PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT
Daerah Kecil Sungai Siput (U)31100 Sungai Siput, Perak.
Amy Aswan,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.
78 comments:
2 JUN 2008
Pada Jam 7.45am saya telah sampai di Pejabat Tanah dan Daerah Sg. Siput. Saya terus berjumpa dengan CC Amin di Unit Hasil kerana pada minggu ini bos saya bercuti,tiada di pejabat. CC Amin telah memperkenalkan saya kepada semua staff dari unit bahagian hasil sehingga ke unit Pembangunan Luar Bandar (PLB).
Saya ditempatkan di bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB). Menurut CC Amin saya akan berada di unit ini untuk 2 bulan yang pertama dan 2 bulan yang berikutnya saya akan ditempatkan di unit hasil.
Pada hari pertama di sini, saya telah diajar bagaimana untuk 'membuka fail' oleh Encik Meor Syafiq. Encik Syafiq ialah pembantu tadbir disini. Saya juga telah membantu Encik Zaki memasukkan surat-sutar ke dalam fail yang telah disediaakan.
Setelah itu, saya juga membantu En. Salim iaitu Pembantu Rendah Awam disini merekodkan surat-surat yang diterima daripada organisasi lain. Saya cuba bertanya kepada staff disini kerja apa yang saya boleh lakukan untuk mendapat pengetahuan dan juga untuk mengisi masa saya sehingga jam 5petang..
Kesimpulannya,hari pertama amat membosankan...
3 JUN 2008
Hari kedua saya di Pejabat ini. Saya sudah mula menggunakan 'punch card',pengalaman pertama saya. Saya tiba di pejaabat pada jam 7.50am. Dari rumah saya ke tempat kerja mengambil masa selama 25minit untuk sampai.
Setelah punch card saya terus naik ke pejabat. Rasa gementar kerana saya masih tidak dapat 'click' dengan staff disini. Sangat membosankan pada hari ini. Saya bertanya kepada En. Syafiq kerja apa yang saya boleh lakukan. En. Syafiq memberi saya fail mengenai profail pejabat tanad dan daerah sg.siput dan juga laporan tahunan pejabat ini kepada saya.
Saya juga ada bertanyakan kepada staff lain kerja apa yang saya boleh bantu. Puan Lian iaitu Pembantu Tadbir senior disini kemudian meminta saya menaip nama-nama penghulu mukim sg.siput yang terbaru beserta dengan maklumat akaun bank mereka. Ramai penghulu disini telah meletakkan jawatan dan kemudian digantikan dengan penghulu yang baru berikutan dengan peralihan kuasa kepada kerajaan baru di perak.
4 JUN 2008
Pada jam 7.50am saya punch card. Saya terus ke pejabat. Tiada kerja untuk saya pada hari ini.
Saya mula terfikir jika tiada kerja apa yang boleh saya lakukan untuk mengisi masa saya sehingga jam 5petang, pasti sangat membosankan.
untuk mengelak hal itu terjadi, saya pun bertanyakan kepada Puan Ravathi ataupun dikenali sebagai Puan Ray samaada terdapat apa-apa kerja yang boleh dibuat ataupun tidak. Saya telah diberi tugas menyimpan resit-resit pembayaran yang telah dibuat oleh penyewa Rancangan Perumahan Awam di Rimba Panjang dan juga di Lasah di bawah penyeliaan Sg. Siput.
Dari pagi hingga ke petang saya mengasingkan dan menyimpan resit-resit tersebut kerana terlampau banyak. Resit-resit pembayaran yang diberikan kepada saya adalah dari tahun 2006 hingga 2008. Banyak tidak menjadi masalah kepada saya kerana saya dapat mengisi waktu pejabat saya dengan membuat kerja yang diberikan.
Dalam pada itu saya juga sempat bertanyakan kepada Cik Manorain mengenai projek-projek yang diseliakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Sg. Siput. Terdapat 2 projek iaitu PIA dan PIAS. PIA ialah Projek Infrastruktur Awam dan juga Projek Infrastruktur Asas
5 JUN 2008
Seperti biasa pada pukul 7.48am saya punch card, kemudian terus ke pejabat. Saya menyambung semula kerja-kerja semalam iaitu menyimpan semula kesemua resit-resit pembayaran yang telah dibuat oleh penghuni RPA.
Pada jam 10.15am setelah mendapat kebenaran daripada CC Roslan dan juga Tuan Haji Mad Dan, saya bersama-sama dengan juruteknik pejabat tanah di sini iaitu Intan Syafinaz pergi ke tapak projek di Mukim Kota Lama Kanan iaitu di Kampung Kota Lama Kanan untuk melihat projek pembinaan dewan serbaguna di kampung tersebut. Saya meninjau ke tapak-tapak projek di Mukim ini selama satu jam setengah.
Selepas pulang dari tapak projek,saya terus naik ke pejabat. Saya juga membantu Puan Lian menaip semula nama-nama penghulu Daerah Kecil Sg. Siput yang terkini.
Alhamdulillah, hari keempat saya disini saya telah mula mesra dengan staff seperti Intan Syafinaz, Shaliza Anum, En. Salim, Puan Ray.
6 JUN 2008
Hari kelima saya di pejabat tanah sg. siput. Pada jam 7.51am saya punch card dan kemudian terus ke pejabat. Pada jam 9.15am saya mengikuti Intan, Syafiq, Anum dan juga Kak Kala pergi sarapan pagi di Sungai Sejuk Sg. Siput.
Pada jam 10.45am saya mula kebosanan kerana tiada tugasan. Staff-staff di sini pun tidak mempunyai banyak kerja. Mereka amat sibuk dengan persiapan untuk ke Cameron Highlands pada 14 dan 15 Jun ini anjuran Pejabat Tanah dan Daerah Sg. Siput. Pelbagai aktiviti yang akan dilaksanakan. Saya hanya mendengar perbincangan mengenai hal ini oleh staff-staff.
