Monday, December 28, 2009

TAHNIAH.....SIAPA NI ?

CUBA TEKA SIAPA YANG BERTUNANG INI ?




Sunday, June 28, 2009

TAHNIAH SYAFA dan ATIKAH Mendapat RM10 RIBU

Selamat Belajar
Untuk Syafa dan Atikah
kerana berjaya mendapat pakej rangsangan ekonomi bernilai RM10 ribu untuk menjadi pelajar Sarjana di COLGIS dan COB.
Apa pasal yang lain tak minta ? Belajar FREE pun tak nak ?

Thursday, March 19, 2009

PELUANG BUAT MASTER DAN PhD. MOHON JANGAN TAK MOHON





sila klik
https://online2.mohe.gov.my/pppi/

PERMOHONAN PEMBIAYAAN PENGAJIAN PASCA IJAZAH (PPPI)PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

Permohonan adalah dipelawa kepada graduan-graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap atau pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah lanjutan di IPTA, Universiti Multimedia (MMU), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).


A) SYARAT - SYARAT UMUM:
i) Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang sedang atau memulakan pengajian dalam tahun 2009 dan 2010 sahaja.
ii) Berumur tidak melebihi 35 tahun bagi calon peringkat sarjana dan 43 tahun bagi calon peringkat PhD pada tarikh memulakan pengajian.
iii) Pengajian adalah secara sepenuh masa.
iv) Pembiayaan diberikan setelah menerima surat tawaran dan mendaftar sebagai pelajar ijazah lanjutan di mana-mana IPTA dan IPTS terbabit.
v) Tidak menerima sebarang bentuk penajaan dari lain-lain penaja (kecuali pinjaman pelajaran atau elaun pembantu penyelidik siswazah).
vi) Tiada ikatan perjanjian dengan pihak lain.
vii) Tiada ikatan kontrak yang akan dikenakan dan pembiayaan ini tidak bermaksud untuk pemohon berkhidmat dengan pihak Kerajaan selepas tamat pengajian kelak.


B) SYARAT - SYARAT KHUSUS:

i) Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda sekurang-kurangnya CGPA 2.75 atau setaraf dengannya bagi pengajian peringkat sarjana dan berkelayakan sarjana yang baik bagi pengajian peringkat Ph.D.

ii) Bagi calon-calon yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA di bawah 2.75 atau setaraf, pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan akan dipertimbangkan.


Ph.D - maksimum lapan (8) semester

Sarjana – maksimum empat (4) semester

Yuran akan dibayar terus kepada pihak universiti.


Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web KPT mulai 19 Mac 2009.

MOHON JANGAN TAK MOHON

Sunday, December 28, 2008

13 JOB INTERVIEW MISTAKES TO AVOID

By Nathan Newberger

The wrong move can cost you the job! You've worked hard to get to the interview stage. You passed the cover letter and resume screening process...maybe even a few telephone interviews.
Now its time for the face to face interview with the employer itself. Any number of items can go wrong but you have to be in control and must have confidence. Go into an interview with the feeling that you are going to impress them so much that they will have to make you an offer.

The interview is the most stressful part of the job hunt for many people because now they can't hide behind the cover letter and resume. The real face to face human connection between possible employer and job candidate takes place. But for starters if you simply follow these 13 tips below, you are on your way to interviews with results.

A big part of a successful interview is avoiding simple mistakes. Mistakes are deadly to the job seeker and easy to avoid if you are prepared. These are the most common interview mistakes - and their antidotes.

Arriving late. Get directions from the interviewer - or a map. Wear a watch and leave home early. If the worst happens and you can't make it on time, call the interviewer and arrange to reschedule.

Dressing wrong. You make your greatest impact on the interviewer in the first 17 seconds - an impression you want to make powerfully positive. Dress right in a conservative suit, subdued colors, little jewelry (but real gold, or silver, or pearls), low heels (polished) and everything clean and neat. Hygiene includes combed hair, brushed teeth, deodorant and low-key scent. Check everything the night before, again before walking out the door and once again in the restroom just before the interview.

Play zombie. OK, you're nervous. But you can still smile, right? And make eye contact, yes? Sit up, focus on the interviewer, and start responding. Enthusiasm is what the interviewer wants to see.

No smoking, no gum, no drinking. This is all comfort stuff for you, and none of it helps you here. Employers are more likely to hire non-smokers. At a lunch or dinner interview, others may order drinks. You best not.

Research failure. The interview is not the time for research. Find out the company's products and services, annual sales, structure and other key information from the Internet, the public library, professional magazines or from former employees. Show that you are interested in working for the prospective employer by demonstrating knowledge about the company.
Can't articulate your own strengths and weaknesses. Only you can recognize your most valuable strengths and most hurtful weaknesses. Be able to specify your major strengths. Your weaknesses, if such must come up, should only be turned around to positives.

Winging the interview. Practice! Get a friend, a list of interview questions and a tape recorder and conduct an interview rehearsal. Include a presentation or demonstration if that will be part of the real interview. Start with introducing yourself and go all through an interview to saying good-bye. Write out any answers you have difficulty with, and practice until your delivery is smooth (but not slick).

Talk, Talk, Talk. Rambling, interrupting the interviewer and answering to a simple question with a fifteen-minute reply - all of these can be avoided if you've thought through and practiced what you want to communicate. Good answers are to the point and usually shorter.

Failure to connect yourself to the job offered. The job description details the company's needs - you connect your experiences, your talents and your strengths to the description. It answers the essential reasons for the interview - "How my education/experience/talents/strengths fit your needs and why I can do this job for you."

Not asking questions - and asking too many. Use your research to develop a set of questions that will tell you whether this is the job and the company for you. This will help you limit and focus your questions. But don't overpower the interviewer with questions about details that really won't count in the long run.

