Sunday, June 08, 2008

Mohd Nazri Bin Mustaffa


I.Z.A CONSTRUCTION CO. SDN. BHD
No. 1, Persiaran Rapat Baru 20ATaman Song ChoonOff Jalan Gopeng31350 Ipoh, Perak.
Nazri,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

64 comments:

Anonymous said...

Mohd Nazri said

akm prof...prof saya nak wat pertukaran pusat praktikum...saya tidak mahu meneruskan lagi praktikum di I.Z.A construction Sdn Bhd lagi...saya berasa sangat tertekan sehinggkan saya tidak dapat tidur dan tidak dapat membuat report..masalah saya mereka telah menempatkan saya di bahagian yang tidak ada kaitan dengan kos yang saya ambil...ditambah pula bulan depan saya kene ditukar di akaun...saya boleh sakit macamni prof..mereka mempergunakan pelajar-pelajar praktikum untuk menyiapkan kerja mereka..staf yang ada di situ hanya beberapa orang sahaja dan kebanyakan mereka merpakan budak praktikum..mereka mempergunakan saya untuk menyiapkan kerja...oleh itu saya tidak dapat apa-apa ilmu yang berharga dari situ dan saya hanya dapat tekanan..saya tidak dapat buat report dengan baik.saya di sana adalah untuk belajar tetapi saya merasakan seperti diperhambakan.sesukahati mereka meletakan saya di mana-mana bahagian...so macam mana saya nak tumpukan perhatian pada report saya...itu boleh menjejaskan saya punya permakahan...saya tertekan prof...lagi majikan di situ terlalu biadap dengan student praktikum..dia mengeluarkan kata-kata kesat tidak kira pada perempuan ataupun lelaki...dia tidak mempunyai etika yang profesional..dia mengajar dengan mengikut emosinya yang baran...saya berani menyatakan ia kerana kawan saya yang satu kos dan universiti yg sama dengan saya telah kene dengan majikan itu..bukan setakat kami shj tetapi dengan budak-budak lain..bahagian tu dah la tidak berkaitan dengan saya,kalau salah buat dicaci maki, dihamun..maruah saya dan kawan saya tu hilang..setakat gaji 200 lebih baik saya keluar..saya tidak hairan dengan gaji itu...saya nak ilmu yang betul-betul ada kaitan dengan kos saya...bukan dengan kerja2 yang tertunggak dan saya yang kene uruskan malah dicaci hamun...saya mohon prof untuk berhubung dengan pihak UIL untuk membuat pertukaran saya ini...saya merayu...saya tertekan dengan keadaan organisasi yang mempergunakan pelajar dan majikan yang terlalu biadap..dia tidak mempunyai sifat kepemimpinan yang baik..saya bereni cakap prof...saya minta tolong sangat-sangat dengan prof...nanti saya akan call prof..tolonglah prof...

07 June 2008 11:58


prof halim said...


Nazri, sila baca peraturan yg dikeluarkan oleh UIL cara-cara untuk tukar tempat praktikum. Penyelia tidak diberi apa-apa kuasa untuk menukar tempat. Eloklah anda memohon secara rasmi kepada Pengarah UIL dengan memberikan sebab yang menasabah. Saya hanya menyelia sahaja, tukar tempat bukan diberikan kuasa kepada saya. Berilah alasan yang menasabah dan bukannya alasan emosi seperti yang diceritakan. Kalau anda banyak memberi alasan emosi berbanding alasan rasional bermakna anda gagal menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan.Praktikum adalah tempat untuk belajar alam pekerjaan.Jika anda tidak tahan dalam alam pekerjaan bermakna masa depan anda untuk bekerja amatlah sukar. Jangan lah nazri menceritakan semua alasan kepada saya,ceritakan secara rasmi kepada Pengarah yang diberi kuasa untuk melakukan perpindahan. Saya hanya boleh memberi sokongan sahaja. Sila urus dengan Pengarah UIL.

08 June 2008 13:51

TERUSKAN MEMBUAT CATATAN APA YANG ANDA SEDANG USAHAKAN DALAM BLOG INI. JIKA TIADA CATATAN BERMAKNA ANDA GAGAL MENJALANI PRAKTIKUM

Anonymous said...

assalamualaikum prof..sory prof dh lama x chat kt sini..prof arini first day saya kt tempat baru..saya skang menjalani praktikum kt Pejabat Kemajuan Masyarakat(KEMAS) ipoh Timur,no.3-02,tingkat 3,Bangunan Seri Kinta,jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh,Perak..doakan kejayaan saya kt sini ye prof n saya akan berusaha untuk siapkan report saya..t.q prof

Anonymous said...

mat... sabaq byk2 la ye.. aku pun dok kat pknp la ni... takdak keja tapi staff baik.. selamat laa

-zul

Anonymous said...

assalamualaikum..harini kebanyakkan staf kt KEMAS pergi menjalani kursus di langkawi..so xde keje sangat untuk saya pada pagi ni..untuk itu saya manfaatkan masa ini untuk mencari bahan bagi menyediakan report bab pertama mengenai inovasi dalam pengurusan di KEMAS Ipoh Timur..kebanyakan maklumat tersimpan di pejabat KEMAS pusat di GreenTown dan saya akan ke sana petang nanti..sekian dulu buat waktu ini..

Anonymous said...

nazri salam sejahtera assalammualaikum..

semoga dipermudahkan urusan anta di sana..

aku sekarang di kedah.. tak dapat di ipoh.. adapapa ckp la k

Anonymous said...

e bagusla dah dapat tukar...wat elok2 ek report....

Anonymous said...

salam mat, ni aku zul ni no aku, 0174162703, , hang ok kat sana? selamat2

Anonymous said...

uih bestnye jd juri.. okla rasaje yg mana sdp kira okla.. tp bab mkn ni bg lelaki ssh skt. sbb laki jns mknje hahaha. k.. aku kena wat report lain ni.prof suh wat. ok

Anonymous said...

salam...
hai dah lame xdgr citer,dah ok ke tpt praktikal baru ko 2??
harap dah xde mslh la eh..
k gud luck 2 u..

Anonymous said...

ni la xtvt saya kelmarin (24.6.08)..x sempat nk tulis..

8.00 pagi : berjumpa penyelia majikan kerana beliau baru sahaja pulang dari Langkawi berkhusus..memperkenalkan diri,membincangkan skop tugas dan lain-lain lagi.

9.20 pagi : ditugaskan mengemaskini laporan aktiviti memasak mingguan.

12.30 tghari : bertolak ke Tabika Cempaka Sari untuk mengadili pertandingan memasak.Saya pun xtau bagaimana untuk mengadili,semua rasa sedap..tambah2 perut tengah lapar pulak..saya adili berdasarkan warna,hiasan dan tahap kesedapan makanan itu..Masakan yang dipertandingkan adalah masakan tradisional Melayu yang disertai oleh masyarakat kampung di parlimen Ipoh Timur.Pemenangnya ialah masakan tempoyak ikan semilang..sedap....dari kampung pasir pinji..

2.00 petang : jamuan makan

3.30 petang : masih berada di Tabika Cempaka Sari..berlangsung Anugerah Murid Tadika cemerlang kawasan Parlimen Ipoh Timur..bertujuan untuk mencungkil bakat murid dalam pelbagai bidang dan mencari wakil murid Tadika dari Ipoh timur untuk mengawakili parlimen Ipoh timur dalam pertandingan kanak-kanak genius peringkat negeri..kanak-kanak dipilih berdasarkan ujian yang dijalankan seprti dalam matematik,b.m,bi,sains dan agama..

5.00 petang : majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

5.30 petang : bersurai..

begitula xtvt saya hari semalam...
lau nk tgk gmbo nti saya attach...k jumpa lg

Anonymous said...

salam..
oit,nak curi aku punye laporan eh,2 sebab ko tgk bahagian aku??hehehe

ZuLhILmi_bIn_yAhYa@rif=Life'sgood=InsYaALLAH said...

salam...
mat apa cerita??? ada ok ka tmpt prtkm? sorile aku tak t.up pon lagi.. depa suma dah dapat cek gaji rasenye... bila la depa ni nak menderma kat aku ni haa.... sabaq2

Anonymous said...

Assalamualaikum MAE..
Cmne ng organisasi?
heheheheee

Anonymous said...

selamat pg suma..
ni la xtvt yg saya wat semalam..(khamis 26.6.2008)

8.00 pagi:masuk kerja mcm biasa r..

9.00 pagi:melakukan sedikit penyelenggaraan terhadap komputer2 di kemas Ipoh Timur seperti update driver,install program2 baru dan lain2 lagi..

2.10 petang:melakukan persiapan untuk bertolak ke Tabika Kemas pasir pinji untuk tinjauan mengenai persiapan yang dilakukan untuk program 'hari potensi dan ihtifal kesenian islam kemas daerah kinta tahun 2008'yang akan berlangsung pada hari ahad ini..

3.35 petang:tiba di tabika pasir pinji..

4.00 petang:membantu murid2 tabika kemas pasir pinji di dalam persembahan mereka yang akan mempersembahkan lakonan..

5.15 petang:pulang ke rumah..bash kuyup..hjn lebat....

*teringat zaman kecik2 dlu tgk bdk2 berlakon..huhu..kot2 aku dolu2 mcm 2 gak
*ni ada pembetulan...[ni la xtvt saya kelmarin (24.6.08)..x sempat nk tulis..]..sebenonye saya silap letak tarikh yang betul..tarikh 2 sebenonye pada ari rabu 25.6.2008..
*dah seminggu teman kt sni..kome jgn tekojut,jmpe teman nti teman cakap peroq pio..hahahaha

k la yob,jumpo lg....

Anonymous said...

SALAM..
HEHEHE..MMG LA AKU BERANI,BUKAN POLIS TANGKAP PUN..HAHAHAH..DAH WT REPORT NAMPAK,TIRU AKU LA 2.KUAKUAKUA.JGN MARAH..
KO RINDU AKU EH,AKU PUN RINDU KAT KO GK.HUHUHU

Anonymous said...

weii... hangkgu tadika ka apa?? haha solat jumaat kat masjid mana?? negeri ke? aku kadang2 macam2 masjid aku pegi...
zul

Anonymous said...

salam..
aku ok je mae...
report aku da hantar..sekarang tnga fikir nak cari tajuk...
Ada pancing?

