Sunday, June 08, 2008

Ou Sie Wan


PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI PERAK
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab30757 Ipoh, Perak.
Ou,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

75 comments:

pak ya said...

hai sie won....

Anonymous said...

Selamat pagi prof. Prof, sekarang saya ditempatkan di bahagian pembangunan tanah selama 2minggu. Minggu seterusnya saya akan ditempatkan di bahagian lain pula.latarbelakang organisasi dan latarbelakang bahagian pembangunan saya telah siap dan ingin submit kt prof tetapi minggu seterusnya saya akan ditempatkan ke bahagian lain pula So,untuk bab 1 bahagian 2(latarbelakang jabatan yang ditempatkan),adakah saya perlu tulis kedua-dua latarbelakang jabatan tersebut? .Terima kasih prof.

Anonymous said...

prof , saya dah seminggu di bahagian pembangunan tanah. saya hanya diberi fail-fail yang berkaitan dengan pembangunan tanah seperti pecah sempadan, pecah bahagian, tukar syarat, rizab dan hakmilik untuk dirujuk. pentadbir kanan tersebut memberitahu saya bahawa mrk tdk dpt bagi buat apa-apa kerja krn ia memerlukan proses yg panjang dan saya hanya berada di bahagian ini selama 2minggu shj.so, saya hanya diberi fail untuk rujuk. melalui fail tersebut, saya dapat lihat bgm proses setiap pembangunan tanah dijalankan dan terdapat juga kes dimana ia ditutup krn pemohon tdk memberi maklumat yg lengkap.

Anonymous said...

sie wan,

elok juga tulis kedua-dua bahagian

Anonymous said...

sie wan..
sy xde kerja ape pun. sy just tlg staff siapkan kerja mereka. sie wan dh tau ke nk buat tajuk apa?
sy br saja dpt penjelasn psl proses projek-projek yang akan dibuat.

Anonymous said...

Prof, hari ni saya dapat maklumat yg berkaitan dengan proses pentadbiran tanah. prof, saya nak tanya boleh tak saya masukkan maklumat lain spt penyitaan, kaveat(prosesnya), pengukuran tanah dan penyampaian dan penyiaran notis selain daripada apa yg prof cakap kt saya semalam?

Anonymous said...

boleh

Anonymous said...

Prof,hari ini saya tak diberi apa apa untuk buat.Pagi tadi sampai kt office saya berjumpa dengan CC pembangunan bagi mendapatkan maklumat mengenai proses pembangunan tanah. Beliau juga menjelaskan kepada saya tentang proses prmohonan tanah rizab. beliau telah meminjamkan buku ktn kepada saya untuk rujukan.

Anonymous said...

12 jun
hari ini saya seperti biasa tidak diberi tugas khusus. Saya hanya membaca buku mengenai pentadbiran tanah sambil mencari maklumat untuk menyiapkan laporan saya.sepanjang hari saya duduk di meja saya. Boring sangat sangat. Setiap hari buat benda yang sama dan hanya menunggu masa untuk balik...

Anonymous said...

hai prof.. Siewan nak tanya skrg siewan start buat objektif kajian, permasalahan kajian dan lepas tue email kt prof. boleh tak prof tolong semakkan? siewan sangat boring la kt sini prof.. Tak tahu nak buat apa...

Anonymous said...

13 Jun
saya tiba di PTG pada puku 7.50am.Seperti hari yang lain, saya tidak diberi kerja yang khusus. Saya menghabiskan masa saya dengan membaca buku KTN yang dipinjam oleh CC Yang kepada saya. hari ini saya tidak keluar rehat pagi. saya duduk di office dan salin maklumat yang berkaitan dengan pentadbiran tanah dimana ia akan dijadikan fokus untuk laporan saya. 12pm saya keluar rehat dan pada 2pm saya masuk ke dalam office kerana tidak tahu nak ke mana. suasana dalam office sunyi kerana masih awal lagi.

Anonymous said...

ok boleh tulis walaupun tak tahu apa yang nak dikaji

Anonymous said...

15 Jun
saya tiba di ptg pada 7.50am seperti biasa. Sepatutunya saya akan tukar ke bahagian lain tetapi pentadbir kanan yang uruskan iaitu Tuan Haji tidak datang kerana beliau sakit. So, saya anya kerani di sana dan puan tersebut suruh saya stay kt bahagian pembangunan dulu. Di bahagian pembangunan pula, CC Yanag tidak datang juga. So, saya tidak ada apa-apa kerja nak buat. Cuma merujuk fail sahaja

Anonymous said...

Good afternoon prof...Prof, saya dah berada di bahagian pembangunan tanah selama 2minggu. Dalam 2minggu ini, saya hanya melihat fail-fail dan maklumat yang berkaitan dengan Pentadbiran Tanah dan proses setiap permohonan. So, saya ingin buat kajian ke atas proses yang berkaitan dengan permohonan tanah. misalnya dari segi prosedurnya, masalah yang wujud semasa menguruskan sesuatu permohonan. Boleh saya minta nasihat dan pendapat prof? thx prof

Anonymous said...

Suasana di dalam office hari ini sangat sunyi kerana ramai staff yang cuti termasuklah CC Yang. Salah seorang staf memberitahu kami bahawa CC Yang terjatuh.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Boleh buat tajuk tu, tapi jangan lupa cari unsur-unsur inovasi

Anonymous said...

17 Jun
Hari ini saya tiba di ptg macam biasa iaitu pada 7.50am. pada pukul 8.15am, saya berjumpa dengan tn Haji yang uruskan jadual saya tetapi beliau tidak hadir. So, saya berjumpa dengan CC di bahagian pengurusan. CC tersebut arrange jadual untuk saya. Saya berada di sana lebih kurang 40 minit.hari ini adalah hari pertama saya ditempatkan di bahagian industri sehingga 27 jun. Saya berjumpa dengan penolong pengarah tanah dan galian bahagian industri iaitu en faizal. beliau memberitahu saya bahawa bahagian industri adalah menguruskan permohonan tanah kerajaan untuk tujuan industri dan pertanian. kemudian saya diberi fail yang bekaitan sebagai rujukan..Di bahagian industri, terdapat kaunter perkhidmatan untuk orang awam dan dapat dilihat dengan jelas. Hari ini ramai orang awam yang datang berurusan di kaunter tersebut. ramai orang yang menunggu untuk dilayan kerana hanya terdapat seorang staf saja yang handle.selepas waktu lunch, saya masuk balik office dan sambung melihat fail. Pada pukul 4.30pm masih terdapat orang awam yang datang untuk berurusan di kaunter tersebut. pukul 5pm, habis kerja dan balik.

Anonymous said...

Selamat sejahtera prof..Prof, hari itu saya menlayari internet dan cari maklumat yang berkaitan dengan tanah. So, saya ternampak satu website yang berkaitan dengan e-tanah. So, boleh tak saya gunakannya sebagai salah satu cadangan untuk meningkatkan pentadbiran tanah sebagai salah satu inovasi pengurusan? Thx prof

Anonymous said...

boleh sebagai literature review

Anonymous said...

18 Jun
hari ini hari kedua saya di bahagian industri. Hari ini CC Musa datang dan telah memperkenalkan staf kepada saya. rasa segan pula sbb 1 by 1 kenalkan. di bahagian ini, terdapat 5 orang staf lelaki dan yang selebihnya perempuan. Jumlah staf ialah sebanyak 22orang. Saya diberi fail yang berkaitan dengan hakmilik. CC Musa memberi penerangan kepada saya mengenai bahagian industri. di bahagian ini, mereka menguruskan permohonan tanah kerajaan, tanah milik, permohonan kuari, mengambil pasir sungai, industri seperti minyak dan IKS. semasa CC Musa menjelaskan kepada saya, ada orang awam yang datang dan tanya knp permohonannya ditolak. Kemudian CC memberitahu dia bahawa mereka perlu check fail tersebut. Saya pun berundur seketika kerana CC sibuk

Anonymous said...