Bad-mouth anyone. Not just your present employer, or former employer, or the competition. You don't want to look like a complainer.

Asking about compensation and /or benefits too soon. Wait for the interviewer to bring up these issues - after the discussion of your qualifications and the company's needs and wants.

Failure to ask for the job. When the interviewer indicates the interview is over, convey your interest in the job and ask what the next step is.



About The AuthorNathan Newberger is the job and career expert at http://www.WorkTree.com Nathan has over 10 years experience in staffing and human resources. He has worked both as a recruiter and career counselor. Mr. Newberger has been the Managing Editor at WorkTree.com for the past 5 years and his articles have helped thousands of job seekers. Re-Print GuidelinesPermission is granted to reproduce this article but the article content CANNOT be altered and credit must be given to the author and also an active link to WorkTree.com. As a courtesy, please email Nathan at support@worktree.com if you decide to use any of his articles.

Monday, December 15, 2008

PENGALAMAN AMY HADIR PENILAIAN PTD

Salam Prof..

Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Assessment Centre di INTURA Intan Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil Sungai Petani.

8-9.30am waktu pendaftaran. Saya tiba di INTURA pada jam 8.30am. semua peserta perlu berpakaian formal dan berkasut tutup,macam nak ke pejabat. saya berbaju kurung biru. saya perlu berbaris panjang untuk sesi pendaftaan. kira-kira 200 orang peserta PTD Assessment. ada yang dah berumur, mengandung, dah berkahwin, dah ada kerja tetap dan juga fresh graduate seperti saya. macam biasa perempuan elebihi jumlah peserta lelaki. masa pendaftaran saya berikan number ic dan juga saya serahkan transkrip sementara serta surat tamat menjalani latihan praktikum. seterusnya berat badan ditimbang dan ketinggian diukur..saya mungkin gagal pada tahap ini kerana berat tidak mencukupi..kurus sangat. Selesai daftar saya diberi tag number yang teramatlah besar yang menjadi i.d sepanjang assessment dijalankan. saya diberi nombor 59.. kemudian sesi pengambaran, seramai 4orang untuk satu2 sesi bergambar. saya diberitahu bahawa bermula dari sesi pendaftaran lagi seorang peserta itu akan dinilai dari setiap aspek. seterusnya saya ke pejabat INTURA untuk mendaftar nama memasuki bilik. Bilik saya C-12 di tingkat tiga. satu bilik 4orang. rakan sebilik saya 2orang dari sungai petani iaitu pelajar UM dan UKM. manakala seorang lagi pelajar UUM jurusan akaun.

9.30-10.45am waktu taklimat di Dewan mengenai pengenalan kepada apa itu PTD..dari aspek tangga gaji, proses pemilihan PTD, dan kursus2 yang perlu diambil untuk mendapat pengesahan sebagai PTD tetap. banyak stepnye. bermula dengan exam SPA, Asessment, Interview, bekerja kontrak 2-3thn, kursus diploma pengurusan awam, kursus ketahanan 6bulan, ujian psikologi, dan setelah selesai sema baru akan diambil bekerja secara tetap. Sebelum ini PTD Assessment berjalan selama 3hari tetapi disebabkan kerajaan hanya akan mengambil PTD kontrak terlebih dahulu bermula tahun hadapan maka Assessment dijalankan kini hanya untuk sehari sahaja. PTD diambil secara kontrak terlebi dahulu mungkin untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi penggunaan kabel untuk mendapatkan jawatan PTD. apa yang saya lihat bekerja sebagai PTD mmg gaji lumayan dan berpangkat tetapi kerja PTD amatperit sehingga digelar sebagai PTD-Pegawai Tidur Duduk kerana perlu bekerja lebih masa.hehe... Penyampai taklimat juga merupakan seorang PTD. Setelah selesai taklimat peserta ke dewan makan untuk minum pagi. Yang peliknya saya langsung tidak berdebar pada waktu ini.

10.45-11.30am waktu yang dinantikan iaitu untuk Aktiviti Pertama- Public Speaking. untuk setiap aktiviti,kumpulan akan diberikan oleh pihak INTURA dengan menampal nama peserta di papan kenyataan INTURA dan peserta perlu alert dengan notis ini untuk mengetahui umpulan masing2 kerana setiap aktiviti berbeza kumpulan. untuk aktiviti pertama masing2 kelam kabut mencari bilik aktiviti kerana risau lambat. untuk public speaking saya bersama kumpulan yang tidak dikenali.pada waktu inilah baru saya rasa gemuruh tangan n kaki dah jadi sejuk macam ais.kecut perut. penilai seramai 2orang. kumpulan saya terdiri daripada 10orang. 4 lelaki 6 prmpuan. Kehadiran dicatatkan berdasarkan tag number kami. tajuk yang diberikan ialah Malaysia As 2nd Home Programme. Loss and Gain in Tourism Industries. Discuss.. masa dapat tajuk ni kami semua tercengang2. masing2 tak paham kot. bila penilai tu terangkan barulah kami faham. kemudian kami discuss dan penilai mula ambil markah berdasarkan siapa yang memberi input dan markah diberi berdasarkan tag number yang digantung di leher peserta. saya tergagap2 juga tapi cakap je.grammar memang dah tunggang langgang.untuk atasi rasa gementar saya just fikirkan yang aktiviti ni sama seperti MUET semasa Form6. Bila dah fikir mcm tu barulah rasa nervous tu hilang. peserta lain pun beri ulasan,masing2 nk mendapat markah. tajuk ni menegenai pelancong asing yang dtg ke malaysia berlabur ataupun bercuti pada jangka masa yang lama disini dan seterusnya menjadikan malaysia sebagai negara kedua mereka. pelancong yang terutamanya daripada middleeast country. bayank yang dibincangkan iaitu dari aspek ekonomi, sosial n politik malaysia. keburukan dan kebaikan. contoh2 program dan kempen. banyak juga input yang saya perolehi daripada peserta lain,ternyata ilmu mengenai isu semasa mereka sangat baik. kami diberi masa 25minit. setelah 15minit berbincang kami semua dah mula tengok jam sebab dah xde idea ape nk cakap. kemudian penilai pun akhiri aktiviti kami dengan ulasan beliau. saya ingatkan markah akan ditunjukkanpada kami rupa2nya tidak.