Anonymous said...

Nazri, jangan tulis bahasa SMS, sebab semua tulisan ini akan dilampirkan dalam laporan praktikum sebagai DATA KUALITATIF kajian kes.

Anonymous said...

a'kum prof..saya dh send report untuk bab 1..dh dapat lom..2 je yang mampu saya buat seminggu kt sini..sory prof lambat htr n tulis report pakai bahasa sms..report akan datang saya tulis elok2..prof,perlu x saya htr draf dulu untuk buat report n perlu x saya tulis ttg xtvt kemas yg saya p pada hari cuti..2 je setakat ni prof..t.q

Anonymous said...

Anda diberi masa seperti pelajar lewat lapor diri iaitu 2 minggu.Tarikh akhir 14 julai. Hantar yg lengkap,tak perlu deraf

Anonymous said...

salam prof..ini laporan harian saya pada :
27/6/2008 (Jumaat)

Seperti biasa masuk ke pejabat pada pukul 7.50 pagi. Saya tidak diberikan tugas pada pagi ini kerana akan membuat lawatan mengenai persiapan terakhir Hari Potensi pada sebelah petangnya di Tabika Kampung Sri Murni, Pasir Puteh. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menulis di dalam blog prof. pada pagi itu.

Pada sebelah petangnya saya telah ke Tabika Kampung Sri Murni untuk Melihat persiapan terakhir mereka. Kanak-kanak di tabika tersebut akan mempersembahkan persembahan boneka tangan yang berjudul “Dari Ulat, Jadi Kepompong”. Saya melihat kanak-kanak tabika itu bersungguh-sungguh dalam latihan mereka.

Saya telah pulang kerumah tepat jam 5.15 petang.

Anonymous said...

salam prof..ini laporan harian saya pada:

29/6/2008 (Ahad)

Berlangsungnya Hari Potensi dan Kesenian Islam di Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash (SMTPB), Ipoh yang dianjurkan oleh pihak KEMAS. Melibatkan kanak-kanak Tabika dan Masyarakat setempat.
Saya telah hadir dan bertugas sebagai juru gambar dan menyediakan kesan bunyi kepada peserta Tabika Pasir Puteh.

Tepat jam 8.30 pagi,semua peserta berkumpul dan mendaftar diri kepada urus setia majlis. Selepas itu acara dimulakan serentak di lokasi tertentu seperti acara nasyid di Astaka SMTPB, seni khat, syarahan, boneka tangan di Kelas SMTPB. Manakala Marhaban, tarian, upacara penutup dan penyampaian hadiah di Dewan Utama SMTPB.

Semua acara tamat pada pukul 12.00 tengahari dan upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Hj Amiruddin Ariffin Pengarah KEMAS Negeri Perak.

Setelah selesai upacara penutup dan penyampaian hadiah, semua tetamu dijemput menikmati makan tengahari pada pukul 2.00 petang.
Upacara tamat pada pukul 2.30 petang dimana para jemputan dan tetamu yang terdiri daripada masyarakat setempat pulang.

Anonymous said...

Ni pulak laporan untuk:

30/6/2008 (Isnin)

Saya telah masuk kerja pada pukul 8.00 pagi. Pada hari ini tiada kerja yang diberikan kepada saya dan saya mengambil kesempatan ini untuk menulis sedikit lagi laporan untuk dihantar kepada prof.

Pada pukul 12.15 tengahari saya telah keluar makan dan bersolat Jumaat.

Pada pukul 2.30 petang, saya kembali ke pejabat dan terus menulis laporan saya dan dalam pada masa itu saya menyediakan gambar-gambar yang diperlukan untuk tujuan rekod KEMAS Ipoh Timur.

Saya telah pulang ke rumah pada pukul 6.00 petang.

Anonymous said...

Morning prof..saya dan penyelia saya telah berbincang dan saya bercadang untuk memilih tajuk ‘inovasi pengurusan ipoh timur terhadap gerakan daya wawasan (GDW)’. Untuk makluman prof. selama hampir dua minggu di sini, saya lebih kepada program tabika atau pra sekolah sahaja.Tetapi jika ingin membuat tajuk GDW penyelia saya mempunyai banyak bahan dan akan memberikan tunjuk ajar yang sepatutnya. Bolehkah saya membuat tajuk tersebut dan harapan saya prof. dapat memberi sedikit pandangan.T.Q prof

prof madya dr abd halim ahmad said...

OK Boleh teruskan

prof madya dr abd halim ahmad said...

saya dah semak deraf laporan yg diemail. Lima mukasurat terlalu sedikit, gunakan masa sehingga 14 julai untuk menambahkan maklumat yang lebih banyak dlm laporan tu.

tanya kawan-kawan lain, minta mereka komen dan tambah sehingga menjadi 20 mukasurat.

Anonymous said...

salam prof..t.q atas nasihat prof..ok saya akan bereskan mana yang patut..

Anonymous said...

Laporan harian pada:
1/7/2008 (Selasa)

Pada hari Selasa, saya telah masuk ke pejabat pada pukul 7.55 pagi. Pada pagi itu,saya diajar oleh kakitangan untuk menyediakan minit mesyuarat dan laporan minit mesyuarat. Melaluinya saya dapat mempelajari cara untuk menyediakan minit mesyuarat yang betul. Selain itu juga saya dapati laporan minit mesyuarat tidak dibuat catatan pada masa mesyuarat berlangsung, tetapi ia dirakamkan dan laporan minit mesyuarat akan dibuat dengan mendengar semula pita rakaman itu. Ia merupakan perkara baru bagi saya.

Pada pukul 2.15 petang saya telah ditugaskan untuk menyediakan laporan minit Mesyuarat Gerakan Desa Wawasan pada 15 Mei 2008 di Pejabat UMNO Bagan Datoh.

Pada pukul 5.00 petang,saya pulang ke rumah.

Anonymous said...

laporan harian pada:
2/7/2008 (Rabu)

Saya telah tiba di pejabat tepat jam 8.00 pagi. Pada pagi ini saya akan menyambung tugasan semalam iaitu menyediakan laporan minit Mesyuarat Gerakan Desa Wawasan. Saya kemudiannya ditugaskan untuk mencetak gambar dan dilekatkan pada papan kenyataan pejabat. Tugas menyediakan laporan minit mesyuarat tadi pula telah diambil alih oleh staf yang lain. Kesemua tugas yang diberikan selesai pada pukul 12.45 tengahari.

Saya telah kembali ke pejabat selepas rehat pada jam 2.06 petang. Pada petangnya tiada tugas untuk saya dan saya telah berbincang bersama penyelia majikan tentang tajuk laporan praktikum saya dan beliau mengesyorkan saya mendalami skop Gerakan Daya Wawasan (GDW). Beliau telah memberi sedikit bahan mengenai GDW berupa CD tentang GDW kepada saya untuk ditonton.

Saya kemudiannya telah pulang pada jam 5.00 petang.

Anonymous said...

naz....oooo diam sekarag ek...pe2 wat la report baik-baik k

Anonymous said...

Salam Prof..ini laporan saya pada:

3/7/2008 (Khamis)

Hari ini saya telah tiba ke pejabat tepat jam 8.00 pagi. Pada pagi ini saya masih meneliti bahan yang diberikan kepada saya dan saya amat berminat dengan tajuk ini dan mengemukan kepada prof. serta menulis ke dalam emel.

Pada jam 10.35 pagi saya telah keluar pejabat untuk membuat tinjauan dan mengambil rekod daripada guru tabika. Kali ini saya pergi bersendirian ke Tabika Pasir Puteh. Tepat jam 12.50 tengahari saya, saya telah ditugaskan oleh Puan Aminah iaitu penyelia Pra Sekolah untuk ke KEMAS negeri GreenTown untuk menghantar rekod ke sana. Selesai semuanya saya berhenti rehat pada jam 1.15 tengahari.

Saya telah kembali ke pejabat pada pukul 2 petang. Tiada tugas yang diberikan kepada saya. Saya mengambil keputusan untuk menulis laporan di dalam buku log.

Saya telah pulang ke rumah pada jam 5.00 petang.

Anonymous said...

morning prof..ni laporan saya pada:)

4/7/2008 (Jumaat)

Saya telah tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi. Pada pagi ini saya telah berbincang dengan penyelia Gerakan Daya Wawasan (GDW) iaitu Puan Asiah. Melalui perbincangan kami, kami telah sepakat untuk membuat kajian soal selidik mengenai data penduduk terkini, memandangkan data yang sediaada telah lama dan data tersebut boleh di masukkan ke dalam kajian saya. Banyak perkara yang saya pelajari untuk menghasilkan soal selidik yang baik seperti dari aspek ekonomi, politik dan social. Hasil perbincangan kami telah mendapat persetujuan Penyelia Kanan Ipoh Timur iaiatu Encik Hasri. Pada jam 1.05 tengahari saya telah keluar rehat.

Pada jam 2.00 petang saya kembali ke pejabat dan mula merangka borang soal selidik yang ingin dimajukan kepada Kampung-kampung GDW. Dalam menghasilkan draf borang soal selidik ini puan Asiah akan memantau perjalanannya.

Kemudiannya, saya telah pulang kerumah tepat jam 5.00 petang.

amri said...

salam bro...

ko pe cite...best ke tukar kat kemas tu?

Anonymous said...

salam mat...

dey maca, aku tgh hari dok cafe kat tmpt aku ni jela,ko nye tmpt katne?? aku solat jumaat kat masjid negeri la, kat dgn stesen keteapi tu.. xpe la aku dah maafkan cina itu walaupun dia bersalah huhuhu

Anonymous said...

salam..
hai org gerik yang dah jadi org ipoh.hehe
dah siap ke report pertama ko 2??semoga berjaya k..bye

Anonymous said...

assalamualaikum.Prof nilaporan saya pada:

7/7/2008 (Isnin)

Pada hari ini saya telah datang lewat ke pejabat iaitu pada jam 8.15 pagi. Hal ini disebabkan saya terlewat bangun kerana kepenatan setelah pulang ke kampung. Dan hal ini saya telah maklumkan kepada penyelia majikan dan dia memaafkan saya. Pada pagi ini saya ditugaskan untuk menyiapkan bahagian A untuk Soal selidik GDW. Bahagian A ini merangkumi maklumat diri responden seperti asal, jantina, umur, perkampung mana, pendapatan dan lain-lain lagi.

