Tuesday, November 04, 2008

TINGGAL KENANGAN : Laman Blog Akan Kekal Di Sini

TAHUKAH ANDA ?
1. Tahukah anda Laman Blog ini akan terus kekal di sini untuk faedah pertukaran khabar berita, peluang kerjaya, peluang temuduga, berita perkahwinan, pertunangan dan sebagainya untuk anda dua puluh lima ( 25 orang ) Alumni Blog Praktikum Dr Abd Halim.
2. Tahukah anda Laman Blog ini telah mendapat perhatian dan pujian Tan Sri Naib Canselor sebagai usaha baik untuk pelajar praktikum dan telah dimaklumkan dalam satu mesyuarat tertinggi pengurusan UUM ?
3. Tahukah anda Laman Blog ini telah diakses oleh Tan Sri Naib Canselor UUM melalui emailnya berikut:
To: Tan Sri Dr. Nordin Kardi
Tan Sri, Sekadar nak tunjuk laman blog praktikum saya yang dibualkan tadi,sila click http://blogpraktikumxxl.blogspot.com/
TQ
Halim

----- Original Message -----

From: "Tan Sri Dr. Nordin bin Kardi" <nordinkardi@uum.edu.my>
To: "abdhalim" <
abdhalim@uum.edu.my>
Sent: Thursday, August 14, 2008 2:45 PM
Subject: Re: dari Halim

Wah tuan. Kalau macam tu saya pun nak masuk. Semua comel-comel. Salam dan Terima kasih.
NK
4. Tahukah anda Laman Blog ini telah menyebabkan sebuah Pejabat Daerah kecoh dan heboh . Kemudiannya kekecohan ini merebak ke sebuah Pejabat Daerah lagi kerana salahfaham konsep blogging. Dua rakan anda mengalami trauma yang dahsyat tapi akhirnya mendapat laporan yang sangat baik daripada majikan.
Laman blog ini meninggalkan banyak lagi kenangan yang anda alami. Justeru itu laman ini akan dibiarkan terapung di alam maya, jika masih dibenarkan beroperasi oleh pihak blogspot.com.
Laman ini untuk anda semua, menafaatkanlah untuk faedah bersama. Ingat dan simpan alamat lamanweb ini selamanya.

3 comments:

Anonymous said...

salam prof...
saya sebenarnya amat berbangga kerana mengaplikasikan sepenuhnya laman blog ini sepanjang tempoh praktikum....
oleh itu, saya akan sentiasa akses laman blog ini sepanjang masa walaupun tempoh prktikum sudah tamat..
terima kasih banyak2 prof...........

Anonymous said...

salam prof, terima kasih byk2 prof sbb blog prof ni byk memudhkan sy n kwn2 siapkan report. n blog ni jugala mematangkan sy n buka minda sy tentang realiti alam pekerjaan.. tahniah prof, blog ni 1 inovasi dalam praktikum di uum..

Unknown said...

Alhamdulillah...laman blog ini masih dpt dibaca..rindu masa mengaji