Monday, September 29, 2008

PERSIAPAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM

PERSIAPAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM
Tahniah kepada semua yang akan menamatkan latihan praktikum tidak lama lagi. Apa yang anda perlu buat ?
1. Penghargaan Budi Bahasa . Jangan lupa bertemu semua staf dan mengucapkan ribuan terimakasih dan memohon ampun maaf halal makan minum.
2. Pastikan bahan maklumat untuk keperluan laporan tidak tertinggal dan semuanya terkumpul lengkap
3. Copy dan Save laman blog masing-masing. Edit semula untuk dijadikan LAMPIRAN di dalam laporan praktikum. Tulisan blog anda adalah maklumat asli tentang pengalaman praktikum dan sebenarnya tulisan itu boleh dijadikan sebuah buku seperti Tun Mahathir telahpun menerbitkan sebuah buku hasil tulisan dalam laman blognya.
4. Jumpa bos yang paling besar dalam organisasi untuk dapatkan tandatangan dan cop syarikat dalam sepucuk surat SOKONGAN to whom it may be concern...iaitu surat yang anda sendiri derafkan dengan mencatatkan bahawa anda telah menjalani praktikum dan menguasai dan mempelajari beberapa aspek penting dalam pentadbiran syarikat. SURAT ini amat penting untuk anda jadikan surat SOKONGAN apabila anda memohon pekerjaan nanti. Semua orang buat praktikum, mungkin dalam transkrip tertulis gred A tapi ianya tidak membawa makna apa-apa JIKA anda tidak dibantu oleh sekeping SURAT SOKONGAN dari bos besar syarikat atau organisasi tempat praktikum.
5. LAPORAN bila nak hantar dan lengkapkan ? UIL kata 7 november hantar laporan TAPI saya kata kita kena selesai bulan OKTOBER paling lewat 30 OKTOBER sebab untuk tujuan marking dan pembetulan. Sila perkemaskan laporan dalam masa itu dan kelewatan menghantar TIADA MAAF BAGI MU....dapat gred F.
6. SEMAKAN LAPORAN ? . Saya akan mulai menyemak laporan anda hanya selepas HARI RAYA.......ikuti respon saya dalam blog masing-masing...
SIAPA PELAJAR TERBAIK PRAKTIKUM BULAN OGOS ?
Atas kuasa yang ada pada saya dan setelah membaca tulisan blog anda
MAKA saya menganugerahkan PELAJAR TERBAIK PRAKTIKUM BULAN OGOS kepada SEMUA NAMA yang senaraikan dibawah penyeliaan saya ATAS DASAR KESUNGGUHAN MEREKA BERBINCANG SESAMA SENDIRI DAN MENGGUNAKAN KREATIVITI untuk menjalani praktikum ini WALAUPUN saya tidak memberi respon hampir 6 minggu lamanya (disengajakan untuk tujuan anugerah ini)
SELAMAT HARI RAYA
DAN
TAHNIAH KERANA AKAN TAMAT LATIHAN PRAKTIKUM.