19 Jun
aeperti biasa saya sampai di PTG pada pukul 7.50am. CC Musa tanya saya ok tak dengan fail-fail. kemudian saya baca fail yang berkaitan dengan pecah sempadan. Saya tak berapa fhm dan minta tunjuk ajar seorang kak di sana. beliau menjelaskan kpd saya. pemohon itu ialah sykt Malakoff Berhad yg inidin memohon pecah sempadan kepada 2 lot tanah. Pada pukul 10.15am,saya bersama dengan 2 student pratikal dari utm berjunpa dengan penyelia organisasi iaitu Tuan Haji. Kami memberi beliau tandatangan buku log. Dalam perjumpan itu, beliau menanya perkembangan kami di bahagian-bahagian kami. Selain itu, beliau juga memberi nasihat kepada kami mengenai kehidupan manusia. jika ada apa-apa masalah, beritahu beliau dan boleh dibawa berbincang. hari ini, perjumpaan kami boleh dikatakan amat best. Beliau seorang yang nice dan mesra. perjumpaan kami telah mengambil lebih kurang 1 1/2 jam. Kemudian kami balik ke bahagian masing-masing.

Anonymous said...

antara yang dapat saya lihat dlm fail hari ini ialah berkaitan dengan penyediaan hakmilik pecah sempadan dalam seksyen 137.Doukumen-dokumen yg perlu ialah seperti berikut:
-borang permohonan (1A)
-buku undang-undang tubuh sykt
-laporan tanah
-kertas ringkasan kelulusan
-surat kelulusan
-borang 5A
-resit-resit bayaran
-pelan pita ukur
-pindaan kertas ringkasan
-pindaan pelan pinta ukur
-sijil pengesahan dari Lembaga Jurukur
-permintaan ukur
-permohonan utk pendaftaran & pengeluaran hakmilik
-resit byran pendaftaran hakmilik
-lampiran A
-permohonan geran negeri/pajakna negeri
- resit byran tmbahan bagi hasil
-surat perlantikan juru ukur
-dlm/luar kwsan rizab
-draf hakmilik
-resit byran cukai tanah
-plan QT

Anonymous said...

20Jun
seperti biasa saya tiba di PTG pada pukul 7.50am. hari ini ada satu perhimpunan pagi di dewan PTG. Semua kakitanagan PTG dikehendaki menghadiri perhimpunan tersebut. iaa ber,mula dengan bacaan yasin dan melafazkan ikrar. kemudia Pengarah Tanah dan Galian iaitu Dato' Abu Zar bin Omar memberi sepatah dua ucapan. perhimpunan pagi itu diadakan sekali dalam sebulan. selain itu, kakitanagn awam diberi taklimat mengenai umur pencen dan ia bersurai pada pukul 10.30am. kemudian, saya balik ke bahagian industri dan sambung melihat fail yang berkaitan dengan permohonan mneyatukan tnah di dalam mukim Pengkalan Baharu Daerah manjung. pemohon adalah dari syarikat Segari Energy Venterus Sdn Bhd yang hendak menyaukan 4 plot tanh kpd 1 plot tanah.

Anonymous said...

23 Jun
saya tiba di PTG pada 7.45am hari ini. hari ini banyak staf yang cuti dan keadaan di dalam office amat sejuk. pada pukul 9am, saya berjumpa dengan penyelia organisasi iaitu Tuan Haji untuk menyusun semula jadual saya iaitu akan bertukar ke bahagian lain setiap 2minggu. kemudian,saya membaca fail mengenai perlombongan hari ini. salah seorang kak iaitu kak shikin meberi fail tersebut kpd saya.Fail tersebut adalah mengenai dengan permohonan untuk memperbaharui pajakan lombong.Sepanjang hari saya hanya membaca fail yang berkaitan dengan pajakan lombong.

Anonymous said...

afternoon prof.. Prof, tadi siewan lihat blog norsalfarina ayu.. Sie wan kaji aspek pentadbiran tanah dimana tajuk itu prof say boleh.

prof say kt blog sana:
"maksudnya faktor yang mempengaruhi pengurusan perlesenan yang cekap,efisien,cepat,tepat,sistematik dan pelanggan puas hati.

contoh aspek MASA - berapa lama proses lulus lesen, ada tak apa-apa inovasi yg dibuat untuk cepatkan masa.

contoh aspek KOS - jimat kos atau bertambah kos operasi,proses permohonan

contoh aspek PROSEDUR - birokrasi panjang tak, kena melalui berapa tahap jawatankuasa untuk diluluskan

contoh aspek MANUSIA - staf yang berkemahiran atau kurang,cukup bilangan staf dgn bilangan kerja

contoh aspek PEMANTAUAN, aspek PELANGGAN, aspek MAKLUMBALAS aspek bla bla bla......fikir lah sendiri.....

INOVASI ialah cara-cara lama diubah,dipinda,diperbaikki,ditokotambah,ditambahnilai, disemak, dikaji dan hasil nya ialah peningkatan output,produktiviti,kepuasan dan bla bla bla......"

so, adakah sie wan sama juga macam norsafarina ttp siewan dalam bahagian pengurusan proses pentadbiran tanah(pecah sempadan, pecah bahagi,tukar syarat, serahbalik dan beri milik semula, penyatuan tanah, rizab dan hakmilik)? sie wan ada tanya pandangan staf di sana dan mereka memberitahu sie wan bahawa bahagian pembangunan tanah mempunyai banyak maklumat yang boleh diperolehi. selain itu, siewan bnaayak merujuk fail-fail yang berkaitan dgn proses prmohonan tanah. Sie wan harap prof dapat memberi pandangan kpd sie wan. Thx prof

Anonymous said...

OK boleh, sila teruskan

Anonymous said...

ok prof.. sie wan akan teruskan bila laporan 1st sie wan dapat kelulusan dari prof..thx prof

Anonymous said...

i already email for u

Anonymous said...

24 Jun
Hari ini ,saya seperti biasa menjalani latihan praktikum di PTG.. Saya tiba di PTG pada pukul 7.45 hari ini. seperti hari yang lain, satya tidak diberi kerja yang khusus dan hanya merujuk fail yang berkaitan dengan industri. Awal pagi, kami menerima berita bahawa penyelia kami telah masuk wad dan dalam keadaan yang kritikal.Kami meminta kebenaran cc untuk keluar setengah awal jam iaitu 12.30pm ke hospital. kami menaiki bus awam ke Hospital Raja Permaisuri Bainun. Kami tiba di saana pada pukul 1pm dan segera mencari wad Tuan Haji. beliau dalamkeadaan yang tak berapa ok dan bernafas dengan bantuan oksigen. beliau susah untuk bercakap dan bernafas dan mengalami masalah jantung. pada pukul 3pm kami tiba di PTG kerana bus dtg lambat. Kemudian, saya membaca fail yang berkaitan dengan pengjuarian pula dan telah meminta tunjuk ajar kak syima untuk membantu saya memperbaiki laporan pertama saya. Masa berlalu dgn cepat dan dah pukul 5pm..harap Tuan Haji akan sembuh cepat dan dapat datang kerja di PTG macam biasa.

Anonymous said...

salam sejahtera prof.. terima kasih krn tolong sie wan menyemak laporan walaupun dah 2kali sie wan tak lulus. Sorry prof, sbb slalu menyusahkan prof.. Sie wan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam laporan sie wan

Anonymous said...