Setelah itu saya telah keluar rehat pada jam 1.00 tengahari.

Pada jam 2.00 petang saya telah menyambung kembali tugas-tugas yang tertangguh dan membuat kerja-kerja pengeditan dan pembetulan terhadap soal selidik tersebut. Hasilnya soal selidik bahagian A berjaya saya siapkan.

Pada jam 5.00 petang,saya pulang ke rumah.

Anonymous said...

morning, ini report untuk:

8/7/2008 (Selasa)

Pada hari ini saya telah ke pejabat pada jam 8.00 pagi. Sampai ke pejabat saya terus membaca surat khabar pada hari ini. Pada hari ini juga saya akan menyambung tugas semalam yang belum siap iaitu soal selidik penduduk GDW untuk bahagian B. Untuk bahagian B saya telah masukan guna tanah,kegiatan ekonomi,hak milik dan prasarana.
Semua kerja tersebut berjaya diselesaikan dengan bantuan staf Pemajuan Masyarakat Ipoh Timur yang banyak memberikan tunjuk ajar.

Saya telah pulang ke rumah pada jam 5.00 petang.

DAN

9/7/2008 (Rabu)

Pada hari ini saya telah lewat ke pejabat pada jam 10.30 pagi. Hal ini disebabkan kerosakan yang berlaku pada motosikal saya. Saya telah menelefon penyelia dan memaklumkan hal berkenaan.

Setelah tiba di pejabat saya telah diajak oleh Staf pemaju masyarakat perhubungan untuk melakukan pemantauan harga untuk membeli barangan kelengkapan pejabat. Barangan ini terdiri daripada perabot pejabat seperti rak penyimpanan makanan untuk keperluan Tadika seluruh Daerah Kinta. Saya telah pulang ke pejabat pada jam 4.00 petang dan pulang kerumah pada jam 5.00 petang.

Anonymous said...

slmt pagi prof.ni laporan pada : )

10/7/2008 (Khamis)

Pada hari ini saya telah kepejabat pada jam 8.00 pagi. Hari ini merupakan perhimpunan bulanan dan hari bertemu pelanggan bagi Jabatan KEMAS Negeri Perak di Ibupejabat KEMAS Negeri GreenTown. Perhimpunan ini akan mengumpulkan seluruh kakitangan KEMAS di Negeri Perak yang terdiri daripada pelbagai parlimen dan unit. Saya telah diberi sehelai baju batik untuk ke majlis tersebut.

Pada jam 9.00 pagi,kesemua staf KEMAS Ipoh Timur termasuk saya telah ke Majlis tersebut. Acara bermula dengan pendaftaran kakitangan kemudiannya dimulakan dengan menyanyikan lagu negaraku,lagu JPA dan lagu KEMAS. Acara seterusnya ialah meraikan staf KEMAS yang bersara dan yang akan bertukar. Kemudiannya ucapan Pengarah KEMAS Negeri Perak Hj Amiruddin Ariffin yang berucap tentang khidmat awam, rasuah, penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, tingkahlaku kakitangan dan sebagainya.

Setelah itu jamuan diadakan dan majlis perhimpunan tamat pada jam 2.30 petang. Setelah itu saya melawat ke tapak hari bertemu pelanggan. Bermacam-macam produk KEMAS terdapat di sini. Selain itu juga ia menjadi medan kepada masyarakat untuk mengenali KEMAS dengan lebih dekat melalui program-program yang ditawarkan meliputi pelbagai peringkat umur seperti bengkel jahitan, masakan bina insane dan banyak lagi.

Saya telah pulang kerumah pada jam 5.15 petang

Anonymous said...

haiii..
melampau ni,aku pun naik biol bace msg ko ni..hehe..

report aku ade kat kepala lagi ni..huhu..ko dah antar report pertama ke?

Anonymous said...

salam..

aku ok je, mto pun takde masalah cuma patah sketje palt kat tepi.. xpe la nti free2 ke kt jumpa la kat masjid negeri ke jumaat ni ke jumaat depan ke.. bak sini no hang, aku dah terdeletela plakkk...

Anonymous said...

Nazri,

laporan pertama LULUS dan sila masuk pusingan kedua. Oppsss..rujukan perlu disenaraikan di akhir bab

Anonymous said...

salam prof..lama sgt dah x chat kt sini.ok prof,second round on the way.laporan harian saya, saya dah tulis kt tempat lain, x sempat nk tulis kt dalam blog coz kadang line internet xde,kadang2 saya ada keje.p cc plak,bleh join dgn bdk2 men game ramai2..huhu,ok nti saya htr laporan prof..

Anonymous said...

naz, ok tak kat tempat baru...dah lama tak dengar brita ek....

Anonymous said...

wei hang byk buat koje ke??? ke dok teman kak long-kak long sana pi beli belah? hahaha

Anonymous said...

salam prof..ni nak hantar laporan harian yang lama tertangguh.

ni laporan saya pada :
11/7/2008 (Jumaat)

Pada pagi ini saya telah sampai ke pejabat pada pukul 8.35 pagi. Kelewatan ini disebabkan hujan lebat dan saya terkandas di pertengahan perjalanan.

Pada jam 9.00 pagi, saya telah diberikan tugas oleh Penyelia Masyarakat Gerakan Daya Wawasan untuk mengenalpasti masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan di setiap parlimen di negeri Perak. Terdapat beberapa kateria yang diambil kira untuk memastikan masyarakat yang benar-benar berada di bawah paras kemiskinan seperti jumlah tanggungan, jumlah pendapat dan golongan seperti ibu tunggal.

Setelah mengenalpasti masyarakat yang berada dibawah paras kemiskinan, saya ditugaskan pula untuk memasukkannya kedalam data untuk rekod dan diambil tindakan oleh Jabatan KEMAS.

Saya telah pulang kerumah pada jam 5.05 petang dan tugas yang diberikan akan di sambung pada keesokan harinya.

Anonymous said...

ni laporan pada :
14/7/2008 (Isnin)

Pada hari ini saya telah tiba di pejabat pada pukul 7.58 pagi.

Pada pagi ini, saya akan menyiapkan data masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan. Tugas ini perlu disegerakan kerana Pejabat KEMAS Negeri amat memerlukannya. Data yang saya masukkan kedalam masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan seperti nama peserta, umur, status perkahwinan, jumlah tanggungan, anak yang bersekolah, parlimen dan alamat. Di sini saya dapati kebanyakkan masyarakat yang berada di bawah garis kemiskinan ialah golongan ibu tunggal yang berada di kawasan kampung-kampung dan golongan yang kedua ialah golongan berpendapat rendah dan mempunyai anak ramai.

Tugas ini saya telah siapkan pada jam 4.45 petang. Saya telah pulang kerumah pada jam 5.00 petang.


laporan saya pada :

15/7/2008 (Selasa)

Saya telah sampai di pejabat pada jam 8.00 pagi. Pada pagi ini saya bersama pemaju masyarakat GDW telah keluar untuk membeli beberapa kelengkapan pejabat. Kelengkapan ini terdiri daripada beberapa set kertas mencetak dan kertas mesin faks.

Pada sebelah petangnya pula, saya telah ditugaskan untuk menolong pemaju masyarakat tabika untuk menyimpan data menerusi e-Tabika meliputi murid-murid yang terdapat di sesebuah tabika dalam parlimen Ipoh Timur, guru-guru dan lain-lain lagi.

Tugas ini selesai pada 4.50 petang dan saya difahamkan ia perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Saya pulang kerumah pada jam 5.05 petang.

Anonymous said...

laporan saya pada :
16/7/2008 (Rabu)

Pada jam 8.00 pagi, saya telah tiba di pejabat. Pada pagi ini saya bersama Pegawai Perhubungan DUN Pasir Pinji iaitu Encik Hisyamudin telah membuat lawatan ke kampung-kampung GDW yang terdapat di DUN tersebut.

Lawatan ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang wujud di kampung-kampung GDW yang berada di bawah kerajaan baru Negeri Perak. Tugas ini berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Pada sebelah petangnya saya telah ditugaskan untuk menolong Puan Anisah untuk mendaftar aset milik KEMAS Ipoh Timur meliputi inventori iaitu berupa barang-barang yangt beharga di bawah RM1000 dan aset harta modal yang bernilai lebih dari RM1000.

Tugas akan disambung pada masa yang akan datang kerana Inventori dan Harta Modal mengambil masa yang lama untuk disemak kata Puan Anisah. Saya telah pulang pada jam 5.10 petang.

laporan saya pada :
17/7/2008 (Khamis)

Pada hari ini saya telah tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi.

Pada pagi ini saya telah ditugaskan oleh Penyelia Tabika iaitu Puan Aminah untuk melawat ke Tabika Pengkalan Jaya untuk membantu melihat guru tabika di sana meliputi pengajaran di dalam kelas, waktu pengajaran, keadaan bangunan, prasarana yang disediakan dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memastikan guru Tabika tersebut mengikut piawaian mengajar yang ditetapkan memandangkan beliau merupakan seorang guru baru.

Pada jam 3.00 petang saya telah pulang kepejabat dan memberikan laporan penuh kepada kepada puan Aminah mengenai guru tadika tersebut. Selepas itu saya dibenarkan pulang kerumah pada jam 5.00 petang.

laporan saya pada :
18/7/2008 (Jumaat)

Pada jam 8.00 pagi saya telah tiba di pejabat. Pada pagi itu saya telah menolong penyelia pendidikan iaitu Puan Norhayati untuk memasukan data pelajar yang mengikuti kursus pendidikan anjuran KEMAS Ipoh Timur seperti Kelas jahitan, kelas masakan dan bengkel-bengkel. Data ini terdiri daripada profail peserta.

