Sunday, June 01, 2008

Hasfarena Binti Idris


I.Z.A CONSTRUCTION CO. SDN. BHD
No. 1, Persiaran Rapat Baru 20A
Taman Song Choon
Off Jalan Gopeng
31350 Ipoh, Perak


Hasfarena,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

75 comments:

Anonymous said...

asalamualaikum prof...prof saya telah ditempatkan di bahagian akaun...itu menjadi satu masalah saya untuk membuat report kerana saya tidak ada basic dalam pengiraan akaun prof...saya takut saya tidak mampu membuat tugas akaun...apa pendapat prof? saya perlukan nasihat prof....

Anonymous said...

Tujuan praktikum ialah untuk belajar. Minda mesti terbuka dan sanggup membuat apa sahaja kerja asalkan kita bersedia bertanya. Teruskan membuat apa sahaja tugas yg diberi. Jangan risau nak tulis report lagi, sebab dalam bulan pertama mesti belajar dulu apa yang diberi oleh organisasi.

Anonymous said...

baiklah prof...saya akan cuba memperlajarinya dengan lebih bersemagat...cuma kadang-kadang saya terasa tertekan dengan perkara yang belum pernah saya belajar tibe2 saya kene buat...

pada 2/6/08
1)saya melaporkan diri di I.Z.A dan diberi taklimat tentg organisasi. ditempatkan di bhagian akaun pada bulan pertama dan akan ditukarkan kepada bahagian tender pada bulan ke dua.

2)memperlajari secara basic bagaimana membuat resit invois I.Z.A untuk syarikat dimana resitnya mempunyai 3 helaian kertas berwarna(hijau,kuning,putih) yang mana ianya terbahagi kepada peyimpanan untuk dimasukkan ke dalam fail dan untuk diberikan kepada pengurus/pengarah organisasi.

3)membuat pembayaran dengan menggunakan chek, memasukkan data(jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan pada 2/6/08,merumuskan data akaun(perbelanjaan) untuk bulan lima .

4)memperlajari teknik-teknik fotostat,fax dan membainding.

pada 3/6/08
bahagian: akaun

1)menyambung membuat rumusan akaun syarikat yang merangkumi dua aspek iaitu bahagian akaun dalam syarikat dan akaun untuk aktiviti luar syarikat. setiap perbelanjaan dlm setiap bulan perlu didokumenkan ke dlm stu akaun khas

2)mengemaskini fail-fail baru yg digunakan/penambahan fail

3)mengenalpasti bank-bank yang digunakan oleh syarikat I.Z.A

Anonymous said...

Dari catatan tu nampaknya banyak perkara baru yang hasfarena belajar. Itulah tujuan praktikum. Teruskan belajar dan jangan malu bertanya kepada staf yang lain

Anonymous said...

selamat pai prof...prof, minggu ini saya telah ditempatkan di bahagian pembangunan tanah.saya akan ditempatkan di bahagian ini selama 2minggu dan selepas itu saya akan ditempatkan di bahagian lain pula. di bahagian pembangunan, saya hanya diberi lihat fail-fail yang berkaitan dengan proses permohonan tanah seperti pecah sempadan, tukar syarat, pecah bahagian dan lain-lain. pentadbir kanan bahagian pembangunan beritahu saya bahawa bahagian ini tidak boleh beri apa-apa kerja kerana bahagian ini adalah menyediakan kertas mesyuarat dan ia perlu masa yanag panjang. Prof, saya nak tanya adakah saya perlu tulis setiap latar belakang serta bidang tugas bahagian yang ditempatkan untuk saya kerana setiap 2minggu saya akan ditempatkan di bahagian lain.terima kasih prof

Anonymous said...

assalamualaikum prof..terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya menyusahkan prof...disini saya mempunyai banyak masalah semasa menjalani praktikum..untuk pengetahuan prof saya telah memohon untuk membuat pertukaran tempat praktikum di majlis daerah kampar berdekatan dengan rumah saya...ada dua tempat yang sudi mengambil saya tapi saya memilih majlis daerah kampar. saya telah menghantar surat permohonan di UIL dan Majlis Daerah tetapi pihak Majlis Daerah memerlukan maklumat dari UIL..kini saya lebih tertekan menjalani praktikum di organisasi itu prof. ini disebabkan kos saya tidak ada kaitan dengan apa yang saya perlajari di universiti.saya tidak berminat dengan apa yang saya buat selama di organisasi itu.saya berasa sangat tertekan menyebabkan saya tidak dapat menumpukan pada report dan praktikum saya. selain itu masalah dari segi keselamatan saya yang mana saya sentiasa balik lewat sehinggakan sampai rumah pada pukul 9 lebih(malam).pd 5hb dan 6hb saya telah diganggu oleh pendatang asing di kawasan tersebut semasa menunggu bas.ini membuatkan saya takut dan lebih tertekan.ibu bapa saya berasa tertekan dengan keadaan yang saya hadapi ini.perjalanan pulang ke rumah mengambil masa sejam lebih dan di tempat saya juga susah untuk mendapatkan bas. saya tidak dibenarkan oleh fmly untuk duduk dikawasan itu kerana takut atas keselamatan saya.kini keluarga saya tidak mahu saya meneruskan lagi praktikum disitu dan memohon untuk ditukarkan di Majlis Daerah Kampar. saya juga mempunyai masalah kewangan. Untuk pengetahuan prof, majikan saya adalah seorang yang tidak mempunyai nilai beretika.saya berani menyatakan kerana setiap perkataan yang dikeluarkan dari mulutnya adalah ayat2 mencarut.saya juga pernah digelar dengan ayat mencarut..saya dan ibu bapa tidak suka dengan sikap kepimpinan yang ditonjolkan oleh beliau.ia tidak dapat diteladani dan ia juga membuatkan saya menjadi lebih tertekan dan mendatangkan kemarahan pada kedua orang tua saya. kini saya tidak dapat untuk membuat report dengan tenag kerana saya dan ibu bapa tertekan...oleh itu saya dan pihak kedua ibu bapa saya merayu pada prof untuk memberi sokongan di atas pertukaran yang telah saya buat. saya memohon dan merayu kpd prof untuk telifon pegawai UIL(pusat praktikum)meluluskan pertukaran saya dan membatalkan pusat praktikum di ipoh. sekiranya prof tidak percaya dengan apa yang saya nyatakan saya boleh menelifon prof den mendengar sendiri dari saya dan ibu bapa saya. prof, saya merayu sangat-sangat agar prof telifon pihak pegawai UIL dan memahami keadaan saya...saya sangat tertekan...saya tidak mahu menjejaskan report dan masa depan saya prof....ibu dan ayah saya termasuk diri saya mengharapkan pertolongan prof...harap prof dapat membantu...kerjasama prof amat saya hargai...

