Monday, May 05, 2008

BAGAIMANA MENJALANKAN KAJIAN SEMASA PRAKTIKUM ?

Apakah bentuk laporan praktikum ?



Anda perlu menjalankan penyelidikan bersifat Kajian Kes. Metodologi yang digunakan ialah participation observation. Kajian kes bermaksud kajian yang mendalam mengenai sesuatu lokasi, isu, tema atau persoalan kajian yang khusus. Participation observation bermaksud pengkaji berada bersama dengan subjek kajian dan merekodkan semua data tertentu dalam sesuatu tempoh.



Apakah yang hendak dikaji ?



Tema kajian anda ialah INOVASI PENGURUSAN. Anda perlu melihat bagaimanakah pihak pengurusan organisasi melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan secara kreatif dan inovatif untuk menambahkan kecekapan pengurusan untuk memberikan kepuasan yang tinggi kepada pengguna atau pelanggan dan seterusnya meningkatkan keuntungan organisasi.



Bagaimana hendak memulakan kajian ini ?



Anda perlu melaksanakan kajian ini berasaskan masa iaitu dalam masa 3 bulan, anda telah melakukan perkara-perkara berikut;



Bulan Pertama : 1. Menulis latarbelakang syarikat. 2. Menulis tentang latarbelakang jabatan anda ditempatkan.



Bulan Kedua : Menulis mengenai operasi pengurusan dan pentadbiran jabatan anda .Contohnya anda ditempatkan di Bahagian Urusan Tanah di sebuah Pejabat Daerah, maka catatkanlah proses permohonan tanah, proses pertukaran hakmilik tanah dsbnya. Jika anda ditempatkan di Marketing Department, maka tulislah apakah strategi marketing, sasaran pelanggan dan cara-cara untuk urusan periklanan dsbnya.



Bulan Ketiga : Membuat analisa anda mengenai masalah, cadangan, komen sejauhmanakah berkesannya operasi pengurusan dan pentadbiran. Juga anda menjalankan temuduga dengan pegawai dan pelanggan tentang masalah dan ketidakpuasan hati mengenai syarikat. Berikanlah cadangan anda untuk menambahbaikkan proses dan urusan pentadbiran syarikat.



Apa yang anda perlu lakukan setiap bulan ?



Setiap hujung bulan anda perlu emailkan saya tulisan anda. Bulan pertama iaitu hujung bulan Jun anda telahpun menulis mengenai latarbelakang syarikat dan menghantar kepada saya untuk disemak. Bahagian ini anda boleh memecahkan menjadi 2 bab iaitu latarbelakang syarikat dan latarbelakang department tempat anda ditempatkan. Terpulang kepada kreativiti anda untuk mencipta setiap bab dengan topik yang menarik. JANGAN tulis laporan praktikum di akhir bulan ketiga atau keempat. PASTIKAN setiap bulan anda telahpun siap menulis setiap bahagian yang dinyatakan tadi.



SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA DALAM BLOG INI UNTUK MENDAPAT PENJELASAN LANJUT.

29 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum prof,
macamana untuk saya hantar proposal dan bile? saya nak berjumpa dengan prof kalau boleh untuk mengetahui hal selanjutnya.

Anonymous said...

setiap bulan hantar sebagaimana yang telah dijelaskan, selepas 3 bulan laporan akan siap. tulis dahulu bahagian pertama untuk bulan pertama, nanti saya akan semak dan membuat arahan seterusnya.

sila gunakan ruangan ini untuk bertanya soalan

Anonymous said...

ok prof. prof saya kurang faham dengan tajuk laporan kajian.berdasarkan kepada tema yang prof berikan iaitu inovasi pengurusan.adakah tema yang prof berikan itu secara langsung menjadi tajuk laporan praktikum saya ataupun saya perlu memilih satu tajuk khusus yang lain tetapi berkaitan dengan inovasi pengurusan

Anonymous said...

tajuk tentatif anda ialah Inovasi Pengurusan: Satu Kajian Kes di Organisasi X. tajuk yang lengkap kita cipta kemudian setelah sebulan praktikum

Anonymous said...

ok terima kasih prof. saya akan berhubung dengan prof lagi sekiranya saya mempunyai kemusykilan di dalam proses menyiapkan report melalui blog ini.

Anonymous said...

salam,saya nak tanya.tajuk laporan yang akan saya buat nanti,adakah tajuk inovasi pengurusan atau tajuk lain yang ada kaitan dengan tema tersebut?

prof madya dr abd halim ahmad said...

Nurfazlia,

tajuk tentatif anda ialah Inovasi Pengurusan: Satu Kajian Kes di Organisasi X. tajuk yang lengkap kita cipta kemudian setelah sebulan praktikum

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

prof saya ingin mengetahui dalam proses melengkapkan laporan adakah saya perlu memasukkan perkara-perkara seperti berikut (di bawah) selain daripada maklumat organisasi, operasi pengurusan & pentadbiran dan membuat analisis tentang masalah, cadangan dan komen.

Perkara-perkara tersebut ialah:
1) pernyataan masalah
2) objektif kajian
3) kepentingan kajian
4) skop kajian
5) kerangka teorikal
6) Ulasan karya

sekian terima kasih.

Anonymous said...

marlia dan juga pelajar lain;

Semua topik itu akan ditulis kemudian hari. Ianya hanya 5 atau 4 mukasurat sahaja. Usah risau. Yang penting semua orang ikut arahan saya step by step. Buat apa yang saya suruh buat ikut satu persatu secara tertib.Tapi nak bertanya apa sahaja soalan tidaklah salah,malahan digalakkan.