Saya telah bertanyakan kepada Puan Aiza mengenai Laporan PIA dan PIAS dengan lebih lanjut lagi. Saya telah diberikan laporan PIA dan PIAS Mukim Sg. Siput dan juga Mukim Kota Lama. Projek Infrastruktur Awam (PIA) adalah seperti penyelenggaraan dan baikpulih masjid di Kampung Jalong oleh Hamzad Enterprise dan juga Masjid di Kg. Jaya Setia oleh Yadisa Enterprise. Manakala bagi Mukim Kota Lama Kanan pula ialah penyelenggaraan perpustakaan Desa Karai oleh CETT Services. Selain itu ialah projek membaikpulih dewan orang ramai di Kg. Setia.
assalamualaikum prof..
prof, saya tension disini. akak-akak staff suka sangat mengumpat. sakit telinga saya. mereka macam tiada kerja nak buat, keluar pejabat ikut suka-suka hati. mereka juga kerap mengajak saya keluar sama,tetapi saya menolak dengan baik. prof, adakan patut saya menolak atau saya boleh turut serta? Bos saya selalu tiada di pejabat..
nasihat dari prof amat bermakna buat saya. terima kasih prof.
9 JUN 2008
Minggu kedua saya di sini. hari ini saya terlewat tidak seperti selalu, saya tiba di pejabat pada pukul 7.55am.
Saya telah membantu En. Salim merekod surat-surat yang diterima daripada organisasi lain.
Tiada tugasan untuk saya buat pada hari ini. Saya telah diberitahu oleh Juruteknik bahawa esok hari iaitu pada 10 Jun saya akan ke tapak projek di Kuala Kangsar. Saya juga sempat menggantikan tempat operator Norlizawati buat sementara kerana dia ke bank urusan peribadi.
Saya juga menghabiskan masa saya pada hari ini dengan menaip catatan harian saya di dalam blog ini dan juga di dalam buku log saya sendiri.
Bagus cacatan Aswan. Mengenai staf yang suka mengumpat dan keluar ofis tu, pandai-pandai lah aswan membawa diri. Yang penting aswan catat apa sahaja yang berlaku. Juga Aswan sedang belajar realiti dalam alam pekerjaan.
assalamualaikum prof, saya ditempatkan di bahagian pentadbiran daerah di bawah unit PLB-pembangunan luar bandar dan juga di unit pentadbiran am. macam mana dengan report saya prof? adakah saya perlu menulis latar belakang bahagian pentadbiran daerah sahaja atau perlu dimasukkan bahagian tanah sekali prof? terima kasih prof
prof,
di bahagian pentadbiran daerah ini terdapat 4 unit iaitu unit perkhidamatan awam,pembangunan luar bandar, kewangan dan juga rancangan perumahan awam.
saya ditempatkan di bawah unit pembangunan luar bandar.boleh x sy masukkan latar blkg unit-unit lain selain PLB di bahagian pentadbiran daerah ini
Aswan, nak tulis bahagian manapun terpulang kepada aswan, asalkan ianya menarik. Apa yang menarik ? Yg menarik itu ialah adanya sistem pengurusan tertentu, iaitu cara-cara untuk mengurus sesuatu perkara. Kalau ada kaedah,cara tertentu, elok ditulis yang mungkin boleh dijadikan fokus kajin nanti. Cuba tengok ada tak isu kontroversi, ada isu yg bermasalah, ada perkara yang belum selesai. Dan mungkin selepas ini kita dapat jadikan ianya Permasalahan Kajian.
terima kasih prof..
pagi tadi saya ada ikut staff ke mukim kota lama kanan iaitu di kampung loh karai..sy di sana untuk lihat projek pembinaan longkang yang bermasalah di mana kelubung2 yang dibuat di dalam tanah itu pecah dan tanah runtuh.saya ada mengambil gambar tempat berkenaan.
10 JUN 2008
Punch card rosak lagi pada hari ini. saya tiba di pejabat pada jam 7.55am. Tiada kerja untuk saya pada hari ini. untuk tidak membuang masa begitu sahaja saya telah bertanyakan kepada En. Zaki ada apa2 yang boleh dibantu ataupun tidak untuk saya membantu beliau. En. Zaki telah memberi saya tugasan merekod surat-surat yang diterima pejabat Sg. Siput.
Selepas itu, pada pukul 10am, salah seorang staff di sini telah membawa saya ke Kampung Loh Karai di Mukim Kota Lama Kanan untuk melihat projek pembinaan surau. Surau tersebut telah pun digunakan. Kemudian saya juga telah dibawa ke tapak projek pembinaan longkang yang bermasalah di mana tanahnya rebak dan menyebabkan kelubung-kelubung runtuh dan pecah. kawasan ini bersebelahan dengan Sg. Perak.
longkang itu juga dilihat bertakung. permohonan peruntukan kecemasan akan dibuat untuk baikpulih longkang ini
Hai amy.. saya pun tak ada kerja nak buat. Hari ini saya dapatkan maklumat mengenai pembangunan tanah dengan CC saya di sini.