Anonymous said...

prof...tolong la saya prof...keluarga saya juga memohon dan mereyu pada pihak prof agar berhubung dengan pihak UIL...saya takut bekerja di kawasan itu..tolongla minta mereka meluluskan pertukaran saya di Majlis Daerakh Kampar..tolong prof

Anonymous said...

Hasfarena,

Saya tidak diberikan kuasa untuk mengubah tempat praktikum. Yang mempunyai kuasa ialah Pengarah UIL. Mengikut peraturan, hasrarena perlu memohon kebenaran dari Pengarah UIL. Sila tulis surat secara rasmi dan menyatakan alasannya. Terus hantar surat kepada Pengarah UIL. Saya hanya boleh memberi sokongan sahaja. Saya menyokong atas sebab yang melibatkan keselamatan dan bukannya atas sebab berbeza bidang pengajian. Sila urus secara langsung dgn pihak UIL.Pihak penyelia tidak terlibat dengan pemilihan lokasi praktikum.

Anonymous said...

terima kasih prof...saya sudah menghantar surat dan menelifon kepada pihak UIL.mereka akan menguruskan pertukaran saya..

Anonymous said...

Hasfarena,

teruskan menulis dan mencatat apa sahaja yang berlaku kerana semuanya penting dan berguna untuk menyiapkan sebuah kajian praktikum yang baik

Anonymous said...

baiklah prof...saya akan memberitahu apa jua perkara yang terkini...sekarang saya menunggu proses pertukaran saya..

Anonymous said...

teruskan menulis dan melaporkan apa yang dibuat dalam proses pertukaran

jika tidak membuat catatan membawa makna anda tidak menjalani praktikum dan menjejaskan penilaian

mencatat tentang apa yang anda tunggu juga merupakan aktiviti praktikum

Anonymous said...

baiklah prof...untuk pengetahuan prof selama lima hari dalam minggu ini(9 jun-13 jun) saya telah berhubung dengan pihak UIL dan Majlis Daerah untuk mengetahui perkembangan pemprosesan pertukaran pusat latihan praktikum saya.. setiap hari berkali-kali saya menghubungi mereka berkenaan surat, fax, dan lain2 lagi.

namun walaupun saya sebuk dengan pertukaran praktikum, saya tidak lupa dengan report yang perlu disiapkan...saya juga mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan tempat praktikum saya ini supaya saya lebih memahami fungsi mereka dan bersiap sedia dengan bahagian yang akan ditempatkan..

esok pada 15 jun saya akan menghubungi pihak uil lagi untuk memastikan saya sudah boleh berdaftar di Majlis Daerah Selatan Kampar pada 16.6.08..

secretname said...

ina, sory xtau masalah tmpat kje ina smpai la ina msg ari tu.
nampaknya mcm teruk sgt tmpat tu.bgs la da tukar..
lps ni mayb xde prob dah..lgpon kje ngan kerjaan ni ada jgk baiknya.bkn semua buruk..
ape pon gd luck ye..

Anonymous said...

assalamkum prof...
16/6/08 isnin
-pada 7.50am saya telah berdaftar di majlis daerah kinta selatan di bahagian pentadbiran dan telah ditempatkan di bahagian projek pembangunan.
-diterangkan oleh kerani berkenaan bahagian2yang ada di bawah projek pembangunan iaitu mempunyai 3 bahagian:1)Jabatan
pembangunan&kejuruteraan
2)Jabatan perancangan dan
pembangunan
3)Bahagian seri taman dan
landskap.
-telah ditempatkan dibawah jabatan pembangunan dan kejuruteraan.
-8.00am pembangunan projek telah membuka tender kepada kontraktor2 kelas F. Terdapat ramai kontraktor2berdaftar untuk melihat tapak projek yang dicadangkan oleh MDKS.
-saya telah mengikuti pegawai dan kontraktor pada 9.30am hingga 10.20am untuk melawat 3 tapak yang ingin dibangunkan..antaranya di
1)mambang diawan (membina tapak pasar tani)
2)kampar (gerai)
3)gopeng (membina tapak pasar tani0
namun tanah di daerah gopeng tidak dilawati.

-sebelum mengeluarkan tender ini, terdapat beberapa peringgkat yang perlu dilakukan iaitu:
1)pengurusan paper work oleh MDKS yang dilakukan oleh bahagian projek pembangunan.
2)tarikh akan ditentukan untuk membuat lawatan tapak olek kontraktor2 contohnya dikhaskan oleh kontraktor kelas F.
3)selesai lawatan tapak pengurusan jual beli akan dijalankan pada hari yang sama (16/6/08) dan tamat pada 26/6/08.
4)selesai penjualan borang dan pelan minit masyuarat akan dilakukan oleh pegawai untuk membuat pemilihan dengan menilai sebut harga yang ditawarkan oleh kontraktor.

-selain itu memperlajari tantag memperbaharui sijil kontraktor yang mana sijil mereka perlu hidup sekiranya ingin merebut tender yang ditawarkan.

-selain itu,melakukan penyusunan fail2 dan merekod slip2pembayaran yang dibuat oleh kotraktor.

-seterusnya mencari maklumat2organisasi,melihat RT dan RS untuk membuat rujukan report.

-sekian saja prof..

Anonymous said...

Elok mula berfikir jika mahu nanti mengkaji masalah kontraktor dalam mendapatkan projek ka....atau apa apa ka...

Anonymous said...

saya akan usahakan prof...
17/6/08
punch crd 7.50

1)membantu pembantu tadbir untuk menyelenggara kedudukan fail di dalam kebinet jabatan kejuruteraan.

2)membantu pembantu tadbir menguruskan perjalanan pembelian borang-borang sebut harga dari kontraktor

3)memasukkan salinan-salinan reset dari jabatan perbendaharaan ke dalam folder yang telah disediakan.

4) membuat senarai semak untuk penyediaan maklumat terkini pendaftaran kontraktor.

5) membantu pembantu tadbir untuk membuat laporan sebut harga bagi mesyuarat ahli lembaga tender/sebut harga akan datang

6)mengeluarkan surat kepada kaunter daerah JKR Kinta, kaunter daerah JPS Kinta dan pegawai daerah PDT Kinta untuk permohonan maklimat projek yang sedang dilaksanakan oleh kontraktor berdaftar untuk laporan masyuarat lembaga tender/sebut harga.

7)menemuramah pegawai

18/06/08
7.50am
1) seperti biasa membuat urusan jual beli borang sebut harga kepada kontraktor yang berminat. urusan jual beli borang sebut harga ini akan tamat pada 26hb6. maka pembelian borang boleh dilakukan sehingga tamatnya tarikh yang telah ditetapkan.