25 Jun
hari ini saya tiba di PTG pada pukul 7.50 am. saya tidak diberi kerja yang khusus. saya membaca nota yang berkenaan dgn proses kerja yang berkaitan dgn permohonan bagi menukar penjenisan tanah daripada pertanian kepada tapak perusahaan, permohonan melanjutkan tempoh pajakan tanah industri dan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah. saya juga menyalin nota tersebut untuk dijadikan rujukan kelak. setelah siap salin, saya merujuk fail yang berkaitan dgn perlombongan. oleh krn laporan pertama saya tidak lulus lagi, saya cuba meminta bantuan kak syima.masa berlalu dgn cepat dan akhirnya dah pukul 5pm. saya harap tuan haji akan cepat sembuh

Anonymous said...

26 Jun
hari ini saya tiba di PTG pada pukul 7.50am.saya bersama dengan student utmstudy kes mengenai permohonan melanjutkan tempoh pajakan bagi tanah industri dimana pemohon supaya temphnya yang telah tamat dilanjutkan. kerja melombong mestilah mendapat kebenaran daripada Pengarah Jabatan Mineral dan geosains. sebelum pajakan melombong didaftarkan, pemohon perlulah membuat perjanjian dengan dgn kerajaan perak dimana mereka perlu mengambus dan meratakan tempat lombong dijalankan.setelah mengkaji fail tersebut, saya menolong kak zakiah menaip senarai nama pemain bola jaring. masa dah sampai pukul 5pm dan saya pun balik

Anonymous said...

27 Jun
saay tiba di PTG awal sikit hari ini iaitu 7.40am. ramai staf tak datang lagi. dalam perjalanna saya pergi kerja, tedapat kemalangan berlaku di mana lori tersebut telah pandu ke jalan kereta lain lalu langgar antara satu sama lain. hari ini adalah hari terakhir saya berada di bahagian industri dan saya akan ke bahagian pembangunan pada minggu depan.saya melihat faik yang berkaitan dengan pengurangan premium kerana pemohon dikenakan bayaran premium yang sangat tinggi. keluaran tanah yang diluluskan ialah 2932m.masa berlalu dengan cepat. dah tiba masa untuk rehat iaitu 12.15pm. saya masuk ke pejabat pukul 2pm dan rehat-rehat. kemudian saya membantu pn zakiah menaip senarai nama pemain dan print sekali. hari ini saya menghabiskan masa saya dengan mencari maklumat yang berkaitan dengan inovasi di PTG dan saya mendapat 2inovasim yang mereka laksanakan.akhirnya dah pukul 5pm dan tiba masanya balik. esok boleh cuti.hehe

Anonymous said...

salam sejahtera prof.. prof, sie wan hari pergi cari maklumat mengenai inovasi kat PTG. Staf kat sana cakap ada PTG ada membuat pembaharuan dalam permohonan tanah tetapi ia tak dilaksanakan lagi. pembaharuan itu adalah membuat permohonan tanah melalui online dimana pemohon direct online dan pohon kemudian mereka akan hantar ke EXCO untuk mendapatkan pertimbangan sama ada lulus atau tolak. sistem itu memang ada dah cuma tak dilaksanakan lag. so, sie wan nak tanya boleh tak diambil kira sekali dalam inovasi, prof?

Anonymous said...

boleh

Anonymous said...

salam sejahtera prof.. sie wan nak tanya prof, if sie wan ambil laporan kemajuan di pembangunan tanah, sie wan ambil secara keseluruhan tahun 2007 atau the latest iaitu pada bulan april tahun 2008? dalam laporan kemajuan itu, dapat lihat berapa permohonan yang telah dibuat dalam pecah sempadan, pecah bahagi tanah, penyatuan tanah, rizab dan lain-lain. selain itu prof, sie wan dapat maklumat dari staf di sana. mereka say staf seringkali diberi kursus mengenai tanah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan tanah.

Anonymous said...

prof,hari ini sie wan start kt bahagian pembangunan selama 2minggu. kat sini, cc cakap mmg tak ada kerja yang boleh bagi buat kerana setiap prose yang mereka buat mesti kena betul-betul tahu ttg tanah, ktn dll. so mereka tak bagi kerja buat. sie wan risau markah dalam buku log sikit sbb tak tahu nak tulis apa dalam buku log selama 2minggu ni. boleh sie wan dapatkan nasihat dari prof?thx prof

Anonymous said...

Thx prof sbb telah menyemak n terima laporan sie wan. dalam draf kedua, sie tak berapa faham cara untuk membuat laporan ini, prof. sie wan harap prof beri tunjuk ajar kepada sie wan untuk siapkan laporan kedua ini.
thx prof

Anonymous said...

harap baca semula apa perlu buat Bulan Kedua dlm tulisan saya dulu tu

Anonymous said...

siewan buat la kajian dan pemerhatian sendiri wlpun tidak diberi kerja

Anonymous said...

thx atas nasihat prof..prof, dalam laporan kedua,means sie wan perlu masukkan prosedur-prosedur setiap proses pengurusan tanah serta operasi pengurusannya dari segi pembuatan keputusan dan kelulusan yang perlu dapat dari pihak yang tertentu. adakah macam tue prof? sie wan harap prof dapat bagi cadangan kpd sie wan. thx prof

Anonymous said...

OK teruskan dgn yg dicadangkan itu

Anonymous said...

1 julai
hari ini saya tiba di PTG pada pukul 7.48am. saya tidak diberi kerja yang khusus. saya cuba mendapatkan maklumat daripada kak shima ttg pembangunan tanah. kak syima telah memberikan buku yang berkenaan dengan permohonan tanah kepada saya. saya membaca buku itu. kemudian saya ke bahagian pengurusan dan tanya staf di sana sama ada tuan haji telah keluar wad atau belum. tuan haji masih berada di hospital. harap dia cepat sembuh. hari ini saya banyak menghabiskan masa dengan membuat laporan kedua saya. sekian

Anonymous said...

2 julai
saya tiba di PTG pada pukul 7.50am. saya tidak diberi kerja yang khusus. so, saya online dan cari maklumat untuk laporan saya. kemudian saya merujuk fail yang berkaitan dengan permohonan untuk memiliki tanah kerajaan bagi tujuan tapak bangunan perniagaan. permohonan ini diluluskan dan majlis bersetuju memberimilik kawasan itu kepada majlis daerah kinta barat dengan syarat-syarat tertentu. selain itu, pemohon perlu menjelaskan bayaran sebanyak rm291,512.00 dan permohonan ini akan dibawa ke EXCO. hari ini saya juga berkesempatan ke bahagian hasil kerana meneman kawan untuk membuat carian persendirian. di sana, terdapat 7kaunter tetapi hanya 3kaunter saja yang beroperasi. semasa kami membuat bayaran carian persendirian, terdapat staf yang ingin letak geran , yang datang ke kaunter tersebut dan staf tersebut marah dan cakap "saya masih da banyak yang kena buat, jangan tinggalkan kat sini. tunggu giliran". terkejut juga cara dia bbercakap. kemudian, saya balik ke bahagian saya dan membuat laporan saya.

Anonymous said...

salam sejahtera prof.Prof, buat sementara ini sie wan dapat beberapa inovasi yang dijalankan di PTG
1)dari sistem punch card ke e hadir iaitu kakitangan PTG dikehendaki scan jari(thumbprint). dalam sistem ini, kehadiran staf akan direkodkan dalam komputer
2) e-sptb
sistem ini ialah permohonan tanah melalui komputer tapi ia tidak dilaksanakan lagi
3)e-aduan
orang awam boleh membuat aduan mengenai permohonan tanah secara online

prof, apa yang sie wan senaraikan di atas dikira sebagai inovasi. mohon tunju ajar dari prof..thx prof

Anonymous said...