11 JUN 2008
Saya punch card pada jam 7.56am. Saya ke pejabat seperti biasa. shaliza anum iaitu salah seorang staff di sini tidak hadir. so, saya telah menggunakan pc beliaaau untuk membuat kerja-kerja saya seperti menyiapkan repot dan membuat catatan harian di blog ini. pada hari ini saya telah membantu staff-staff di sini menghidangkan makanan untuk tengah hari kerana En. Syafiq mengadakan majlis doa kesyukuran di pejabat ini pada jam 12.30pm.
selepas lunch hour, saya telah bertanyakan kepada En. Yasin mengenai projek-projek yang diambil oleh kontraktor dan bagaimana projek-projek itu diberikan kepada mereka. saya juga ada ambil beberapa fail tersebut untuk dibawa pulang untuk saya kaji.
pada jam 4pm, saya melakukan kerja fotostat. pertama kali menggunakan mesin fotostat. pertama kali menggunakan mesin fotostat di sini. pada pukul 5.03pm saya keluar pejabat
12 Jun 2008
Pada hari ini saya punch card pada jam 7.56am. kenapala saya rasa berat hati sangat nk ke pejabat ni. saya diberitahu bahawa pada jam 10am akan diadakan taklimat untuk semua staff tetap di sini. ini bermakna staff kontrak dan staff praktikal tidak terlibat.
semasa taklimat saya gunakan masa itu untuk online.
selepas taklimat berakhir,saya telah membantu staff di pejabat ini membalut hadiah-hadiah yang akan dibawa pada sabtu ini ke cameron highlands.pej ini mengadakan family's day di sana. saya tidak turut serta ke sana kerana ada urusan lain pada tarikh tersebut.
seperti semalam,saya juga melakukan kerja-kerja fotostat.
saya tidak keluar lunch pada hari ini. terasa seperti kehilangan.rindu dengan suasana di uum,ramai kawan. di sini tiada siapa yang saya boleh percaya untuk dijadikan kawan. xpe,4bulan sahaja..
saya tidak sabar tnggu jam5pm. nak balik......
13 JUN 2008
Saya tiba di pejabat pada jam 7.51am. tiada kerja untuk saya buat pada hari ini. saya hanya menghabiskan masa saya dengan membaca buku Akta Pengambilan Tanah iaitu buku saya sendiri demi tidak membuang masa begitu sahaja. pada jam 10.30am saya ke kantin untuk makan pagi. pada jam 11am intan mengajak saya ke tapak projek di kampung kota lama kanan iaitu projek pembinaan dewan serbaguna. saya ke sana setelah mendapat persetujuan daripada en.zainal mokhtar iaitu penolong pegawai tadbir di pejabat ini.
pada jam 12.30pm saya tiba di pejabat. 12.15-2.45pm merupakan masa rehat di sini, intan dan anum telah membawa saya makan di kuala kangsar. pada jam 3pm saya tiba di pejabat. saya amat risau kerana terlewat 15minit.
Perasaan sunyi dan boring wujud bila kita tidak ada matlamat, ataupun mempunyai sedikit sangat matlamat.
Tetapkan matlamat untuk hantar laporan pertama seawal yang mungkin,bukannya 30 jun. Itu sasarannya.
Matlamat seterusnya untuk mencari masalah kajian yang sebenar. Caranya browse dalam internet kajian-kajian yang relevan dalam organisasi.
Matlamat lain ialah untuk menguasai dan memahami perjalanan pengurusan dan pentadbiran pejabat ini dengan lebih mendalam sehinggakan semua selok belok urusan pejabat ini telah berada dalam genggaman tangan kita seolah-olah kita menjadi ADO
Malahan kita mempunyai idea-idea bagaimana untuk memajukan lagi proses pentadbiran organisasi ini.
Setiap hari perlu berfikir, bukan berfikir bila lagi akan tamat praktikum TAPI fikir apa lagi yang aku perlu ambil kesempatan untuk belajar dalam organisasi ini.
Fikirkan inilah peluang aku berada dalam suasana kerja dan BELUM TENTU selepas praktikum dan selepas konvo aku ada peluang untuk berada dalam suasana kerja pejabat. Mungkin aku menjadi penganggur berijazah atau sepenuhmasa isteri orang.
Fikir fikirkan lah...
hye amy..
betul ckp prof tu..kita kena de matlamat..
kite bila sunyi kat ifis tu kite p sembang ngan bdk2 praktikal n pekerja kat situ.wpon br kenal tp tpaksa biasa kan diri.kdg2 dgn driver n tukang cuci pon kite sembang.
mggu 1st mmg boring. tp bila da kenal depa best plk. hrp amy ry rapatkan diri ngan dorang ye..gd luck
Dah terima deraf latar organisasi. Sudah lengkap atau masih ada yg nak ditulis lagi. Sekali lalu baca no komen, teruskan menulis
salam prof..
saya nk menta pandangan prof ttg tajuk saya- inovasi pengurusan di Pej Daerah Dan Tanah Sg.Siput dari aspek sistem pemfailan dan merekod surat.
surat dan fail merupakan nadi utama setiap organisasi tetapi di pej ini siatem pemfailan dilihat tidak teratur dan menyukarkan pelanggan. kemudian di pej ini juga tiada sitem rekod fail-fail,maklumat staf,pelanggan,aktiviti mesyuarat dan sebagainya. sistem ini telahpun dijlankan di pej2 lain spt di pej tanah kerian tapi tidak di sg.siput. nama sitem tu ialah sistem access.
cadangan tidak menarik....fikir aspek lain yang lebih canggih.
teruskan menulis dan becerita tentang tempat kerja disitu walaupun isu kecil mungkin ada ilham besar untuk dikaji.
jangan risau tak ada tajuk, yang penting terus bercerita, nanti saya dapat ilham dari penceritaan tersebut
17 JUN 2008
Pada 16jun saya tidak hadir ke pejabat kerana demam panas.saya telahpun mengambil m.c kerana demam.
Pada hari ini 17jun saya datang ke pejabat seperti biasa. 7.40am saya punch card. saya telah menyiapkan sebahagian daripada laporan saya pada pagi ini.