2) membuat kmasukan reset-reset dan bil2 terkini di dalam fail2 tertentu

3) melakukan kerja2 up date dokumen di dalam komputer seperti up date senarai kontraktor yang berdaftar mengikut kawasan dan kontraktor 02-08. kerja ini akan dirujuk melalui buku lawatan tapak.

4)up date senarai kontraktor yang dapat keje 2008

5)mencari rujukan atau maklumat-maklumat yang boleh digunakan untuk membuat report.

6)melakukan kerja2 fax dan bainding

Anonymous said...

prof...saya nak tanya...nanti kami kene antar report bahagian organisasi melalui email kan? email uum ke prof? ada students tak up date lagi email malah tak tahu nak up date...boleh tak gune email yahoo untuk dihantar pada prof?

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

sebelum itu saya memohon maaf kerana tidak dapat menulis diari harian ptikum di blog ini kerana kesulitan untuk mendapat lain it.

19/06.08
masuk pukul 7.51

pada hari ini saya telah melakukan tugas seperti selalu yang mana menjual borang sebut harga pada kontraktor atau syrikat. pada hari ini saya lebih mengetahi tentang proses tatacara pembelian borang sebut harga.

cara perlaksanaan projek bagi kontraktor kelas F di mdks kampar.
lantikan terus adalah melalui projek bawah rm10000.00 dipelawa di kalangan kontraktor tempatan di kawasan berkenaan.

bagi sebut harga
terdapat nilai-nilai yang tertentu yang dikhskan oleh pihak MDKS bagi menentukan nilai2 dalam sesebuah projek.

selain itu, saya telah membantu pembantu tadbr dalam membuat pengurusan bil, resit2 dan sebagainya. seterusnya mengup date senarai nama kontraktor mengikut kawasan yang mana terdapat ramai kontraktor yang berdaftar di MDKS malah memperbaharui sijil2setiap tahun.

untuk pengtahuan prof, buat masa ini kerja saya adalah sama dengan hari-hari yang lain namun ada sedikit pembaharuan. namun dalam masa 5 hari ini saya hanya diajar dengan perkara yang sama iaitu proses pengurusan pengeluaran borang sebut harga. saya akan cuba untuk mnyelami lagi bahagian dimana pihak MDKS kampar meletakkan saya di bawah kejuruteraan.

pada 20 hb saya dan pembantu tadbir serta pegawai teknikan sebuk mengeluarkan kenyataan tender untuk dipaparkan pada minggu hadapan. kenyataan tender perlu disiapkan kerana lawatan tapak akan di buat dan diwajibkan bagi kontraktor yang ingin kan projek ini.

tender merupakan satu projek yang mempunyai anggaran kos yang bsar. selain itu, kami juga menerima aduan daripada pihak awam terhadap sebarang kerosakan awam atau perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan MDKS.

prof, saya memohon tunjuk ajar prof .jika ada sebarang kesilapan diharapkan prof memberi nasihat. berkenaan soalan yang saya tanyakan pada 17 hb saya dah tanya rakan-rakan yang lain...terima kasih

Anonymous said...

maaf prof...terlupa nak tanya...boleh ke saya buat tajuk inovasi pengurusan di bahagian projek pembangunan di bawah jabatan kejuruteraan? ape komen prof? saya nak wat tajuk yang berkaitan dengan pengurusan jabatan kejuruteraan...tajuk yang lebih detail nanti saya akan bg tahu prof tapi ia berkaitan dengan jabatan kejuruteraanla di mana saya ditempatkan oleh mereka...

Anonymous said...

OK silakan jika sudi...

Anonymous said...

asaalamualaikum prof...saya nak hantar draf saya kat prof gune blog ni tapi tak de pun tempat nak send draf tu..jadi saya antar gune email yahoo saya..arap sangat kalau prof dah dapat draf saya nanti prof dapat bagi tndak balas balik kat saya...

Anonymous said...

prof ini adalah tempat latihan praktikum saya yang terkini

Majlis Daerah Kinta Selatan,
Kompleks Pentadbiran MDKS,
Jalan Padang Tembak,
31900, Kampar
Perak.

saya telah berdaftar pada 16.6.08 dan abis pada 16.10.08.

Anonymous said...

prof saya baru buka portal...saya abis menjalani latihan praktikum pada 2hb10.2008 jugak...

prof...saya takut markah untuk diari buku sikit sebab buat masa ini kerja2 seperti merokod,risit jual beli borang sebut harga dilakukan pada tiap-tiap hari...tapi saya akan cuba memperlajari benda2lain..cuma sehingga 26hb ini saya sebuk membuat dan menjual borang sebut harga sahaja dan pembayaran

Anonymous said...

ceritakanlah kerja-kerja tu dgn menonjolkan apa apa yang menarik atau pun yg tak menarik,boleh juga

Anonymous said...

24.06.08(rabu)
assalamualaikum prof
prof buat masa ini proses yang dilakukan pada setiap hari adalah sama berkenaan dengan borang sebut harga...namun dalam beberapa hari lagi proses pengeluaran tender akan bermula...oleh itu usulan untuk proses pengeluaran tender akan saya usulkan kemudian..

namun begitu prof, tugasan harian seperti biasa akan saya catitkan juga ke dalam buku diari praktikum...

Anonymous said...

25/06/08 rabu

1) pada hari ini pemprosesan jual beli borang sebut harga dilakukan seperti biasa.namun reset pembayaran bagi kontraktor yang tertanguh pada hari selasa dibuat pada hari ini.
2) kerja-kerja seperti mengeluarkan lagi borang-borang sebut harga kepada kontraktor..
3) selain itu proses untuk pengeluaran tender akn dibuka maka draf untuk pengeluaran tender telah dikeluarkan bagi diluluskan oleh jrutera dan setiausaha MDKS Kampar. namun keputusan dan kelulusan akan dibuat oleh setiausaha.
4) bagi kontraktor yang ingin memperbaharui sijil mereka idak lagi dibenarkan maka proses untuk memperbaharui sijil tidak lagi berlaku.

Anonymous said...