Pada jam 12.15 tengahari saya telah keluar untuk bersolat Jumaat.

Saya telah kembali ke pejabat pada jam 3.00 petang dang kembali menyambung tugas-tugas yang tertangguh tadi sehingga selesai. Pada jam 5.00 petang segala urusan penyimpanan data selesai dan saya dibenarkan pulang.

Anonymous said...

laporan saya pada :
21/7/2008 (Isnin)

Pada hari ini saya telah tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi.

Pada pagi ini saya ditugaskan untuk membuat usul mengenai laman-laman blog untuk dibentangkan di dalam mesyuarat oleh Penyelia Kanan Ipoh Timur. Hal ini bertujuan untuk mendapat perhatian kerajaan mengenai blog-blog yang tidak berfaedah. Untuk itu saya telah pergi ke Perpustakaan Negeri di Jalan Panglima Bukit Gantang untuk mendapatkan maklumat mengenainya. Selain itu juga, saya mendapatkan bahan daripada sumber internet.

Setelah semua bahan saya perolehi seperti pengenalan, kebaikan, keburukan dan kesan blog ke atas sosial, politik dan ekonomi negara, saya terus menyiapkannya. Tugas ini selesai pada jam 4.40 petang. Kemudiannya saya pulang kerumah pada jam 5.00 petang.

laporan saya pada :
22/7/2008 (Selasa)

8.00 pagi saya telah tiba di pejabat. Pada pagi itu saya dipelawa oleh penyelia tabika untuk menghadiri mesyuarat diantara pemaju tabika di Tabika Padang Tembak Pada sebelah petangnya. Pada jam 10.00 pagi, saya dan pemaju GDW telah keluar untuk membeli beberapa kelengkapan pejabat dan barangan komputer.

Tepat jam 2.00 petang saya telah ke Tabika Padang Tembak untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Mesyuarat tersebut di hadiri oleh pemaju masyarakat tabika dari Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat. Dalam mesyuarat ini pelbagai isu di bangkitkan seperti pertukaran pemaju tabika ke kawasan lain, masalah kewangan Tabika, disiplin pemaju tabika dan lain-lain lagi. Di sini saya dapat pelajari bagaimana untuk menangani masalah dan mempelajari bagaimana untuk menjawap soalan-soalan yang memuaskan hati semua pihak.

Mesyuarat tersebut selesai pada jam 5.00 petang dan diikuti oleh jamuan ringan. Saya telah pulang kerumah pada jam 5.30 petang.

Anonymous said...

laporan saya pada :
23/7/2008 (Rabu)

Hari ini saya tiba di pejabat pada pukul 7.50 pagi. Pada pagi ini kakitangan Pejabat KEMAS Ipoh Timur mengadakan sedikit jamuan dan saya terlibat sama dalam menyediakan kelengkapan jamuan. Jamuan selesai pada jam 11.00 pagi.

Pada sebelah petangnya pula, saya ditugaskan untuk menolong pemaju masyarakat masakan untuk menyimpan data di dalam e-CPM. Data-data ini terdiri daripada profail peserta kelas masakan. Tugas ini selesai pada jam 5.00 petang dan saya dibenarkan pulang.

laporan saya pada :
24/7/2008 (Khamis)

Jam 8.00 pagi saya telah tiba di pejabat. Pada pagi ini saya akan ke Pejabat KEMAS Ipoh
Barat bersama Pemaju Masyarakat GDW untuk mengambil beberapa data mengenai profail kampung GDW di bawah KEMAS beserta beberapa barangan lain.

Pada jam 2.00 petang, kami telah kembali semula ke pejabat. Tibanya di pejabat saya telah ditugaskan untuk menyediakan profail Pemaju Tabika Rejimen Renjer Di Raja II (RRD II) berbentuk buku skrap. Ia bertujuan untuk memasuki pertandingan pemaju Tabika terbaik peringkat Negeri Perak. Tugas ini agak berat kerana saya tidak mencukupi masa untuk melaksanakannya kerana KEMAS negeri mahukan buku skrap tersebut selewat-lewatnya esok petang. Pada petang itu saya banyak menghabiskan masa mengedit gambar untuk di letakkan kedalam buku skrap.

Saya telah pulang kerumah pada jam 5.00 petang

laporan saya pada :
25/7/2008 (Jumaat)

Pada pagi ini saya telah sampai kepejabat pada jam 8.00 pagi. Sesampainya di pejabat saya telah menyambung tugas-tugas semalam. Pada pagi ini saya masukan bahagian I iaitu, profail pemaju tabika tersebut berserta gambar. Profail ini terdiri daripada biodata pemaju tabika, latarbelakang pendidikan, kejayaan dan anugerah-anugerah yang diperolehi. Kemudiannya saya siapkan bahagian II pula iaitu mengenai tempat bertugas sekarang dengan gambar kelas dan murid-murid beserta ahli jawatankuasa.

Bahagian yang ketiga pula ialah komen dan markah yang diberikan oleh penyelia pemaju Tabika iaitu Puan Aminah yang terdiri daripada pelbagai aspek penilaian. Dan bahagian yang terakhir ialah salianan sijil-sijil penghargaan, sijil kemahiran dan kursus-kursus dan sijil-sijil yang berkaitan.

Saya menyiapkan tugas itu tepat jam 5.05 petang dan kemudiannya pulang ke rumah.

Anonymous said...

28/7/2008 (Isnin)

Saya telah tiba di pejabat pada jam 8.00 pagi. Pada pagi ini keadaan pejabat agak lengang kerana kebanyakkan kakitangan berkursus di Melaka selama seminggu. Pada pagi itu saya ditugaskan untuk menjawab beberapa panggilan telefon dan membuat pengesahan penerimaan barangan milik Tabika Parlimen Ipoh Timur.

Pada sebelah petangnya saya menolong Guru kelas masakan iaitu puan Hamisah untuk mengemaskini data-data yang terdapat di dalam e-CPM. Saya di ajar memasukkan data tersebut data menjalankan tugas tersebut sehingga petang.
Tolong kak misah

29/7/2008 (Selasa)

Pada pagi ini saya dikehendaki membantu Puan Anisah iaitu Penyelia Pentadbiran dalam mengenalpasti aset milik kemas Ipoh Timor yang berada di kelas-kelas masakan. Antara barangan tersebut ialah komputer, alatan elektrik memasak, perkakasan memasak dan lain-lain lagi. Saya juga dikehendaki memeriksa aset tersebut dengan lebih lanjut samaada ia masih boleh digunakan atau tidak.

Kemudiannya saya dikehendaki mengemaskini aset tersebut kedalam fail yang telah disediakan. Tugas ini saya jalankan sehingga lewat petang.

30/7/2008 (Rabu)

Pada pagi ini saya datang seperti biasa ke pejabat. Walaubagaimanapun, keadaan kesihatan saya tidak berapa baik. Saya mengalami demam dan saya meminta kebenaran untuk berehat.

Pada sebelah petangnya keadaan kesihatan saya agak pulih dan saya membuat tugas-tugas seperti menjawab panggilan telefon dan membuat pengesahan penerimaan barangan sahaja.

31/07/2008 (Khamis)

Ditugaskan untuk tunggu di pejabat. Encik Hasri dan Puan Anisah Ke KEMAS Negeri menyelesaikan tugas mereka. Tinggal saya seorang di pejabat dan ditugaskan untuk menjawab panggilan telefon, melayan tetamu yang hadir dan membuat pengesahan penerimaan barangan. Kesempatan itu juga saya gunakan untuk menulis laporan yang sudah lama tertangguh.

01/08/2008 (Jumaat)

Pada hari ini saya telah membantu Puan Anisah untuk mengemaskini fail dan membuat semakan semula. Saya juga mendaftar surat dan memo ke dalam fail yang telah disediakan.
Pada sebelah petangnya saya telah membantu pemaju masyarakat Tabika untuk membuat persiapan dalam menganjurkan majlis perpisahan dan hari guru bagi Parlimen Ipoh Timor yang akan diadakan di Bangunan UMNO Ipoh keesokannya.

Saya telah dijemput kemajlis tersebut dan ditugaskan sebagai jurukamera.

Anonymous said...

04/08/2008 (Isnin)

Pada hari ini seperti biasa saya telah ditugaskan untuk menjawab beberapa panggilan telefon dan menerima barangan serta membuat pengesahan.

Saya juga membantu mendaftar harta modal dan inventori untuk dikemaskini. Selain itu juga saya memasukkan data-data di dalam format-format yang diberikan seterusnya membuat salinan untuk diserahkan kepada Penyelia Kanan Ipoh Timor.

05/08/2008 (Selasa)

Hari ini saya kembali menyambung tugas yang diberikan semalam iaitu mengemaskini aset dan harta modal.

Tugasan ini berjaya diselesaikan pada hari ini. Kemudiannya saya telah menyambung kembali tugas-tugas mencari bahan untuk menulis laporan GDW. Saya juga telah melakukan sedikit temuramah dengan kakitangan di sini untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai GDW.

06/08/2008 (Rabu)

Pada pagi ini saya telah ditugaskan untuk membuat pemantauan di Tabika Pengkalan Jaya. Saya telah memantau melalui aspek penggunaan pendekatan pengajaran yang dilakukan oleh guru tabika tersebut.

Ini untuk memastikan ianya selaras dengan format pengajaran yang telah ditetapkan oleh pihak KEMAS.

Saya juga telah mendapatkan maklumat mengenai murid-murid dan mengambil gambar sebagai bukti untuk dimasukan ke dalam laporan pemantauan nanti.

07/08/2008 (Khamis)

Pada pagi ini saya telah menulis laporan pemantauan yang telah dibuat semalam di Tabika Pengkalan Jaya. Saya telah memasukkan gambar-gambar yang diambil dan memeberi sedikit ulasan mengenai pemantauan semalam.

Selain itu saya juga telah membantu kakitangan pejabat untuk menfakskan surat kepada KEMAS Negeri bersama laporan pemantauan yang telah saya buat semalam.

08/08/2008 (Jumaat)

Pada pagi ini saya telah ditugaskan untuk menghantar beberapa dokumen ke KEMAS Negeri di Bangunan Persekutuan Greentown.