Kemudian pada jam 11am, saya diberi tugasan oleh Puan Ray iaitu menulis dan merekodkan butir-butir pemilik rumah awam dari buku lama ke dalam buku lejar yang baru. rumah awam itu adalah Rancangan Perumahan Awam Lasah. saya hanya dapat menyiapkan sebuah buku sahaja pada hari ini. kesemuanya adalah sebanyak 4 buah buku.
pemilik rumah awam terdiri dapada pelbagai kaum iaitu melayu, india dan cina. mereka merupakan golongan berpendapatan rendah.
saya berasa sangat tidak selesa pada hari ini kerana masih lagi demam.
pada jam 5.02pm saya punch card pulang ke rumah.
18 JUN 2008
Hari yang memalukan bagi saya. saya baru mnyedari bahawa sejak hari pertama saya ditempatkan di Pejabat Daerah dan Tanah Sungai Siput saya telah punch card terbalik! semasa punch card pagi tadi baru saya perasan. staff yang bertugas di kaunter pertanyaan mentertawakan saya. malunya..
kemudian, saya pergi berjumpa dengan bos saya Tuan Haji Mad Dan Hassan. hahaha... itulah yang terkeluar dari mulut bos saya. beliau turut mentertawakan saya. Geli hati bila fikirkan semula. tak mengapa, perkara ini boleh dijadikan panduan kepada saya untuk bulan yang seterusnya, saya akan lebih berhati-hati semasa punch card.
Lupakan seketika insiden itu, saya telah menyambung kerja saya semalam iaitu menyambung menulis dan merekodkan butiran pemilik rumah awam Lasah. saya dapat menyiapkan sebuah buku lagi pada hari ini. Pada jam 12.50pm saya turun ke unit hasil kerana ingin berborak dengan staf di unit ini iaitu hanisah, kak niza dan juga teng. hahahahah...ketawa yang lebih besar daripada bos saya tadi. rupa-rupanya insiden saya punch card terbalik telah sampai ke telinga mereka.
malunya..malu malu.
Pada jam 3.30pm saya menggunakan pc Anum kerana Anum, Intan dan Ain juga tiada di pejabat pada waktu ini kerana mereka ke Kuala Kangsar untuk berlatih bermain congkak bagi pertandinag antara jabatan kerajaan pada awal bulan julai.
pada jam 5pm saya pulang ke rumah..
salam prof, saya masih xdapat gambaran mengenai tajuk saya prof. risau sebab kawan-kawan lain boleh cari sendiri. saya cuba fikirkan yang lain dengan berbincang bersama bos saya nanti.
jangan risau, cuba baca ruangan kawan kawan lain dan perhatikan bagaimana mereka dapat idea
salam.. awk kite pun still xdpt g la tjuk yg tpat..lgpun dlm tempoh ni ana just dok kt bhgn ptdbiran je.so yg nmpak pun prblem dlm bhgn tu jer. next week bru tkr bhgn lain.
19 JUN 2008
Pada jam 7.40am saya punch card. hari ini saya telah belajar menghantar Faks. saya kemudian menyambung semula tugas saya merekod butiran pemilik rumah awam Lasah. terdapat ramai pemilik yang tidak membayar sewa bulanan/ansuran bulanan sehingga menyebabkan kerajaan menanggung hutang tertunggak sebanyak RM2.6juta. nilai ini saya diberitahu oleh Puan Ray. Jumlah ini hanya untuk rancangan perumahan awam di Lasah sahaja. terdapat pemilik yang telah bertahun-tahun tidak membayar ansuran bulanan. pihak kerajaan telah mengambil tindakan dengan mengambil balik hakmilik rumah itu.
selepas selesai merekodkan butiran pemilik, saya ditugaskan pula menaip semula nama-nama penghuni yang masih belum selesai melangsaikan bayaran bulanan bagi rumah awam Lasah. senarai ini menurut Puan Ray akan digunakan untuk membuat bancian (jika akan dilaksanakan) bagi membuat tinjauan mengapa penghuni rancangan perumahan awam tersebut tidak membayar ansuran bulanan seperti yang dijanjikan.
20 JUN 2008
Dalam perjalanan saya ke pejabat pada hari ini saya telah menyaksikan kemalangan ngeri antara treler minyak dan juga kereta vios di jalan raya berhampiran dengan Bandar Baru Sri Klebang. sangat mengerikan. treler tersebut terbalik dan sebuah kereta vios telus menghentam treler. kereta itu kemek teruk. saya tidak pasti sama ada pemilik vios itu mati ataupun masih hidup. saya benar-banar takut tetapi saya kuatkan semangat untuk terus memandu.
alhamdulillah saya selamat sampai di pejabat pada jam 7.45am.
En. Zaki telah meminta saya membuat senarai peruntukan dan jenis program yang dilaksanakan oleh PDTSS pada sekitar tahun 2008. fuh..terlalu banyak untuk saya taip menggunakan Excel. Sebelum pulang saya perlu siapkan. Pada jam 3.30pm satu ceramah dalaman diadakan di bilik mesyuarat PDTSS. ceramah yang bertajuk Kemudahan Yang Diperuntukkan Dalam Pekeliling perbendaharaan dan Perkhidmatan ini berlangsung selama 1jam. saya pertama kali merasakan suasana ceramah di organisasi kerajaan. apa yang pasti saya terasa rindu pada suasana kuliah di uum.
23 JUN 2008
Saya tiba di pejabat pada jam 7.56am. seperti biasa saya membantu syafiq menghantar surat ke organisasi yang diperlukan. bukan terus ke organisasi tetapi cuma dihantar ke kaunter untuk diberikan kepada posmen. seterusnya syafiq juga telah meminta saya fotostat borang tarikh pencen yang telah diisi oleh staff di sini sebanyak 3 salinan. saya telah ke unit hasil untuk menggunakan mesin fotostat disitu.
selepas itu, saya juga ditugaskan untuk merekod tarikh pencen/ tarikh tamat berkhidmat bagi staff-staff disini untuk dihantar ke SUK Perak.
sekarang ini iaitu pada jam 2.45pm tiada kerja untuk saya. saya hanya online sahaja.