3 julai
saya tiba di PTG pada pulul 7.48am. sepanjang hari saya menghabiskan masa saya dengan taip laporan saya. saya tidak diberi kerja yang khusus. kemudian saya ke bahagian pengurusan untuk jumpa tn haji namun beliau masih mc. saya telah meminta kak syima untuk memperbetulkan ayat dalam laporan saya kerana ayat tersebut adalah bahasa yang digunakan dalam KTN.Kak syima bantu saya oleh ayat tersebut ke ayat biasa. saya sambung buat laporan saya. masa berlalu dengan cepat dan akhirnya dah pukul 5pm.masa balik, hujan turun dengan lebat

Anonymous said...

betul, senarai tu inovasi

Anonymous said...

morning prof... selama 2minggu di bahagian pembangunan, sie wan mmg tidak diberi kerja. so sie wan menghabiskan masa dengan buat laporan serta kumpul maklumat yang perlu. sie wan juga online cari maklumat. prof,sie wan juga dapat maklumat mengenai strategi yang dijalankan oleh negeri lain serta oleh kerajaan dalam pentadbiran tanah melalui laman web utusan malaysia. boleh tak sie wan masukkan juga strategi yang dijalankan itu?prof, setakat ni, apa yang siewan laporkan kt prof ada tak apa-apa masalah?if ada, sie wan akan baiki. thx prof

Anonymous said...

prof, sie wan ingin cadangkan supaya PTG Perak melaksanankan sistem inventori pentadbira tanah berkomputer(SIPTB).Sistem ini dilaksanakan di Johor ttp perak masih tak ada lagi. sistem ini dapat memudahkan orang awam mengetahui ttg ermohonan tanah nya dgn cepat dan tepat sbb semua maklumat mengenainya terdapat dalam satu pengkalan data.perlaksanaan sistem ini juga dapat mengelakkan daripada kehilangan fail atau maklumat pemohonan. so, sie wan rasa PTG Perak perlu juga mengambil langkah ini supaya urusan tanah dapat dilaksanakan dengan masa yang cepat. boleh sie wan minta tunjuk ajar dari prof?thx prof

Anonymous said...

sie wan..
:(

Anonymous said...

salam sejahtera prof...prof, laporan yang kedua ni, sie wan buat ttg setiap prosedur permohonan tanah, bayaran yang dikenakan serta syarat kelulusannya seperti pecah sempadan, pecah bahagi, tukar syarat, serah dan berimilik semula, penyauan tanah dan rizab. banyak pula mukasurat, prof.

Anonymous said...

4julai
hari ini saya tiba di PTG pada pukul 7.50am. di bahagian pembangunan, saya tidak diberi kerja. saya banyak menghabiskan masa dalam laporan saya. hari ini saya cuba meminta fail untuk dirujuk. saya merujuk fail yang berkaitan ttg permohonan memiliki tanah kerajaan untuk tujuan tapak stesen DVOR VPS ( pemancar penerbangan awam). permohonan ini telah diluluskan dgn syarat-syarat yang tertentu. di samping itu, permohonan telah mendapat kelulusan ukur secara percuma. pada 12.15pm, saya keluar rehat dan pukul 1pm saya dah masuk ke dalam office. saya sambung menaip laporan saya dan mekayari laman web serta blog praktikum. 5pm, balik

Anonymous said...

7 julai
saya tiba di PTG seperti biasa. minggu ini dah masuk minggu keenam saya berada di PTG. Di PTG tinggal saya dan seorang student pratikal sahaja. seorang student dah pulang ke UTM dan seorang lagi sampai minggu ini sahaja. saya singgah di bahagian hasil sekejap.di sana, saya dapat lihat keadaan tempat menunggu orang awam adalah mencukupi. terdapat tv. orang awam dapat lihat tv sementara menunggu gilirannya dilayan. kemudian saya balik ke bahagian pembangunan semula. saya melihat setiap prosedur pembangunan tanah dan cuba memahaminya. selepas itu, saya sambung menaip laporan saya dan melayari laman web untuk mencari maklumat tambahan.

Anonymous said...

8julai
saya tiba di PTG pada pukul 7.50am.pagi ini keadaan cuaca mendung. seperti biasa saya menyiapkan laporan saya. saya meminta tunjukajar dari kak syima mengenai cara permohonan tukar syarat tanah. kak syima menjelaskan kepada saya. dalam permohonan ini, persetujuan daripada pemegang gadaian adalah perlu dimana pemegang gadaian ini ialah pihak bank. sekiranya bank tidak bersetuju dengan permohonan tersebut, maka mereka perlu beri alasan yang munasabah. namun, kebiasaannya pihak bank akan bersetuju.selain itu, permohonan tukar syarat tanah memerlukan dokumen-dokumen seperti borang permohonan, salinan cukai tanah yang baru, carian rasmi, resit bayaran dan surat kebenaran daripada pemegang gadaian.kemudian, pentadbir tanah akan buat tindakan yang selanjutnya

Anonymous said...

9julai
saya tiba di PTG pada 7.52 am. lewat sikit. sepeti hari yang lain, saya membuat laporan saya sambil mencari maklumat. kak syima sentiasa membantu saya. dia akan cuba memperbetulkan ayat dalam laporan saya. ini kerana kebanyakan maklumat yang saya dapat adalah dalam buku KTN. Ayat yang digunakan adalah dalam ayat KTN dan sukar memahaminya. jadi, kak syima akan membantu saya mengubah ayat tersebut.hari ini saya terbaca satu kertan akhbar mengenai e-kadaster. ia merupakan salah satu cara yang digunakan untuk mengurangkan tempoh masa untuk memproses pengukuran hakmilik tanah daripada 2tahun kepada 2bulan. namun, ia tidak dilaksanakan di Perak.

Anonymous said...

prof, ini adalah keadaan di PTG dari segi masa, kos, prosedur dan manusia dalam pengurusan permohonan tanah

MASA: masa yang diambil untuk melaksanakan proses setiap permohonan tanah adalah tidak terhad. ia terpulang kepada maklumat yang dihantar oleh Pejabat Tanah. jika di EXCO, ia bergantung kpd brp lama fail berkenaan disemak utk dibawa ke mesyuarat EXCO dan seterusnya ke PTG dan ke Pejabat Tanah jika permohonanya lulus.

KOS: Kos operasi bertmbh dimana surat ulangan dikeluarkan selagi Pejabat Tanah tdk memberi maklumat yg lengkap. PTG akan berhubung terus dgn pihak bank atau Pejabat Tanah yg berkenaan sekiranya masih tak dpt maklumat yg lengkap. ini dpt jumatkan masa menunggu dan kos surat ulangan

PROSEDUR: setipa permohonan perlu meelalui banyak tahap pembuat keputusan. permohonan itu akn dihtr kpd cc,pptg, ketua penolong pengarah, mb dan exco.keputusan yg dibuat adalah sama ada tolak, lulus atau ditangguhkan utk siasatan lanjut

MANUSIA: staf adalah mencukupi. mereka sentiasa diberi kursus mengenai tanah. selai itu, PTG juga mengadakan kelas komputer,kelas bhs inggeris, mandarin dan kantonis.kesemua kelas ini dpt meningkatkan kefahaman dan pengetahuan di kalangan pekerja

Anonymous said...

14julai
hari ini saya ke bahagian penguatkuasaan &teknikal selama seminggu. saya melaporkan diri pada pukul 7.55am.kemudian saya dibawa berjumpa dengan En Azmi iaitu pegawai tanah dan kemudian dengan en shukri iaitu penolong pengarah tanah dan galian bahagian penguatkuasaan. minggu ni mereka semua menghadiri kursus siasata. bahagian ini kebanyakkannya adalah lelaki dan hanya ada 2perempuan sahaja.saya tidak diberi kerja yg khusu krn pegawai di sana menghadiri kursus. saya membantu seorg kerani menaip surat utk majlis penyampaian sijil kpd pegawai yg menghadiri kursus tersebut.keadaan di dalam pejabat adalah amat sunyi.