11.40am-12.40pm untuk Aktiviti 2. saya bergegas-gegas ke papan kenyataan untuk lihat notis baru tentang kumpulan saya seterusnya dan bilik aktiviti 2. Aktiviti 2 bagi umpulan saya adalah di perpustakaan intura. satu kumpulan 10orang dan dinilai 2penilai. pada kali ini hanya 3peserta lelaki. kehadiran peserta juga diambil untuk aktiviti 2. aktiviti 2 ialah perdebatan. Tajuk debat ialah Rukun Tetangga lebih penting daripada sistem keselamatan berteknologi tinggi. penilai meminta kami membuat pecahan kepada 2kumpulan. saya adalah kumpulan pembangkang iaitu menyokong sistem keselamatan berteknologi tinggi. macam debat di dewan kuliah tapi yang ni lagi panas. kami berdebat kalahkan di dewan parlimen. dan saya tak sangka saya boleh berdebat macam yang saya telah lakukan masa assessment ni.hehe.. penilai sendiri memberitahu perdebatan kami sangat menarik. setiap isi yang diberikan perlu ada fakta dan bukti.. tempoh perdebatan adalah 30minit. untuk perdebatan ini kami merasakan 30minit tidak mencukupi bagi kami. penilai kemudian menyatakan masa telah tamat dan kami kemudian beredar ke dewan makan.

12.40-2.45pm waktu makan tengah hari dan solat jumaat. setelah selesai 2 aktiviti saya baru rasa tenang,syukur ia berjalan lancar. setelah makan tengah hari saya naik ke bilik bersama kawan sebilik untuk berehat.

2.45-4.45pm aktiviti 3 iaitu aktiviti terakhir. aktiviti 3 merupakan aktiviti fizikal ujian stamina dan peserta perlu memakai kasut sukan,track bottom gelap, t-shirt putih dan bagi bertudung perlu tudung yang tidak bercorak. saya turun ke padang bola INTURA pada 2.30pm. terfikir2 apela aktiviti yang dijalankan. setiap kumpulan berkumpul di padang dengan mengikuti kon2 yang beranda nombor kumpulan masing2. senaman yang pertama adalah senaman aerobik. setiapkumpulan perlu mereka gerak senaman yang kreatif untuk 2 lagu yang diberikan iaintu lagu apek-aspalela dan lagu hindustan-bole churiya (kabhi kushi kabhi gham).. terkebil-kebil juga kami seramai 20orang setiap kumpulan. 3penilai menilai setiap kumpulan penialaian dibuat secara individu juga berdasarkan tag number yang dipakai. saya disuruh oleh ahli kumpulan untuk menjadi ketua bagi gerak senaman lagu hindustan. pada mulanya malu juga tapi ketepikan rasa malu dan saya teruskan juga memberi idea. seorang lagi ketua iaitu daripada peserta lelaki untuk gerak senaman lagu aspalela. 5minit diberikan untuk berbincang dalam kumpulan. setelah selesai ahli kumpulan sepakat untuk meniru gerak senaman ketua bagi setiap lagu kerana untuk ingat step memang xsempat. lagu pertama aspalela. amat lawak. macam budak2. panilai menilai kerjasama antara kumpulan. kemudian tiba lagu hindustan. macam2 step dibuat. terpaksa sebab ingatkan lagunya separuh saja, rupa2nya sampai habis dipasang. punyalah lama.. alhamdulillah kami berjaya. hehehe.. baru senaman pertama dah berpeluh macam baru lepas mandi.penat.

seterusnya, aktiviti yang paling paling palng mencabar. ujizn fizikal yang dijalankan ala2 senaman pemain ragbi. bagi perempuan memang amat berat senaman ni. iaitu lompat katak kemudian terus lompat bintang sebanyak 30 kali, tekan tubi 30x, push up 30x, lompat kemudian bertukar kaki 30x, meniarap kemudian lompat 30x, lompat bintang 30kali. saya buat yang termampu kerana dinilai oleh penilai dan alhamdulillah masih gagah buat :-).. terdapat peserta yang pitam dan kekejangan. unit pertahanan awam dan PBSM telah bersiap sedia daripada awal aktiviti untuk situasi seperti ini. setelah selesai semua aktiviti senaman fizikal kami diberi minuman sejuk. kaki dan badan mmg terasa sengal2. peserta boleh pulang setelah memberi semula tag number kepada penilai. penilai sendiri memberitahu kami akan terasa kesakitan untuk tempoh seminggu. semasa menuruni tangga saya perlu dipapah kawan sebilik kerana lutut dah longgar..sakit sangat2. kawan-kawan lain pun kelihatan yang sama.