Pada sebelah petangnya pula saya telah ke Institut Latihan KEMAS (ILK) Seri Iskandar untuk membuat persiapan penganjuran Hari Kesenian Islam oleh KEMAS. Saya telah membantu mengangkat barang-barang dan memberikan sedikit pandangan dalam melicinkan lagi urusan susun atur di dalam dewan tersebut.

Anonymous said...

11/08/2008 (Isnin)

Pada hari ini saya berkesempatan untuk bersama-sama beberapa kakitangan mengikuti seminar kewangan yang telah diadakan di Hotel Causarina.

Saya berpeluang menimba ilmu pengetahuan mengenai aspek pentadbiran kewangan secara berkesan sepanjang seminar itu berlangsung.

Para peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dari pelbagai jabatan manakala penceramah adalah daripada kakitangan KEMAS sendiri daripada Putrajaya.

12/08/2008 (Selasa)

Pada hari ini saya telah membantu kakitangan pejabat memasukkan data usahawan Bantuan Ekonomi Kampung (BEK) KEMAS yang terdapat di seluruh kawasan Parlimen Ipoh Timor untuk dipanjangkan ke KEMAS Negeri Perak.

Saya juga telah keluar untuk membeli kelengkapan pejabat seperti kertas mesin faks, kertas photostat dan sebagainya.

Selain itu saya juga menjawab beberapa panggilan telefon.

13/08/2008 (Rabu)

Pada hari ini saya telah ditugaskan untuk menjaga pejabat kerana kebanyakkan kakitangan telah menghadiri mesyuarat di KEMAS Negeri.

Saya juga bertanggungjawab untuk menjawab panggilan telefon dan menyambut tetamu yang hadir.

Selain itu, saya perlu membuat pengesahan terhadap penerimaan barangan dan menyemaknya terlebih dahulu.

14/08/2008 (Khamis)

Pada pagi ini saya telah membantu kakitangan pejabat untuk menyalin beberapa dokumen iaitu berupa senarai daftar tabika di bawah kawasan Parlimen KEMAS Ipoh Timor.

Selain itu, saya juga di amanahkan untuk menaip senarai murid-murid dan profail mereka mengikut tabika bagi seluruh Parlimen Ipoh Timor.

Setelah selesai saya menyerahkannya kepada pemaju tabika untuk tindakan selanjutnya.

15 Ogos 2008 (Jumaat)

Saya telah tiba di pejabat pada pukul 8 pagi. Pada pagi ini saya telah ditugaskan untuk menyalin beberapa dokumen.

Selepas itu tepat jam 10 pagi, saya bersama penyelia-penyelia KEMAS yang lain telah menghadiri perjumpaan Kakitangan KEMAS Negeri Perak iaitu perjumpaan bulanan bersama Yang Berhormat Dato Zahid Hamidi iaitu Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Ia telah berlangsung di Bangunan Persekutuan, GreenTown Ipoh. Beliau telah memberi ucapan dan penerangan mengenai Etika Perkhidmatan Awam.

Majlis telah berhenti rehat dan solat Jumaat Pada jam 12.30 tengahari

Majlis telah bersambung pada jam 3.00 petang dimana Hj Amiruddin Ariffin iaitu Pengarah KEMAS Negeri Perak telah memberikan ucapan dan ingatan kepada para Kakitangan KEMAS berkenaan dengan tugas mereka.

Majlis telah ditamatkan pada jam 4.30 petang disusuli oleh minum petang. Saya telah pulang kerumah pada jam 5.00 petang.

Anonymous said...

18 Ogos 2008 (Isnin)

Pada pagi ini saya telah tiba dipejabat tepat jam 7.28 pagi. Pada pagi ini saya difahamkan bahawa penyelia praktikum dari Universiti Utara Malaysia (UUM) akan datang melawat ke tempat saya.

Pada jam 8.20 pagi, penyelia Praktikum dari UUM tiba dan beliau bertanyakan kepada saya beberapa soalan dan bertanyakan mengenai saya kepada kakitangan pejabat KEMAS Ipoh Timor. Kemudiannya beliau melihat buku laporan harian dan buku kedatangan kerja saya. Beliau telah pulang, tepat jam 9.00 pagi.

Setelah itu saya telah diberikan sedikit taklimat oleh penyelia bina insan untuk menjalankan beberapa tugas semasa ketiadaan para penyelia yang terpaksa bertugas sebagai sukarelawan di Permatang Pauh bersempena pilihan raya kecil.

Pada sebelah petangnya pula saya, ditugaskan pula untuk memantau PKK supaya kelas berjalan dengan baik. Tugas diberikan kepada saya berikutan penyelianya iaitu Puan Norhayati juga ke Permatang Pauh.

19 Ogos 2008 (Selasa)

Saya telah tiba di pejabat tepat jam 7.58 pagi. Pada pagi ini keadaan pejabat lengang berikutan semua kakitangan telah ke Permatang Pauh untuk menjalankan tugas mereka bersempena pilihan raya kecil.

Pada pagi ini saya telah ditugaskan untuk membuat pemantauan ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor agar semua berjalan dengan baik. Tugas ini diberikan sementara kepada saya kerana penyelia pra sekolah ke Permatang Pauh.

Pada sebelah petangnya pula saya, ditugaskan pula untuk memantau PKK supaya kelas berjalan dengan baik.

Saya telah pulang kerumah pada jam 5.15 petang.

20 Ogos 2008 (Rabu)

Pada pagi ini saya terus membuat pemantauan ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor agar semua berjalan dengan baik. Pemantauan ini meliputi tugas-tugas seperti melihat buku laporan pengajaran harian guru-guru tabika. Tugas ini akan dipikul oleh saya sehingga penyelianya kembali bertugas.

Pada sebelah petangnya pula, saya terus memantau PKK supaya kelas berjalan dengan sempurna. Skop tugasnya juga sama seperti tabika iaitu melihat buku laporan harian pengajaran gugu-guru PKK iaitu terdiri daripada kelas masakan dan bengkel jahitan.
Saya telah pulang kerumah tepat jam 5.10 petang.

21 Ogos 2008 (Khamis)

Pada pagi ini saya terus membuat pemantauan ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor. Kemudianya saya memantau kelas PKK pula.

Saya telah masuk ke pejabat pada jam 3.30 petang untuk membantu Pembantu masyarakat khas Puan Anisah menggantikannya di pejabat kerana beliau mempunyai urusan di Pejabat KEMAS Negeri yang terletak di GreenTown. Semasa di pejabat saya telah menyambung tugas beliau untuk memasukkan data kedalam computer. Saya telah pulang kerumah tepat jam 5.00 petang.

22 Ogos 2008 (Jumaat)

Tugas saya masih juga sama seperti hari sebelumnya iaitu memantau ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor pada sebelah paginya.

Kemudiannya saya memantau kelas PKK pula pada sebelah petangnya dan pulang kerumah pada jam 5.30 petang.

Anonymous said...

25 Ogos 2008 (Isnin)

Tugas saya masih juga sama seperti hari sebelumnya iaitu memantau ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor pada sebelah paginya.

Kemudiannya saya memantau kelas PKK pula pada sebelah petangnya dan pulang kerumah pada jam 5.30 petang.

26 Ogos 2008 (Selasa)

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan tugas-tugas pemantauan kerana para penyelia akan pulang pada hari ini.

Saya telah ke memantau ke Tabika-tabika KEMAS seluruh Kawasan Parlimen Ipoh Timor pada sebelah paginya manakala pada sebelah petangnya saya ke kelas PKK pula. Tugas memantau kelas PKK ini tergendala berikutan hujan yang lebat. Setelah hujan reda, saya kembali menyambung tugas pemantauan.

Saya telah pulang kerumah pada jam 5.50 petang.

27 Ogos 2008 (Rabu)

jam 7.55 pagi tiba di pejabat
8.15 pagi membuat beberapa salinan dokumen untuk para guru Tabika. Ia merupakan borang (MENTABASAH) iaitu borang barang-barang mentah dan basah untuk kegunaan semua Tabika.

10.00pagi : menjalankan penyelenggaraan computer dipejabat iaitu memprogram kembali computer, memasukkan software-software kedalam computer.
1.00 tghari : rehat
2.15 ptg : keluar membeli beberapa komponen computer bersama penyelia GDW
4.30 ptg : kembali ke pejabat dan menyambung kembali tugas menyelenggara computer. Tugas ini tidak dapat disiapkan pada hari ini dan di sambung keesokkan harinya.
5.00 ptg : pulang kerumah

28 Ogos 2008 (Khamis)

8.30 pagi : Tiba di pejabat lewat kerana hujan lebat.
9.00 pagi : Telah membuat pemantauan akhir kebeberapa Tabika sempena sambutan kemerdekaan yang bakal mereka langsungkan.
12.30 tghari : kembali ke pejabat dan makan tengahari.
2.15 ptg : menyambung kembali tugasan menyelenggara computer. Berjaya memprogramkan kembali computer.
5.00 ptg : pulang kerumah.

29 Ogos 2008 (Jumaat)

7.58 pagi : tiba di pejabat.
8.15 pagi : menyambung menyelenggara computer iaitu memasukkan software-software.
12.15 tghari : rehat dan solat jumaat.
2.30 ptg : Mesyuarat JKKP Daerah Kinta di PITC, Taman Meru Ipoh. Membincangkan mengenai pentadbiran seluruh kampong di Daerah Kinta. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua penyelia KEMAS Ipoh Timur dan ahli Jawatankuasa JKKP seluruh Daerah Kinta.
5.00 ptg : pulang kerumah

Anonymous said...

1 September 2008 (Isnin)

Cuti ganti kemerdekaan.