30/6/08
bahagian kejuruteraan

pada hari ini saya telah membantu pembantu tadbir menyediakan laporan mesyuarat lembaga tender dan sebutharga untuk 11 kerja yang telah ditawarkan.

memasukkan data nama kontraktor ke dalam laporan, memasukkan harga tawaran kontraktor dan memasukkan beza harga tawaran.

mengira format harga tawaran- anggaran jumlah

memasukkan beza peratusan jabatan
format: jumlah beza harga tawaran bahagi anggaran jumlah jabatan kali 100

jumlah ini semua perlu dikira dan dimasukkan ke dalam laporan untuk dimesyuaratkan oleh ahli lembaga mesyuarat.

memasukkan maklumat tempoh siap projek dijalankan dalam seminggu.

membuka fail baru atas tajuk yang berkenaan

membuat panggilan kepada kontraktor2 untuk mengetahui modal pusingan yang terkini daripada kontraktor untuk penyediaan laporan mesyuarat ahli lembaga tender dan sebutharga

menerima aduan tentang kerosakkan lampu dan aduan2yang berkaitan dengan jabatan kejuruteraan

Anonymous said...

1.07.08

pada hari ini saya telah membuat pembetulan dalam menyediakan laporan mesyuarat lembaga tender atau sebutharga untuk kerja yang telah ditawarkan.

selain itu, saya telah menerima panggilan telifon untuk aduan-aduan orang awam bagi kerosakkan benda MDKS kampar.

seterusnya melayan pelanggan atau orang awam berkenaan masalah yang dibawa dan dipaskan kepada pegawai-pegawai yang bertugas.

saya juga telah membuAt laporan praktikum di pejabat ketika tiada kerja yang diberi. pengkaji juga turut mencari maklumat-mklumat berkenaan dengan report yang bmana merujuk berkenaan dokumen tender

Anonymous said...

2.07.08

jabatan kejuruteraan.

pada hari ini pengkaji membantu tadbir dlm membuat persediaan pembukaan jual borang tender pada 03/08

memasukkan data-data L.O, di dalam E-PBT untuk direkod oleh Pembantu Tadbir

menfailkan dokumen-dokumen yang telah digunakan oleh pegawai-pegawai MDKS Kampar.

Anonymous said...

03.07.08

lapor diri pada 7.55am bertempat di bahagian kejuruteraan.
- borang tender telah dikeluarkan pada hari iaitu pada 3.07.08 dan lawatan tapak dibawa oleh pegawai yang berkenaan. diantara projek yang ditawarkan ialah:
1)menaiktaraf sistem perparitan di mambang diawan yang bernilai RM200.
2)menaiktaraf pusat penjaja di jalan balai kampar perak darul ridzuan yang bernilai 150.00 dan
3)menaiktaraf sistem perparitan di gopeng industrial park perak darul ridzuan yang bernilai RM 150.00.

ketiga-tiga borang ini melibatkan kontraktor2 kelas D dan E (bumiputera)kepala 1/ sub-kepala 1

setelah dipaparkan dimeja kaunter, kontraktor-kontraktor akan mendaftarkan nama syarikat ke dalam bukku lawatan tapak bersama-sama dengai pegawai.ini adalah diwajibkan. setelah kerja lawatan tapak di ketiga-tiga projek itu selesai, kontraktor boleh memilih borang-borang tender yang hendak dibeli.

proses jual beli tender dijalankan. salinan resit perlulah disimpan oleh kontraktor dan pihak MDKS (bahagian kejuruteraan)sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan.

kemasukkan payment untuk sebarang pembelian atauun resit dimasukkan ke dalam fail MDKS yang telah ditetapkan nombor rujukkannya.

melalukan pembetulan pada borang tender menaiktaraf pusat penjaja dilakukan pada pukul 8.05am yang mana terdapat beberapa mukasurat yang tertinggal dan pelan tidak diselitkan ke dalam borang sebut harga tersebut. maka saya telah membantu pembantu tadbir dalam membantu wakil pegawai untuk memasukkan muka surat yang tercicir dan membainding.

perjualan borang tender ini akan berakhir pada 23.07.08 pada pukul 12.00 tgahari.

Anonymous said...

07.07.08
pada pagi ini saya melaporkan diri seawal 7.45am.keadaan ofis seperti biasa...

Anonymous said...

haii...sory ya..mcmne prktikum..ad sengsara lg ka..hali2 ada nangis ka..He2 :)

Anonymous said...

sambungan 7.07
pagi ini tiada kerja yang berat dilakukan.hanya melakukan pembayaran untuk tender bagi kontraktor yang membuat pembayaran melalui wang pos.saya teah menjadi pelanggan sementara untuk membuat pembayaran.

pukul 9.00am saya menyiapkan report buat sementara waktu kerana tidak sebuk dengan urusan-urusan kerja. namun saya tetap melayan pelanggan yang memerlukan bantuan.

pada puku 10.30am saya telah melakukan proses jual beli borang-borangtender kepada kontraktor-kontraktor. seperti biasa proses yang dilakukan memerlukan resit untuk tujuan simpanan majlis dan pihak kontraktor.

waktu petang pula saya telah melakukan kerja-kerja ringgan seperti membainding laporan prestasi (kewangan dan fizika) di jabatan pentasdbiran MDKS kampar.

Anonymous said...

08.07.08

bertugas di jabatan kejuruteraan.
punch card pada pukul 7.56

memperlajari daripada pembantu tandbir dan juruteknik berkenaan pembelajaran kos-kos kerja kecemasan.

membuka fail baru MDKS, kampar. dan memasukkan surat untuk direkodkan ke dalam fail tertentu.

menghantar surat yang mana setiap penghantaran surat perlulah direkodkan ke dalam fail tertentu supaya mendapat rujukan daripada pegawai.

proses jual beli borang tender berlaku seperti biasa namun terdapat segelintir kontraktor yang tidask lagi memperbaharui sijil mereka dan menyebabkan mereka tidak dapat membeli borang malah perlu meminta kebenaran orang atsan sekiranya ingin membeli borang tersebut.

Anonymous said...

salam ina cm ner ptikal?da gak dgr sal ina trnsfer tpt sori i'm late.byk tak keje kt tmpat br ni?km cm biasa dh 3 minggu tak der per kerja yg dbuat pn.masih mnungu tp tak tau smpai bler cz tmpoh ptikal 4 bulan.truk lar cm ni hr2.

Anonymous said...

ASSAAMUALAIKUM PROF....