Alhamdulillah selesai semua.. ini merupakan antara pengalaman yang paling best bagi saya. sehingga ke saat ini kaki dan badan saya masih sakit dan saya jalan pun dah tak betul. saya tidak begitu mengharap akan lulus dalam assessment ini kerana semua peserta amat hebat. apa2 pun prof tolong doakan saya ye. terima kasih prof

Sunday, November 16, 2008

TERKINI : GRED PRAKTIKUM...coming soon

KEPUTUSAN GRED PRAKTIKUM

Bil

Matrik

Nama

GRED

1

68218

Roziyana Binti Abd Talib

a

2

68652

Zakaria Bin Abdul Rajak

a

3

68662

Rudiyansah Bin Thamrin

a

4

68694

Zulhilmi Bin Yahya Arif

a

5

68706

Ooi Chiew Chiew

a

6

68707

Mohamad Amri Bin Mohamad Basri

a

7

68718

Sharifah Nor Azila Syed Mohamad Yunus

a

8

68719

Ou Sie Wan

a

9

68725

Hasfarena Binti Idris

a

10

68727

Ng Ee Tieng

a

11

68736

Raudah Binti Samsi

a

12

68738

Tan Ia Hoon

a

13

68743

Nurfazlia Binti Ahmad Noor

a

14

68969

Mohd Emran Bin Sa'ad

a

15

69003

Noor Hafiza Binti Ja'afar

a

16

69015

Mohd Kamal Fikri Bin Musa

a

17

69016

Marlia Binti Mohamed Amin

a

18

69024

Mariatul Atiqah Binti Mohd Akhir

a

19

69050

Norsalfarina Ayu Binti Khaliluddin

a

20

69053

Mohd Nazri Bin Mustaffa

a

21

69057

Maizatul Wahidar Binti Mohd Roslan

a

22

69064

Tie Hie Ding

a

23

69071

Noor Hajarul Aswan Binti Shamsuddin

a

24

69077

Syafawati Binti Muhamad

a

25

73607

Lean York Ping

a

Jika anda mendapati ruangan gred kosong bermakna anda terlewat melawat blog ini.Paparan gred hanya beberapa jam sahaja untuk mereka yang bernasib baik.

Tuesday, November 11, 2008

KEPUTUSAN GRED PRAKTIKUM

GRED PRAKTIKUM


Berikut ini disenaraikan nama pelajar dan gred praktikum.....

oopps..adakah anda mahu results dihebahkan disini ? Jika anda mahu,lawati blog ini setiap hari kerana keputusan akan diumumkan seberapa segera di sini.

Saturday, November 08, 2008

JIKA ANDA SUNYI dan RINDU

SUNYI dan RINDU
Ini dua perasaan yang akan dan sedang anda hadapi selepas tamat pengajian. Dua perasaan ini adalah kerana kehilangan rakan. Namun akan datang beberapa perasaan lagi iaitu Risau dan Cemas kerana masalah kerjaya. Risau dan cemas kerana mencari peluang pekerjaan, menunggu surat panggilan interview, menghadiri interview dan cemas melihat rakan-rakan lain sudah mendapat pekerjaan. Salah satu cara untuk mengubati perasaan tersebut ialah jangan terputus hubungan dengan rakan dan bertukar maklumat dan berita mengenai peluang pekerjaan serta mengongsi segala perasaan anda dalam laman blog ini.
Sertailah kumpulan
Live Chat Alumni Praktikum dengan klik di sini dan sign in untuk paparan indentiti serta gambar comel terbaru anda.
(Iklan ini tidak berbayar sekupang pun)

Tuesday, November 04, 2008

TINGGAL KENANGAN : Laman Blog Akan Kekal Di Sini

TAHUKAH ANDA ?
1. Tahukah anda Laman Blog ini akan terus kekal di sini untuk faedah pertukaran khabar berita, peluang kerjaya, peluang temuduga, berita perkahwinan, pertunangan dan sebagainya untuk anda dua puluh lima ( 25 orang ) Alumni Blog Praktikum Dr Abd Halim.
2. Tahukah anda Laman Blog ini telah mendapat perhatian dan pujian Tan Sri Naib Canselor sebagai usaha baik untuk pelajar praktikum dan telah dimaklumkan dalam satu mesyuarat tertinggi pengurusan UUM ?
3. Tahukah anda Laman Blog ini telah diakses oleh Tan Sri Naib Canselor UUM melalui emailnya berikut:
To: Tan Sri Dr. Nordin Kardi
Tan Sri, Sekadar nak tunjuk laman blog praktikum saya yang dibualkan tadi,sila click http://blogpraktikumxxl.blogspot.com/
TQ
Halim

----- Original Message -----

From: "Tan Sri Dr. Nordin bin Kardi" <nordinkardi@uum.edu.my>
To: "abdhalim" <
abdhalim@uum.edu.my>
Sent: Thursday, August 14, 2008 2:45 PM
Subject: Re: dari Halim

Wah tuan. Kalau macam tu saya pun nak masuk. Semua comel-comel. Salam dan Terima kasih.
NK
4. Tahukah anda Laman Blog ini telah menyebabkan sebuah Pejabat Daerah kecoh dan heboh . Kemudiannya kekecohan ini merebak ke sebuah Pejabat Daerah lagi kerana salahfaham konsep blogging. Dua rakan anda mengalami trauma yang dahsyat tapi akhirnya mendapat laporan yang sangat baik daripada majikan.
Laman blog ini meninggalkan banyak lagi kenangan yang anda alami. Justeru itu laman ini akan dibiarkan terapung di alam maya, jika masih dibenarkan beroperasi oleh pihak blogspot.com.
Laman ini untuk anda semua, menafaatkanlah untuk faedah bersama. Ingat dan simpan alamat lamanweb ini selamanya.

Monday, November 03, 2008

TAHNIAH 25 ORANG BERJAYA KE GARISAN PENAMAT

Tahniah
Kesemua 25 pelajar sempat hantar laporan sebelum tarikh tamat
7 Nov 2008
Orang terakhir berjaya mengirim laporan ialah AMRI pada jam 12.45 tgh 3 Nov 2008
Kepada yang sedang membuat pembetulan dan belum cetak, pastikan betul-betul aspek teknikal seperti semakan ejaan, ayat-ayat yang hodoh, aspek numbering, mukasurat dan lampiran yang lengkap.
Pastikan anda mengirim file lengkap yg digunakan untuk mencetak kepada saya sebagai backup files.