Anonymous said...

15julai
seperti biasa saya tiba di PTG pada pukul 7.55am. pagi ini rasa sejuk. sebelum semua pegawai menghadiri kursus, mereka akan berkumpul di pejabat dulu. bahagian ini bertanggungjawab dalam merobohkan rumah-rumah yang dibina di atas tanah kerajaan tanpa izin. kebanyakkan mereka akan beroperasi di luar. hari ini saya merjuk fail yang berkaitan dgn permohonan memindahkan batu granite atas lot 299i Mukim Pg Daerah Manjung. permohonannya diluluskan dengan syarat yang tertentu. antara syaratnya ialah permit 4c, bayaran royalti sebyk rm60,000 dan kuantiti yg dibenarkan adalah 30,000 metrik tan sahaja. selain itu, pemohon juga perlu menjelaskan bayaran buku doket iaitu sebanyak rm360.00. saya juga menolong kerani di sana menebuk lubang di fail serta masukkan surat-surat permohonan tanah

Anonymous said...

16 hari ini kesemua pegawai telah pergi menghadiri kursus siasatan yg diadakan di dewan PTG aras 3. saya mengemaskini buku log saya. kemudian saya membaca proses kerja permohonan laporan tanah.(skim perumahan dan industri). bahagian ini akan m menerima fail dan semak butir-butir dlm fail seperti pelan lokasi, laporan pelukis pelan dan ulasan jabatan. pegawai akn menhantar surat kpd pemohon utk menunjukkan kws yg dipohon. kemudian lawatan tanah akn dibuat dan setelah siap, laporan lengkap mengenai tanah itu akan disediakan. seterusnya fail akan dihantar kpd PPTK. selain itu, saya juga membaca fail yg berkenaan dgn permohonan mengeluarkan tanah merah atas sebahagian lot 3042 mukim Pg Bahru Daerah Manjung dan ia diluluskan.

Anonymous said...

17 julai
Hari ini saya telah merujuk fail yang berkenaan dengan permohonan kebenaran memindahkan bahan batu iaitu pasir sungai. Bahan batu yg hendak dikeluarkan adalah sebanyak 7,500 metrik tan dalam mukim Saiong. Permohonan ini telah diluluskan dgn beberapa syarat tertentu. Antara syarat yang dikenakan adalah pemohon dikenakan bayaran royalty sebanyak rm 7500, bayaran doket sebanyak rm90.00 dan bayaran deposit sebanyak rm 2000 dimana ia adalah dikekalkan. Sekiranya pemohon setuju dgn bayaran yg dikenakan, pemohon diberi tempoh selama 14hari utk menjelaskan bayran berkenaan. Selai itu, saya juga mmerujuk fail yg berkenaan dgn permohonan mengeluarkan tanah liat di Wilayah Kg Banjar Mukim Sitiawan dan permohonan ini juga telah diluluskan dgn syarat-syarat yg tertentu.

Anonymous said...

18 julai
Saya tiba di PTG pada pukul 7.50am. keadaan dalam pejabat amat sunyi. Hari ini saya melihat proses kerja mengenai penguatkuasaan bahan batu(seksyen 426KTN).pihak yang berkenaan akan sediakan jadual rondaan bulanan. Kemudian akan laporkan ke kws utk rondaan. Selepas itu, mrk akan beritahu pemandu utk bertolak dan sampai di kwsn yg berkenaan, pemeriksaan permit dan doket akan dilakukan oleh pegawai. Pegawai akn pastikan pembantu am rendah menjalankan tugas. Merekan akan mengarahkan pemegang permit memberhentikan opersai dan mengambil doket jika melanggar syarat permit 4C. Pegawai akan memeriksa laporan tangkapan yang telah disediakan oleh pewai penguatkuasa. Seterusnya, laporan itu akn disyorkan ke PTD. Akhirnya, catat ked lm rekod perlanggaran syarat permit 4C. masa yg selebihnya, saya membuat kerja saya sendiri. Hari ini adalah hari terakhir pegawai menghadiri kursus siasatan.

Anonymous said...

21 julai
Hari ini saya ke bahagian hakmilik pendaftaran. Saya tiba di PTG pada 7.45am dan terus melaporkan diri di bahgaian hakmilik. CC Badrul tak dating lagi. Jadi saya menunggu di sana. Kemudian CC dating. Dia memperkenalkan staf kepada saya. Kemudian CC guide saya mengenai perlupusan tanah, pengiraan cukai dan pendaftaran. Dia menjelaskan kepada saya dgn detail.. misalnya bagi bangunan kediaman, cukai yg dikenakan adalah RM0.43. jika luas sebuah rumah adalah sebanyak 121meter persegi, maka pengiraannya adalah seperti ini

121 x 0.43= RM 52.03
Namun begitu, cukai minimum yg dikenakan adalah sebanyak Rm 70. Oleh itu, pemilik tanah yg berkenaan perlu bayar sebanyak Rm 70

kemudian saya disuruh pergi ke bahagian kaunter dan mengikut seorg staf di sana utk melihat bagaimana urusan kaveat dijalankan. Hari ini banyak orang awam yg dating berurusan mengenai kaveat dan saya berpeluang melihat dokumen yg berkaitan dgn kaveat. Selepas rehat, saya balik ke tempat saya dan membaca fail meja yg berkenaan dgn tugas bahagian serta proses kerja bahgaian hakmilik. Di dalam bahagian ini terdapat sebuah bilik kebal dan bilik penjilidan. Pada waktu ptg pula, staf di sana masak bubur kacang hijau dgn durian. Mereka ajak saya makan. Tapai saya menolak dgn sopan krana saya tidak makan durian. Staf-staf di bahagian hakmilik mesra dan mereka sentiasa kelihatan sibuk krn bamyak kerja yg diuruskan. Masa berlalu dgn cpat. Pukul 5pm..balik

Anonymous said...

22julai
Saya tiba di PTG seperti biasa. Cuaca pada pagi ini mendung. Hari ini CC memberi penerangan mengenai surat kuasa wakil (PA),Qualified title(QT) dan final title(FT) kepada saya. Terdapat 3 kategoti PA iaitu individu, syarikat dan bank. Bayaran yg dikenakan utk pendaftaran QT adalah sebanyak RM 100 dan ia mesti didaftar sebelum perserahan dilakukan. OT adalah HSM dan HSD. Kemudian, CC menunjukkan cara memasukkan rekod mengenai pendaftaran PA melalui subsistem utility. Selepas rehat, saya membaca buku KTN mengenai QT dan FT. Saya juga diberi satu salinan mengenai kadar bayarann perkhidmatan bahagian pendaftaran serta warta kerajaan mengenai Kaedah-Kaedah Tanah Perak. Selain itu, saya juga melihat mengenai daftar surat amanah. Ia juga merupakan satu tugas pihak pendaftar. Ia didaftar untuk mengelakkan tanah tersebut terlepas kpd orang tertentu serta ia tidak dipertikaikan kelak.

Anonymous said...

23 julai
saya tiba di PTG mcm biasa.hari ini saya melihat fail yg berkenaan dgn permohonan geran. permohonan tersebut tidak memberi maklumat yg lengkap dan ini telah menybbkan permohoonan tersebut tak dpt diteruskan sehingga mereka memberikan maklumat yg dikehendaki. surat ulangan telah diberi namun tiada maklumbalas yg diberi. kemudian saya key in data untuk pendaftaran surat kuasa wakil dengan menggunakan subsistem utiliti.