24 JUN 2008
Saya punch card pada jam 7.40am. hari ini saya ditugaskan untuk membuat surat kepada pemilik rancangan perumahan awam di Kg Sentosa Sg. Siput untuk mengambil/membayar wang cagaran mereka si PDTSS. Saya menyiapkan surat-surat itu secepat mungkin kerana saya hanya di pejabat separuh hari sahaja. saya telah pun meminta keizinan daripada CC Roslan dan juga daripada bos saya Tuan Haji Mad Dan. saya perlu ke bank.
selepas selesai menaip surat dan mencetaknya, saya perlu fotostat surat itu sebanyak satu salinan.
saya keluar daripada pejabat pada jam 12.45pm
25 JUN 2008
Saya punch card hari ini pada jam 7.40am. hari ini saya telah membantu syafiq merekodkan dan cop semua buku perkhidmatan staf-staf di pejabat ini. buku perkhidmatan mereka dukemaskini untuk pilihan umur pencen mereka. kemudiannya borang opsyen mereka dimasukkan ke fail-fail mereka.
seterusnya saya membantu kak leen cop hari dan cuti pada kad-kad/punch card staf-staf untuk digunakan pada bulan julai ini.
26 JUN 2008
Hari ini ada ceramah bulanan di Pejabat Daerah Kuala Kangsar. sebelum ke kuala kangsar saya singgah dahulu di pejabat daerah dan tanah sungai siput untuk punch card. staf di pdtss menyatakan bahawa ceramah selalunya diadakan di ipoh dan selang seli di pej. daerah kuala kangsar. ceramah atau dikenali sebagai executive talk ini bertajuk 'amanah'.
saya tiba di pej. daerah kuala kangsar pada jam 8.30am bersama-sama dengan staf-staf. ceramah bermula pada jam 9am. suasananya tidak banyak beza dengan suasana kuliah di uum. penceramah yang dijemput ialah ustaz kazim. ustaz kazim merupakan penceramah agama tetap radio perak. ceramah beliau amat bermakna kepada semua staf kerana memberi kesan mendalam kepada pendengar.
saya pulang ke pejabat pada jam 12.30pm. saya diberi tugas untuk merekod buku perkhidmatan salah seorang Pembantu Am Rendah di sini.
salam prof..
prof, saya br dapat 1 inovasi. inovasi ni cadangan dari saya sendiri. sejak 20thn dulu unit rancangan perumahan awam hanya mempunyai seorang pekerja sahaja iaitu puan ravathi. dialah yang kemaskini penyata, dialah yang jaga kaunter pembayaran, dialah yang key in data dan sebagainya. pada pandangan saya unit RPA memerlukan lebih dari seorang pekerja bagi memudahkan pengurusan unit RPA. ianya dapat meningkaykan lagi mutu perkhidmatan.
minta pendapat dari prof.
terima kasih
Menambahkan kakitangan tak semestinya inovasi. Cari aspek lain. Inovasi ialah menjimatkan KOS dan menambahkan keuntungan atau kecekapan pentadbiran. Mungkin tambah staf satu inovasi jika ada perkara-perkara lain yang menyokongnya.
Bagus untuk berfikir dan berfikir dan mencari apa itu inovasi
27 JUN 2008
Saya punch card pada jam 7.40am. pagi ini saya berjumpa dengan bos untuk mengetahui maklum balas perkembangan saya disini. maklum balas yang diterima adalah sangat positif. tiada kerja untuk saya pada hari ini. saya cuma membantu syafiq fotostat dokumen dan juga kemaskini fail. seterusnya saya hanya melayari internet dengan menggunakan pc salah seorang staff di sini.
pada 30jun saya mengambil cuti dengan kebenaran bos saya kerana perlu menghantar adik saya ke unimap sebagai pelajar baru.
1 JULAI 2008
Saya punch card pada jam 7.41am. hari ini saya ke Batang Kulim di Mukim Kota Lama di Kuala Kangsar setelah mendapat persetujuan daripada Tuan Haji Mad Dan iaitu bos saya. projek yang telah dijalankan mengalami masalah. pagar dan benteng ibina di belakang sekolah agama rakyat batang kulimh kerana bencana alam berikutan hujan lebat selama seminggu. pembinaan pagar itu tidak dibina penahan untuk menyokong kestabilan benteng pagar yang dibina. penahan sokongan tidak dapat dibina kerana akan mengguna tanah jalan penduduk awam. pihak kontraktor bertindak untuk memohon insurans tetapi peluang untuk mendapatkan insurans atas bencana alam adalah amat tipis.
seterusnya saya ke kampung kota lama kanan untuk melihat sendiri projek menambak dataran masjid kota lama kanan. projek ini berjalan lancar tetapi disebabkan peruntukan yang diterima adalah tidak mencukupi maka tambakan yang dilakukan tidak menyeluruh.
1 JULAI 2008
TAMBAHAN..