Sunday, November 02, 2008

Mereka masih mengengsot ke garis penamat

sehingga 2 november menuju 7 november
mereka yang masih merangkak ke garis penamat
noor hafiza
roziyana
maizatul wahidar
nazri
mereka sedang mengengsot ke garis penamat
azila
raudah
rudiyansah
mereka yang masih tidak kelihatan dari garisan penamat
amri
emran
7 november 2008 wisel penamat sangkakala akan ditiupkan

Wednesday, October 29, 2008

BAGAIMANA NAK TULIS ABSTRAK YANG BETUL

CARA MENULIS ABSTRAK



Perlu ada 3 perkara: tujuan kajian, metod kajian dan hasil kajian yang disebutkan secara ringkas tapi jelas dan tepat. Panjangnya separuh mukasurat sahaja.

Contoh Abstrak
PILIHANRAYA KETUA KAMPUNG : PERANAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH
DAERAH NEW YORK, LONDON

Tujuan kajian ini ialah untuk meneliti peranan pejabat..........dalam mengendalikan piliharaya ketua kampung...............sebut sikit apa sebab penting.......dimana......mengapa. Kaedah kajian ini bersifat kualitatif yang melibatkan temubual dan pemerhatian turutserta....Beberapa siri tembual dengan berapa ? kampung apa..Soalan tembual mengenai ....apa??.Hasil kajian mendapati..............................Beberapa cadangan untuk melincinkan lagi proses pilihanraya dan peranan pejabat dibincangkan dalam laporan kajian ini.

TERKINI: TIGA LAGI LULUS LAPORAN PRAKTIKUM

TAHNIAH
kepada
HASFARENA
SYAFA
ZUL
10 lagi belum lulus untuk di cetak. jangan hantar laporan tanpa disemak kerana risikonya tinggi

Tuesday, October 28, 2008

PERKEMBANGAN TERKINI PERJUANGAN MENYIAPKAN LAPORAN

TAHNIAH kepada mereka yang telah dibenarkan mencetak laporan praktikum. SILA EMAIL KEPADA SAYA FILE LAPORAN TERSEBUT UNTUK MENGELAK MASALAH TEKNIKAL SEKIRANYA LAPORAN HARDCOPY PRAKTIKUM ANDA MENGHADAPI MASALAH SEPERTI KECICIRAN MUKASURAT DAN SEBAGAINYA.

Senarai yang telah diizinkan mencetak Laporan Praktikum ialah;
Amy Aswan
Doktor Atiqah
Yang Berhormat Kamal
Lean
Marlia
Etieng
Nurfazlia
Ooi
Pak Ya
Sally
Siewan
Tan

MEREKA YANG BELUM DIBENARKAN MENCETAK LAPORAN IALAH;

Amri - sedang berazam untuk menyediakan laporan yg terbaik
Ayu - sedang membuat pembetulan
Azila - tiada berita
Emran - tiada khabar entah di mana
Hasfarena - sedang dibaikki oleh saya sendiri
Maizatul - tiada khabar
Nazri - tiada khabar
Noor Hafiza - terlalu lama menghilang diri
Raudah - sedang dibaikki oleh saya sendiri
Roziyana - tiada khabar berita
Rudiyansah - menarik semula laporan untuk di hantar semula
Syafa - sedang membuat pembetulan setelah cuti raya hindu
Zulhilmi - sedang menyiapkan lebih 100 mukasurat laporan praktikum

TARIKH AKHIR SECARA RASMI dari pihak UIL untuk HANTAR LAPORAN ialah 7 NOVEMBER 2008
TARIKH AKHIR UNTUK SAYA MEMBANTU MENYEMAK DAN MENGELAK DARI MENDAPAT GRED F ialah 30 OKTOBER 2008 KHAMIS.
Jangan tergesa-gesa untuk binding laporan sebelum diberi keizinan. Laporan secara sofcopy yang di hantar secara email sebelum tarikh di atas akan diberi pertimbangan walaupun urusan binding melewati dari tarikh-tarikh di atas.

Wednesday, October 22, 2008

DOSA-DOSA DALAM MENULIS LAPORAN PRAKTIKUM

Para pelajar yang dikasihi, semoga berada dalam keadaan tenang dan damai.

Apakah makna Laporan Praktikum ? Adakah ianya satu beban ? Sesuatu yang menyusahkan ? Sesuatu yang kita nak cepat-cepat binding, tempah kulit keras biru muda atau biru tua dan cepat-cepat hantar ?

Laporan Praktikum adalah umpama sebuah kitab SUCI. Sebuah kitab yang akan menjadi buah tangan peninggalan kita hasil keseluruhan pembelajaran di UUM untuk tatapan orang lain. Kitab yang akan menjadi tatapan bakal majikan, pensyarah, ibubapa, anak cucu kita nanti dan rakan-rakan yang lain.

Bayangkan betapa malunya nanti, kitab suci itu penuh dengan DOSA-DOSA, penuh dengan kesalahan ejaan, penuh dengan ketempangan Bahasa Malaysia, penuh dengan kekeliruan dan kepeningan, penuh dengan 'copy and paste' dari sumber yang entah dari mana tanpa rujukan yang betul.

Pada hal laporan itu sepatutnya satu dokumentasi pengalaman yang amat paling berharga. Pengalaman itu gagal dirakam dan dipersembahkan dengan baik. Pengalaman itu amat sukar diperolehi dan tidak mungkin dapat diulangsemula. Satu pengalaman yang mendedahkan realiti alam pekerjaan. Alangkah seronoknya jika rakaman dokumentasi ini kita membacanya semula di hari tua nanti.