Anonymous said...

24 julai
hari ini saya tiba awal di PTG iaitu pada pukul 7.45am. ramai staf yg tak datang lagi. tempat saya menjadi agak sempit krn terdapat byk fail yg masih belum diuruskan. menurut kak di sana, kesemua fail tersebut perlu buat surat ulangan namun iaakan dibuat jika terdapat masa yang lapang. kemudian, saya merujuk fail. dlm bayaran tertentu, terdapat beberapa kod. antaranya ialah kod 25- bayaran cukai thn pertama, kod 53 utk bayaran premium, kod 30 utk bayaran penyediaan dan pendaftaran suratan serta deraf.semua bayaran itu perlu dijelaskan sebelum sesuatu permohonan dilakukan. selepas rehat, cc meminta saya key in data lagi. selepas key in data, saya belajar dgn en faizal mengenai instrument urusniaga yg berkenaan dgn gadaian, melepaskan gadaian dan pindahmilik tanah. borang yg digunakan utk gadaian ialah borang 16A, utk melepaskan gadaian ialah borang 16 N dan borang 14A utk pindah milik tanah. masa berlalu dgn cepat, dah pukul 5pm.balik

Anonymous said...

25 julai
hari ini ada perhimpunan pagi. tn zul telah memeberi taklimat mengenai kod etika jabatan. perhimpunan ini habis pada pukul 9.30am.saya tdk diberi kerja yg khusus hari ini. saya mengambil kesempatan ini utk bertanya kpd cc mengenai urusniaga yg dijalankan di bahagian hakmilik.cc telah menerangkan kpd saya mengenai kaveat..masa yg selebihnya saya buat kerja saya sendiri. saya cuba mencari maklumat ttg masalah di bahagian pembangunan

Anonymous said...

28 julai
minggu kelapan saya berada di PTG. hari ini saya belajar dengan kak kal. kak kal menjelaskan kepada saya mengenai urusniaga serta menunjukkan dokumen yang berkaitan. ia adalah berkaitan dengan pindahmilik tanah, gadaian, melepaskan gadaian dan tukar nama. secara keseluruhannya, tugas kerani di bahagian hakmilik adalah menyemak dokumen yang diterima dan membuat dokumen verifikasi. sekiranya maklumat yg diberi adalah tdk lengkap, maka ia akan digantong selama 14hari. selepas 14 hari, ia akan ditolak. sekiranya pemohon ingin membuat permohonan semula, dia perlu membuat bayaran sekali. biasanya hari yg digantung itu adalah mengikut kuasa budi bicara pegawai tertentu.

Anonymous said...

29 julai
Hari ini saya belajar mengenai kaveat dengan kak liza tapi dia bz hari ini. Kemudian saya melihat senarai tugas pendaftar dan ketua kerani. Pendaftar adalah bertanggungjawab menyemak suratcara dan hakmilik, memasukkan memorial dlm dokumen hakmilik daftar dan keluaran serta menyediakan surat gantong atau tidak. Selain itu, ia juga mempunyai kuasa utk mengambil dan menyemak hakmilik daftar. Manakala tugas ketua kerani ialah menyelia kesemau perkara mengenai pendaftaran. Kemudian pendaftara hakmilik akan menandatangani semua memorial dan dokumen yang berkaitan. Selepas itu., saya belajar dgn cc badrul pula. Dia menjelaskan kepada saya mengenai carian, geran, pajakan negeri serta tugas pendaftar di bahagian hakmilik. Carian terdiri drp 2 iaitu carian rasmi iaitu ia digunakan utk urusan rasmi spt di bank dan mahkamah manakala carian persendirian ialah mengenai status terkini tanah tersebut. Selepas rehat, saya tiada kerja buat. Jadi, saya meminta kebenaran cc untuk ke bahagian pembangunan sekejap. Saya mencari maklumat utk laporan saya. Saya fotostat boring-borang untuk permohonan tanah. Kemudian saya berbincang menbenai masalah yang dihadapi semasa menguruskan sesuatu permohonan dengan kak shima. Masa berlalu dgn cepat. Pukul 5pm.


30 julai
Seperti biasa saya tiba di PTG. Hari ini saya belajar nmengenai kaveat dgn kak liza. Terdapat 4 jenis kaveat iaitu kaveat pebdaftar, kaveat persendirian, kaveat lien dan kaveat amanah. Kak liza menjelaskan mmengenai keempat-empat kaveat tersebut kpd saya serta menunjukkn fail mengenai penarikan kaveat. Terdapat kes dimana pemilik tanah enggan menerima notis penarikan kaveat. Dia boleh membawa kes tersebut ke mahkamah untuk melanjutkan tempoh kaveat tersebut. Selepas 2bulan, jika masih enggan menarik kaveat tersebut, notis tersebut akan digazetkan dan diwartakan dan jika selepas tempoh tersebut, kaveat tersebut akan ditarik secara automatik. Kemudian saya berjumpa dgn penyelai organinasi iaitu tn haji. Beliau memberi nasihat kepada saya. Perjumpaan kami mengambil masa selama satu jam.

31 julai
Apa yg boleh saya belajar di bahagian hakmilik dah abis belajar. Saya tidak tahau nak buat apa hari ini. Di bahagian ini, hanay seorang staf sahaja yg menguiruskan kaveat iaitu kak liza. Yang lain pula adalah menguruskan mengenai urusniaga seperti gadaian, pindahmilik tanah, mellepaskan gadaian dan tukar nama. Saya melihat fail yg berkaiatan dgn penatikan kaveat. Ini bermakna pengkaveat melepaskan segala sekatan atau halangan yang dimasukkan di atas hakmilik berkenaan. Kesannya adalah, segala sekatan ke atas urusniaga adalah terbatal. Selepas rehat, saya menolong cc key in data surat pemegang amanah. Hari ini adalah last day seorang staf di bahagian ini. Dia kaan mula bertugas di SUK.

Anonymous said...

31 julai
hari ini adalah hari terakhir saya berada di bahagain hakmilik pendaftaran. saya tiada kerja yang khusus. di sisni saya dapat belajar banyak daripada CC Badrul . saya dapat belajar mengenai pindahmilik tanah, gadaian, melepaskan gadaian, jenis-jenis kaveat serta proses kerjanya. di bahagian ini sentiasa kelhatan sibuk kerana banyak fail yang diterima dan kena layan orang awam yang datang berurusan.

4 ogos
Saya tiba di PTG pada pukul 7.47am dan terus melaporkan diri di bahagian hakmilik(penulisan). Cc Zakaria cuti 2 hari. Jadi Pn Rohani handle saya. Saya diberi fail meja yg berkenaan dgn hakmilik sementara baru. Bahgaian ini adalah merekod fail-fail yang diterima daripada bahagian perumaham dan industri. Kemudian saya merujuk fail yg berkenaan dengan skim perumahan di atas lot 40395 di Daerah Kinta. Pemohonn adalah Ramasamy a/l Thangaveloo dan Ho Chu Wei. Permohonan ini diluluskan dengan syarat sekurang-kurannya 3o unit lot dijual kepada bumiputera . lepas itu, saya belajar dengan kaka jamaliah mengenai proses kerja hakmilik sementara baru. Mereka akan menyemak kesemua maklumat yg diterima adalah lengkap dan kemudian merekodkannya. Fail akan dibuka untuk permohonan geran draf hakmilik dan Borang B2 digunakan. Seterusnya akan menampal pelan. Hakmilik diserahkan kpd pendaftar utk membuat pendaftaran. Selepas rehat, saya melihat fail berkenaan dengan permohonan pindaan pelan dengan melibatkan 34hakmilik dan ia diluluskan dengan syarat yang ditetapkan.