2 September 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba dipejabat.
8.30 pagi : mesyuarat mengenai Kertas kerja Program Mesra Rakyat anjuran Pejabat KEMAS Parlimen Ipoh Timur.
10.00 pagi: merangka Program Mesra Rakyat bersama penyelia GDW
11.00 pagi: memantau lokasi kawasan untuk penganjuran program. Lokasi yang dipilih ialah di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Puteh, Ipoh.
12.50 tghari: pulang ke pejabat dan rehat.
2.00 ptg : pulang kepejabat dan menyediakan bajet untuk program tersebut. Bajet ini perlu dibentangkan kepada pegawai operasi II pada esok pagi di Pejabat KEMAS Negeri, GreenTown.
4.15 ptg: majukan bajet kepada penyelia kanan Ipoh Timor dan bajet mendapat Kelulusan.
5.00 ptg: siapkan laporan penuh bajet bersama penyelia GDW
6.15 ptg: pulang Kerumah

3 September 2008 (Rabu)

8.15 pagi : tiba di pejabat KEMAS Negeri.
9.00 pagi : berjumpa pegawai Operasi II Encik Hamdan untuk perbentangan bajet.Bajet meliputi, jamuan, keraian, pentas dan lain-lain lagi. Bajet tersebut mendapat kelulusan.
11.00 pagi: pulang kepejabat dan menyiapkan Kertas Kerja Program Mesra Rakyat.
4.00 ptg: mendaftar, menyemak dan menerima barangan Tabika yang dihantar oleh Kontraktor berupa makanan tambahan kepada murid-murid seperti sardine,biskut dan cordial.
5.00 ptg:pulang kerumah

4 September 2008 (Khamis)

8.00 pagi : tiba di pejabat
8.15 pagi : menyiapkan kerja-kerja akhir Kertas Kerja Program Mesra Rakyat seperti mencetak dan sebagainya. Kemudian hantar ke KEMAS Negeri.
10.00 pagi : memantau kerja-kerja baikpulih bangunan kelas jahitan di Kampung Sri Kinta. Baikpulih ini terdiri daripada baikpulih atap yang telah bocor.
1.00 ptg : kembali ke pejabat dan rehat.
2.30 ptg : bertolak ke kelas Tabika RRD II untuk membaikpulih computer kelas tersebut.Saya dapati computer tersebut telah rosak dibahagian Kuasanya (Power Supply) dan saya menukarnya dengan power supply yang baru dan computer tersebut kembali berfungsi.
5.15 ptg : pulang ke rumah.

5 September 2008 (Jumaat)

7.50 pagi : tiba dipejabat.
8.00 pagi : menerima arahan dari KEMAS Negeri untuk membuat pemantauan mengenai pengajaran guru Tabika di Tabika Kampung Sri Murni.
8.30 pagi : bertolak ke Tabika Kampung Sri Murni untuk membuat pemantauan mengenai pengajaran guru semasa dikelas.
10.00 pagi : pergi ke KEMAS Negeri, GreenTown untuk memberi laporan mengenai pengajaran guru tersebut.
12.30 tghari : solat jumaat
2.30 ptg: kembali ke pejabat
2.45 ptg: membuat semakan semula kuota daftar JKKK/JKKP kedalam system e-GDW. Semakan ini dibuat mengenai profail kampong dan premis perniagaan yang berada di bawah seliaan KEMAS Ipoh Timor.
5.30 ptg : pulang kerumah

Anonymous said...

8 September 2008 (Isnin)

8.45 pagi : Tiba di pejabat lewat berikutan hujan lebat.
9.00 pagi : berbincang bersama penyelia majikan untuk menghasilkan kad raya sendiri
untuk dihantar keseluruh pejabat KEMAS Negeri Perak. Tugasan ini dipertanggungjawabkan kepada saya sepenuhnya.
9.30 pagi : bersiap-siap untuk mengambil gambar kakitangan KEMAS Ipoh Timur.
10.30 pagi : selesai bergambar di dalam pejabat.
10.45 pagi : memulakan tugasan mengedit gambar.editan ini saya memggunakan program Adop Photoshop. Selain itu juga saya mencari contoh-contoh kad raya di internet.
1.00 tghari : Rehat
2.10 ptg : menyambung kembali proses untuk menyiapkan kad raya. Selain itu saya menggunakan program Frame Photoshop.
5.15 ptg : pulang kerumah

9 September 2008 (Selasa)

8.30 pagi : ke kampong Chempaka Sari sempena majlis Tadarus Al-Quran di bulan Ramadan bersama Penyelia Bina Insan dan Penyelia GDW. Kami juga turut serta didalam program tersebut di Masjid kampong Chempaka Sari. Program ini telah dihadiri oleh masyarakat wanita kampong tersebut.
12.15 tghari : berbincang bersama Penyelia Majikan tentang bajet dalam menghasilkan kad raya dan beliau memberikan sedikit bajet untuk menghasilkan kad raya
tersebut.
1.00 ptg: rehat
2.00 ptg: menyambung kembali proses untuk menyiapkan kad raya dan pada kali ini saya mengalami sedikit masalah kerana computer tidak dapat berfungsi dengan baik. Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk membetulkan computer tersebut.
4.20 ptg:computer kembali berfungsi dan saya meneruskan kerja-kerja yang tertangguh.
5.50 ptg:menangguhkan tugas dan pulang kerumah.

10 September 2008 (Rabu)

8.00 pagi:tiba dipejabat dan menyambung kembali menghasilkan kad raya.
11.00 pagi:keluar untuk membeli beberapa barangan dalam menghasilkan kad raya seperti kertas print(Glossy Paper), dakwat, sampul surat, setem dan
beberapa perkakasan pejabat yang lain. Saya telah keluar bersama penyelia GDW dan Penyelia Pentadbiran.
1.00 ptg:kembali ke pejabat dan berehat.
2.00ptg:saya menyambung kembali tugas yang tertangguh. Tugasan ini perlu disiapkan dalam minggu ini juga.
6.15 ptg:tugasan ini berjaya saya siapkan dan perlu ditunjukan kepada penyelia majikan keesokannya. Saya terus pulang kerumah.

11 September 2008 (Khamis)

7.58 pagi: tiba dipejabat
8.00 pagi: menunjukkan hasil kerja saya kepada penyelia majikan. Beliau begitu berpuashati dengan kerja saya dan beliau memberikan komen untuk mengubah beberapa bahagian seperti tulisan dan beberapa bahagian berwarna untuk dibetulkan.
9.30 pagi: saya mengedit dan membetulkan kad raya seperti yang dimahukan oleh penyelia majikan.
11.30 pagi : saya menunjukkan kad raya yang telah dihasilkan kepada penyelia majikan seperti yang dimahukannya dan beliau telah berpuas hati.
12.00 pagi : mencetak kad raya sebanyak 32 keping untuk dihantar. Selain itu saya juga mencetak alamat di sampul surat.
5.00 ptg: berjaya menyiapkan semua kerja dan pulang kerumah.

12 September 2008 (Jumaat)

8.00 pagi: tiba di pejabat
8.20 pagi: Menyiapkan proses penghantaran kad raya seperti melekatkan setem,memasukkan kedalam sampul surat.
10.00 pagi: ke pejabat pos untuk mengepos surat.
10.30 pagi : pulang ke pejabat
11.00 pagi : membuat beberapa panggilan telefon untuk memaklumkan mengenai mesyuarat pada petang ini. Selain itu juga saya menyalin dokumen minit mesyuarat.
2.30 ptg: mesyuarat tentang Projek Kelas PKK KEMAS Ipoh Timor berhubung projek kuih raya bagi kelas masakan dan projek kelas jahitan sempena iadilfitri.
Mesyuarat ini dihadiri oleh guru-guru Kelas PKK dan kakitangan KEMAS
Ipoh Timor. Saya ditugaskan untuk membantu memantau perjalanan kelasn Dan sebagai juruaudit kelas masakan.
5.00 ptg: dibenarkan pulang.

Anonymous said...

15 September 2008 (Isnin)

8.30 pagi : tiba di Pusat Masakan Taman Anda untuk memantau pusat masakan tersebut.Selain itu juga saya ditugaskan oleh pejabat KEMAS Ipoh Timur untuk memantau akaun pusat masakan tersebut semasa projek kuih raya ini berjalan.
9.30 pagi: membantu penyelia pusat masakan untuk membeli barang-barang untuk projek kuih raya pada pagi ini.
11.00 pagi: pulang ke pusat masakan. Memantau dan membantu peserta membuat kuih raya. Kuih raya yang dihasilkan bakal menerima pemintaan dari masyarakat setempat kata penyelia pusat masakan kepada saya dan biskut yang dibuat pada hari ini ialah biskut Mazola dan biskut samprit.
4.00 ptg : menyediakan akaun kira-kira kepada pusat masakan tersebut seperti pembelian barang, jumlah bayaran kepada peserta dan kos untuk menghasilkan kuih raya.
5.30 ptg : pulang kerumah

16 September 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba di pejabat
8.15 pagi : membuat beberapa salinan dokumen untuk penyelia GDW untuk diberikan kepada peserta masakan. Ia terdiri daripada resepi-resepi untuk membuat kuih
raya.
10.00 pagi : bersama penyelia CPM melawat ke bengkel jahitan langsir di Taman Anda. Membuat ulasan tentang perjalanan bengkel.
2.00 ptg: melawat ke Pusat Masakan Kampung Tok Cendang untuk memantau projek kuih raya yang dihasilkan. Bertanggungjawab menyediakan akaun kira-kira untuk pusat masakan tersebut.(biskut suji dan tat nenas)
5.15 ptg: Pulang kerumah

17 September 2008 (Rabu)

Cuti umum sempena Nuzul Al-Quran

18 September 2008 (Khamis)

8.30 pagi : tiba di pusat Masakan Kampung Pasir Puteh untuk memantau pusat masakan tersebut. Bagi pusat masakan ini juga saya ditugaskan oleh pejabat KEMAS Ipoh Timur untuk memantau akaun pusat masakan tersebut semasa projek kuih raya ini berjalan.
9.30 pagi : membantu penyelia pusat masakan untuk membeli barang-barang untuk projek kuih raya pada pagi ini.
11.00 pagi : pulang ke pusat masakan. Memantau dan membantu peserta membuat kuih raya. Kuih raya yang dihasilkan di sini pula bakal dijual kepada pemborong dan masyarakat setempat kata penyelia pusat masakan kepada saya dan biskut yang dibuat pada hari ini ialah biskut Elmond Londan.
4.00 ptg : menyediakan akaun kira-kira kepada pusat masakan tersebut seperti pembelian barang, jumlah bayaran kepada peserta dan kos untuk menghasilkan kuih raya.
5.30 ptg : pulang kerumah

19 September 2008 (Jumaat)

8.30 pagi : tiba di pusat masakan Kampung Kuala Pari untuk memantau pusat masakan tersebut. Projek ini dijalankan di Rumah Gerakan Persatuan Wanita (GPW)kampong tersebut.
9.30 pagi : membantu penyelia pusat masakan untuk membeli barang-barang untuk projek kuih raya pada pagi ini.
11.00 pagi : pulang ke pusat masakan. Memantau dan membantu peserta membuat kuih raya. Kuih raya yang dihasilkan akan diberikan kepada ahli-ahli persatuan menurut salah seorang pesertanya. Biskut yang dihasilkan ialah Biskut Sampan.
4.00 ptg : menyediakan akaun kira-kira kepada pusat masakan tersebut seperti pembelian barang, jumlah bayaran kepada peserta dan kos untuk menghasilkan kuih raya.
5.30 ptg : pulang kerumah

Anonymous said...

22 September 2008 (Isnin)

8.00 pagi : tiba dipejabat dan membuat beberapa salinan berupa resepi biskut raya yang diperolehi diinternet untuk kegunaan kelas masakan.
9.30 pagi : tiba di Kelas masakan Taman Anda. Tiba di sana dan memantau serta membantu peserta membuat kuih raya.
12.00 tghari : menyemak akaun kelas masakan tersebut. Mengira jumlah perbelanjaan dan pedapatan setakat hari ini.
3.30 ptg : membantu penyelia pusat masakan untuk membeli barang-barang untuk projek kuih raya pada keesokan harinya.
5.20 ptg : pulang kerumah.

23 September 2008 (Selasa)

8.30 pagi : tiba di pusat masakan Kampung Chempaka Sari untuk memantau pusat masakan tersebut. Projek ini juga dijalankan di Rumah Gerakan Persatuan Wanita (GPW) kampong tersebut.
9.00pagi : tiba di sana dan memantau serta membantu peserta membuat kuih raya. Kuih raya yang dihasilkan juga akan dikongsi bersama ahli-ahli persatuan menurut salah seorang ahlinya. Ahli yang membuat biskut tidak
akan dikenakan sebarang bayaran manakala ahli yang tidak mengikuti projek ini akan dikenakan bayaran tertentu. Biskut yang dihasilkan ialah Biskut kelapa.
2.00 ptg : pada sebelah petang saya mengikut penyelia CPM memantau pergerakan kelas jahitan pula di Kampung Temiang. Kelas jahitan ini dikendali oleh kakitangan KEMAS terlatih dan mereka menghasilkan pakaian wanita
semasa dimusim perayaan ini.
5.30 ptg : pulang kerumah

24 September 2008 (Rabu)

8.00 pagi : ke pusat masakan Kg. Pasir Puteh.
9.00 pagi : membuat pemantauan peserta-peserta pusat masakan membuat projek kuih raya (Kuih sampan dan biskut cornflake madu)
2.00 ptg : bersama pemaju GDW memantau projek jahitan baju kanak-kanak bersempena iadilfitri di Kampung Sri Kinta.
5.10 ptg: pulang kerumah

25 September 2008 (Khamis)

8.00 pagi : hari ini saya kesemua pusat masakan untuk memantau dan mengambil bil-bil mereka untuk dikira.
2.30 ptg : tiba di pejabat dan mengira kesemua kos projek kelas masakan untuk projek kuih raya setiap hari. Bagi kelas masakan yang menjual kuih raya kepada umum, saya dikehendaki mengira untung-rugi mereka manakala kelas yang membuat kuih untuk ahli-ahlinya saya dikehendaki mengira bajet yang perlu dikeluarkan oleh ahli setakat hari ini.
6.00 ptg : kerja pengiraan selesai dan saya meletakkan di atas meja penyelia CPM untuk diberikan kepada penyelaras setiap pusat masakan. Pulang kerumah.

26 September 2008 (Jumaat)

8.30 pagi : tiba di Pusat Masakan Kampung Sri Murni. Ini merupakan hari terakhir pemantauan.
9.00pagi : tiba di sana dan memantau serta membantu peserta membuat kuih raya. Kuih raya yang dihasilkan juga akan dikongsi bersama ahli-ahli persatuan menurut salah seorang ahlinya. Ahli yang membuat biskut tidak
akan dikenakan sebarang bayaran manakala ahli yang tidak mengikuti projek ini akan dikenakan bayaran tertentu. Biskut yang dihasilkan ialah Biskut Bahulu.
12.15 tghari : pulang dan solat jumaat.
2.30 tghari : pulang ke pejabat dan dimaklumkan untuk pergi bersama ke majlis berbuka puasa anjuran KEMAS Negeri Perak peringkat Negeri Perak di Pejabat
KEMAS Tanjung Malim Perak.
3.30 ptg : berangkat ke Pejabat KEMAS Tanjung Malim Perak
5.30 ptg : tiba di sana.

Anonymous said...

29 September 2008 (Isnin)

8.00 pagi : tiba di pejabat. Kebanyakkan kakitangan bercuti sempena hari raya Iadifitri. Oleh itu saya ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja dipejabat seperti menerima faks dan menjawab panggilan telefon. Selain itu juga saya mencari bahan untuk laporan akhir praktikum di bilik fail KEMAS Ipoh Timor.
12.00 tghari : menerima arahan daripada KEMAS Negeri untuk menyemak dan memilih gambar-gambar pusat masakan semasa projek kuih raya dijalankan.
12.30 tghari : Menyemak dan memilih gambar-gambar tersebut. Gambar-gambar tersebut diperlukan oleh KEMAS Negeri kerana untuk membuat laporan semasa.
3.00 ptg : setelah memilih gambar-gambar tersebut saya terus ke Pejabat KEMAS Negeri GreenTown untuk menghantar gambar tersebut.
5.00 ptg : pulang ke rumah.

30 September 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba dipejabat. Keadaan pejabat masih juga lengang.
8.30 pagi : saya bersama penyelia pentadbiran telah keluar untuk membeli beberapa kelengkapan pejabat seperti kertas mesin faks, dakwat computer dan beberapa
barangan lain.
10.00 pagi : pulang ke pejabat dan membuat beberapa salinan dokumen untuk kegunaan guru-guru Tabika. Selepas itu saya diberi pelepasan oleh penyelia majikan untuk bekerja separuh hari dan pulang bercuti berhari raya di kampung.
12.00 tghari : pulang kerumah

1 Oktober 2008 (Rabu)

Cuti Hari Raya Iadilfitri

2 Oktober 2008 (Khamis)

Cuti Hari Raya Iadilfitri

3 Oktober 2008 (Jumaat)

mengambil cuti sempena hari raya aidilfitri

Anonymous said...

6 Oktober 2008 (Isnin)

8.00 pagi : tiba di pejabat.
8.30 pagi : Menyusun dan menyemak semula fail-fail daftar harta modal,inventori dan Kelengkapan pejabat. Selain itu juga barangan tersebut perlu dipastikan, diselenggara dan berkeadaan baik. Jika terdapat barangan yang telah rosak ia perlu diisi ke dalam boring asset serta dimaklumkan kepada KEMAS Negeri untuk tujuan pelupusan.
10.30 pagi : menyalin beberapa dokumen untuk kegunaan guru-guru tabika.
11.30 pagi : menyambung kembali tugas mendaftar harta modal, inventori dan Kelengkapan pejabat.
1.00 ptg : rehat
2.00 ptg : menyambung kembali tugas mendaftar harta modal,
inventori dan Kelengkapan pejabat. Ke Tabika-tabika memastikan barangan dan hak milik KEMAS Ipoh Timur.
5.15 ptg : terus pulang ke rumah

7 Oktober 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba dipejabat dan bersiap-siap untuk ke mesyuarat operasi
9.00 pagi : tiba dipejabat KEMAS Negeri untuk mesyuarat operasi II di KEMAS negeri bagi membincangkan Program CPM, Program pembangunan Desa, Arahan-arahan Pejabat dan hal-hal lain.
12.00 tghari : jamuan
1.00 ptg : pulang kepejabat dan mendaftar harta modal,inventori dan kelengkapan pejabat. Selain itu juga barangan hak milik KEMAS Ipoh Timur yang berada diluar pejabat misalnya dikelas-kelas tabika dan kelas masakan juga perlu
didaftarkan juga.
5.00 ptg : menangguhkan kerja dan pulang kerumah.

8 Oktober 2008 (Rabu)

8.00 pagi : tiba di pejabat
8.30 pagi : menyambung tugas membuat semakan dan kemaskini fail daftar harta modal,inventori dan kelengkapan pejabat kedalam borang asset. Selain itu juga saya membahagikan kategori fail dokumen mengikut bahagian.
1.00 ptg : rehat
2.00 ptg : pergi ke KEMAS Negeri GreenTown untuk mengambil boring asset
3.00 ptg : pulang kepejabat dan menyambung tugas mendaftar asset milik KEMAS Ipoh Timur.
5.00 ptg : pulang kerumah.

9 Oktober 2008 (Khamis)

7.50 pagi : tiba di pejabat.
8.00 pagi : bersama penyelia Pra Sekolah dan Penyelia GDW memantau Tabika Kg kuala pari dan GDW Kg Kuala Pari sempena mesyuarat jamuan iadilfitri yang akan
dilangsungkan pada hari Sabtu dan 11 Oktober 2008. objektif mesyuarat
adalah untuk membahagikan tugas, bajet, jemputan dan lain-lain lagi.
1.00 ptg : kembali ke pejabat dan berehat.
2.00 ptg : keluar pejabat untuk memenuhi undangan iadifitri di kelas PKK Pasir Puteh
3.00 ptg : tiba di sana dan memberikan sedikit ucapan dan jamuan makan.
5.15 ptg : pulang kerumah.