Jika laporan itu penuh dengan dosa-dosa dan kotoran tentunya kita tidak mahu membacanya lagi, kita tidak mahu menyimpannya, malahan kita mungkin tidak mahu mencetak lebih, cukup 2 salinan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Kita malu untuk mencetak lebih untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Apakah Dosa- Dosa itu ?

Dosa Format
Kita amat takut untuk berkreatif, terikat dengan format penulisan yang kita tidak faham. Kita tidak faham apakah pernyataan masalah - kita sangka masalah yang dihadapi semasa praktikum. Kita tidak faham apakah objektif kajian - kita sangka objektif kajian ialah untuk meningkatkan taraf pendapatan penduduk.

Kita tidak faham ulasan karya - kita sangka ulasan karya ialah mendefinisikan setiap istilah yang ada dalam tajuk. Kita tidak faham menulis rujukan - seolah-olah kita tidak pernah pun membaca buku dan melihat bagaimana cara orang lain menulis rujukan sepanjang tempoh kita belajar di UUM.

Kita tidak tahu untuk analisis data, kita 'copy dan paste' hasil out-put dari SPSS yang mengandungi segala label spt 'valid', cummulative percentage' yang entah kita tak faham mengapa perlu dijadikan satu jadual. Kita cipta pula carta pie chart, bar chart kerana menyangka itulah persembahan analsis penyelidikan padahal data dari jadual sudah cukup, mengapa pula perlu diulang persembahannya dalam bentuk carta ?

Kita juga keliru kerana meniru format laporan pelajar tahun lepas dengan Analisis SWOT - kita sangka analisis SWOT adalah analisis data kajian.

Kita juga keliru dengan tajuk setiap BAB - kita menulis tajuk BAB : Analisis kajian, pada hal isi kandungan bab kita menulis perkara lain. Mengapa tidak kita mencipta tajuk BAB yang sesuai dengan isi kandungan Bab ?.

Dosa Bahasa

Kita menulis Bahasa Malaysia seolah-olah kita tidak pernah belajar Bahasa Malaysia selama ini. Ayat tunggang-langgang maknanya, kita menulis apa sahaja yang keluar dari kepala tanpa benar-benar memilih perbendaharaan kata yang tepat. Kita mencuri, merompak dan mengubah secara haram ayat-ayat yang ditulis oleh orang lain daripada buku dan internet tanpa memberi rujukan dengan betul.

Alangkah malu dan kecewanya ibubapa dan majikan jika membaca tulisan seorang graduan UUM yang amat teruk gaya penulisannya. Apakah tidak pernahpun kita membaca buku atau artikel yang baik penulisannya untuk dicontohi sepanjang tempoh belajar di UUM ? Alangkah ruginya pinjaman PTPTN - satu pelaburan yang merugikan ?

Marilah Ber Tau Buat.

Bagaimanakah nak ber Tau Buat laporan praktikum yang terbaik. Tidak ada satu kaedah pun yang terbaik untuk membuat laporan tetapi semuanya bergantung kepada kreativiti anda. Apa yang penting hasil akhirnya ialah laporan anda menarik,mudah dibaca, sedap bahasanya, meninggalkan kesan yang baik kepada pembaca. Ianya bagai sebuah kitab suci mengandungi pengajaran berkesan kepada pembaca.

Satu garispanduan umum format mungkin boleh dijadikan contoh, tetapi digalakkan anda menciptanya sendiri.

Pertama sekali tentang Bab Pengenalan. Janganlah anda terlalu jauh memulakan cerita seperti sebuah karangan sehingga 2, 3 mukasurat menceritakan sesuatu yang amat jauh dengan topik kajian. Apa tujuan menulis pengenalan ? Sebenarnya untuk memperkenalkan apakah makna secara umum tajuk laporan anda dan apakah tujuan tajuk itu dipilih, apakah aspek-aspek penting yang akan disentuh dalam bab-bab yang seterusnya. Anda memperkenalkan apakah isi kandungan yang akan disentuh dalam bab-bab yang seterusnya.

Dalam BAB ini juga anda boleh memperkenalkan permasalahan kajian, objektif kajian, ulasan karya dan metodologi kajian anda. Anda tak perlu menulis perkara ini hanya apabila melaporkan kajian kepuasan di bab yang lain. Ini adalah kerana dalam BAB 2 anda akan menceritakan latarbelakang organisasi.

Tulisan mengenai BAB 2 tentang latarbelakang organisasi sebenarnya untuk menjawab atau memenuhi salah satu objektif kajian anda iaitu meninjau tentang sesebuah organisasi.

Katakan permasalahan kajian kita mengenai pentadbiran pejabat tanah. Maka permasalahan kajian boleh kita nyatakan masalah birokrasi, masalah kelewatan permohonan, dan masalah- masalah lain mengenai urusan pentadbiran sesuatu perkara. Maka dalam Bab 2 tentunya kita memfokas kepada sebuah pejabat daerah, maka sebab itulah kita menceritakan secara khusus pejabat tanah tempat kita praktikum.

Dalam Bab 3 kita terus menjurus secara khusus aspek pentadbiran yang kita katakan sebagai pernyataan masalah kajian. Ini adalah kerana salah satu objektif kajian ialah Meninjau urusan pentadbiran sesuatu aspek. Maka kita menulislah dengan jelas proses pentadbiran tersebut.Apa yang kita tulis ini berasaskan data pemerhatian, temubual dan rujukan laporan organisasi yang telahpun kita sebut dalam bab pertama tadi. Maka bahagian ini juga adalah hasil kajian untuk mencapai salah satu objektif kajian.