Berlaku kejadian yang tidak disangka-sangka hari ini. saya menyaksikan sendiri 2 orang staf di pejabat ini di unit PLB berperang mulut. amat menggerunkan kerana pergaduhan terjadi antara staff yang baru 6bulan bekerja dengan staff senior. teruk juga perkataan yang digunakan. apa yang pasti bos akan ambil tindakan tatatertib kepada staff baru itu
salam prof..
mengenai penambahan staff memang xmenjimatkan kos tetapi amat efisyen kerana mempercepatkan lagi proses kelancaran RPA selain dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
apa punca pergaduhan ? teruskan bercerita...
prof..
ada lagi satu inovasi.. di pejabat ini sebelum ini pegawai khidmat pelanggan disini terpaksa menggunakan manual untuk mencari number2 tel dan juga alamat organisasi. hal ini menyebabkan pelanggan yang memerlukan maklumat dengan segera terpaksa menunggu lama. semalam baru bertukar kepada alternatif lain iaitu dengan menggunakan sistem microsoft access. saya sendiri telah mencuba menggunakan sistem tersebut pagi tadi. jelas sekali ianya lebih menjimatkan masa untuk mencari maklumat. selain itu sistem ini juga akan digunakan untuk merekod sistem pemfailan di pejabat daerah sg siput.
semuanya amat mudah dengan hanya buka laman microsoft access
Puncanya panjang prof. saya namakan staff br sebagai A dan staff senior sebagai L. L ni banayk mulut,selalu pecah belahkan kaum melayu di sini. L cakap kasar dgn A. A bengang dan terus jadi kurang ajar dengan L. apa yang terpendam selama 6bulan kerja semua dia ckp tanpa lapik. bahasa yang guna pin ber'aku' kau.dah hilang rs hormat pada staff senior. sy cuma mampu tgk, xdpt nk buat apa2.tergamam. A baik sgt tapi disebabkan terlampau ikutkan emosi A skrg bdepan dgn prob bsr. mayb bos akan amik tindakan. Sapa yg rapat dgn A je yang faham. kebanyakan staf sini (major senior) sokong L.
Puncanya hanya disebabkan dengan ayat L 'u xblh ke bg pc pada amy, u ni dahla makan gaji buta'..ayat ni la punca gaduh.
prof,mcm mn dengan inovasi tu prof?
tq atas cerita gaduh tu.
cadangan tu boleh dijadikan salah satu aspek kajian
okep..thanx prof.
sy rs xsyok duk ofis ni,walaupun xlibatkan sy tp penin tgk ari2 ngumpat, gaduhla, dengki la
2 JULAI 2008
Saya punch card pada jam 7.40am. hari ini boleh dikatakan hari yang sibuk bagi saya. saya diberi tugas oleh kak ray untuk membuat senarai nama pemilik RPA Kg. Bahagia Sg. Siput beserta dengan alamat, no. akaun, no.kira-kira, amaun pembayaran dan juga no. resit. saya perlu membuat semua ini untuk 150 orang pemilik. menurut kak ray, cc roslan mahukan senarai itu pada minggu hadapan. tapi saya cuba siapkan secepat mungkin.
pada jam 4.40pm, en. zainal iaitu penolong pegawai tadbir meminta saya menaip senarai nama penerima bantuan iaitu penduduk miskin tegar luar bandar di sg siput. senarai itu diperlukan segera pada hari itu juga. saya bertungkus lumus menyiapkannya.
kdg-kdg saya rasa seperti dipergunakan.kerana setiap kerja yang diberikan apabila bos saya tiada di pejabat
salam prof..
bahagian inovasi nanti saya masukkan mengenai penambahan staff, sistem microsoft access..
itu sahaja setakat ini prof. saya xnampak apa inovasi yang dapat di buat di bahagian PLB ni. mohon panduan dari prof. terima kasih prof
salam amy.
kite pon de masalah yg same.
1)mmg rasa d pergunakan. kje bos semua kite yg buat. dia bole klua p men bowling, p mkn n p mn2. nasib baik la ramai jgk yg mbantu. sedih sgt..huhuhu
2)ngumpat2 ni kite da slalu dgr. dpn2 baik tp blkg fuh gajah pon mati. km ni dgr jela. tp mmg nasib baik la sbb bdk praktikal semua skepala
3 JULAI 2008
Saya punch card pada jam 7.40am. hari ini saya menyambung semula kerja yang diberikan oleh Kak Ray iaitu menaip dan merekodkan senarai nama pemilik RPA Lasah, Kampung Bahagia. Alhamdulillah saya dapat menyiapkan senarai tersebut.
seterusnya, en. zainal meminta saya membuat aturcara majlis untuk 'hari pemberian bantuan barangan keperluan asas kepada penduduk miskin tegar di luar bandar sg siput'. majlis itu akan berlangsung pada 10 julai 2008.
selepas itu tiada apa yang saya buat. saya hanya melayari laman blog ini. saya amat tidak senang duduk jika tiada kerja yang dibuat kerana ada seorang pegawai ni sentiasa akan menyuruh saya membuat kerjanya tetapi dia hanya goyang kaki melayari web yang xsepatutnya
salam prof, bagaimana dengan pendapat saya? saya mohon pandangan daripada prof. terima kasih
salam amy
sabar jela..pegawai kite pon camtu..dia sorang je lain. pegawai lain ok je.
bdk2 praktikum lain byk unit lain2 tp km rapat sgt walaupun br kenal. kat PLB ni ade 3 org je bdk praktikal. yg lain unit tanah n pentad.
same2 kite tahan dugaan ye amy
Tak apa kalau tak ada inovasi sebab nanti lagi banyak points yg boleh dicadangkan untuk inovasi. Tapi sebelum itu elok tahu selok belok pengurusan,masalah itu dan ini untuk dijustifikasikan supaya nanti perlu ada inovasi
4 JULAI 2008
seperti biasa saya punch card pada jam 7.41am. hari ini bos ada selepas 2hari ke k.l. tiada apa yang dibuat pada hari ini. saya membantu en. zainal membuat senarai penerima bantuan barangan keperluan asas pada 10 julai ini..
salam prof..
prof td ade sorg pemilik rumah RPA dia nk bayar sewa tapi kak ray(staff unit RPA keluar minum, pemilik RPA ni marah gle prof sbb lama tunggu. yang boleh uruskan ttg bayaran ni just kak ray sorg.
prof, saya nk cadangkan inovasi dari segi tempat menunggu bagi pelanggan yang hendak membayar sewa bulanan RPA dan juga pelanggan yang mempunyai urusan lain. tempat menunggu yang sekarang ni serba kekurangan.
nanti saya akan emelkan gambar ktempat menunggu kat prof
Cadangan INOVASI yg sangat bangus. Bila kita menyaksikan pelanggan marah-marah,jgn kita teremosi spt takut dan bimbang, tetapi sebaliknya kita melihat satu PELUANG untuk mencadangkan idea inovasi.
