Salam Prof..
Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Assessment Centre di INTURA Intan Wilayah Utara, Jalan Kuala Ketil Sungai Petani.
8-9.30am waktu pendaftaran. Saya tiba di INTURA pada jam 8.30am. semua peserta perlu berpakaian formal dan berkasut tutup,macam nak ke pejabat. saya berbaju kurung biru. saya perlu berbaris panjang untuk sesi pendaftaan. kira-kira 200 orang peserta PTD Assessment. ada yang dah berumur, mengandung, dah berkahwin, dah ada kerja tetap dan juga fresh graduate seperti saya. macam biasa perempuan elebihi jumlah peserta lelaki. masa pendaftaran saya berikan number ic dan juga saya serahkan transkrip sementara serta surat tamat menjalani latihan praktikum. seterusnya berat badan ditimbang dan ketinggian diukur..saya mungkin gagal pada tahap ini kerana berat tidak mencukupi..kurus sangat. Selesai daftar saya diberi tag number yang teramatlah besar yang menjadi i.d sepanjang assessment dijalankan. saya diberi nombor 59.. kemudian sesi pengambaran, seramai 4orang untuk satu2 sesi bergambar. saya diberitahu bahawa bermula dari sesi pendaftaran lagi seorang peserta itu akan dinilai dari setiap aspek. seterusnya saya ke pejabat INTURA untuk mendaftar nama memasuki bilik. Bilik saya C-12 di tingkat tiga. satu bilik 4orang. rakan sebilik saya 2orang dari sungai petani iaitu pelajar UM dan UKM. manakala seorang lagi pelajar UUM jurusan akaun.
9.30-10.45am waktu taklimat di Dewan mengenai pengenalan kepada apa itu PTD..dari aspek tangga gaji, proses pemilihan PTD, dan kursus2 yang perlu diambil untuk mendapat pengesahan sebagai PTD tetap. banyak stepnye. bermula dengan exam SPA, Asessment, Interview, bekerja kontrak 2-3thn, kursus diploma pengurusan awam, kursus ketahanan 6bulan, ujian psikologi, dan setelah selesai sema baru akan diambil bekerja secara tetap. Sebelum ini PTD Assessment berjalan selama 3hari tetapi disebabkan kerajaan hanya akan mengambil PTD kontrak terlebih dahulu bermula tahun hadapan maka Assessment dijalankan kini hanya untuk sehari sahaja. PTD diambil secara kontrak terlebi dahulu mungkin untuk mengelakkan daripada berlakunya situasi penggunaan kabel untuk mendapatkan jawatan PTD. apa yang saya lihat bekerja sebagai PTD mmg gaji lumayan dan berpangkat tetapi kerja PTD amatperit sehingga digelar sebagai PTD-Pegawai Tidur Duduk kerana perlu bekerja lebih masa.hehe... Penyampai taklimat juga merupakan seorang PTD. Setelah selesai taklimat peserta ke dewan makan untuk minum pagi. Yang peliknya saya langsung tidak berdebar pada waktu ini.
10.45-11.30am waktu yang dinantikan iaitu untuk Aktiviti Pertama- Public Speaking. untuk setiap aktiviti,kumpulan akan diberikan oleh pihak INTURA dengan menampal nama peserta di papan kenyataan INTURA dan peserta perlu alert dengan notis ini untuk mengetahui umpulan masing2 kerana setiap aktiviti berbeza kumpulan. untuk aktiviti pertama masing2 kelam kabut mencari bilik aktiviti kerana risau lambat. untuk public speaking saya bersama kumpulan yang tidak dikenali.pada waktu inilah baru saya rasa gemuruh tangan n kaki dah jadi sejuk macam ais.kecut perut. penilai seramai 2orang. kumpulan saya terdiri daripada 10orang. 4 lelaki 6 prmpuan. Kehadiran dicatatkan berdasarkan tag number kami. tajuk yang diberikan ialah Malaysia As 2nd Home Programme. Loss and Gain in Tourism Industries. Discuss.. masa dapat tajuk ni kami semua tercengang2. masing2 tak paham kot. bila penilai tu terangkan barulah kami faham. kemudian kami discuss dan penilai mula ambil markah berdasarkan siapa yang memberi input dan markah diberi berdasarkan tag number yang digantung di leher peserta. saya tergagap2 juga tapi cakap je.grammar memang dah tunggang langgang.untuk atasi rasa gementar saya just fikirkan yang aktiviti ni sama seperti MUET semasa Form6. Bila dah fikir mcm tu barulah rasa nervous tu hilang. peserta lain pun beri ulasan,masing2 nk mendapat markah. tajuk ni menegenai pelancong asing yang dtg ke malaysia berlabur ataupun bercuti pada jangka masa yang lama disini dan seterusnya menjadikan malaysia sebagai negara kedua mereka. pelancong yang terutamanya daripada middleeast country. bayank yang dibincangkan iaitu dari aspek ekonomi, sosial n politik malaysia. keburukan dan kebaikan. contoh2 program dan kempen. banyak juga input yang saya perolehi daripada peserta lain,ternyata ilmu mengenai isu semasa mereka sangat baik. kami diberi masa 25minit. setelah 15minit berbincang kami semua dah mula tengok jam sebab dah xde idea ape nk cakap. kemudian penilai pun akhiri aktiviti kami dengan ulasan beliau. saya ingatkan markah akan ditunjukkanpada kami rupa2nya tidak.