Dalam Bab 4 pula untuk menjawab objektif kajian yang seterus iaitu meninjau tahap kepuasan pengguna. Mengapa kita kaji aspek kepuasan ? Ini adalah kerana salah satu aspek inovasi ialah melihat kesannya kepada pengguna. Di sini kita terus sahaja melaporkan hasil dapatan soalselidik atau temubual dengan pelanggan. Di sini lah tak perlu kita masukkan ulasan karya kerana ulasan karya boleh di masukkan dalam bab 1.

Apa yang nak ditulis dalam ulasan karya ?. Kita perlu tulis aspek-aspek yang akan dijadikan permasalahan kajian iaitu secara keseluruhannya tema kajian kita ialah inovasi pengurusan. Elok kita mendefinisikan apa itu inovasi pengurusan sahaja di sini, tetapi yang lebih penting ialah hasil kajian orang lain tentang inovasi pengurusan. Juga apa kriteria inovasi pengurusan, apakah langkah-langkah dan aspek inovasi yang dibincangkan oleh orang lain dalam kajian mereka. Semua aspek ulasan karya ini akan kita sentuh semula dibahagian perbincangan hasil kajian. Umpamanya salah satu kriteria inovasi ialah dengan melihat tahap kepuasan pengguna seperti yang dibincangkan oleh orang lain. Oleh itu bagaimana pula hasil dapatan kajian kita? . Adakah kepuasan pengguna dalam kajian kita ada kaitan dengan langkah inovasi yang dibuat oleh organisasi ?

CONTOHnya apa prof ? Contohnya dalam Bab 1 kita tulis salah satu aspek pentadbiran iaitu masalah kelewatan masa memproses permohonan. Ini adalah salah satu pernyataan masalah yang kita bincang dalam Bab 1 di bawah subtopik permasalahan kajian.

Dalam subtopik Ulasan Karya dalam Bab 1 ,kita juga sebut masalah ini adalah masalah yang disebut oleh orang lain dalam buku atau dalam jurnal kajian mereka. Kita juga menulis bahawa ini adalah salah satu masalah utama dalam pengurusan sektor awam yang disebut oleh beberapa tokoh dalam buku ataupun dalam kajian.

Dalam bab 1 dan di bawah subtopik Objektif Kajian kita juga sebutkan objektif kajian ialah Meninjau permasalah aspek pentadbiran permohonan ( yang bermaksud salah satunya ialah dari segi kelewatan memproses permohonan).

Makanya dalam BAB 2 - latarbelakang organisasi kita mestilah menceritakan latarbelakang organisasi dan beberapa aspek pentadbiran sepintas lalu.

Dalam bab BAB 3 semestinya juga kita membincangkan proses permohonan ini secara mendalam dengan cara memfokaskan cara dan kaedah yang diamalkan untuk memproses sesuatu.Sewaktu ini lah kita sebut apa punca kelewatan, juga sama ada organisasi ada mengambil usaha untuk mempercepatkan permohonan spt mengurangkan birokrasi,mengubahsuai tahap-tahap prosedur tertentu untuk mengurangkan masa kelewatan memproses permohanan dan sebagainya.

Dalam BAB 4 juga kita sebut lagi isu kelewatan permohonan ini dari sudut kesan kepada pengguna dengan meninjau tahap kepuasan mereka.

Dalam BAB 5 Cadangan dan Kesimpulan , maka kita buat cadangan inovasi jika organisasi itu belum melaksanakan inovasi untuk mempercepatkan proses permohonan yang lewat. Kalau dah ada inovasi, kita beri penilaian sejauhmana keberkesanannnya.

INGAT JANGAN SALAH FAHAM. Ini hanya satu CONTOH dari salah satu aspek KELEWATAN PROSES PERMOHONAN. Sepatutnya perlu dikaji BANYAK lagi aspek lain. JANGAN HANYA SATU ASPEK SAHAJA. INOVASI banyak lagi aspeknya. Jangan pening dan betul bendul...

CONTOH ini juga khusus untuk kes pentadbiran dan pengurusan, mungkin ada pelajar yang berada di organisasi lain, isu permasalahan kajiannya berbeza maka inovasi nya menyentuh aspek lain. JANGAN KELIRU dan PENING.

Jika masih keliru dan tak TAU BUAT laporan maka tulis lah se adanya dan terimalah gred praktikum se adanya. Saya mohon maaf jika nantinya saudara-saudari menerima gred yang rendah setelah saya menceritakan dosa-dosa dan garis panduan umum untuk ber tau buat laporan praktikum. Berdoalah kepada Tuhan.

TAHNIAH UNTUK SEMUA

Sunday, October 19, 2008

LAPORAN TERBAIK SEHINGGA KINI : TAHNIAH MARLIA


KOMEN :

Warna merah adalah warna yg ada salah dan telah dibaikki
Banyak kesilapan ejaan, sila baikki
KESELURUHAN : Tiada banyak kesalahan. LULUS dengan cemerlang



INOVASI PENTADBIRAN DAN TAHAP KEPUASAN KONTRAKTOR TERHADAP PENGURUSAN PROJEK BAHAGIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MANJUNG



MARLIA BINTI MOHAMED AMIN



Kertas Latihan Praktikum Yang Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Pengijazahan Program Sarjanamuda Pengurusan Pembangunan Dengan Kepujian (BDM)
Oktober 2008

Sunday, October 12, 2008

TAHNIAH PELAJAR PERTAMA LULUS LAPORAN PRAKTIKUM

----- Original Message -----
From: lean york ping
To: abdhalim@uum.edu.my
Sent: Sunday, October 12, 2008 12:58 PM
Subject: Laporan Akhir _ Lean
Selamat Sejahtera Prof, disini saya telah attach laporan akhir yang lengkap dan juga soal selidik yang telah dibuat.Harap Prof dapat menyemak dan memberitahu saya jika ada kesilapan yang perlu diubahsuai.Sekian Terima Kasih.