Prof saya dah bace amy punya idea..saya buat tajuk inovasi pengurusan di Jabatan Kejuruteraan yang mana saya meletakkan proses-proses yang berlaku dalam jabatan ini. di sini masalah seperti di tempat amy tidak serupaa...dari segi menunggu di kaunter untuk pembayaran adalah di jabatan lain namun sistemnya tidak seteruk di tempat emy...

untuk report bahagian kedua ini saya telah membuat beberapa proses-proses yang berlaku...contohnya seperti borang sebutharga telah keluar jadi saya telah menulis tentang proses yang berlaku..seperti kepada siapa patut dijual, kelas kontraktor mana yang boleh dipakai, berapa hari diberi tempoh, dari segi pegawai mana yang uruskan, pastu dipas kan kepada siapa, perlu tandatangan siapa, mcm2 lagi...di jabatn saya banyak pengurusan proses pengurusan.skr saya dah buat 8 proses prof..dari segi kelemahan mereka akan diletak pada bulan ke tiga nanti kan prof atau nak dimasukkan sekali? sebab saya fikir pada bulan 3 nanti baru wat tentag masalah yang timbul dlm pengurusan dan cadangan pengkaji..

jadi macm mana prof?adakah yang saya buat ini betul? saya nak siapkan lagi sikit lepas itu baru nak antar kat prof sebab saya takut saya wat salah. setelah membaca amy punya cadangan saya jadi takut jikalau report saya salah..jadi apa komen prof?prof nak tengok dulu ke sebahagian draf yang saya wat?

Anonymous said...

09.07.08

saya bertugas di jabatan kejuruteraan MDKS,

pagi-pagi saya telah membuka resit untuk kontraktor yang membeli borang tender pada hari ini. sperti biasa berlaku proses penjualan borang tender.selepas itu saya juga telah membuka fail untuk projek sebutharga yang baru.selain iyu melakukan up date untuk senarai nama kontraktor mengikut kawasan dan senarai nama kontraktor bagi tahun 2008 untuk diberikan kepada juruteknik kanan dan setiausaha. kerja-kerja ini dilakukan di dalamkomputer dan diprint untuk rujukan pegawai berkenaan.

memasukkan dokumen-dokumen penting ke dalam fail yang tertentu spt MDKS 15/2008 untuk tujuan rekod dan rujukan sekiranya ada sebarang masalah.

membantu pembantu tadbir dalam menguruskan kerja-kerja yang tertangguh yang mana berkenaan dengan bil-bil yang perlu diselesaikan dan dipaskan di jabatan prbendasharaan.

memasukkan data-data local oder (L.O) di daam E-PBT untuk direkod oleh pembantu tadbir.

pada puku 5.00ptg pemprosesan kerja untuk jabatan kejuruteraan telahpun selesai. maka pengkaji selesai melakukan tugas-tugas untuk hari ini.

Anonymous said...

10.07.08

bertempat di jabatan Kejuruteraan.
masuk pukul 8.00am

pagi ini MDKS mempunyai program di hotel bandar baru untuk perasmian kitar semula. sebilangan staf dan pegawai di jabatan kejuruteraan menghadirinya. ia bermula pada pukul 9.00pg..disebabkan tiada kerja yang dilakukan maka saya telah mencari maklumat-maklumat yang ada kaitan dengan roport saya..saya turut meletakkan gambar peraatan yang digunakan untuk tujuan surat-menyurat, membainding, fotostat dan sebagainya.

selain itu sepert biasa saya menerima pelbagai aduan dari orang awam berkenaan kerosakkan harta benda MDKS. berkenaan aduan, terdapat sebilangan orang awam yang inginkan pasar awam dibuka lampunya seawal 6.00 ptg. aduan ini akan diamal tindakan oleh juteknik yang berkenaan.

selain itu saya juga telah menerima resit-resit pembayaran daripada kontraktor untuk dimasukkan ke dalam data elektronik MDKS Kampar dan direkodkan ke dalam fail.

Anonymous said...

asalamkum prof...
prof saya dah antar draf yang penuh ke dalam email prof..harap prof lihat ye..time kasih prof..

Anonymous said...

11.07.2008
pada pagi ini saya melakukan kemasukan dokumen ke dalam fail dan surat-surat untuk dihantar ke setiausaha untuk mendapatkan tanda tangan beliau. penghantaran surat itu memerlukan tanda tangan setiausaha untuk dihantar ke pihak yang berkenaan secepat yang mungkin.

pada hari ini juga saya turut membuka fail-fail bahagian perancangan untuk diperiksa dan dimasukkan ke dalam komputer. sekali gus meng up date data yang sedia ada di dalam komputer

Anonymous said...

diari ini adalah dari tarikh 14.07 hingga 18.07.2008 yang mana saya telah melakukan kerja-kerja yang sama. saya telah memasukkan data-data yang ada ke dalam komputer. data-data ini merangkumi beberapa fail yang melibatkan tahun 2005,2006,2007.

Anonymous said...

prof saya telah membaca imran punya daf ringkas....bagi saya memang ia betul namun pada bulan ke dua ini tajuk yang diberi berdasarkan proses pengurusan.. saya telah membuat proses inovasi pengurusan dalam jabatan kejuruteraan yang mana saya telah mengkaji bagaimana setiap proses itu berlaku dan di proseskan...

bulan ke tiga nanti baru saya akan buat berkenaan kelemahan dan cadangan jabatan ini yang mana ada kaitan dengan inovasi pengurusan yang imran katakan itu..jadi macam mana prof? adakah kajian yang saya buat ini betul atau tidak..saya risau sangat prof....

saya dah antar draf penuh saya untuk bulan ke dua ini...haraf prof ada masa nanti tengok ye...trima kasih banyak-banyak prof...

Anonymous said...

penambahan report diari untuk 14.08 hingga 18.08 hb.

selain daripada memasukkan data-data ke dalam fail MDKS Kampar, penjualan borang tender seperti biasa dilakukan sehinggalah pada 16.107.08 sekaligus memasukkan resit-resit ke dalam fail perbendaharaan. seterusnya kerja-kerja membuat report juga turut dilakukan pada hari ini.

namun begitu kerja-kerja untuk minggu ini tak lah terlalu banyak kerana ia berkenaan dengan proses penjualan borang tender

Anonymous said...

21.07.08 HINGGA 22.07.08

Pada hari isnin saya telah membuat kerja-kerja memasukkan data yang terakhir di dalam komputer untuk diprint dan di bainding untuk diserahkan kepada pegawai perancang bandar. kerja pada hri ini tidaklah begitu banyak sehinggakan saya membantu kakitangan MDKS bahagian projek pembangunan untuk melakukan aktiviti lain.

pada 23 hb pula saya dan kakitangan bahagian jabatan kejuruteraan akan menjalankan proses penutupan dokumen tender yang mana setiap kontraktor yang membeli borang tender pada 2hb7 hinggalah 16.07 hendahlak menghantar dokumen dan jumlah anggaran projek pada 23.07 iaitu tarikh tutup tender.

kontraktor-kontraktor hendahlah menghantar dokumen tersebut sebelum pukul 12.00 tghari dan sebarang kelewatan tidak akan dilayan.

namun terdapat sesetengah kontraktor yang menghantar dokumen tersebut lewat dan sewaktu itu kami sudah membuka peti tawaran untuk dimasukan ke dalam peti

Anonymous said...

pada 22hb sebuk dengan penutupan dokumen tender, semua dokumen tender akan dibuka di bilik Mesyuarat yang mana pegawai-pegawai yang dilantik akan mewakili pembukaan tender tersebut. selepas itu, setelah selesai pembukaan tender, semua dokumen-dokumen tender itu dibawa turun ke bawah bahagian jabatan kejuruteraan untuk ditandatangani oleh pegawai perancang.kerja-kerja ini ditangguh hingga ke petang dan akan disambung pada keesokannya

Anonymous said...