Ini satu sifat yang tersangat BAIK yg amy telah mula belajar.
Jadi kita kena bertanya MENGAPA DIA MARAH ? Kita cuba tanya apa faktor lain yg boleh kurangkan kemarahan. Menyediakan kemudahan selasa dgn persekitaran yg nyaman,disediakan secawan kopi percuman MUNGKIN boleh mengurangkan perasaan MARAH pelanggan. Dan boleh fikir cara cara inovasi yang lain lagi.
thanx prof..
dia ada bercakap pada saya dia mrh sbb 30min dia tunggu n ada urusan lain. then dia ckp xkanla sorg staff je yg uruskan pembayaran. saya xdpt nk jwb ape, just ckp 'maaf' je prof.
nanti ade idea lain sy akan inform kt prof
7 JULAI 2008
Seperti biasa pada jam 7.41am saya punch card. pagi ini saya sekali lagi membantu en. zainal membuat senarai nama terkini bagi penerima bantuan barangan keperluan asas di mana majlis itu akan diadakan pada 10 julai ini.
seterusnya saya membantu kak ray mengira semula jumlah pembayaran yang telah dibuat oleh pemilik rumah RPA kerana jumlah keseluruhan kekurangan sebanyak RM7. selepas dikira beberapa kali baru dapat dikesan kesilapan yang dibuat iaitu salah edit resit pembayaran.
hari ini saya dapat saksikan seorang pelanggan iaitu pemilik rumah RPA marah kerana dia terpaksa menunggu selama 30minit untuk membayar duit sewa. ini adalah kerana kak ray iaitu staff yang bertugas di bahagian RPA keluar minum. saya dapat lihat keburukannya apabila pekerja diberi pengkhususan tugas. hanya kak ray seorang sahaja yang dapat uruskan tentang RPA manakala staff lain tidak dapat uruskan jika dia tidak ada di pejabat. hal ini akan dan telah menyusahkan pelanggan terutamanya. saya hanya dapat memohon maaf padanya, staff lain pula hanya buat tidak peduli saja.
hari ini en. salim tidak hadir lagi,beliau m.c.
prof, lagi satu, td ada kontraktor gaduh mulut dengan juruteknik. juruteknik marah sebab projek pembinaan yang dijalankan tidak mengikut spek dan plan yang telah ditetapkan tetapi kontrktr tuntut duit
salam prof..kt opis ni mcm xde suasana harmonixseronok. bhgn plb ni ada 3 staff je yg ok. yg lain tu jenis suka cari kesalahan org.. diaorg sombong sgt prof. sy xtau cmne lg nk click dgn diaorg.bos sy baik tp bos cpt t'pengaruh dgn fitnah yg diaorg buat. sy blm terkena lg tp sy risau prof.
8 JULAI 2008
Hari ini tiada apa yang dibuat oleh saya di pejabat. seperti biasa saya punch card pada jam 7.41am. pagi ini aya berjumpa dengan tuan haji mad dan iaitu bos saya. banyak juga nasihat yang diberikan. seterusnya saya minta kebenaran daripadanya untuk keluar minum bersama dengan staff.
seterusnya saya terus ke pejabat.
hari ini seorang staff tidak hadir, saya menggunakan pc beliau buat sementara. pada waktu tengah hari saya keluar makan di dapur office. semasa naik ke pejabat saya hairan kerana pc yang saya guna tadi seperti ada seseorang telah cerobohnya. tekaan saya hampir tepat. terdapat staff yang ceroboh blog ini. yang saya pasti mereka savekan apa yang saya catatkan ini.
9 JULAI 2008
seperti biasa saya punch card pada jam 7.41am. apa yang saya fikirkan semalam terbukti benar. memang sudah sahih mereka print out semua catatan saya. saya pasti mereka idak puas hati dengan catatan saya ini. saya sangat geram kerana mereka mencampuri urusan saya. saya tertekan sekarang ini. kemungkinan besar mereka hendak menunjukkan catatan iti pada bos. walaupun saya tahu catatan saya ini pasti akan dibaca oleh mereka lagi, saya tidak takut. ini adalah sebahagian daripada perjalanan praktikal. tetapi saya tidak tenang. macam mana dengan 3bulan yang akan datang.
Satu pengalaman yang sangat bagus untuk amy. Amat susah untuk dapat pengalaman ini. Justru itu pandai-pandai lah membawa diri
amy.. sabar ye..nti ape2 bgtau kite ye..pedulikan la dgn staff2 tu asalkan apa yg kita buat jujur dan ikhlas.
salam amy....
hai amy, ni sy buka blog amy ni, emm terkejut gak ader gak staf yang macam2 suka sibuk privacy org.macam ni la org sekarang macam perangai ader..amy sabar ek..jdkan 1 cabaran untu amy tempuhi...sal keja kami kat cni pun kurang tapi ape leh buat kerajaan memg ar macam2...k,gdluck
Assalamualaikum Amy,
Sy turut bersimpati..Hadapi la dengan sebaik mungkin apa yang akan berlaku, kalau Amy berada di tempat yang benar x de bende nak di takutkan..bos dan staf organisasi tu lah yang kena terima realiti apa yang berlaku dalam komuniti kerja tu....anyway good luck my mate!!
salam amy..
ayu bersimpati dgn amy,xsangka ade jgk org yang cam 2 eh?biasalah org ni ade mcm2 perangai..xpe anggaplah ini sebagai pengalaman dan cabaran buat amy dan kami yang lain..ayu harap amy sabar dan tabah eh..k gud luck.