5 ogos
Hari ini saya belajar dengan kak du mengenai permohonan tukar syarat tanah dan pemberimilikan sebahagian tanah. Permohonan tukar syarat tanah dan pemberimilikan sebahagian tanah dudaftar dengan mengunakan system computer. Selepas rehat pula, saya belajar dengan kak ayu mengenai hakmilik hilang/rosak/penuh. Saya melihat faiol yang brerkaitan dengan pembaharuan hakmilik yang telah hilang atau rosak. Saya juga melihat boring yang perlu digunakan untuk permohonan tersebut. Pemohon perlu membuat bayaran yang telah ditetapkan.

6 ogos
Hari ini saya hanya membuat kerja saya sendiri pada watu pagi. Selepas rehat saya menghabiskan masa dengan menolong kak du mengasingkan borang permohonan pemberimilikan semula kepada 2 set dimana satu set adalah untuk pejabat tanah yg berkenaan dan 1 set lagi untuk simpanan PTG serta palang dekat geran yang lama. Masa berlalu dengan cepat. Dah pukul 5pm. Balik

7 ogos
Saya sambung membuat kerja saya semalam keran banyak lagiyang tak siap. Sebelum rehat, saaya dapat siapkan semua. Borang permohonan tersebut adalah telah diluluskan. Kemudian, saya kemaskinikan buku log saya dan singgah di bahagian pembangunan sekejap unruk berbincang dengan kak shima mengenai masalah yg dihadapi semasa menguruskan permohonan tanah yg diterima daripada pejabat tanah berkenaan.Saya teman kak shima ke bahagian hasil dimana ia menguruskan permohona yang memerlukan kelulusan MB Concern. Kak shima menjelaskan kepada saya bahawa kalau bangsa lain yang ingin menjual tamnahnya kepada bangsa lain, ia memerlukan kelulusan daripa MB manakala kalau tanah tersebut dijuak oleh bangsa yang sama, ia memerlukan kelulusan dato sahaja..

Anonymous said...

8 ogos
Saya tiba di PTG pada pukul 7.53 am.hari ini ada jualan pusanita di padang PTG. Pada pukul 9am, saya bersama kak shima turun untuk menyaksikan perasmuian oleh Dato PTG. Kemudian kami berkunjung ke gerai yang kenbanyakkan melibatkan diri adalah warga PTG. Selepas rehat, saya menghabiskan masa saya dengan menyiapkan laporan saya. CC Zakaria memberitahu kami bahawa minggu depan, isnin, MB akan dating buat lawatan kerja di PTG. Pukul 5pm, balik.


11 ogos
Seperti biasa saya tiba di PTG. Hari ini ada perhimpunan bersama dengan MB Perak iaitu YB Dato’ Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin. Ramai wartawan yang dating pada pagi ini. Dato Seri telah memberi ucapan yang berkenaan dengan pentadbiran tanah. Perhimpunan tersebut berakhir pada pukul 11am. Hari ini saya belajar mengenai hasil dan kiraan cukai dengan abang din. Dia ajar saya macam mana mengira cukai serta denda yang dikenakan kepada pemilik tanah jika lewat membayar cukai. Abang din adalah bertanggungjawab dalam hasil. Pemohon boleh membuat remitan iaitu pemansuhan pembayaran denda. Kelulusannya adalah dibuat oleh MB. Saya juga melihat fail yang berkaitan dengan permohonan remitan. Kemudian saya cuba mengira denda cukai tersebut. Pengiraannya adalah berdasarkan kepada kadar denda lewat yang dikenakan.


12 ogos
Saya tiba di PTG seperti biasa. Pn Rohanai menyuruh saya menghadiri kelas daftar hasil yang diajar oleh CC Nor. Cc adalah seorang pakar dalam bidang tanah. Saya pun mengikut abang din dan edi pergi kelas tersebut. Kelas itu dibuat di aras 3 dewan PTG. CC mangajar mengenai system SBPT serta hasil. Kelas itu bermula pada pukul 8.30am sehingga 10.30am. kemudian saya balik ke unit penilisan semula. Saya menyalin semula nota yang disalin tadi dan baca semula. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat laporan. Kemudian abang din memberi saya satu salinan mengenai cukai sewa dan menerangkan sedikit kepada saya. Sekiranya bayaran cukai tanah dibuuat sebelum sept. maka cukai tahun pertama(CTP) dikira mengikut tahun semasa manakla jika ia dibayar selepas sept, ia adalah mengikut kadar tahun yang berikutnya.

Anonymous said...

dalam beberapa hari, saya tak ada apa-apa buat. saya hanya buat laporan, sembang dengan staf dan online saja prof..semalam Dr Sharudin datang observed.Semuanya berjalan dengan lancar.

Anonymous said...

20 Ogos
Saya tiba di PTG agak lewat sikit hari ini. Hari ini saya ke bahagian hakmilik strata pula. Saya melaporkan diri dengan Penolong Pengarah Tanah dan Galian iaitu Cik Roziana bt. Akhiruddin. Di bahagian ini tedapat 6 orang staf lelaki dan 2 orang staf perempuan. Kak shima memberi buku yang berkenaan dengan Akta Hakmilik Strata kepada saya study. Hakmilik strata hanyakan dikeluarkan kepada unit di dalam satu bangunan atau tanah yang dipecah bahagi . kelayakan asas untuk bangunan yang layak pohon pecah bahagi bangunan untuk hakmilik strata ialah 2 tingkat atau lebih, tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap dan di atas tanah berimilik. Di dalam hakmilik strata terdapat sebuah badan pengurusan bagi menjaga bangunan tersebut. Sepanjang hari saya menghabiskan masa dengan membaca buku itu.

21 Ogos
Seperti biasa saya tiba di PTG. Saya diberi tugas untuk melipat geran hakmilik starata. Selepas rehat, saya membaca fail yang berkenaan dengan permohonan hakmilik strata . hakmilik-hakmilik yang telah didaftarkan , akan diadakan satu majlis taklimat ringkas dan penyerahan dokumen hakmilik strata. Pemohon perlu menghantar dua orang wakil dari pihaknya dan 2 orang wakil bagi pihak penduduk yg terlibat. Dulu, permohonan hamilik strata dibuat di Pejabat Tanah tapi sekarang ia terus dibuuat di PTG. Pada pukul 3pm, terdapat 4orang datang untuk menghadiri majlis taklimat ringkas serta penyerahkan dokumen hakmilik strata. Taklimat itu diadakan di bilik cik Roziana.

22 Ogos
Hari ini ada perhimpunan pagi yang diadakan pada setiap bulan. Perhimpunan tersebut habis pada pukul 10am. Hari ini saya tidak diberi apa-apa tugas. Saya menolong staf di sana melipat geran. Kak di sana memberitahu saya bahawa di bahagian ini tiada kera buat masa ini

25 Ogos
Pagi ini hujan dan keadaan di dalam pejabat sejuk. Dah masuk minggu ketiga belas saya berada di PTG. Saya membaca buku yang berkenaan dengan Perbadanan Pengurusan bagi bangunan skim strata. Ia diwujudkan secara automatic apabila buku daftar dibuka bagi bangunan yang telah dipecah bahagi . perbadanan ini danggotai oleh tuan punya petak serta keahliaannya akan betambah apabila urusan pindahmilik akan dilakukan.