PROF...
pada hari ini iaitu pada 24 hb 07.08 seperti biasa saya punch card pada pukul 7.55am...nanum pada pagi ini prof di bahagian pembangunan mendapat satu berita sedih yang mana bapa kepada penolong pegawai di jabatan perancang bandar telah meninggal dunia..saya dan kakitangan di sini bersimpati dengan beliau dan kakitangan di sini turut pergi ke rumah dimana jenazah dibawa pada pagi ini.

saya tidak dapat turut serta kerana dikehendaki menjaga jabatan ini sekiranya ada sebarang aduan yang akan dibuat oleh orang awam nanti.

berkenaan dengan dokumen tender yang tidak sempat ditandatangani semalam oleh pegawai yang berkenaan, hari ini akan ditandatangani namun kini pada pukul 10.23 am pegawai berkenaan ada perjumpaan dengan juru audit. maka proses tender itu akan dibuat selepas pegawai berkenaan tidak ada sebarang masalah lagi.

waktu ini prof saya tidak mempunyai kerja, namun saya isikan ia dengan mencari maklumat-maklumat yang beharga untuk dimasukkan ke dalam report nanti..

Anonymous said...

profff
saya punya drf untuk bulan ke dua ini lulus tak prof?

Anonymous said...

PROF...
pada hari ini iaitu pada 24 hb 07.08 seperti biasa saya punch card pada pukul 7.55am...nanum pada pagi ini prof di bahagian pembangunan mendapat satu berita sedih yang mana bapa kepada penolong pegawai di jabatan perancang bandar telah meninggal dunia..saya dan kakitangan di sini bersimpati dengan beliau dan kakitangan di sini turut pergi ke rumah dimana jenazah dibawa pada pagi ini.

saya tidak dapat turut serta kerana dikehendaki menjaga jabatan ini sekiranya ada sebarang aduan yang akan dibuat oleh orang awam nanti.

berkenaan dengan dokumen tender yang tidak sempat ditandatangani semalam oleh pegawai yang berkenaan, hari ini akan ditandatangani namun kini pada pukul 10.23 am pegawai berkenaan ada perjumpaan dengan juru audit. maka proses tender itu akan dibuat selepas pegawai berkenaan tidak ada sebarang masalah lagi.

waktu ini prof saya tidak mempunyai kerja, namun saya isikan ia dengan mencari maklumat-maklumat yang beharga untuk dimasukkan ke dalam report nanti..

Anonymous said...

assalamukum prof...
hari ini 25hb07 08...saya punch card pukul 7.55am...pada pagi ini tiada lagi kerja yang hendak dimulakan. so saya buka blog prof dulu...sebentar lagi saya akan membantu pembantu tadbir dalam membuat proses tender seterusnya..

pukul 8.30 saya telah membantu pembantu tadbir dalam memaparkan anggaran kos yang dibuat oleh kontraktor di papan tanda MDKS kampar. namun nama dan anggaran jabatan tidak dipaparkan. maka kesemua anggaran jabatan ditutup..

selain itu kerja-kerja mengfotostat juga dibuat yang mana berkenaan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan..seterusnya semua dokumen tender akan dikeluarkan semula untuk direkodkan ke dalam komputer(membuat report tender).pihak jabatan hanya akan memperakuinya sahaja, namun pihak persekutuan yang akan memilih kontraktor yang mana berhak mendapat projek seterusnya.

Anonymous said...

25hb07.08

sambungan kerja pukul 2.40...pada petang ini saya dan pembantu tadbir akan membuat proses tendr yang tertanguh yang mana membuat report untuk proses tender.tiga tajuk untuk dokumen tender telah direkodkan ke dalam komputer untuk diserahkan kepada setausaha. antara 3 dokumen tender tersebut ialah menaiktaraf sistem perparitan di mambang diawan, manaiktaraf pusat penjaja di jalan balai kampar, dan menaiktaraf peparitan di industrial park.

namun begitu kerja-keja untuk proses ini akan ditangguhkan pada hari isnin nanti. saya mula punch card keluar tepat pada pukul 5.00ptg

Anonymous said...

salam prof...hari ini 28 hb saya seperti biasa masuk pejabat pukul 7.55am..

pada hari ini saya tetap membuat kerja yang sama yang mana berkenaan dengan laporan tender yang dikeluarkan pada 2.07.08 dan tutup pada 23hb...

laporan berkenaan berkaitan dengan nama-nama syarikat yang berdaftar dan membeli borang dokumen tender tersebut. selain itu dimasukkan juga anggaran yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan dan anggaran jabatan.

pihak MDKS akan memperakui semua dokumen yang telah dihantar, namun pihak persekutuan yang akan memilih kontraktor yang layak mendapat tender tersebut.

Anonymous said...

pada hari ini 29.07.08 bersamaan dengan hari selasa saya seperti biasa masuk keje pada 7.78.

pada hari ini seperti biasa saya dan pembantu tadbir menyiapkan laporan tender untuk direkodkan dan diperakukan oleh ketua jabatan iaitu pembantu teknik kanan j36...

sebelum menyiapkan smua laporan tender tersebut, saya memasukkan surat-surat atau dokumen-dokumen di dalam fail MDKS Kampar. semua suart yang dikeluarkan perlu direkodkan.

namun pada petang ini saya tidak banyak mempunyai kerja kerana sebahagian kerja telah siap dan report tender yang telah diserahkan kepada pembantu teknik J36.

Anonymous said...

30.7.08

bertugas di jabatan kejuruteraan,

pada hari ini, seperti biasa saya ditempatkan di jabatan kejuruteraan yang mana di bahagian projek pembangunan. seperti biasa masuk pejabat pukul 7.55am. namun pada pagi ini saya dan staf pembangunan sebuk menyediakan makanan-makanan pada pagi ini untuk jamuan salah seorang staf di bahagian OSC yang mana beliau akan brtukar di pahang.

selain menyiapkan jamuan itu, saya turut membantu pemabntu tadbir dalam menyiapkan dokumen untuk di fax kan ke sebuah jabatan/syarikat. saya memasukkan surat-surat yang berkenaan di dalam fail-fail yang berkaitan.

sekiranya saya tidak mempunyai kerja dan mempunyai masa yang terluang, saya tidak akan lupa untuk menulis diari di dalam buku pratikum dan blog prtikum.