Anonymous said...

ok, terima kasih prof

Anonymous said...

ok terima kasih prof, kalau ada apa-apa masalah atau kurang faham saya akan hubungi prof.

Anonymous said...

assalamualaikum prof,

prof saya ingin bertanyakan tentang buku log praktikum. sepanjang menjalani praktikum saya perlu mencatatkan apa yang saya lakukan setiap hari.saya ingin bertanya kepada prof adakah saya perlu mendapatkan pengesahan tandatangan majikan di dalam buku log setip hari dan adakah setiap catatan yang saya tuliskan perlukan pengesahan tandatangan dari pihak majikan. sekian, terima kasih.

Anonymous said...

Marlia dan rakan-rakan yang lain,

SOALAN TENTANG BUKU LOG. Saya tak pasti bagaimana nak tulis buku log, sementara saya mencari jawapan,elok juga orang lain turut tanya rakan senior yang lain. Yang saya tahu mesti tulis setiap hari. Yang tak pasti adakah perlu tandatangan setiap hari. Kepada sesiapa yang tahu sila beritahu di sini.

pak ya said...

kepada rakan-rakan..
mengikut senior yang lepas2, buku log tidaklah ditandatangan setiap hari oleh penyelia organisasi..paling kurang pun seminggu sekali ataupun 2 minggu...itu sahaja maklumat yang saya dapat.

pak ya said...

ralat: bukan paling kurang tapi paling kerap dalam seminggu atau 2 minggu sekali

prof madya dr abd halim ahmad said...

Kepada semua,

Saya sokong Pak Ya mengenai Buku Log. Ikut saja amalan senior yang lalu.

Anonymous said...

assalamualaikum prof,
saya ada membaca massage yang diberi oleh sally, adakah perlu membuat draf report dan ditunjukkan kepada prof sebelum membuat laporan.

Anonymous said...

DERAF REPORT APA ? saya pun tak pasti apa yang dimaksudkan oleh sally,sebab itulah saya minta dia hantar nak tengok apa dia deraf report yang saya tak pernah minta. Tapi saya tidak menghalang inisiatif dan kreativiti seseorang, asalkan beliau benar-benar menafaatkan praktikumnya semaksima yang mungkin

Anonymous said...

Assalamualaikum prof. sy dpt tempat di pej.tanah dan daerah sg.siput. prof, report praktikal perlu dimasukkan soal slidik atau prof lebih prefer sy guna option lain? trma kasih

Anonymous said...

ok.terima kasih prof

Anonymous said...

asaalamualaikum prof....saya ingin bertanya tentang penghantaran report pada setiap bulan..adakah semua maklumat yang prof inginkan itu dimasukkan ke dalam
bab 3(latar belakang organisasi)
bab 4(analisis kes kajian)
bab 5(rumusan dan implikasi)
kerana saya merujuk kepada format pratikum...

Anonymous said...

Hasfarena,

Tulis dulu setiap bulan, nanti kita susun ikut bab yang sesuai dengan kajian di organisasi masing-masing. Digalakkan juga kita kreatif untuk menyusun bab agar menjadi menarik, tak semestinya mengikut panduan yang telah ditaklimatkan

Anonymous said...

baiklah prof...terima kasih...diharapkan prof memberi tunjuk ajar lagi....

Anonymous said...

assalamualaikum prof?hujung bulan ini sy akan hantar latar belakang organisasi dimana sy ditempatkan iaiti Pejabat RISDA, jd sy akan hantar sekali dengan masalah kajian,objektif, kepentingan kajian, skop kajian seperti yg dinyatakan di dalam buku panduan praktikum atau sekadar latar belakang sahaja, sy kurang pasti.apa pendapat prof?

Anonymous said...

assalamualaikum prof..
saya nak tanya,saya menjalani praktikum majlis perbandaran kuala kangsar dan telah ditempatkan di bawah jabatan kesihatan bahagian pelesenan.jadi, semasa saya menghantar latar belakang organisasi dan bahagian ditempatkan,saya perlu menghantar latar belakang jabatan kesihatan atau bahagian pelesenan sahaja atau kedua-dua sekali?

Anonymous said...

assalamualaikum prof,didlm laporan latar belakang organisasi,dlm RISDA sy ditempatkan di semua bahagian mengikut jadual yg telah diberikan oleh pihak organisasi, jd bulan nie sy ditempatkan dibahagian pengembangan,sy kurang faham bahawa latar belakang yang dimaksudkan oleh prof secara keseluruhan atau tlis sedikit sahaja tentang bahagian sy ditempatkan?

Anonymous said...

assalamualaikum prof..
saya sedang menjalani praktikum di majlis perbandaran kuala kangsar(mpkk).saya telah ditempatkan di jabatan kesihatan,di bahagian pelesenan.jadi saya ingin bertanya kepada prof,adakah tidak menjadi masalah sekiranya saya ditempatkan di bahagian tersebut keran tidak berapa berkaitan dengan apa yang saya belajar atau kursus yang saya ambil di uum?sila beri tujuk ajar kepada prof.terima kasih prof..

secretname said...

salam prof..nti sy hntr semua bab 1termasuk ngan latar belakang organisasi..
lg 1 sy nak tny prof..kajian sy ni nak buat untuk Pej Daerah dan Tanah or bahagian yg sy di tempatkan skrg ni?
sy di tempatkan di bahagian pembangunan luar bandar..

Anonymous said...

syafa,

sila beri cadangan anda sendiri mana lebih menarik