26 Ogos
Saya tiba di PTG pada pukul 7.48am. semua staf menghadiri mesyuarat dengan pemaju pada pukul 9.30am. tinggal saya seorang di dalam pejabat. Saya melipat kesemua geran yang ada. Selepas rehat, saya tiada kerja buat. Saya berjumpa dgn penyelia untuk menandatangani buku log. Tuan haji bertanya saya macam mana di bahagian starata dan dia menyuruh saya ke bahagian pembangunan esok. Perjumpaan kami hanya mengambil masa selama 30 minit. Saya balik ke bahagian strata semula dan membuat borang soal selidik. Kemudian online melihat contoh borang soal selidik dan blog praktikum

Anonymous said...

27-29 ogos
saya masih berada di bahagian hakmilik strata. saya hanya menolong kak di sana melipat geran.

2sept
minggu ini saya ke bahagian hasil pula. saya terus melaporkan diri dengan cik aziana iaitu penolong pengarah tanah dan galian bahagian hasil. cik aziana meletakkan saya di bahagian kaunter. dia menyuruh saya melihat bagaimana transaksi silakukandi kaunter. kak na menyuruh saya mengira cek serta amaunnya. kemudian membuat cacatan di sebuah buku. pengawal bank akan datang 2 kali sehari untuk mengutip duit dan check tersebut. saya telah diberi tugas utk menklipkan resit bayaran dengan mengkiut nombor pemungut di salinan pembayar maybank. sepanjang hari saya menghabiskan masa membuat kerja itu

3-4sept
seperti biasa saya tiba di ptg. saya masih membuat kerja yang sama iaitu menklipkan resit bayaran dengan mengikut nombor pemungut di salinan pembayar maybank. masih ada banyak lagi yang perlu disiapkan

Anonymous said...

5 sept
seperti biasa saya tiba di PTG pada pukul 7.48am. pagi ini kak na memberikan slip pembayar maybank dan resit lain kpd saya. saya klipkan kedua-dua resit itu bersama mengikut nombor pemungut. kemudian saya mengira jumlah cek yang diterima semalam dan merekodkan di dalam sebuah buku. sepanjang hari saya menghabiskan masa dgn membuat kerja tersebut.

8-10 sept
saya balik emula ke bhgian pembangunan. di sini, saya tdk diberi kerja yang khusus. saya hanya mmebuat laporan saya dan melihat kak shima membuat kertas mmk

Anonymous said...

11-12 Sept
Seperti biasa saya tiba di PTG pada pukul 7.48am. cuaca pada pagi ini amat sejuk kerana hujan. Di bahagian pembangunan, saya tidak diberi tugas yang khusus kerana kebanyakan kakitangan di sana adalah membuat kertas ringkasan atau MMK. Saya memerhatikan cara membuat kertas MMK. Sebernanya tugas untuk memdraf kertas MMK adalah Tugas Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan. Nemun, format yang digunakan adalah tidak betul dan ini menyebabkan pembantu tadbir PTG membetulkan semuala kertas MMK tersebut sebelum dihantar kepada Dato’ PTG atau Exco unrtuk mendapatkan kelulusan. Kadang-kadang terdapat cc dari Pejabat daerah dan tanah yang berkenaan akan dating ke PTG untuk berbincang mengenai sesuatu permohonan tanah. Ereka dating dari Teluk Intan, Kuala Kangsar, taiping dll. Sepanjang hari saya menghabiskan masa dengan membuat kerja saya sendiri. Saya melayari laman web library uum untuk mencari contoh artikel.


15 Sept
Seperti biasa saya tiba di PTG. Masa berlalu lambat sangat kerana saya tidak diberi apa-apa untuk buat. Saya mengambil fail permohonan tanah dan lihat boring-borang atau dokumen yang diperlukan untuk sesuatu proses permohonan tanah. Dalam setiap permohonan tanah, pemohon dikehendaki menjelaskan bayaran tertentu terlebih dahulu. Terdapat juga kes di mana pemohon mendapat kelulusan ukur percuma. Dalam permohonan tersebut, permohonan tidak memberikan maklumat yang lengkap dan menyebabkan permohoann tersebut tidak dapat diteruskan sehinggalah kesemua maklumat yang diberi adalah lengkap. Pembantu tadbir perlu membuat surat ulangan skepada pejabat daerah dan tanah yang berkenaan supaya maklumat yang dikehemdaki perlulah diberi kepada pihak PTG supaya ia dapat diteruskan.

16 Sept
Hari ini saya melihat semula nota yang saya buat ketika berada di bahagain pendaftran. CC Badrul ada memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai pembangunan tanah.pembangunan banyak melibatkan tanah-tanah rizab seperti surau, masjid, tokong, sekolah dan lain-lain. CC telah memberi satu contoh iaitu padang. DBI akan selenggarakan dan ia adalah dikawal oleh SUK. Sesebuah persatuan adalah sebagai pemegang amanah tetapi haknya adalah terletak pada kerajaan. Sekiranya terdapat terdapat permintaan, gazet tersebut boleh dibubarkan diamna kerajaan akan batalkan dan luluskan untuk hakmilik pula. Ia adalah terpulang kepada sesuatu pertimbangan. Seterusnya permohonan itu akan dipanjangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan.

18 Sept
Hari ini saya tiba di PTG lewat sikit iaitu 7.52am. sepanjang hari saya menghabiskan masa dengan membuat kerja saya sendiri. Hari ini terdapat seorang public masuk ke dalam bahagian pembangunan. Menurut staf di sana, di bahagian pembangunan jarang sekali terdapat orang awam yang datang berurusan. Kebanyakkan permohonan mereka adalah datang terus dari Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan. Terdapat juga pemohon yang datang bertanyakan mengenai status permohonan tanah mereka namun permhonan tersebut masih berada di Exco untuk mendapatkan kelulusan dan ia tidak sampai lagi ke bahagain pembangunan. Permohonan yang paling banyak diterima adalah permohonan tukar syarat tanah.

19 Sept
Hari ini ada perhimpunan pagi ayng akan diadakan pada setiap bulan. Ia bermula pada pukul 8am di Aras 3, Dewan PTG. Selepas selesai perhimpunan tersebut, semua kakitangan pulang ke bahagian masing-masing. Saya dan kak syima melihat butir-butir mengenai ahli-ahli dlaam sebuah syarikat iaitu United Plantation yang terletak di teluk Intan. Syarikat tersebut ingin membuat permohonan pecah sempadan kepada 2 lot. Dalam permohonan tersebut, terdapat warga asing ( denmark) yang memegang jawatan sebagai Director Company. Selepas rehat terdapat seorang pemohon yang dating berurusan berkenaan dengan tapak stesen minyak. Untuk membuka sebuah stesen minyak, modal yang diperlukan adaalh amat banyak.

22--25 Sept
Saya tidak diberi kerja yang khusus. Saya banyak menghabiskan masa dengan membuat kerja saya sendiri. Saya mengedarkan borang soal selidik kepada pemohon yang dating berurusan di PTG. Kebanyakan pemohon yang dating berurusan adalah di bahagian industri dan perumahan. Ini kerana mereka menerima permohonan secara terus daripada pemohon manakala di bahagian pembangunan pula, permohonan adalah dibuat terus di Pejabat Daerah dan tanah yang berkenaan dan seterusnya ia akan dihantar ke bahagian pembangunan untuk proses selanjutnya.

26 Sept
Seperti biasa saya tiba di PTG. Masa berlalu dengan cepat, dah hari jumaat. saya memasukkan data yang dikumpul dari borang soal selidik ke dalam SPSS sambil melihat cara bagaimana memasukkan data daalm buku kerana telah lama tinggalkan subjek tersebut. saya telah meminta tunjuk ajar daripada seorang staf di sana mengenai cara membuat analisis kerana ia adalah bekas pelajar universiti. Selepas rehat, hujan turun dengan amat lebat. Hari ini banyak staf kerja last day. Banyak staf akan mula bercuti pada hari isnin. Sebelum balik, mereka saling bersalaman dan meminta maaf.