Anonymous said...

bertugas di jabatan kejuruteraan.seperti biasa saya masuk keje pada pukul 7.55.

pada pagi ini tiada kerja untuk saya lakukan. maka saya mengambil peluang ini untuk menyiapkan report praktikum saya untuk bulan yang ketiga ini. ia berkisahkan tentang kajian yang telah saya buat yang mana setelah mengkaji proses-proses prosidur yang ada di jabatan kejuruteaan ini, maka saya dikehendaki menulis kajian berkenaan dengan masalah, komen dan cadangan.

pada pagi ini ada sesi fotografi diantara ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai jabatan lain.

Anonymous said...

catatan untuk 31.07.08

seperti kebiasaanya saya berugas di jabatan kejuruteraan. pada hari ini tiada kerja yang sya lakukan sangat prof..jadi saya ambil peluang ini untuk menyiapkan rport praktikum saya bagi bulan ketiga pulak...ia berkisahkan kajian yang telah saya buat yang mana berkenaan dengan proses yang dijalankan di jabatan kejuruteraan.

saya telah tulis berkenaan dengan sedikit masalah yang berlaku prof...tapi untuk hari ini saya tak ada banyak keje sangat prof..

Anonymous said...

4.8.08 - 5.8.08

pada ari itu prof kerja ynag dilakukan tidaklah begitu banyak.saya hanya membantu pembantu tadbir dalam menyiapkan lagi report tender yang telah ditawarkan sebelum ini.report tawaran tender perlu disiapkan dengan lebih teliti kerana permilihan untuk kerja-kerja yang ditawarkan bukanlah ditentukan olehpihak majlis. ia ditentukan oleh pihak persekutuan dan pihak majlis hanya memperakui nama-nama kontarktor yang telah berdaftar sahaja.

apabila menulis report tneder, pembantu tadbir akan menyerahkannya kepada pembantu teknek kanan untuk disemak semula sekiranya ada sebarang kesilapan. penggiraan seperti seperti anggaran syarikat, peratus dan tempoh untuk disiapkan turut diletakkan ke dalam report berkenaan.

pada hari selsa pulaa, saya membantu pembantu tadbir dalam menyiapkan report tender. kal ini dokumen2dokumen syarikat diletakkan ke dalam report untuk memastikan latar belakang syrikat baik dan memuaskan. ia dilihat dari segi kerja-kerja yang telah dijalankan oleh syarikat tersebut.

selain daripada kerja-kerja membuat report tender, saya juga telah membuka fail baru untuk kecemasan.selain daripad itu, sya turut menyoal pelanggan2bagi menjadikan report ptikum saya berjalan dengan lancar. ia ada kaitan dengan kajian yang dibuat pad abulan 3 ini. selain menemuramah pelanggan2 saya juga turut menemuramah pegawai-pegawai yang berkenaan...

Anonymous said...

4.8.08 - 5.8.08

pada ari itu prof kerja ynag dilakukan tidaklah begitu banyak.saya hanya membantu pembantu tadbir dalam menyiapkan lagi report tender yang telah ditawarkan sebelum ini.report tawaran tender perlu disiapkan dengan lebih teliti kerana permilihan untuk kerja-kerja yang ditawarkan bukanlah ditentukan olehpihak majlis. ia ditentukan oleh pihak persekutuan dan pihak majlis hanya memperakui nama-nama kontarktor yang telah berdaftar sahaja.

apabila menulis report tneder, pembantu tadbir akan menyerahkannya kepada pembantu teknek kanan untuk disemak semula sekiranya ada sebarang kesilapan. penggiraan seperti seperti anggaran syarikat, peratus dan tempoh untuk disiapkan turut diletakkan ke dalam report berkenaan.

pada hari selsa pulaa, saya membantu pembantu tadbir dalam menyiapkan report tender. kal ini dokumen2dokumen syarikat diletakkan ke dalam report untuk memastikan latar belakang syrikat baik dan memuaskan. ia dilihat dari segi kerja-kerja yang telah dijalankan oleh syarikat tersebut.

selain daripada kerja-kerja membuat report tender, saya juga telah membuka fail baru untuk kecemasan.selain daripad itu, sya turut menyoal pelanggan2bagi menjadikan report ptikum saya berjalan dengan lancar. ia ada kaitan dengan kajian yang dibuat pad abulan 3 ini. selain menemuramah pelanggan2 saya juga turut menemuramah pegawai-pegawai yang berkenaan...

Anonymous said...

08.08.08

hari ini seperti biasasaya ditempatkan di jabatan kejuruteraan...selama 4 bulan sy ditetapkan di jabatan ini. pada hari ini sya sebuk membantu staf di sini untuk membuat payment untuk bayaran kontraktor..banyak kerja-kerja yang hendak dilakukan terutamanya semua dokumen-dokumen perlu dicopy banyak salinan kerana untuk diserahkan pada kawangan..

semasa membuat payment, kesemua borang perlu di cop oleh pegawai yang berkenaan bagi mengesahkan kerja-kerja yang dijalankan

Anonymous said...

15.08.2008

assalamukum prof...prof saya dah lame tak buka blog ni..sebabnye saya tak tahu nak tulis ape lagi...minggu ni saya tak de keje banyak sangat prof..saya dok wat report saya je ...pastu saya on line je..

kadg-kadg dah tak de idea nak wat ape...tapi mase ni en ashar ada buat pertandingan golf anjuran MDKS ini...tapi saya tak terlibat langsung dengan perkara ini..

selain itu, pada minggu ini saya banyak dengar tentg kematian je...ada yang kemalangan, ada yang meninggal mase melahirkan anak..mcm2...takut saya...

alhamdulilah saya selamat lagi dan dipanjangkan umur sampai sekarang..ngeri rasa nye bila tahu tentag kematian org ni..

Anonymous said...

18.08.08

hari ini prof saya hanya buat kerja fotostat untuk kertas2minit mesyuarat. selain itu saya juga membuat kemasukan surat-surat ke dalam fail yang spatutnya...

proffff...saya dah mati akal nak wat kajian ni.nak wat tentg cadangan tapi idea tak datang lagi..maklumat kat sini pun sikit..buku pun susah nak dapat...

Anonymous said...

22.08.08

minggu ini pada hari rabu saya sakit mate..dah due hari sakit mate tapi saya tak ambik cuti...hari selasa lacr dah datang melawat saya..alhamdullialah berjalan seperti biasa...tapi minggu ni saya dah mati akal nak tulis ape dalam buku ni...dah tak tahu nak tulis perkara ape..coz perkara yang dilakukan adalah sama sahaja..huhuhhu..cuma saya ambik mase ni untuk membuat report saya...itu pun dah mati akal..saya tak ada rujukan yang banyak nak dirujuk..