10 Oktober 2008 (Jumaat)

7.30 pagi : bertolak ke sungai siput perak bersama penyelia CPM untuk memantau peserta-peserta kursus Peningkatan Jahitan Siri IV yang berlangsung di Pusat latihan KEMAS Sungai Siput. Kursus ini dihadiri oleh peserta-peserta yang
terdiri daripada setiap Parlimen di Negeri Perak dan setiap Parlimen
diwajibkan menghantar tiga orang wakil. Kursus ini berlangsung selama tiga hari bermula 10/10 hingga 13/10.
12.30 tghari : bertolak pulang dan makan tengahari.
3.00 ptg : Pergi ke Asla Colellection yang terletak di Kampung Sri Kinta untuk membuat pemantauan perjalanan butik tersebut kerana ia berada dibawah
seliaan penyelian CPM dan KEMAS Ipoh Timur.
5.20 ptg : pulang kerumah.

Anonymous said...

13 Oktober 2008 (Isnin)

7.30 pagi : bertolak ke sungai siput perak bersama penyelia CPM untuk memantau peserta-peserta kursus Urutan Tradisional Siri II yang berlangsung di Pusat latihan KEMAS Sungai Siput. Kursus ini dihadiri oleh peserta-peserta yang
terdiri daripada setiap Parlimen di Negeri Perak dan setiap Parlimen
diwajibkan menghantar dua orang wakil. Kursus ini berlangsung selama tiga hari bermula 13/10 hingga 15/10. kursus ini dibiayai sepenuhnya oleh KEMAS, manakala latihan diberikan oleh tenaga pengajar yang terlatih dari pusat urutan tempatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak.
12.30 tghari : rehat dan jamuan makan tengahari.
2.00 ptg : kami berangkat ke Majlis Penutup Kursus Peningkatan Jahitan Siri IV yang berlangsung di Dewan serbaguna Pusat Latihan KEMAS Sungai Siput.Majlis penutupan ini dijalankan untuk memberikan sijil kepada para peserta dan kakitangan yang terlibat. Perasmian penutup ini disempurnakan oleh Pegawai Daerah KEMAS Sungai Siput.
5.00 ptg : bertolak pulang

14 Oktober 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba dipejabat.
8.30 pagi : bertolak ke seberang Perak, Batu gajah untuk menghadiri Seminar Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Pusat Latihan Felcra. Seminar ini saya ikuti bersama Penyelia Pra Sekolah.
9.00 pagi : seminar berlangsung di Dewan Felcra dan menerangkan mengenai Kebersihan dan Keselamatan Makanan. Ia lebih menjurus kepada tahap penyediaan pemakanan kanak- kanak tabika.
1.00 tghari : jamuan dan rehat
2.30 ptg : pulang ke KEMAS Negeri untuk menghadiri Jamuan Iadilfitri. Jamuan ini merupakan jamuan bersama antara semua jabatan yang berada di Bangunan Persekutuan GreenTown Ipoh.
5.00 ptg : pulang kerumah.

15 Oktober 2008 (Rabu)

7.50 pagi : Ke bilik Mesyuarat KEMAS Negeri mengenai taklimat kajian impak program pendidikan kesejahteraan keluarga PKK. Mesyuarat ini dihadiri oleh Penyelia CPM dan GDW seluruh Parlimen Negeri Perak. Taklimat ini membincangkan mengenai program-program yang telah dijalankan di peringkat kampong-kampung dan kesan dan faedahnya terhadap masyarakat.
1.00 ptg : bertolak ke Pejabat KEMAS Tambun untuk Jamuan Iadilfitri anjuran mereka.
2.30 ptg : tiba di sana dan menjamu selera.
4.30 ptg : pulang kerumah

16 Oktober 2008 (Khamis)

7.30 pagi : bertolak ke sungai siput perak bersama penyelia CPM untuk menghantar dan memantau peserta-peserta kursus Teknologi Pemprosesan Makanan Siri II yang berlangsung di Pusat latihan KEMAS Sungai Siput. Kursus ini dihadiri
oleh peserta-peserta yang terdiri daripada mereka yang terpilih dan mempunyai perusahaan memproses makanan. Kursus ini berlangsung selama tiga hari bermula 16/10 hingga 18/10. Kursus ini di kendalikan oleh Kakitangan Pusat latihan KEMAS Sungai Siput
12.30 tghari : rehat dan jamuan makan tengahari.
2.00 ptg : kami berangkat pulang ke Ipoh untuk menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Haji Amiruddin Ariffin di kediamannya.
5.00 ptg : pulang kerumah.

17 Oktober 2008 (Jumaat)

8.00 pagi : tiba di pejabat dan memulakan tugas dengan menyalin beberapa dokumen untuk kegunaan mesyuarat sambutan Iadilfitri pada pagi ini.
9.30 pagi : mesyuarat sambutan Iadilfitri Pejabat KEMAS Ipoh Timur. Mesyuarat ini membincangkan mengenai perolehan bajet, skop tugas semasa jamuan, menu jamuan dan sebagainya. Saya telah ditugaskan untuk menyediakan air
minuman semasa sambutan Iadilfitri.
1.00 ptg : rehat solat Jumaat
2.30 ptg : bersiap-siap untuk bertolak ke Kampung Paya Rumput, Sungai Udang, Melaka untuk menghadiri program “Anugerah Desa Cemerlang & Gemilang peringkat Kebangsaan 2008 yang dianjurkan oleh Kementerian Luar Bandar dan
Wilayah.

Anonymous said...

20 Oktober 2008 (Isnin)

7.45 pagi : tiba di pejabat.
8.00 pagi : pada hari ini pejabat KEMAS Ipoh Timor mengadakan sambutan Iadilfitri.Pada pagi itu, pejabat perlu diubahsuai untuk kegunaan jamuan. Meja dan kerusi disusun kemas untuk kegunaan para tetamu.
10.00 pagi : pada pagi itu juga saya ditugaskan untuk menyediakan minuman. Setiap kakitangan mempunyai tugas masing-masing. Selain itu saya bersama penyelia GDW telah keluar untuk mengambil beberapa jenis makanan yang telah disediakan di pusat masakan KEMAS.
12.00 tghari : kembali ke pejabat dan menyediakan juadah Iadilfitri.
2.00 ptg : menyambut ketibaan para tetamu dan ucapan dari Penyelia Kanan Ipoh Timur. Diikuti dengan jamuan makan.
4.30 ptg : semua tetamu pulang dan majlis berakhir. Pejabat dikemaskan seperti asal
6.00 ptg : pulang kerumah.

21 Oktober 2008 (Selasa)

8.00 pagi : tiba di pejabat
8.20 pagi : membantu penyelia pentadbiran menyelesaikan baucer bayaran Greduty(imbuhan). Bayaran ini diberikan oleh KEMAS kepada semua Kakitangannya dan jumlah bayaran dibuat kepada kakitangan berdasarkan tempoh perkhidmatan.
1.00 ptg : rehat dan bersiap-siap ke Jamuan iadilfitri Pejabat KEMAS Gopeng.
2.00 ptg : bertolak ke pejabat KEMAS Gopeng
3.15 ptg : sampai dipejabat KEMAS Gopeng. Majlis dimulakan dengan ucapan YB senator Tan sri Dato Seri Muhammad Bin Muhammad Taib, Menteri Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Kemudiannya jamuan hari raya.
6.00 ptg : pulang kerumah.

22 Oktober 2008 (Rabu)

8.00 pagi : tiba dipejabat.
8.30 pagi : mengikut penyelia-penyelia membeli kelengkapan pejabat. Selepas itu kami
ke Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak untuk mendapat kebenaran mengadakan program dan menjemput mereka ke majlis Program Mesra Rakyat yang bakal diadakan.
1.00 ptg : pulang ke pejabat dan membuat beberapa salinan dokumen untuk penyelia pentadbiran. Kemudiannya bersiap-siap untuk ke jamuan aidifitri.
2.30 ptg : bertolak ke Taman Anda. Jamuan Iadifitri Tabika Taman Anda dan Tabika RRD 2 Tambun
3.30 ptg : tiba di Taman Anda dan menjamu selera
5.30 ptg : pulang kerumah

23 Oktober 2008 (Khamis)

8.00 pagi : tiba dipejabat
8.15 pagi : membantu penyelia GDW untuk membuat kad jemputan sempena Program mesra rakyat yang bakal diadakan. Kad jemputan ini diberikan kepada kakitangan kemas seluruh negeri perak dan juga beberapa orang VIP lain.
12.00 tghari : keluar ke pejabat pos untuk menhantar kad jemputan
1.00 ptg : rehat
2.00 ptg : kepejabat KEMAS Negeri GreenTown untuk menghantar kad jemputan program mesara rakyat. Selain itu juga saya mengambil boring asset serta bersalaman dengan kakitangan KEMAS Negeri kerana tempoh praktikum saya
bakal berakhir.
4.00 ptg : pulang semua kepejabat dan membantu penyelia pentadbiran memasukkan data gaji kedalam borang kenaikan gaji dan tempoh perkhidmatan.
5.20 ptg : pulang kerumah

24 Oktober 2008 (Jumaat)

8.00 pagi : hari ini merupakan hari terakhir saya bekerja di sini dan hari ini mengantikan cuti yang saya ambil pada hari Jumaat 3/10/2008 sempena Iadilfitri. pada pagi ini saya diraikan dalam sebuah majlis perpisahan yang dibuat oleh Pejabat KEMAS Ipoh Timor.
10.00pagi: kesemua kakitangan berangkat ke Pejabat KEMAS Ipoh Barat untuk memenuhi undangan Iadilfitri.
1.00ptg:rehat dan solat Jumaat.
3.00ptg:bertolak ke Pejabat KEMAS Batu Gajah sempena Jamuan Iadilfitri.
5.30ptg:pulang ke rumah

Anonymous said...

assalamualaikum,prof..
saya telah melengkapkan tempoh praktikal di sini.saya minta maaf sebab dah lama tak buka blog ni. ini disebabkan masa saya yang terbatas dan kesukaran untuk mendapat kemudahan internet.
prof,
borang pemarkahan majikan dan borang kehadiran baru harini dipos,mungkin lambat lagi nak sampai.
okla prof,setakat ini dahulu..nanti saya akan susuli dengan laporan akhir praktikum..assalamualikum..

Anonymous said...

salam prof..
saya dh htr final report..
nti prof tolong cek k..