From: abdhalim@uum.edu.my
To: lean york ping
Sent: Sunday,October 12,2008 16:45PM

TAHNIAH REPORT DITERIMA

Cuma baikki ayat berikut;


1. Melalui pemerhatian yang dibuat, terdapat suara-suara kepujian dari pelanggan hotel ini dan penduduk di sekeliling pusat bandar ini. (sila guna angka dan bukannya suara-suara,nyatakan berapa peratus)

2. Bab Akhir : BAB 5 tukar tajuk Implikasi dan Rumusan kepada KESIMPULAN sahaja.

3. SILA EDIT DAN CETAK semua tulisan anda dalam BLOG ini dan masukkan sebagai LAMPIRAN LAPORAN.

BOLEH CETAK HARD COPY dan hantar segera.

Bagaimana rakan-rakan yang lain ????



Monday, September 29, 2008

PERSIAPAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM

PERSIAPAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM
Tahniah kepada semua yang akan menamatkan latihan praktikum tidak lama lagi. Apa yang anda perlu buat ?
1. Penghargaan Budi Bahasa . Jangan lupa bertemu semua staf dan mengucapkan ribuan terimakasih dan memohon ampun maaf halal makan minum.
2. Pastikan bahan maklumat untuk keperluan laporan tidak tertinggal dan semuanya terkumpul lengkap
3. Copy dan Save laman blog masing-masing. Edit semula untuk dijadikan LAMPIRAN di dalam laporan praktikum. Tulisan blog anda adalah maklumat asli tentang pengalaman praktikum dan sebenarnya tulisan itu boleh dijadikan sebuah buku seperti Tun Mahathir telahpun menerbitkan sebuah buku hasil tulisan dalam laman blognya.
4. Jumpa bos yang paling besar dalam organisasi untuk dapatkan tandatangan dan cop syarikat dalam sepucuk surat SOKONGAN to whom it may be concern...iaitu surat yang anda sendiri derafkan dengan mencatatkan bahawa anda telah menjalani praktikum dan menguasai dan mempelajari beberapa aspek penting dalam pentadbiran syarikat. SURAT ini amat penting untuk anda jadikan surat SOKONGAN apabila anda memohon pekerjaan nanti. Semua orang buat praktikum, mungkin dalam transkrip tertulis gred A tapi ianya tidak membawa makna apa-apa JIKA anda tidak dibantu oleh sekeping SURAT SOKONGAN dari bos besar syarikat atau organisasi tempat praktikum.
5. LAPORAN bila nak hantar dan lengkapkan ? UIL kata 7 november hantar laporan TAPI saya kata kita kena selesai bulan OKTOBER paling lewat 30 OKTOBER sebab untuk tujuan marking dan pembetulan. Sila perkemaskan laporan dalam masa itu dan kelewatan menghantar TIADA MAAF BAGI MU....dapat gred F.
6. SEMAKAN LAPORAN ? . Saya akan mulai menyemak laporan anda hanya selepas HARI RAYA.......ikuti respon saya dalam blog masing-masing...
SIAPA PELAJAR TERBAIK PRAKTIKUM BULAN OGOS ?
Atas kuasa yang ada pada saya dan setelah membaca tulisan blog anda
MAKA saya menganugerahkan PELAJAR TERBAIK PRAKTIKUM BULAN OGOS kepada SEMUA NAMA yang senaraikan dibawah penyeliaan saya ATAS DASAR KESUNGGUHAN MEREKA BERBINCANG SESAMA SENDIRI DAN MENGGUNAKAN KREATIVITI untuk menjalani praktikum ini WALAUPUN saya tidak memberi respon hampir 6 minggu lamanya (disengajakan untuk tujuan anugerah ini)
SELAMAT HARI RAYA
DAN
TAHNIAH KERANA AKAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM.

Sunday, June 08, 2008

Noor Hafiza Binti Ja'afar


RIMBA RATA SDN BHD
DG3 Ground Floor & MezzanineBlok D Plaza PerkelilingJalan Tun Razak50400 Kuala Lumpur, W. Persekutuan.

Fiza,


Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

Noor Hajarul Aswan Binti Shamsuddin


PEJABAT DAERAH DAN TANAH SUNGAI SIPUT
Daerah Kecil Sungai Siput (U)31100 Sungai Siput, Perak.
Amy Aswan,
Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

Syafawati Binti Muhamad


PEJABAT DAERAH DAN TANAH KERIAN
Jalan Padang34200 Parit Buntar, Perak.
Syafa,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

Norsalfarina Ayu Binti Khaliluddin

MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR
Jalan Raja Chulan33000 Kuala Kangsar, Perak.


Ayu,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.

Tan Ia Hoon


LANGKAP CITY DEVELOPMENT SDN. BHD.

2 Jalan Bandar36000 Teluk Intan, Perak .
Tan,

Sila gunakan ruangan ini untuk melaporkan apa sahaja aktiviti praktikum anda termasuk soal-jawab dengan saya. Setiap kali anda melawati blog ini,sila buat catatan yang mungkin berguna sebagai catatan Buku Log nanti. Penilaian praktikum juga termasuk sejauhmanakah anda memberi laporan kepada saya dalam laman blog ini. Anda disyorkan menulis sebanyak mungkin catatan dan tiada halangan sekiranya anda menulis di sini setiap hari. Contohnya pengalaman melapor diri di hari pertama praktikum .Jika anda mempunyai gambar semasa praktikum, sila emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dengan rakan yang lain.Sila buat catatan dengan click 'comments'.