Anonymous said...

25.08.08

hari ini saya sperti biasa bertugas di jabatan kejuruteraan...pada pagi ini saya sangat sebuk dngan menyiapkan report msyuarat tahunan untuk meting yang akan dijalankan pada esok hari...penyusunan report kertas amat disemak dengan teliti kerana ia berkenaan projek2yang dijalankan pada tahun ini...

kerja-kerja copy yang amat banyak dilakukan...dan satu salinan perlu disimpan untuk dimasukkan ke dalam fail...

selain itu, pay ment bayaran yang dipohon untuk projek yang telah siap turut dilakukan dengan secepat yang mungkin..kerana ia berkenaan dengan bayaran yang diminta oleh kntraktor...

pemprosesan perlu disiapkan secepat yang mungkin bagi mengelakkan daripada kontraktor lewat mendapat pay ment...

Anonymous said...

26.08.08

pada hari ini saya ditugaskan di jabatan kejuruteraan seperti biasa...namun pada hari ini saya waktu pagi telah mentiapkan report dengan lebih teliti yang mana semua data-data yang perlu ada perlu dilihat dengan teliti kerana ia melibat kan mesyuarat ahli lembaga majlis daerah kinta selatan kampar, perak..

selain itu, setelah selesai menyediakan report untuk mesyuarat pada hari ini, saya hanya membuat report untuk bulan ke tiga yang perlu dihantar pada hujung bilan ini..namun saya mati akal kerana tiada idea lagi untuk membuat report,...

Anonymous said...

pada 01/09/08 adalah cuti ganti untuk hari kemerdekaan..maka saya bertugas semula pada 02/09/08 yang mana hari selasa dan SU MDKS telah membuat perubahan masa untuk waktu rehat dan waktu balik...

pada masa bulan ramadhan, staf MDKS akan diberi waktu rehat setengah jam sahaja bermula pada pukul 1.30 ptg hingga 2.00 ptg.....namun pada waktu tamat bertugas pula diberi pada pukul 4.30 ptg..maka semua pekerja-pekerja MDKS akan tamat kerja pada pukul 4.30 ptg..

untuk kerja pada hari ini, saya hanya menyiapkan report yang telah siap untuk diberi kepada pegawai jabatan untuk dihantar di ipoh. selain itu, keja2 seperti memasukkan rekod data ke dalam fail turut dilakukan..

namun pada hari ini. terdapat kemuskilan kerana terdapat fail yang hilang..namun dalam catatan buku, fail tersebut telah dihantar ke bahagian kewangan..namun di bahagian kewangan tidak ada...maka saya terpaksa mencari fail-fail yang hilang itu..namun setelah diperiksa, fail tersebut ada di bahagian kewangan..

justeru itu saya merekodkan fail-fail yang ada di jabatan ini untuk kesenangan mencari fail-fail yang ada,,.

Anonymous said...

4/09/08

hari ini saya kene jumpe SU...disebabkan ada kesalahan dengan megemaskini report yakni harga kontraktor tersilap tulis..tapi itu bukan hanya kesilapan saya sahaha...ape pun saya tak gentar untuk berjumpe dengan SU....hehehe

hari ini saya punch card pada 7.45am..tugasan untuk hari ini saya tak tahu lagi...tapi ape-ape pun report untuk bulan ke 3 tak siap lagi la...

Anonymous said...

05/09/08

pada pagi ini saya punch card pukul 7.53. hari ini saya kene melakukan pengisian dokumen ke dalam pc untuk dikemaskini. dokumen yang sedia ada tidak dapat dibuka menggunakan word.

Anonymous said...

08.09.2008

hari ini saya punch card pada pukul 7.40am..kerja untuk hari ini adalah memasukkan data senarai kontaktor ke dalam komputer yang mana data bagi senarai dahulu telah hilang dan tidak boleh dibuka..

Anonymous said...

09/09/08

pada hari ini seperti biasa saya ditugaskan di bahagian kjuruteraan. saya masuk pada pukul 7.52 am. pada hari ini saya telah membantu pembantu tadbir dalam menyiapkan data borang sebut harga. borang sebut harga ini akan dikeluarkan pada bulan 09/09/08 selama seminggu..namun pemilihan kontraktor dibuat berdasarkan cabutan undian yang akan dibuat oleh pihak MDKS kampar.

maka saya telah menyiapkan sampul dan tajuk kerja sebut harga untuk dilekatkan di kertas A4 dan dimasukkan ke dalam sampul surat.

namun terdapat 8 sampul surat yang tidak berisi dan 6 lagi mengandungi kerja-kerja sebutharga. undian akan dibuat pada minggu hadapan.

Anonymous said...

pada bulan ramadhan ini tiada kerja yan terlalu banyak dilakukan..namun ada juga kerja2kerja yang berkaitan dengan borang sebut harga dan tender yang telah dikeluarkan pada bulan lalu. ia berkenaan dengan kontraktor dan proses2 untuk melantik kontraktor..

namun semasa menyiapkan report tersebut banyak masalh yang timbul atas kerja yang dilakukan oleh orang lain.dan ini menyebabkan saya susah untuk menyiapkan kerja.

Anonymous said...

ptg ni enteah la...tak tahu nak wat ape..just masukkan data ke dalam pc je..kdg2 sakit kepala...

Anonymous said...

assalamkum prof.

hari ini punch card pukul 7.40am.

1)hari ini saya memasukkan kesemua data ke dalam fail-fail yang berkenaan.

2)membuat sebilangan report dengan pembantu tadbir untuk keja2yang ditawarkan.

3) menyiapkan persediaan cabutan undian projek oleh kontraktor pada petang ini.

sekian untuk hari ini..

Anonymous said...

22/09/08

1) hari ini melakukan kerja dengan menaip alamat nama-nama majlis negeri untuk dihantar pada mereka. hal ini adalah berkenaan dengan surat aduan yang dibuat dan pihak majlis menghantar jawapan kpada semua ahli-ahli majlis.

2)memasukkan rekod data ke dalam fail-fail yang telah ditetapkan mengikut tajuk yang telah disediakan.

3)hari ini juga mesyuarat untuk jabatan kejuruteraan diadakan pada waktu petang pukul 2.30ptg.

sekian.

prof madya dr abd halim ahmad said...

Tak ada catatan di hari hari akhir tamat latihan praktikum ? Mengapa tiada catatan ?

prof madya dr abd halim ahmad said...

LAPORAN praktikum anda tidak memuaskan. Sila tanya Marlia untuk pembetulan.