11.40am-12.40pm untuk Aktiviti 2. saya bergegas-gegas ke papan kenyataan untuk lihat notis baru tentang kumpulan saya seterusnya dan bilik aktiviti 2. Aktiviti 2 bagi umpulan saya adalah di perpustakaan intura. satu kumpulan 10orang dan dinilai 2penilai. pada kali ini hanya 3peserta lelaki. kehadiran peserta juga diambil untuk aktiviti 2. aktiviti 2 ialah perdebatan. Tajuk debat ialah Rukun Tetangga lebih penting daripada sistem keselamatan berteknologi tinggi. penilai meminta kami membuat pecahan kepada 2kumpulan. saya adalah kumpulan pembangkang iaitu menyokong sistem keselamatan berteknologi tinggi. macam debat di dewan kuliah tapi yang ni lagi panas. kami berdebat kalahkan di dewan parlimen. dan saya tak sangka saya boleh berdebat macam yang saya telah lakukan masa assessment ni.hehe.. penilai sendiri memberitahu perdebatan kami sangat menarik. setiap isi yang diberikan perlu ada fakta dan bukti.. tempoh perdebatan adalah 30minit. untuk perdebatan ini kami merasakan 30minit tidak mencukupi bagi kami. penilai kemudian menyatakan masa telah tamat dan kami kemudian beredar ke dewan makan.
12.40-2.45pm waktu makan tengah hari dan solat jumaat. setelah selesai 2 aktiviti saya baru rasa tenang,syukur ia berjalan lancar. setelah makan tengah hari saya naik ke bilik bersama kawan sebilik untuk berehat.
2.45-4.45pm aktiviti 3 iaitu aktiviti terakhir. aktiviti 3 merupakan aktiviti fizikal ujian stamina dan peserta perlu memakai kasut sukan,track bottom gelap, t-shirt putih dan bagi bertudung perlu tudung yang tidak bercorak. saya turun ke padang bola INTURA pada 2.30pm. terfikir2 apela aktiviti yang dijalankan. setiap kumpulan berkumpul di padang dengan mengikuti kon2 yang beranda nombor kumpulan masing2. senaman yang pertama adalah senaman aerobik. setiapkumpulan perlu mereka gerak senaman yang kreatif untuk 2 lagu yang diberikan iaintu lagu apek-aspalela dan lagu hindustan-bole churiya (kabhi kushi kabhi gham).. terkebil-kebil juga kami seramai 20orang setiap kumpulan. 3penilai menilai setiap kumpulan penialaian dibuat secara individu juga berdasarkan tag number yang dipakai. saya disuruh oleh ahli kumpulan untuk menjadi ketua bagi gerak senaman lagu hindustan. pada mulanya malu juga tapi ketepikan rasa malu dan saya teruskan juga memberi idea. seorang lagi ketua iaitu daripada peserta lelaki untuk gerak senaman lagu aspalela. 5minit diberikan untuk berbincang dalam kumpulan. setelah selesai ahli kumpulan sepakat untuk meniru gerak senaman ketua bagi setiap lagu kerana untuk ingat step memang xsempat. lagu pertama aspalela. amat lawak. macam budak2. panilai menilai kerjasama antara kumpulan. kemudian tiba lagu hindustan. macam2 step dibuat. terpaksa sebab ingatkan lagunya separuh saja, rupa2nya sampai habis dipasang. punyalah lama.. alhamdulillah kami berjaya. hehehe.. baru senaman pertama dah berpeluh macam baru lepas mandi.penat.
seterusnya, aktiviti yang paling paling palng mencabar. ujizn fizikal yang dijalankan ala2 senaman pemain ragbi. bagi perempuan memang amat berat senaman ni. iaitu lompat katak kemudian terus lompat bintang sebanyak 30 kali, tekan tubi 30x, push up 30x, lompat kemudian bertukar kaki 30x, meniarap kemudian lompat 30x, lompat bintang 30kali. saya buat yang termampu kerana dinilai oleh penilai dan alhamdulillah masih gagah buat :-).. terdapat peserta yang pitam dan kekejangan. unit pertahanan awam dan PBSM telah bersiap sedia daripada awal aktiviti untuk situasi seperti ini. setelah selesai semua aktiviti senaman fizikal kami diberi minuman sejuk. kaki dan badan mmg terasa sengal2. peserta boleh pulang setelah memberi semula tag number kepada penilai. penilai sendiri memberitahu kami akan terasa kesakitan untuk tempoh seminggu. semasa menuruni tangga saya perlu dipapah kawan sebilik kerana lutut dah longgar..sakit sangat2. kawan-kawan lain pun kelihatan yang sama.
Alhamdulillah selesai semua.. ini merupakan antara pengalaman yang paling best bagi saya. sehingga ke saat ini kaki dan badan saya masih sakit dan saya jalan pun dah tak betul. saya tidak begitu mengharap akan lulus dalam assessment ini kerana semua peserta amat hebat. apa2 pun prof tolong doakan saya ye. terima kasih prof
Monday, December 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment