan, kos.
-kaedah menulis minit mesyuarat menggunakan kaedah yang betul
salam prof,
sy ingin mengetahui prof sudah menerima belum laporan bulan jun berkaitan dengan latar belakang organisasi yang telah saya buat pembetulan?
salam prof macam mane dengan laporan pertama saya prof...
salam prof,
sy di tempatkan di bahagian kejuruteraan jalan jkr gerik....di sini terdapat bebrapa operasi pengurusan seperti proses merekabentuk jalan, proses tender dan sebagainya..jadi, adakah setiap proses tersebut perlu dibuat INOVASI PENGURUSAN..?
saya boleh tak beri tunjuk ajar tentang laporan kedua ini.....terima kasih prof..
saya nak tahu adakah page untuk laporan ke dua ini sebanyak 20page-40page?
saya nak tahu adakah page untuk laporan ke dua ini sebanyak 20page-40page?
prof...jika setiap proses di bahagian sy di tempatkan mempunyai masalah..boleh tak kaitkan masalah tersebut dengan penyelesaian INOVASI PENGURUSAN ....?
saya telah berbincang dengan pembantu teknik EN ZAIRUL AZMIR,dia bersetuju membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya berkaitan inovasi pengurusan yang terdapat di bahagian kejuruteraan jalan iaitu bahagian saya di tempatkan...
prof, adakah INOVASI PENGURUSAN yang prof maksudkan seperti kaedah lama kepada kaedah baru, idea-idea yang bernas, tradisional kepada pengantian teknologi yang baru, moden,canggih.....adakah begitu prof?
Tersangat pandai raudah. Dikatakan inovasi,benda lama jadi baru,cara lama dijadikan cara baru. Adakah semua kena inovasi ? Kalau dah elok,cekap,berkesan buat apa nak diubah? Maka inovasi dibuat untuk benda dan aspek yang nampak lemah dan brmasalah sahaja,dengan tujuan menjadi benda itu, perkara itu atau cara itu menjadi baik dan berkesan
salam,
terima kasih prof...saya akan buat yang terbaik.jika ada masalah saya berharap prof dapat beri tunjuk ajar:)
Lama tak buat catatan ? kemana menghilang diri ? sudahkah siap laporan kedua ? apa isi nya ?
salam prof. sy dah try sent laporan penuh bab 1-5 tapi sent fail.semua page yang sy buat adalah 96 page sahaja.sent fail sebab melebihi 10.0 mb. ape perlu sy buat prof.adakah perlu untuk sy sent 1 persatu bab.
prof boleh tak saya hantar satu per satu bab sebab sy dah try cuba banyak kali dan banyak hari tak boleh sent dengan laporan penuh. jadi saya sent satu per satu bab ya prof. harap prof terima....
salam, prof sy telah pun menghantar laporan penuh praktikal harap prof sudi menerimanya....
Post a Comment