Amy,
mengapa tiada catatan ? perlu cari alternatif lain untuk mengakses komputer jika susah guna kat ofis....guna kat cc ke...
amy eyna ni...macam mana?emy ok dah..haraf emy dapat bertahan ek..ina pun ada gak pengalaman camtu dulu...ape-ape pun god luck ek...
salam prof..maaf dh lama xbuka blog.
10 JULAI 2008
Tarikh ini merupakan satu tarikh yang amat memberi kesan itam dalam diari hidup saya. saya amat tertekan. saya telah berjumpa dengan bos saya untuk menjelaskan situasi sebenar dan apa kegunaan blog praktikum. saya amat menyedari kesilapan yang telah saya lakukan.
saya rasa terpukul dengan gelaran yang diberikan kepada saya iaitu sebagai pengintip. kemungkinan besar satu pejabat tahu tentang hal ini tapi mungkin dalam pelbagai versi. Macam-macam bos saya katakan pada saya apa yang paling menyedihkan ialah mereka sedang rancang untuk membuat blog menghentam kedai makanan keluarga saya.
sepatutnya pada hari ini saya perlu ke Felda Lasah unutk membantu pejabat mengedarkan sumbangan kepada penduduk miskin tegar, akan tetapi disebabkan hal ini pegawai-pegawai tidak menyenaraikan nama saya untuk ke sana.
hari ini saya tidak mempunyai kekuatan untuk berada di unit PLB, saya telah pergi ke unit hasil untuk cari ketenangan. saya juga telah membantu salah seorang pekerja kontrak di unit ini mewarnakan pelan-pelan. fikiran saya berkecamuk kerana asyik memikirkan apakan tindakan yang akan diambil ke atas saya.
11 JULAI 2008
saya m.c hari ini kerana demam panas.
14 JULAI 2008
hari yang amat dinantikan. saya berasa amat gemuruh kerana risau saya akan dibuang. saya tidak takut untuk berterus terang kerana apa yang saya catatkan di dalam blog ini adalah kebenaran yang berlaku di pejabat. walaubagaimanapun ada pihak yang menabur cerita mengatakan saya mengada-adakan cerita.
seperti biasa saya punch card pada jam 7.45am. hari ini saya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada staff dan pegawai yang berkenaan kerana secara jujurnya saya sedar kesilapan saya sendiri iaitu 'menjaja kehidupan' sebenar PDTSS kepada umum. tapi inilah lumrah blog.
pagi ini saya telah memohon maaf kepada pegawai kanan. bos tidak ada hari ini kerana berkursus. beliau telah memaafkan saya dan kata-kata beliau yang akan saya ingat sampai bila-bila ialah "anggap apa yang telah berlaku sebagai ubat yang amat pahit untuk ditelan tetapi pada kemudian hari akan menjadi penawar yang amat berguna".
seterusnya saya telah meminta pendapat cc bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. saya amat berterima kasih kepada cc kerana membantu saya untuk memohon maaf kepada staff lain. amat sedih..
tetapi alhamdulillah semua telah berakhir.
petang ini saya membuat kerja saya seperti biasa iaitu merekodkan surat dan pos surat.
15 JULAI 2008
berat hati untuk ke pejabat. saya perlu kuat untuk 2bulan.saya punch card pada jam 7.47am. syukur semuanya seperti biasa.
hari ini adalah hari terakhir jurutaip unit PLB di PDTSS kerana dia akan bertukar pejabat di Kuala Kangsar. jamuan ringkas pda tengah hari diadakan. saya dan juruteknik komputer membantu beliau menghidangkan makanan.semuanya berjalan lancar.
selepas jamuan saya merekodkan surat dan mengecop buku servis staff yan akan bertukar tersebut.
punch card pada jam 7.45am. terdapat banyak cakap-cakap belakang mengenai hal saya. saya hanya pekakkan telinga dan kuatkan semangat kerana apa yang dicakapkan itu tidak benar.
pagi ini saya membantu seorang staff unit RPA menyemak resit-resit pembayaran sewa rumah RPA dan juga resit pembelian borang-borang RPA. banyak juga amaunnya. saya menyiapkan yang mana yang sempat dengan segera kerana saya halfday pada hari ini kerana saya perlu ke SUK atas urusan peribadi. saya memohon kebenaran daripada cc.
17 JULAI 2008
Seperti biasa saya punch card pada jam 7.45am. pagi ini saya telah menyambung semula kerja saya iaitu menyemak resit-resit pembayaran sewa rumah RPA. saya juga menyemak resit itu dalam fail Flimsi Perbendaharaan Akaun Hasil dan Akaun Amanah. di dalam Flimsi ini terdapat:
-pengesahan baki akaun amanah,
-penyata penyesuaian bagi akaun amanah
-penyata kredit di buku akaun amanah jabatan yang selenggara akaun amanah yang tidak diambilkira oleh pejabat pembayar
-laporan urusniaga akaun hasil bulanan.
saya juga dalam masa yang sama membantu pengawal PDTSS membuat surat menuntut bayaran tambahan makanan sebanyak RM200.
Seterusnya saya juga membuat kerja seperti membuka fail, fotostat dokumen dan menghantar surat.
I just cant get the reasoning behind publishing all these to the public. Dunno what the prof thinking. Keep it all urself la prof, between u and ur student. Bahayanya boleh timbul fitnah dari blog ni.
Post a Comment